Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Thursday, October 19, 2006
Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?

BENARKAH WUJUD MAKHLUK LAIN DI PLANET DAN GALAKSI YANG LAIN? JIKA ADA SIAPAKAH NABI MEREKA?

 

Saya telah diajukan satu persoalan berkenaan benarkah ada makhluk lain di planet dan galaksi yang lain. Sebenarnya persoalan berkenaan telah lama saya dapati apabila ada sahaja sesiapa yang bermuzakarah dengan saya. Akan tetapi disebabkan kekangan ilmu, kadangkala jawapan saya masih kabur dan kurang kukuh untuk dijadikan hujah.

 

Secara umumnya saya berhujanh bahawa Rasulullah diutuskan untuk manusia di bumi ini dimana Adam A.S adalah punca adanya manusia. Di Dalam Al Quran tiada langsung hujah mengatakan bahawa terdapat anak cucu bagi Nabi Adam A.S di palnet atau galaksi lain. Sekiranya ada, bermakna kita menuduh Allah berdusta kerana tidak sedikit ayat dalam Quran menjelaskan bahawa Al Quran itu adalah bayanun, dalilun, mubinun dan sebagainya yang jelas dan padat serta tepat. Namun begitu, saya ingin menulis sedikit berkenaan perihal ini selepas meneliti beberapa karya Daripada Ustaz Amaluddin Darus (seorang Pegawai Bomba Pasir Mas Kelantan dan antara salah seorang Senator Dewan Negawa mewakili PAS pada suatu ketika). Beliau mengatakan bahawa tedapat makhluk lain di planet-planet lain. Akan tetapi tujuan penulisan ini bukan bertindak mengkritik wewenang idea tokoh negara yang disegani seperti beliau, tetapi sekadar membawa kekisi perbahasan yang lebih luas dalam menjelaskan kekusutan isu makhluk di planet selain bumi. Faktor masa (tahun 70an) penulisan Ustaz Amaluddin mungkin menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada idea beliau itu.

 

As Sama' itu LANGIT atau AWAN?

 

Banyak karya Ustaz Amaluddin dalam buku-buku yang nipis, dan beliau (ustaz Amaluddin) adalah simbol bagi golongan intelektual yang cintakan ilmu agama dan ilmu Al Quran. Beliau mengkaji dan cuba memberi konklusi sedaya mampu beliau kepada isu-isu sains dan agama pada era tahun 70an. Penulisan beliau juga tepat dan tajam serta kritis. Beliau menggunakan hujah ini dalam Buku beliau iaitu Makhluk Di Angkasa Lepas,

 

Firman Allah,

Dan di antara ayat-ayat Nya adalah menciptakan langit(as-Sama') dan bumi dan makhluk-makhluk melata (Dabbah) yang Dia sebarkan pada keduanya. Dan dialah Maha Kuasa mengumpulkan semuanya apabila dikehendakiNya.

 

Asy Syura ayat 29.

 

Ustaz Amaluddin menjelaskan bahawa perkataan Daabbah (haiwan melata) adalah makhluk yang melata (bukan jin dan malaikat) yang terdapat diantara langit dan bumi. Disini kelihatannya beliau meletakkan perantaraan had ialah bumi dan langit yang amat luas dan tinggi. Sekiranya meletakkan langit dan bumi sebagai julat kawasan (domain) maka kelihatannya akan ada makhluk yang melata dan juga bersifat seperti haiwan di bumi ini dan tidak mustahil haiwan ini juga berakal (haiwanul natiq) seperti manusia juga.

 

Sebelum berbahas lanjut suka untuk saya menjelaskan pula maksud  as Sama' itu sendiri. Adakah as Sama' (langit) itu bermaksud LANGIT yang luas serta tidak tergapai itu (yang terdiri daripada 7 lapis walaupun langit dunia juga manusia belum berjaya terokai sepenuhnya) atau pun langit bermaksud awan.

 

Firman Allah,

 

Dialah menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap dan Dialah yang menurunkan air (hujan) dari langit lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki bagi mu, kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahuinya.

 

Surah Al Baqarah ayat 22.

 

Jika pendekatan sains hari ini digunakan sebagai kayu ukur, kita akan mendapati bahawa langit di sini (juga perkataan as Sama' digunakan oleh Allah) adalah AWAN. Hal ini adalah kerana awan mengandungi titisan air yang halus dan akan mengeluarkan air yang kasar melalui proses kondensasi. Jika AWAN digunakan sebagai tafsiran bagi ayat 29 surah Asy Syura, maka kita akan mendapati had dan julat perbahasan adalah diantara bumi dan awan itu sendiri. Secara logiknya memanglah di antara bumi dan langit akan ada haiwan seperti haiwan air, haiwan daratan dan haiwan udara termasuk mikrobiologi yang halus dan tersebar di atmosfera (pada awan dan melepasi sedikit awan). Dalam keadaan vakum, sejuk atau terlalu panas di angkasa serta planet lain, tidak memungkinkan adanya makhluk lain selain manusia dan haiwan yang sedia kita maklumi.

 

Walau bagaimanapun, terdapat ayat Al Quran yang menjelaskan bahawa as Sama' bermaksud LANGIT yang terbentang luas serta meliputi bintang dan planet-planet yang lain.

 

Firman Allah,

Maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka bagaimana kami membinanya serta kami menghiasinya (dengan bintang-bintang) dan dengan keadaan tidak ada padanya retak renggang?

 

Surah Al Qaf ayat 6.

 

Perkataan menghiasi semestinyalah bermaksud adanya bintang-bintang seperti yang sudah kita ketahui. Di sini Allah meletakkan perbahasan bahawa langit itu seolah-oleh bumbung berdasarkan mentaliti dan pemikiran manusia silam yang melihat langit sedemikian. Pada saya tiada percanggahan pada ayat ini dan ayat Al Baqarah ayat 22[1].

 

Rasulullah diutus untuk manusia dan jin sahaja?

 

Rasulullah diutus adalah untuk sekalian alam berdasarkan ayat,

Firman Allah,

Dan tidaklah Kami utuskan Engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk sekalian alam.

 

Surah Al Anbiya' ayat 107.

 

Perkataan alam menurut Dr Muhammad Said Ramadhan Al Butiy dalam bukunya Kubral Yaqiniyyatil Kauniyah (hakikat Alam Semesta Dan Cakerawala Menuju Iman Yang Teguh) menyatakan bahawa maksud alam semesta adalah termasuk segala penciptaan Allah seperti bumi, langit, planet, malaikat dan sebagainya. Jika tafsiran ini dilihat secara kasar, kita akan mengatakan bahawa Rasulullah diutuskan untuk menyampaikan risalah kepada makhluk di seluruh planet-planet yang lain.

 

Akan tetapi perlu diperhatikan juga perkataan Rahmah lil Alamin. Rahmat tidak sahaja bermaksud menyampai risalah dan dakwah, akan tetapi ianya adalah  bermaksud tanda kemakmuran dan kegembiraan dengan kelahirannya Baginda SAW. Jadi rahmat sekalian alam bukan sekadar bermaksud dakwah dan risalah kepada manusia di bumi ini, tetapi juga sebagai kegembiraan dan apresiasi Allah kepada makhluk di langit (malaikat).

 

Mengapa saya mengatakan Rasulullah hanya diutus untuk manusia dan jin? Hal ini jika meneliti ayat ringkas iaitu Firman Allah,

Hai orang yang berselimut, bangunlah lalu berilah peringatan

 

Surah Al Muddathir ayat 1-2

 

Di sini kewajipan diberikan kepada Rasulullah untuk berdakwah dan memberi peringatan. Kepada siapa? Tentulah kepada kaumnya iaitu MANUSIA. Dalam surah Jin[2] barulah dinyatakan bahawa Rasulullah juga diutuskan untuk berdakwah kepada makhluk bernama jin. Rasulullah diutuskan untuk memberi peringatan dan ajarannya serta sunnahnya adalah suatu sunnah yang khusus untuk manusia dan jin ikuti. Lantaran itulah Allah mengiayakan golongan yang mengatakan bahawa Rasulullah sebagai basyarun Misluna (makhluk yang serupa macam kami juga). Sunnah dan perbuatan nabi perlu kena dan cocok dengan perbuatan makhluk yang dijadikan sasaran dakwahnya. Ini hakikat kerasulan baginda. Sahabat nabi diutuskan kepada negara China, Rom, Yaman dan sebagainya. Aka tetapi jika galaksi lain mempunyai makhluk, bukankah kewajipan baginda untuk mengajar dan mengutuskan sahabatnya kesana? Bukan kah tiada lagi nabi selepasnya. Walaupun Nabi Isa A.S diangkat ke langit untuk diturunkan kemusiannya, bukanlah kewajipan baginda untuk berdakwah di langit dan tiada langsung nas dalam hal tersebut.

 

Kesimpulan.

Kesimpulannya masih terdapat banyak dalil dan kekisi perbahasan yang boleh dibongkar untuk menafikan bahawa adanya makhluk lain di palanet-planet dan galaksi yang lain. Kekisi dan perspektif yang saya bawakan hanya sekadar kemampuan ilmu saya yang terbatas dan lemah. Akan tetapi kepada pembaca sekalian bolehlah meneliti penulisan ini, berfikir serta membongkar mana-mana lagi dalil yang berkaitan demi mengukuhkan hujah yang saya berikan atau menafikan hujah saya secara ilmiah. Terdapat 2 perkara yang ingin saya kod kan iaitu:

 

1)     Makhluk yang melata hanya ada diantara BUMI dan AWAN sahaja.

2)     Rasulullah diutuskan untuk manusia dan jin sahaja serta menjadi rahmat dan keharmonian seluruh alam termasuk gunung ganang, udara dan langit.

 

Sebarkan tulisan ini jika bermanfaat.

 

Disediakan oleh,

Muhammad Nuruddin Bashah

Universiti Malaya

2006

26 Ramadhan 1427

 



[1] Seperti yang kita ketahui, terdapat banyak ayat Al Quran yang dijadikan sebagai tafsiran ayat yang lain dan inilah metod tafsiran salafiyyah. Disini saya cuba mengaitkan ayat Al Baqarah 22 dengan ayat Asy Syura 29 sebagai penerangan kepada permasalahan awan tadi. Walaupun begitu tidak bermakna ayat inilah tafsiran yang sebenar bagi Asy Syura ayat 29. Akan tetapi ini hanyalah pendapat peribadi saya sahaja. (penulis)

[2]  Firman Allah : Telah diwahyukan kepadaku bahawasanya sekumpulan jin telah mendengar (Al Quran) lalu mereka berkata " Sesungguhnya kami telah mendengar Al Quran yang menakjubkan" (Surah Al Jin ayat 1)


Posted at 02:47 pm by Pendita Bitara
Comment (1)  

Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)

HUKUM-HUKUM DI DALAM ISLAM (HURAIAN RINGKAS)

 

Sebagai mukallaf yang mendapat bebanan syarak, maka kita sewajarnya mengetahui turutan hukum-hukum yang perlu diketahui sebagai panduan perlaksanaan kehidupan kita. Sebagai contoh disini, penulis sediakan sedikit gambaran ringkas hukum-hukum yang disusun oleh ulama' usuluddin aliran kalam (ulama' Khalaf). Perlu diketahui cangkupan usuluddin bukan sekadar ilmu tauhid, sebaliknya turut merangkumi, usul ahkam, usul tafsir dan hadis, ilmu alat dan sebagainya. Untuk memudahkan pelajar-pelajar baru kitab-kitab lama, dirasakan bahan ini bermanfaat.

 

Mukallaf akan mendapat 3 hukum dalam hidupnya.

  • Hukum Syarak
  • Hukum Akal
  • Hukum Adat

 

Maksud Hukum : Isbatu Amrin Li Amrin Au Nafyuhu A'nhu

(Menetapkan sesuatu perkara kepada sesuatu atau menafikan suatu itu daripadanya)

 

1)    Hukum Syarak : Khitabullah Al Muaa'lliqi Biafa'li Al Mukallafin Bittolabi Awil Ibahah Awil Wa'dhi' Lahuma

(Titah perintah Allah yang tergantung dengan perbuatan orang-orang yang mukallaf dengan tuntutan atau keharusan atau pun hantaran bagi keduanya).

 

1.1)           Hukum taklifi : Perkara yang dibebankan kepada setiap manusia berakal dan mukallaf.

1.1.1)                Wajib = Tolabul amri

1.1.2)                Sunat = Tolabul Amri

1.1.3)                Haram = Tolabul Nahyi

1.1.4)                Makruh = Tolabul Nahyi

1.1.5)                Jaiz (harus) = Ibahah

 

1.2)         Hukum Wadhi'y (tempat sasaran hukum)

 

1.2.1) Sebab (contohnya sebab sembanhyang adalah masuk waktu)

1.2.2) Syarat

1.2.3) mani' (penegahan)

1.2.4) Sah

1.2.5) Batal

 

Perkaitan hukum taklifi dengan hukum Wadhi'y

 

1)     Wajib

·         Sebab wajib

·         Syarat wajib

·         Sah wajib

·         Mani' wajib

·         Batal wajib

 

2)     Haram

·         Sebab haram

·         Syarat haram

·         Sah haram

·         Mani' haram

·         Batal haram

 

3)     Sunat

·         Sebab sunat

·         Syarat sunat

·         Sah sunat

·         Mani' sunat

·         Batal sunat

 

4)     makruh

·         Sebab makruh

·         Syarat makruh

·         Sah makruh

·         Mani' makruh

·         Batal makruh

 

5)     Harus

·         Sebab harus

·         Syarat harus

·         Sah harus

·         Mani' harus

·         Batal harus

 

2)    Hukum Akal : Isbatu Amrin Li Amrin Au Nafyuhu A'nhu Min Ghiari Takarrurin Wa La Wadhi'n Waadhi'n

(Menetapkan sesuatu perkara bagi suatu perkara atau menafikan suatu perkara itu daripadanya tanpa berulang-ulang percubaan dan tiada hantaran yang menghantaran)

 

2.1 Wajib Akal : perkara yang tidak diterima akal ketiadannya seperti wujud Allah, wajib ayah tua daripada anak.

 

2.2 Mustahil akal : Perkara yang tidak diterima akal adanya seperti binasanya Allah, Allah beranak, anak melahirkan ibunya, masa kembali ke masa silam.

 

2.3 Jaiz Akal : Perkara yang diterima adanya atau tiadanya seperti adanya alam ini kerana harus Allah membuat alam, harus jirim (material) bergerak atau  diam.

 

3)    Hukum Adat : Menetapkan ikatan ada atau tiada diantara suatu perkara dengan perkara yang lain dengan perantaraan berulang-ulang percubaan serta sah tiada menyamai penetapan tersebut. Juga tiada memberi kesan di antara satu sama lain pada kedua perkara tersebut.

Contoh : Misalan tambatan ada makan dengan adanya kenyang. Dicuba berulang-ulang 3 kali makan dan didapati kenyang, serta dicuba tahan makan sebanyak 3 kali dan didapati lapar. Akan tetapi keduanya iaitu makan dan lapar adalah tiada bergantungan kerana Allah yang memberi kesan kenyang dengan adanya makan.

 

3.1 ) Ikatan antara ada dengan ada : ada kenyang dengan adanya makan.

3.2) Ikatan antara tiada dengan tiada : tiada belajar dengan tiada pandai.

3.3) Ikatan ada dengan tiada : Ada sejuk dengan tiadanya selimut/api. Ada pandai dengan tiadanya sikap sombong.

3.4) Ikatan antara tiada dengan ada : Tiada hangus dengan ada penegahan kebakaran seperti lembapan atau air.

 

Nota : ketiga hukum inilah yang memandu manusia menjalani hidup sebagai manusia dan juga bertindak sebagai agen untuk pemahaman sifat dan keagungan Allah SWT. Hnya yang faham sahaja akan dapat mempelajari kehebatan sifat dan keunggulan nama-nama Allah.

 

 

Syariat Islam

 

Syariat Islam merangkumi semua hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan akidah, akhlak dan ibadah atau muamalah. Syariat adalah beradasarkan wahyu ilahi, maka tiada ada tempat bagi pemikiran manusia campur tangan dengannya bahkan wajib manusia mematuhinya. Syariat adalah konseptual dan tamat syariat apabila tamatnya risalah yang dibawa Rasulullah SAW dengan kewafatan baginda. Antara contoh syariat adalah seperti wajibnya bersolat.

 

Fiqh

 

Fiqh bermaksud kefahaman. Faham disini adalah faham para ulama' yang berkelayakan dan berautoriti meneliti dalil-dalil untuk mengeluarkan hukum dan fatwa yang tiada dalam Al Quran dan Hadis. Fiqh juga adalah suatu kefahaman kepada dalil-dalil menurut kepintaran dan kepakaran ulama' serta difahamkan mengikut uruf dan adat persekitaran. Fiqh adalah amali kepada syariat itu. Sebagai contoh kefahama yang pelbagai para ulama' dalam hal wuduk dan persoalan haidh. Walaubagaimana pun fiqh ada yang tidak boleh diijtihad lagi seperti kekalnya bilangan waktu solat dan fiqh yang boleh diijtihad seperti cara-cara berjual beli yang pelbagai mengikut mazhab yang berlainan. Boleh diingkari sekiranya kita mengetahui dalil yang lebih baik atau mempunyai keyakinan kepada fatwa yang lebih tinggi maslahahnya. Fiqh bersifat kontekstual atau berdasarkan perubahan uruf, adat, cara hidup dan sosial i masyarakat.

 

Syariat adalah mengikut Al Quran Dan Hadis secara mutlak.

 

Mengikut atau menuruti langkah  Ulama' (dalam hal Fiqh) adalah bermakna mengikut Al Quran Dan Hadis selagi mana :

  • Ulama' berftwa dengan mengikut Dalil zahir Al Quran Dan Hadis
  • Ulama' berfatwa dengan mengikut semangat dan gagasan Al Quran dan Hadis
  • Ulama' berfatwa tidak bercanggah dengan Dalil Al Quran dan Hadis
  • Ulama' berfatwa tidak bercanggah dengan semangat dan maqasid Al Quran dan Hadis.

Kesimpulan : Segala ringkasan ini akan memudahkan lagi pembelajaran secara umum akan ilmu usuluddin, ilmu kalam serta ilmu fiqh secara menyeluruh.

 

Rujukan :

4)    Ringkasan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Asyairah dan Maturidyyah, Ustaz Abdul Rauf Bahanji, Pondok Tampin (Naqsyabandiy).

5)    Pengantar Syariat Islam, Ustaz Mohd. Salleh Ahmad, 1999,Kuala Lumpur.

 

Disediakan oleh :

Muhammad Nuruddin Bashah

UM 2006

26 Ramadhan 1427             

jihadin82@yahoo.com

 


Posted at 03:19 am by Pendita Bitara
Comments (2)  

Wednesday, October 18, 2006
Benarkah agama lain diiktiraf?

BENARKAH AGAMA LAIN DIIKTIRAF DALAM AL QURAN?

 

Tafsir Surah Al Kafirun

 

Ayat 1 : Katakanlah (wahai Muhammad) "Hai orang-orang kafir!"

Ayat 2 : Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah

Ayat 3 : Dan kamu tidak mahu menyembah (ALLAH) yang aku sembah

Ayat 4 : Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat

Ayat 5 : Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat

Ayat 6 : Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku

 

Penyelewengan demi penyelewengan dilakukan oleh golongan non-muslim khususnya menggunakan ayat-ayat Al Quran sendiri untuk dijadikan sebagai hujah mereka.Melalui ayat terakhir surah di atas,mereka menyatakan bahawa orang2 islam tidak berhak untuk menyerumereka kepada islam apabila mereka mengatakan bahawa ayat tersebut mengiktiraf agama lain. Benarkah sedemikian? Sebelum kita pergi lebih jauh,marilah kita melihat asbabun nuzul ayat tersebut.Penurunan surah ini adalah berhubung dengan riwayat yang mengemukakan bahaawa Kaum Quraisy berusaha untuk mempengaruhi Rasulullah dengan menawarkan harta kekayaan dan akan dikahwinkan dengan perempuan yang dikehendaki. Nabi menjawab permintaan itu dengan bersabda "aku akan menunggu wahyu dari tuhanku". Lalu ayat ini diturunkan untuk menolak kaum kafir tersebut.Melalui penjelasan ini,terbuktilah bahawa, Rasulullah tidak pernah sekali-kali mengiktiraf agama lain selain islam.Dan hujah ini menolak secara total pandangan mereka yang non-muslim.Ayat ketiga surah ini juga sebenarnya menunjukkan pendirian Rasulullah apabila baginda mengatakan  "kamu tidak mahu menyembah (ALLAH) yang aku sembah".Ayat ini boleh ditafsir dengan bahawa Rasulullah sebenarnya telah menyatakan kebenaran Al Quran dan keimanan kepada Allah,tetapi mereka (orang kafir) masih tidak mahumembenarkan agama islam itu sendiri.

 

Seterusnya Allah menegaskan lagi di dalam ayat 64 surah Az Zumar apabila Allah mengatakan "Katakanlah (Muhammad),apakah kamu menyuruh aku menyembah selain Allah,wahai orang-orang yang bodoh?".Ayat ini diturunkan disebabkan permintaan orang-orang kafir supaya Rasulullah menyembah tuhan mereka selama setahun sekiranya mereka menyembah Allah selama setahun. (Riwayat At Thabarani dan Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas. Di dalam ayat ini Allah menegaskan bahawa hanya orang2 yang tidak mempunyai akal memilih selain Allah untuk disembah.Dan ini juga membawa erti bahawa Islam itu bersifat Inqilabiyyah apabila Islam tidak bercampur dengan unsur jahiliyyah.Jika tidak,mengapa tidak Rasulullahmenerima sahaja pelawaan kaum kafir tersebut?

 

Namun tidak bermakna apabila Islam tidak mengiktiraf agama selain Islam,maka umat Islam dibolehkan untuk memaksa non-muslimmemeluk Islam.Ini terkandung di dalam surah Al Baqarah ayat 256 di mana Allah mengatakan tiada paksaan di dalam agama. Tafsiran Al Quran dengan kalimah "laiqrahafiddin" memberi makna bahawa Al Quran mengenepikan apa jua bentuk kekerasan atau paksaan dalam menyampaikan atau menegakkan Islam di bumi Allah.

 

Masalah aqidah yang dibawa di dalam ayat ini penerimaan dengan kerelaan dan kepuasan hatiyang berasaskan keterangan bukti dan penjelasan dalil serta pemahaman yang benar.Tetapi apabila seseorang itu sudah mengimani bahawa hanya Allah yang layak disembah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah,dia wajib untuk melaksanakan segala perintah dan meninggalkan larangan Allah

 

Non-muslim selalu menjadikan ayat ini sebagai hujah mereka untuk tidak memeluk Islam untuk berkahwin.Sedangkan konsep yang sebenarnya adalah mereka memang tidak dipaksa untuk memeluk Islam, tetapi apabila mereka berkahwin dengan orang Islam di mana perkahwinan tersebut adalah syariat di dalam Islam,maka sudah semestinya mereka perlu membuka pintu Islam itu dengan cara mengucap kalimah syahadah.Asbabun nuzul ayat itu juga adalah kerana pertanyaan dari sahabat sama ada boleh atau tidak dia memaksa anaknya memeluk Islam.Dan bukanlah untuk orang sudah sedari awal beragama Islam

 

Jadi jelas di sini bahawa Al Quran itu sendiri tidak pernah mengiktiraf agama lain sebagai agama yang diredhai.Pengkajian ayat2 Al Quran memerlukan juga kepada pengkajian asbabun nuzul ayat tersebut.Ayat2 Al Quran tidak pernah berselisihan antara satu sama lain.

 

RUJUKAN

 

1)MANUSIA DAN ISLAM

  Panel penulis diketuai oleh Prof.Dato' Dr Haron Din

 

2)ASBABUN NUZUL-Sejarah turunnya ayat2 Al Quran

   Imam Jalaluddin As Sayuthi

 

disediakan oleh

Aisyah

1st Year Bio Medic UPM

 


Posted at 11:15 pm by Pendita Bitara
Komen membina  

Tuesday, October 17, 2006
Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)

TAFSIR AL- Bayan pada memahami tafsiran  surah AL-FURQAN (Bahagian 1)

 

 

Pendahuluan

 

Sebelum melangkah lebih jauh, ingin saya utarakan hadith yang merupakan wasiat Nabi s.a.w. pada haji Wida’ iaitu haji terakhir baginda. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Hendaklah setiap kamu yang hadir, menyampaikan sesuatu dariku kepada mereka yang hadir.”

Bertitik tolak daripada hadith di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa sebagai insan yang bergelar seorang mukmin, kita memikul tanggungjawab sebagai seorang da’ie. Perlu menyampai dan menyebarluaskan ilmu Allah kepada sesiapa sahaja mengikut keupayaan dan kadar ilmu masing-masing.

                Menyahut akan seruan ini, di sini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu berkenaan dengan tafsir surah Al-Furqan.                 Surah yang mempunyai 77 ayat ini mengandungi mutiara-mutiara ilmu yang cukup indah untuk kita kupas dan teliti bersama-sama.

                Di dalamnya terkandung penjelasan tentang ke Esaan Allah SWT, keNabian Muhammad s.a.w., peristiwa-peristiwa yang berlaku pada hari Qiamat serta mengisahkan tentang kebatilan dan kemusyrikan golongan kuffar.

                Surah ini juga menyingkap tentang kejadian alam yang menyimpan bukti agung ke Esaan dan kekuasaanNya dan bagaimana umat terdahulu ditimpa nasib buruk akibat keingkaran dan penentangan yang mereka lakukan. Manakala di akhir surah ini, Allah SWT membongkar tentang “Ibadur Rahman”  iaitu gelaran yang diberikan kepada hamba-hambaNya yang beriman dan memiliki sifat-sifat terpuji.

                Diharap kupasan ringkas tentang tafsir surah Al-Furqan ini akan sedikit sebanyak menambah ilmu kita di samping meningkatkan kecintaan kita pada Allah SWT yang telah menghadiahkan kepada kita lembaran yang amat berharga iaitulah Al-Quran al Karim. Ibarat seseorang yang sentiasa menanti dan berulang membaca surat cinta dari seorang kekasihnya, begitulah jua dengan Al-Quran, yang merupakan surat cinta Al-Khaliq kepada kita sebagai hambaNya. Maka rugilah kita jika mengabaikan surat cinta dari kekasih yang Maha Agung, Maha Penyayang..   

 

Tafsiran Ayat Pertama

 

Surah ini dinamai al-Furqan yang bermaksud (batu) sempadan yang memisahkan, al-Furqan itu ialah al-Quran yang memisahkan atau membezakan antara yang hak dan yang batil, yang benar dan yang salah. Dalam ayat pertama, firman Allah SWT yang bermaksud:

 “ Maha Suci Allah yang telah menurunkan al-Furqan (al-Quran) kepada hambaNya, agar ia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam”.

 

Di dalam ayat pertama ini, terdapat beberapa isi penting yang dapat diambil pengajaran iaitu:

§               Persoalan tentang Berkat

§               Tiga batu tanda (Furqan)

§               Nabi Muhammad s.a.w. sebagai seorang hamba

 

1.            Persoalan berkat

 

                Surah ini dimulai dengan Tabaraka yang beerti Maha Berkat. Apakah maksud sebenar berkat itu sendiri, tidak dapat diterjemah dalam apa jua bahasa sekalipun di dunia ini. Lantaran kalimah tersebut bukanlah rekaan pakar bahasa.

                Jika sembahyang menurut kalimah agama disebut As-Sholah, yang bermakna menyembah, memuja atau mengabdikan diri. Pengertian ini diberi berdasarkan keinginan naluri manusia untuk memuja dan membesarkan sesuatu. Jika naluri tersebut terbit dari seorang yang mempunyai ilmu, maka yang dipuja itu ialah Allah Taala. Maka keperluan memuja itu mempunyai istilah yang ditetapkan oleh agama iaitulah as-Sholah.

                Namun, kalimah “Barakah” merupakan kalimah tulen dari Allah SWT, yang tiada maknanya yang khusus, melainkan diambil dan disebut dalam bahasanya yang asal iaitu barakah atau dalam bahasa Melayu disebut  berkat.

                Walau bagaimanapun, “Barakah” itu boleh difahami dengan memberikan contoh-contoh tertentu. Antaranya, jika seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan, dan pekerjaan itu tidak dapat memberikan ketenangan dan kebahagian serta kehidupan mereka sentiasa  dalam kesulitan, maka yang demikian itu dikatakan sebagai tidak berkat.

                Keberkatan dikaitkan dengan akhirat. Justeru semua amalan dan pekerjaan yang dilakukan, Islam mengajar agar semua tersebut mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Perkara ini diterjemahkan melalui doa harian kita dalam qunud iaitu yang bermaksud “Ya Allah, berilah keberkatan ke atas apa-apa yang telah Engkau kurniakan”. Ertinya di sini, sebanyak manapun kurniaan Allah (seperti kesihatan, jodoh, kekayaan, ilmu dan lain-lain), yang lebih utama ialah keberkatan. Jika diberi jodoh, biarlah yang dapat menjalankan tanggungjawab secara Islam. Sekiranya dikurniakan ilmu pula, biarlah ilmu yang bermanafaat, yang dapat mencapai makrifat kepada Allah Taala.

                Perkara ‘Berkat’ inilah yang membezakan antara apa yang diperolehi oleh orang mukmin dan orang kafir. Kadangkala, kita dapat perhatikan bahawa Allah Taala berikan lebih banyak kurniaan kepada orang kafir. Tetapi malangnya, yang diperolehi tersebut tidak ada keberkatan dan tidak memberi faedah buat dirinya di akhirat. Kerana itu, manusia perlu menuruti jalan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. yakni Islam, kerana hanya dengan cara ini sahaja kita boleh memperoleh keberkatan.

 

2.            Tiga batu tanda (Furqan)

 

Pada hakikatnya al-Furqan atau al-Quran itu adalah batu tanda. Ayat-ayat yang mengandungi cerita, hukum atau nasihat, kesemuanya menjadi batu sempadan atau pemisah yang membolehkan manusia memilih hanya satu di antara dua. Memilih haq atau batil, halal atau haram, dibenarkan atau dilarang, yang disukai Allah atau yang dibenciNya. Semuanya adalah jelas dan nyata. Sekurang-kurangnya terdapat tiga batu tanda yang terkandung di dalam al-Quran iaitu:

 

i.             Furqan Pertama- Pembeza antara umat seperti kanak-kanak dan orang dewasa.

 

                Apabila al-Quran selesai diturunkan, maka umat manusia (umat Muhammad) sudah dianggap dewasa dan matang. Sementara umat yang sebelum itu disifatkan sebagai umat yang masih kebudak-budakan. Ini dapat kita lihat melalui kisah-kisah umat terdahulu dalam al-Quran apabila Allah Taala segera menurunkan bala bencana terhadap keingkaran mereka. Seumpama seorang bapa melayan anak-anak yang masih kecil, apabila melakukan kesalahan segera dirotan setelah tidak menghiraukan nasihat sebagai cara memberikan pengajaran.

Para Rasul sebelum Nabi Muhammad berdakwah kepada kaumnya seperti mengajak kanak-kanak. Sebagaimana kebiasaannya, kanak-kanak apabila disuruh melakukan sesuatu, mereka akan dijanjikan denagn upah yang menarik. Kerana itulah, apabila rasul-rasul terdahulu meminta umatnya melakukan sesuau, dinyatakan kepada kaum mereka tentang janji-janji yang menarik yang bakal diterima sekiranya melaksanakan apa yang disuruh oleh Allah Taala. Sebagaimana contohnya, Nabi Hud dan Nabi Nuh memberi pelbagai janji indah. Sekiranya mereka memohon keampunan dari dosa mereka, nescaya Allah akan menurunkan hujan yang lebat. Janji tersebut memang cukup menarik bagi penduduk yang tinggal di kawasan gurun yang gersang.

                Namun, bagi orang dewasa, jika mereka melanggar perintah Allah, adakah wajar mereka dipukul seperti kanak-kanak? Sudah tentulah tidak. Sejak dari zaman nabi Muhammad, pemikiran manusia sudah dewasa disebabkan adanya al-Quran yang telah membentuk manusia menjadi matang dan berfikiran secara dewasa. Al-Quran bertindak mengasuh manusia dengan sempurna, dengan aqidah yang jelas dan syariat yang lengkap mencakupi seluruh bidang kehidupan.

                Umpamanya, apabila seorang isteri nusyuz, Allah telah mengajar untuk cara mengatasi perkara tersebut secara berperingkat-peringkat (Rujuk surah An-Nisa’:34). Tindakan yang di ambil adalah lebih kepada untuk menimbulkan kesedaran dan keinsafan kerana mereka manusia dewasa mempunyai maruah. Orang dewasa ada kalanya mereka akan lebih malu jika maruah mereka dicabar berbanding dengan ditampar pipinya.

 

ii.            Furqan Kedua- Pembeza antara zaman mukjizat yang dapat dilihat dengan mukjizat yang mesti dilihat dari segi fikiran.

 

                Tidak mudah bagi umat terdahulu untuk beriman dengan kenabian dan kerasulan seorang utusan Allah. Sebagai contoh, kisah kedegilan umat Nabi Shaleh yang telah dirakamkan dalam surah A-Syura ayat 153 hingga 156. Demi untuk membuktikan kebenaran kenabiannya, kaumnya telah mencabar supaya menjadikan seekor unta dari seketul batu yang terbelah secara tiba-tiba di hadapan mereka. Meskipun suatu luar biasa telah dibuktikan, namun mereka tetap ingkar dan tidak menunaikan janji untuk beriman kepada Allah.

                Sebaliknya, generasi selepas turunnya al-Quran disifatkan sebagai umat yang dewasa dan matang. Mereka sudah boleh mengambil perbandingan dari kisah-kisah kaum yang terdahulu sebagai tazkirah (peringatan), nasihat yang berharga dan hukum hakam yang sempurna. Umar al-Khatab, hatinya menjadi lembut dan mengalir air mata apabila timbul keinsafan setelah mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran yang dibacakan oleh saudara perempuannya. Umar tidak meminta supya batu menjadi unta atau pembuktian melalui benda lain untuk membenarkan kerasulan Muhammad. Memadai hanya al-Quran yang menjadi penawar, panduan dan ikutan.

 

 

iii.           Furqan Ketiga- Berakhirnya zaman nabi untuk sesuatu bangsa tertentu dengan lahirnya Rasulullah yang diutus untuk seluruh bangsa.

 

                Umat terdahulu apabila diturunkan seorang nabi kepada suatu kaum, beerti nabi tersebut hanya untuk bangsa tersebut sahaja. Maka syariat yang dibawanya adalah terhad bagi keperluan bangsa tertentu.

                Sebaliknya, ajaran nabi Muhammad s.a.w. yang terkandung di dalam al-Quran adalah sesuai untuk seluruh manusia di semua pelusuk alam, yang melangkaui alam timur dan barat tanpa mengira warna kulit dan perwatakan. Nabi Muhammad s.a.w. membawa cahaya Islam, yakni  rahmat kepada semua. Sebagaimana yang dinyatakan melalui firman Allah dalam surah al-Anbiya ayat 107, yang bermaksud:

“Dan tidaklah Kami mengutus kamu (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”.

 

3.            Nabi Muhammad s.a.w. sebagai seorang hamba

 

                Dalam ayat pertama ini, Allah SWT telah menggunakan perkataan “ ‘ala ‘abdihi”. Yang dimaksudkan hamba di sini, tidak lain ialah Nabi Muhammad s.a.w. Dari aspek pengertian biasa, hamba ialah manusia yang tidak memiliki kemerdekaan, yang rendah tarafnya dari kuli (yang masih mempunyai kebebasan walaupun ada syarat yang perlu dipatuhi). Wajarkah Nabi SAW dikatakan hamba atau kuli?

                Allah SWT Maha Bijaksana, menghendaki setiap makhluk patuh pada segala arahanNya. Orang yang patuh adalah hamba kepada tuannya/majikannya. Kepatuhan seorang hamba kepada tuannya menyebabkan tuannya itu sayang kepadanya. Sebaliknya, kuli yang tidak patuh atau menangguhkan/mempersoalkan arahan, maka ia disebut kuli yang lawan tauke.

                Di antara ramai hamba Allah SWT, hanya Nabi Muhammad yang sangat patuh atas apa jua arahanNya, maka Allah amat menyayangi baginda. Walaupun Nabi SWT hambaNya, tapi Allah telah memberikan keutamaan kepada baginda sehingga dijemput dan diperjalankan menghadap singgahsana Allah Taala dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj.

                Demikianlah penghargaan Allah Taala kepada manusia yang bergelar hamba yang bernama Muhammad SAW. Baginda dibawa ke ufuk yang tinggi untuk menghadiri satu pertemuan dengan Allah SWT, pertemuan yang sungguh akrab dengan jarak yang amat dekat, iaitu hanya sejarak kira-kira dua hujung anak panah. Sesungguhnya Muhammad SAW bukanlah kuli/hamba kepada manusi, tetapi menjadi kuli/hamba kepada Allah Azza wa Jalla.

                  

tamat bahagian pertama. Diharap sebarkan tulisan ini kepada pembaca umum melalui email atau risalah. Komentar berikan pada emial: jundi8282@yahoo.com 

JUNAIDAH ABU SEMAN

Geraduan KUIM

16 Oktober 2006

23 Ramadhan 1427


Posted at 06:29 pm by Pendita Bitara
Komen membina  

Menyediakan makanan untu keluarga si mati

Perbahasan berkenaan penyediaan makanan kepada keluarga si mati.

 

Kali ini mari kita meneliti sedikit daripada gelagat dan budaya masyarakat melayu yang selalu menyediakan makanan di rumah yang berlakunya kematian, dimana seringkali makanan tersebut diambil bahan mentahnya daripada rumah  si mati sendiri. Adat istiadat dan budaya melayu yang sering kali 'menggigit' masyarakat marhain sehingga ada yang berpendapat ' nak mati pun susah, kena ada duit baru boleh mati'. Terkejut semasa kematian datuk saya dimana bilal menyediakan bil untuk bahan kematian datuk saya untuk kami sekeluarga lunaskan sebelum mereka bersedia untuk mengkafan dan menguruskan jenazah datuk saya.

 

Saya tidaklah berhak untuk berfatwa, akan tetapi ingin berkongsi sedikit khazanah ilmu daripada kitab tradisional melayu yang mempunyai fatwa-fatwa yang berkaitan.

 

Sheikh Arshad Al Banjari berkata dalam Sabilal Muhtadin,

 

Dan sunat[1] bagi isi kampung orang yang kematian dan segala keluarganya jikalau jauh sekalipun membawa makanan akan yang kematian sekadar cukup akan dia pada siangnya dan malamnya atau selama ada mereka itu masyghul(berbimbang/berdukacita) dan hendaklah sentiasakan atas mereka itu dengan makan supya tidak dhaif mereka itu tiada makanan. Dan makruh lagi bidaah bagi yang kematian memperbuat makanan yang diserukan segala manusia atas memakannya dahulu daripada menanamnya dan kemudian daripadanya seperti yang teradat, dan demikian lagi makruh lagi bidaah bagi segala mereka yang diserukan (yang dijamu makanan) memperkenankan serunya dan haram menyediakan makanan akan yang menangis dengan menyauk(meratap/niyahah) kerana demikian itu menolong atas berbuat maksiat.

 

Di dalam sebuah Hadis Riwayat Imam At Tarmizi,

 

Daripada Abdullah Bin Ja'far, katanya Apabila datang berita kematia Ja'far, Bersabda Nabi SAW, Perbuatkan kamu sekalian bagi ahli Ja'far akan makanan maka bahawasanya sesungguhnya datang kepada mereka itu perkara yang memberi bimbang (masyghul) akan mereka itu[2]. Hadis Hassan Sahih.

 

Imam Nawawi mensyarahkan hadis ini dalam Syarah Al Muhazzab bahawa bermuafakat segala ulama' ashab Syafie, bahawa disunatkan untuk kaum kerabat si mati atau jirannya membawa bahan mentah atau memasakkan makanan kepada keluarga si mati.

 

 Akan tetapi pada hari ini kita melihat, keluarga si mati tidak dilayan sedemikian sebaliknya mereka pula perlu mengeluarkan sejumlah wang untuk memask kepada 'tetamu' yang menziarahi jenazah. Hal ini adalah salah dan bidaah berdasarkan hadis Sahih  Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah daripada Jarir Bin Abdullah yang menyatakan bahawa menyediakan makanan bagi tetamu sebelum dan selepas menanam mayat adalah seperti kerja-kerja meratap mayat.

 

Tulisan ini juga cuba memberi gambaran bahawa penafian terhadap tuduhan kepada ulama' melayu yang dikatakan tidak melarang hal-hal bidaah yang berkaitan dengan pengurusan jenazah. Dalam hal ini kita melihat, ulama melayu yang bermzhab syafie tidak pula mengaharmkan jhamuan makan kepada tetamu yang menolong menguruskan jenazah sebaliknya sekadar makruh yang amat tercela semata-mata. Walaubagaimana pun terdapat ulama' besr yang lain mengharamkannya berdasarkan sumber hadis yang sama. Hal ini adalah khilaf ulama' memandangkan uruf dan tahap bidaah yang berlaku pada sekitar ulama'. Pada saya memandangkan adat melayu yang memang suka memasak makanan kepada tetamu, adalah wajar dikatakan bidaah dan makruh sahaja. Dan disarankan pula kepada tetamu untuk membawa makanan kepada si mati. Akan tetapi mengambil makanan keluarga si mati dengan paksaan adalah jelas haram. Memasak untuk golonganratap juga adalah jelas haram. Di harap tulisan ini bermanfaat.

 

Muhammad Nuruddin Bashah

Universiti Malaya

 

Rujukan :

  1. Sabilal Muhtadin (Sheikh Arshad Al Banjari),  Kitab Jenazah, halaman 87.  
  2. Bahrul Mazi ( Sheikh Idris Al Mrbawi), bab Pada menyatakan makanan yang disediakan untuk ahli mayat, halaman 128 jilid 7.

 



[1] Daripada fatwa Sheikh Arshad ini kita mendapati walaupun adanya hadis yang menyarankan agar kita membawa makanan kepada keluarga si mati, namun tidak lah ianya menjadi suatu yang wajib untuk dilaksanakan. Inilah peranan ulama' mujtahid (ashab syafie) yang meneliti hadis-hadis tertentu untuk meneliti sesuatu saranan  sebagai wajib atau sunat, suatu larangan sebagai haram atau makruh berdasarkan kepada uruf semasa dan tahap perlampauan adat tersebut. Sheikh Arsyad mengambil fatwa ini daripada beberapa ashab Syafie yang muktabar seperti Imam Nawawi dan Ibnu Hajar Haitami. Dan fatwa mazhab Syafie ini sebenarnya kena dengan adat semasa masyarakat melayu yang suka membawa buah tangan disamping mengekalkan larangan makruh kepada golongan yang menyediakan makanan untuk tetamu serta tetamu yang makan  makanan di rumah  keluarga si mati, serta haram pula memberi makan kepada golongan yang meratap kepada mayat.

[2]Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam yang lima kecuali Imam An Nasai. Rujuk Bulugul Maram karangan Ibnu Hajar Asqalani.


Posted at 08:09 am by Pendita Bitara
Komen membina  

Monday, October 16, 2006
Muniatul Mosolli (bahagian kedua)

Kitab Muniatul Musolli karangan Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathoni menggunakan syarah daripada Kitab Sabilul Muhtadin Karangan Syeikh Arsyad Al-Banjari

(Bahagian kedua)

 

Yakni bahawasanya lima waktu itu menyucikan daripada segala dosanya tiada tinggal satu dosa melainkan diampun akan dia melainkan dosa yang besar ¨C besar maka berkehendakkan ia kepada taubat. Dan riwayat daripada  ¡®Ubadah bin As-Somat, sabda nabi S.A.W. ¡°lima sembahnyang ini difardhukan Allah akan segala hamba maka barangsiapa mendatangkan dengan dia sempurna dan tiada dikurangkan haknya, yang mengurangkan akan dia adalah baginya pada Allah janjinya bahawa memasukkan akan dia ke dalam syurga dan barang siapa meninggalkan dia dan meringankan dia akan haknya tiada baginya pada Allah Ta¡¯ala itu janjinya jika dikehendak dikasihan akan dia maka jika dikehendaki diseksanya.

 

Dan lagi sabda nabi S.A.W. bahawa seorang laki-laki singgah  ia sembahyang dan kesalahannya dihantarkan di atas kepalanya maka tiap-tiap sujud gugur  kesalahannya hingga habis dan gugur segala kesalahannya ketahui oleh kamu orang yang berkehendak kemenangan setengah daripada orang yang muhafiz, iaitu orang yang memelihara sembahyang dan yang mendiri akan dia hendaklah ia memeliharakan segala syaratnya.

Maka adalah syarat sembahyang itu sembilan perkara, Pertama, mengetahui bagi masuk waktunya dengan yakin atau dengan zonn, maka tiada sah orang yang sembahyang yang tiada mengetahui akan masuk waktunya dan tiada zonnya jika jatuh di dalam waktunya sekalipun dan Keduanya, berhadap ia akan qiblat iaitu akan Ka¡¯abah jikalau dengan ijtihadnya sekalipun Ketiga, menutup aurat antara pusat dan lutut jika laki-laki dan sahaya (hamba) perempuan dan sekalian taubatnya jika perempuan dan khunsa yang merdeka yang lain daripada mukanya dan kedua tapak tangannya dengan suatu yang menutup dan menegah  daripada dilihat warna kulitnya pada pihak atas dan kelilingnya tiada pihak bawahnya.

Dan jikalau dengan lumur lumpur sekalipun dan yang keempat mengetahui ia akan kaifiat sembahyang seperti bahawa diketahui akan fardhunya dan dibezakannya daripada sunatnya bahkan jika ia i¡¯tiqadkan sekalian itu fardhu atau setengahnya  fardhu dan setengahnya  sunat dan tiada dibezakan pada halo rang awam dan tiada diqasadkan sunat yang fardhunya, sahlah sembahyangnya. Kelima, suci ia daripada hadas besar dan hadas kecil maka jika kedatangan hadas di tengah sembahyang batal sembahyangnya.

Nota Tambahan

·          Hendaklah dengan yakin 100% bahawa telah masuk waktu solat.

·          Jika zonn bermakna 50% pasti dan jika  waham 25% pasti. Imam Shafie hanya menerima jika kita yakin dengan 100% masuk waktu solat, barulah kita boleh menunaikannya.

·          Ketika solat hendaklah menghadap qiblat yang terarah ke Ka¡¯abah. Dan jika tidak pasti arah qiblat boleh berijtihad dengan menggunakan ilmu alam sekitar yang kita ada, seperti memerhatikan arah matahari, bintang dan sebagainya.

·          Aurat yang membatalkan solat ialah aurat yang nampak jika dilihat dari atas dan jika dilihat dari bawah dan tepi, ia tidak membatalkan solat.

·          Aurat khunsa yang perlu ditutup adalah mengikit kecenderungan fizikal dan sifat mereka. Jika lelaki, tutuplah dengan hukum aurat lelaki dan begitu jugalah sebaliknya.

 

          

 

Disediakan oleh : Afifah Binti Ramdan

                              Universiti Malaya


Posted at 11:13 pm by Pendita Bitara
Komen membina  

Muniatul musolli (bahagian 1)

Kitab Muniatul Musolli karangan Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathoni menggunakan syarah daripada Kitab Sabilul Muhtadin Karangan Syeikh Arsyad Al-Banjari

(bahagian pertama)

 

            Bismilllahirrahmanirrahim,

 

Bermula sembahyang itu i’maduddin dan ialah yang pertama yang difardhukan akan dia Allah taala atas segala muslimin itu  sembahyang.Bermula sembahyang itu berhadap Allah taala atas segala hambanya supaya berhada segala hamba itu kepadanya dalam rupa kehambaan dengan keadaan (tazlila) yakni merendahkan dirinya dan (taslima) yakni menyerahkan dirinya bagi tuhannya dan (tabzila) yakni hina dan (takhdha’a) yakni  dengan khudhu’ dan (takhsy’a) yakni dengan khusyu’ dan (targhiba) yakni gemar dan suka dan (tamliqa) yakni dengan rindu dendam (mika wukuf )yakni berdiri itu rupa tazlil (dan takbir) itu rupa taslim (dan thana; dan tilawah ) itu rupa tabzil (dan ruku’) itu rupa takhdha’ (dan sujud) itu rupa takhsya’ (dan julus) itu rupa targhib (dan tashud) itu rupa tamliq,maka berhadap segala hamba kepada Allah taala dengan itu sekalian supaya berhadap Allah subhanallah wa taala atas mereka itu dengan tarahim (kasihannya) dan lembutnya dan berhadap dan diterima nya dan hamparkan kepadanya . Maka tiada suatu daripada pekerjaan agama yang terlebih besar daripadanya ( yang disabdakan nabi),bermula sembahyang itu nur dan lagi sabdanya sentiasa Allah berhadap atas hambanya dengan mukanya selama berkekalan ia didalam sembahyangnya dan bahawasanya, Allah subhanallah taala, mendirikan mukanya  kepada kamu selama ada berkekalan berhadap ia atasnya dan bahawasanya kerana inilah adalah sembahyang sangat banyak faedahnya. Lagi ia membukakan bagi hati bagi orang yang kepapaan dan yang mempunyai dhoruri daripada ahlil qulub.     

            Maka  muliakan akan  mereka itu tatkala mendirikan sembahyang , maka hilang pada hatinya daripada tiap2 yang digemarnya dan yang disukanya dan hilanglah daripada hatinya daripada itu akan segala yang dikasihinya yang  lain daripada  Allah subhanallahu taala. Dan kerana inilah firman Allah taala yang bermaksud :

(seluruh alam akan ahli kamu dengan mendirikan sembahyang dan sabar ia atasnya tiada kami pinta akan kamu rezeki, kami yang memberi rezeki akan kamu .Maka sebenarlah bahawa adalah ia tempat sejuk mata hati hamba Allah yang ’arifin dan yang dengan tetap  mata hatinya iaitu i’brah daripada suka dan kesenangan dan sempurna niat dan lazat yang hasil padanya sehingga muafakat (bersekutu ) dan berjinak2 dengan dirinya tetapi bersalahan ia sebab bersalahan dengan martabat  kelakuan dan maqam mereka itu dengan sekira2 ma’rifatnya riwayat daripada hasan radhiallahu anh, bahawasanya Rasulullah bersabda ”umpama sembahyang lima waktu itu seumpama sungai yang deras pada pintu sesorang kamu lagi banyak airnya memandi ia padanya  tiap2 hari lima kali maka apa yang tinggal atasnya

 

Nota tambahan :

 

·                                 Setiap kelakuan dalam solat ada disiplin yang tersendiri, ini adalah antara syarat-syarat kesempurnaan solat.

·                                 Setiap kali sebelum solat hendaklah dipastikan bahawa keadaan diri kita bersedia untuk menghadap Allah S.W.T, contohnya penjagaan hati sebelum, ketika dan selepas solat.

·                                 Hendaklah kita mengosongkan hati dan fikiran kita daripada perkara-perkara yang melalaikan di dalam solat.

Pengetahuan tentang kelebihan dan objektif solat adalah amat perlu supaya solat

 

Disediakan oleh : Afifah Binti Ramdan

                              Universiti Malaya


Posted at 11:09 pm by Pendita Bitara
Komen membina  

Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi

SENTIMEN ANTI-JEPUN DI KALANGAN RAKYAT CHINA DAN KOREA SERTA NORMALISASI HUBUNGAN JEPUN , CHINA DAN KOREA .
Muhammad Nuruddin Bashah dan Team Kajian Sejarah
 
 
1.0              PENDAHULUAN
            Asia Timur adalah suatu wilayah Asia yang terdiri daripada China (termasuk Hongkong, Macau, Taiwan ), Jepun , Korea Selatan dan Korea Utara. Wilayah ini yang merupakan salah satu kepada sub wilayah Asia sebenarnya suatu rantau yang tidak kurang menyumbang kepada kestabilan ekonomi, politik dan keselamatan Asia . Semestinya kerjasama erat serta kolaborasi padu di antara negara yang membina rantau ini perlu diperkasakan serta dipandang serius.
            Persejarahan hitam rantau ini akibat beberapa siri peperangan seperti Perang China -Jepun (1895) serta Perang Rusia-Jepun (1905) telah meletakkan dilema etnik yang begitu meruncing lantaran kuasa baru Jepun ketika era pemulihan Meiji mula membina suatu empayar kuasa Jepun di atas darah dan penderitaan etnik serantau lain yang. Persejarahan penjajahan Jepun terhadap Korea serta beberapa tragedi hitam penyiksaan rakyat China oleh tentera Empayar Jepun tidak sedikit yang membawa kepada polemik dan kontroversi yang berterusan serta menjadi  faktor penghalang kepada pengukuhan kerjasama serantau bagi Asia Timur.
            Tulisan ini cuba memberi gambaran ringkas berkenaan keperluan normalisasi dan penjernihan sentimen bagi pengukuhan hubungan yang normal dan erat dalam sektor ekonomi, politik dan kerjasama keselamatan. Sejurus kepada koronologi penjajahan dan beberapa fakta berkenaan penderitaan rakyat China dan Korea dijelaskan, tulisan ini akan cuba merumuskan beberapa penyelesaian yang perlu dipandang sebagai langkah yang praktikal untuk menjernihkan hubungan di antara tiga negara ini dan semestinya usaha penjernihan bukan lah suatu yang boleh digagaskan tanpa perenungan daripada semua pihak yang terlibat.
 
2.0       SOROTAN SEJARAH PENJAJAHAN  JEPUN TERHADAP CHINA DAN KOREA
2.1       Penjajahan Jepun terhadap China
Perang KeduaChina-Jepun (7 Julai 1937 – 9 September 1945) merupakan peperangan terbesar di antara empayar Jepun dan China , iaitu sebelum dan semasa berlakunya Perang Dunia Kedua. Penjajahan Jepun pada masa tersebut adalah rentetan daripada perancangan strategi Jepun untuk menguasai tanah Asia .
Semasa penjajahan Jepun di China, banyak perjanjian dibuat oleh Jepun untuk mengambil alih kuasa dan tempat yang terpaksa ditandatangi oleh pihak Koumintang yang ketika itu merupakan sebuah parti untuk mempertahankan negara tersebut. Antara perjanjian tersebut ialah Perjanjian He-Umezu yang melarang pihak Koumintang beroperasi di Hebei dan akhirnya bahagian Utara China tersebut berjaya ditakluki oleh Jepun1. (ht[1]tp://en.wikip
Dalam era penjajahan Jepun tersebut, China telah kehilangan kira-kira 3.22 juta tentera manakala 9.13 juta nyawa orang awam terkorban dalam kejadian tembak-menembak2.
Menurut ahli sejarah China, hampir 35 juta nyawa terkorban sepanjang pendudukan Jepun di negara ini,  yang dikaitkan dengan pembunuhan beramai-ramai secara terancang. Isu kekejaman ini telah ditimbulkan semula bagi membuktikan sejauh mana kebenaran peristiwa pembunuhan tersebut3.  
Sementara itu, telah berlaku juga rampasan kuasa dan rogol secara meluas oleh tentera Jepun. Ramai wanita dijadikan hamba seks oleh tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua tersebut.  Juga dianggarkan, perang antara Jepun dan China ini telah mengakibatkan seramai 95 juta rakyat menjadi pelarian. Selain daripada itu, China juga terpaksa menanggung kerugian kehilangan dan kemusnahan harta benda sehingga berjumlah US$ 383,301.3, kesan akibat penjajahan Jepun tersebut. Mengikut pertukaran wang asing pada Julai, 1937, angka tersebut secara kasarnya menyamai 50 kali Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara Jepun (US$7,700 bilion)4. [2]
Kesimpulannnya secara ringkas, Jepun telah menggunakan kekerasan dan bersifat zalim terhadap China dalam tempoh penjajahannya di negara tersebut. Perkara ini telah meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada kedua negara tersebut sehingga ke hari ini.
 
2.2       Penjajahan Jepun terhadap Korea
Seperti China , Korea juga mengalami nasib yang sama akibat usaha penjajahan Jepun di negara tersebut. Zaman penjajahan Jepun di Korea bermula apabila adanya Perjanjian Kanghwa 1876 semasa pemerintahan Dinasti Joseon. Dan kuasa Jepun melebar pada tahun 1895 setelah berlakunya pembunuhan Maharani Myeongseong oleh agen Jepun.
Semasa pendudukan Jepun, ekonomi Korea didominasi sepenuhnya oleh Jepun. Perniagaan rakyat Korea pada masa tersebut tidak mampu untuk menyayingi ekonomi orang Jepun kerana adanya ketidakseimbangan undang-undang, kekurangan modal dan bantuan kewangan serta kadar cukai yang rendah oleh pihak Jepun. Kesannya, banyak perniagaan orang Korea muflis dan banyak sektor ekonomi dikuasai oleh syarikat Jepun.
Sementara itu, lebih kurang 5,400,000 rakyat Korea telah dikerah menjadi buruh paksa dari tahun 1939 hungga 1942. 670,000 daripada mereka dibawa ke Jepun manakala 60,000 yang lain meninggal dunia. Jumlah keseluruhan buruh paksa yang terkorban di Korea dan Manchuria pada tahun tersebut adalah dianggarkan di antara 270,000 hingga 810,000 orang.
Selain itu, semasa Perang Dunia Kedua, ramai rakyat Korea dikerah, dijadikan hamba dan diculik untuk bekerja dalam sektor ketenteraan di Hiroshima dan Nagasaki . 400,000 daripadanya terbunuh, manakala 30,000 yang lain terdedah kepada radiasi nuklear. Rakyat Korea juga merupakan antara mangsa-mangsa bahan eksperimen untuk bahan kimia Jepun dan kekejaman perang Jepun yang lain seperti Unit 7315. [3]
Kaum wanita yang miskin dan tinggal di pendalaman pula diculik oleh pegawai-pegawai dan talibarut Jepun dan dijadikan hamba seks kepada tentera-tentera Jepun pada perang dunia kedua. Ahli sejarah menganggarkan jumlah hamba seks tersebut adalah mencecah seramai 200,000 orang6.
Penjajahan Jepun terhadap Korea juga didorong atas faktor lain. Korea merupakan negeri yang kaya dengan hasil buminya seperti emas, bijih besi, arang, tembaga dan banyak lagi. Pada tahun 1909, terdapat 368 pelbagai jenis lombong di Korea yang mana majoritinya dimonopoli oleh Jepun. Dalam menghadapi takrif kuasa secara global, pembuat polisi Tokyo telah membuat satu perumpamaan betapa jepun sedang pesat membangunkan industrinya, ketenteraannya dan meluaskan empayarnya7.
Pada 19 ogos 1904 dinyatakan dalam Artikel 1 dan 2, dan pada 22 Ogos pula dinyatakan dalam Artikel 3 satu 'perjanjian' di antara Jepun dan Korea yang menyatakan bahawa kerajaan Korea perlu melantik orang Jepun yang dicadangkan oleh kerajaan Jepun sebagai penasihat kewangan. Selain itu kerajaan Korea perlu melantik orang asing yang dicadangkan oleh kerajaan Jepun sebagai penasihat diplomatik. Dan kerajaan Korea perlu mendapatkan nas[4]ihat daripada kerajaan Jepun sebelum menandatangani perjanjian dengan kuasa besar asing juga dalam dalam bentuk perjanjian pembarian geran konsesi atau kontrak dengan orang asing 8.
Perjanjian 17 november 1905 menyatakan bahawa seorang pegawai Jepun akan mengawal Korea, perlantikan seorang pegawai Jepun di setiap pelabuhan, pemindahan hal ehwal diplomatik Korea ke Tokyo, dan tidak akan membuat perjanjian dengan  mana-mana kuasa tanpa kebenaran Jepun 9.
Penaklukan Korea pada 29 ogos 1910, pakar teori Jepun, ahli politik dan pentafsir menyatakan bahawa perbuatan jepun itu adalah sah disisi undang-undang antarabangsa10 .
 
3.0       BUKTI-BUKTI KETIDAKPUASHATIAN RAKYAT CHINA DAN KOREA TRHADAP JEPUN.
Kedua-dua Korea dan China mahukan Jepun memohon maaf secara terbuka mengenai kelakuan mereka semasa penjajahan Jepun di Korea dan China . Di antara perkara yang dibangkitkan ialah layanan terhadap tahanan perang yang tidak mengikut perjanjian Geneva dan pembunuhan beramai-ramai di Nanking, China 11.
Begitu juga wanita yang dijadikan[5] hamba seks bagi askar-askar Jepun terutamanya wanita Korea12.
Pada 6 September 1984, Presiden Korea Selatan Chun Doo Hwan mengadakan lawatan rasmi yang pertama ke Jepun semenjak kemerdekaan Korea pada tahun 1948. Ini bertujuan untuk mendapatkan permohonan maaf daripada maharaja Hirohito sendiri. Dalam satu jamuan makan malam di istana pada petang 6 september 1984, Maharaja Hirohito bertitah "Negara anda dan negara kami adalah negara yang berjiran dan hanya dipisahkan dengan selat yang kecil. Pada masa yang lampau telah terdapat pemindahan budaya dalam banyak bidang. Negara kami banyak belajar dari negara anda. Sebagai contoh, di awal kurun ke 6 dan ke 7, ramai orang Korea yang datang ke Jepun dan mengajar kami mengenai budaya dan teknologi. Dengan adanya sejarah yang lama, barulah hubungan yang erat dapat dibuat. Walaupun dengan adanya hubungan yang baik kedua-dua negara, namun terdapat tempoh yang singkat di dalam abad ini di mana berlakunya 'masalah' di antara negara kita berdua. Perkara ini amatlah dikesali dan ianya tidak akan berulang lagi 13. Walaupun maharaja Hirohito sendiri telah bertitah memohon maaf, namun bagi warga Korea ianya bersifat terlalu umum. Malah ianya juga tidak memberitahu siapa, di mana, bila dan apa yang telah dilakukan14 .
Pada 24 Mei 1990, Maharaja Akihito pula didesak oleh pihak berkuasa Korea untuk meminta maaf di atas kesalahan lalu. Baginda memetik semula kata-kata ayahandanya dan menambah "bila saya memikirkan semula penderitaan yang di alami oleh rakyat anda yang disebabkan oleh rakyat saya, saya tidak dapat berbuat apa-apa melainkan daripada merasa simpati ke atas mereka.
Pada hari yang sama, Perdana Menteri Toshuki Kaifu juga memohon maaf kepada Presiden Korea , Roh Tae Woo. Ayatnya seperti berikut "Di dalam beberapa tempoh masa yang lepas, penduduk di Semenanjung Korea menghadapi beban yang tidak dapat ditanggung dan penderitaan di atas perbuatan negara kami. Kami menyesal dan ingin menyampaikan permohonan maaf kami.
4.0       SIKAP RAKYAT CHINA TERHADAP JEPUN
Peperangan di antara Jepun dan China telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap rakyat China . Kekejaman yang dilakukan pihak Jepun seumpama tidak dapat dimaafkan oleh rakyat China . Sehingga kini usaha–usaha menanamkan sentimen anti- Jepun terus dilakukan oleh semua peringkat, terutamanya di kalangan ahli sejarah, karyawan dan juga di institusi pendidikan di seluruh negara China . 
Dalam usaha untuk mendoktrin sikap anti- Jepun ini dapat dilihat melalui medium penyiaran kartun dan filem berunsurkan kekejaman Jepun yang disasarkan kepada semua peringkat umur terutamanya kanak-kanak. Antaranya pengarah Sun Lijun dalam filemnya bertajuk "Little Soldier Zhang" telah mengisahkan tentang bagaimana seorang budak lelaki berumur 12 tahun telah mengambil keputusan untuk menanggotai ketenteraan memerangi Jepun sebagai jalan untuk membalas dendam atas kematian datuknya yang ditembak mati oleh tentera Jepun 15.
            Selain itu, proses penyerapan anti –Jepun juga telah diasimilasikan dalam kurikulum di  peringkat sekolah. Ini adalah bertujuan untuk mengekalkan memori kekejaman Jepun terhadap China . Setiap hari beribu-ribu pelajar mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Peperangan Jepun di Beijing. Di samping itu juga, sejarah kekejaman Jepun ini telah diserapkan dalam silibus buku-buku teks 16.   Usaha ini telah berjaya menanam sentimen anti-Jepun kepada generasi muda rakyat China .
Dalam masa yang sama, tokoh-tokoh sejarah Jepun juga membenci Jepun atas apa yang telah dilakukan kepada mereka. Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah menyatakan keengganannya untuk bersemuka dengan Perdana Menteri Jepun, Junichiro Koizumi di dalam satu sidang kemuncak peringkat Asia Timur 17.
Antara lain, sikap benci kepada Jepun juga didorong oleh pemikiran dan pandangan negatif rakyat China yang melabelkan  tentera Jepun sebagai manusia yang paling jahat dan kejam serta paling tidak berperikemanusiaan 18.
5.0              SIKAP RAKYAT KOREA TERHADAP JEPUN
Seawal abad kedua puluh, antara tahun 1910 hingga 1945, Korea telah berada di bawah pemerintahan Jepun. Penjajahan Jepun selama 35 tahun ini telah memberi kesan kepada negara Korea dan rakyatnya. Antaranya ialah perpecahan Semenanjung Korea dan hubungan diplomatik Korea dan Jepun 19. .com[6]/kompas-cetak/ 0501/20/ln/ 1509291.htm)
Sepanjang tempoh itu, rakyat Korea mengalami penderitaan akibat kekejaman Jepun. Antaranya, rakyat Korea telah dipaksa untuk menjadi tentera paksaan apabila Jepun memerlukan tentera untuk menyerang Asia Tenggara dan China . Ratusan ribu wanita Korea juga telah dijadikan hamba seks kepada tentera Jepun.
            Antara kesan utama yang dapat dilihat akibat pendudukan Jepun di Korea ialah keadaan di Korea sebaik tamatnya era pasca Perang Dingin. Apabila Jepun kalah, dua kuasa tentera berikat  pemenang perang dingin, Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat telah mengambil alih pemerintahan Korea . Keadaan ini telah akhirnya mencetuskan perang saudara antara rakyat Korea Utara dan Korea Selatan. Korea Utara di bawah kuasa Kesatuan Soviet talah mengamalkan pemerintahan komunis sementara Korea Selatan dibawah pemerintahan Amerika lebih selesa menggunakan pendekatan demokrasi. Sehingga ke hari ini, tiada penyelesaian kepada masalah perdamaian Semenanjung Korea .
            Rakyat Korea juga sehingga kini masih belum dapat memaafkan Jepun atas kezaliman mereka semasa menduduki Korea . Penulisan buku teks sejarah Jepun yang menafikan kekejaman Jepun kepada dunia ternyata telah menimbulkan kemarahan Korea dan China . Perkara ini dilihat oleh Korea sebagai usaha yang tidak bersungguh-sungguh Jepun untuk meminta maaf diatas kekejaman mereka semasa Perang Dunia Kedua. Hubungan Korea dan Jepun bertambah meruncing apabila bekas Perdana Menteri Jepun, Junichiro  Koizumi melawat Yasukuni Shrine, iaitu tempat  yang dibangunkan oleh Jepun untuk menghormati tentera Jepun yang berjuang untuk maharaja semasa perang dunia dahulu. Tindakan ini dianggap sebagai melambangkan pengagungan kepada fahaman ketenteraan. Lantas kemarahan yang timbul daripada peristiwa-peristiwa ini membuktikan bahawa rakyat Korea masih lagi mengalami trauma dan penderitaan imperialisme tentera Jepun dahulu 20.
            Kekejaman tentera Jepun juga mampengaruhi hubungan diplomatik Jepun dan Korea selepas Perang Dunia Kedua iaitu selepas Korea mendapat kemerdekaan. Selama lebih setengah abad, hubungan Korea dan Jepun dingin. Ini dapat dilihat apabila negara Korea tidak menerima kehadiran pemimpin Jepun ke negara mereka. Namun, terdapat juga usaha-usaha yang dilakukan untuk memperbaiki hubungan diplomatik antara Jepun dan Korea . Antaranya, pada tahun 2005 telah diadakan perjanjian "Peristiharan Bersama China, Jepun dan Korea Selatan bagi Mendorong Kerjasama 3 Hala", yang mempunyai erti penting dalam sejarah hubungan Korea dan Jepun.
Namun usaha-usaha diplomatik ini belum terlihat keberhasilannya apabila Korea dan juga China masih enggan menyokong Jepun dalam misi antarabangsa Jepun. Hasrat Jepun untuk menduduki kerusi kuasa veto PBB ternyata tidak mendapat sokongan Korea , satu kuasa besar di Asia Timur selain China . Perkara ini seolah-olah membuka kembali lembaran sejarah apabila keinginan Jepun untuk menguasai dunia pada abad yang lalu telah mencatat peristiwa hitam dalam sejarah Korea . Sejarah ini telah manghalan[7]g Korea daripada menyokong Jepun menjadi kuasa besar dunia 21.
Usaha terkini yang dilakukan Jepun untuk mamperbaiki hubungan dengan Korea bermula apabila perdana menteri Jepun menghantar ucapan tahniah atas perlantikan Perdana Menteri baru Korea . Usaha ini telah diterima baik oleh Korea dan memperlihatkan kesungguhan Jepun untuk memperbaiki hubungan dengan Jepun 22.
Jika dilihat dari sudut patriotisme rakyat Korea , sejarah peperangan yang begitu kejam telah mewujudkan identiti baru bagi rakyat korea . Gerakan pembebasan telah menyatukan rakyat korea untuk mendapatkan kemerdekaan dan menjadi antara negara industri yang maju didunia pada hari ini. Kesan peperangan telah menyedarkan rakyat Korea akan kepentingan perpaduan.
            Sesungguhnya rakyat Korea pada hari ini masih merasai kesan akibat penindasan dan kekejaman kuasa imperialis Jepun seterusnya mempengaruhi hubungan dua hala kedua-dua Negara kini 23.
6.0       JUSTIFIKASI NORMALISASI JEPUN TERHADAP CHINA DAN KOREA DALAM USAHA PENSTABILAN POLITIK, EKONOMI DAN KESELAMATAN.
 
Jepun muncul sebagai gergasi ekonomi selepas kekalahan di dalam Perang Dunia Kedua dan telah menjalinkan hubungan ekonomi dengan banyak negara. Jepun merupakan rakan perdagangan yang penting bagi negara-negara ASEAN untuk berdekad-dekad lamanya di mana Jepun mengimport bahan mentah dari ASEAN dan mengeksport hasil keluarannya kembali ke ASEAN 24.[8]
 
Berikutan Kebangkitan Meiji 1868, orientasi ekonomi Jepun adalah berpandukan kepada polisi industri. Hanya pada tahun 1970 Jepun mula menukarkan kepada orientasi polisi asing sebagaimana Amerika Syarikat mula menunjukkan tanda-tanda awal pembangunan yang baru iaitu melalui orientasi polisi industri. Sistem Jepun mengekalkan rancangan rasional manakala Amerika masih berasaskan kepada pasaran rasional. Perbezaan dua sistem ini adalah dari segi ekonomi dan politik.
            Berikutan dengan itu, Jepun perlu mengadakan hubungan serantau dengan negara-negara Asia untuk meluaskan pengaruh ekonominya 25 [9]
 
7.1       Usaha-Usaha Normalisasi Jepun-China
Jepun dan China adalah dua buah negara yang mempunyai kuasa besar yang pernah dahulu berperang untuk kepentingan masing-masing. Mereka terlibat dalam banyak siri peperangan yang dahsyat dan telah membawa kesan buruk kepada generasi seterusnya. Kini pemimpin kedua-dua negara telah sedar akan kepentingan mereka berdamai dan bekerjasama. Rakyat Jepun pada hari ini tidak setuju dengan tindakan tentera Jepun dahulu yang berkelakuan kejam terhadap rakyat China dalam peperangan terdahulu. Kini mereka telah setuju untuk membangun bersama dalam menjaga kepentingan rakyat dan pembangunan negara masing-masing. Ini jelas ditunjukkan ketika Pedana Menteri Jepun, Kakuei Tanaka melawat Republik China .
 
7.1.1    Usaha Dari Sudut Ekonomi
Jepun dan China telah sepakat untuk mewujudkan hubungan dua hala pada tahun 1998. Mereka telah melaksanakan pembangunan berdasarkan ekonomi  dua hala, di mana ia akan memberikan lebih banyak manfaat kepada kedua-dua belah pihak.
Jepun telah menjalankan pelaburan dalam syarikat-syarikat di China , manakala China amat mengalu-alukan kedatangan pelabur-pelabur Jepun. Selain itu, mereka juga telah menjalankan kerjasama antara kerajaan dan syarikat swasta untuk membangunkan ekonomi di kedua-dua buah negara.
Jepun telah menawarkan khidmat dan bersedia untuk menjalankan kerjasama dengan China dalam bidang sumber manusia yang akan dijalankan di China untuk meluaskan pasaran mereka, China bersetuju dan bersedia untuk bekerjasama dengan Jepun. Mereka juga sedar akan kepentingan 'multilateral trading system'. China menyatakan bahawa kaedah ini akan  memberi kelangsungan kepada usaha untuk memajukan World Trade Organization (WTO). Kerajaan Jepun menyokong cadangan China dan mereka bersedia untuk bekerjasama sehingga akhir 26. [10]
Selain itu,Jepun menawarkan untuk memajukan industri laluan keretapi laju Beijing-Shanghai dalam bidang teknikal,kewangan dan lain-lain. China bersetuju dengan langkah Jepun dan bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap Jepun.
7.1.2    Usaha Dari Sudut Tenaga
Jepun terutamanya mempunyai kelebihan dalam sumber tenaga yang pelbagai, antara tenaga nuklear, tenaga solar dan beberapa sumber lain, di samping mereka mempunyai teknologi yang canggih dan jauh lebih maju daripada negara lain.
            Kedua-dua negara besar ini mengetahui dan menyedari akan kepentingan tenaga yang berterusan. Oleh itu, mereka memperkenalkan tenaga yang berkaitan dengan pembangunan infrasruktur, termasuk kuasa tumbuhan, polisi dan pertimbangan tenaga simpanan dan pembangunan penggunaan tenaga bersih.
            Jepun dan China berusaha untuk menguatkan kerjasama dalam sektor agrikultur.  Ini adalah sebahagian daripada bahan sumber asli dan boleh digunakan semula. Untuk menambahkan lagi kekukuhan hubungan mereka, kedua-dua negara telah menandatangani perjanjian "The Cooperative Plan on a Framewok between the government of Japan and the government People's Republic of China  for further Development in youth Exchange".
Mereka juga bertukar-tukar pendapat dalam menjana masyarakat intelek dari kedua- dua negara. Kerajaan memainkan peranan dan telah memberi sokongan yang sepenuhnya di samping berkerjasama dengan sektor swasta. Program-program seperti diskusi ilmiah diantara negara ini akan lebih memberi kesan positif kepada masyarakat.
            Dalam Persidangan Senjata Kimia, Jepun bersetuju untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin di China dan China telah memberikan kata sepakat untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dalam usahama dengan Jepun ini.
 
7.1.3    Usaha Dari Sudut Politik
            Dalam bidang politik, kedua-dua negara setuju untuk menjaga keamanan dalam pentadbiran mahupun penumpuan terhadap rakyat, kerana ini adalah antara satu agenda utama di samping menjalankan kerjasama dalam bidang ekonomi.
            Jepun dan China menilai secara positif akan usaha yang dilakukan oleh 'United Nation' untuk menjaga keamanan dan menggalakkan ekonomi dan pembangunan sosial. Kedua-dua negara telah menunjukkan kerjasama sepenuhnya kepada 'United Nation' untuk mengawal keamanan dengan menubuhkan Persatuan Keselamatan 27.[11]
            Selain itu mereka juga mengakui akan kepentingan budaya yang dipunyai masing-masing. Walau bagaimanapun mereka tidak kisah untuk membenarkan pertukaran budaya antara satu sama lain. Malah merasa bangga kerana rakyat negara lain mengamalkan budaya hidup mereka. Pemimpin kedua-dua negara sentiasa berfikiran terbuka untuk menjaga hubungan baik dalam meneruskan  kelangsungan ekonomi dan sosial dalam konteks yang lebih luas.
            Mereka juga sentiasa bersedia untuk menepis segala halangan yang akan menggugat hubungan baik mereka. Selain daripada mengadakan deklarasi bagi meningkatkan hubungan baik mereka, mereka juga sering melakukan lawatan oleh pemimpin dari semasa ke semasa.
7.2       Usaha-Usaha Normalisasi Jepun-Korea
Perundingan normalisasi antara Jepun dan Korea Utara adalah untuk membangunkan hubungan diplomatik kedua-dua negara. Kesepakatan ini kelihatannya tercapai berdasarkan  saling tukar pendapat antara kedua belah pihak untuk menjaga kepentingan bersama dalam membentuk saluran dialog.
Sejarah normalisasi Korea Utara dan Jepun bermula pada September 1990 di mana delegasi Jepun yang terdiri daripada anggota DPR dari Parti Liberal Demokratik dan Parti Sosialis mengunjungi Korea Utara dan mengadakan pertemuan dengan Partai Buruh. Rundingan normalisasi ini menghasilkan pernyataan bersama untuk membangunkan hubungan diplomatik kedua-dua negara. Sesuai dengan pernyataan bersama itu, maka normalisasi  dimulai pada bulan Januari 1991.
Perdana Menteri Jepun, Keizo Obuchi menjadikan normalisasi dengan Korea   Utara sebagai prioritas utama kegiatan diplomatiknya. Pada 7-10 Oktober  1998, Presiden Korea Selatan, Kim Dae Jung telah mengadakan rundingan dengan Perdana Mentari Jepun. Dalam rundingan ini, kedua pihak telah bersetuju untuk mengadakan hubungan baik khususnya dalam bidang politik dan ekonomi 28. [12]
Pada bulan September 2002, Keizo Obuchi telah melakukan kunjungan mendadak ke Pyongyang . Pada masa itu, pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Dae Jung telah menyampaikan pernyataan maaf terhadap terjadinya penculikan warga Jepun pada masa lalu. Kemudiannya, kedua-dua pemimpin tersebut mengumumkan pernyataan bersama untuk menyelenggarakan perundingan normalisasi. Pada Oktober 2002, perundingan normalisasi tersebut diadakan di Kuala Lumpur . Namun, perundingan ini menemui jalan buntu kerana perselisihan pendapat untuk mengembalikan abu mayat warga Jepun yang telah diculik oleh Korea Utara di masa lalu.
Selain itu, antara faktor lain yang mendorong kedua-dua negara melakukan normalisasi adalah sistem perekonomian. Walaupun Korea Selatan dan China merupakan sumber utama untuk mendapatkan modal, namun negara komunis itu masih memerlukan bantuan perlaburan  luar untuk menunjang perekonomiannya. Merujuk kepada rundingan yang diadakan pada 7-10 Oktober 1998, kedua-dua pemimpin tersebut telah bersetuju untuk mengekalkan dan membangunkan sistem ekonomi bebas dan terbuka antarabangsa dan menyedarkan semula ekonomi Asia yang mana berhadapan dengan masalah-masalah struktur. Mereka juga telah berkongsi pandangan bahawa mereka perlu meneruskan rundingan ekonomi dua hala sebagai mempromosikan penyelarasan dasar di antara kedua-dua negara pada pelbagai bahagian seperti World Trade Organization (WTO), Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), dan Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC).
Pada akhir perbicaraan  dua hari tentang normalisasi Korea Utara dan Jepun di Beijing, kedua-dua negara bersepakat untuk membentuk satu bentuk tenaga kerja masing-masing untuk proses normalisasi bagi membicarakan tentang masalah penculikan warga Jepun di masa lalu dan penyelesaian masalah nuklear Korea Utara. Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak tidak mencapai kesepakatan tentang masalah penculikan warga Jepun. Dalam rundingan 7 Oktober 1998, kedua-dua pemimpin telah menerima tentang kepentingan berkaitan pertukaran intelektual antara Jepun dan Korea yang dipimpin oleh individu dan kumpulan yang berkenaan seperti Japan-Republic of Korea Forum dan Japan Republic of Korea Joint Committee 29.
8.0       PENUTUP
Usaha penormalisasian antara Jepun dan negara-negara Asia Timur  adalah suatu yang amat diperlukan. Kebangkitan Asia Timur yang kini dianggap sebagai saingan kepada unipolar Amerika Syarikat perlu diharmonikan dengan bekerjasama erat di antara negara serantau. Namun begitu sekiranya tiada toleransi yang berteraskan visi kejayaan bersama akan merencatkan usaha kebangkitan dan pertumbuhan ekonomi dan kestabilan Asia Timur. Usaha perlu dilakukan dengan bersepadu dan meliputi hal penjernihan sikap di kalangan rakyat Korea dan China yang rata-ratanya agak skeptikal dan berdendam dengan Jepun. Usaha yang berterusan serta gigih terutama di kalangan Perdana Menteri Jepun saban tahun akan membawa kepada kejayaan usaha ini.
Bibliografi
1.        Kenneth B. Pyle, The Making Of Modern Japan , Toronto , 1978.
2.        Tokmoto Taduo And Onara Yasuo, The Alleged nanking Massacre, Tokyo , 2005.
3.        Alexis Dundem, Jepan's Colonization Of Korea , Honolulu , 2005.
4.        Herold J. Timperley, Japanese Terror In China , New York , 1938.
5.        Maruzen Asia, Japan 1980/81 Politics And Economy, Hongkong 1981.
6.        Arthur Judson Brown, The Mastery Of The Far East, London , 1919.
11.     L. Shirk with the assistance Of Kevin Kennedy THE CHALLENGE OF CHINA AND JAPAN – Politics and Development in East Asia edited by Susan, Praeger Publishers, 1985
13.     http://world. kbs.co.kr/ Indonesian/ news/news issue detail.htm?No= 6048


Posted at 11:03 pm by Pendita Bitara
Komen membina  

Qasad Yang sahih dan Ikhlas...

Qasad yang sahih dan Ikhlas dalam amalan kehidupan : suatu keperluan insani.

 

Firman Allah Taala :

"Di antara kamu ada orang yang sukakan dunia dan ada pula yang sukakan akhirat"

 Ali Imran : 152

 

Amat jarang sekali saya mengupas perihal ikhlas dan perihal persoalan hati dan batin dalam penulisan dan ceramah saya. Akan tetapi apabila meneliti nota kaki dalam kitab Faridah Faraid (Sheikh Ahmad Al Fatani) saya terdetik untuk memperbaharui qasad saya serta menulis sedikit berkenaan tajuk ini.

 

Manusia hanya ada  dua pilihan dalam erti pekerjaan di dunia ini samada memilih jalan akhirat ataupun memilih jalan duniawi. Seringkali juga terdengar suara-suara yang cuba mengocak kedamaian dengan menyelar sebarang perbuatan yang bukan amalan ibadah yang khusus sebagai suatu yang duniawi dan sia-sia (atau dituduh biddah). Adakah benar tomahan begini? Sebarang aktiviti insani yang bercirikan manusiawi [1] (yang tidak bercanggah dengan Al Quran dan Hadis)  yang disertakan niat dan tujuan akhirat semestinya akan beroleh pahala walaupun bukan di dalam runag lingkup formaliti ibadah khusus. Hal ini menafikan tomahan yang terlalu mudah dilemparkan kepada manusia-manusia yang kreatif membina amal dan perbuatan yang bermanfaat walaupun tiada dalam nusus Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW.

 

Firman Allah :

Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.

 

Surah Al Kahfi : 110

 

Bagaimana pula status apabila kita mneyertakan niat duniawi dalam perbuatan ibadah khusus sebagai contoh bersolat dnegan niat untuk dilihat orang atau untuk dipuji orang lain? Ayat diatas menegaskan secara umum bahawa haram kita menyertakan riya' atau niat duniawi atau pun niat selain daripada Allah sebagai matlamat ibadah kita.

 

Imam Izzuddin Abdus Salam menyatakan bahawa kita akan kehilangan keseluruhan ibadah itu sekiranya ibadah tersebut disertakan dengan niat yang lain daripada niat ibadah kerana Allah. Pendapat beliau adalah tegas dan amat menitik beratkan kualiti ibadah yang sebenarnya.

 

Imam Al Ghazali pula berpendapat, pahala akan dinilai berdasarkan kecenderungan niat samada niat kepada Allah lebih banyak atau sebaliknya. Sekiranya niat tersebuat sama banyaknya atau pun niat selain Allah melebihi yang sepatutnya, maka ibadah tersebut akan terhapus.

 

Imam Ibnu Hajar Al Haitami (seorang ashab Mazhab Syafie), berpendapat bahawa ibadah yang terdapat walaupun sekelumit sahaja niat kerana Allah aka diterima kerana berdasarkan ayat lain iaitu :

"Barang siapa yang mengerjakan kebaikan walaupun sebesar zarah, nescaya Dia (Allah) akan melihatnya" Al Zilzal : 7

 

Akan tetapi fatwa Imam Ibnu Hajar itu bukanlah sebagai suatu sebab untuk kita menidakkan kepentingan dalam keikhlasan beribadah. Ikhlas sudah menjadi suatu komoditi murahan pada hari ini. Mengadakan konsert amal ikhlas yang disertai oleh nyanyian tanpa syarak adalah tidak menepati piawai keikhlasan para ulama' silam. Ikhlas juga menjadi pembeza antara sifat insani dengan sifat kebendaan yang kini wujud secara meluas dalam minda dan kehidupan masyarakat. Sebagai contoh sudah tiada lagi bantuan yang boleh diberikan secara percuma. Jika adapun secara percuma pasti dengan tujuan untuk mempamerkan persatuannya, pertubuhannya atau syarikat tempat dirinya bekerja.

 

Hari ini juga kita melihat bagaimana manusia juga mula menyebarkan dakwah dan berbangga dengan 'cap' dan label jamaah atau pertubuhan dakwahnya. Perbincangan sesama sendiri adalah berkenaan jawatan dan nama dalam pertubuhan dakwah yang disertainya. Amat jauh sekali dengan falsafah dakwah tinggalan As Syahid Hassan Al Banna. Akan tetapi di dalam Al Quran dibenarkan kita membuat kebajikan dan mewar-warkannya demi menjadi ikutan ramai. Sebagai contoh ayat dibawah :

 

Jika kamu menampakkan sedekahmu maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada faqir-faqir, maka  mewnyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu, dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".

Al Baqarah : 271

 

Ayat ini  menunjukkan bahawa bersedekah atau beramal untuk diikuti ramai serta atas dasar untuk memperomosikan gerakan Islam yang menjalankan aktiviti tersebut adalah dibenarkan.  Maka kita yang melihat gerakan gerakan kebajikan dan gerakan dakwah perlu memberikan simpati dan menyumbang kepada perjuangan nilai mereka sedaya dan semampu kita.

 

Ikhlas adalah punca kecemerlangan amal. Ikhlas adalah punca keberhasilan sesuatu yang diidamkan. Sebagai contoh Ikhlas adalah amat perlu dijadikan punca dan kunci kepapa pembelajaran ilmu. Terlalu banyak kes-kes kegagalan menuntut ilmu terjadi apabila anak murid tidak ikhlas atau si guru tidak ikhlas mengajar. Terdapat juga kes-kes tertentu, guru tidak menerima anak muridnya yang terlalu ikhlas berbanding dirinya lantaran merasakan muridnya itu terlalu mulia dan unggul. Maka si murid diminta untuk mencari guru yang lain.  Hal ini juga berlaku disekeliling kita. Sukar membuat amal kebajikan dan menuntut ilmu agama mungkin berpunca daripada sikap keikhlasan kita. Sikap menyorok ilmu dan bongkak dengan keilmuan juga akan menghapuskan sedikit-demi sedikit keilmuan yang kita  pupuk selama ini.

 

Muhammad Nuruddin Bashah

Kerinchi KL

Salam Ramadhan Yang Mulia.

16 Oktober 2006

 

 

 



[1] Maksud tidak bercanggah adalah  apabila sesuatu perkara itu tidak ada larangan khusus dalam  Al Quran ataupun Hadis Nabi. Hal ijtihad ulama' untuk menggalakkan sesuatu perkara dalam suasana untuk mendisiplinkan masyarakat seperti amalan berlafaz niat sebelum solat, bernasyid untuk dakwah serta anjuran untuk bertahlil adalah suatu yang harus dan baik dilaksanakan demi maslahah tertentu. Pengertian bahawa amalan yang  bercanggah dengan Al Quran dan Hadis bukan sekadar bercanggah secara normatif serta lafziah tetapi juga perlu difahami percanggahan dengan nilai aspirasi kedua-dua sumber bverkenaan. Tiada dalam Al Quran tidak bermaksud tiada dalam Islam. Islam perlu difahamkan. Kefahaman (fiqh) disuluh pula melalui pengamatan ulama' yang muktabar. Al Quran, Hadis dan tafsiran ulama' muktabar yang membentuk fiqh (kefahaman)  kepada syariat Islam. Hal ini lebih luas dan adil.


Posted at 09:33 pm by Pendita Bitara
Komen membina  

Thursday, October 12, 2006
Program mega terkini !!!

       

 

JEMPUTAN

 

Muslimin/ Muslimat /Saudara / Saudari

 

Dengan segala hormatnya dijemput ke

 

FORUM PENDEKATAN SYARIAH DALAM KESIHATAN 2006

yang dianjurkan oleh Pusat Racun Negara, Sekretariat Kampus Sejahtera USM,  Pertubuhan Prihatin Kesihatan & Sosial Malaysia (PRIHATIN MALAYSIA) & Teras Pengupayaan Melayu (TERAS). bersempena sambutan bulan Ramadhan Al-Mubarak 1427 Hijrah

 

pada hari Khamis, 19 Oktober 2006, 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari bertempat di Dewan Persidangan Universiti, Universiti Sains Malaysia.

 

 


ATURCARA

 

8.30 Pagi         Pendaftaran Peserta

           

                        Forum Pendekatan Syariah Dalam Kesihatan

 

“Pendekatan Syariah Dalam Menangani Isu-isu Kesihatan Masyarakat”

Oleh: Dr. Jamnur Azhar b. Hj. Mulkan

           Pengamal Perubatan Klinik Jamnur Azhar

           (Bekas Pakar Bedah Hospital Alor Setar, Kedah)                   

 

“Penipuan Dan Manipulasi Industri Tembakau”

Oleh: Profesor Rahmat Awang

          Pengarah Pusat Racun Negara, USM

 

 “Polisi Kesihatan Negara Dalam Pandangan Syariah”

Oleh: Tn. Hj. Mohd. Azmi b. Abdul Hamid

           Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)

 

               Pengerusi Forum :  Sdra. Mohd Shahrizan Bin Sazali

 

 

11.40 pagi       Sesi Soal Jawab

12.30 tgh         Bersurai

 

Sila sahkan kehadiran selewat-lewatnya pada 16 Oktober 2006 dengan menghubungi Pn. Noor Zatul Zuriana di talian 04-6570099 atau Cik Fikriyah, 019-5773960.

 

 


Posted at 05:42 am by Pendita Bitara
Komen membina  

Next Page


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< October 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed