Your Ad Here

Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Sunday, December 11, 2011
Aksi Menentang Zionis Pasca Perang Dunia Kedua (1946-1949) (Bah 2)

8.       1949 kematian Al Banna, kemenangan yahudi Komunis
  • Bukti Komunis adalah angkara Zionis :

o   Marx adalah berbangsa Yahudi. Lenin dan Stalin juga Yahudi.

o   Engels adalah ahli falsafah dan tokoh kapitalis yang sangat kaya.

o   Engels membantu sahabatnya Karl Marx menulis “Manifesto Komunis” tahun 1848

o   Tahun 1859, anggota Illuminati, Nihilis dan Atheis bertemu di New York (sedangkan Yahudi mengamalkan ekonomi riba/kapitalisme)

o   Mereka membentuk gerakan Komunisme Internasional

o   Bukti Komunis adalah tajaan Zionis- Dalam Protocols of the Meetings Of The Elders  Of Zion, golongan Yahudi  menyatakan,

Ingatlah Revolusi Perancis yang kita gelarkan sebagai “Besar”. Rahsia penyiapannya adalah diketahui oleh kita kerana kitalah yang merancang dan menyelenggarakan revolusi itu” (perkara 3:14)

o   Dalam artikel lain mereka berkata,

Orang-orang Goyim (haiwan) tidak dipandu oleh penggunaan secara praktik pengkajian peristiwa-peristiwa sejarah, tetapi oleh  teori-teori tanpa memperhitungkan akibatnya. Jadi kita biarkan mereka  bersuka-suka hingga tiba masanya untuk kita bertindak. Biarkan mereka dengan teori-teori (sains) itu. Kerana itulah yang sentiasa mempengaruhi mereka  supaya mempercayai sepenuhnya teori-teori itu. Para intelek goyim akan berbangga dengan pengetahuan mereka  tanpa menentukan sama ada betul atau tidak pengetahuan mereka itu. Dan mereka akan menggunakan pengetahuan yang mereka perolehi daripada sains yang telah digunakan oleh wakil-wakil khas kita menyusun untuk membawa mereka ke arah yang kita mahu. Jangan menyangka bahawa kenyataan-kenyataan ini  kosong dan tidak bermakna. Renungkanlah kejayaan yang kita usahakan untuk Darwinisme, Marxisme dan Nietzcheisme. Bagi kita orang-orang Yahudi nyatalah bahawa perintah-perintah ini akan melemahkan serta meleburkan fikiran orang-orang Goyim (perkara 2:3)

o   Tertubuhnya Negara Soviet 1917 dan China 1949 atas dasar Komunis, lakonan Zionis antarabangsa menjadi perancang atas nama Perang Dingin.

o   Umat Islam tersepit (menurut Muhammad Al Ghazali) dan memilih salah satu untuk selamat.

o   Soviet Union antara yang pertama sokong Penubuhan Negara Israel dan Kolonel Aleksandr Mikkhailovick yang urus penghantaran Yahudi ke Israel-Palestin. Soviet juga sediakan senjata untuk Israel sedangkan berlakon di mata dunia sebagai lawan (kapitalis VS komunis).

o   Jihad menentang Komunis China dibuat oleh kaum Turkistan.

o   Jihad menentang Komunis Rusia dibuat oleh Muslim di Afghanistan dan Pakistan.

   Semua proksi perosak tamadun manusia didalangi Zionis







Lihat persiapan Yahudi di bawah sebaik sahaja mereka berjaya menubuhkan negara. Menanam Pohon Gharghad yang diceritakan oleh Nabi.







o   Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw. bersabda :

Tidak akan datang hari kiamat sehingga kaum muslimin memerangi kaum Yahudi dan membunuh mereka. Sehingga, bersembunyilah orang-orang Yahudi di belakang batu atau kayu, kemudian batu atau kayu itu berkata, ‘Wahai orang muslim, wahai hamba Allah, ini ada orang Yahudi dibelakang saya, kemarilah dan bunuhlah dia!’ Kecuali pohon Gharqad (yang tidak berbuat demikian) kerana ia termasuk pohon Yahudi.

Posted at 10:18 pm by Pendita Bitara
Komen membina  

KERTAS KERJA – Eratnya Mahasiswa Islam dengan Politik (Bah 3)

4.2          Pindaan 2011

  • Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata universiti itu tidak bersetuju dengan cadangan pindaan AUKU kerana kebebasan politik hanya akan mengancam keamanan serta kesepakatan penuntut Melayu dan Bumiputera di universiti.
  • Katanya = Anak-anak (penuntut UiTM) saya aman harmoni berjuang bersama-sama dan menuntut ilmu untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Apa yang penting kita semua bersatu padu dan tidak berpecah belah,"  -mStar Online-
  • Berita yang bertarikh 11 November 2011 ini jelas menunjukkan prinsip yang cuba dibawa oleh Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar dalam mempertahankan kerelevanan AUKU untuk mahasiswa. (12 November 2011, prinsip yang dibawa oleh Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar terbatal dengan pencerobohan Pertandingan Pidato Piala Perdana Menteri 2011 anjuran PEMUDA BN - cakap tak serupa bikin).

·         Sejak tahun 1957, telah banyak kali perlembagaan dipinda.

·         Kemudian diikuti dengan pindaan akta secara kerap oleh kerajaan Malaysia. Menurut Senator Amaluddin Darus dalam bukunya Demokrasi dan Diktator (1988) , antara ciri kerajaan diktator adalah mengubah perlembagaan secara kerap untuk menyesuaikan dengan unjuran polisi zalim negara tersebut.

·         Malah ia melambangkan keterhakisan nilai agama dan bertuhan di kalangan pemimpin tersebut yang meletak diri lebih berkuasa daripada Tuhan sehingga gemar menukar perlembagaan negara.

·         Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 yang akan dipinda bagi membolehkan pelajar berusia 21 tahun ke atas menggangotai mana-mana parti politik.

·         Mungkin "trick PM" untuk mengaburi mata pengundi muda agar percaya kononnya kehendak mereka telah dituruti oleh kerajaan. Ia berikutan daripada hasil keputusan pertemuan Najib dengan pengamal media baru pro-kerajaan di PWTC baru-baru ini. Ini kerana kerajaan sudah pasti hanya akan benarkan mereka terlibat dengan politik UMNO BN semata-mata jika pun ia dilaksanakan. Inilah juga yang berlaku ketika kerajaan benarkan guru-guru bergiat dalam politik sebelum ini. Maknanya perkataan "benarkan mahasiswa sertai mana-mana parti politik" itu harus lebih sesuai dan jelas lagi.

 

4.3          Kesan AUKU jika pindaan belum dibuat

 

Menurut PKPIM

 

1.       Nilai-nilai individualistik dan materialistik samakin merata dan menebal di kalangan pelajar. Rata-rata bertanggapan universiti tidak lebih daripada menara gading buat mendapat segulung ijazah dan seterusnya mendapat pekerjaan yang baik semata-mata.

2.        Budaya takut atau ‘culture of fear’ mula mencengkam masyarakat pelajar. Budaya ini akhirnya menyebabkan mahasiswa terus takut untuk mencuba, menyoal, mengkritik dan mengemukakan idea serta gagasan baru ke dalam masyarakat. Akta lain = Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Hasutan. Tekanan dan prejudis pihak pentadbir kepada pelajar yang agak kritikal turut meransang perasaan takut di kalangan mahasiswa.

3.       Tidak ada lagi slogan ‘Mahasiswa Jurubicara Masyarakat’. Masyarakat lebih yakin kepada kumpulan lain seperti parti politik untuk menyelesaikan masalah mereka.

4.       Penumpuan kegiatan pelajar hanya sekitar kampus sahaja. Pelajar-pelajar hanya berminat menyertai program-program bersifat rekreasi, sukan dan bersifat hedonistik.

5.       Pelajar mula hilang minat untuk menghayati dan menganalisa keadaan politik tempatan mahupun antarabangsa jauh sekali untuk melibatkan diri secara aktif.

6.       Pelajar mula disibukkan dengan politik kampus yang secara tidak langsung mendatangkan kesan negatif terhadap perpaduan pelajar. Seringkali pelajar akan terjebak dengan semangat kepuakan yang masing-masing cuba mengangkat darjat puak mereka pada masa yang sama memperlekeh puak yang lain.

7.       Polarisasi kaum di kalangan pelajar juga semakin ketara. Penubuhan persatuan pelajar mengikut kaum turut meransang polarisasi tersebut. Hampir semua universiti di Malaysia mempunyai persatuan yang mewakili kaum masing-masing sama ada berbentuk bahasa atau persatuan kebudayaan.

 

Menurut Anwar Ibrahim

·         Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Abdul Rahman Bakar, pada 3 Julai 2006 dalam Parlimen, 70% dari pengangguran di kalangan siswazah terdiri dari graduan universiti awam, 26 % universiti swasta dan 34% universiti luar negara (kebanyakannya graduan dari Timur Tengah) .

·         DSAI kata ini hasil pelaksanaan AUKU dan Akujanji ke atas warga universiti yang mengakibatkan graduan tidak dapat memenuhi standard dan kualiti pasaran semasa.

·         Majalah “The Economist” keluaran 10 Sept 2005 merumuskan: “Teras asas yang menjayakan universiti bertaraf dunia, “world class”, ialah kebebasan universiti dari kawalan ketat kerajaan dan menggalakkan daya saing antara para akademik dan pelajar” .

·         Pada tahun 2004, UM telah menduduki tangga ke-89 dalam ranking Times Higher Education Supplement. 2005, Universiti Malaya telah jatuh ke tangga ke-169 dan pada tahun 2006 jatuh lagi 23 tangga dan menduduki tangga ke-192. Akhirnya pada tahun 2007, Universiti Malaya terkeluar dari 200 buah universiti terbaik di dunia dan menduduki tangga ke-246. Pada 2008 meningkat sedikit ke tangga 230.

·         Menurut Scopus Database, jumlah kertas penyelidikan yang dihasilkan oleh Malaysia adalah sebanyak 1,226 pada tahun 2001 dan meningkat sebanyak 175% kepada 3,372 pada tahun 2006.

·          Singapura pula, kadar peningkatan kertas penyelidikan yang dihasilkan dalam tempoh lima tahun itu adalah 83%, iaitu dari 5,274 kepada 9,630; dan di Australia, kadar peningkatannya adalah 87%, iaitu dari 511 kepada 958.

·         Walaupun Singapura dan Australia mempunyai jumlah kertas penyelidikan yang kurang daripada Malaysia dalam tempoh lima tahun itu, namun beberapa buah universiti daripada kedua-dua negara tersebut berjaya menduduki tempat dalam 200 buah universiti terbaik di dunia.

 

4.4          Kesan positif AUKU dalam aspek pengurusan dan pentadbiran kampus

Menurut Prof. Dr. Shad Shaleem Faruqi, Dalam tempoh 37 tahun banyak perubahan telah berlaku. Antaranya:

a.       Malaysia – capai tahap kemajuan yang memberangsangkan–ekonomi,sosial & politik.

b.      Masyarakat lebih terpelajar–tuntutan sosial telah meningkat.

c.       Tahap pengetahuan dan pemakaian ICT meningkat dan budaya mencari ilmu dipermudahkan.

d.      Komitmen kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan di rantau ini.

e.      Usaha dan komitmen KPT–tingkatkan status IPTA khususnya dalam ranking dunia.

f.        Ekspektasi masyarakat Malaysia khususnya terhadap Universiti –bukan saja gedung ilmu tetapi sebagai wadah pembangunan insaniah.

 

 

Jitra Kedah

3.55 ptg

27 Nov 2011

1 Muharram 1433 H

Posted at 10:14 pm by Pendita Bitara
 

KERTAS KERJA – Eratnya Mahasiswa Islam dengan Politik (Bah 2)

 

3.2          Syarat pemimpinan politik mahasiswa

1.            bastatan fi al-`ilmi wa al-jism dalam konteks Talut,

 

Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". ( Al baqarah : 247)

 

2.            hafizun `alim dalam konteks Nabi Yusuf `a.s.

 

 Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); Sesungguhnya Aku sedia menjaganya Dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya". (Yusuf: 55)

 

3.            al-qawiyy al-amin dalam konteks Nabi Musa `a.s.

Salah seorang di antara perempuan Yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah Dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), Sesungguhnya sebaik-baik orang Yang ayah ambil bekerja ialah orang Yang Kuat, lagi amanah". ( Al Qasas : 26)

3.3          Mengapa ada pilihanraya kampus?

·         Menelusuri kembali tujuan diadakan pilihanraya kampus ialah bagi memilih pemimpin pelajar yang benar-benar berkualiti bagi menerajui kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). MPP berfungsi sebagai mata ,telinga pelajar dalam menjaga kebajikan mereka sepanjang pengajian disini.

·         Pemimpin yang dipilih mempunyai tanggungjawab yang berat dan mereka benar-benar 'viable' dan berkarisma dalam memberikan perkhidmatan terbaik terhadap masyarakat kampus.

·         Berkarisma ialah kata kunci yang paling tepat jika ditanya kriteria yang diperlukan bagi seorang pemimpin pelajar. Karisma mempunyai konotasi yang cukup luas yakni merangkumi cara bekerja,personaliti,ekspresi idea,berakhlak dan tidak dilupakan interaksi sosial yang baik.Tambahan pula, Falsafah Pendidikan Negara dan mana-mana pusat pengajian tinggi di dunia ini mengharapkan untuk menghasilkan pelajar yang versatil dan serba boleh.

3.4          Mengapa mahasiswa lesu- mandomisme?

·         Tindakan kerajaan yang mencantas segala anasir gerakan Mahasiswa yang digelarkan sebagai 'tangan – tangan pembangkang' di dalam kampus telah menyebabkan Gerakkan Mahasiswa menjadi mandom.

·         Kekusutan ini bertambah nyata bila mana blok yang digelarkan 'kelompok Aspirasi Kerajaan' gagal memainkan peranan besar terhadap isu – isu yang bermain di sekitar mereka atas alasan bahawa isu kemasyarakatan yang ada bukan tanggungjawab mereka.

·         Tanggungjawab mereka sebagai pelajar untuk belajar dan lulus exam lebih banyak disuntik berbanding agenda nasional yang lebih merakyatkan mahasiswa.

·         Keselesaan yang dinikmati melalui program – program indoktrinasi BTN, ziarah ke Putrajaya, kediaman baru di Kolej, pinjaman PTPTN dan sebagainya telah melalaikan pemimpin mahasiswa yang sedia ada.

·         Pujukan massa yang memaksa mereka untuk menumpukan kepada dunia kuliah dan buku – buku akademik semata telah mematikan langkah juang mereka.

3.5          Bahan bacaan politik dikawal!

·         Disebabkan terlalu banyak tafsiran politik, mendorong UNESCO di bawah PBB untuk menyeragamkan fahaman politik seluruh dunia dengan mengatur satu kajian dan soal selidik berkenaan kedudukan ilmu politik dalam 30 buah negara yang dipimpin oleh W. Ebenstein dari Amerika Syarikat dan akhirnya  telah melahirkan buku Contemporary Political Science (1948).

·         Pada 1952 pula UNESSCO mengumpulkan banyak laporan berkaitan fahaman politik dan dihimpun dalam  Persidangan di Cambridge England dan hasilnya disusun oleh WA Robson serta diterbit oleh UNESSCO pada tahun 1954.

·         Dengan tersebar buku-buku terbitan UNESCO, buku ini semua menjadi rujukan pelajar di IPT serata dunia serta membentuk satu komuniti global dengan satu fahaman politik sekular yang sama atas nama pendidikan dan sosial ala PBB.

·         Kesemua insiden kediktatoran di celahan demokrasi atau tirani di sebalik topeng demokrasi adalah rekod kerja UNESCO yang semestinya direstui oleh Yahudi sedunia.

·          PBB = warisan Yahudi iaitu komunis dan kapitalis.

 

3.6          Sekitar awal perjuangan

 

·         Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) di Kuala Lumpur ditubuhkan pada

tahun 1958. Pengerusinya ialah Gurnam Singh.

·        (PBMUM). Ia telah ditubuhkan semasa UM di Singapura, iaitu pada tahun 1955. PBMUM lahir akibat tiga faktor. Pertama, sebagai persatuan mahasiswa Melayu yang mempunyai minat yang sama, iaitu di Jabatan Pengajian Melayu. Kedua, ekoran cabaran menjawab tuduhan kepada mahasiswa yang ketika itu pernah dikatakan sebagai anak-anak penjajah. Dan ketiga, didorong oleh pergolakan politik orang Melayu pada masa itu, seperti penubuhan UMNO pada tahun 1946, penubuhan ASAS 50 pada Ogos 1950, penubuhan Lembaga Bahasa Melayu (LBM) pada Oktober 1950, dan, lebih-lebih lagi, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kedua pada 1954 yang mendesak pemerintah Inggeris menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

·        Pada tahun-tahun awal UM di Kuala Lumpur, kebanyakan aktiviti kemahasiswaan terfokus kepada kehidupan di kampus, terutamanya yang berkaitan dengan kebajikanmahasiswa.

·        "Tradisi mencabar" itu telah mulai kelihatan. Ini ditandai, misalnya, dengan perjuangan PMUM mendapatkan rawatan perubatan yang lebih baik untuk mahasiswa dan desakan Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) supaya kerajaan membina sebuah masjid berhampiran dengan UM.

·        Beberapa protes terbuka telah berlaku sejak tahun 1961, di mana mahasiswa menghantar telegram kepada Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman bagi mendapatkan semula kelulusan mengadakan perarakan dalam Minggu Kebajikan yang telah dilarang oleh polis.

·        Pada tahun 1963, berlaku lagi beberapa protes. Pertama, mahasiswa memprotes apabila Naib Canselor Sir Alexander Oppenheim "campur tangan" dalam satu mesyuarat antara freshie dan jawatankuasa orientasi. Kedua, mahasiswa mendesak Majlis Universiti  agar menerima perwakilan mereka untuk duduk dalam pentadbiran universiti.

·           Ketiga, PMUM membuat protes kepada kerajaan Singapura atas perletakan jawatan Naib Canselor Universiti Singapura Dr. B.K. Sreenivasam kerana padanya ia berlaku akibat campur tangan dari luar (kerajaan).

·           Dan keempat, dan terpenting, PMUM mengadakan perarakan bagi menyatakan taat setia kepada kerajaan dalam konfrontasi yang dilancarkan Indonesia ke atas Malaysia.

 

 

3.7          Mahasiswa wajar berpolitik (bersiasah/mengurus)

 

·         Wajar mahasiswa berpolitk,lebih-lebih lagi individu yang faham agama dan amal islami secara keseluruhannya walhal bukanlah mengikut mentaliti sekular berasas agama separuh dan amal separuh.

·         Sebagai mahasiswa islam yang berkaliber dan berwibawa, kewajipan bersuara dalam mempertahankan hak dan menolak kemungkaran yang berlaku harus dilaksanakan.Apabila dipandang enteng, akan memberi kesan terhadap keluarga, masyarakat sekaligus negara itu sendiri.

·         Iskandar Zulkarnain yang dikisahkan dalam Al Quran, menurut kisahnya baru berumur sembilan belas tahun ketika memimpin angkatannya.

·         Beliau memimpin angkatan dalam 'siasah perang' dengan melalui berbagai pengajaran bagi seluruh umat manusia yang bukan sekadar umat Islam.

·         Rasulullah SAW yang dalam keadaan gering setelah Pembukaan Makkah, telah memilih Usamah bin Zaid RA untuk memimpin angkatan Muslimin dari kalangan Muhajirin dan Ansar. Sebelum sempat angkatan itu berangkat, Baginda SAW wafat.

·           Sultan Muhammad Al fateh berumur mahasiswa semasa memimpin tentera Uthmaniyah menawan Konstantinopel 1453 M.

·           Senario politik kini sudah berubah.Pelbagai angin sekular diterapkan. Jika golongan intelektual ini disekat dalam kebebasan bersuara,ia akan memberi impak yang lebih buruk pada masa hadapan. Memberikan ruang mahasiswa bergiat dalam politik dapat melahirkan masyarakat yang lebih positif.

4.0          Mahasiswa dan AUKU

  • Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata sudah tiba masanya untuk kerajaan mempertimbangkan pembabitan mahasiswa dalam politik. (Berita Harian 28 Julai 2010). Buku beliau bertajuk kalau Saya Mahasiswa bagus jika dibaca oleh semua mahasiswa.
  • Pada 18 Mac 1971, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 telah diluluskan oleh Parlimen. Mahasiswa telah bangkit menentang AUKU kerana merasakan ia bertujuan menyekat kebebasan bersuara di kalangan mahasiswa, menamatkan autonomi universiti dan berlawanan dengan prinsip demokrasi.
  • Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) melarang mahasiswa daripada terlibat atau megambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti di luar kampus seperti berpolitik.
  • Kesan pertama Peristiwa Baling 1974 yang dirasai gerakan mahasiswa ialah penahanan ramai pemimpin mahasiswa dan pelajar. Ini menyebabkan sebahagian badan mahasiswa hampir lumpuh untuk seketika. Kesan kedua ialah pindaan terhadap beberapa seksyen AUKU 1971 yang diluluskan oleh Parlimen pada 8 April 1975.
  •  Antara lain, Pindaan 1975 itu yang merujuk kebebasan mahasiswa ialah, pertama, mahasiswa dilarang memberikan sokongan kepada pihak-pihak di luar kampus.
  •  Sebelum Pindaan 1975, walaupun dengan AUKU 1971, mahasiswa hanya dilarang memegang jawatan dalam parti politik dan kesatuan sekerja
  • Perkara 1, seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan), 1975 tidak membenarkan sesiapa sahaja yang bergelar pelajar universiti menjadi ahli atau bersekutu dengan mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau sebarang pertubuhan, badan atau kumpulan sama ada ianya ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang universiti atau di luar universiti, di Malaysia atau di luar Malaysia kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perlembagaan atau sebagaimana yang diluluskan secara bertulis oleh Naib Canselor.
  • Perkara 2 seksyen 15 AUKU juga mengatakan bahawa tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar universiti, sama ada ditubuhkan, di bawah atau mengikut Perlembagaan atau selainnya, boleh ada apa-apa gabungan, persekutuan atau apa-apa jua urusan lain dengan mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau apa-apa juga pertubuhan, badan atau kumpulan orang sama ada atau tidak ianya di tubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama ada ianya di dalam universiti atau luar universiti, di dalam Malaysia atau luar Malaysia kecuali sebagaimana di peruntukkan di bawah perlembagaan atau sebagaimana yang di luluskan secara bertulis oleh Naib Canselor.
  • Perkara 3, akta yang sama juga ada menyebut bahawa tiada sesiapa semasa menjadi pelajar universiti boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh di tafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap manamana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram.
  • Pindaan terhadap beberapa peruntukan AUKU yang dikuatkuasakan pada 13 Mei 1975  meninggalkan kesan buruk. Akibatnya, PKPM terkubur, GPMS dan PKPIM tinggal anggota dan badan gabungan bukan mahasiswa, manakala MBM terputus jembatannya dengan gerakan mahasiswa.
  • Dr. Wan Abdul Rahman Wan Muda dari Universiti Sains Malaysia pernah menjelaskan dalam satu forum yang bertajuk "Masyarakat Kampus Dan Permasalahannya" pada 4 Ogos 1990, "Perlaksanaan Akta ini merupakan parut hitam dalam sejarah kebebasan akademik di Malaysia. Semenjak itu, ternampaklah bibit-bibit kelumpuhan budaya universiti yang sebelum ini mempunyai semacam solidariti dalam aktiviti-aktivitit mahasiswa."
  • Seksyen 15 ini secara umumnya bertentangan dengan Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menjamin hak setiap warganegara Malaysia untuk berpersatuan. (Hakim Dato' Hishamudin Yunus Mahkamah Rayuan antara yang membuat keputusan ini untuk kes 4 mahasiswa UKM yang dikenakan tindakan kerana berada di Hulu Selangor PRK April 2010)

 4.1          Pindaan 2009

  • 17 Julai 2008, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin telah membentangkan cadangan meminda AUKU di Dewan Rakyat bagi bacaan kali pertama. Ia kemudiannya diluluskan dan digazetkan pada Februari 2009.
  • Menurut Prof. Dr. Shad Saleem Faruqi (2009) dan Prof. Dr. Shaik Md Noor Alam SM Hussain (2009), daripada 109 peruntukan AUKU 1975, sebanyak 61 peruntukan telah dipinda, dibuang atau dimasukkan. terlibat dalam struktur dan proses membuat keputusan tertentu universiti. Antaranya ialah:

(1) Mahasiswa diberikan hak perwakilan dalam jawatankuasa tertentu di universiti, seperti Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa dan Senat.

(2) Mahasiswa, sama ada secara individu atau kumpulan, dibenarkan menjadi ahli, berhubung dan bergabung dengan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan di luar kampus, tanpa perlu mendapatkan kelulusan Universiti terlebih dahulu, kecuali parti politik dan yang bersalahan dengan undang-undang.

(3) Mahasiswa dibenarkan berinteraksi dengan ahli politik dan parti politik.

(4) Mahasiswa lebih bebas bersuara termasuk dibenarkan membuat kenyataan mengenai politik pada mana-mana majlis, seminar atau simposium dengan syarat ia tidak dianjurkan oleh mana-mana parti politik.

(5) Kaedah-kaedah tata tertib adalah lebih adil daripada sebelum ini.

 

Posted at 10:10 pm by Pendita Bitara
Comments (5)  

KERTAS KERJA-Eratnya Mahasiswa Islam dengan Politik

KERTAS KERJA – Eratnya Mahasiswa Islam dengan Politik

Muhammad Nuruddin Bashah

Bcs Hons Eng UM

Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.  (Al-Kahfi: 13)

Belajar sambil mencabar pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang. Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin berpengalaman (mencabar) DAN terpelajar. - Prof. Ungku A. Aziz (1973)

Persoalan paling besar adalah mengapa mahasiswa atau pelajar perlu berpolitik, belajar politik serta mengamalkan budaya politik?

Islam meletak nama asas bagi konotasi politik iatu siasah bermaksud mengurus, membimbing, mengawal dan mentadbir. Jika turutkan pandangan sesetengah mahasiswa yang mengatakan pelajar hanya perlu belajar, ambil maksud pelajar dalam erti lafziah (lughah) tanpa istilah ianya akan  menerbitkan manusia yang bebal mengurus, jahil isu sekeliling, tiada daya saing, penakut, bacul, bodoh, malas, dayus (jika lelaki), tidak tahu mengurus negara, masyarakat apatahlagi rumah tangga kerana yang mereka tahu hanya BUKU TEKS!

 

1.0          Politik dalam Islam

الحاكمية الإلهية من عقيدة التوحيد الإسلامي
Keyakinan bahawa hak untuk menghukum itu adalah milik Allah adalah sebahagian dari ajaran tauhid Islam

  • Hal ini dapat kita ketahui dari kajian-kajian ilmu usul fiqh yang membahas tema-tema yang terkait dengan pertanyaan : Siapakah hakim yang sebenarnya?
  • Maka semua para ulama yang mendalami ilmu usul fiqh menetapkan bahwa Al Hakim (yang menentukan hukum) itu adalah Allah, sebagaimana termaktub dalam surat al An'am ayat 57 dan Yusuf ayat 40 :  إن الحكم إلا لله artinya : "sesungguhnya hukum (hak untuk menghukum) itu tidak lain hanyalah milik Allah"
  • Di antara buku yang menjadi perhatian ulama dan paling berbahaya dalam kajian politik Islam adalah buku yang ditulis oleh  Hakim Syar'i Mesir Ali Abdur Raziq dengan judul

 ""الإسلام وأصول الحكم

  • Buku ini muncul di penghujung abad 20 tepatnya pada tahun 1925 sekitar 1 tahun setelah runtuhnya Khilafah Islamiyah. Isi buku ini adalah Islam itu agama bukan negara atau Islam itu adalah  risalah rohani semata-mata tidak ada kaitannya dengan pemerintahan (politik) dan masalah kenegaraan.
  • Ungkapan 'al-Siyasi' adalah diambil dari perkataan 'sasa', katanama pelaku ialah 'sais' dan katanama terbitan ialah 'siasah' yang bermakna penjagaan/mengurus.
  • Ahli siasah ialah : orang yang memelihara urusan umat, memahaminya dengan kefahaman yang mendalam dan menyelesaikannya dengan pemikiran dan pandangan yang betul.
  • Ahli siasah Islam ialah : orang Islam yang komited dengan Islam yang menyelesaikan urusan umat dari sudut pandangan Islam dan hukum syarak.
  • Fiqh Siasah ialah : kefahaman mendalam terhadap urusan umat dalam dan luaran, mentadbirnya, menjaganya menurut panduan hukum syarak dan memandunya.
  • Dunia hari ini iktiraf mahasiswa sebagai orang pandai. Jika pandai perlulah mereka yang menjaga urusan siasah (politik) bukannya orang bodoh dan rakus.

Politik-fobia

·         Rakyat Malaysia semakin takut dengan politik Malaysia yang ganas membaham sesiapa sahaja. Politik Malaysia kini dikuasai oleh golongan diktator yang tidak dapat menerima dan takut akan kekalahan. Kini sindrom politikfobia menjalar di kalangan masyarakat awam.

·         Rakyat kecut perut bila melihat kes kemenangan YAB Ir Nizar sebagai Menteri Besar yang sah bertukar menjadi sebaliknya selepas Zambry membuat rayuan. Rakyat sangsi apabila pembedahan awal Dr Pornthip Rojanasunand daripada Thailand terhadap mayat Teo Beng Hock menyatakan ia pernah dipukul bertukar menjadi tiada kesan pukulan selepas pembedahan oleh doktor daripada Malaysia.

·         Rakyat geleng kepada apabila enjin jet jutaan ringgit hanya dilarikan oleh para sarjan dan koperal yang entah bila mampu berurusan dengan orang Uruguay.

·         Rakyat berderau darah apabila melihat sesiapa sahaja mampu dibubuh dengan bom C-4 yang hanya boleh digunakan untuk misi khas, kerana pegawai rendah polis pun boleh sewenang-wenangnya membuka almari balai polis dan meletupkan rakyat dengan bom itu tanpa kebenaran pegawai atasan.

·         Rakyat tertanya-tanya arah politik negara apabila kehakiman Malaysia dikritik oleh 50 ahli Parlimen Australia sedangkan logiknya berapa sangat duit DSAI dan PKR untuk merahsuah 50 orang ahli parlimen Australia tersebut!

·         Rakyat menjadi serik mengundi dan berpolitik dalam gelanggang demokrasi apabila wakil rakyat mereka mudah melompat parti tanpa mengosongkan kerusi. Sedangkan mereka dipilih disebabkan nama parti tertentu yang mereka sokongi dasar dan polisi parti tersebut.

·         Itulah demokrasi iaitu membenarkan rakyat campur tangan dengan polisi negara dengan membenarkan rakyat memilih wakil yag bakal membawa polisi negara idaman mereka.

·         Apa jawapan yang sesuai untuk kita berikan kepada rakyat berkenaan makna politik yang mereka lihat secara 'live' di bumi Malaysia ini?

 

2.0          Anak muda dan politik

·         Remaja berumur antara 11 hingga 19 tahun.

·         Perkataan juvenil juga sering disebut kerana ia berkait dengan remaja. Kamus Dewan (2000:1121) menjelaskan, remaja bermaksud mulai dewasa, sudah akil baligh dan sudah cukup umur berkahwin[1].

·         Prof. Dr. Hamka di dalam bukunya 'Lembaga Budi' "Kepemudaan satu cabang dari kegilaan". (Hadith Nabi SAW). "Memang 'kegilaan' itu ditakuti tetapi kadang-kadang kegilaan itu perlu untuk mengubah sejarah yang telah membeku. Revolusi yang besar-besar selalu dipelopori oleh kegilaan pemuda". (Revolusi Arab Spring 2011)

·         Aristotle, seorang ahli falsafah Yunani tulisannya, "Nicomachean Ethics": "Adalah mudah bagi setiap manusia untuk meluahkan kemarahan dan mampu bertindak mengikut kemahuan kemarahannya itu, tetapi untuk meletakkan kemarahannya itu pada orang yang betul, waktu yang tepat, tujuan yang baik, jalan yang hikmah dan tahap yang sepatutnya mereka menjadi marah itu tidak mudah dan payah untuk dilakukan."

·         Statistik menunjukkan bahawa hanya 2.9% golongan belia yang menyertai dan bergiat aktif di dalam persatuan belia atau badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia. Selebihnya terbahagi kepada dua:

1.       Belia yang mengisi statistik keruntuhan moral kronik yang melanda negara seperti lumba haram, seks bebas, dadah, gengsterisme, jenayah juvana, hiburan melampau dan banyak lagi.

2.       Generasi muda yang duduk berdiam diri dengan agenda kehidupan masing-masing tanpa memperdulikan masyarakat sekeliling.

 

·         Takrif belia menurut Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam kertas kerja "Cadangan Dasar Pembangunan Belia Negara" (1995), belia ialah orang yang berumur antara 15 hingga 40 tahun.

·         Menurut Commonwealth Youth Secretariate (1993), umur belia di sebahagian negara-negara anggotanya adalah seperti berikut:

Bangladesh: 15 hingga 30 tahun, Brunei Darussalam: 15 hingga 35 tahun,  India: 15 hingga 34 tahun, Hong Kong: 10 hingga 24 tahun,  Pakistan: 18 hingga 30 tahun, Singapura: 15 hingga 30 tahun, Sri Langka: 15 hingga 29 tahun (Kajian Spannring R., Ogris G. dan Gaiser W. (Ed), (2008), Youth and Political Participation in Europe).

·         Erti partisipasi. Ia berasal daripada perkataan Latin "pars" yang bermakna "bahagian" dan "capere" yang bermakna "mengambil". Ia membawa maksud mengambil bahagian, melibatkan atau menceburkan diri dan berkongsi. Individu yang berpartisipasi boleh dipengaruhi dan juga boleh mempengaruhi untuk capai matlamat akhirnya ialah perubahan sosial.

·         Partisipasi politik contoh utama ialah partisipasi rakyat ialah pengundian dalam pilihan raya.

·         Pendekatan normatif yang melihat partisipasi bermatlamat bukan sahaja untuk mempertahankan fungsi institusi demokrasi, juga untuk memantau perlakuan elit politik, salah laku dan rasuah serta ketelusan.

·         Partisipasi belia (penglibatan anak muda) mula mendapat pengiktirafan terutamanya sejak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan 1985 sebagai Tahun Antarabangsa Untuk Belia.

·         Tahap kepedulian golongan belia Malaysia terhadap politik berada pada tahap yang sangat rendah. Statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan 4.39  juta atau 28% rakyat negara kita yang berkelayakan masih belum mendaftar sebagai pengundi dan majoritinya adalah terdiri dari golongan muda[2].

·         Lebih daripada 85% responden Cina berumur 35 tahun ke bawah daripada tinjauan lapangan sebuah akhbar berbahasa Cina pertengahan tahun lepas menganggap politik itu kotor dan tidak berminat untuk mengikutinya.

·         98% responden berumur 40 tahun ke bawah daripada kajian lapangan Dewan Masyarakat keluaran Mei 2008 memandang negatif kepada politik. Malah, mereka sudah tidak percaya kepada institusi politik.

3.0          Golongan intelegensia (mahasiswa) dan politik kenegaraan

Tidak banyak telah ditulis tentang gerakan mahasiswa. Kebanyakan buku tentang gerakan mahasiswa tidak ditulis dalam bahasa kebangsaan dan bukannya oleh penulis Malaysia.

  • Antaranya ialah Donald Rogan (1966) The Campus Apocalypse: The Student Search Today; Saymour Martin Lipset (Ed.) (1967) University Students and Politics In Underdeveloped Countries; Lewis S. Feuar (1969) The Conflict of Generation: The Character and Significant of Student Movements; Philip G. Altbach (Ed.) (1970) The Student Revolution: A Global Analysis; Helen Lefkowitz Horowitz (1987) Campus Life: Undergraduate Cultures from the end of the Eighteenth Century to the Present; dan, Mark Edelman Boren (2001) Student Resistance: A History of the Unruly Subject.
  • Di Malaysia, menurut Ungku Aziz, buku yang mencerminkan kegiatan mahasiswa di lapangan politik tulisan Mohammed Abu Bakar (1973) Mahasiswa Menggugat, adalah bersifat peneroka. Kata Ungku Aziz, "Oleh itu wajib ia dibaca oleh semua orang yang ada  hubungan dengan masalah pelajaran umumnya atau universiti khususnya dan pemuda pemudi umumnya serta mahasiswa khususnya".
  • Junaidi Abu Bakar (1993), Mahasiswa, Politik dan Undang-undang dan Abdul Razaq Ahmad (Ed.) (2005), Mahasiswa Abad 21.

3.1          Konsep Syajaa'h

·         "Mengiayakan yang benar dan menidakkan yang bukan". Inilah yang dinamai syaja'ah. Etimologi : berani, benar, marah.

·         Iaitu berani kerana benar dan takut kerana salah.

·          Prinsip dan perangai yang sihat ini sewajarnya dipegang utuh, dijiwai dan dibudayakan oleh generasi muda amnya dan mahasiswa khususnya ke arah meluruskan minda dan sekaligus mengangkat martabat gerakan.

·         Dikotomi dan taboo seperti pelabelan pro-aspirasi dan pro-pembangkang di dalam Majlis Perwakilan Pelajar (realiti dan keburukannya).

·         Idealisnya, Mahasiswa sepatutnya menjadi sosok-sosok pejuang dan pemikir serta kewibaannya dapat dilihat dari bagaimana cerdasnya peribadi dan kuatnya perjuangan yang mereka lakukan.

·         Fenomena kegagalan gerakan mahasiswa dalam memperjuangkan visi dan misinya seperti sudah menjadi perkara yang lumrah terjadi dewasa ini. Gerakan mahasiswa seringkali terperosok dalam lubang yang sama dan cepat puas dengan keberhasilan yang bersifat semu.

·         Punca = fenomena keringnya asas intelektualisme dalam tubuh gerakan mahasiswa itu sendiri. Selain itu, perkara ini juga mungkin dipengaruhi oleh fenomena mahasiswa yang terbiasa dengan sifat-sifat seperti lemah berfikir, kurang kesedaran, ketandusan ilmu, bankrap idea, bengap fikrah dan muflis keintelektualan.

 


Posted at 10:01 pm by Pendita Bitara
Comments (3)  

Aksi Menentang Zionis Pasca Perang Dunia Kedua (1946-1949)

Aksi Menentang Zionis Pasca Perang Dunia Kedua

(1946-1949)

Muhammad Nuruddin Bashah

1.       Pengganas Zionis bangkit

·         Pada 1915, British menubuhkan Zion Mule Corps iaitu tentera bersenjata atas alasan untuk melindungi kaum Yahudi di Palestin.

·         Sebelum Perang Dunia I, rakyat Palestin menerima kehadiran Yahudi yang berhijrah ke sana. Kelembutan sikap kaum Islam diambil kesempatan oleh Zionis.

·         Vladimir Jabotinsky tubuhkan gerakan pengganas = HAGANAH

·         Manachem Begin tubuhkan = IRGUN (kemudian dilantik sebagai salah seorang Perdana Menteri Israel dan diberi pula Hadiah Nobel Keamanan pada 1978!)

·         Avraham Stern menubuhkan = STERN GANG

·         Kesemua gerakan ini pernah diisytihar sebagai pengganas oleh PBB

·         Pada November  1947 lebih 70 000 pengganas Yahudi dilatih oleh British.

·         Palestin hanya ada sekitar 100 sahaja tentera terlatih oleh Jerman (Nazi).

·         2 April 1947 Amerika sibuk tekan PBB untuk bincang hal negara Israel dan menggesa penghentian pemerintahan British di Palestin.

·         Di saat inilah Hassan Al Banna melatih 70 00 pula tentera Ikhwan.

·         Negara Arab hanya sumbang 24 000 tentera tanpa senjata canggih, tidak tahu membaca peta dan tiada pemimpin yang mahir.

 

2.       Selepas Perang Dunia II

·         British pass baton hegemoni kepada AS dan tanggungjawab menjaga Yahudi.

·         Yahudi yang telah lama menguasai ekonomi AS mula mengambil peluang mencipta order baru dunia melalui PBB dan mengawal negara kuasa veto.

·         Negara Arab kerasukan hantu ideologi, berebut ambil bahagian dalam Perang Dingin (Cold War). Ada yang sokong kapitalis dan majoriti sokong sosialis sedangkan Perang Dingin adalah ciptaan Zionis untuk alih perhatian global daripada perancangannya di Palestin.

·         Gamal Abdul Nasir khatam baca The Prince karangan Machievelli sebanyak 17 kali-persiapan jadi tyrant!

 

3.       Ikhwan pelopor Jihad Palestin

·         Dr. Muhammad al Hindi, pemimpin Jihad Islam dan juga pengarah Pusat Kajian dan Penelitian Palestin, mengungkap peranan Hasan al Banna dalam isu Palestina.

·         Pada tahun 1947, Imam al Banna menolak pembahagian wilayah yang dikeluarkan PBB. Dia menyampaikan seruan kepada seluruh umat dan Ikhwan secara khusus untuk menunaikan kewajiban jihad di Palestin. Al Banna mengatakan, "Al Ikhwan al Muslimun akan mencurahkan nyawa dan dana mereka dalam jihad mempertahankan setiap jengkal tanah Palestin."

·         Pada tahun 1948, ketika deklarasi negara Zionis-Israel, Imam al Banna mengambil keputusan menghantar mujahidin dari Ikhwan ke Palestin. Meskipun ketika itu Zionis Israel mempunyai kekuatan yang kuat, al Banna tetap mengirim mujahidin dalam rangka menunaikan kewajiban.

·         Al Hindi mengatakan, "Imam Hasan al Banna menjadikan Palestin sebagai tumpuan perhatian dan istimewa. Beliau menganggapnya sebagai isu bersama umat Islam." Beliau turut menyatakan,  al Banna turut menerajui demonstrasi di Mesir dengan slogan dan seruan "Palestin adalah Arab dan Islam".

·         Al Hindi menyatakan Imam al Banna amat mengetahui konflik di Palestin. Al Banna juga menyebutkan dunia Barat dan Yahudi bekerjasama menghancurkan Palestin.

·         Pada tahun 1948 terjadi Perang Palestin, lalu Mustafa As Siba'ie segera memimpin batalion tentera pemuda Syria dan bergabung dengan 10 000 pasukan Ikhwan Al Muslimin yang terdiri dari pelbagai negara Arab untuk membantu rakyat Palestin yang sedang berjuang melawan penjajah Zionis Yahudi.

·         Perang Tabbah 86, Ikhwan berjaya pertahankan Gaza, putuskan bekalan kepada Zionis dan sekat kemaraan tentera bantuan Zionis dari Selatan Palestin.

·         Peristiwa pembunuhan Hakim Ahmad Khaznidar oleh dua anggota Nizam Al Khas (Ikhwan) pada 1948 dijadikan alasan untuk menuduh seluruh Ikhwan sebagai pengganas. Tindakan tidak direstu oleh Imam Al Banna pada waktu itu.

  1. Sikap pemimpin Mesir pada 1948.
  • Ada kenyataan: "maaf saya PM Mesir bukan PM Palestin".
  • Pemerintahan Raja Mesir umpama Hosni Mubarak cuba bersekongkol dengan Bristih menyekat sempadan Palestin.
  • Al Banna menulis tentang Palestin sejak tahun 1936 dalam majalah An Nadzir (majalah Ikhwan)
  • Sheikh Abd Muiz berkata pada 1946, negara Israel telah tertubuh secara tidak rasmi apabila pendatang Yahudi bekerja siang malam menyiapkan senjata dan persiapan politik sedangkan pemimpin Palestin masih berbalah. Pemimpin Arab sibuk mengaut fahaman sosialisme dan nasionalisme melebihi hubungan ukhwah Islamiyah.
  • Pada 1947, Palestin masih di bawah British. British benarkan pendatang Yahudi memiliki senjata atas alasan mempertahan diri. British bekalkan peluru dan senjata manakala Palestin hanya pihak berkuasa Palestin dibenarkan memiliki senjata.

 

  1. Ikhwanul Muslimin disenarai hitam.
  • Duta besar British, Amerika dan Perancis berhimpun di Kem Faid untuk rancang pengharaman Ikhwan.  
  • Desak Presiden Mesir, Mahmud Fahmi Nuqrasyi Basya untuk menyenarai hitam Ikhwan. Dokumen pertemuan ini hanya dibongkar 30 tahun selepas perbincangan rahsia ini.
  • 7 negara Arab juga terlibat menentang Zionis tetapi hanya wayang. Kebanyakan komanden perang negara Arab diketuai oleh orang British! Akibatnya tentera sukarela seperti Ikhwan sahajalah yang berperanan sebenarnya bukannya negara Arab termasuk Mesir.
  • Zionis berkata, "Kami datang dari seluruh dunia ke Palestin untuk hidup, tetapi ikhwan datang ke Palestin untuk mati (syahid)."
  • 15 Mei 1948 tertubuhnya negara Zionis seperti yang dirancang oleh Theodore Hertzel dalam seminar di Bazel pada 1897 di mana Resolusi Yahudi tetapkan dalam masa 50 tahun negara haram Zionis wajib tertegak.
  • 8 Disember 1948, Ikhwan diharamkan, aset dibeku, harta dirampas, pemimpin dan ahli ditahan. Hanya Al Banna tidak ditangkap (ada udang sebalik batu). Raja Farouk memerintah Perdana Menteri, Muhammad Fahmi Naqrasyi membeku harta Ikhwan. Muhammad Fahmi terbunuh. Ikhwan dikambing hitam. Usaha melegitimasikan pembunuhan Al Banna digiatkan.
  • 12 Februari 1949 Al Banna ditembak mati, mayat dilarang diziarahi, hanya diselenggara oleh ahli keluarga. Beliau ditembak mati pada 12 Februari 1949 ketika keluar dari pejabat Syubban Muslimin dalam satu tragedi berdarah yang sengaja dirancang.
  • Sheikh Ahmad Abdur Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun dengan penuh kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri. Jika hebah atau ada perhimpunan, polis akan tanam di kawasan tidak diketahui.
  • Pembunuhan Hassan al-Banna adalah satu perancangan pihak istana dengan arahan Raja Farouk dan Perdana Menterinya Ibrahim Abdul Hadi.
  • Kes pembunuhan ini walaupun telah dibawa ke mahkamah beberapa kali, tetapi telah ditangguhkan. Pertama kali dibawa pada masa pemerintahan Perdana Menteri Ibrahim Abdul Hadi. Kedua, pada masa pemerintahan Perdana Menteri Husin Sari. Ketiga, pada zaman pemerintahan Perdana Menteri Mustafa al Nahhas Basya.
  • Pada 23 Julai 1952, satu revolusi telah tercetus. Raja Farouk terpaksa turun kuasa. Kes ini dibuka semula. Penjenayah ditangkap dan pada 2 Ogos 1954, Koperal Ahmad Husin Jad dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan kerja berat. Pemandu kereta, Sarjan Major Muhammad Mahfuz Muhammad dikenakan hukuman penjara 15 tahun dengan kerja berat. Major Muhammad al Jazzar dikenakan hukuman satu tahun penjara dengan kerja berat (kes dibuka semula oleh Gamal Abd Naser untuk mengambil hati Ikhwan yang bantu beliau gulingkan Raja Farouk).

 

  1. Gagasan idea Zionis-Kafir


Theodore Herzl -   Founder of the Zionist movement



  • Theodore Hertzel - pencetus idea penubuhan negara Yahudi (tulis buku Negara Yahudi : 1895): "Misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam. Jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jabatan. Jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil. Laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran" - ucapan di Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland : 1897.



  • Lord Cromer - Gabenor Inggeris di Mesir & Sudan telah menulis, "Bahawasanya tanah jajahan yang diberi kemerdekaan itu perlu diserahkan kepada anak negeri yang dapat melangsungkan dasar-dasar dan polisi yang menjaga kepentingan dan keselamatan Barat "











  • William Ewart Gladstone (1809 - 1898) - mantan PM Britain zaman Queen Victoria "selagi mereka (umat Islam) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini" - ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur'an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan.

 

  1. Agenda Yahudi sekat Islam Tanah Melayu

·      Memoir buku Thomas Raffles = Barat harus memastikan alam Melayu ini lemah. Untuk melemahkan, Raffles mengusulkan dua buah strategi.

i)        Pertama, imigran-imigran asing masuk ke Melayu supaya kawasan ini tidak menjadi kawasan Melayu, melainkan majmuk (dibawa orang-orang China dan India).

ii)       Kedua, pastikan bahawa raja-raja Melayu = Semenanjung, Sumatera, Jawa dan sebagainya, tidak mengambil para ulama Arab menjadi penasihat mereka. Memisahkan Arab dengan Melayu.

·      Konfrontasi Malaysia-Indonesia melalui media sekular di negara ini, mereka terus berupaya agar rumpun Melayu bangga akan identiti negara  masing-masing.

  • Belanda hapuskan Raja Islam. Sukarkan ibadat Haji dan sebagainya. Galakkan pluralisme agama, liberalisme agama dan budaya sehingga Indonesia rosak sosial hingga kini.
  • Di Malaysia (baca sebagai Tanah Melayu), segelintir pahlawan negara kita bergerak seiring dengan pengaruh jihad Uthmaniyah. Fatwa dari negara Islam lain untuk memerangi penjajahan British disambut baik oleh Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong dan lain-lain lagi.
  • Selepas Perang Dunia II, ramai ulama' terpengaruh dengan jihad Ikhwan menentang Yahudi dan British.
  • Pada 14 Mac 1948, dalam Persidangan MATA, sebuah "Parti Orang-Orang Islam Malaya" atau dikenal dengan nama Hizbul Muslimin telah ditubuhkan. Nama Hizbul Muslimin telah dicadangkan oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan disokong oleh Ustaz Abrab Tamimi dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy.
  • 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan dan ia merunsingkan gerakan Islam yang ingin tubuhkan kerajaan Islam. Bristish satukan semua negeri untuk lumpuhkan kuasa Islam setiap negeri.
  • MATA (Majlis Tertinggi Agama Islam) yang ditubuhkan cukup menaikkan ketakutan British yang serik berperang 1947-48 untuk Zionis.
  • Penubuhan Hizbul Muslimin seterusnya memberi tamparan yang sangat hebat kepada UMNO. UMNO menolak penubuhan Hizbul Muslimin (digelar Bahaya dari Gunung). Sebaliknya, sebagai parti yang memperjuangkan kemerdekaan, PKMM menjadi parti yang sangat berdamping rapat dengan Hizbul Muslimin.
  • Hizbul Muslimin dilabel oleh Dato Onn sebagai "merah" dan dengan itu Dato Onn telah berjaya menghasut penjajah British untuk menganggap parti Islam itu sebagai pro-komunis.
  • Pada pukul 12:00 tengahari, 29 Julai 1948, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir ditangkap di bawah Undang-Undang Darurat. Lima tahun merengkok dalam penjara. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir ditahan tanpa bicara di atas alasan "bahaya kepada keselamatan Tanah Melayu". Beliau bersama-sama lebih 300 tokoh politik agama dan pemimpin Melayu ditahan kerana dituduh menentang British.
  • Walaupun penjajah British tidak secara rasmi mengeluarkan perintah mengharamkan Hizbul Muslimin, namun tindakan British menahan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir bersama-sama 300 orang pemimpin dan para aktivis, telah menjadikan Hizbul Muslimin lumpuh sama sekali.
  • Semasa darurat, semua kegiatan politik telah diharamkan oleh British. Namun UMNO dibenarkan bergerak cergas oleh penjajah British bagi mengatur jentera ke arah pilihanraya 1955.
  • Ramai pegawai British terdiri daripada kalangan veteran Perang Palestin 1948 (yang membantu Zionis). Balai polis Bukit Kepong  diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey kemudian diambil oleh Sarjan Jamil. Beliau pernah sertai perang melawan Palestin (1948) bagi membina negara haram Israel. Sir Henrey Gurney adalah antara pemimpin tentera di Palestin.
  • Selepas Perang Dunia II juga British menipu Tengku Mahmood Mahyideen, putera terakhir Kesultanan Islam Patani Darusalam yang berpusat di Kelantan yang berkhidmat sebagai Lef Kolonel Force 136. Sebelumnya Britsih janji akan kurniakan Kelantan dan Patani sebagai kerajaan merdeka. Selepas Perang, British serahkan Kelantan kepada Siam pula! Baginda meninggal umur 40, secara misteri dan mungkin dibunuh ejen British.

 


Posted at 09:41 pm by Pendita Bitara
Comment (1)  

Wednesday, December 07, 2011
Perkhidmatan Jurulatih Nasyid

Perkhidmatan Jurulatih Nasyid

Advertised by Muhammad Nuruddin bin Bashah 23 Oct 15:59. List-ID: 12061334. Manage


Perkhidmatan Jurulatih Nasyid
-berpengalaman dalam bidang nasyid sejak tahun 1997.
-boleh mengajar vokal dan bermain alat perkusi
-pernah mengasaskan beberapa kumpulan nasyid di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur
-bayaran perkhidmatan berdasarkan jarak tempat mengajar
-akan mengajar hingga pelajar berjaya membuat persembahan
-menerima tawar sekitar Batu Gajah dan Ipoh, Perak sahaja

Hubungi Cikgu Din (107-6291368) atau Cikgu Ros (012-5296690) untuk maklumat lanjut.

Posted at 03:40 pm by Pendita Bitara
Comment (1)  

Sunday, December 04, 2011
Masyarakat Melayu Sedang Sakit?

Disiar dalam Milenia Muslim Februari 2012

Masyarakat Melayu Sedang Sakit?

Muhammad Nuruddin Bashah

Menulis untuk mengkritik memang mudah. Akan tetapi tiada salahnya jika sesebuah tulisan itu dipaparkan khusus untuk menyebabkan para pembaca khasnya kaum Melayu merenung seketika, memikirkan isu-isu besar yang melingkari kaum mereka.

Penulis cukup terkesan apabila mendengar ucapan dasar Presiden TERAS, Cikgu Hj. Azmi Bin  Abdul Hamid pada Perhimpunan Tahunan TERAS (Perhimpunan Penggerak Melayu Kebangsaan kali ke-14) bagi Tahun Hijrah 1433 H (2011-2012) yang diadakan di Dewan Seminar RFC Sungai Petani bertemakan 'Pertahan Aqidah, Tegakkan Syariah'. Walaupun memfokuskan isu aqidah, TERAS cuba memujuk para hadirin untuk berfikir kondisi sosial, kemandirian dan keupayaan kaum Melayu Islam untuk kekal dominan di bumi Malaysia dan muka bumi umumnya.

Kata kunci yang selalu ditegaskan oleh Presiden TERAS ini adalah masyarakat Melayu sedang sakit!

Terlalu banyak makalah dan bahan bacaan yang merungkai permasalahan kaum Melayu baik dari aspek permasalahan sikap, ekonomi, sosial, pendidikan, aspek akhlak dan politik. Walaupun ramai politikus menfokuskan kekuatan politik sebagai utopia kejayaan kaum Melayu di Malaysia, penulis tetap percaya bahawa ramai lagi pemikir Melayu mementingkan pengupayaan bangsa dari aspek agama, sosial, ekonomi dan akhlak sebagai indikator kejayaan bangsa Melayu.

Penceraian musuh kaum Melayu

Permasalahan pertama yang wajar difikirkan adalah statistik penceraian kaum Islam (semestinya majoriti daripada kalangan Melayu) yang semakin meningkat. Statistik 200 000 pasangan bercerai dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini cukup menggerunkan bagi sesiapa yang faham erti rumahtangga. Berumahtangga mestilah melibatkan orang ketiga iaitu anak-anak. Bayangkan jika purata setiap keluarga memiliki 5 orang anak (kadar biasa bagi kaum Melayu), hampir 10 juta anak-anak telah menerima keadaan yang tidak stabil dari aspek emosi, kewangan, pendidikan dan tarbiah asuhan Islam serta pelbagai gejala sosial yang bakal menjanin dan membiak.

Statistik perceraian yang diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sangat mengejutkan kerana berlaku peningkatan dalam jumlah penceraian berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Mengikut laporan ini, jumlah perceraian pada tahun 2007 adalah 20,259 kes berbanding 131,086 perkahwinan. Bagi tempoh sehari pula, lebih daripada 56 perceraian dan 359 perkahwinan berlangsung.

Di setiap negeri pula, dilaporkan perceraian paling tinggi didaftarkan oleh negeri Selangor dengan 3,722 kes diikuti Kelantan sebanyak 2,257, Kedah (2,188), Johor (1,931), Perak (1,551), Terengganu - yang dikatakan janda teramai di Malaysia di tangga keenam dengan (1,537), Pahang (1,502), Kuala Lumpur (1,141), Sabah (924), Pulau Pinang (917), Sarawak (910), Negeri Sembilan (907), Melaka (758), Perlis (247) dan Labuan (37)

Antara model terbaik memberi pendidikan rumahtangga yang negatif adalah berita-berita penceraian serta kenyataan media para artis berkenaan kes penceraian mereka. Cukup simplistik, mudah dan gagal menampilkan perspektif Islam dalam diri para artis dan selebriti tempatan yang kini menjadi idola kepada ramai remaja dan belia.

Keterhakisan agama

Kaum Melayu dieratkan dengan agama Islam sejak agama itu mempopularkan bangsa ini di mata dunia sehingga tradisi nilai Islam dilihat melebihi 90% berbanding nilai keagamaan Hindu yang masih tersimpan sebagai adat dan cara hidup sebanyak 10% sahaja. Kaum Melayu yang dahulu pernah diasuh dengan 100% syariah Islam di bawah pemerintahan Hukum Kanun Melaka dan banyak undang-undang Islam lain telah menatijahkan suatu bentuk bangsa yang signifikan dengan Islam. Lantaran itu orang Melayu tidak dapat menerima istilah murtad pada suatu ketika dahulu.

Keterhakisan nilai agama berlaku secara sedikit demi sedikit dan kian membarah sehinggalah krisis murtad berleluasa.

Daripada gejala mendewakan artis, bertuhankan hiburan, orang Melayu yang pada awalnya boleh menerima konsep aurat menyeluruh pada awal 1980an kini mulai mengeksploitasi menutup aurat menjadfi fesyen yang kian menjolok mata dan syarak. Orang Melayu mulai menerima liberalisme sebagai tuhan baru malah agenda liberal dinaungi oleh musuh Islam antarabangsa, pemimpin tempatan dan ahli korporat.

Presiden TERAS juga menyarankan agar orang Melayu memerhatikan kajian-kajian yang melibatkan konspirasi dan kolaborasi gerakan neo-evangelist iaitu gerakan gereja yang pro Yahudi dan misi kristianisasi sedunia berpusat di Amerika Syarikat. Dua gereja iaitu Metro Tabernacle dan Grace Assembly dikaitkan dengan gerakan Zionis dan jaringan evangelical sedunia yang menjadikan misi murtad sebagai agenda mereka.

Gangster Melayu

Setiap kaum ada kumpulan samseng sendiri. Atas apa alasan sekalipun gejala samseng yang menular menampilkan masyarakat itu sedang sakit. Samseng dan kumpulannya serta budaya hidup gangsterisme akan sentiasa berusaha membina negaranya sendiri di dalam sesebuah negara yang berdaulat. Gemparnya negara dengan kewujudan GENKI 7 yang kini merekrut ramai remaja dan anak muda Melayu di Ipoh. Terbaru, sekumpulan 180 individu termasuk 39 pelajar sekolah ditahan ketika mereka sedang mengadakan upacara angkat sumpah kesetiaan bagi menyertai sebuah pertubuhan ala kongsi gelap di sebuah resort di Teluk Batik. Ahli kumpulan yang bernaung di bawah nama Genki Seven Malaysia (Generasi Kini Tujuh Malaysia) termasuk tujuh wanita yang berusia 13 hingga 30-an. Semasa serbuan dilakukan, mereka sedang membaca ikrar dipercayai berkaitan dengan kegiatan ala kongsi gelap. Daripada 39 orang pelajar yang ditahan, 33 orang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kejadian ini menjadi lambang betapa anak muda kita tidak perlukan masjid, komuniti, keluarga dan hidup bermasyarakat sebagai pelindung mereka. Mereka perlukan anasir lain untuk melindungi mereka dan gengsterisme menjadi pilihan kontemporari bagi mereka. Sebenarnya cukup banyak dan hampir ratusan ribu kumpulan kecil anak-anak muda samseng yang menubuhkan kumpulan walaupun tanpa nama dan ikrar seperti Genki 7.

Turut ditahan adalah tiga orang kakitangan yang bekerja dengan agensi kerajaan. Genki Seven Malaysia yang hampir keseluruhannya dianggotai orang Melayu dipercayai baru ditubuhkan pada 2006 dan didakwa berpusat di Ipoh serta memperluaskan sayapnya dengan membuka cawangan di Taiping. Genki Seven Malaysia juga sedang mencari ahli-ahlinya dalam kalangan orang muda dan mereka yang masih bersekolah. Lebih mengejutkan, perhimpunan haram yang dipercayai menjurus aktiviti kongsi gelap itu didalangi seorang kakitangan agensi kerajaan yang bekerja di Ipoh.

Melayu muflis

Kini 37 000 orang anak muda (berumur antara 25 tahun – 35 tahun) diisytihar muflis, bangkrap atau dalam kata yang mudah, telah gulung tikar dalam bisnes. Dari segi bangsa, statistik Jabatan Insolvensi Malaysia menunjukkan paling ramai muflis ialah Melayu (39.76%) diikuti Cina 33.36%, India 9.53% sementara lain-lain 17.34%. Jabatan Insolvensi Malaysia juga merekodkan 1,086 penjawat awam diisytiharkan muflis pada 2009 dan 72.74% atau 790 adalah lelaki yang merupakan teras bangsa. Media juga mendedahkan bahawa  41 orang anak muda menjadi muflis setiap hari di negara ini akibat berbelanja secara tidak terkawal melalui penggunaan kad kredit.

Ini suatu krisis! Apakah tiada suatu tindakan untuk menghentikan pemborosan di kalangan rakyat? Ramai kontraktor Melayu yang masih belum kukuh perniagaannya telah mula membeli Mercedes Kompressor. Sanggup membayar hampir RM 3,000 sebulan untuk gaya dan nama sedangkan berhutang untuk menutup kelemahan perniagaan. Ada yang mengambil tender sedangkan modal tetap syarikat adalah negatif. Sanggup berhutang untuk mendapatkan projek sedangkan projek yang sedia ada dan yang dipohon belum tentu berjaya.

Kampung Melayu lenyap

Dalam keghairahan mengecap kekayaan manusiawi dan kemajuan pembangunan, telah banyak kampung milik kaum Melayu telah tergadai, lenyap dari muka bumi! Antara yang kini bukan lagi kampung permai kaum Melayu ialah Kampung Pandan, Kampung Abdullah Hukum, Kampung Baru (bakal tergadai) serta Kampung Kerinchi.

Di negara-negara yang pesat membangun seperti Malaysia, rebakan bandar semakin ketara berlaku dalam wilayah metropolitan dan juga di bandar-bandar utamanya. Ini kerana pembangunan pembandaran telah diberi tumpuan utama secara khusus dalam pembangunan wilayah fizikal negara. Ini merupakan usaha kerajaan bagi memanfaatkan sumber-sumber dan kemudahan bandar, menyediakan kepelbagaian peluang-peluang pekerjaan, memenuhi permintaan tempat tinggal kesan daripada peningkatan jumlah penduduk kawasan bandar dan juga ke arah pembandaran yang lebih global. Penempatan Kampung Melayu yang terletak di pinggiran bandar besar kini kian dihimpit oleh fenomena rebakan bandar. Sebahagiannya mengalami perubahan identiti dan lenyap dalam arus kepesatan pembangunan terancang.

Kajian-kajian di luar negara mengenalpasti impak yang pelbagai dari aspek fizikal dan bukan fizikal akibat dari rebakan bandar tetapi fokus impak yang dikaji adalah lebih secara umum terutama dalam aspek guna tanah atau pembangunan kawasan pinggir bandar secara keseluruhannya. Kajian-kajian dalam aspek rebakan bandar telah dilihat sebagai mendatangkan pelbagai impak negatif seperti isu-isu alam sekitar, konflik guna tanah, ancaman kepada aktiviti pertanian dan spekulasi pasaran tanah. Ciri-ciri rebakan bandar dijelaskan sebagai penyelerakan guna tanah bandar secara bertaburan dan melompat-lompat (leapfrog dan scattered) (Harvey and Clark, 1965); kurang kesinambungan dalam corak pekembangan bandar (lack of continuity in urban expansion) (Mill, 1981); pembangunan tidak tersusun dan merbahaya (haphazard growth and patchwork appearence) (Peiser, 1989), dan perkembangan pembangunan yang berdensiti rendah di sekitar sempadan bandar.

Di Malaysia, kampung-kampung Melayu yang terletak di pinggiran bandar merupakan monumen atau simbol masyarakat luar bandar. Ianya perlu dipertahankan daripada lenyap begitu sahaja, dilanda arus pembangunan yang begitu pesat. Pembangunan fizikal bandaraya telah menghimpit kampung-kampung ini dan banyak petempatan yang telah lenyap.

Kampung-kampung yang mengalami tekanan pembangunan daripada rebakan bandar menghadapi masalah sosioekonomi dan kualiti hidup yang rendah. Ini mencetuskan isu pemilikan rumah dan ketidakseimbangan sosial di kawasan pinggir bandar.

Lantaran itu TERAS telah bertindak menyokong tuntutan Majlis Permuafakatan Perkampungan Tradisi Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Muafakat) yang memohon agar semua 7 perkampungan yang kini diancam pembangunan  tersebut iaitu Kampung Bandar Dalam, Kampung Padang Balang, Kampung Chubadak, Kampung Puah, Kampung Sungai Merali, Kampung Sungai Mulia dan Kampung Kuah Seberang diwartakan sebagai Perkampungan Melayu Warisan .

Tanah rezab Melayu tanggungjawab siapa?

Suatu ketika dahulu penjajah British pernah memperuntukkan 3 juta hektar Tanah Rezab Melayu pada 1957. Akan tetapi menjelang tahun 1995, hanya lebih separuh-1.7 juta hektar tanah sahaja yang tinggal. Hari ini Tanah Rezab Melayu telah menyusut ke nilai 44% sahaja daripada nilai asal. Penyusutan sebanyak 1.2% setiap tahun telah berlaku.

Apa makna Tanah Rezab Melayu kepada maruah bangsa Melayu?

Undang-undang Tanah Rizab Melayu (selepas ini ERM) mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen Rizab Melayu 1913 (ERM 1913) dikuatkuasakan di negeri-negeri yang dahulunya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Dua objektif yang disasarkan ialah menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara jua pun kepada bukan Melayu serta menyekat tanah Pegangan Melayu atau Tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.

Mana-mana tanah yang dimiliki atau diduduki oleh orang bukan Melayu, atau orang bukan Melayu mempunyai hak atau kepentingan, tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu (rujuk Perkara 89(4) Perlembagan Persekutuan).

Jika mana-mana kawasan Rizab Melayu itu dibatalkan sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya sahaja maka satu kawasan lain di dalam negeri itu yang sama jenis dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu hendaklah serta merta disiytiharkan sebagai ganti. Tanpa gantian, pembatalan itu adalah tidak sah [Perkara 89(3)Perlembagaan Persekutuan]. Hal ini jelas menunjukkan bahawa tanah simpanan orang Melayu adalah terjamin jika Perlembagaan Persekutuan dihormati.

Kedudukan Melayu di menara gading goyah

Taburan mahasiswa yang menguasai kampus hari ini rata-rata sudah kekurangan kaum Melayu. Mahasiswa Melayu kelihatan dominan hanya dalam aspek kepimpinan dan politik kampus. Mereka masih menguasai hampir 90% kerusi majlis Perwakilan Mahasiswa. Tetapi bagaimana pula kajian yang mendedahkan bilangan mereka yang menyusut dalam setiap fakulti terutama fakulti/kuliah yang kritikal dan penting? Ia perlu diberi perhatian serius. Dahulu, Tun Dr Mahathir (semasa masih sebagai Perdana Menteri) pernah menganggar jumlah mahasiswa Melayu kini kurang daripada 55%.

Isu bilangan pelajar lelaki Melayu di IPT yang merosot telah dibincangkan secara mendalam termasuk mencari punca kemerosotan tersebut berlaku.

Antaranya terdapat gangguan kepada penuntut lelaki Bumiputera oleh pihak tertentu supaya mereka tidak terdorong untuk meneruskan pelajaran di peringkat tertiari (tinggi). Mereka terlalu terlibat dengan kegiatan lain sehingga tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran dan ramai yang sekadar mendapat kelulusan rendah. Pendedahan telah menunjukkan terdapat hanya 33% pelajar lelaki daripada keseluruhan pelajar Melayu di IPTA berbanding 67%  pelajar perempuan, dan terbaru bilangan pelajar lelaki itu merosot kepada 30% berbanding 70% pelajar perempuan.

Jika dahulu mahasiswa Melayu hanya kurang sedikit daripada 55% , kini  hanya 26% sahaja pelajar Melayu yang dapat menjejaki menara gading. Selebihnya 74% adalah pelajar bukan Melayu. Situasi ini jauh merosot daripada matlamat asal.

Ramai mempersalahkan sistem meritokrasi walaupun sebenarnya tujuan meritokrasi adalah suatu usaha mengupayakan kaum Melayu. Ramai beranggapan ia suatu hukuman untuk kaum Melayu hanya kerana ia tidak menyelesaikan pokok utama masalah pendidikan Melayu. Rata-rata sekolah kebangsaan dan menengah kebangsaan tidak mendidik anak-anak kita untuk bersaing dengan kaum lain sejak zaman persekolahan. Sistem matrikulasi yang meringkaskan pelajaran STPM (aliran sains) juga menghasilkan ilmuan segera yang tidak sesaing dengan anak bukan Melayu yang mengikuti STPM.

Secara komposisi kaumnya, daripada jumlah keseluruhan pelajar ke IPTA sesi kali ini, sebanyak 27,829 orang adalah calon Bumiputera. Seramai 10,116 orang pula merupakan pelajar kaum Cina manakala selebihnya iaitu sebanyak 2,421 terdiri daripada pelajar kaum India dan kaum lain.

Pada dasarnya, kemasukan pelajar Bumiputera masih tinggi berbanding pelajar bukan Bumiputera. Tetapi apa yang tidak kelihatan ialah bagaimana pecahan sebenar komposisi pelajar itu jika dilihat daripada kaedah kemasukan iaitu berdasarkan prinsip meritokrasi? Sejak 2003, pengambilan pelajar ke IPTA tidak lagi berdasarkan kuota yang mana 55% tempat diperuntukan kepada Bumiputera manakala 45% yang lain kepada bukan Bumiputera. Sebaliknya, kerajaan memperkenalkan prinsip meritokrasi yang membuka peluang sama rata kepada pelajar pelbagai kaum berdasarkan kemampuan pelajar.

Budaya kompetitif yang ditanam dalam jiwa anak-anak kaum bukan Melayu perlu dikaji dan diambil iktibar. Kita sering melaung slogan ini bumi kita, ini tanah kita sedangkan warganegara negara ini yang berasal dari tanah besar telah menampilkan isyarat bahawa mereka mandiri dan mampu kekal berdikari di bumi yang dikatakan bukan bumi mereka. Kaum Melayu perlu insaf dalam hal ini jika tongkat kuota pelajar IPT ingin dibuang.

Prof. Dato' Abdul Samad Hadi dalam kertas kerjanya bertajuk 'Senario Semasa Pelajar Melayu di IPTA' yang dibentang dalam Kolokium Pemajuan Akademik Pelajar Melayu IPT (2001)  menyatakan bahawa gaya berfikir pelajar Melayu mempengaruhi cara hidup dan sosio ekonomi masyarakat Melayu secara keseluruhan dan berlainan dengan yang bukan Bumiputera. Antaranya ialah, pelajar Melayu tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas sekiranya ibu bapa atau orang lain tidak melakukannya untuk mereka. Walaupun ini bukan hukuman mutlak terhadap keseluruhan pelajar Melayu namun ia telah menjadi suatu mitos yang ada benarnya. Kebanyakan pelajar Melayu sedar setelah terhantuk. Mereka mula meletakkan sasaran setelah mereka dicabar. Mereka juga dilihat sebagai tidak dinamik dan tidak sanggup bersaing. Pelajar Melayu juga  lebih suka untuk mengambil jalan mudah. Kebanyakan punca kelemahan pelajar Melayu ialah tidak pandai memilih keutamaan  mana yang lebih penting dalam melakukan sesuatu gerak kerja dan aktiviti.

Senario kecemerlangan akademik pelajar Melayu IPTA adalah suatu isu yang banyak dibincangkan di mana-mana. Banyak telah dikaji punca kelemahan yang menyumbang kepada pencapaian yang tidak memberangsangkan pelajar Melayu terutama daripada sikap tidak mengutamakan kecemerlangan, sekadar lulus cukup makan, malas berfikir, teknik pembelajaran lemah, kurang daya inisiatif/ daya usaha, kurang pengetahuan am dan isu-isu semasa serta sering mengamalkan budaya 'last-minute'.

Kajian oleh Aminudin Mohd Yusof (1997) pula menunjukan bahawa pelajar Melayu berfikir secara bercapah (divergent thinkers) dan penyerap (assimilator) yang lebih banyak menggunakan cara belajar pemerhatian dan renungan. Pelajar Cina pula mempunyai fikiran tertumpu (converger) dan lebih banyak menggunakan strategi belajar pengeksperimenan aktif dan pengalaman konkrit. Beliau juga melihat bahawa pelajar Melayu mempunyai falsafah jangan menyusahkan orang tua (autoriti). Dalam kes di universiti, orang tua merujuk kepada pensyarah.

Plan bertindak selamatkan masyarakat Melayu.

Orang Melayu hanya boleh diselamatkan oleh kaum itu sendiri. Dari pandangan Za'ba dalam bukunya 'Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri' hinggalah buku Prof. Syed Hussein Alatas bertajuk 'Mitos Pribumi Malas' mengambarkan bahawa kaum Melayu ada kelebihan dan mereka sendiri yang mampu majukan diri sendiri. Keabsahan teori pemandirian kaum telah terbukti.

Orang Melayu perlu dibangunkan dengan sikap berdikari sejak di bangku sekolah.  Orang Melayu perlu keluar daripada budaya menagih subsidi sehingga sesiapa sahaja yang menghulur bantuan dianggap 'segala-galanya' bagi mereka.

Orang Melayu perlu hidup berdisiplin tinggi. Mereka perlu sabar menerima gaji kecil dan hidup sekadar yang perlu tanpa perlu hidup dengan hutang dan rasuah. Budaya bazir dan boros perlu dikikis dan 'padan baju di badan sendiri' adalah pepatah yang amat kena untuk menghasilkan masyarakat yang jimat dan berdisiplin.

Revolusi sikap dan mental seperti mana yang pernah disaran oleh Dato' Abdul Rahman Senu dalam bukunya Revolusi Mental perlu diambil berat. Sikap malas, suka bertangguh, siap kerja sambil lewa, ambil mudah dan membazir masa perlu dikikis.

Pihak pemimpin Melayu pula jangan hanya berseronok dengan retorik menyelamatkan Melayu jika pelan selamatkan bangsa dilakukan atas dasar menangguk di air yang keruh serta mengeksploitasi sikap Melayu untuk kepentingan politik atau sebagainya. Bimbinglah bangsa, asuhlah bangsa dengan agama, akhlak dan pengurusan hidup yang baik. Berilah mereka ransangan untuk maju. Gunakan kuasa para pemimpin untuk menjaga aset Melayu secara hemah tanpa mencarik unsur perpaduan kaum negara ini.

Ipoh 4 Disember 2011

Posted at 04:51 pm by Pendita Bitara
Comments (11)  

Wednesday, November 09, 2011
Kehebatan adab berguru Al Qaradhawi.

Kehebatan adab berguru Al Qaradhawi.

Adab dengan guru adalah suatu yang amat dititik beratkan jika seseorang murid inginkan kefahaman dan kejayaan.

Murid adalah istilah bahasa Arab yang berasal daripada istilah ‘arada’ (ingin). Jadi murid bermaksud orang yang ‘ingin’ kan ilmu dan kefahaman.

Guru pula digelar muallim iaitu orang yang memberi ilmu.

Lihat bagaimana adab Prof Yusuf Al Qaradhawi apabila berdiskusi ilmu dengan gurunya. Antara Gurunya yang terkenal adalah Sheikh Al Bahi iaitu salah seorang pendakwah dalam Ikhwanul Muslimin. Sheikh Al Bahi menekankan aspek tarbiah terutama kepada golongan mudah seperti Sheikh Yusuf ketika itu.

Sheikh Yusuf sejak zaman kanak-kanak tidak sukakan metod pengajaran ‘spoon feeding’ dan paksaan menerima fakta. Beliau sukakan kebenaran dan analitikal dalam menerima sesuatu pandangan.

Beliau kelihatan tegas bertanya itu dan ini sehingga Sheikh Al bahi menganggap Sheikh Yusuf menolak ajaran tariqatnya.

Sheikh Yusuf tidak berhujah kosong. Beliau mengarang 2 buah buku iaitu Al Ibadah Fil Islam dan buku Al Iman Wal hayah (ada terjemahan dalam bahasa Melayu). Buku itu dihadiahkan kepada gurunya. Sheikh Al Bahi kagum dengan hujahnya.

Sheikh Yusuf berkata beliau adalah antara pengkagum buku Sheikh Al Bahi iaitu Tazkirah Ad Duat dan jujur dengan bacaannnya. Beliau inginmengikut golongan rabbani bukannya Rahbani (pendeta) yang umpama pendeta Kristia yang memaksa penganutnya menerima tanpa soal sebarang ajaran guru.

Golongan muda dan mahasiswa memang suka berfikir dan berhujah. Malah jidal seolah-olah menjadi tradisi ilmu golongan muda.

Akan tetapi perhatikan adab Sheikh Yusuf dan bagaimana beliau jugamenghargai karya dan buah fikir gurunya sepanjang beliau mengkritik dan member sumbangsaran kepada gurunya sendiri.

Muhammad Nuruddin Bashah

Siputeh 9 Nov 2011

Posted at 09:48 pm by Pendita Bitara
Comments (8)  

Monday, November 07, 2011
Resepi Pembangunan Insan Negara umat Islam

Disiar dalam Milenia Muslim Januari 2012

Resepi  Pembangunan Insan Negara umat Islam

Muhammad Nuruddin Bashah

Bc Hons Eng UM

Tidak terlalu gempar apabila Laporan Indeks Pembangunan Insan yang dikeluarkan oleh PBB melaporkan kedudukan negara Norway sebagai negara yang paling tinggi pembangunan insannya bagi tahun 2010. Malah Indeks kesihatan dan pendidikan Norway adalah yang terbaik di dunia. Hal ini disebabkan usaha keras pihak kerajaannya berusaha membina suasana negara yang sesuai untuk penaiktarafan nilai hidup dan kualiti setiap rakyatnya.

Norway, Australia, dan Belanda kini menempati tempat teratas negara terbaik di dunia hari ini berdasarkan pada kriteria kesihatan, pendidikan, dan pendapatan, yang dikenal dengan Indeks Pembangunan Insan (IPI).

Antara negara yang tergolong di kalangan 10 negara besar terbaik  seperti yang dikeluarkan badan PBB untuk masalah pembangunan (UNDP) ini adalah Amerika Syarikat,  Kanada, Ireland, Jerman, dan Sweden.

Namun begitu Amerika Syarikat telah  turun dari tangga ke-4 ke tangga ke-26. Sementara Korea Selatan turun dari posisi 15 ke posisi 32. AS turun jauh mungkin disebabkan  faktor kemerosotan  pendapatan rakyatnya sendiri.

UNDP mengatakan IPI mengalami kenaikan besar sejak 1970 yang membawa makna  ada kemajuan besar dalam bidang kesihatan, pendidikan, dan pendapatan di seluruh dunia.

Catatan UNDP menunjukkan 72 negara mengalami perkembangan pesat dalam lima tahun terakhir. Antaranya adalah Cuba (naik sepuluh tangga  ke tangga 51), Venezuela, dan Tanzania. Kedua negara ini masing-masing naik tujuh tangga  ke peringkat 73 dan 152.

Kedudukan Negara umat Islam

Makalah ini sebenarnya ditulis untuk membedah kondisi terkini pembangunan insan yang diaplikasi dala negara umat Islam. Sebelum kita mengintai lebih jauh perlu kita fahami pemeringkatan yang diadakan dalam laporan Indeks ini.

Kedudukan tangga pertama hingga ke-43 adalah peringkat pembangunan insan 'tertinggi' dunia. Dalam ranking ini hanya 4  negara umat Islam yang tersenarai iaitu Emarates Arab Bersatu pada tangga 32, Brunei pada tangga 37, Qatar 38 dan Bahrain 39.

Kelompok kedua adalah peringkat 'tinggi'.

Mengejutkan apabila dalam ranking pembangunan Insan 'tinggi', Bosnia adalah negara di tangga pertama! Walaupun mungkin sedikit bajet dibelanjakan untuk membangunkan kualiti hidup rakyatnya, tetapi ia berkesan dan ampuh sehingga membuka mata dunia hari ini.

UNDP juga mencatat dua negara mengalami penurunan, iaitu Kuwait (turun 8 anak tangga  ke peringkat 63) dan Finland (turun 7 tangga  ke peringkat 22).

Dari 187 negara yang diselidiki, Indonesia berada di peringkat 124, jauh di bawah Brunei (tangga 33) dan Malaysia (tangga 61). Malaysia juga jauh berada di bawah Brunei yang mana Brunei kini tersenarai dikalanga negara tertinggi Indeks Pembangunan Insannya.

Apa itu Indeks Pembangunan Insan

Indeks Pembangunan Insan (IPI) ialah ukuran perbandingan jangka hayat, kenal huruf, pendidikan dan taraf hidup di seluruh dunia. Ia adalah piawai untuk mengukur kualiti hidup, khususnya kebajikan kanak-kanak. IPI digunakan untuk membezakan adakah sesuatu negara itu sebuah negara maju, negara membangun atau negara kurang maju, selain daripada mengukur kesan dasar ekonomi pada kualiti hidup. Indeks ini dibangunkan pada 1990 oleh ahli ekonomi Pakistan, Mahbub ul Haq, dan ahli ekonomi India, Amartya Sen.

Negara-negara dibahagikan kepada 4 kategori yang umum, berdasarkan IPI-nya: pembangunan manusia tertinggi (amat tinggi), tinggi, sederhana dan rendah.

Ekonomi VS Pembangunan Insan

Greece adalah antara Negara yang boleh dibanggakan dalam aspek Indeks Pembangunan Insannya. Pada tahun 2010, Negara itu berada di tangga ke 22 dunia.

Akan tetapi mengapa kini negara ini dipaitkan dengan malu yang cukup besar apabila krisis ekonominya menyeret negara ini diambang muflis? Adakah ketinggian taraf hidup rakyat dan pendidikan di negara itu tidak cukup sebagai penampan dan benteng kepada kekuatan ekonominya?

Jika ini berlaku, bukankah Indeks Pembangunan Insan yang dikeluarkan bukan suatu kebanggaan umum kerana ia ternyata bukan tiket kepada keutuhan ekonomi sesebuah negara sepertimana yang dicitakan oleh semua pemimpin dunia.

Hutang Greece kini melebihi 300 bilion euro ($544.68 bilion ).  Sebahagian besar hutang Greece iaitu AS$120 bilion ($164.7 bilion)  adalah daripada  bank-bank Jerman dan Perancis. Kegagalan Greece membayar hutang pada setiap tempoh matang hutangnya bakal menyeret negara Eropah ke ambang muflis juga kerana domino keruntuha ekonomi bermula daripada kegagalan membayar hutang.

Kesatuan Eropah (EU), terutama Jerman dan Perancis, kini kesal dengan masalah hutang Greece yang disebabkan amalan boros.

Sebaliknya, EU (27 negara anggota) dicantumkan dalam ikatan mata wang bersama, euro terpaksa menanggung kesilapan Greece. EU yang ditubuhkan dengan serba kemegahan diniat untuk menyaingi kekuatan ekonomi Amerika Syarikat kini bolehlah dianggap sebagai Gergasai yang sedang sakit.

Grece juga tidak sendirian. Malah, Portugal, Ireland, Itali dan Sepanyol juga banyak berhutang di luar kemampuan masing-masing.

Taraf kewangan Greece diisytiharkan oleh firma penarafan antarabangsa, Standard and Poor, sebagai 'sampah'. Defisit belanjawannya tahun 2010 ialah 13.6% iaitu empat kali daripada paras yang diizinkan oleh EU bagi negara zon euro.

Dengan kadar pengangguran 10%, tentulah 10.7 juta rakyat Greece berada dalam keadaan yang sengsara walaupun pada kadar Indeks Pembangunan Insan mereka masih tinggi dan membanggakan. Kajian menunjukkan seperlima penduduknya hidup miskin tegar. Anehnya, purata pendapatan setiap warganya dikatakan sebanyak AS$32,000 kerana Greece memang mempunyai banyak jutawan. Dilaporkan banyak wang jutawan itu disalurkan keluar demi mengelakkan kerugian apabila mata wang Greek menjadi amat rendah nilainya. Hal ini memburukkan lagi keadaa ekonomi Greece yang sudah sedia tenat.

EU pernah meluluskan dana sebanyak 110 bilion euro atau RM466.4 bilion untuk menyelamatkan Greek. Ini termasuklah bantuan kewangan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak 30 bilion euro (RM127 bilion). Jumlah dana yang luar biasa ini terpaksa dikeluarkan bagi membolehkan krisis itu tidak merebak ke negara-negara Eropah lain dan seterusnya ke seluruh dunia. Namun begitu, tidak dinafikan timbul kebimbangan sama ada krisis ini akan merebak secara global dan seterusnya memanjangkan lagi tempoh masa pemulihan ekonomi dunia. Lebih-lebih lagi, agensi penilaian antarabangsa, Standard and Poor's (S&P) telah menurunkan penilaian (rating) hutang kerajaan bagi dua buah negara Eropah yang lain, iaitu Portugal dan Sepanyol.

Iktibar untuk Malaysia (resepi pertama)

Malaysia boleh mempelajari sesuatu daripada keadaan yang sedang melanda Greece, selain telah juga berlaku kepada Iceland dan Ireland pada 2008 sejak bermulanya kegagalan sistem perbankan negara mereka yang berkembang terlalu pesat sebelumnya.

Resepi pertama yang perlu diambil berat oleh negara adalah menghindari boros dan budaya berhutang secara berleluasa.

Walaupun Indeks Pembangunan Insan Malaysia jauh ketinggalan, negara kita perlu berhati-hati dengan tahap ekonomi negara yang mudah sahaja runtuh jika amalan berhutang masih tidak dikawal.

Defisit belanjawan Malaysia berada pada tahap 11% pada permulaan tahun 2010 (bandingkan dengan Greece). Telah 13 tahun Belanjawan malaysia dikeluarkan dalam keadaan defisit, malah Bajet  tahun 2012 kerajaan terpaksa menanggung defesit sebanyak RM 45.9 billion.

Malah hutang negara meningkat cukup tinggi dari tahun ke tahun. Pada tahun ini 2011 hutang negara sebanyak RM 437 billion melonjak RM 30 bilion berbanding tahun 2010!

Kini kadar hutang negara kita adalah 51% daripada KDNK negara. Hal ini cukup mencemaskan kerana hutang negara dihadkan hanya pada kadar 55% daripada KDNK berdasarkan Akta yang sedia ada. Kadar hutang negara ditetapkan oleh pelbagai peruntukan undang-undang. Antara peruntukan tersebut adalah Akta 637 Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 ( disemak 2004) dan Akta 275 Akta Pelaburan Kerajaan 1983, yang menetapkan gabungan pinjaman tempatan tidak boleh melewati kadar 55% dari KDNK Negara. Manakala Akta 403 Akta Pinjaman Luar Negeri1963( disemak 1989) menghadkan pinjaman luar negeri pada RM 35 ribu juta pada sesuatu masa.

Laporan UNHDP juga menunjukkan bahawa 10% rakyat Malaysia yang terkaya mengawal 38.4% pendapatan ekonomi berbanding dengan 10 peratus termiskin yang mengawal 1.7%. Hal ini  menunjukkan hakikat bahawa kekayaan negara agak tertumpu di tangan golongan yang kaya sahaja.

Hal inilah yang perlu kita insafi kerana rentetan kejatuhan Greece juga bermula dengan penumpuan kekayaan kepada beberapa kerat jutawan di negara itu. Fakta yang diberikan bukan suatu kritikan liar untuk menjatuhkan nama negara sebaliknya suatu cerminan kerja untuk kita berusaha keluar daripada kondisi yang berbahaya untuk masa depan tamadun Malaysia.

Boros dan korupsi adalah musuh utama tamadun manusia hari ini. Dalam usaha kita mengejar kejayaan dalam nilai indeks kemanusiaan dan kebendaan, jangan sesekali kita lupakan perkara asas ini kerana pengabaian sikap berhemah dan berjimat cermat boleh meruntuhkan sesebuah tamadun dan negara.

Asas teori nilai insan; tunduk terhadap syariah (resepi kedua)

Insan dibangunkan untuk menyelaras dunia ini berlandaskan syariah. Inilah resepi pembangunan insan kedua. Walaupun bukan atas nama syariah atau tanpa kalimah Islam pun sekiranya sesuatu agenda itu menurut kehendak syariah maka ia masih merupakan suatu usaha yang dikehendaki. Lantaran itu pengurusan (as-siyasah) dalam Islam juga disebut sebagai politik namun Islam tidak hanya memnadang struktur legislatif dan eksekutif sebagai makna sebenar as-siayasah. Siasah adalah kehendak utama agama sehingga Imam Mawardi menetapkan ia sebagai penjaga agama  (lihirasoh ad-din) dalam Kitab Ahkam Al Sultaniyyah karangannya.  

Kegagalan negara arab untuk membangunkan insan di negara mereka adalah kerana mereka menganut fahaman sekular, sosialisme dan kapitalisme barat malah meninggalkan pegangan Islam. Mereka mengalami tekanan dalaman sehingga menatijahkan revolusi rakyat sepanjang tahun 2011 kerana mereka mengabaikan Islam. Itulah punca sebenar kejatuhan tamadun mereka.

Mohd Affandi Hassan  menetapkan konsep pengurusan Islam yang merangkumi aspek siasah sebagaimana berikut:

"Pengurusan dan pentadbiran dalam Islam, ialah penyempurnaan amanah yang diterima manusia dari Allah S.W.T sebagai hamba dan khalifah-Nya di bumi, untuk mengerjakan amal salih secara syura dalam organisasi. Tujuan pengurusan dan pentadbiran ialah untuk membina peradaban yang  diredai Allah berlandaskan ajaran tauhid; dengan itu pengurusan dan pentadbiran bertanggungjawab menghapuskan al-fasad untuk menegakkan keadilan dalam organisasi dan juga dalam masyarakat".

Jelas tujuan mengurus dunia adalah untuk membuang kerosakan (fasad) serta menegak keadilan dan kemakmuran masyarakat. Inilah tujuan utama kita mengurus dan membangunkan insan.

Insan tidak dibangunkan sekadar suka-suka atau sekadar mengejar ranking. Tahap Universiti Terbaik dunia, tahap kualiti pendidikan dan infrastrukturnya, tahap perkembangan industri dan seumpamanya.

Malah jika dikaitkan dengan Greece, walaupun purata pendapatan rakyatnya tinggi, ia hanya milik segelintir daripada rakyat negara itu sahaja. Hakikatnya peratusan kemiskinan tegar di negara itu masih tidak berjaya ditangani oleh kerajaan Greece. Malaysia juga mensasarkan kejayaan negara berpendapatan tinggi. Akan tetapi harus waspada dengan sasaran ini kerana ia mudah sahaja diperolehi jika segelintir rakyat sahaja mengaut keuntungan atas kekayaan negara. Hal ini akan menaikkan purata pendapatan rakyat seluruhnya akan tetapi ia akan menghijab statistik kemiskinan negara yang masih belum berjaya dikurangkan terutama di kalangan bumiputera.

Ilmu adalah segala-galanya (resepi ketiga)

Asas ketiga pembangunan insan adalah ilmu. Kebangkitan pembangunan insan di negara ini juga perlu diteraskan atas asas ilmu.  Allah menjelaskan nilai ketinggian insan dalam Surah Yusuf ayat 76;

 …(dengan ilmu pengetahuan), Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa Yang Kami kehendaki, dan tiap-tiap orang Yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya Yang lebih Mengetahui,

Dalam ayat lain Allah jelaskan dalam Al Mujadalah ayat 11;

Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan.

Dalam suasana Malaysia hari ini, rakyat kelihatannya kreatif untuk mendapatkan wang sehingga tercipta ribuan teknik skim cepat kaya, skim 'scam' mendapatkan wang daripada pihak yang dilantik rantaian oleh kita (ada unsur gharar dan manipulasi) dan pelbagai teknik lain. Malah kegilaan rakyat kita dalam multi level marketing dan menjadi ajen insuran atau takaful menjadikan dua sektor ini sebagai peluang pekerjaan yang cukup luas tanpa had. Namun begitu kaedah mendapat wang dalam sektor-sektor ini kebanyakaan cuba menafikan aspek ilmu dan sijil. Sesiapa yang rajin akan mendapat wang.ng menjadi indikator besar dalam setiap kempen dan ceramah promosi mereka. Natijahnya, rakyat terutama bumiputera Islam mulai kelabu mata dengan lorong 'short cut' sebegini. Mereka yang ingin cepat kaya akan menafikan aspek ilmu dan pembelajaran sebagai sumber utama kebangkitan tamadun Islam negara kita.

Imam Ahmad pernah meriwayatkan dari Abu At Thufail Amin Bin Wasilah bahawa Nafi' Bin Abdil Haris pernah bertemu Saidina Umar Ibni Khattab di Asafan. Umar melantik beliau sebagai pemimpin Mekah lalu Umar bertanya kepadanya " siapakah yang engkau lantik sebagai pemimpin di lembah?". Beliau menjawab "yang aku angkat sebagai pemimpin adalah Ibnu Abzi salah seorang hamba kami yang telah dimerdekakan". Umar bertanya " benarkah engkau melantik seorang bekas hamba sebagai pemimpin" Beliau menjawab " Ya Amirul Mukminin sesungguhnya dia adalah seotrang yang ahli dalam membaca Al Quran memahami ilmu faraidh dan pandai bercerita" Lalu Umar berkata " sesungguhnya Nabi kalian telah bersabda " Sesungguhnya Allah mengangkat sesuatu kaum dengan Al Quran dan merendahkan yang lain dengannya juga" (Tafsir Ibnu Kathir)

Jelas, ilmu adalah punca naiktaraf sesuatu bangsa dan kaum. Rakyat kita bernilai kerana ilmu bukannya kerana wangnya. Ilmu akan menjadikan rakyat atau pekerja seorang yang berintegriti, amanah dan jujur. Mereka inilah yang akan menjadi penampan sebenar ekonomi negara. Pemimpin juga perlu berimu dan semestinyalah ilmu berasas Islam dan teori amanah menjdi subjek besar dalam urusan kepimpinan negara. Jika pemimpin dan rakyat bersatu atas nama ilmu, kebenaran, iman dan amanah, barulah negara akan kekal hebat di mata dunia tanpa kita terkesima dengan turun naiknya indeks antarabangsa.  

6 resepi tambahan

Menurut Prof. Madya Mohd Kamil Abd Majid dan Prof Madya Dr Rahimin Affandi Abd Rahim daripada Universiti Malaya, terdapat 6 teras utama yang perlu ditekankan dalam pembinaan masyarakat umat islam negara ini iaitu;

   1. Pengamalan budaya ilmu. Hingga kini kaedah pembelajaran di sekolah masih bersifat 'spoon feeding' dan masih belum mencorak masyarakat untuk gilakan ilmu. Masyarakat kita masih belum gila membaca dan ketagihkan bahan bacaan. Masyarakat kita suka berkomunikasi tetapi dalam hal picisan dan hal peribadi sahaja.

   2. Pengamalan cara hidup Islam yang betul mengikut world-view Tauhid. Masyarakat umat Islam di Malaysia masih jauh daripada apa yang boleh disimbolkan sebagai masyarakat Islam sejati. Masih banyak yang hanya mewarisi nama dan keturuna Islam sahaja. Pengamalan tiang agama pertama iaitu solat masih jauh daripada ranking yang membanggakan. Umat Islam Malaysia masih mengabaikan solat dan rukun Islam seluruhnya.

   3. Program R&D yang cukup canggih. Hingga kini peratusan wang berbanding KDNK yang digunakan untuk kajian dan penyelidikan di Universiti Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding negara –negara memabngun yang lain. Hanya 0.7% daripada KDNK sahaja wang diperuntuk untuk R&D negara. Sedangkan untuk menuju negara maju, malaysia perlu BAZIRkan wang sehingga 2% daripada KDNK untuk membina tamadun sendiri.

   4. Kewujudan pengetahuan S&T yang baik. Sains dan teknologi berasaskan nilai kepribumian, nilai bahasa tanahair dan konsep setempat adalah perlu untuk melestarikan masyarakat yang benar-benar menghayati Sains dan teknologi. Hari ini kita hanya mampu meniru dan mencetak teknologi luar tanpa ketahui akar umbi sesuatu kejayaan sains.

   5. Pembangunan sektor ekonomi yang bersepadu dan menekankan peluang pengagihan yang seimbang di antara rakyat. Rakyat perlu diberi pendedahan dan peluang ekonomi yang sama serta adil.

   6. Proses pembandaran yang mampan yang menyediakan perkhidmatan dalam bidang sosial yang baik kepada rakyat. Perbandaran yang seimbang dan tidak menekan kemampuan umat Islam perlu diberi keutamaan. Hingga kini masih ada program pembangunan yang tidak pro kepada islamisasi setempat sebagai contoh kenaikan pusat membeli belah yang diselitkan dengan prasarana hiburan yang bercanggah dengan Islam walaupun komposisi kaum bukan Islam kurang berbanding yang Islam.

Menurut Qaradhawi dalam bukunya bertajuk Ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan menjelaskan kejayaan masyarakat Islam hanya melalui iltizamnya anggota masyarakat terhadap Islam bukan dengan menganut fahaman materialisme, kapitalisme atau komunisme. Adakah kita masih leka mengulit teori sampah barat semata-mata untuk membaik pulih kelemahan kita sendiri?

 

Ipoh 7 November 2011

Posted at 09:06 pm by Pendita Bitara
Komen membina  

Sunday, October 30, 2011
Desak Kerajaan Iktiraf Pelarian

Desak Kerajaan Iktiraf Pelarian

Isu pelarian suatu isu yang tidak diungkit ramai walapun kita hampir setiap hari berbincang perihal biometrik, PATI dan seiringan dengannya. Kali ini Majalah Al islam keluaran November 2011 cuba mengungkap isu ini semula. Seperti biasa apabila isu pelarian dimainkan, ia tetap merupakan suatu nyanyian evergreen yang akan terus dikumandangkan tanpa sebarang anjakan advokasi yang sempurna.

Pihak UNHCR menggariskan 3 permasalahan penting yang perlu diambil berat oleh rakyat Malaysia yang prihatin. Menurut Yante Ismail jurucakap UNHCR, permasalahan pertama yang berkaitan dengan pelarian di negara ini ialah masalah pekerjaan. Ya, mereka hingga kini masih sinonim dengan pekerjaan 3D iaitu dirty, dangerous, difficult. Mereka bekerja bagaikan ‘pariah’ dan kadangkala dibayar gaji di bawah tahap mampu hidup malah ada yang tiudak dibayar upah sama sekali. Jika PATI ada ajen untuk membantu mereka bekerja walaupun secara haram, tidak pula dengan pelarian atau kita gelar sebagai golongan ‘muhajir’ (bagi yang muslim).

Dalam aspek pendidikan mereka hanya menerima pendidikan ‘sendiri bikin’ yang tidak formal, tergantung tanpa visi dan matlamat, tidak boleh menyambung pelajaran, tiada sijil da tanpa pengiktirafan sesiapa. Jika mereka ingin belajar ke sekolah kerajaan, yuran yang dikenakan terlalu tinggi. Walaupun kerap disuarakan kepada kerajaan, aksi yang diharapkan amat negetif. Malah kerajaan mungkin belum sedar kebanjiran ribuan pelarian di negara ini bakal mengundang masalah sosial jika mereka tidak diberi pendidikan bersepadu dan diintegrasikan dengan penduduk tempatan.

Permasalahan ketiga ialah malaysia tiada undang-undang yang membezakan pelarian dengan PATI. RELA menjadi malaikat maut bagi mereka mengejar mereka yang belum mendapat kad UNHCR. Kad UNHCR yang dianggap pasport nyawa para pelarian juga dikeluarkan secara tidak sistematik. Hal ini menyebabkan mereka sukar mendapat pekerjaan walaupun pekerjaan bawahan kerana kerap diburu, ditangkap berminggu-minggu hingga menyebabkan majikan tidak mahu mengambil mereka bekerja.

Malaysia hanya membenarkan bumi ini dipijak oleh pelarian atas ihsan kemanusiaan tetpi tiada pengiktirafan kerana malaysia tidak pernah mennadatangani Konvensyen Berkaitan Status Pelarian 1951 dan Protokolnya 1967. Inilah masalah utama.

Adakah tiada kelebihan jika kita mengiktiraf pelarian? Andika Abdul wahab daripada SUARAM menyatakan terdapat 3 kelebihan yang boleh diperolehi.

Pertama pengiktirafan terhadap pelarian akan menaikkan semula imej negara yang tercalar apabila Malaysia dianggap hab pemerdagangan manusia.  Layanan terhadap pelarian yang baik akan mengundang kelebihan imej yang juga tercalar apabila kerajaan menghantar balik beberapa orang pelarian Uighur kepada kerajaan China yang zalim terhadap minoriti Turkistan.

Kelebihan kedua ialah Malaysia akan mendapat tenaga buruh sah melebihi 100 000 orang. Hal ini boleh mengurangkan pergantungan negara terhadap ejen-ejen buruh yang kadangkala dimanipulasi oleh sindiket pemerdagangan manusia. Pelarian yang sah taraf akan bekerja dengan gaji yang mungkin kurang berbanding pekerja tempatan tetapi masih cukup dan memadai untuk hidup dan mengasuh anak-anak mereka. Bayangkan ribuan pelarian tanpa saha taraf tidak dapat menyertai industri di negara ini, sadangkan kita susah payah mengimport tenaga asing lagi dari Vietnam, Myamar dan Nepal untuk bekerja. Jika pelarian Rohingya dan Somalia sebagai contoh digunakan sebagai buruh,permasalahan tenaga buruh akan diatasi.

Kelebihan ketiga adalah mereka yang diiktiraf akan menyertai sistem pendidikan negara kita. Mereka akan terdidik untuk faham undang-undang dan tatasusila negara kita. Walaupun mereka bukan warganegara, mereka akan tetap menyumbang kepada negara melalui cukai yang dibayar secara tidak langsung sepanjang muamalamah mereka di negara ini.

Ramai yang kesal dengan sikap selektif kerajaan dalam membantu pelarian. Suatu ketika dahulu kerajaan bersusah payah membentu pelarian Vietnam atas permintaan dan galakan Amerika. Sehinggakan terdapat pulau yang menjadi permukiman mereka.

Bagaimana pula dengan saudara seislam daripada Patani, Rohingya dan Somalia? Bukankah mereka juga mangsa keganasan tirani? Inilah peluang negara untuk menjuarai isu pelarian di mata negara Islam (OIC).

Lebih malang, Sheikh Hasina Perdana Menteri bangladesh mengakui Malaysia telah menerima ribuan  rakyatnya sebagai warganegara malah diberi hak mengundi sedangkan mereka bermuatautin tidak sampai 50 tahun. Jika suatu ketika dahulu orang melayu sukar menerima kehadiran kaum Cina dan India walauapun telah hampir 100 tahun mereka berada di tanah Melayu (sejak 1700), mengapa begitu mudah pemimpin melayu negara ini menerima kaum Bangla sebagai warganegara?

Muhammad Nuruddin Bashah

30 Oktober 2011

 

Posted at 11:38 pm by Pendita Bitara
Comments (2)  

Previous Page Next Page


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< October 2014 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed