Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Monday, July 24, 2006
Isu Aqidah..isu kita bersama

Islam perlu bersatu untuk selamatkan Aqidah….

 

Pengalaman berada di Masjid Wilayah Persekutuan hari ni (23/6/2006) amat membara perasaan saya dan beberapa rakan untuk turut sama menyahut seruan untuk mempertahankan aqidah umat Islam Melayu. Sekiranya sekitar zaman penjajah berlakunya kes murtadnya Natrah dan perampasan Natrah oleh kaum keluarga asalnya dari Belanda daripada tangan suaminya iaitu Mansor Adabi. Ribuan manusia berarak ke mahkamah Singapura dan terlalu ramai yang cedera dan ada yang maut di jalan Allah ini. Terdapat 100 anggota keselamatan yang membuka baju seragam mereka kerana ingin turut mencabar undang-undang British yang menetapkan keislaman Natrah pada umur 14 tahun adalah di bawah had umur Common Law.

 

Kali ini kes Azlina Jailani atau nama Kristiannya Lina Joy mula menempelak minda umat Melayu yang leka. Kes ini terlalu berat sehingga mampu menimbulkan krisis perkauman sekiranya tidak dijaga dan dibendung daripada membarah. Pembendungan bukan dalam erti kata menyekat umat Islam bersuara, tetapi bertindak dengan menghalang suara-suara liar-durjana daripada  Pertubuhan 'Dana Becket untuk Kebebasan Agama' yang berpangkalan di Amerika dan pelbagai NGO luar negara yang telah memproksikan beberapa NGO dan menteri-menteri Malaysia non-muslim untuk bertindak biadab sehingga mampu membawa memorandum kepada PM kita berkenaan artikel 121(1A). Amat menyedihkan apabila berita-berita serta kelanjutan perbicaraan kes-kes sebegini tidak berada dalam media mainstream secara adil dan telus. Krisis kekontangan nilai tanggungjawab terhadap aqidah dan keutuhan sistem Islam adalah berpunca daripada krisis kekurangan maklumat. Kekurangan maklumat adalah disebabkan ada yang menyekat.

 

Kronologi ringkas Kes Lina Joy.

 

          Azlina Jailani(42), berketurunan Jawa telah menafikan didikan agama ibu bapanya sejak kecil. Beliau juga mengatakan bahawa beliau tidak pernah mempraktikkan nilai Islam sejak kecil. Beliau bertukar agama kepada Kristian pada tahun 1990 dan telah mempunyai sijil Baptis pada 11 Mei 1998. Pada 2000, beliau telah berkahwin dengan India Kristian dan memohon pada Jabatan Pendaftaran Negara untuk menukar nama sejak tahun 1999 lagi. Permohonan menukar nama diterima, walaubagaimanapun dikekalkan pada kad pengenalan beliau iaitu perkataan Agama Islam. Beliau amat tidak berpuas hati dan meminta Mahkamah Syariah mengesahkan kemurtadannya demi mengesahkan penukaran perkataan agama pada kadnya. Mahkamah Syariah amat bertegas serta membuat keputusan bahawa tiada Melayu yang dibenarkan untuk menukar agama mereka (berdasarkan undang-undang) berdasarkan kuasa artikel 121(1A) yang sedia ada.

 

          Permohonan di buat di Mahkamah Tinggi pada tahun 2000 seterusnya di Mahkamah Rayuan. Keduanya menyatakan bidang kuasa adalah pada Mahkamah Syariah berasaskan Artikel 121(1A). Akhirnya kes ini didengarkan di Mahkamah Persekutuan. Kes didengar oleh Ketua Hakim Tun Fairuz, Dato' Alaudin dan Dato' Richard dan mereka cenderung dengan jawapan yang diputuskan oleh ketiga-tiga mahkamah sebelum itu.

 

Cabaran….mencabar dan tercabar…

 

          Pertama kali dalam sejarah negara ini, peguam-peguam pemerhati telah dibenarkan untuk berhujah. Dengan diketuai oleh Peguam Malik Imtiyaz Sarwar yang sememangnya menyokong Lina Joy, mereka telah bersama-sama untuk memutar belit perhujahan kepada Artikel 11. Mereka membawa mahkamah kepada takrifan Artikel 11 agar lebih liberal dan menguasai serta mendominasi Artikel 121(1A) serta Artikel 160 yang mentakrifan masyarakat melayu sebagai beragama Islam, berbudaya melayu dan berasal dari keluarga melayu. Artikel 11 jika dikupas secara bebas akan lebih menjuruskan kepada hak asasi. Ya, hak asasi adalah tuhan baru bagi pengikut aliran liberalisme di barat. Liberalisme yang mula memasuki lubuk praktikal para profesional Islam, NGO serta pertubuhan dengan servis sosial mula menampakkan usaha kearah mengintegrasikan antara agama secara homogeneous total sehingga melacur prinsip dan kekukuhan nilai aqidah Islam yang merupakan sesuatu yang pernah dipertahankan oleh Imam Ahmad Hanbal sehingga patah tulang belakangnya di era Abbasiyyah dahulu. Secara semena nilai aqidah ini mula dilacurkan oleh peguam-peguam Islam sendiri.  Malik Imtiyaz Sarwar mewakili Majlis Peguam (bar Council) walaupun sebenarnya bekas-bekas presidennya sendiri tidak merestuinya (seperti Peguam Zainur Zakaria). Bahkan ahli-ahli Majlis Peguam juga tidak bereaksi positif dengan tindakannya. Mereka cuba mencabar MAIS, Kerajaan Malaysia serta Jabatan Pendaftaran Malaysia dalam usaha untuk mentarifkan Artikel 11 agar hak kebebasan individu selepas berusia 18 tahun menjadi suatu indikator mutlak kepada kesemua kes yang akan datang. Hal ini pastinya akan menggagalkan peranan Artikel 160 serta 121(1A) sekiranya dibawa ke mahkamah sivil.

 

Bahaya Liberalisme….

 

          Isu kebebasan mutlak ini akan menafikan peranan ibu bapa dalam mengawal corak moral dan nilai etika anak-anak mereka. Nilai kerangka murni Melayu yang sejak 500 tahun dahulu dipertahankan oleh nenek moyang kita sehingga 'principle exclusiveness' Melayu-Islam ini menjadi begitu signifikan dan erat sekali. Kini usaha liberal untuk memburai segala ini sekelip mata. Usaha pensekularan akan berlaku dengan lebih pesat lagi kerana takrifan bebas Artikel 11 akan menghasilkan Islam sebagai agama yang hanya pada nama tetapi tidak berfungsi untuk mengawal akhlak penganutnya, memandu kehidupan penganutnya serta tiada amalan ritual yang bermanfaat. Usaha penghapusan pondok-pondok yang bermula dengan penghapusan bantuan kepada mereka, labelan pembangkang kepada mahasiswa pengajian Islam (UM, UIA dan lain-lain) serta memandang pendokong Islam sebagai suatu polar negatif. Usaha pelacuran nilai Islam yang telah berlangsung antara sedar atau tidak, bermula di kampung sehinggalah ke bandar, bermula di sekolah sehingga ke medan kampus, Islam dinobatkan sebagai sesuatu yang membencikan, orthodoks dan ada usaha pemisahan norma berlaku. Malangnya Melayu.

 

Kesan Kes ini kepada Islam.

 

  • Artikel 3 yang memperuntukkan kedudukan istimewa Islam sebagai agama persekutuan akan semakin terhakis kerana Islam akan dianut dan diamalkan seperti agama lain. Mengikut perlembagaan Islam adalah terletak di tempat yang tertinggi sebagai contoh di dalam peruntukan Perkara 12(2) kuasa mengurus dan menghulur bantuan oleh kerajaan (persekutuan dan Negeri) kepada institusi Islam seperti masjid, Sekolah Agama Rakyat, Madrasah dan sebagainya. Status ini akan terhapus sekiranya kes Lina Joy berjaya untuk menjadi rujukan kepada kes-kes yang akan datang. Semestinya NGO di sebalik Lina Joy tidak akan berdiam diri. Kemenangan di dalam mahkamah bukan sekadar untuk menukar agama dan perkataan Islam pada kad pengenalan, sebaliknya merealisasikan akta dan Artikel 11 yang diperjuangkan serta menafikan hak Perkara 12(2), Artikel 160 serta 121(1A) yang terakhir sekali. Menafikan hak artikel ini dalam mahkamah, perlu juga direalisasikan di peringkat pelaksanaan eksekutif. Inilah matlamat mereka.
  • Bidang kuasa Mahkamah Syariah sebagaimana peruntukan Perkara 121(1A) juga akan terhakis kerana membenarkan orang Islam menggugurkan agama Islam dalam kad pengenalan melalui Mahkamah Sivil akan menyebabkan lebih ramai yang akan membelakangkan Mahkamah Syariah. Fungsi ini akan mati begitu sahaja.
  • Perkara 11(4) menyatakan, kerajaan Negeri boleh berusaha menyekat dakyah agama lain kepada orang Islam. Jika kes ini menang, artikel ini sudah tidak bermakna dan kesemua agama akan berhak menyebarkan agama mereka tanpa sekatan kerana Artikel 11 mendominasi.
  • Artikel 160 menyatakan Melayu adalah sesiapa yang berasal daripada keluarga Melayu, beragama Islam, serta mengamalkan cara hidup Islam. Lina Joy cuba menafikan pengamalan Islamnya sejak kecil semata-mata untuk menggagalkan takrifan Artikel 160. Cukup teliti perancangan mereka.

 

Ubah mentaliti.

 

          Kepada golongan yang asyik berwacana membidaahkan golongan lain, mencari kesalahan silam, mengungkit-ungkit perkara furu' yang sebenarnya ada cara penyelesaian jika kita bijak aspirasi sebenar Nabi SAW, silalah sedar bahawa kita adalah antara titik yang menjustifikasikan kepada keberhasilan serangan terhadap aqidah Melayu ini. Kelekaan kita menghentam perkara yang boleh diketepikan disaat umat tenat (kes menghentam Iran dalam usaha menghapuskan Amerika Syarikat hanya disebabkan mereka Syiah, kes menghentam Ibnu Ishaq serta banyak lagi perkara yang sebenarnya bukan polemik, tetapi dipopular semula oleh golongan 'bijak' ini) adalah suatu yang amat menjelekkan. Kepada golongan yang pasif terhadap isu umat Islam akibat leka dengan tersingkirnya Amirul daripada AF4, leka dengan saman yang dikenakan kepada Dato' K lebih daripada kes Lina Joy, leka dengan Gaun Cinderella Siti, maka kita adalah agen pemula dan pembina sejarah keterhakisan Melayu sebagai penganut Islam setia sejak era mubaligh Islam era Malikul Salleh.

          Sekararang bukan masanya untuk membincangkan pemugaran sistem kehakiman atau sistem yang sedia ada. Sekarang adalah masa untuk menyedarkan belia-beliawanis berkenaan perancangan sempurna golongan liberalis untuk memurtadkan Melayu di Malaysia. Sekarang adalah masa bagi peguam-peguam Islam menggunakan aspirasi Islam dalam mentakrif Artikel dan Akta-Akta yang sememangnya sedia ada dalam bidang kehakiman negara ini. Undang-undang yang sedia ada perlu diaplikasi menurut aspirasi Islam termasuk mempertahankan peruntukan Artikel 121(1A) disamping mengukuhkan ruang lingkupnya.

 

Apakah yang boleh kita lakukan wahai penganut Islam semua.

 

  • Untuk tindakan awal, silalah menghantar email kosong kepada forkad-subscribe@yahoogroups.com. Anda akan mendapat maklumat tindakan umat Islam seMalaysia untuk kes-kes aqidah sebegini. Bertindak segera.
  • Buka web www.defendersofislam.net anda akan mendapat maklumat berkala kes ini serta perkembangannya.
  • Buka web www.myislamnetwork.net, www.abim.org.my serta www.defendersofislam.net untuk memuat turun risalah atau pamplet berkenaan isu murtad ini. Gandakan sebanyak mungkin dan edarkan di tempat strategik dan bukan sekadar di masjid-masjid kerana golongan yang cenderung kepada kemurtadan bukan berada di masjid !!!
  • Solat hajat. Anjurkan solat hajat perdana jika kita menguasai NGO, persatuan mahasiswa, kesatuan sekerja atau apa sahaja platform. Sedarkan juga masyarakat melalui kaedah 'mummy jarum'. Ringankan mulut anda bercakap di kedai-kedai makan. Usaha mudah begini hanya Allah yang pandang.

 

"….Sesungguhnya solatku, Amal Ibadahku, Hidup dan Matiku, hanyalah untuk Allah sahaja, Tuhan sekalian alam…."

 

 

Sebarkan maklumat ini.

Muhammad Nuruddin Bashah

Universiti Malaya

2006.

 

 


Posted at 01:29 am by Pendita Bitara
Comments (4)  

Saturday, July 22, 2006
Jihad terbuka..jaminan sosial...

Jihad Terbuka…dengan jaminan sosial…

Dibawah adalah soalan  atau pandangan seorang individu dalam blog Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Soalan:

Selagi kita tidak punya semangat jihad dalam erti kata yang sebenarnya, kita tidak akan ke mana-mana. Engagement dengan para pemuka yahudi seperti Wolfowitz dan beberapa orang lagi yang cuba dilakukan oleh DSAI akan menemui jalan buntu. Al-Quran dan Al-Hadis jelas menyatakan bahawa golongan ini adalah musuh yang tidak ada gunanya kita berbuat baik dengan mereka sama sekali. Tidak yakinkah kita dengan ayat Allah dan hadis Rasulullah. Marilah kita isytihar perang terhadap mereka.

sdr monaz

Dari sudut keutamaan (fiqh alawwiyyat) yang diutarakan oleh Sheikh Yusuf al-Qardawi, tugas utama kita adalah untuk memantap aqidah ummah, memperkukuh kekuatan sosio-ekonomi. Tetapi sepertimana yang kami sering bicara, usaha mencari penyelesaian mesti diteruskan dengan semua pihak tanpa bersekongkol dengan rasuah, kezaliman dan maksiat. Cadangan saya kepada Paul Wolfowitz dan Bank Dunia adalah untuk meningkatkan program ekonomi dan sosial membantu umat dan negara membangun melepaskan diri dari belenggu kemiskinan.

     Dalam persoalan keutamaan ini saya bersetuju dengan jawapan Anwar Ibrahim walaupun ada yang beranggapan beliau berhujah atas dasar sosialisme dan bukan di atas pentas hujah seorang muslim. Keadaan dan persekitaran Anwar Ibrahim kini menyebabkan beliau mempunyai suatu persepsi dan tindakan yang cuba melengkapi kearah tindakan yang lebih menyeluruh.

Beliau tidak menafikan jihad dan kepentingannya. Beliau bertindak dan berpendapat atas dasar keutamaan yang ada pada diri beliau. Walaupun jelas termaktubnya ayat berkenaan jihad, adakah umat Islam kini bersedia seluruhnya bekorban seperti penduduk Palestin, Iraq  dan Afghan dalam menggadai keseluruhan sistem negara semata-mata bertmpur secara bersemuka dengan Yahudi dan Amerika? Adakah Malaysia bersedia? Adakah semua umat Melayu bersedia? Bagaimana pula dengan golongan yang baru mengenali Islam atau masih perlukan bimbingan Islam tetapi dalam keadaan yang belum maju dan terbina kestabilan politik di negaranya?

          Disini saya berpendapat, jihad adalah wajib dan perlu dilakukan secara bersepadu. Dalam masa yang sama negotiator diperlukan untuk berurusan dalam hal umat Islam yang masih terpinggir, jauh dari konflik dunia, tetapi inginkan pembelaan sosial. Mereka ini mesti diteruskan pengurusan mereka oleh 'orang-orang' yang celik seperti Anwar Ibrahim. Ironinya, kita sendiri masih terbelenggu dengan orbit kapitalis, masih menagih 'sedekah' dari institusi ekonomi Yahudi.

Usaha membantu HAMAS, HIZBULLAH dan Mujahidin Iraq adalah perlu dilakukan samaada dalam bentuk material, psikologi atau sokongan terbuka. Bagi tindakan kita yang paling lemah pada saya ialah berani mengatakan, menegaskan bahawa pejuang berkenaan bukannya pengganas atau pejuang etnik!! Jika usaha menyebarkan fahaman begini pun kita gagal di dalam komuniti Malaysia, bagaimana mungkin bercakap soal jihad terbuka. Ini pendapat peribadi saya.

Apabila Rasululah keluar berjihad, baginda mengarahkan Abdullah Bin Makhtum untuk menjadi imam serta menjaga kaum yang lemah di madinah. Baginda juga meninggalkan pemuda-pemuda tertentu untuk mengawal madinah, menjadi guru agama di Madinah walaupun keutamaan masih pada jihad di medan perang. Bukankah sempurna pengurusan sebegini?. Usaha diplomasi akan terus berlaku. Tetapi bukan diplomasi menggadaikan prinsip dan maruah Islam.

          Sekiranya umat Islam SELURUH DUNIA telah bersedia disekat ekonominya secara serentak, dinafikan hak makanan, pakaian, elektrik dan perkara asasi kemanusiaan yang lainnya secara serentak, di waktu itu pada saya, JIHAD bersemuka akan berlaku secara menyeluruh. Disitulah bermulanya malhamah al kubra yang dahsyat……

 MUHAMMAD NURUDDIN BASHAH

Universiti Malaya

 


Posted at 12:48 pm by Pendita Bitara
Komen membina  

Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...

USUL dan FURU', dikotomi yang mungkin dikelirukan….

 

Usul dan Furu'. Teori dan praktikal. Ideal dan realiti. Terdapat 3 dikotomi yang kelihatannya sama. Seringkan cuba dikaitkan dan selalu juga gagal diintepretasikan secara adil. Tiga dikotomi ini ada kalanya dihubungjalinkan secara tidak tepat. Saya cuba berfikir dan cuba memberi sedikit idea dalam hal ini.

 

        Perkara usul adalah perkara yang menjadi sumber utama, perkara pokok atau yang paling utama untuk kita merujuk sesuatu perkara. Perkara usul selalu menjadi penyatu kepada kepelbagaian sikap dan fikrah serta menjadikan sesuatu perkara itu boleh dijustifikasikan. Mengapa adanya keilmuan usul fiqh yang dipopularkan oleh Al Imam As Syafi'ie? Semestinya bertujuan untuk menyelesaikan permasalahan fiqh yang semakin bertambah perbendaharaannya sehingga menyebabkan masyarakat menjadi ' manja' untuk terus bergantung kepada fatwa dan pendapat ulama' mujtahid semata-mata walaupun dalam hal yang remeh-temeh. Namun begitu, keilmuan ini bukan disusun untuk menghasilkan masyarakat yang taa'suf dengan fatwa dan hukum.

 

        Kita melihat juga perkara usul telah membawa manusia kepada kesatuan apabila Al Imam As SYahid Hassan AL Banna telah memformulasikan USUL 20 dalam menerapkan kefahaman integrasi-internasionalisme di kalangan pendokong gerakan Islam. Perkara usul banyak menyelamatkan pergeseran manusia walaupun ada juga kini yang cuba bermain dengan api picisan, menerbitkan khilafiyyah secara melampau, menuduh sesama muslim dalam hal yang boleh dilihat titik persepakatannya, menyiarkan suara-suara tahqig, jarah dan ta'dil di merata-rata tempat sehingga sesuatu perkara yang mungkin jelas salah cuba diubahnya menjadi pegangan erat pula oleh masyarakat (Kes Serangan terhadap Ibnu Ishak). Menilai sesuatu dengan menidakkan titik usul yang disepakati menyebabkan kita selesa mencari kesalahan Syiah berbanding berusaha memupuk kolaborasi dalam usaha menempuh musuh yang sama iaitu Israel dan Amerika Syarikat.(Isu Iran VS Amerika)

 

        Dalam hal diatas, perkara furu' (isu syiah) diabaikan walaupun furu' mungkin sesuatu perkara yang usul pada agama (isu aqidah). Tetapi usul pada agama tidak akan menafikan prioriti (Awlawiyyah) dalam kita menyusun strategi gerak kerja Islam berteraskan usul pada perkara semasa (isu Amerika adalah isu usul dalam kebejatan dunia hari ini). Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi menyatakan betapa perlunya kita mempunyai pengetahuan agama yang luas untuk menilai sesuatu isu usul atau furu'. Keilmuan seni kemasyarakatan' art of changing', tahap-tahap yang ada dalam seni sosiologi dan sebagainya perlu diketahui untuk memandu kita melihat isu secara jelas dan tidak memecah belahkan masyarakat.

Suka untuk saya memetik kata-kata Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi,

….'Selain itu mereka juga perlu mengetahui titik-titik kelemahan dan kekuarangan yang ada dalam diri mereka dan juga kelemahan yang ada di pihak lawan (musuh Islam). Siapakah musuh dan lawan sebenar? Siapakah musuh tradisi yang terus melancarkan serangan? Dan siapakah musuh yang hanya tampil ke depan sekali sekala sahaja? Manakah pihak yang yang mungkin untuk didekati dan diajak untuk bekerja sama dan sebaliknya?......"

 

Huraian ini cukup untuk kita menilai prioriti menghentam Iran atau bersatu bersama HAMAS, Iran serta Syiria dalam usaha menentang Amerika Syarikat.

 

        Adakah usul itu teori, manakala furu' itu praktikal? Kekeliruan perkataan ini juga sesuatu yang merumitkan kita memahami situasi. Di dalam usul ada teori. Di dalam usul juga ada praktikal. Walaupun pada umumnya kita memahami bahawa teori itu adalah sesuatu usul dan praktikal itu furu'. Teori perlu difahami sebelum menghasilkan tindakan. Teori menyebabkan seseorang pendakwah cuba mencari sebanyak mungkin pengetahuan berkenaan persekitaran dakwahnya sebelum menyusun strategi (furu') yang mungkin bersifat mutaghaiyirah (akomondatif/fleksible). Tetapi pada tindakan realiti, sebenarnya dalam teori ada yang mengandungi perkara usul dan ada yang mengandungi perkara fiuru', manakala di dalam praktikal juga mengandungi tindakan yang usul atau furu'. Adakah sesuatu yang usul itu selalunya diutamakan? Semestinya tidak. Dalam hal menilai maslahah yang lebih utama, peninggalkan usul mungkin perlu. Disinilah kita akan melihat teori dan praktikal berubah seiring dengan perubahan penilaian usul dan furu' tadi.

 

        Teori kadangkala dilabelkan sebagai sesuatu yang idealistik, manakala praktikal pula dilabelkan sebagai sesuatu yang realistik. Tahukan anda bahawa kadangkala ada juga teori-teori yang juga bersifat realistik serta ada juga tindakan(praktikal) yang kelihatannya idealistik sehingga menimbulkan masalah dalam dakwah, dalam urusan harian kerana si pembuat itu inginkan idealismenya dijelmakan 100% tanpa perlu diserapkan dengan penilaian realistik. Pendakwah muda universiti kini, diasuh dengan sikap dan minda yang idealistik. Mereka juga gemar berteori daripada berpraktikal. Mereka yang kelihatan 'ready made' ini akhirnya gagal menembusi benteng-benteng norma masyarakat, uruf dan sentimen yang akhirnya menghasilkan ketidakterlibatan semata-mata. Mereka menguzlahkan jiwa dan raga daripada muamalah harian dengan masyarakat kerana mereka diasuh dengan minda yang terasing daripada minda sebenar masyarakat Malaysia. OPKIM, Khidmat Masyarakat disertai semata-mata untuk meraih sokongan Universiti dan bukannya meraih perhatian masyarakat terhadap mahasiswa. Mereka lazimnya menyorok di rumah masing-masing apabila pulang ke kampung. Natijahnya, dakwah tidak berkembang. Ramainya pendakwah muda tidak juga menghasilkan apa-apa perubahan. Alangkah malangnya keadaaan ini.

        Paling sedih apabila kita langsung tidak mengutamakan dalil aysar (ringan) dalam mengelurakan pendapat sebaliknya cuba 'melatih' masyarakat dengan dalil yang ahwat (berhati-hati) yang sememangnya keras. Dielektik ke 'belakang' boleh terjadi; manusia semakin jauh dari kita.

 

        Syadid itu usul, ringan itu furu'. Adakah benar kefahaman begini. Syadid mungkin baik untuk menghasilkan individu yang baik, tetapi belum tentu berjaya menjadi pengubah sosial yang baik. Adakah golongan sebegini faham bahawa masyarakat 'jauh' dari mereka walaupun mungkin sebilik di asrama, serumah, sekampung atau setempat kerja dengan mereka. Perenungan begini amat penting. Intelek menerobosi dunia kekabutan tanggapan. Selamat berfikir.

 

Muhammad Nuruddin Bashah

Jabatan Mekanikal(bahan)

Universiti Malaya

22/6/2006


Posted at 12:05 pm by Pendita Bitara
Comments (4)  

Thursday, July 06, 2006
Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.

Peranan Tafsir Al Maudu'I Dalam Aplikasi Dakwah Yang Berkesan Serta Sumbangan Terhadap Kebangkitan Islam Kontemporari.

 

 

Pendahuluan.

 

            Golongan pendakwah yang terdiri daripada kalangan tenokrat dan golongan intelektual diluar pengajian Islam selalunya tidak memandang peripentingnya mereka memahami peranan tafsir dalam materi dakwah mereka. Pengajian tafsir dianggap asing dan terasing daripada keperluan mereka membawa halatuju dakwah dan selalu pula penerangan dakwah digunakan kaedah khulasoh kepada intipati ayat Quran untuk mengelakkan rasa bersalah mereka dalam penggunaan ilmu ini. Pemikiran ini sebenarnya salah dan bercanggah dengan usul dakwah yang sebenarnya. Tafsir dan pemahaman Hadis adalah tunjang kepada segala permulaan dakwah. Adapun method dan marhalah dakwah adalah suatu sikap penekunan pendakwah kepada orientasi madu' mereka sendiri dan semestinya intipati tafsir dan pemahaman Al Quran dan Hadis perlu disajikan dalam bentuk yang pelbagai dan kreatif.

            Kita melihat bagaimana ulama' silam mengadakan dakwah yang berkesan hanya menggunakan kuliah-kuliah tafsir mereka. Mengapakah hal ini berlaku secara efektif? Perlu diketahui, pada zaman kegemilangan perkembangan ilmu Al Quran, terlalu ramai manusia yang ingin memnguasai penemuan terkini dalam penafsiran Al Quran sehingga penafsiran bir Rayi' juga mendapat tempat yang agak tinggi kerana berlainan daripada penafsiran ala tradisi yang lebih terkawal dan kurang menepati citarasa pembangunan mereka pada zaman tersebut. Hal ini berbeza kini apabila tafsir sudah dianggap enteng dan remeh. Tafsir Al Quran moden tidak disebarkan kepada masyarakat secara bersepadu dan tersusun apatah lagi kaedah penyampaian masih terkumpul di surau, masjid dan madrasah semata-mata.

Tafisr seperti Tafsir Al Munir yang bercirikan Maudu'I, tafsir-tafsir seperti Tafsir Ustaz Ahmad Sohanji yang bercirikan santai, serta yang paling menarik pada pandangan penulis adalah Tafsir yang dikarang oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang penuh dnegan unsur personafikasi, metafora, analogi menarik dan dialog-dialog perumpamaan yang memahamkan khalayak. Agak menyedihkan kesemua khazanah moden ini tidak keluar daripada kepompong sebaran konvensionalnya. Khayalak yang menerima kesan tafsiran sebegini masih khayalak yang sama dan tidak melibatkan segmen yang lain. Hal inilah yang perlu dijadikan topik perbincangan dikalangan pendakwah berkenaan peri pentingnya, penyebaran tafsir Al Quran dilakukan dalam method yang terkini dan keluar daripada tradisi klasik.

 

 

 

 

Dakwah melalui medium kontemporari serta medium elektronik.

           

Masyarakat hari hampir menepati ciri masyarakat elektronik. Hampir kesemua aktiviti melibatkan talian internet, teknologi maklumat serta perhubungan seranta yang cepat. Walaupun tradisi masyarakat Malaysia masih klasik, namun penguasan IT dalam masyarakat menyebabkan mereka lebih gemar mencari maklumat dihujung jari melebihi kaedah lama yang diberkati iaitu meneliti buku, makalah dan kitab lama-lama yang berkat. Mereka ini inginkan maklumat yang segera, tepat dan mudah. Dalam hal ini, persaingan maklumat yang benar dan salah akan berlaku. Peranan pendakwah yang bergelar mahasiswa Islam ialah menguasai niche atau ruang vakum ini. Vakum bagi pengisian yang benar bagi medium elektronik dan IT ini akan sentiasa ada kerana maklumat melalui mediaum ini terlalu mudah dan tidak terhad. Lantaran itu, adalah menjadi satu kesalahan besar bagi kita yang mengabaikan method ini serta meremehkan tugasan mulia ini. Sajian tafsiran Al Quran secara maudu'I ini boleh diselitkan secara;

·         Tulisan ilmiah atau separa ilmiah.

·         Sketsa, cerita kenangan peribadi, dialog dan sebagainya.

·         Berita semasa yang dikaitkan dengan ayat Al Quran.

·         Puisi atau lirik lagu.

 

Kreativiti memasukkan unsur ayat Al Quran memungkinkan masyarakat yang inginkan sajian segera ini akan mendapat bahan yang sewajarnya. Perang cyber perlu dimulakan oleh sesiapa sahaja yang membaca tulisan ini demi bersaing dengan pengisian negetif yang sedia ada. Pendakwah adalah individu yang progresif dan proaktif dalam mencari jalan kerjanya.

 

Pengertian tafsir maudu'i

            Pengertian ini berbentuk hasil daripada jalin dua perkataan iaitu al tafsir dan al maudu'i. Tanpa jalinan ini, al maudu'I tidak akan membawa apa-apa pengertian. Al maudu'I bermaksud topik atau tajuk tertentu. Tafsir secara bertopik adalah suatu bentuk khulasoh (kesimpulan ayat Al Quran). Walaupun dari segi asal maksud tafsir sendiri seperti yang dijelaskan oleh Ibnu A'syur bermaksud " suatu disiplin ilmu yang berfungsi menjelaskan perkataan-perkataan Al Quran sama ada secara umum mahu pun terperinci", hakikatnya tafsir yang cuba dikupas ini adalah berbentuk topik dan kadangkala tidak terlalu meneliti aspek setiap perkataan.

            Kaedah tafsir bil ma'thur adalah kaedah tafsir yang sebenarnya menjadi amalan para sahabat dan tabiin yang ulung. Para sahabat dan tabiin adalah golongan yang paling dekat dengan Rasulullah SAW dan amat menitik beratkan sebarang pengertian ayat Al Quran agar menepati saranan dan sunnah nabi itu sendiri. Tafsir normatif ini sebenarnya adalah pasak kepada umat Islam dan sebenarnya ayat Al Quran sewajarnya dikupas melalui tafsiran sebenar atau melalui kajian asbab al nuzul. Namun terdapat juga beberapa ayat Al Quran yang perlu dilihat hikmah dan signifikannya kepada sekeliling secara umum dan bukannya sekadar dengan sebab turunnya ayat tersebut. Secara umumnya ayat Al Quran telah memiliki pelbagai aspek  dakwah yang unik dimana setiap susunan ayat, susunan kalimah, unsur retoriknya, diksi perkataan dan sebagainya mempunyai kuasa menarik minat manusia kontemporari.

            Namun begitu, tidak juga boleh kita bersetuju dengan sikap sesetengah manusia hari ini yang cuba menafsir ayat Al Quran secara jauh daripada kupasan hadis (sekiranya ayat itu telah ada kupasan daripada para sahabat sendiri). Kita boleh bersetuju jika kupasan topik kontemporari cuba mengaitkan ayat Al Quran dengan teori sains sekiranya jelas tidak bercanggah dengan tafsiran ma'thur yang lebaih sahih. Maka tafsir maudu'I sebenarnya menepati ciri ini dimana penelitian ilmuan daripada pelbagai bidang keilmuan terhadap Al Quran mungkin akan menjumpai keserasiannya, walaupun kita masih perlu berserah kepada Allah akan maknanya yang sebenarnya. Tafsir seumpama ini juga boleh dikaitkan dengan kaedah bil Ar Ra'yi yang terkenal dikalangan ulama' muktazilah, ulama' hanafiyyah serta tokoh-tokoh falsafah Islam terkenal.

 

Bentuk-bentuk tafsir maudu'i

Bentuk pertama : Penafsiran berasaskan perkataan-perkataan yang mempunyai persamaan.

            Proses bentuk pertama berlaku apabila pengarang tafsir menekuni ayat-ayat Al Quran lalu menghimpunkan perkataan-perkataan yang mempunyai persamaan dari segi bentuk atau perkataan-perkataan yang menjadi terbitan daripada ayat-ayat yang sama di dalam satu tajuk. Himpunan perkataan-perkataan ini dikaji satu persatu dari berlbagai sudut. Mereka kemudiannya membuat tafsiran yang menyeluruh terhadapnya. Proses ini diakhiri dengan beberapa kesimpulan kesan daripada penggunaan Al Quran terhadap perkataan-perkataan itu tadi. Ini kerana penggunaan perkataan yang berulang di dalam Al Quran membawa interpretasi yang tersendiri dari perspektif Al Quran.

            Antara perkataan berulang yang boleh dilihat maknanya secara berkelompok adalah seperti,

  • Al Ummah
  • Al Sadaqah
  • Al Jihad
  • Al Kitab
  • Al Khair

 

Bentuk Kedua : Penafsiran berasaskan tajuk-tajuk yang ditetapkan oleh pengarang tafsir.

            Proses ini dilakukan apabila pengarang tafsir menetapkan sesuatu tajuk tertentu dan dihimpunakan pelbagai ayat Al Quran yang menjelaskan tajuk berkenaan. Di sini adalah memerlukan kemahiran pengarang untuk menguasai pelbagai bidang ilmu selain menguasai Al Quran dengan baik. Ia berlaku dengan 2 kaedah. Pertamanya pengarang mencari suatu tajuk dan dikumpulkan pelbagai ayat Al Quran untuk dijadikan tafsiran kepada tajuk itu. Kaedah kedua ialah pengarang tafsir akan menjelujuri ayat-ayat Al Quran dan pengarang akan cuba mengesan satu tajuk yang boleh mengaitkan beberapa ayat Al Quran. Sebenarnya kaedah Al Maudu'I ini lebih menumpukan kepada tajuk dan bukannya berbentuk huraian tafsiran ayat Al Quran secara harfiyyah serta asbab al nuzul yang lebih ketat dan berhati-hati.

Contoh tafsiran klasik dengan kaedah kedua ini ialah:

·         I'jaz Al Quran

·         Al Amthal fil Quran

·         Majaz Al Quran

Contoh tafsiran kontemporari dengan kaedah kedua ini:

  • Tafsir tentang uslub dakwah
  • Tafsir tentang sains dan Al Quran
  • Teori diplomasi di dalam Al Quran.

 

Sebenarnya kaedah kedua inilah yang banyak digunakan oleh tokoh-tokoh gerakan Islam sedunia dalam menyusun manhaj tarbiah mereka dimana marhalah, sistem usrah, sistem latihan dan sebagainya diijtihad berdasarkan tafsiran melalui kaedah ini. Perlu diingatkan disebabkan kaedah ini bukannya ma'thur melalui tafsiran para sahabat, maka sistem tarbiah, dakwah dan sebagainya bukanlah bersifat qat'ie sehingga menafikan ijtihad gerakan Islam yang berlainan aliran. Inilah pentingnya tafsiran al maudu'I ini.

 

Bentuk Ketiga: Penafsiran berasaskan objektif surah.

            Bentuk ini mudah boleh didapati melalui kitab tafsir seperti Tafsir Al Munir  (Dr. Wahbah Az Zuhaili), Tafsir Pimpinan Ar Rahman dan lain-lain. Objektif dan tujuan sesuatu surah itu dilihat dan dinyatakan setiap kali peralihan satu surah ke satu surah yang lain. Hubungkait antara surah juga dilihat untuk melihat hikmah penyusunan Al Quran yang disusun oleh Jibrail AS bersama Rasulullah SAW dahulu. Pengkelasan surah melalui manhaj Aqidah dan Manhaj Syariah dilihat melalui ayat-ayat makiyyah dan madaniyyah. Kaedah ketiga ini diperkenalkan secara jelas oleh Syed Qutb dalam Tafsir Fi Zilal lil Quran dalam surah Al Anfal.

 

Penutup.

 

            Diantara syarat untuk bergelar pendakwah dan penggerak Islam ialah mengusai semampu mungkin keilmuan berkisar tentang Al Quran serta bahasa Arab selaku kuncinya. Menggunakan tafsir dalam setiap kali pengisian, sebagai sokongan aktiviti dan program akan menarik minat segelintir manusia yang jarang mengetahui rahsia ayat Al Quran yang mungkin tidak merasai nikmat kesyumulan Al Quran. Hal ini jelas kerana tafsiran cara lama yang menekankan unsur normatif dan tafsiran daripada hadis, athar sahabat dan tafsiran tabiin semata-mata tidak akan menarik minat masyarakat akhir zaman yang inginkan suatu sokongan dalam aktiviti harian mereka. Sokongan yang diberikan melalui kupasan ayat Al Quran melalui tajuk kontemporari seperti hak asasi manusia, jaminan hak wanita dalam Islam, tajuk-tajuk tentang perubatan serta lainnya akan menyebabkan mereka memandang Al Quran sebagai agenda ilahi yang relevan, segar serta futuristik. Disinilah peranan pendakwah Islam memartabatkan Al Quran melalui kebijaksanaan mereka sendiri. Walaupun sokongan diberikan melalui kemunculan tafsiran sebegini, namun Al Quran tetap bertindak sebagai agen pengawal yang berkesan dan berwibawa. Tafsiran ini bukan sekadar ingin memberi kepuasan kepada masyarakat bahawa dalam Islam ada kaitan dengan dunia mereka, tetapi mereka perlu tahu, Al Quran adalah petunjuk dan bukan sekadar bahan sokongan semata-mata. Kebangkitan era reformisme Islam asia tengah adalah disebabkan tafsir-tafsir yang mempunyai nilai perjuangan seperti Tafsir Al Manar (Rasyid Redha) dan Tafsir Fi Zilal Lil Quran (Syed Qutb).Teruskan berdakwah.

 

Disediakan oleh,

MUHAMMAD NURUDDIN BASHAH

Kejuruteraan Bahan Universiti Malaya

2006


Posted at 02:30 am by Pendita Bitara
Comments (6)  

Wednesday, July 05, 2006
Islam dan Sosialisme

Islam dan Sosialisme; pertembungan atau keserasian.

Muhammad Nuruddin Bin Bashah

Kejuruteraan Bahan

Universiti Malaya

2006

 

1.0   Pendahuluan.

Mengupas perihal ideologi dan pertembungan dengan fikrah Islam yang syumul merupakan antara materi perbahasan yang popular sejak era kebangkitan reformisme Islam era Muhammad Abduh, Jamaluddin Al Afghani dan era Rasyid Redha. Hal ini berterusan sehingga kebangkitan suatu era penentangan neo-jahiliyyah iaitu kegemilangan pemikiran Syed Qutb di Mesir. Ideologi yang berasal daripada barat serta mana-mana pemikiran yang bukan berasal daripada Al Quran dan Rasul akan dianggap sebagai jahiliyyah yang diperbaharui dan dianggap sebagai karat yang cuba untuk diberi nafas baru. Ideologi barat sebenarnya telah lama mencengkam pemikiran manusia dan merupakan antara rencah utama kolonialisme barat terhadap dunia Islam.  Pemikiran tegas Syed Qutb yang dijelmakan dalam bukunya yang terkenal iaitu Petunjuk Sepanjang Jalan serta disambung pula oleh adiknya dengan buku Jahiliyyah abad ke-20, telah banyak membina paradigma para pejuang Islam seluruh dunia. Pemikiran yang menolak secara total kesemuan isme-isme yang berasal daripada barat ini adalah suatu langkah protektif yang berkesan. Dalam mana-mana seminar dan perbengkelan bagi gerakan dakwah sedunia, ideologi barat dijadikan antonim kepada fikrah Islam.

 

Penulis berminat untuk membaca perbahasan kepada sesuatu yang lebih kompleks dan mendalam terutama melibatkan hakikat ideologi dan institusi ideologi. Perlu diketahui perkataan ideologi adalah berasal daripada istilah Yunani yang diInggeriskan yang bermaksud pemikiran. Perkataan ini tiada kelainan dengan maksud sebenar fikrah. Dari segi terminologi popular ideologi kini pula, ideologi  dianggap sebagai pemikiran yang diinstitusikan, digarap sehingga menjadi suatu blok pemikiran yang mempunyai tujuan khas, asing daripada pemikiran lain serta bukan berasal daripada mana-mana agama sekalipun. Ideologi kini adalah berasal daripada dielektik kehidupan masyarakat dan respon kepada pemikiran-pemikiran yang sebenarnya terhasil daripada tabiat manusia yang sukar dikawal.

 

Sosialisme adalah suatu ideologi yang terkenal diperingkat antarabangsa serta banyak mencatur serta mencorak halatuju negara-negara, persatuan, parti politik dan kelab-kelab sekerja. Sosialisme adalah antara tradisi pemikiran yang tidak pernah pudar dan malap sejak muncul selepas Revolusi Industri Inggeris sehinggalah kini. Rentetan daripada perkembangan pemikiran ini, gagasan praktis bagi sosialisme pula muncul iaitulah komunisme. Penulis tertarik untuk membawa pembaca menilai ideologi yang dikatakan sesat ini secara lebih adil dan saksama. Seperti pendapat Dr. Burhanuddin Al Helmi dalam ucapan Muktamar PAS 1957 bahawa ideologi adalah berasal secara tidak terancang. Ideologi kadangkala ada mempunyai kontroversi yang bukan dipinta oleh pengasasnya. Ideologi seperti komunisme adalah suatu yang berasal daripada penderitaan rakyat. Sebagaimana dunia tidak selesa mengadakan perang dunia ke-3 untuk menghapuskan komunis, begitulah juga pendapatnya, ketenteraan tidak akan berkesan dalam usaha Malaya membanteras komunis. Kekerasan yang berasal daripada pemikiran rakyat perlu ditangani dengan ketumbukan pemikiran rakyat juga. Sosial yang bermasalah merupakan sarang kepada wujudnya ideologi komunis, maka perlulah juga sosial itu diperbaiki secara adil dan ihsan. Dr. Burhanuddin melihat, Islam adalah suatu wadah yang terlalu syumul sehingga mampu bertoleransi, berkomunikasi, berinteraksi serta menjadi alternatif kepada semua ideologi tanpa perlu memiliki sifat kontra atau bertentangan untuk tujuan tersebut. Islam adalah agama sederhana yang meliputi kesemua keperluan manusia secara seimbang dan tidak terlalu melampau. Sikap terbuka dan berprinsip sebegini adalah suatu sikap yang perlu menjadi amalan dan disematkan dalam hati setiap pejuang Islam yang ingin memugar pemikiran massa kerana massa adalah abstrak.

 

2.0   Makna Sosialisme

Pada permulaan, penulis akan memberi penjelasan awal mengenai sosialisme yang dipopularkan oleh pemikir barat seperti Robert Owen dan sebagainya. Perkataan sosialisme adalah berasal daripada perkataan latin Socius yang bermaksud teman, kawan atau sahabat.Jelas disini aspirasi sosialisme adalah berasal daripada tabiat mahabbah, sikap cintakan persekeliling, bermesyuarat serta sikap toleransi kepada masyarakat. Fahaman ini amat bertentangan dengan sikap individualisme yang mementingkan diri semata-mata.

 

            Meskipun gerakan sosialis pada mulanya selalu timbul kerana kerosakan masyarakat yang terjadi pada tiap-tiap zaman, namun benih pergerakan tersebut juga tumbuh berkat siraman suatu cita-cita falsafah, dan terutama sekali menjadi subur kerana mendapat  siraman dari hakikat keagamaan yang mendalam.

 

            Tetapi secara perlahan-lahan, kebajikan dan unsur agama yang terdapat pada rakyat lapisan bawah mulai lemah. Secara perlahan-lahan, gerakan rakyat yang bersifat sosialis semakin lama, semakin kuat bersandar kepada kebendaan belaka, terutama sekali di negara-negara barat.

 

3.0   Sosialisme, suatu tabii.

Dalam pelbagai tulisan Syed Hussein Al Attas dan tulisan-tulisan Dr Burhanuddin Al Helmi, perspektif berkenaan sosialisme dilihat secara lebih terbuka dan dilihat akan asal usul bagi aliran  pemikiran ini. Kemungkinan akan ada yang berhujjah mengatakan bahawa sememangnya kedua tokoh ini adalah penggerak fahaman sosialis yang Islamik. Sememangnya terdapat aliran pemikiran Islam-sosialis. Namun begitu tujuan tulisan ini disusun adalah untuk membawa suatu lagi pandangan pada sisi yang lebih adil iaitu di dalam Islam ada unsur sosialisme dan bukan berjuan menjulang sosialisme tajaan barat tersebut.

 

            Apabila mengkaji ideologi, kita perlu memahami bahawa kehadiran ideologi adalah berasal daripada respon terhadap persekitaran, dielektik bagi aliran pemikiran yang sedia ada serta sikap ingin merenovasi bagi ideologi yang sedia ada. Ini adalah beberapa faktor munculnya ideologi. Bagi ideologi sosialis, fahaman ini sebenarnya telah ada dalam tabii manusia. Respon kepada tekanan dan penindasan yang dilakukan terhadap golongan proletar sekitar Revolusi Industri Eropah menyebabkan hadir sebegitu ramai manusia yang cuba menjulang suatu ciri kemanusiaan iaitu rasa toleransi dan bertimbangrasa kepada golongan pekerja.

 

            Tabiiat atau fitrah manusia sebenarnya terkandung sikap dan rasa kasih dan sayang, toleransi, tolong-menolong serta rasa tanggungjawab terhadap sekeliling. Hal ini lebih awal wujud dalam diri manusia sebelum hadirnya teori-teori sosiologi dan teori kemanusiaan yang lain. Rasa tanggungjawab dan sikap prihatin ini kita namakan sebagai sikap sosialisme. Fitrah ini penulis andaikan sebagai pepasir yang bertaburan. Diantara pasir-pasir itu ada yang berwarna hitam dan ada yang bewarna putih. Sikap tanggungjawab terhadap masyarakat yang baik dan tulus kita umpamakan sebagai pasir putih. Manakala sikap prihatin kepada sesuatu ras, sesuatu kasta atau lapisan masyarakat dengan diberati dengan sikap melampau dan ekstrim kita namakan sebagai pasir yang hitam. Sikap prihatin dan tanggungjawab yang baik ini atau pun pasir putih ini sebenarnya adalah sosialisme yang ada dalam Islam. Manakala sikap di dalam ideologi sosialisme barat pula mungkin mengandungi pasir putih dan turut sama mengandungi pasir yang hitam. Inilah perbezaan ideologi barat dengan fitrah sosialisme yang ada dalam Islam.

 

            Sikap responsif kepada tekanan kapitalis dan tekanan aristokrat kepada golongan pekerja menghasilkan suatu fahaman yang sebenarnya hadir secara semulajadi yang dinamakan sebagai sosialisme. Pemikiran ini terbatas kepada pembelaan kepada kaum pekerja sahaja dan kaum wanita yang tertindas. Fahaman ini akhirnya menjadi suatu blok pemikiran yang tidak bercampur gaul dengan pemikiran awal iaitu perniagaan yang bebas dan berasaskan kepada keuntungan dengan meminimakan modal. Pemikiran ini dijulang dan menjadi suatu institusi yang akhirnya dijelmakan dalam parti politik, kesatuan sekerja dan persatuan buruh sedunia. Inilah asal usul kejadian bagi ideologi sosialisme barat.

 

      Penolakan semberono teori yang mendakwa bahawa di dalam Islam mengandungi unsur sosialis disanggah oleh Syed Hussein Al Attas melalui pelbagai perumpamaan. Antaranya beliau menyanggah sikap sesetangah pihak yang menolak unsur sosialisme hanya kerana perkataan itu dipopularkan oleh golongan barat serta atheis. Antara hujah yang selalu kedengaran adalah dikatakan bahawa penolakan itu wajar memandangkan pendokong sosialisme dan komunisme adalah golongan yang anti-tuhan. Perlu ditegaskan bahawa, ciri-ciri sosialisme yang ingin dibahaskan disini dan bukannya ingin mengaitkan ideologi sosialisme yang diinstitusikan oleh barat dengan Islam yang syumul. Ironinya, golongan yang menolak unsur sosialisme juga menerima  fahaman demokrasi dalam perjuangan. Bukankah pengasas demokrasi sendiri adalah golongan pemikir Yunani yang semestinya tidak bertauhidkan Allah SWT? Adakah kita berkiblatkan Yunani dalam isu demokrasi. Sebenarnya unsur kebebasan memilih, hak bersuara dan hak berpolitik dijamin oleh Islam melalui aspirasi demokrasi yang sebenarnya juga fitrah kemanusiaan. Hal ini sama sepertimana unsur sosialistik yang ada dalam jiwa manusia dan syariat yang diberikan kepada mereka sendiri.

 

            Adapun disini, tulisan ini berhasrat untuk membuka minda pembaca terhadap asal usul ideologi, serta menyarankan suatu sikap berhati-hati serta menilai ideologi yang  sebenarnya ada di dalam fitrah manusia dan juga terkandung di dalam agama kita. Namun begitu, jangan pula menganggap agama kita tercemar dengan karat-karat ideologi barat yang jahil tersebut. Ideologi barat telah banyak menghancurkan sistem kemanusiaan dan sistem kekeluargaan samaada kapitalisme atau sosialisme barat. Sebelum terjadinya Revolusi Industri, Barat menjalani kehidupan sederhana sebagai petani. Pada zaman itu, keluarga merupakan pusat kasih sayang dan kesetiaan. Kaum lelakinya pergi ke ladang untuk bekerja dan mencari rezeki. Sementara kaum perempuannya mendidik, memelihara, dan memperhatikan anak-anak mereka. Lingkaran kekeluargaan mengikat kehidupan semua anggotanya.

Kemudian Revolusi Industri terjadi dan industri memerlukan buruh. Salah satu akibat dari keperluan ini ialah pemisahan lelaki, wanita, dan anak-anak ke dalam pusat industri, pusat pemerintahan, rumah-rumah komersial, dan institusi besar yang lain. Kota-kota kecil dibangun dengan tujuan untuk memuaskan selera kenyamanan lahiriah dan kemewahan kebendaan. Populasi Inggeris di abad 17 dan 18 mengalami lonjakan pesat. Selain itu, dengan lancarnya jalur pelayaran ke Asia dan Afrika, mengalirlah kekayaan hasil eksploitasi kedua benua tadi. Hal ini menciptakan golongan baru, di luar kelas tradisional seperti gereja dan bangsawan, yang mempunyai kapital (modal) besar. Modal tenaga kerja dan kapital ini ditambah dengan ditambah dengan berbagai penemuan, seperti mesin wap, mendorong tumbuhnya berbagai industri baru.

Revolusi industri inilah yang menjadi sebab berkembangnya liberalisme ekonomi. Idea Adam Smith tentang pembagian kerja dan pengkhususan untuk mengoptimalkan produksi diterapkan di berbagai fabrik dan industri. Bahan dan hasil industri diperdagangkan di pasar bebas dengan seminimal mungkin campur tangan pemerintah (invisible hand), dan didasarkan atas asas 'comparative advantage'. Disinilah bermulanya kehadiran ideologi sosialisme barat yang memugar fitrah kemanusiaan dan semestinya bercanggah dengan agama Islam.

4.0   Islam dan sosialisme

Apabila disebut di dalam Islam adanya unsur sosialisme atau tanggungjawab sosial, maka perlu kita huraikan dahulu apakah maksud sebenar Islam serta apakah perkara yang tercangkup di dalam Islam itu sendiri. Islam terdiri daripada Syariat, Syariat pula wujud dengan adanya Al Quran (saranan daripada Allah) serta Sunnah (iaitu saranan dan contoh daripada Rasulullah). Selain daripada syariat yang tetap, Islam juga mengandungi Fiqh iaitu kefahaman terhadap syariat yang tetap tersebut. Kefahaman ini adalah hasil daripada ijtihad para sahabat, ulama' serta fatwa semasa. Inilah Islam yang ditaarifkan.

Di antara bukti Islam mempunyai unsur sosialistik ialah Islam menekankan konsep:

  • Kemerdekaan manusia
  • Kebebasan bersuara
  • Sikap dermawan dalam hal sedekah dan zakat.
  • Persaudaraan Islam tanpa mengira ras.
  • Sikap keuntungan yang diagihkan kepada setiap manusia melalui sistem ekonomi Islam yang adil.

 

Di antara unsur-unsur sosialisme dalam sesebuah negara Islam adalah:

  • Negara yang mementingkan produk untuk kegunaan rakyat terlebih dahulu terutama pakaian dan makanan yang asasi.
  • Negara membenarkan pemilikan syarikat tetapi menatau keuntungan dan cara perniagaan agar tiada unsur kezaliman serta menegaskan perihal zakat.
  • Pengeluaran barangan dan pengedarannya dilaksanakan secara saksama.
  • Setiap warga negara yang sihat wajib bekerja dan tiada subsidi hayat bagi yang tidak berusaha. Disini saranan berdikari yang diterapkan oleh Rasulullah perlu dipraktikkan.
  • Segala kajian sains, kesenian, kebudayaan, norma kehidupan dan  sistem pendidikan perlulah digarapkan agar tidak menghasilkan masyarakat yang lesu serta tidak berkebolehan. Sebaliknya pembinaan manusia yang produktif, progresif dan berpotensi amatlah perlu. Rasulullah sendiri cintakan golongan yang sihat dan kuat dikalangan sahabatnya.
  • Segala ketidakadilan dan kezaliman perlu diadili secara saksama tanpa mengira ras.

 

4.1   Unsur sosialisme dalam Al Quran

Penulis cuba untuk memberi sedikit contoh berkenaan saranan tanggungjawab sosial dan sikap kebersamaan yang tersinar daripada ayat Al Quran sendiri.

Firman Allah,

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim" (Al Hujurat : 11)

 

Firman Allah lagi,

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)" (Al Hujurat : 13)

Amat jelas untuk diperhatikan disini betapa kejadian bangsa-bangsa dan suku bukanlah bertujuan untuk berpuak-puak, mementingkan kaum masing-masing atau pun ingin menindas kaum yang lemah, sebaliknya nilai perbezaan yang berubah dan berlainan disebabkan geografi dan pengaruh iklim tersebut hanya sebagai punca untuk manusia menghargai antara satu sama lain. Di sini Allah menyanggah teori class-struggle yang diasaskan oleh Marx sendiri.

 

 

4.2   Rasulullah sebagai tokoh kesejahteraan masyarakat yang sejati.

Sebelum hadirnya Islam, keadaan masyarakat arab terlalu teruk dan menyedihkan. Unsur individualisme, assobiyyah, rasisme serta obses kepada keturunan telah menjadi lumrah mereka. Sebagai contoh, meminum minuman keras, menzinai isteri orang lain serta bermain judi sehingga ada unsur penindasan adalah perkara biasa. Seorang lelaki boleh berkahwin dengan seorang anak yatim semata-mata untuk mendapatkan harta peninggalan ibu-bapanya. Sekiranya harta telah habis, isteri akan diceraikan atau dijual sebagai hamba. Seorang isteri yang telah diceraikan tidak boleh berkahwin lain kerana ianya adalah keaiban bagi si isteri. Hamba sahaya pula diperlakukan seperti binatang dan tiada langsung hak kemanusian yang diberikan selain secebis pakaian dan sedikit makanan. Akhirnya hadirlah Muhammad SAW sebagi tokoh sosial yang terbaik sepanjang zaman. Baginda membenteras kesemua kerosakan ini secara bersistem dan tersusun, secara berhati-hati dan mengikut peringkat-peringkat tertentu. Sikap saintis baginda dalam bidang sosiologi ini terserlah dengan kejayaan baginda menghapus penzinaan, arak, judi, perhambaan dan kejahilan ilmu secara halus dan tidak menimbulkan kerosakan sosial. Hal ini adalah kerana baginda menekankan tentang iman dan ketaqwaan sebelum baginda menghukum atau memberi arahan yang tegas.

 

Sebenarnya sikap ini jauh berbeza dengan kehadiran ideologi sosialisme barat. Kegopohan, kegilaan dan sikap ingin cepat mencapai matlamat, menjadikan usaha pertempuran blok sosialisme dengan blog kapitalisme menjadi sengit dan mengorbankan jiwa. Perlu diingatkan perbahasan dan perjuangan blog sosialisme barat adalah berasaskan kepada basis ekonomi. Segala percaturan manusia, perencanaan sosial dan perjuangan adalah berasaskan ekonomi dan materialsme. Hal ini berlainan dnegan unsur sosialisme yang dibawa oleh Baginda SAW. Baginda menekankan hubungan vertikal dengan tuhan yang kukuh sebelum memasuki jarum halus berkenaan hubungan baik secara horizontal sesama manusia. Inilah bezanya manhaj Rasulullah dengan ideologi fahaman manusia.

 

 

 

4.3   Sahabat, penerus agenda sosialisme yang adil.

 

Rasulullah meninggalkan pewarisnya yang semestinya memiliki hampir keseluruhan budi pekerti Nabi SAW. Status khalifah dan pemimpin tertinggi umat Islam menyebabkan para Sabahat baginda berjaya mempraktikkan nilai tanggungjawab sosial yang sebenar dan bukan sekadar berbentuk teori semata-mata. Jika dikatakan perjuangan sosialisme barat menekankan perihal anti rasuah, anti korupsi, anti nepotisme, sahabat-sahabat juga menunjukkan usaha yang sama dalam agenda utama pemerintahan mereka. Sepertimana kata-kata Saidina Abu Bakar RA sebaik sahaja beliau menjadi Khalifah,

" Lihatlah kami memikul beban yang berat sebagai kewajipan seorang pemimpin. Kami bukanlah orang yang paling utama diantara kamu. Sangat perlu kami mendapat nasihat dan batuan dari kamu semua. Apabila kami berbuat kebaikan,bantulah kami. Apabila kami tersesat, berilah ingatan kepada kami. Berkatalah yang sebenarnya kepada seseorang yang diserahi kekuasaan pemerintahan itulah ertinya kesetiaan, tidak berbuat demikian bererti khianat. Dalam pandangan kami, orang yang kuat adalah sama dengan yang lemah. Kepada keduanya kami hendak memberikan keadilan".

Dalam ucapan ini jelas sikap keadilan tanpa memilih ras dan tahap kekayaan sebagai keutamaan. Hal ini sebenarnya sama seperti aspirasi Al Quran berkenaan layanan yang sama perlu diberikan kepada semua rakyat dan keturunan pemerintah sekalipun. Hal ini sedikit tercarik apabila Yazid memulakan pemerintahan yang berasaskan pewarisan takhta dan mula memasukkan semula unsur nepotisme dan kronisme yang terserap daripada tamadun Parsi, Rom dan Arab yang belum memeluk Islam.

 

5.0   Bagaimana sosialisme wujud dalam Islam, serta bagaimana ianya befungsi?

Sosialisme Islam sebenarnya tertanam di dalam keimanan dan kepercayaan Islam itu sendiri. Sikap tanggungjawab, berhati mulia dan toleransi dalam Islam semestinya tidak berasal daripada pengaruh materialistik, habuan duniawi dan pangkat. Sikap ini sebenarnya hadir secara ikhlas apabila keimanan terpasak kukuh dalam jiwa para muslim.

            Dunia digemparkan apabila pada 27 April 1941, Sir Winston Churcill membuat kenyataan kepada Amerika Syarikat untuk memohon bantuan tambahan demi menghadapi serangan bertubi-tubi daripada pihak Nazi Jermen. Beliau menyatakan,

" But in the long run believe me, for as I know the action of the United States will, be dictated, not by methodical calculation of the profit and loss, but by moral sentiment, and by  that gleaming flash of resolve which lifts the hearts of men  and nations from the spiritual foundation of human life itself".

Permohonan beliau dibalas dengan invois yang mengandungi faedah dan riba yang terlalu tinggi untuk dijelaskan oleh negara seperti Britain yang sedang berusaha mempertahankan empayarnya seluruh dunia. Unsur kapitalisme sebenarnya telah lama merobek kasih sayang, ihsan dan prihatin dan hanya meninggalkan sikap prejudis, pentingkan diri serta sikap persaingan yang menindas orang lain.

 

            Ini jelas berbeza dengan Islam yang menanamkan jiwa bantuan, simpati dan toleransi  terutama yang melibatkan nyawa dan harga diri. Unsur  kapitalis telah merungkai ini semua. Islam yang tertanam unsur sosialistik dalam kerangkanya telah banyak mengubah tamadun manusia yang awalnya berunsur kebinatangan atau undang-undang rimba kepada masyarakat beradab.

 

            Sebenarnya sikap sosialistik dalam Islam ini boleh menghasilkan tindakan yang lebih jauh dan progressif. Kuasa keimanan ini boleh menjadi suatu tenaga terpendam yang akhirnya memacu revolusi kemajuan tanpa melibatkan penindasan. "Iman yang dinamik" ini akan menghasilkan peribadi yang mantap, mental yang seimbang, jiwa yang lembut serta spiritual yang berkaliber. Inilah fungsi iman di dalam hati manusia. Iman boleh menghasilkan tindakan yang produktif dan tidak seperti perspektif sesetengah pihak yang menganggap iman sebagai suatu yang landai, tunduk kebawah serta sekadar cukup apa yang ada sehingga menafikan nilai madani dalam kemasyarakatan.

 

6.0   Islam adalah imperialis?

Saidina Umar telah membina suatu negara Islam yang besar dan penuh dengan dasar-dasar keadilan dan kesejahteraan. Beliau sebenarnya telah memasukkan unsur demokarsi dan sosialisme dalam pemerintahannya sehingga beliau dikenali dengan sikap dermawan, perihatin kepada kesusahan rakyat, tawadhuk, sederhana serta bersikap terbuka dalam menerima pendapat. Sikap beliau amat berlainan sebelum beliau menjadi pemerintah dengan selepas menjadi pemerintah umat Islam.

 

            Imperialis adalah suatu kemuncak kepada ideologi kapitalisme. Perusahaan yang meningkat memerlukan mereka mencari tapak baru untuk meluaskan pasaran mereka. Dalm hal ini, pada awalnya golongan sosialis dan komunis menentang imperialis. Sikap mereka berubah selepas beberapa siri revolusi komunis dan sosialis mula mendapat tempat di kalangan golongan marhain dan proletar. Namun begitu harus diketahui bahawa, aktiviti membuka dan membebaskan negara-negara yang bersistemkan perhambaan kepada manusia kepada perhambaan kepada tuhan yang satu bukan termasuk ke dalam kategori penjajahan sepertimana fahaman barat. Imperialis Islam tidak samasekali berasaskan kepada kebendaan dan perluasan tanah semata-mata. Hal ini mungkin berlainan dengan pemerintah Islam Mughal, Andalusia atau Abbasiyyah yang mungkin ada yang mula melupakan asas yang ditinggalkan oleh para Sahabat Ajmain yang berhati mulia. Kesimpulannya perlu diketahui, unsur sosialisme atau tanggungjawab sosial dalam Islam tidak memancarkan usaha untuk memeras tanah dan negara orang lain. Sebaliknya perluasan pada zaman sahabat adalah merupakan salah satu method untuk berdakwah dan melebarkan sayap lindungan wahyu Ilahi semata-mata.

 

7.0   Penutup.

Memerhatikan perkembangan ideologi adalah suatu aktiviti yang perlu dilakukan oleh para penggerak Islam. Menilai sesuatu perkembangan blok pemikiran secara wewenang akan menyukarkan kita menerap intipati Islam itu sendiri. Hakikatnya manusia adalah abstrak dan memerlukan sesuatu yang seni untuk menanganinya. Seni melihat sesuatu isu dari asal-usulnya, seni membawa mesej dalam nilai homofili yang terdekat dengan blok lain serta tindakan berperingkat yang perlu diamalkan oleh kita.

 

 

Rujukan ;

1)       Islam dan Sosialisme; Burhanuddin Al Helmy,Syed Hussein Al Attas, Suroosh Irfani, H.O.S. Tjokroaminoto.1988.Petaling Jaya.

2)       Principle and philosophy Of Democratic Socialism in Islam; Inamul Haq.1966.Karachi

3)       Islam And Socialism; Mirza mohammad Hussain.1947.Lahore

4)     Asas-asas Antropologi; Abdullah Taib.1985.Kuala Lumpur.

 


Posted at 01:01 am by Pendita Bitara
Comments (6)  

Tuesday, July 04, 2006
Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah

Izzah adalah seorang muslimah yang kini mengajar di KUITHO, yang saya anggap seperti kakak saya sendiri. Beliau telah membaca artikel saya dan telah memberi sedikit pandangan pada tulisan saya melalui groups pendita_bitara. Saya masih mengalu-alukan kritikan atau idea baru yang mungkin berlainan daripada idea saya sendiri. Moga Allah memelihara kakak saya.

Muhammad Nuruddin Bashah
IZZAH:Terlebih dahulu ingin saya nyatakan di sini bahawa betapa saya
sedar lemahnya Iman saya kerana hanya dapat menggunakan pena sebagai
medan dakwah, berkongsi pendapat dan Zikrullah. Harap sahabat dapat
doakan saya dapat melakukan apa yang saya katakan, kerana saya takut
sangat kemurkaan Allah. Saya tahu amat beratnya dan banyaknya lagi
tugasan yang masih belum selesai. Doakanlah saya. Semoga apa yang
saya kongsikan dapat menjadi permulaan daripada usaha dan gerakan
kita selepas ini, Amin. Mari kita mengimbau bersama:

Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia; tinjauan yang jarang dikupas.

>Mengapakah boleh dikatakan gerakan dakwah oleh institusi
persendirian seperti gerakan Islam atau jamaah Islam di Malaysia
kelihatan tidak menyengat?

IZZAH:...Saudara Nuruddin izinkan saya respon, istilah tidak
menyengat memang sangat tepat dalam konteks kita. Dalam erti kata
lain, tidak berpengaruh, tidak memberangsangkan atau kurang
berkesan. Saya ingin kongsikan di sini pendapat seorang Profesor
dalam kelas Master Pendidikan UIAM saya dahulu, bahawa "Usaha para
ulama' fiqh, tafsir dsbg adalah berdasarkan pemerhatian mereka di
zaman mereka. Sepatutnya ulama sekarang membuat ijtihad baru dan
menulis buku-buku baru untuk mendekatkan fiqh kepada khalayak.
Prinsip usul al-fiqh yang dipelopori oleh Imam As-Syafie contohnya
tidak pernah kedengaran sebelum itu."

Faham ke? Mula-mula lihat pendapat beliau secara positif. Maksudnya,
kita mahu Imam Syafie yang baru...Yang soleh dan berilmu. Membina
generasi soleh prinsipnya sama, namun menggerakkan jihad memerlukan
kebijaksanaan dalam kepimpinan. Prinsip kadang-kadang hanya tinggal
prinsip jika dijadikan hiasan rak buku orang yang sibuk dalam dunia
perpustakaannya sendiri. Kalau dia tidak keluar, dia tidak tahu juga
masalah Ummah ...(Kita ni, sibuk di rak pun tidak, di luar pun
tidak...)Ataupun sesiapa yang pakar teruskan pembacaan, yang
berkarisma duduk di tempat yang sepatutnya, hati mereka diikat
dengan Ukhuwwah dalam jamaah. Ilmu digunakan bukan disimpan.

Inilah dikatakan 'hikmah'. Rasulullah SAW pun membuat pendekatan
berbeza di Makkah dan Madinah....Imam Hassan al-Banna telah lama
meninggalkan kita, kita boleh tiru doktrin-doktrin ajaran beliau
namun kita masih terlalu jauh ketinggalan dalam menelah politik di
Malaysia dan keperluan mad'u di tempat kita. Kita MANJA.

>Istilah kejayaan adalah mengikut orientasi gerakan yang pelbagai.
Terdapat yang agresif, holistik, konseptual, progressif serta ada
yang melihat kejayaan melalui furu'-furu' tertentu dalam cabang
Islam...

>Samaada kekecewaan kepada pertembungan sistem antara jamaah atau
disebabkan obses melampau setiap ahli jamaah kepada method masing-
masing..

IZZAH:....Saya mahu kongsikan pendapat bekas Mufti Perak: " Pemimpin
ada kuasa, Ulama pula ada pengaruh." Di sini kita fahami bahawa
Ulama' yang mesti bangkit dengan penuh segar untuk menyebar pengaruh
Islam secara hakiki. Penguasa yang dipengaruhi Ulama pula boleh
mengadaptasi ilmu-ilmu tadi dengan baik demi kemakmuran dunia. Demi
kesejahteraan sejagat. Peperangan pun demi kesejahteraan. Tak perlu
bimbang selagi adanya pengaruh Ulama yang menjaga halatuju
peperangan itu supaya berlandaskan syariat dan diredhai Allah. Tapi
di mana Ulama' sebegitu?

Namun pembinaan fikrah mustahil dibuat berseorangan. Mesti
berjamaah. Ia datang dari hati-hati yang benar-benar diikat oleh
Allah, bukan bai'ah atau ukhuwwah zahir, tetapi batin. Mereka kenal
saudara seperjuangan mereka. Ini merentasi benua dan warna kulit.
Apatah lagi Jamaah. Paksaan untuk ber'intima' tidak perlu timbul
kerana ikhlas adalah penentu utama redha Allah. Saya ada jamaah
pilihan saya. Saya kasihkan mereka, tapi saya juga kasih sahabat-
sahabat saya dalam jamaah yang seperjuangan. Saya bebas selagi tiada
Khilafah Islamiyyah yang dilantik oleh Ummah ini. Sahabatku,
ukhuwwah lahir dari Iman. Titik.

>Seruan tersebut mungkin boleh diubah nadanya dengan menggalakkan
interaksi....

>Perbezaan pada saya perlu dilihat dari segi nilai falsafah atau
aliran pemikiran Islam yang dipegang, wasilahnya, methodologinya,
siapa pembawanya serta mengapa ijtihad cara dan langkah tersebut
digunakan perlu ditinjau.....

>Pada saya ijtihad asal ada keberkatannya dan wajar dipertahankan,
walaupun inovasi method mungkin perlu diberikan dan amal Islami
setiap jamaah perlu diberi nafas baru...Tanpa prinsip, budaya anarki
dan tanpa halatuju boleh berlaku.

IZZAH: Saya bersetuju. Memang itulah antara ciri Islam iaitu 'Sabat'
dan 'Murunah'. Ada peruntukan Quran, Sunnah, (Sabat) Ijma, Qiyas
(Murunah). Tetapi kita dah hilang Ijma' dan Qiyasnya, sebab kita
tiada khilafah. Sekarang kita sedang membina generasi yang boleh
memegang tampuk pemerintahan itulah, yang boleh memberi fatwa dan
memahami situasi masyarakat. Baguslah berjamaah! Ini latihan yang
paling praktikal... Moralnya ajarlah sahabat-sahabat tentang Islam,
kemudian ajak berjamaah kalau mereka berpandangan jauh untuk Iqamatu
al Din wa siyasah ad Dunya. Tapi sayang kalau mereka tak lepas
peringkat pertama, iaitu memahami fungsi mereka sebagai Muslim dan
tuntutan menegakkan daulah itu. Apa-apapun ilmu dulu...Ini untuk
elak 'cepat melatah' atau jadi keciciran belakang hari. Biar lambat
asal selamat.

>Pada saya pengharaman dan pengisytiharaan darurat di Malaya ada
kaitannya dengan kejayaan Zionis membina negara haram Israel pada
tahun yang sama dalam usaha membendung kebangkitan, baik daripada
aliran Islam mahupun sosialis dan nasionalis yang berbaur
kemanusiaan sejagat.... Ulama' Setanah Melayu....

>Untuk merdeka rusuhan telah berlaku dan kesemua pengikut ulama'
arab baru tersebut dibenteras oleh Sultan. Kelainan fikrah belum
jelas pada awal kerajaan Melayu Melaka dan jika berlaku ianya akan
menjadi terlalu kompleks ataupun terlalu dingin memandangkan isu
utama Melayu yang ada itu sendiri kebanyakkannya menyatukan Melayu.

>Kerjasama PAS dan PKPIM jelas dengan penubuhan KERPAS sebagai agen
pengkaderan pemimpin muda PAS daripada lubuk intelektual...

IZZAH: Nuruddin, Barakallahu fik...you've been very informative!
Betul, memang sejarah tak pernah menipu. Jom kita ciptakan sejarah
pula, supaya anak-anak akan datang dapat menyambung perjuangan ini.
Kita adalah mata rantai perjuangan orang-orang sebelum kita. Kalau
tidak berkesinambungan, bimbang anak-anak bermula dari 0 semula,
atau terkebelakang dalam memahami kehendak dunia yang serba
membangun. Betapa besar tugas kita. Bangunkan budaya Islam mengikut
waqi millenium.

>Istilah taadud jamaah (sekitar 1980an) (pluralisasi jamaah) mula
dinilai sebagai suatu yang bercanggah dengan aspirasi Islam walaupun
pada saya kupasan tajuk taadud jamaah perlu lebih diberi penekanan
kepada adab dan akhlak berlainan jamaah dan bukannya menghentam atau
menyalahkan gerakan Islam lain.

>Pendapat Dr. Yusuf Al Qaradhawi dalam kitabnya Fiqh Ad Daulah
mungkin ada benarnya dalam menilai isu kepelbagaian parti Islam,
organisasi dan gerakan dakwah yang bercambah kini. Padanya nilai
karismatik kepimpinan yang berlainan, serta fitrah manusia yang
pelbagai pendapat dan pemikiran perlu diraikan. Walaubagaimana pun
beliau tetap menegaskan perihal akhlak serta sikap toleransi yang
perlu ada disamping mengutamakan isu bersama berbanding kelainan
yang ada. Namun begitu saya perlu menghormati pendapat dan seruan
sesetengah pihak yang tidak boleh menerima kehadiran 'jamaah baru'
kerana keperitan 'berperang' sesama sendiri berbanding berperang
dengan musuh Islam sebenar.

IZZAH: Betul, saya senang menyorok dan lari dari rakan-rakan sama
atau berbeza jamaah, daripada berdepan dengan orang yang menyesakkan
pemikiran. Adab sesetengah mereka yang perangainya kurang
menyenangkan memecahkan kesatuan. Siapa yang tak suka kebaikan dan
ketenangan. Sekali lagi Ukhuwwah bunga Iman, air dan bajanya akhlaq
mulia.

>Gerakan tabligh yang dikatakan gerakan yang hanya mementingkan
amalan fadhilat semata-mata sebenarnya adalah gerakan yang berasal
daripada para muhaddisin India. Natijah daripada tekanan teruk
British terhadap umat Islam India, menyebabkan ulama' India membuat
ijtihad agar dakwah dilakukan secara lembut dan istiqamah. Tariqat
Chistiyyah sebenarnya menjadi asas pembinaan manhaj Tabligh.
Kedatangannya secara besar-besaran pada era 1960an telah mewarnai
dunia dakwah di Malaysia...

IZZAH: Kesian tabligh dihentam habis-habisan. Pengasas tabligh itu
sendiri agaknya sedang berbahagia dalam rahmat Allah dalam kubur
kerana amal jariah dan ilmu bermanfaat beliau. Amin. Sebab Allah tak
salahkan apa yang telah lepas kalau itulah kemapuan mereka. Kita ni
tak tahu lagi mana arah kita. Come on, life is too short to
criticise. We better make things work...Which is the hardest thing
to do. "Ya mak syaral jinni wal Insi inis tatak tum antanfuzu min
aqtarissa ma wati war ardhi fanfuzu, la tanfuzuna illa bisultan"-
Surah ar Rahman.

>Saya melihat ketidak terlibatan antara gerakan Islam berpunca
daripada pemikiran pendokongnya sendiri. Sikap obses, taqlid, tidak
berlapang dada atau ketidakfahaman tentang konsep taat dan intima'
itu sendiri yang menyebabkan kegagalan menghasilkan amal yang
berkesan....

IZZAH: Betul,sikap (akhlaq) kita. Contohnya takut-takut lepas
menulis ni, saya tengok TV berejam-jam atau lepas mengkomplen jamaah
lain saya tidur nyenyak-nyenyak sampai terlewat solat. Hati jadi
keras. Akhlaq pun tak terbina. Nauzubillah.

>Keterlibatan adalah perlu kerana berlainan pemikiran sehingga
memisahkan kerjasama Islam adalah suatu yang salah.

>Istilah kesatuan ummah adalah istilah yang hanya tercapai setelah
pembinaan individu muslim berlaku dan jamaah semestinya mempunyai
formulanya sendiri. Formula yang hakikatnya bukan dicipta oleh
golongan jahil. Formula yang bermula dengan liqa kecil, usrah atau
halaqah ilmiah ini akan membina individu secara perlahan-lahan
walaupun boleh dikatakan dogma perlu dihidangkan kepada mereka.

IZZAH: At this point, saya mengaku bahawa saya hanya dapat
melaksanakan amal Islami, bukan amal Jamai lagi kerana situasi saya
sebagai pensyarah baru di tempat baru dengan kawalan yang agak
maksima. Saya harap keadaan ini tidak berterusan. Tolong saya yer.
Adakah Usrah dapat berjalan dalam kepelbagaian fikrah dan identiti
yang masing-masing sorokkan? Saya sedang usahakan ini.

>Selepas jangkamasa tertentu, ahli tadi akan mendapat hidangan
saqafah dan keilmuan yang diperbesarkan, diperluas sehingga mereka
menjadi lebih akomondatif dan terbuka dalam memacu gerakan yang
memerlukan keterlibatan dengan aliran dan pemikiran yang lain.
Kerana itulah Islam tidak menghadkan marhalah (tingkatan) untuk
mencari ilmu. Hasilan selepas bertaqlid adalah mampu berijtihad.
Dalam gerakan Islam juga sama sahaja.

IZZAH: Sasaran saya lebih kepada umum, ahli belum tahu lagi. Saya
ingin menyasarkan sahabat seperjuangan yang walau sedikit tetapi
komited dan berkualiti. Bolehkah begitu?

>Keutuhan intima' bukan penghalang kepada pengimarahan amal Islami
gerakan lain. Keterlibatan dengan program gerakan Islam lain pula,
bukan suatu penyebab kepada keterhakisan nilai intima' kita kepada
sesuatu jamaah sekiranya kita memandang dengan lebih jauh lagi.

IZZAH: Betul. Jazakallahukhairan katheera.

Nur Khairul Izzah Hamzah
KUiTTHO Parit Raja
4/7/2006
3.30 petang

 


Posted at 11:18 pm by Pendita Bitara
Komen membina  

Saturday, July 01, 2006
Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..

Umat Islam buta huruf….Islam bukan agama anti-intelek.

 

Menteri Wakaf Mesir, Dr. Mahmood Hamdy Zaqzouq pada 23 Jun 2006 telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa 46% umat Islam di seluruh dunia adalah buta huruf. Dalam sebuah seminar di Kuala Lumpur, beliau menegaskan angka ini adalah terlalu besar dan memeranjatkan kita semua. Tidak seperti Negara-negara barat lainnya, keperatusan buta huruf dalam dunia Islam perlu dilihat seluruhnya dan bukan berdasarkan keperatusan dalam setiap negara umat Islam kerana unsur kuantitatif lah yang akan mempengaruhi perkembangan kejayaan Islam sebagai agama yang universal, dan kejayaan Islam semestinya ditunjangi oleh keseluruhan komuniti Islam.

 

          Ilmu adalah punca kejayaan tamadun. Membaca adalah asas dan sumber utama dalam usaha mendapatkan ilmu. Menurut Profesor Masanori Higa daripada Universiti Terbuka Jepun :

 

" Kami memerlukan ramai cendekiawan untuk menyokong tamadun dan kebudayaan semasa. Sekurang-kurangnya 80 peratus daripada penduduk Jepun mesti menerima pendidikan tinggi. Orang terpelajar boleh menguasai sendiri maklumat dan pengetahuan dan yang paling penting ialah (mereka) boleh menilai mutu sesuatu maklumat atau pengetahuan itu . Mereka tidak mudah dipengaruhi tetapi boleh menggunakan ilmu mereka. Kami memerlukan kemahiran untuk mengumpul ilmu pengetahuan dan maklumat. Kami tidak perlu menghafal tetapi belajar untuk berfikir".

 

Kenyataan yang dikeluarkan daripada inteligensia negara maju ini sudah cukup mengambarkan peranan dan kebangkitan intelek sebagai  punca kepada kebangkitan sesebuah negara. Tradisi dan persekitaran sesebuah bangsa sememangnya mencorakkan tradisi ini. Barah dan luka akibat penjajahan beratus-ratus tahun oleh Barat telah menghasilkan suatu tradisi ilmu hibrit yang menghilangkan potensi sesuatu masyarakat Islam untuk bangkit dengan nilai sendiri. Tradisi ilmu hibrit pada saya ialah percantuman keilmuan sesebuah negara Islam yang sebenarnya turut menyertakan hasil kajian, hasil penemuan dan kejayaan tamadun barat sebagai rencahnya juga, kerana barat telah mendominasi kemajuan semasa umat Islam dijajah.

 

          Ramai yang menjadi takut atau janggal untuk menyebut tentang ilmu. Dikalangan mahasiswa orang berilmu dikaitkan dengan orang yang berilmu agama tinggi. Ilmu sebenarnya adalah umpama  suatu sebatian yang mentah. Sebatian tersebut kesemuanya adalah daripada Allah SWT. Dalam penurunan ilmu, Allah memberikannya kepada kita secara berperingkat. Ilmu tatacara hidup dan sistem kemanusiaan itulah digelar sebagai ilmu agama. Di dalam tatacara hidup itulah menjelmakan kebestarian akal dalam menemukan pelbagai falsafah kehidupan atau sains tabii. Di celah falsafah dan pandangan akal itu, bermula pula suatu langkah  kegiatan yang praktis, utilitarianisme serta realiti seperti ilmu mekanikal, matematik, sains teknologi dan sebagainya. Kesemua subtensi ini termuat dicelah-celah kerangka agama. Lantaran itu di dalam Al Quran, pelbagai ilmu falsafah kebenaran alam serta ilmu praktikal ada di dalamnya.  Pemisahan ilmu agama dan dunia (seperti tanggapan awam) adalah perlu mungkin, kerana disiplin ilmu terlalu luas jika dilihat daripada kronologi kehadiran ilmu itu sendiri. Maka pemisahan akan menghasilkan pengkhususan dan adab yang terjaga. Namun pemisahan sehingga terjadinya pemikiran sekular, selar menyelar, boikot memboikot hanya menjadi bahan tawa tamadun barat kepada kita.

 

          Dalam hal ini saya selalu mengikuti pemikiran Senator Amaludin Darus (bekas tokoh PAS sebelum keluar pada era Dato' Asri). Beliau adalah tokoh yang menitik beratkan keilmuan agama walaupun beliau bukan daripada aliran agama. Sejak bertugas dalam Jabatan Bomba Kelantan, beliau sudah mula aktif menulis karya-karya dalam genre agama dan kebangkitan umat Islam. Namun begitu beliau pernah menentang penubuhan Dewan Ulama' yang dikatakan sebagai suatu pemisahan konsep berilmu. Ulama' padanya juga meliputi kesemua golongan yang berilmu tidak kira ilmu sains atau sejarah. Beliau mempertikaikan halatuju Dewan Ulama' sebagai badan yang berperanan untuk membawa gerakan Islam di Malaysia. Pada saya, saya amat memegang taarifan asal ulama' iaitu golongan yang faham dan meneliti secara terperinci dalil agama. Golongan yang mampu berfatwa dan golongan yang menjadi agen penyampai perwarisan ilmu sejak zaman Rasulullah hingga kini. Walaubagaimana pun, pertikaian Amaludin Darus mungkin untuk membuka mata para ulama' zamannya (sekitar 50-60an) agar menjadi golongan progressif dan membuang kesemua karat sekular yang memisahkan ilmu agama dalam realiti masyarakat.

 

          Tidak sunyi apabila disebut tentang ilmu dikalangan umat Islam, akademik akan terus menjadi indikatornya. Konsep kecemerlangan, konsep berilmu serta konsep berakademik adalah konsep yang mempunyai nilai berbeza dan boleh dilihat daripada sudut yang berbeza juga. Saya selalu mengikuti banyak diskusi ilmiah atau intelek santai yang dianjurkan oleh aktivis Universiti Bangsar Utama, dimana grade dan tahap akademik bukan penghalang untuk mereka maju dalam intelektual. Cakap-cakap, pemikiran dan tanggapan mereka mencerminkan sikap dan peribadi mereka iaitu banyak membaca, berdiskusi dan banyak bertanya. Hal inilah yang menyababkan ramai mahasiswa Islam terbengkalai mindanya apabila akademik atau pointer dijadikan sandaran untuk menentukan kelayakan samaada mereka layak atau tidak untuk berdiskusi topik-topik di luar skop akademik mereka. Tahukah mereka falsafah akademik hari ini adalah untuk menjurus kepada praktikal pekerjaan dan bukannya menhasilkan golongan pemikir yang gemilang? Dan tidak juga dinafikan umat Islam di Malaysia perlu sedar akan peri penting akademik yang kukuh demi menjamin kelangsungan penguasaan Islam dalam negara.

 

          Konsep cemerlang selalu membelenggu umat Islam yang sememangnya majoriti berbangsa melayu. Mazilan Musa dalam artikelnya bertajuk Penekanan Ke atas Kejayaan dalam Menentukan Kecemerlangan (2002), menekankan salah konsep bangsa melayu berkenaan konsep cemerlang. Bangsa yang telah lama sengsara dan susah di bumi sendiri, mula melihat mereka perlu cemerlang, kaya, berkuasa serta berpengaruh sehingga kebanyakannya mula lupa akan perlunya menuruti tangga cemerlang itu sendiri. Tangga cemerlang semestinya adalah ilmu dan kebangkitan intelek. Hal inilah yang menyebabkan ramai melayu yang ingin merebut penguasaan bisnes daripada bangsa cina. Berlaku dengan mula menceburkan diri dalam bidang yang mudah mencapai 'cemerlang' ini (bisnes) tetapi mengenepikan kepentingan akademik mereka. Natijahnya, perniagaan 'stereotype', landai dan tiada inovasi.

 

          Bercakap tentang keilmuan di kalangan umat Islam, sebagai warga Malaysia, saya lebih senang untuk berbicara tentang tradisi ilmu yang sebenarnya ada di dalam ketamadunan Melayu. Untuk mencipta kecemerlangan harus bermula dengan mengenal potensi diri, menemukan nilai-nilai dasar yang menerasi watak dan budayanya. Dalam konteks umat dan budaya Melayu, antara nilai-nilai tradisinya yang terpenting ialah nilai ilmu. Transformasi budaya telah berlaku dalam masyarakat Melayu pra-Islam yang merupakan masyarakat seni kepada masyarakat ilmu. Tetapi yang menarik adalah, unsur seni dalam bangsa ini masih dikekalkan walaupun ilmu mula menguasai pemikiran dan tindakan kerajaan awal.

 

          Kedatangan Islam di nusantara telah membawa suatu revolusi minda yang agak drastik. Penyerapan keilmuan ini menjadi mudah dengan otoktoni melayu-hindu yang sama dengan pembawaan pendakwah arab dahulu. Mereka menghidangkan ilmu Al Quran, Fiqh (tanpa diberati dengan kaedah usul), tasawwuf dan aqidah secara ilmu kalam. Keilmuan aqidah secara ilmu kalam umpamanya telah berjaya menghasilkan minda melayu yang aktif berfikir, mencari kebenaran, serta berdielektik dengan segala isu yang ada pada waktu itu. Hakikatnya, melayu sebenarnya telah mencapai thap pemikiran yang tinggi sebelum kehadiran Snouk Hurgronje, Stamford Raffles dan lain-lain anasir yang memugar kesan-kesan intelek ini.

 

          Kejayaan Melayu Islam juga berpunca daripada kegiatan demokratisasi ilmu oleh para Sultan. Ilmu yang selalunya tersembunyi di kutubkhanah istana, mula dibuka untuk dijadikan suatu yang inklusif dan terbuka. Natijahnya, pelbagai kitab-kitab jawi mula menjadi rujukan umum termasuk para sultan, kerana percambahan literasi jawi seiring dengan dasar pemerintahan sultan-sultan melayu.

 

          Pada saya, saya sengaja menyoroti pelbagai aspek diatas agar kita mengetahui, tradisi ilmu adalah suatu yang sememangnya berkembar dengan 'pakej' agama Islam itu sendiri. Umat Islam yang mengalami keadaan buta huruf adalah disebabkan faktor politik, kekurangan bantuan negara jiran, kesedaran umum dan sikap sesuatu bangsa terhadap epistemologi. Islam tidak sinonom dengan kejahilan kerana Al Quran sendiri membezakan golongan yang 'tahu' dengan golongan yang 'tak tahu'. Perbezaannya terlalu tinggi. Islam amat menghargai golongan ilmuan. Dorongan primer boleh kita dapati daripada Al Quran, Sunnah dan amalan para ulama' kita. Tetapi kesemuanya bergantung kepada tindakan pemerintah dalam melakar perubahan budaya ilmu kerana budaya bermula daripada manusia. Manusia pula berpusat dan berpaksi di mindanya. Minda adalah suatu yang degil jika tidak digembleng langkah menanganinya. Usaha jangka panjang boleh menyelamatkan umat Islam daripada terus buta huruf.

 

"JOM BINA EMPAYAR INTELEK DI TEMPAT ANDA…nak tahu?..email saya…"

 

Muhammad Nuruddin Bashah

jihadin82@yahoo.com

PKNS, Kerinchi

Kuala Lumpur

1/7/2006

8 pagi.       

 


Posted at 10:49 am by Pendita Bitara
Komen membina  

Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia

Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia; tinjauan yang jarang dikupas.

 

          Saya pernah mengajukan beberapa soalan kepada rakan-rakan saya daripada pelbagai aliran jamaah atau gerakan Islam di Malaysia berkenaan kejayaan gerakan dakwah di Malaysia. Mengapakah boleh dikatakan gerakan dakwah oleh institusi persendirian seperti gerakan Islam atau jamaah Islam di Malaysia kelihatan tidak menyengat walaupun ahli-ahlinya beribu-ribu orang serta meliputi pelbagai segmen di dalam masyarakat Islam? Mengapakah ianya sukar diberikan jawapan konkrit sedangkan semenanjung Malaysia tidaklah terlalu besar berbanding dengan peta Negara-negara Islam yang lain.

 

          Ramai yang gagal menjawab soalan ini. Ramai juga yang memberi jawapan tentang kejayaan gerakan Islam di Malaysia dan saya akuinya kerana istilah kejayaan perlu dilihat kepada terminologi yang digunapakai oleh setiap gerakan Islam. Istilah kejayaan adalah mengikut orientasi gerakan yang pelbagai. Terdapat yang agresif, holistik, konseptual, progressif serta ada yang melihat kejayaan melalui furu'-furu' tertentu dalam cabang Islam.

 

          Benarkah ada pertembungan di antara gerakan Islam? Saya melihat rentetan daripada dilema untuk penyertaan umat Islam kepada pelbagai jamaah Islam yang semestinya memberikan perkhidmatan dan pengamalan method yang berlainan, menyebabkan ada yang mengambil jalan mudah untuk menafikan peranan jamaah. Ada yang melihat kontadiksi diantara sistem dan pengamalan atau manifestasi 'amal Islami' yang variasi diantara jamaah-jamaah sebagai barah atau racun yang memecah belah. Maka keluar sudah slogan-slogan yang anti kepada chauvinisme jamaah yang dikatakan lambat, sempit dan bersifat selektif (kerana dikatakan Islam itu terbuka dan tidak memilih bulu). Bagi saya ada dua analisis yang perlu dilihat. Samaada kekecewaan kepada pertembungan sistem antara jamaah atau disebabkan obses melampau setiap ahli jamaah kepada method masing-masing yang menyebabkan timbulnya seruan  mempersoal semula konsep amal berjamaah dalam erti kata merealisasikan amal Islami secara berjamaah. Seruan tersebut mungkin boleh diubah nadanya dengan menggalakkan interaksi dan integrasi antara jamaah Islam dengan mengurangkan jurang perbezaan method dan pemikiran setiap gerakan Islam dan bukannya dengan membubarkan intima' jamaah ataupun dianggap paranoid sesama jamaah.

 

          Mengapakah adanya perbezaan? Faktor perbezaan semestinya dinilai daripada konteks persejarahan dan kronologi tertubuhnya sesebuah jamaah atau gerakan Islam. Di sini rasanya tidak perlu dihuraikan mengapa seruan berjamaah itu muncul apabila kekecohan struktur masyarakat Islam berlaku semasa era kolonialisme. Mengapa seruan berjamah menjadi sinonim dengan kejatuhan Empayar Uthmaniyyah juga tidak perlu dihurai panjang memandangkan ruang perbahasan akan menjadi bertambah kompeks. Perbezaan pada saya perlu dilihat dari segi nilai falsafah atau aliran pemikiran Islam yang dipegang, wasilahnya, methodologinya, siapa pembawanya serta mengapa ijtihad cara dan langkah tersebut digunakan perlu ditinjau. Kelainan ini akan membina institusi jamaah yang berlainan, sikap dan cara menangani isu, cara dakwah serta ruang pemikiran yang berlainan juga. Kelainan ini semestinya akan membina suatu benteng pemikiran yang dibina secara tidak langsung dalam usaha sesuatu jamaah untuk menghasilkan perwarisan pemikiran, amalnya serta tindakannya agar tidak bercanggah dengan ijtihad asal jamaah. Pada saya ijtihad asal ada keberkatannya dan wajar dipertahankan, walaupun inovasi method mungkin perlu diberikan dan amal Islami setiap jamaah perlu diberi nafas baru.

 

Persoalan umum ialah, perlukah perwarisan dikekalkan nilai sehingga kelihatan kaku dan konvensional? Sebenarnya ramai yang tidak nampak nilai progressif yang akan timbul jika kaedah perwarisan dikekalkan. Kaedah kaderisasi, tarbiah marhaliyyah serta lain-lain 'tools of jamaah', telah banyak memberi impak progressif dalam mana-mana sejarah gerakan Islam sedunia. Cabaran semasa, globalisasi, keterbukaan informasi dan kerencaman sosial adalah antara cabaran yang boleh diselesaikan walaupun  sistem perwarisan dikatakan terlalu kaku dan bertaqlid. Cabaran semasa boleh ditangani sekiranya elemen 'mutaghayyirat' jamaah dikenalpasti tanpa membuang struktur 'sawwabit' (perkara asasi/prinsip) jamaah. Mengapa perlu kekalkan prinsip? Jawapannya mudah, setiap organisasi ditubuhkan berasaskan prinsip. Tanpa prinsip, budaya anarki dan tanpa halatuju boleh berlaku.

 

          Di Malaysia nama-nama seperti PAS, JIM, ABIM, Arqam serta Tabligh adalah nama-nama umum bagi gerakan Islam. Adapun gerakan Islam yang terkini, atau bersifat kedaerahan, kenegerian, mahupun berunsur proksi kurang dibicarakan atau dipertikaikan.

 

          Hizbul Muslimin adalah gerakan Islam awal di tanahair selepas gerakan jihad (millenarian) yang ditaja oleh Tok Janggut serta Abdul Rahman Limbong kelihatan tidak bersepadu. Hizbul Muslimin yang ditubuhkan atas dorongan ulama' di dalam PKMM hanya berupaya berdakwah secara tidak tersusun selama beberapa bulan sahaja sebelum diharamkan pada 1948. Pada saya pengharaman dan pengisytiharaan darurat di Malaya ada kaitannya dengan kejayaan Zionis membina negara haram Israel pada tahun yang sama dalam usaha membendung kebangkitan, baik daripada aliran Islam mahupun sosialis dan nasionalis yang berbaur kemanusiaan sejagat. Walaupun boleh dikatakan asas Hizbul Muslimin inilah yang menghasilkan PAS pada 1951, tetapi pada saya ada kelainannya. Hizbul Muslimin lebih agresif dan beraliran kiri serta menerima arus kebangkitan  Islam di tanah arab khususnya Mesir apabila muncul kebangkitan arab untuk menentang Israel.

 

          PAS ditubuhkan dengan tajaan UMNO dengan $500 sumbangan daripada UMNO sendiri memandangkan adanya saranan agar ditubuhkan sebuah persatuan Ulama' Setanah Melayu. Tujuannya adalah  untuk menjadi badan yang tersendiri tetapi masih bernaung di bawah UMNO. Tuan Haji Fuad, Dr Abbas dan Ahmad Badawi antara tokoh awal yang membina tapak ini. PAS masih ramai ahli UMNO di dalamnya pada sekitar 2 hingga 3 tahun awal penubuhannya kerana PAS dilihat sebagai badan Ulama' yang akan membawa suara ulama' dalam membina ketumbukan gesaan kemerdekaan yang lebih menyeluruh. Untuk merdeka PAS turut bersama dengan pelbagai proksi politik bangsa lain bersama-sama berusaha menuntut kemerdekaan Malaya. Tuan haji Fuad selaku YDP pertama PAS telah terlibat dengan National Conference ynag ditaja oleh Dato' Onn (selepas keluar dari UMNO untuk menuntut kemerdekaan cara yang lain), manakala UMNO pula menginginkan PAS menyertai National Convention tajaan Tunku. Ini jelas untuk mengambarkan bahawa pemisahan pemikiran melayu tentang politik, gerakan keagamaan atau kelainan fikrah belum berlaku secara jelas lagi memandangkan keutamaan isu merdeka menjadi titik penyatu semua organisasi Melayu. Pernah terjadi semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah di Melaka, apabila amalan mazhab Syafie telah berakar umbi, secara tiba-tiba datangnya ulama'ulama' arab yang membawa aliran salafi di Melaka. Memandangkan tahap pengamalan dan penghayatan Islam di Melaka masih rendah, rusuhan telah berlaku dan kesemua pengikut ulama' arab baru tersebut dibenteras oleh Sultan. Kelainan fikrah belum jelas pada awal kerajaan Melayu Melaka dan jika berlaku ianya akan menjadi terlalu kompleks ataupun terlalu dingin memandangkan isu utama Melayu yang ada itu sendiri kebanyakkannya menyatukan Melayu.

 

          Kehadiran PKPIM serta ABIM kini dilihat sebagai saingan PAS dan JIM. Dilihatnya ada pemisahan fikrah disitu. PKPIM ditubuhkan pada 1961 di Universiti Malaya sebagai dorongan aspirasi Islam tajaan PAS yang mula dilihat oleh golongan mahasiswa sebagai alternatif kepada fahaman nasionalis dan sosialis yang telah lama berkuasa di UM. Kerjasama PAS dan PKPIM jelas dengan penubuhan KERPAS sebagai agen pengkaderan pemimpin muda PAS daripada lubuk intelektual.

 

          PKPIM yang juga kemudiannya menubuhkan ABIM sebagai kesinambungan kerjanya adalah suatu gerakan student dan bukannya sebuah gerakan yang berlainan fahaman. Kesemua refleksi timur tengah dan kebangkitan Ikhwan serta Jamaat Islami Pakistan berlaku di Malaysia dan simbahan awalnya terkena pada PAS selaku Parti politik yang bercita-cita untuk mendaulatkan Islam. Setelit PAS seperti PKPIM dan Gerakan Ar Rahmaniyah tajaan Dr Usman El Muhammady (di terasi oleh Dr Daeng Sanusi) mula menguasai massa kampus di Malaysia. Di luar negara, IRC dan Voice Of Islam menjadi tapak kepada gerakan pelajar yang berjuang dengan bekalan semangat PAS. PAS dilihat sebagai simbol gerakan awal Islam di Malaysia yang progressif dan lantang.

 

          Pada sekitar tahun 60an, tiada masalah tentang penyertaan jamaah-jamaah ini kerana kelihatannya induk serta fikrah dan matlamat mereka adalah sama. Tempias elemen daripada timur tengah juga berlaku hampir sama kepada jamaah-jamaah ini apabila Ustaz Hassan Syukri dengan Gerakan SPEM nya cuba membina sistem tarbiah yang setaraf dengan gerakan Islam sedunia. Permulaanya 5 prinsip Ikhwan dipopularkan oleh beliau. Kebersamaan asal usul serta kesamaan pengaruh luar menyebabkan interaksi menjadi harmoni dan bersepadu.

 

          Saya melihat apabila ijtihad Anwar Ibrahim menyertai UMNO (pujukan Mahathir melalui Dr Ismail Al Fariqi) serta keinginan IRC/JIM membina sistem tarbiah mereka sendiri merupakan titik tolak kepada perubahan methodologi dan pemikiran masing-masing. ABIM yang asalnya radikal dengan klausa neo-jahiliyyahnya mula moderate dan lebih terbuka. JIM mengambil peluang membina empayar dikalangn mahasiswa dan para intelektual. Walaupun asal dan sejarahnya sama, tetapi ijtihad mula berubah dengan suasana, maka nilai perwarisan mula dikekalkan dan mulalah munculnya perbezaan baiah, perbezaan sistem tarbiah dan sebagainya. Maka perlumbaan untuk mencari kader gerakan mula berlaku. Istilah taadud jamaah (sekitar 1980an) (pluralisasi jamaah) mula dinilai sebagai suatu yang bercanggah dengan aspirasi Islam walaupun pada saya kupasan tajuk taadud jamaah perlu lebih diberi penekanan kepada adab dan akhlak berlainan jamaah dan bukannya menghentam atau menyalahkan gerakan Islam lain. Pendapat Dr. Yusuf Al Qaradhawi dalam kitabnya Fiqh Ad Daulah mungkin ada benarnya dalam menilai isu kepelbagaian parti Islam, organisasi dan gerakan dakwah yang bercambah kini. Padanya nilai karismatik kepimpinan yang berlainan, serta fitrah manusia yang pelbagai pendapat dan pemikiran perlu diraikan.  Walaubagaimana pun  beliau tetap menegaskan perihal akhlak serta sikap toleransi yang perlu ada disamping mengutamakan isu bersama berbanding kelainan yang ada. Namun begitu saya perlu menghormati pendapat dan seruan sesetengah pihak yang tidak boleh menerima kehadiran 'jamaah baru' kerana keperitan 'berperang' sesama sendiri berbanding berperang dengan musuh Islam sebenar.

 

          Bagaimana pula jamaah lain yang mungkin berlainan teras, sejarah dan falsafahnya? Al Arqam adalah suatu gerakan tradisional progressif dimana elemen asli seperti tradisi tasawuf, pondok dan sistem pengajian khalaf dihidangkjan dalam bentuk baru yang progressif dan terkini. Elemen ekonomi ditekankan serta pembentukan sebuah negara Islam bermula daripada sistem komuniti Islam yang kecil. Al Arqam sebenarnya bukan sebuah gerakan yang mengambil inspirasi antarabangsa. Al Arqam yang berunsur tariqat Suhaimiyyah(muhammadiyyah) cuba membina masyarakat muslim mengikut perspektif tradisional. Hakikatnya Arqam juga sebuah medan untuk menghasilkan kebangkitan Islam yang berpengaruh sekitar 70an hingga 90an. Perlu diketahui Arqam ditubuhkan apabila sahaja pengasasnya keluar daripada PAS (bekas calon PAS Bangsar 1964).

 

          Gerakan tabligh yang dikatakan gerakan yang hanya mementingkan amalan fadhilat semata-mata sebenarnya adalah gerakan yang berasal daripada para muhaddisin India. Natijah daripada tekanan teruk British terhadap umat Islam India, menyebabkan ulama' India membuat ijtihad agar dakwah dilakukan secara lembut dan istiqamah. Tariqat Chistiyyah sebenarnya menjadi asas pembinaan manhaj Tabligh. Kedatangannya secara besar-besaran pada era 1960an telah mewarnai dunia dakwah di Malaysia.

 

          Saya melihat ketidak terlibatan antara gerakan Islam berpunca daripada pemikiran pendokongnya sendiri. Masih ada yang memboikot pilihanraya semata-mata intima' kepada jamaah yang tidak menjadikan politik sebagai medan penguasan Islam. Masih ada yang memulau majlis ilmiah dan majlis intelek Islam anjuran jamaah yang bukan daripada 'sanadnya'. Masih ada yang meremeh-remehkan usaha tabligh yang dikatakan gerakan tanpa ilmu dan halatuju. Adakah ini krisis yang menyebabkan laungan anti amal jamai'e berkumandang?. Pada saya ada kebenarannya. Sikap obses, taqlid, tidak berlapang dada atau ketidakfahaman tentang konsep taat dan intima' itu sendiri yang menyebabkan kegagalan menghasilkan amal yang berkesan. Menembak dengan peluru yang sama tetapi tidak serentak dan tidak diatur tembakkannya tidak akan melumpuhkan musuh Islam atau membina dakwah yang berjaya. Peluru akan habis, tenaga akan hilang dan yang ada ialah nama gerakan yang kini sebenarnya malap berbanding dengan nama-nama program realiti TV.

 

          Mengapa perlu dipersoalkan sikap intima' kepada satu jamaah? Keterlibatan, tahalluf dan kerjasama antara gerakan, berlapang dada dan sebagainya bukan suatu akibat sebab kepada kehancuran intima' dan taat kepada jamaah. Keterlibatan adalah perlu kerana berlainan pemikiran sehingga memisahkan kerjasama Islam adalah suatu yang salah.

 

          Mengapa pula perlu intima'. Bukankah cukup sekadar kita mengisi borang menjadi ahli sesebuah jamaah, berbaiah atau berjanji setia kemudian turut berbuat demikian kepada gerakan Islam yang lain? Jawapan kepada ijtihad intima' ini adalah kerana melihat kepada silibus pembentukkan insan setiap gerakan itu sendiri.

 

Setiap gerakan ada formulasinya yang tersendiri. Ada nilai perwarisannya sendiri berdasarkan ijtihad methodologi. Untuk membina manusia tidak boleh dicampuradukkan sistem semata-mata ingin mengejar hakikat berlapang dada dan kesatuan ummah. Istilah kesatuan ummah adalah istilah yang hanya tercapai setelah pembinaan individu muslim berlaku dan jamaah semestinya mempunyai formulanya sendiri. Formula yang hakikatnya  bukan dicipta oleh golongan jahil. Formula yang bermula dengan liqa kecil, usrah atau halaqah ilmiah ini akan membina individu secara perlahan-lahan walaupun boleh dikatakan dogma perlu dihidangkan kepada mereka.

 

Hal ini samalah jika kita meneliti tingkatan bermazhab atau adab mengikuti sesuatu aliran. Perlulah dimulai dengan tingkatan taqlid atau mengikuti dahulu sebelum betul-betul mahir meneliti dalil sendiri. Dalam gerakan Islam, unsur taqlid, normatif dan aspek 'spoon feeding' mungkin suatu formulasi ampuh yang sebenarnya telah berjaya menghasilkan beribu-ribu pekerja dan pemimpin Islam yang progressif walaupun masih konvensional. Selepas jangkamasa tertentu,  ahli tadi akan mendapat hidangan saqafah dan keilmuan yang diperbesarkan, diperluas sehingga mereka menjadi lebih akomondatif dan terbuka dalam memacu gerakan  yang memerlukan keterlibatan dengan aliran dan pemikiran yang lain. Kerana itulah Islam tidak menghadkan marhalah (tingkatan) untuk mencari ilmu. Hasilan selepas bertaqlid adalah mampu berijtihad. Dalam gerakan Islam juga sama sahaja.

 

Pada saya intima' kepada jamaah bukan suatu halangan kepada keterlibatan sesama gerakan Islam, kerana pembinaan individu yang lengkap dan progressif tidak akan tercapai dengan sikap sambil lewa, tangkap muat, ambil sikit-sikit atau sikap hanya mengambil sesuatu daripada pelbagai jamaah secara permukan sahaja tanpa menyelami dasar intipati sistem sesuah jamaah. Sikap dan pemikiran adalah halangan dan boleh juga menjadi suatu faktor kepada kelangsungan keterlibatan dan kerjasama erat antara gerakan Islam. Jamaah atau gerakan Islam yang berasal daripada sejarah yang sama seperti PAS, JIM dan ABIM akan juga menjadi lebih kukuh dan bersepadu dengan pelbagai jamaah lain seperti tabligh yang berlainan kronologi sejarah dan sistemnya. Keutuhan intima' bukan penghalang kepada pengimarahan amal Islami gerakan lain. Keterlibatan dengan program gerakan Islam lain pula, bukan suatu penyebab kepada keterhakisan nilai intima' kita kepada sesuatu jamaah sekiranya kita memandang dengan lebih jauh lagi. Kesejagatan ummah atau kesatuan Ummah, akan terlaksana jika falsafah ini difahami serta penghasilan individu Islam yang progressif dilakukan secara konsisten tanpa melupakan nilai interaksi dan integrasi sesama gerakan Islam. Disinilah peranan jamaah. Membina individu progressif demi mencapai kesatuan ummah. Islam adalah tinggi, tiada yang lebih tinggi daripadanya.

 

"Selamat membaca dan mengkritik..kritikan akan menghalusi sesuatu isu…."

 

Muhammad Nuruddin Bashah

Kerinchi Kuala Lumpur

30/6/2006

12.30 malam.


Posted at 02:21 am by Pendita Bitara
Comments (4)  

Thursday, June 29, 2006
Semutal lama....

Semutal lama…
Semutal lama itu tersepuk sepi….
Semutal itu nampak jelas lusuh….
Cebisan terhiris melerai jasad cinta…
Pada sesuatu yang rapat padanya….
Menanti hari dikutip….ingin membuat sesuatu,
Agar masih diketahui…semutal tidak terlalu lusuh,
Semutal lama…tapi ingin kembali mendekati….pada yang pernah rapat padanya..
Pernah disuatu ketika..semutal itu menghasilkan kilau,
Pada perhiasan emas, di rumah-rumah kaya,
Semutal itu pernah menjadi keperluan,
Untuk hasilkan sinar gemilang..
Luhur kasih tatkala menggilap, mengesat dan membaluti,
Pelbagai perhiasan emas…
Terbitnya kilauan, munculnya jelas tersirna kemanusian dari perhiasan itu,
Memukau pada yang memandang,
Dari kilauan dan kekilatan itu….
Sang semutal mengintai pantulan wajahnya..
Kerut penuh di muka…tercarik lagi kasihnya…..
Sebelum sempat bergandingan mesra…
Perhiasan diambil orang…memisahkan…
Semutal lama dan perhiasan emas..
Dalam lipatan jasad, tergumpal gundah durjanya….
Menyimpan hasrat…ingin sentiasa menggilap..
Agar sinar itu tak kunjung malap…
Dia ada lagi….masih ada….di penjuru sarwa..
Masih tersepuk sepi…..dia Nuruddin….
 
Sajak khas untuk yang memahami sahaja....

Posted at 10:23 am by Pendita Bitara
Comment (1)  

Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...

Dah lama tak balik kampung….tapi minggu lepas kena balik gak sebab adik saya dapat masuk UM..so kenalah uruskan hal die.

 

          Kucing saya Eva, dah bersalin dapat 4 ekor anak yang berbulu tebal, tak macam spesis biasa pulak. Seekor anak die kalah dalam persaingan nak dapat susu, jadi dia sakit tenat. Saya dan adik bawa die ke klinik haiwan Balik Pulau. Klinik ni bukan popular denga kucing sebab orang kampung selalu check lembu dan kerbau je kat klinik ni. Setiap kali kucing bersalin, kami akan suntik anak kucing kami kat sini dan ambik ubat cacing. Teringat Mimi, masa kena gigit anjing..sebab protect saudara die  yang lain….akhirnya mati gak sebab semalaman tak diberi vaksin. Dah inject tapi terlambat, gigitan anjing memang bisa. Mati, terus kami buh batu nesan kecik….

 

Suami Eva namanya Elbert. Sebab dia putih nama dia pun macam orang putih. Elbert amat sopan dan penyayang. Dia walaupun saudara kandung Eva, tetapi memilih Eva sebagai pasangan hidupnye..kira ok lah ….sebab dia tak bersosial sangat dalam alam kucing ni… (mak diorang ni nama Azura..cute sangat)….

 

          Bila ada kat rumah, saya tengok gigi mak makin kurang…mak kata,

"setiap kali aku lahirkan hampa 5 beradik..2 batang gigi aku akan gugur"…sebab kalsium mak kami ambik sorang sikit….

Kalau saya dan adik beradik lain kerje bagus-bagus, dapat duit banyak…agak-agak boleh ke kami ganti gigi asli mak yang tuhan bagi?..mesti tak boleh….mak bagi korbankan anggota badannya yang asli demi nak lahirkan kami yang 'jemuan' ni….

 

          Ayah saya simpel..dulu baran sekarang dah slow…dia sejak pencen pensyarah maktab ni, setiap hari masak kat umah. Dia ganti mak sebab mak yang keje sekarang. Ayah mengajar tusyen hampir setiap hari dan setiap malam. Dapat duit tusyen terus bagi kat mak..sebab nak hantar kat kami yang berada kat depan PC ni….dia hanya ambik RM 50 je untuk beli barang keperluan die..selalunya duit tu dia minum kopi je….ayah tak suka makan luar sebab gila memasak..masakan die mak pun kalah..

 

Ayah saya tak ada barangan keperluan kecuali berus gigi sebatang tu je…dia tak perlu sikat (pinjam je)..tak perlu bedak, minyak wangi atau apa sahaja kerana dari kecik mak dan ayah dia tak bagi semua tu….

 

Ayah saya ni yang saya respek gila kat dia..walaupun dia baran….dia tak pernah bagi mak saya basuh baju die…dari muda sampai dah tua ni…dia tak pernah minta "Norma…buat kopi kat saya"….dia akan buat sendiri kalau dia nak apa yang dia nak minum…..dia tak pernah minta makan hidang…kami makan ambik sendiri kat dapur…sebab tu janggal bila makan kat umah orang..selalu berkumpul adik beradik kat kedai je…

 

Sebab dia berdikari dan tak demand banyak….dia menjadi perbandingan kepada ayah orang lain mungkin..saya selalu bandingkan time kecik-kecik dulu…ayah aku tak hisap rokok walaupun gaji die banyak..tapi ada bapa orang lain susah gaji kecil tapi rokok menjadi keperluan die…so barangan keluarga dah kurang kat situ…so berbangga jugak dapat ayah macam tu..

 

Kalau mak masak tak sedap..dia diam (walaupun pemarah)..dia akan beli lain barangan memasak dan masak sendiri….tak pernah komen….

 

Bila dah besar panjang ni..baru kami sedar mak dan ayah kami spesel rupanya….nampak ganas..tapi pengorbanan depa tak pernah cakap……walaupun saya dari kecik sampai besar tak pernah mak dan ayah amik report card dan mak dan ayah tak permah amik tau keputusan exam saya….saya dapat hadiah pun..depa mai sekali dua je..tu pun sebab PIBG sound….saya tak pernah dipuji bila dapat no. satu dalam kelas…masuk UM sorang-sorang je daftar..ni adik pompuan pulak daftar sorang-sorang…tapi kini baru tau…depa nak kami berdikari…bukan pujian menaikkan semangat..tetapi jati diri….adik perempuan kedua bongsu saya dapat UM…kire ok lah yek….tak pandai pun..tapi rezeki die….Moga Allah rahmati keluarga kami….

 

p/s : saja je send artikel ni..sebab tak tau nak luah mana hal keluarga saya ni…..sebab tak popular pun cerita macam ni….

 

Muhammad Nuruddin Bashah

Kuala Lumpur

28/6/2006

 


Posted at 02:38 am by Pendita Bitara
Comments (5)  

Next Page


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< July 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed