Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Thursday, June 11, 2009
Memorandum Perjuangan Ulama’ dan Intelektual menentang PPSMI kepada Majlis Raja-raja Melayu

Wednesday, June 10, 2009

Memorandum Perjuangan Ulama’ dan Intelektual menentang PPSMI kepada Majlis Raja-raja Melayu


 

Hari ini 10 Jun 2009 berlangsung suatu agenda besar bagi rakyat Malaysia, apabila kelompok Ulama’ dan pendakwah agama turut bersama menderap langkah untuk menyerahkan Memorandum Ulama’ Menentang PPSMI kepada Penyimpan Mohor-mohor Besar Raja-Raja Melayu Tan Sri Datuk Seri Engku Ibrahim Engku Ngah . Memorandum bertajuk Muafakat Ulama’ Mansuhkan PPSMI ini diserah melalui rombongan ulama’ dan ahli akademik bahasa yang diketuai oleh Yang Berbahagia Al Fadhil Ustaz Abdul Ghani Shansuddin Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA). Sebenarnya program bermakna ini adalah kesinambungan dan rentetan daripada program sebulan yang lalu iaitu Deklarasi Ulama’ Menentang PPSMI yang diadakan di Surau Taman Meru 2B (An Nuriah) pada 10 Mei 2009.

Penyerahan tersebut berjalan dengan lancar tepat pada pukul 11.15 pagi selepas penyerahan diterima oleh Tan Sri Datuk Seri Engku Ibrahim Engku Ngah di Pejabat Penyimpan Mohor-Mohor Besar Raja-Raja Melayu. Sebelumnya rombongan ini berkumpul di Koperasi Buku Dewan Bahasa Dan Pustaka pada pukul 10.30 pagi.

Pembentangan awal dilakukan oleh Pengerusi SHURA sendiri iaitu Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin dengan kata awalnya adalah penegasan bahawa Ulama’ adalah antara kelompok yang turut memandang penting dan kritikal terhadap isu penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan hari ini. Malah penegasan beliau adalah bertepatan dengan aspirasi awal memorandum ini iaitu Bahasa Melayu mendokong entiti, identiti serta norma agama Islam itu sendiri. Haji Azmi Abdul Hamid turut berucap untuk menerangkan perjalanan perjuangan SHURA serta ulama’-ulama’ tanahair yang mengambil serius isu bahasa ini. Prof Abdullah Hassan selaku wakil Gabungan Mansuh PPSMI (GMP) pula menghuraikan signifikasi dan keterikatan budaya Islam yang terlarut erat di dalam Bahasa Melayu. Malah pada pandangan beliau gejala liberalisasi beragama, sekularisme yang menimpa umat Islam adalah majoriti daripada kelompok yang pro kepada pendidikan ala Inggeris dan pendidikan berteraskan bahasa berkenaan. Bahasa Melayu telah lama dipakejkan dengan nilai Islam sejajar juga dengan perkembangan tulisan jawi yang menggantikan tulisan Pallava Sanskrit.

Memorandum berkenaan akan diserahkan kepada Majlis Raja-raja melayu yang akan bersidang pada 29-30 Julai nanti. Malah usul ini perlu diberi lebih awal iaitu pada proses ‘pre-council’ lagi. Pada pandangan Tan Sri, pihak SHURA wajar untuk menyerahkan juga memorandum berkenaan kepada setiap Raja secara berasingan untuk tindakan yang lebih efektif.

Memorandum ‘keramat’ ini dimulai dengan kesedaran bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa Eka yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan serta diakhiri dengan seruan agar semua warga pendidik, waris-waris pelajar serta rakyat bersatu untuk terus mendesak pemansuhan PPSMI ini. Adalah wajar apabila SHURA, TERAS dan Persatuan Ulama’ Malaysia tadi bersetuju untuk menjelajah ke setiap negeri mengadap Sultan dan Raja Melayu bagi memanjangkan lagi perjuangan menentang PPSMI yang merugikan jatidiri bangsa Melayu Islam, serta mencarik maruah sebuah negara bangsa yang beridentiti.

Muhammad Nuruddin Bashah
Setiausaha TERAS Perak

http://munawwarah.blogdrive.com
Hadapan 360 MKJ Kampung Terang
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang
017 6291368

Posted at 03:00 pm by Pendita Bitara
Komen membina  

Tuesday, June 09, 2009
Surat kepada Mufti Perak: Isu Hadanah Muhd Ridzwan

 

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, F1014B, Kampung Pondok Batu Hampar, 08400, Kedah, Malaysia

Emel : azmi58@yahoo.com

"Hijrah kepimpinan untuk memperkasa bangsa"

 

Assalamualaikum

Sohibul Samahah Dato' Seri Haji Harussani Haji Zakaria

Jabatan Mufti Negeri Perak

Tingkat 5,  Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab

30000 Ipoh Perak

 

Tuan,

 

KEPERIHATINAN TERHADAP ISU HADANAH; KES MUHD RIDZWAN

Hari ini kita melihat sendiri secara jelas dan nyata betapa aqidah Islam mula menjadi komoditi murahan bagi sesetengah pihak. Lebih malang apabila kelompok pendakwah dan gerakan Islam mungkin agak kurang menyuarakan suara secara jelas, kurang memberi bantuan teknikal dan kerahan fikiran yang serius dalam menghadapi isu tekanan terhadap  aqidah Islam kini. Surat yang ditulis ini lebih kepada suatu lambaian yang perlu disahut untuk kita NGO Islam, Parti melayu dan Islam untuk bersama duduk serta dalam kerja buat membela isu aqidah serta syariah di Malaysia ini.

 

Tidak dinafikan Malaysia dalam rangka perundangan yang diterasi perundangan dan kehakiman sekular menghendaki kita merenung perjalanan Mahkamah Syariah yang tersepit dalam pelbagai siratan perlembagaan mahupun tafsiran perundangan yang amat pragmatik. Lebih memburukkan keadaan adalah sikap sesetengah golongan liberalisme yang mulai menunjukkan pentas secara rasmi untuk menyerang sistem aqidah dan mahkamah syariah di Malaysia.

 

TERAS (Teras  Pengupayaan Melayu) ingin mengajak pihak Tuan untuk bersama membantu mengurus selia kes perbicaraan hak penjagaan anak bagi Muhd Ridzwan terhadap bekas isterinya yang masih beragama Hindu, Puan Indira. Beberapa perkara penting yang perlu kita perhatikan adalah:

 

1.    Pertamanya Rizdwan berada dalam keadaan trauma dan ketakutan. Begitulah maklumat yang diketahui. Mungkin ada 'kekerasan' dari pihak tertentu tidak diketahui umum.

2.    Ridzwan tidak dapat lagi bekerja dengan baik akibat trauma yang dihidapinya. Bantuan kewangan banyak dikeluarkan oleh peguam-peguamnya sendiri, malah khidmat guaman mereka adalah percuma. Pada TERAS setiap NGO muslim perlu melaporkan diri kepada barisan peguam Muhd Rizwan untuk menyalurkan bantuan efisien agar kena pada sasaran dan tempatnya. Kini yag banyak mengurus Ridzwan adalah peguam-peguamnya sendiri.

3.    Perbincangan dan wacana untuk membantu kes sebegini banyak kedengaran seperti dari JAKIM dan sebagainya. Tetapi ketidaksatuan berlaku kerana perbincangan dan bantuan yang ingin diberi tidak dilibatkan dengan peguamnya sendiri. Malah kelihatan isu ini hanya dihangatkan tanpa ada yang ingin membantu secara konsisten di Perak. Malah pihak tertentu dari Kuala Lumpur lebih aktif dan peka dengan perjalanan isu ini di Perak. Pihak  ABIM Perak dan Muafakat adalah antara NGO gerakan Islam  yang memberi keutamaan kepada isu ini selepas PEMBELA.

4.    Parti-parti Islam dan melayu seperti PAS, UMNO dan PKR perlu memainkan peranan mengambil tahu sekaligus menyalurkan kepekaan mereka secara jelas dan efektif. Lihat bagaimana DAP kini menaungi peguam-peguam Indera!  Malang apabila kes politik di Perak, di Penanti dan Kelantan ramai yang mengambil tahu tetapi mengabaikan kes perjuangan aqidah muallaf di negeri sendiri. Perjuangan kes sebegini menjadi indikator penting menilai sejauh mana matlamat kita membela Islam dan aqidahnya.

5.    Betapa akta menjadi suatu rujukan utama dalam mahkamah syariah sekalipun dan bukannya hujah Al Quran dan Hadis. Malah ada ketikanya Hakim yang mendengar kes tidak faqih dalam ilmu syariah. Betapa perlunya juga pendakwah muslim hadam perundangan teras Islam dari Al Quran dan Hadis, kemudiannya mendalami undang-undang syariah Malaysia (berteraskan akta) serta Undang-undang sivil sekular di negara ini. Inilah kekurangan kita.

 

Sebarang bantuan kewangan, sokongan fikiran, kemudahan teknologi dan pengangkutan atau segala bentuk bantuan yang difikirkan bermanfaat bolehlah disalurkan untuk pejuangan ini melalui Peguam bela beliau : En Adham ( 016 5345487) atau Pengerusi Teras Perak Ustaz Wan Ahmad Tarmizi ( 019 5101772) , Setiausaha Teras Perak Saudara Muhd Nuruddin ( 017 6291368) atau YDP ABIM Perak Ustaz Suhaimi ( 012 5561442). Kehadiran pihak Tuan ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada setiap kali perbicaraan adalah dialu-alukan.

 

Jasa dan perhatian pihak Tuan amatlah saya hargai.

Terima Kasih.

 

 Amanah kerana Allah,

  

(HAJI MOHD AZMI  ABD.HAMID)

Presiden

Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)

 

 Surat ini juga dihantar kepada JIM Perak, Teras Perak, MACMA, Pemuda PAS Perak, Pemuda PAS Pusat, serta lain-lain NGO berkaitan.

 


Posted at 01:58 pm by Pendita Bitara
Komen membina  

Monday, June 08, 2009
Peranan Institusi Ulama’ dan Mufti dalam rangka Melayu Islam

Kenyataan media ini telah disiarkan oleh Harakah edisi 19-21 Jun 2009.

 

Kenyataan Media :

Peranan Institusi Ulama' dan Mufti dalam rangka Melayu Islam

Penulisan ini adalah tulisan bebas tanpa terikatan elemen politik kepartian. Namun dalam kondisi sebenar tulisan ini adalah suatu pemaknaan kepada situasi siasah syariyyah dalam pengertian teoretikal dan praktikal. Isu penyelaran mufti kelihatan sebagai suatu tragedi pada hari ini. Lebih malang apabila isu sensitif dalam politik kotor Barisan Nasional  di Perak telah mengheret Mufti ke dalam lembah serba salah dan dalam keadaan apologatik yang kritikal. Manipulasi media serta pemahaman rakyat biasa yang jarang menganalisa fakta menyebabkan institusi Ulama' dan Kemuftian ini diselar dengan begitu teruk.

 

TERAS adalah antara NGO yang tegar memperjuang nilai Islam, sistem pentadbiran Islam, penataran dan pengupayaan melayu berteraskan Islam serta institusi yang menjadi 'tiang seri' melayu iaitu Ulama', Mufti dan Raja-raja melayu. Untuk berinteraksi dengan sistem mufti dan raja-raja melayu, suka untuk saya jelaskan pengertian politik menurut teoretikal Islam serta praktikal politik raja berpelembagaan hari ini.

 

Walaupun raja-raja melayu berada di atas politik kepartian, dalam erti sebenar kedudukan Raja melayu dan Mufti adalah 'seia' dan 'sekata' dalam sistem politik siasah Islam sejak awal kesultanan Melayu. Lantaran itu umara' dan ulama' seiring dan sejalan dalam menentu dasar bukan sekadar dalam persejarahan Melaka, malah juga dalam pentadbiran Kesultanan Brunei, Kesultanan Sulu, Kesultanan Fatani Darussalam, Kesultanan Islam Acheh serta pentadbiran Islam di pantai Timur.

 

Hari ini apabila politik bertukar kepada Raja Berpelembagaan, kedudukan Raja pula masih dijunjung tinggi, namun dengan nasihat eksekutif dan pemantauan legislatif. Manakala Mufti masih kekal diletakkan di tempatnya tanpa ada pengaruh politik kepartian.

 

Dalam kes kegeringan politik di Perak, pendapat dan kenyataan  Mufti Perak pada saya adalah bersifat teoretikal umum iaitu  penjelasan kedudukan Raja melayu. Tiada hal atau isu bahawa Mufti telah menyebelahi mana-mana parti politik. Malah jasa dan kelantangan Mufti Perak dalam menyelar isu murtad, mempertahankan adanya agenda murtadisasi terancang di Malaysia, mempertahankan umat Islam daripada Islam liberal serta mengeluarkan banyak fatwa yang mencabar agenda-agenda hedonisme amat perlu kita nilai dan hargai semula. Mufti perlu kekal sebagai kedudukannya sama seperti kedudukan raja yang diterima pakai umum sebagai kerusi bukan politik kepartian walaupun dalam erti hakikat, mereka mengapung kondisi siasah Islam yang sebenarnya.

 

Walaupun begitu jika ada teguran kepada Mufti-mufti, ia adalah saranan yang penuh keluwesan dan menampilkan sikap rakyat Malaysia yang senantiasa menegur kepincangan dan kerosakan yag berlaku di Malaysia. Tegurlah secara berhemah tanpa menjatuhkan kedudukan Mufti dan ulama' sebagai teras  peneguhan kosmo melayu Islam. Sebagaimana hemahnya kita menegur raja-raja melayu dengan adab dan kesusilaan yang luhur, perlu juga ulama' dan mufti yang telah berabad-abad wujud di bumi melayu sebagai pendokong rangka tubuh Melayu yang berteraskan Islam dilayan dengan sewajarnya, kena pada tempatnya.

 

Pada saya Mufti juga manusia yang mungkin ada kesilapannya. Namun tugasan mufti selaku pengkaji fatwa, rangka dasar syariah dan hukum-hakam Islam yang amat tinggi tanggungjawabnya di akhirat kelak bukan mudah untuk disandang, malah terlalu ramai alim ulama' yang akan menolak jawatan tersebut.

 

Namun Mufti selaku 'pendakwah utama' dalam sesebuah negeri perlu memainkan peranan  optima, aktif dan berkesan agar wibawa dan karisma institsu Mufti tinggi di mata rakyat yang rata-rata keliru dan kurang jelas dengan peranan penting Mufti-Mufti. Mufti juga perlu memiliki agnda aktivisme agar dakwah dan siar raya Islam efektif dalam masyarakat.

 

Diharapkan penulisan ini berperanan sebagai salah satu pandangan umum (public opinion) untuk diteliti ramai dalam usaha menobatkan Islam, sistem ulama' dan  ketuanan Islam di bumi Malaysia.

 

Muhammad Nuruddin Bashah

Jurutera Metallurgis

Setiausaha TERAS Perak

 

http://munawwarah.blogdrive.com

Hadapan 360 MKJ Kampung Terang

11000 Balik Pulau

Pulau Pinang

017 6291368


Posted at 11:58 pm by Pendita Bitara
Komen membina  

Sunday, June 07, 2009
Stiker Kereta adalah Teman Dakwah juga

Stiker Kereta Juga Teman Dakwah Kita

 

Saya ada satu perkara untuk diceritakan. Bahkan perkara ini telah lama tersimpan dalam hidup saya. Tapi kini saya ingin menaip serta berkongsi manfaatnya. Merenung sesuatu adalah keperluan kita sebagai pendakwah dan penggerak Islam. Renung, fikir, buat kesimpulan, bercakap. Bila tiada yang mendengar…jalan lagi, dan renung semula.

 

Dalam hidup seseorang, stiker kereta mungkin hanya hiasan, oleh-oleh yang dibeli semasa ceramah agama atau politik, diberikan secara percuma atau hanya dilekat kerana menyertai perniagaan MLM. Sikap saya, cukup memilih  untuk melekatkan sesuatu di cermin kereta saya.

 

Di belakang kereta saya terlekat stiker 'Mansuh ISA', stiker 'ALLAH SAVE PALESTINE' serta stiker 'I Love Rasulullah'.  Stiker 'Allah Save Palestine' dibeli semasa saya pergi ke Himpunan JIM di USM Transkrian tahun lepas. Stiker 'I Love Rasulullah' saya beli selepas mendengar ceramah PAS di Stadium Bota Kanan, Perak. Stiker 'Mansuhkan ISA' saya beli semasa Bengkel Human Right anjuran SUARAM dan GMI di Kompleks Masyarakat Penyayang, Pulau Pinang.

 

Stiker banyak mengundang persepsi kepada sesiapa yang memerhatikan kereta kita. Pandangan  umum dan kebanyakan adalah, kita ekstrim, mengada-ngada, tunjuk sangat berjuang, atau radikal. Malah ada yang melulu menuduh, masa depan kita tiada kerana kita akan dicop sebagai pembangkang, terlalu menunjuk-nunjuk atau lebih malang ada yang berkata, ' benda-benda macam ni simpan ja lah..malas nak tunjuk'. Sikap pesimis, apologatik, rendah diri, rendah jati diri  menyebabkan ramai gagal berjuang mengekalkan stiker kereta bercorak agama. Bukan stiker kita maki hamun sesiapa. Kita cuma tampilkan nama Allah, izzah dan gembira kerana bergelar pengikut Rasulullah, serta hanya sekelumit mencebik akta zalim ISA ! Itu sahaja.  Lebih menakutkan jika kita tergolong dalam golongan yang tunduk dengan plan tindakan umum sekularis, kristianisasi dan corakan tangan-tangan yahudi yang inginkan kita takut dan malu menampilkan nama Allah waima di cermin kereta kita sekalipun.

 

 Ada seorang berkata kepada saya " Pak cik lebih lama kenal PAS dari kamu, tak tunjuk pun stiker-stiker Allah ke, Jihad ke….yang ISA tu..nak tunjuk apa sangat. Kita nak bantah pun tunjuk la neutral". Itu pandangan seseorang. Saya diam. Tapi saya ada pandangan juga.

 

Dahulu semasa mengajar di sebuah sekolah agama swasta, ada menasihati saya "Tak bagus, tunjuk sangat stiker-stiker tu, mana tahu ada ibu bapa yang UMNO, anti Islam." Saya tak berkata apa-apa.

 

Kemudian ada juga yang berkata, "Jika kamu  dapat kerja kerajaan nanti, jadi guru KPLI ke, dapat JPA ke, jangan lah pakai stiker-stiker ni, nanti kena tindakan disiplin atau tak lulus temuduga." Saya diam.

 

Kemudian ada berkata, "Jangan lah pakai stiker-stiker ni bila balik kampung kami…sebab nanti keluarga kami anggap kami ekstrim." Saya diam juga.

 

Bila di kilang kejadian yang sama berulang, sebuah syarikat swasta, tiada kaitan dengan kerajaan, tiada kaitan dengan biasiswa, saya jadi agak berang. Saya pernah berkata " Adakah stiker-stiker ini dibuat untuk aku dan kamu tampal di liang lahat atau perhiasan keranda nanti?" Ayat nampak kasar….tapi saya cakap banyak itu sahaja.

 

 Di kilang saya parking kereta berdekatan dengan pengurus bukan Islam. Mereka juga baca. Tiada yang komen atau hina saya. Malah saya diberi peluang naik pangkat. Jadi stiker tak halang rezeki saya.

 

Stiker itu adalah saksi di akhirat nanti. Stiker itu sahabat saya.

 

Bila saya beli, saya tampal stiker dengan Bismillah. Saya harap di hati,  stiker akan jadi kawan saya.

 

Saya menulis, tapi tidak pernah sesiapa terbitkan buku saya, malah dakwah saya dalam menulis amat terbatas. Masih sedikit yang saya mampu menulis kerana keterbatasan ilmu dan sebaran bahan penulisan saya.

 

Saya ada juga berceramah, tetapi bukan tersohor. Hanya 2-3 orang sahaja mungkin sudi mendengar sekelumit ilmu dan pandangan saya.

 

Saya mungkin menyebar risalah di tempat awam, tetapi bukan beribu-ribu. Saya ada menaip sendiri risalah tapi masih belum cukup berkesan.

 

Saya menyertai jamaah dan gerakan Islam serta NGO-NGO. Tetapi saya bukan pemimpin hebat yang boleh mempengaruhi sasaran dakwah. Saya hanya ahli biasa. Bukan mujahid…

 

Saya tiada isteri untuk membantu, tiada anak untuk menyokong, tiada anak usrah, tiada anak didik walau seorang.  Jadi semasa saya menampal stiker, saya bercakap, stiker ini akan terus bercakap tentang ISA, bercakap tentang Rasulullah, bercakap tentang Palestin semasa saya tidur. Saya manusia biasa, tak boleh berdakwah 24 jam. Saya tak sekuat pimpinan jamaah saya. Apa salahnya stiker ini membantu saya.

 

Saya hanya ada sebuah kereta kancil yang saya panggil 'suzy'. Di belakang suzy ada stiker tentang perjuangan dan agama. Stiker itu tidak pernah letih. Bila saya parking kereta di kilang, ramai pekerja India dan Melayu yang mungkin jarang atau tidak pernah berzikir mungkin akan lalu di belakang kereta saya. Mereka akan membaca' I Love Rasulullah'. Rasulullah adalah kalimah arab. Kalimah itu adalah zikir dan selawat, malahan menjadi  ingatan kita kepada Nabi. Alangkah bahagianya saya jika impian saya tercapai iaitu sehari seorang berjaya menyebut Rasulullah hanya disebabkan belakang Suzy ada stiker Rasulullah.

 

Ramai lupa isu Palestin. Sekurangnya stiker itu ada tazkirahnya. Dia selalu ingatkan saya dan semua orang bahawa hanya Allah yang mampu selamatkan Palestin bukannya kamu, saya atau HAMAS sekalipun. Stiker ISA pula akan beri peringatan bahawa di dalam penjara ISA, ada orang yang Aaaamaaaat rindukan isterinya, anaknya dan saudaranya. Mereka letih, sedih, kuyu hati dan raga. Mengeluh dan menunggu bagai gila. Saya di rumah makan cukup. Gaji ada. Tidur lena. Tiada SB ugut saya. Jadi saya lekat dipenjuru cermin kereta MANSUHKAN ISA. Stiker itu ingatkan saya bahawa saya cukup nikmat. Stiker itu 'mungkin' akan menghalang mangsa ISA menyalahkan saya yang bersenang lenang di rumah apabila  bertemu di akhirat nanti !

 

Mungkin stiker bantu kita hapuskan dosa silam….

 

Ada bertanya apabila berusrah, bercakap isu zaadun a'la toriq, saya jawab stiker juga bekalan dakwah..

 

Pada saya, tampal sahaja stiker Islam, jihad, dakwah. JPA juga manusia, sekolah kerajaan pun manusia, kilang pun manusia. Jika saya tidak tampal stiker pun saya mati. Jika saya tampal stiker pun mati. Lebih baik saya mati selepas stiker ditampal dengan penuh amanah….

 

Ini hanya pandangan hati saya. Dah lama fikir begini. Jika ada yang berfikiran lain….saya tak pernah halang.

 

 Muhammad Nuruddin Bashah

Setiausaha Teras Perak

 

 


Posted at 02:16 am by Pendita Bitara
Komen membina  

Wednesday, June 03, 2009
Keperihatinan kita dalam isu Aqidah kes Muhd Ridzwan; isu yang berulang

Keperihatinan kita dalam isu Aqidah kes Muhd Ridzwan; isu yang berulang

Disediakan oleh: Muhammad Nuruddin Bashah

Setiausaha TERAS cawangan PERAK

Pengerusi Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)

 

Sekadar berkongsi maklumat dan keperihatinan terhadap isu Aqidah-isu kes hak penjagaan anak Kes Muhd Ridzwan. Kebetulan pada hari Jumaat yang lepas (29 Mei 2009), saya mewakili TERAS cawangan Perak untuk menghadiri majlis pertemuan Indira iaitu bekas isteri Muhd Ridzwan dengan anak-anak mereka Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) di Hotel Seri Malaysia Ipoh. Islam tidak pernah menghalang pertemuan dan kasih sayang seorang ibu kepada anak mereka walaupun menurut Islam hak penjagaan anak adalah diserahkan kepada pasangan yang memeluk Islam.

 

Anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam adalah bapa ataupun ibu .(Fellow MANHAL PMRAM 2009).

 

Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh kebanyakan para fuqaha Islam daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah. Hujah pandangan pertama ini adalah hadith Rasulullah yang berbunyi:

عَنْ عَائِذِ بْنِ عَمْرٍو الْمُزَنِيِّ  قَالَ : ((عَنِ النَّبِيِّ  الإسْلاَمُ يَعْلُوْ وَلاَ يُعْلَى )) . رواه البيهقي والدارقطني والروياني .

Daripada A'idz bin Amr Almuzani, daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Islam tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya."

 

Anak-anak adalah mengikut agama Islam apabila yang memeluk Islam adalah bapa. Sekiranya yang memeluk Islam adalah ibu, anak-anak tidak dianggap beragama Islam. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam Malik. Hujah yang dipegang oleh al-Imam Malik adalah seseorang anak adalah dinasabkan kepada si ayah dan bukannya dinasabkan kepada si ibu. Maka kerana itulah keislaman si ayah sahaja yang akan menyebabkan si anak turut beragama Islam sebagai mengikut agama si ayah

 

Namun ada pendapat ulama’ yang membenarkan kanak-kanak belum aqil baligh untuk dijagai oleh ibu yang bukan Islam sehingga cukup umur mukallaf. Walau bagaimanapun kesimpulannya Islam tidak pernah menghalang kasih ibu dan anak serta menjamin hubungan kekeluargaan. Bersama saya adalah Ustaz Suhaimi YDP ABIM Perak, wakil KAMI Perak serta wakil Peguam bagi Muhd Ridzwan.

 

Selepas Muhd Ridzwan pada 12 April 2009  telah memohon hak penjagaan anak tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh kemudian mendapat perintah mahkamah untuk mendapat hak penjagaan anaknya pada 3 Mei 2009, si Isteri pula telah membawa kes ke Mahkamah Sivil pada 4 Mei 2009. Manipulasi dikatakan berlaku apabila pihak peguam Indira tidak mendedahkan bahawa Ridzwan telah mendapat perintah mahkamah syariah malah mahkamah syariah tertakluk di dalam artikel 121(1A) yang berasingan kuasa dari mahkamah sivil. Apabila kes ditangguh ke 14 Mei 2009, hakim sivil sendiri mengakui tidak mendapat maklumat yang cukup mengenai perbicaraan di mahkamah syariah. Maka kes itu ditangguh keputusan hingga ke 20 Julai 2009. Maka telah ada jarak masa 2 bulan setengah. Adakah dalam tempoh ini si anak tidak akan boleh bertemu si ibu terutama yang berusi 1 tahun itu (masih menyusu badan). Jawapannya boleh. Malah pihak peguam Ridzwan berusaha mempertemukan mereka. Namun begitu pada 29 Mei 2009 di Hotel Sri malaysia, Ridzwan tidak dapat ditemui.

 

Ridzwan adalah kontraktor dan pernah menjalankan tugasan di Terengganu. Akibat dakwah yang diterimanya, beliau memutus untuk memeluk Islam. Beliau pernah mengajak Indira tetapi mendapat maklumbalas yang tidak memberangsangkan.

 

Apakah masalah yang timbul kini?

 

1.    Pertamanya Rizdwan berada dalam keadaan trauma dan ketakutan. Begitulah maklumat yang diketahui. Mungkin ada ‘kekerasan’ dari pihak tertentu tidak diketahui umum.

2.    Ridzwan tidak dapat lagi bekerja dengan baik akibat trauma yang dihidapinya. Bantuan kewangan banyak dikeluarkan oleh peguam-peguamnya sendiri mlah khidmat guaman mereka adalah percuma. Pada saya setiap NGO muslim perlu melaporkan diri kepada barisan peguam Muhd Rizwan untuk menyalurkan bantuan efisien agar kena pada sasaran dan tempatnya. Kini yag banyak mengurus Ridzwan adalah peguam-peguamnya sendiri.

3.    Perbincangan dan wacana untuk membantu kes sebegini banyak kedengaran seperti dari JAKIM dan sebagainya. Tetapi ketidaksatuan berlaku kerana perbincangan dan bantuan yang ingin diberi tidak dilibatkan dengan peguamnya sendiri. Malah kelihatan isu ini hanya dihangatkan tanpa ada yang ingin membantu secara konsisten di Perak. Malah pihak tertentu dari Kuala Lumpur lebih aktif dan peka dengan perjalanan isu ini di Perak. Tahniah kepada ABIM Perak dan Muafakat yang memberi keutamaan kepada isu ini.

4.    Parti-parti Islam dan melayu seperti PAS, UMNO dan PKR perlu memainkan peranan mengambil tahu sekaligus menyalurkan kepekaan mereka secara jelas dan efektif. Lihat bagaimana DAP kini menaungi peguam-peguam Indera!  Malang apabila kes politik di Perak, di Penanti dan Kelantan ramai yang mengambil tahu tetapi mengabaikan kes perjuangan aqidah muallaf di negeri sendiri. Perjuangan kes sebegini menjadi indikator penting menilai sejauh mana matlamat kita membela Islam dan aqidahnya.

5.    Betapa akta menjadi suatu rujukan utama dalam mahkamah syariah sekalipun dan bukannya hujah Al Quran dan Hadis. Malah ada ketikanya Hakim yang mendengar kes tidak faqih dalam ilmu syariah. Betapa perlunya juga pendakwah muslim hadam perundangan teras Islam dari Al Quran dan Hadis, kemudiannya mendalami undang-undang syariah Malaysia (berteraskan akta) serta Undang-undang sivil sekular di negara ini. Inilah kekurangan kita.

 

Mari teliti isu ini bila pertikaian dibawa ke mahkamah Sivil. Andainya kes berkaitan pertikaian ini didengar di Mahkamah Sivil maka undang-undang yang akan diterima pakai adalah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

 

Dalam Seksyen 51 akta tersebut, jika salah seorang pasangan terbabit memeluk agama Islam, hanya pasangan yang kekal dengan agama asal yang boleh memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan. Iaitu selepas tiga bulan pasangannya memeluk Islam.

 

Ini bermakna selagi dia tidak memfailkan petisyen perceraian tersebut di Mahkamah Sivil bererti perkahwinan sivil Ridzwan  bersama pasangan yang telah memeluk Islam tetap dianggap sah di bawah akta tersebut serta tertakluk dibawahnya. Peguam Indira hanya boleh menghalang pembubaran perkahwinan jika menggunakan undang-undang sivil berkenaan tetapi hak penjagaan anak akan kembali menjadi topik yang tidak diselesaikan.

 

Adalah jelas berlaku ketidakadilan kepada pasangan yang telah memeluk Islam kerana langsung tidak mempunyai hak untuk memfailkan petisyen perceraian seperti yang dihuraikan di bawah seksyen itu.

 

Kepada suami atau isteri yang telah memeluk Islam pula, hak mereka hanya diperuntukkan di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam.

 

Seksyen 46(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam memperuntukkan jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan asal bukan Islam memeluk Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuat kuasa untuk membubarkan perkahwinan itu melainkan sehingga disahkan oleh Mahkamah (Syariah).

 

Namun timbul satu persoalan, adakah pasangan yang tidak memeluk Islam itu boleh disaman untuk hadir ke Mahkamah Syariah?

 

Seksyen 4  akta Undang-undang keluarga Islam tersebut telah memperuntukkan bahawa ia terpakai untuk orang Islam semata-mata. Katakanlah Mahkamah Syariah memutuskan permohonan untuk membubarkan perkahwinan menurut Seksyen 46(2) akta tersebut dilakukan.

 

Namun, adakah ia diiktiraf sebagai perintah membubarkan perkahwinan asal dalam agama mereka yang dahulunya telah di daftarkan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (sivil)?

 

”Pada pandangan saya, ia bukan menyelesaikan masalah, sebaliknya mengundang pelbagai persoalan dan merumitkan lagi keadaan. Saya berpendapat, bentuk penyelesaian terbaik adalah dengan meminda Seksyen 51 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 tersebut dengan memasukkan peruntukan mana-mana pihak (sama ada yang memeluk Islam atau yang masih kekal dalam agama asal) boleh memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan, Sebaik-baik sahaja salah seorang pasangan memeluk Islam. Barulah ia adil kepada kedua-dua pihak,” kata Musa Awang Timbalan Presiden Peguam Syarie.

 

Dalam perkara yang melibatkan agama anak pula, menurut Musa juga , keputusan Kabinet tersebut nyata sekali bertentangan dengan

  • Perkara 12(3)  Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri.
  • dan 12(4) Bagi maksud Fasal (3) agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.
  • Perlembagaan Persekutuan
  • serta kes Subashini melawan Saravanan yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Subashini, 28, yang beragama Hindu, mahu menghalang suaminya itu, yang telah memeluk Islam dengan nama Muhammad Shafi Saravanan Abdullah, daripada membawa prosiding perceraian mereka ke mahkamah syariah. Tindakan permohonan cerai Muhammad Shafi terhadap isterinya tidak sah di mahkamah syariah sebaliknya Muhammad shafi juga tidak boleh ke Mahkamah Sivil memohon cerai kerana telah menganut Islam.

Suaminya telah memeluk agama Islam pada bulan Mei 2006 bersama-sama dengan anak lelaki sulung mereka, Dharvin Joshua, 4. Subashini memfailkan petisyen perceraian itu 12 hari sebelum tamat tempoh tiga bulan pengislaman Muhammad Shafi. Jadi tidak sah. Suaminya kemudiannya membawa prosiding perceraian mereka ke mahkamah syariah serta memohon hak penjagaan anak lelaki kedua mereka, Sharvin, 2.

Mahkamah Persekutuan juga memutuskan  bahawa Muhammad Shafi tidak menyalahgunakan proses mahkamah apabila menukar agama anaknya yang berusia empat tahun itu tanpa pengetahuan ibunya. Muhammad Shafi menang atas sebab Artikel 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.

 

Mahkamah tertinggi negara  telah memutuskan bahawa salah seorang ibu atau bapa boleh menentukan keislaman anak tersebut. Maka mahkamah syariah paling sesuai dijadikan medan memandangkan Ridzwan yang telah Islam dilarang mengeluar petisyen penceraian di Mahkamah Sivil.

 

Keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut juga telah menjawab percanggahan keputusan beberapa mahkamah bawahan seperti

  • kes Chang Ah Mee
  • dan Gengga Devi Chelliah yang memutuskan bahawa persetujuan kedua-dua ibu bapa diperlukan untuk menukar agama anak di bawah 18 tahun.
  • Serta kes Nenduchelian di Mahkamah Tinggi Johor Bahru yang memutuskan hanya kebenaran salah seorang ibu atau bapa diperlukan.

 

Kesimpulan: . Perbicaraan di mahkamah syariah tidaklah bermakna bahawa pintu hadhanah “terkunci mati” kepada  ibu atau bapa yang bukan beragama Islam kerana masih terdapat banyak pandangan fuqaha yang masih memberi ruang kepada mereka, kerana isu utamanya ialah kemaslahatan anak dan bukannya kemaslahatan ayah atau ibu! ( YDP ABIM Perak SUHAIMI BIN LATIP)

 

Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti laba-laba yang membuat rumah. dan Sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah laba-laba kalau mereka Mengetahui. ( Al Ankabut : 41)

 

http://skuad-penyelamat-aqidah.blogspot.com

http://munawwarah.blogdrive.com

 

 


Posted at 11:55 pm by Pendita Bitara
Komen membina  

Thursday, May 28, 2009
Tanggungjawab sebagai metallurgist

Mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia pendidikan dan perguruan yang amat diminati adalah satu keputusan besar dan drastik yang telah saya lakukan. Malah risiko ombak ekonomi yang amat tidak keruan dan kurang stabil menambahkan keresahan saya untuk mengambil keputusan menceburi bidang industri dan teknikal selaras dengan bidang pengajian saya di Universiti.

 

Saya baru diberi pengesahan sebagai pekerja tetap di kilang tempat saya bertugas. Alhamdulillah dalam masa 6 bulan saya telah dinaikkan gred dan posisi saya dalam bidang metallurgi ini. Akan tetapi apabila saya meneliti surat pengesahan berkenaan saya tertanya-tanya kenapa saya masih dikekalkan dengan nama jawatan Trainee Metallurgist? Adakah saya masih pelatih jurutera metallurgist? Akhirnya jabatan sumber manusia kilang memaklumkan kepada saya, di Malaysia jumlah ‘metallurgist’ sebenar hanya beberapa nama sahaja. Metallurgist bermaksud pakar logam, pakar melebur logam dan pakar berkenaan kegagalan aplikasi logam. Mereka maklumkan, saya bukan jurutera seperti rakan-rakan yang lain. Jika jurutera, selepas disahkan kerja,  istilah ‘trainee’ akan hilang. Saya kini dianggap metallurgist diperingkat kilang, tetapi di peringkat nasional, saya adalah trainee.

 

Baru saya faham akan tanggungjawab nama metallurgist. Patutlah, pihak kilang langsung tidak pernah halang saya bertanya itu dan ini. Pergi ke sana kemari belajar apa sahaja di depan saya. Mereka tidak pernah halang saya datang ke setiap ‘area’ orang lain untuk belajar. Pada mereka saya wajib belajar dan terus belajar demi mereka. Tetapi saya gunakan kelebihan ini untuk belajar kerana ‘matlamat’ saya sendiri!

 

Baru-baru ini ada metallurgist Australia datang untuk membuat sedikit pemantauan berkenaan spesifikasi besi baru yang ingin dimasak. Saya ambil peluang belajar dari beliau. Belaiu adalah konsultan metallurgical di China, India, Singapura dan Australia sendiri. Sepanjang diskusi kami, beliau ada memanggil saya ‘Mr Metallurgist’. Saya diam sahaja. Pada saya memang la aku adalah metallurgist di kilang ini. Rupanya kata-kata beliau adalah satu pujian kerana jawatan sebenar metallurgist hanya dimiliki oleh beberapa sahaja individu. Malah ada beberapa pihak menganggap beliau telah mula menghormati saya yang bakal mengambil tanggungjawabnya mengkaji dan menyelesaikan masalah dalam bidang logam di kilang ini. Betul kata orang, jika kita tidak tahu tentang kerja kita, kita akan kurang menghargai kemampuan dan jawatan kita sendiri.

 

Apabila berbual sesama jurutera, mereka akan bertanya, Berapa kilang bayar kau?. Berapa bonus engkau dapat? Bila nak naik pangkat? Jarang benar orag bertanya, apa engkau belajar di kilang tu? Adakah mereka beri kursus latihan kepada engkau?  Engkau makin pandai atau tidak sejak kerja disitu? Saya impikan soalan sebegini.

 

Bekerja sebagai metallurgist menghendaki kita pakar tentang logam iaitu salah satu bahan ciptaan Allah. Logam ada seribu satu rahsia. Kenal logam, kita akan kenal kimia. Kenal kimia kita akan kenal paduan fiziknya dengan gerak kimianya. Kenal fizikal akan mengenalkan kita tentang daya tersembunyi iaitu metafizikalnya. Kenal metafizikal maka akan mengenal pencipta logam itu iaitu Allah!

 

Bagaimana mengaitkan ilmu logam dan jurutera dengan tauhid? Ini tugasan berat bagi setiap saintis dan jurutera! Ini taklifan bukan omongan. Selain belajar dan terus belajar, kerja ini menjadi pentas kuat untuk saya terus aktif dalam lapangan masyaralat, dakwah dan perjuangan.

 

Berada dalam satu-satu sektor menghendaki kita  mengetahui selok belok yang tersendiri. Jika dahulu kita pernah mendidik kanak-kanak di sekolah, kini kita diminta mendidik bapa mereka. Pekerja kilang saya ramai berjudi. Tidak pernah bersolat apatahlagi berpuasa. Juga selalu pergi ke tokong hindu meminta nombor ekor!

 

Mereka miskin. Susah dengan gaji yang sedikit. Tetapi mereka kaya dengan keinginan untuk kaya cepat. Sedekah adalah amalan dakwah paling efektif di sini. Kita berikan wang 5 ringgit kepada seorang pekerja sehari. Kita pesan “jangan beli nombor ye, bubuh minyak motor je”. Bercakap memang perlu bercakap. Walau sekali, kita wajib bercakap jangan main judi di hadapan mereka. Pernah saya menghantar pekerja (tiada kenderaan) ke bank untuk dia kerja part time di sana sebagai guard. Di dalam kereta beliau ceritakan perihal keluarganya. Kita dapat kesan banyak masalah antaranya adalah agama.  Banyak bimbingan ringkas boleh kita berikan. Tidak perlu buka kaunter kaunseling. Saya tawarkan untuk pergi hantar dan ambik beliau dari tempat kerja sampingan. Beliau lebih lagi berterima kasih. Saya kata ‘janji ye, ikut pesan saya tadi…dapat gaji advance, kasi bini beli ikan dulu, baru ambik guna’..Nasihat simple. Tetapi kata mereka, tak pernah orang cakap macam itu kepada mereka. Mereka kata mereka low class. Saya terdiam….

 

Ada pekerja minta nasihat tentang pelajaran anak dan masadepan. Bagi mereka tanpa duit anak tidak perlu belajar. Di sini peranan jurutera untuk ajar mereka menyusun pengajian anak dengan belanja yang minimum. Gunakan ‘broadband’ yang kita ada tu untuk buka web tentang pengajian tinggi di hadapan mereka. Kebetulsan sepanjang menjadi guru dulu saya mengetahui selok belok sedikit mengenai pendidikan. Ajar mereka cara menyusun pengajian anak. Naikkan semangat agar mereka baiki nasib keturunan mereka. Jangan kira bangsa. Ajar walaupun  mereka bukan Islam. Mereka akan lihat mata kita sambil bergenang air mata…..

 

Ekonomi sedang tidak stabil. Ada menyarankan agar saya berhenti daripada bidang ini. Bagaimana saya dapat berhenti sedangkan 9 jam saya berada  di kilang,  seribu satu perkara saya belajar? Saya belajar ilmu logam, saya belajar tentang manusia dan saya berkesempatan berdakwah melalui kaedah kebajikan juga.

 

Bagaimana mendapat motivasi? Individu hizbullah pasti akan dapat motivasinya sendiri.  Saya kumpulkan ingatan saya di kampus, sekolah, kolej dan dari usrah-usrah yang saya pernah ikuti. Saya ingat balik apa pesan guru dan naqib-naqib saya. Mereka sudah jauh dari kita. Tetapi sisa ucapan mereka pasti ada di ingatan selagi mana otak kita masih normal. Apa lagi, segarkan kembali ingatan. Dan saya jadikan ucapan mereka sebagai motivasi untuk maju.

 

Bekerja boleh di mana-mana sahaja. Bekerja dalam bidang sendiri akan mengaktifkan lebih 80% otak kita dan kita akan senantiasa menggilap kemahiran kita kerana ia telah berada dalam diri kita. Jadikan kerja kita sebagai wasilah untuk naik ke satu pentas. Lihat pentas itu berhati-hati. Jangan sebut tentang debu di kilang, pekerja kilang kita kurang ajar, bau busuk pasir di kilang  serta bunyi bising. Pandang jauh kepada hadaf dan matlamat hizbullah. Kita akan tenang dan agresif kembali untuk maju. Pada saya…di mana ada sisa hizbullah….di situ boleh dicipta dakwah…..

 

Sengaja tulis…sebab saya pun tidak tahu nak cerita kepada siapa. Hanya menulis….

 

Muhammad Nuruddin Bashah

Metallurgist

Prima Metal Group

Ipoh Perak


Posted at 07:09 pm by Pendita Bitara
Komen membina  

Saturday, May 23, 2009
Menobat Kepimpinan Ulama’ dalam gerakan Islam

Tulisan ini disiarkan dalam Harakah edisi 1-4 Jun 2009 (Isnin)
Menobat Kepimpinan Ulama' dalam gerakan Islam.

Saya berpeluang mengikuti Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama' (25 tahun) di Taman Melewar hari ini. Saya menyertai rombongan PAS Tambun di mana kebetulan Ustaz Wan Ahmad Tarmizi iaitu Ketua Urusan Ulama' PAS Tambun memasukkan nama saya sebagai antara delegasi AJK Ulama' PAS Tambun. Saya hargai peluang ini dan saya perolehi pelbagai ilmu serta pengalaman dalam program sebegini. Bagi saya, sebarang program pengisian dan daurah umum yang dilakukan oleh parti adalah program tarbiah dan ahli PAS perlu merebut peluang agar dirinya disertakan atau dipilih untuk mengikuti mana-mana himpunan semangat mahupun himpunan fikrah sebegini.

Saya amat tertarik dengan penerangan Tuan Guru Nik Abd Aziz berkaitan nilai kerja istiqamah dalam kehidupan. Istiqamah adalah sunnah burung kecil yang ingin menyelamatkan Nabi Ibrahim walaupun berkemungkinan akan gagal kerjanya. Istiqamah adalah kerja buat ibu Nabi Musa yang menolak logik akal apabila diarahkan membuang anak ke sungai dalam usaha menyelamatkan nyawa anaknya. Benar seperti ayat ke-13 Al Ahqaf yang mengaitkan perilaku istiqamah dengan pengakuan Allah sebagai tuhan. Ulama' perlu istiqamah berjuang dalam gerakan Islam. Jadi kita yang bukan ulama' apatahlagi.

Dr Harun Din sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS ada menyebut bahawa Imam Mawardi menetapkan dalam Kitabnya Ahkam al Sultaniyyah mengenai krateria untuk menjadi pemimpin iaitu faqih dalam segi ilmu-ilmu yang menjurus kepada mujtahidin. Apakah ilmu itu? Itulah ilmu wahyu dan ilmu hadis serta metod-metod ulum yang disepakati jumhur ulama'. Beliau ada menyebut di dalam penulisan penulis atau pemerhati luar PAS atau ahli biasa PAS, ada menyabitkan istilah ulama' dengan terminologi yang terlalu luas hingga menenggelamkan intisari pengistilahan itu. Malah istilah ulama' bukan istilah sebarangan kerana ia disabitkan dengan identiti sebagai golongan yang 'takut' kepada Allah. Menterjemah samberono ayat Al Fathir bahawa yang takut kepada Allah semuanya Ulama' atau yang kenal tentang penciptaan Allah semua adalah ulama' menyebabkan ada penulis blog, artikel yang sering membina dikotomi ulama' agama dengan ulama' sains. Bagi saya ulama' daripada segi etimologi ianya sah jika dikatakan pakar sains sebagai ulama'. Dari segi terminologi ianya amat sedikit menepati apa yang dibebankan dengan hadis Ulama' pewaris Nabi. Bukan semua pakar sains dan ilmu sosiologi yang sanggup menerima tanggungjawab sebagai waris Nabi!

Malah pada pandangan saya erti ulama' ialah alim. Sebelum adanya sekularisasi ilmu, pengetahuan agama dan pengetahuan dunia adalah seia dan sekata. Bukan seperti realiti hari ini. Lantaran itu surah Al Fathir menceritakan sesiapa yang tahu dan mengkaji ilmu dunia serta penciptaan Allah dan mereka takutkan Allah, mereka adalah ulama'.

Sistem pensarjanaan dunia Islam telah lama mengikuti sistem binaan barat yang sekular. Pengaliran ilmu-ilmu Islam sejak kejatuhan Granada 1492 adalah bertumpu dan terfokus sehingga menerbitkan sekular. Bermulalah era ulama' agama dan golongan pemikir. Darihal itu, waima apa sekalipun, memilih ulama' yang paling hampir kepada kriteria tinggalan Nabi adalah pilihan yang paling bijak bagi mengisi tempat yang dikatakan ulama'. Tafsiran wewenang ahli sarjana orientalis disertai dengan warna-warna pemikiran sekular akan hanya merumitkan keadaan dengan menidakkan aspek sebenar tanggungjawab sebagai seorang ulama'.

Tuan Guru Nik Aziz dan Haji Subki Latif serta tidak ketinggalan Dato Haji Mustafa Ali telah menceritakan secara terperinci rentetan peristiwa bagaimana ulama' yang pada awalnya menyertai Kongres Kebangsaan dan bersetuju dengan Kongres UMNO (pada waktu itu UMNO adalah himpunan pejuang kemerdekaan bukannya parti) hingga menerbitkan Persatuan Ulama' Setanah Melayu (1951). Namun begitu Engku Ismail Abdul Rahman iaitu YDP Jabatan Agama Johor dalam satu perjumpaan penaja PAS (Persatuan Ulama') telah menggagaskan idea agar persatuan ulama' ini ditransformasikan sebagai Parti Muslimin Malaya kerana metod dan kehendak massa pada waktu itu adalah memerdekakan Malaya melalui jalan politik pilihanraya. Malah parti politik sahaja organisasi yang akan diberi perhatian oleh masyarakat bukannya sekadar persatuan biasa. Inilah bezanya KMM dengan PAS.

Memahami keperluan institusi ulama' dinobatkan adalah suatu keperluan bagi masyarakat kini. Malah Tuan Guru Nik Abd Aziz menegaskan ulama' adalah untuk sekalian alam bukannya untuk PAS. Keperluan ulama' bekerja keras mengkaji Islam adalah maslahah umum bukan sekadar manfaat PAS. Berada di dalam Dewan Ulama' bukan untuk mendabik dada sebagai ulama' sebaliknya menjadi wakil kepada institusi ulama' yang berjuang berhadapan terhadap kezaliman sekaligus mendaulatkan Islam.

Muhammad Nuruddin Bashah
Menglembu, Ipoh, Perak

Posted at 11:53 pm by Pendita Bitara
Komen membina  

Tuesday, May 19, 2009
Keperluan Membina Gerakan Kewanitaan Profesional.

Artikel ini telah disiarkan di dalam akhbar Harakah edisi Jumaat 5-7Jun2009

Keperluan Membina Gerakan Kewanitaan Profesional.

Wanita adalah kaum yang sering menjadi salah satu sub perbincangan apabila sesuatu ketamadunan diperbincangkan dari aspek pencapaian, keadilan, keluasan pengaruh dan kuasa. Sejak zaman ketamadunan Firaun, zaman Bukhtanassar di Babylon( 605 BC- 562 BC), tamadun Sumeria (6,000 SM), Tamadun Rom (44 BC – AD 286) hinggalah kepada empayar Islam; wanita tetap menjadi topik komperatif yang signifikan terutama menilai aspek keadilan dalam pembawaan kemakmuran.

 

Islam menjamin maruah dan hak wanita secukup dan kena dengan fitrahnya. Tidak seperti amalan agama zoroester yang menjadikan isteri hak milik beramai-ramai. Tidak juga seperti tamadun Hammurabbi yang  membolehkan wanita dicampak ke dalam air sungai hingga lemas  demi membuktikan kesetiaannya kepada suami. Tidak juga seperti diskriminasi politik dan sosial  ketamadunan Sparta, Athens dan Rom walaupun korpus ketamadunan ini menjadi rujukan gerakan femenisme sekular.

 

Tetapi hari ini umat Islam masih kelihatan bersifat defensif dalam isu kewanitaan. Umat Islam masih apologatik dan hanya bersifat reaktif kepada isu wanita tanpa menonjolkan aspek wanita sebagai  aspek usul dan mabda' (asasi) dalam Islam. Asasi ini menjadi pentas dan ruang kepada suatu perlaksanaan syariah holistik iaitu perimbangan hak wanita hingga mampu menjadi entiti penting sistem kemasyarakatan Islam. Mengapa hal ini dibangkitkan? Cuba kita mencari di internet mengenai hal wanita, hal perundangan membela wanita atau web yang menyuarakan hak wanita, kita hanya akan menjumpai web dan gerakan hak asasi femenisme yang bukan dari gerakan dakwah Islam. Malah lebih malang terdapat gerakan ini menjadikan sekular  sebagai premis fikrah membela hak wanita.

 

Pesimis atau masih kurang mampu bersaing menyebabkan gerakan kewanitaan Islam yang sebenar masih belum mengisi ruang kosong dalam hal perundangan, pembelaan isu wanita dan sebagainya. Malah lebih besar peranan gerakan kewanitaan Islam ialah menyediakan ruang untuk wanita bergiat sebagai 'manusia' dan 'rakyat' seperti yang sewajarnya. Perjuangan pendidikan dan kepakaran wanita perlu juga dijadikan ruang penting. Saya tertarik dengan kenyataan seorang pemimpin Dewan Muslimat PAS Pusat berkenaan kekurangan ulama' dikalangan wanita malah suara ulama' dan ustazah PAS kurang 'vokal' dan dominan dalam aspek politik mahupun sosial. Maka hal ini perlu difikirkan secara serius juga.

 

NGO Islam perlu menjadikan isu ini suatu perenungan bijak demi membuang imej diskriminasi terhadap wanita walaupun dalam hal sebenar ia tidak berlaku di dalam Islam. Perjuangan isu wanita bukan sekadar membina rumah kebajikan bagi remaja wanita dan pemulihan akhlak malah isu umum harian dan kontemporari juga perlu diutamakan.  Bukan sekadar isu wanita Islam, malah melestarikan juga agenda kewanitaan sejagat untuk semua agama dan kaum.

 

 Penampilan gerakan kewanitaan Islam yang profesional, aktif, progresif dan praktikal adalah perlu di bina bagi setiap gerakan, NGO yang memiliki sayap kewanitaan sendiri. Malah penubuhan NGO wanita Islam amat dialukan kerana penumpuan dan fokus yang lebih serius dalam membina plan tindakan berkenaan.

 

Muhammad Nuruddin Bashah

Setiausaha Teras Perak

http://munawwarah.blogdrive.com

Hadapan 360 MKJ Kampung Terang

11000 Balik Pulau

Pulau Pinang

017 6291368

 


Posted at 01:03 am by Pendita Bitara
Komen membina  

Sunday, May 17, 2009
Cadangan Susulan kepada Muzakarah Fatwa Anjuran INTIM Perak

Assalamualaikum

TIMBALAN PENGARAH DAN PENYELARAS BAHAGIAN PERUNDINGAN DAN KHIDMAT KEPAKARAN

Dr. Zulkifli Mohamad

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang

Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD)

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Bandar Baru Nilai

71800 Nilai

Negeri Sembilan

 

PER: Cadangan Susulan kepada Muzakarah Fatwa Anjuran INTIM Perak

 

Saya adalah antara peserta program Muzakarah Fatwa Isu Aqidah Kontemporari anjuran Jabatan Agama Islam Perak, INTIM serta INFAD (Institut Pengumpulan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia) USIM pada 30 April 2009 yang lalu. Dalam muzakarah  yang bersifat seminar tersebut saya ada menyarankan dua perkara kepada pihak Dr Zulkifli dan kepada INFAD secara umumnya. Di sini saya sertakan surat semula kepada Dr untuk rujukan susulan serta tindakan kolaborasi yang boleh diambil antara INFAD bersama NGO Islam lainnya.

 

Sebagai aktivis badan NGO Islam saya dan aktivis lain juga sedar peripentingnya kesedaran masyarakat berkenaan institusi Fatwa di Malaysia. Fatwa yang sering dianggap majlis penasihat tanpa iktiraf, tanpa legitimasi kuasa dan tiada penzahiran ruang kerja menyebabkan umat Islam sendiri tidak boleh menjadi jurubicara memahamkan kaum bukan Islam mengenai taraf, kuasa dan kepentingan institusi fatwa dan ulama’.

 

Saya ada menyarakan kepada pihak INFAD, majlis agama dan Intitut Pentadbiran Islam negeri-negeri agar berdaya saing, berupaya, bertenaga sekaligus mencipta kerja progresif untuk mendominasi media massa. Jelas kita mengetahui, hal-hal keagamaan masih agak ketinggalan disiarkan, dipapar dan diunjuk kepada masyarakat berbanding hal politik kepartian, hiburan serta sukan. Pihak ulama’, institusi penyelidikan fatwa seperti INFAD perlu memiliki tenaga kerja khas untuk senantiasa memantau isu-isu kritikal berkaitan salah faham masyarakat berkenaan keputusan fatwa, keperluan mengeluarkan fatwa serta status ulama’ itu sendiri. Respon yang aktif serta terkini perlu dilakukan tanpa membiarkan isu berkenaan lapuk dan menjadi api dalam sekam kepada pemikiran masyarakat yang mampu menimbulkan paradigm anti ulama’, anti fatwa.

 

Media elektronik alternatif seperti blog, media akhbar dan sebagainya perlu diaplikasi dan dimanipulasi secara bijak dan teratur disamping kesibukan ulama’ dan tenaga kerja institusi fatwa menyelidik dan mengkaji isu agama. Tenaga penyokong kepada pihak ulama’ boleh sahaja diperolehi jika mahasiswa graduan pengajian Islam diberi galakan dan pentas khas sebagai tenaga penguat institusi ulama’.  Bukan semua boleh berfatwa dan bukan semua boleh bergelar ulama’. Akan tetapi semua insan boleh memainkan peranan mengupayakan institusi ulama’ dan fatwa melalui gemblengan tenaga yang efisien.

 

Persoalan kedua adalah berhadapan dengan pencetus idea anti fatwa iaitu kelompok gerakan hak asasi di Malaysia. Bertopengkan kerja kemasyarakatan, mereka ingin membina suatu kosmo dan norma sekular, luntur jatibudaya Islam dalam segenap segi pentadbiran di Negara ini. Berdakwah secara berhadapan dengan kelompok ini adalah suatu keperluan dan kewajipan kita semua. Perlu diadakan juga muzakarah, diskusi dan pembentangan kertas kerja kepada kelompok ini. Bahagian media ulama’ juga perlu memberi respon aktif kepada segenap segi asakan isu daripada kelompok ini.

 

Pada saya kerja INFAD dan kerja institusi ulama’ dan mufti akan lebih berkesan jika ada kerjasama yang erat juga dengan badan dakwah dan NGO Islam yang bebas. Kelangsungan kerja NGO yang berhadapan sendiri dengan masyaraat boleh dijadikan ruang (niche) yang sihat untuk institusi ulama’ seperti INFAD  menjelmakan idea dan peranan, membumikan fatwa sekaligus membitarakan ulama’ di mata masyarakat. Kerja progresif antara ulama’ dan NGO masyarakat akan menyemarakkan lagi hasrat murni bersama kelak.

 

Di harap cadangan ini diambil perhatian daripada pihak INFAD. Maklum balas dari pihak Dr. amat saya hargai demi agama yang dicintai.

 

Sekian Terima Kasih

 

Muhammad Nuruddin Bashah

Setiausaha Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)

Cawangan Perak

017 6291368

jihadin82@yahoo.com

 

 


Posted at 02:57 am by Pendita Bitara
Komen membina  

Ulama’ menentang PPSMI bersama budayawan dan sasterawan negara.

Program Ulama’ menentang PPSMI bersama budayawan dan sasterawan negara.

 

Teras Pengupayaan Melayu cawangan Perak bersama SHURA dan Jamaiy Perak telah berjaya menganjurkan Program Deklarasi Ulama’ Menentang PPSMI di Surau taman Meru 2B semalam (10 Mei 2009). Saya bersma Teras Perak mempromosikan program berkenaan dan dengan kerjasama kariah dan PAS Tambun, hadirin yang hadir melampaui jangkaan awal kami.

 

Pada sesi selepas Cikgu Azmi Abd Hamid membacakan memorandum keramat Ulama’ menentang PPSMI yang akan diserahkan kepada Majlis Raja-raja Melayu bulan Julai nanti, sesi kedia menyusul iaitu ceramah umum isu PPSMI dan isu DUN Perak. Turut hadir adalah YAB Ir Nizar, En Dinsman (budayawan dan seniman), sasterawan negara Pak Abdul samad said serta lain-lain hadirin yang memperjuangka isu mansuh PPSMI.

 

Saya amat tertarik dengan isi penyampaian Pak samad. Saya terpana melihat kelakuan lembut dan sederhana beliau. Lengkap dengan bacaan puisi selepas ceramah ringkas beliau.  Kalimah pentang yang saya hafal (pak Samad menyebut dengan lembut dan berhati-hati sekali) iaitu “ dikatakan bahasa inggeris itu bahasa rezeki duniawi. Tetapi Bahasa Melayu itu bahasa jati diri. Rezeki duniawi itu penting. Tetapi antara rezeki duniawi dengan jatidiri…..pilihlah jatidiri”…..saya terdiam dan terus sebarkan SMS akan kalimah beliau ini kepada beberapa rakan saya.

 

Benar kata Pak samad berkenaan PPSMI bukan agenda tahun 2002. Malah sejak awal mahathir telah mula mempersiapkan pentas untuk maju dan melestarikan visi iaitu malaysia ingin MAJU tiada yang lain. Tidak perlu fikir aspek jatidiri dan aspek budaya.  Wawasan 2020 yang dijadikan visi penting beserta 9 perinsip umumnya tidak pula menjelaskan bahasa bahasa melayu menjadi penghalang. Malah objektif wawasan 2020 adalah menjadikan kemajuan negara melalui cara yang ‘tersendiri’. Semestinyalah maju dengan tradisi, bahasa dan budaya kita sendiri dan jika adapun etika kerja dan pengurusna yang berkiblatkan tradisi luar ia semestinyalah tidak menghancurkan malamat Dasar Kebudayaan dan hak-hak undang-undang bahasa kebangsaan.

 

Pak Samad banyak mengetuk ingatan pendengar berkaitan sikap dan hati pejuang bahasa pada tahun 1967 yang tidak sanggup melihat kerajaan melayu sendiri gugup dan pesemis dengan kemajuan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar kerajaan. Malah kajian ingin pula dibuat agar Bahasa Melayu difikir semula kesesuaiannya menggantikan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi terutama kehakiman.

 

Dahulu pernah sasterawan Negara Shahnon Ahmad menyelar Pak Samad apabila tidak bersama beliau berjuang Islam melalui PAS. Pak Samad berdiamkan diri dan terus mengkritik dasar kerajaan melalui puisi dan penulisan beliau. Beliau berkata dengan perlahan, saya terus menegur kerajaan tetapi dengan pena dan puisi kerana saya pemuisi….saya mula sedar beliau ingin jelaskan jiwa beliau sebenarnya. Pak Samad adalah golongan pejuang kiri pada saat sebelum merdeka. Pak Samad pernah berkempen untuk PKMM suatu masa dahulu malah beliau antara penulis yang banyak menegur rakyat melalui tulisan-tulisan tersusun rapi dengan warna-warna estetikanya tersendiri. Tidak secara zahir tegurannya.

 

Perjuangan Pak samad bersama NGO lainnya terutama gerakan Mansuh PPSMI adalah suatu rahmat kepada rakyat.

 

Muhammad Nuruddin Bashah

Setiausaha Teras Perak

AJK Media Jamaiy Perak   


Posted at 02:42 am by Pendita Bitara
Komen membina  

Next Page


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< June 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed