Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Wednesday, May 10, 2006
Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas

Tuduhan Kedua : RASULULLAH PENGANJUR PEPERANGAN DAN KEGANASAN
 
            Marilah kita mengupas pula suatu tajuk yang telah menjadi rentetan daripada peristiwa penyerangan WTC Amerika Syarikat pada 11 Sepetember 2001. Pada awalnya, ramai yang mengandaikan kejatuhan dan kehilangan kuasa bagi kuasa unipolar ini berikutan kegagalannya mempertahankan bandarnya sendiri malahan Pentagon (markaz ketenteraannya) juga turut teruk diserang. Namun, isu ini berjaya dialihkan oleh para intelegensia USA dimana dunia Islam dan pejuang-pejuang kebebasan Islam di Afghan, Kashmir, Chechen dan Bosnia dikambing hitamkan dengan labelan pengganas. Isu keganasan Israel yang kemuncak pada sekitar tahun 2000 diabaikan dan dipadamkan begitu sahaja sebaliknya dibiarkan berterusan. Peperangan Serbia terhadap Bosnia dikatakan sebagai penghapusan etnik dan bukannya keganasan terhadap dunia Islam.
 
Umat Islam telah lama menderita sejak Peperangan Dunia Pertama dimana dunia Islam diagih-agihkan wewenang serta diselaraskan mengikut system pemikiran dan pentadbiran Negara-negara yang menjajah mereka. Sebagai contoh Itali membentuk pentadbiran Libya, Perancis telah melebar sayap ke Mesir, Indo China (termasuk dunia Islam Kemboja), British di seluruh dunia Islam nusantara, Afrika serta Pakistan (dahulunya di dalam India), pengaruh Amerika Syarikat di dalam Syria serta kerajaan Islam Fillipina Selatan, Belanda pula membina empayar zalim di Indonesia. Luka ini ditambah pula dengan serangan budaya barat secara bertalu-talu oleh gerakan Zionis, Kristianisasi, budaya popular dan pelbagai serangan ekonomi lain yang telah menyebabkan dunia Islam bergantung kepada graf bantuan, sokongan dan kebangkitan teknologi barat semata-mata. Penubuhan OIC yang direncanakan sekadar tempat meluah perasaan para pemimpin Islam dibuat dengan baiknya menyebabkan segala keganasan dan penyerangan musuh Islam terhadap sesebuah negara umat Islam tidak terbela. Kenapakah tiada kesatuan dunia Arab khususnya apabila keganasan berlaku terhadap sesebuah negara lain? Hal ini adalah kerana polisi, ideologi pentadbiran dan cara diplomasi sesebuah Negara Arab telah lama direncanakan dengan semangat chauvinisme, assobiyyah, pentingkan bangsanya sahaja dengan mengenepikan kesatuan mereka yang pernah memimpin dunia dahulu.
 
Kegiatan peperangan sebelum Islam.
 
            Kegiatan ketenteraan dan peperangan di zaman pra-Islam merupakan suatu kegiatan yang diminati dan setiap kejayaan yang diperolehi boleh memebawa kemegahan dan kemasyuran sesuatu kaum, etnik dan suku. Adakah hanya orang arab sahaja yang suka berperang? Tentunya sejarah tidak menipu kita. Lihat sahaja sikap tamadun Rom, Indus, China dan banyak lagi tamadun hatta kerajaan-kerajaan Hindu dunia Melayu juga sering berperang. Perang menjadi suatu adat dan suatu fitrah setiap kekuasaan yang baru muncul. Menjadi suatu kewajipan bagi kerajaan yang lemah pula untuk berada di bawah pemerintahan kerajaan yang menang dan kuat. Pada saya tidak perlu dicari bukti atau fakta lagi bagi hujah ini. Terlalu banyak filem kungfu, filem-filem sejarah Rom dan sejarah dunia lain amnya menceritakan kegiatan ini.
 
Mengapa Islam membenarkan peperangan?
 
            Adakah Islam turut mengikuti fitrah tersebut? Adakah salah jika pemerintah Islam juga ingin meluaskan fahaman Islam kepada negara-negara lain sebagaimana kegiatan Napoleon, Julius Caeser, Alexender dan ramai lagi pemimpin dunia bukan Islam yang datang menjajah, menyebarkan agama mereka? Mengapa apabila Islam turut berperang seperti manusia lain dikatakan Islam sebuah ajaran yang ganas? Tahukah mereka bagaimana cara Islam berperang. Tahukah mereka bagaimana deritanya manusia di Palestin, Iraq dan Afghanistan sekarang ini dimana mereka tidak langsung dikunjungi oleh pejuang-pejuang tulen hanya kerana takut dilabelkan sebagai pengganas. Saya sendiri menjadi bacul dengan lontaran label pengganas dan akibat yang menanti kita sekiranya kita ingin bercita-cita menjadi mujahidin.
 
            Mengapakah Amerika Syarikat menyertai Peperangan Pasifik dan Peperangan Dunia Kedua pada 1941? Adakah kerana ingin membantu Britain sekutu kuatnya? Jawapannya adalah kerana serangan mula oleh Jepun terhadap pangkalan tentera mereka di Pearl Harbour yang mengorbankan beribu-ribu tentera Amerika dalam masa sehari sahaja. Mereka membalas dengan serangan bertalu-talu di Tokyo dan kemuncaknya The Little Boy digugurkan di Hiroshima dan The Fat Man dilontarkan pula di Nagasaki. Mengapa pula apabila pemuda Palestin yang didera, dibunuh ibunya dihadapannya ingin memeprtahankan maruah dan tanahairnya dikatakan pengganas? Alangkah malangnya umat Islam yang turut terlarut dengan orbit pemikiran sebegini.
 
Sejarah peperangan Rasulullah.
            Di dalam Islam, nyawa adalah perkara yang dilindungi dengan priority maqasid (tujuan) syariah.Mana-mana kumpulan yang bersikap memusuhi perdamaian, ingin menumpahkan darah serta menceroboh kedamaian orang lain, wajar disekat dan dihapuskan.
 
            Di Mekah, Rasulullah memulakan usaha dakwahnya dengan mengajak kaumnya secara baik, lembut dan berhikmah. Jemputan dilakukan secara rahsia dan terbuka tanpa meminta sebarang ganjaran dan pangkat. Sebaliknya baginda dilayan dengan begitu kasar, dipulau, dipukul, diputus persaudaraan serta sekatan ekonomi yang teruk sekali. Baginda dan para sahabat yang lemah ketika itu menanggung tekanan dan penyiksaan selama 13 tahun lamanya. Sikap jahat mereka diteruskan pula dengan beberapa siri peperangan yang dianjurkan oleh Quraisy semata-mata inginkan pengaruh Islam padam. Maka refleksi peperangan perrtama ini (Badar) adalah kerana mempertahankan agama, nyawa mereka serta tanah Madinah Al Munawwarah yang baru dimakmurkan.
 
Di Dalam surah Al Haj ayat 39-40 Allah menjelaskan.
 Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). (39)
 Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani) dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.(40)
Kemudian di dalam ayat An Nisa'  ayat 75 pula Allah membenarkan umat Islam membantu masyarakat sekeliling yang dizalimi dan di nodai hak asasinya.
 Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Mekah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami) dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh). (75)
.
Begitu juga ayat An Nisa' 76.
 Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah (76)
Di dalam ayat-ayat ini masyarakat Islam mula disarankan agar membongkar keganasan dan penindasan kaum berhampiran yang disiksa dalam pemerintahan Babylon, Parsi serta yang ditekan oleh pihak Gereja dan pemerintahan Kristian yang zalim serta menganggap rakyat seperti haiwan dan binatang (lihat Filem Troy dan Filem Gladiator serta lihat juga penindasan Gereja di dalam Filem King Arthur).
 
Hal inilah yang menyebabkan Rasulullah membawa perutusan dakwah kepada raja-raja zalim ini untuk menganut Islam dan ditawarkan naungan serta diminta jizyah jika mereka enggan memasuki Islam. Sekiranya mereka enggan kedua-dua syarat maka peperangan dicetuskan. Secara umunya matlamat peperanagn Islam adalah memebebaskan perhambaan sesama manusia, serta penindasan sesama makhluk serta ingin menyebarkan ajaran Islam.
 
Relevankah berperang?
 
Method pada zaman tersebut untuk menyebarkan fahaman dan ajaran adalah dengan peperangan. Membawa senjata dan kuda perang adalah lumrah dan normal. Sebagai contoh boleh dilihat bagaimana kebiasaan masyarakat Melayu membawa keris kemana sahaja, begitu juga masyarakat arab dahulu, membawa pedang kemana sahaja untuk mempertahankan diri mereka. Adalah bodoh jika setelah berdakwah, pihak musuh ingin membunuh kita, kita biarkan sahaja musuh bertindak keras dan bersikap kononnya zuhud dengan menidakkan persiapan ketenteraan. Berperang adalah releven pada zaman itu untuk menyebarkan ajaran Islam.
 
            Namun kini, method dakwah telah dipelbagaikan dengan kaedah pengajaran formal, seminar, internet serta buku-buku yang tersebar luas. Peperangan hanya bermula jika umat Islam dizalimi dan bukannya untuk melebarkan pengaruh negara kerana peta dunia telah ditetapkan bentuknya berbanding dengan zaman dahulu diaman peta berubah dengan tamatnya peperangan.
 
Syarat peperangan di dalam Islam.
 
v      Tidak dibenarkan membunuh wanita, kanak-kanak, warga tua apatah lagi mencabul kehormatan mereka (seperti sikap tentera kuffar)
v      Tidak dibenarkan memusnahkan rumah Ibadat mereka. Sesiapa yang bersembunyi disana adalah dijamin keselamtannya.
v      Tidak dibenarkan memusnahkan tanam-tanaman masyarakat tersebut (kecuali peristiwa (Bani Nadhir, dimana Rasulullah memusnahkan sebahagian kebun kurma Yahuni Nadhir kerana mereka hanya akan menyerah diri jika kebun kurma mereka diganggu. Namun Rasulullah tidak memusnahkan kesemuanya).
v      Negara yang ditawan perlu diperintah dengan keadilan serta wang kharaj serta jizyah mereka digunakan untuk mentadbir Negara tersebut dengan adilnya. Dilarang membina suasana ketakutan yang tidak sewajarnya (seperti sikap Amerika di Iraq hari ini).
v      Golongan yang ditawan, HARAM disiksa, sebaliknya mereka dibenarkan menebus diri serta meminta pertolongan daripada saudara-saudara mereka.
Di dalam sejarah Islam, terlalu banyak fakta menunjukkan keadilan Sultan Salahuddin Al Ayubi sehingga dinanti-nantikan di Baitul Maqdis, keadilan Sulatan Muahmmad Al Fatih  semasa menawan Konstantinopel dimana masyarakat Byzentium mengatakan mereka lebih yakin untuk diperintah oleh orang Turki berbanding dengan negara-negara barat (kristian Khatolik) yang lebih zalim serta rakus terhadap mereka. Berlainan pula apabila Kristian bangkit semula. Mereka menganjurkan keganasan untuk membalas dendam kepada umat Islam dan ini yang berlaku di Sepanyol, di Baitul Maqdis, Negara Eropah Timur serta banyak lagi.
 
                                    
Gambar 1 : Sultan Salahuddin Al Ayubi , jeneral perang teradil didunia.
 
            Walaubagaimana tidak dapat dinafikan akan kekejaman ramai pemerintah Islam sehingga menerbitkan dendam dalam kehidupan mereka seperti beberapa raja dalam kesultanan Islam Mungal di India, kekejaman Saljhuk di Andalusia serta banyak lagi yang mula melupakan prinsip keadilan dan ketelusan di dalam Islam. Namun ini adalah sunnah alam, dimana kekuasaan akan menghasilkan golongan yang zalim. Tetapi ini bukanlah hujah untuk menghina ajaran Islam secara umumnya.
 
            Adab dan ketelusan adalah menjadi agenda Rasulullah dalam setiap kali peperangan diadakan. Rasulullah adalah terlalu pemaaf sikapnya sehingga memaafkan Hindun Binti Utbah yang membunuh dan menggigit jantung Saidina Hamzah di dalam pperangan Uhud seerta memafkan suaminya pula iaitu Abu Sufyan yang terkenal dengan sikap memusuhi baginda sejak di Makkah lagi. Sebaliknya menjadikan rumah Abu Sufyan sebagai tempat perlindungan golongan kafir semasa pembukaan mekkah, diberikan ilmu dan pengetahuan kepada anaknya Muawwiyah sehingga menjadi Khalifah umat Islam pula. Inilah akhlak Rasulullah yang tidak dapat dinafikan oleh para musuh Islam.
 
            Diharap penulisan ini sedikit sebanyak membantu pembaca mengkaji kebenaran peperangan di dalam Islam. Terdapat banyak lagi contoh-contoh dimana keadilan jeneral-jeneral perang Islam sepanjang zaman. Pembaca perlu peka dengan maklumat-maklumat keganasan Al Qaeda kerana terdapat gambar-gambar dan berita berita sabotaj dan keganasan oleh mereka sengaja diada-adakan oleh para intelligent Amerika Syarikat. Mereka boleh berbuat apa sahaja. Mereka telah menunjukkan imaginasi pperangan dan imaginasi penghapusan umat Islam dalam filem-filem mereka. Apakah sukar bagi mereka merealisasinya?, Marilah mengkaji?
 
Rujukan tambahan;
1) Muhammad Panglima Tentera; AlFazlur Rahman, 1990, Penerbitan Hizbi Shah Alam.
2) Jihad Peperangan Rasulullah SAW; Ahmad Adnan Bin Fadzil, 2001, Pustaka Syuhada.
Muhammad Nuruddin Bashah
PKNS Kuala Lumpur
1058 pagi
10/5/2006

Posted at 01:55 pm by Pendita Bitara
Comments (2)  

Tuduhan pertama : Isu perhambaan dan Rasulullah

Tuduhan pertama :MENGAPA ADA PERHAMBAAN DALAM ISLAM?

 

          Kali ini marilah kita bersama bersama mengupas tajuk dan topik pertanyaan umum berkenaan hamba dan Islam. Benarkah Islam membernarkan perhambaan sesama insan? Tuduhan negatif dilempar kepada baginda Rasul seolah-olah baginda adalah broker hamba abdi yang terkenal. Saya pasti persoalan ini turut membelenggu pembaca-pembaca sekalian. Adalah sesuatu yang menyedihkan pula jika pendakwah Islam gagal memuaskan hati para madu'nya sehingga ada yang menerbitkan fitnah pula pada sistem syariah Islam dengan hujah dan jidal yang dangkal. Di dalam surah Al Hijr,  Allah menyelar golongan yang suka berjidal (berhujah dan berdebat) tanpa ilmu dan bayyinah (Al Quran dan dalil). Jadi marilah kita lihat perbahasan ini.

    Setelah saya meneliti Tafsir Al Azhar (Prof. Hamka) serta beberapa kitab fiqh lainnya,saya mendapat jawapan yang cukup memuaskan hati. Ilmu-ilmu terdapat  terlalu banyak di dalam khazanah kitab-kitab Islam. namun pencairan ilmu tidak berlaku sehingga ramai yang terkeliru dengan isu-isu Islam yang mudah. Tujuan penulisan ini adalah suatu usaha mencairkan ilmu agar dipermudahkan bagi yang ingin mendapatkan info ringkas tentang isu hamba dan Islam.

 

Mengapa Islam membenarkan perhambaan?

 

               Pada zaman dahulu, sistem perluasan kuasa adalah melalui peperangan dan mata pedang. Telah menjadi tradisi dan adat semua masyarakat tidak mengira barat atau timur, peperangan adalah method untuk perluasan kuasa dan tamadun. Jadi lantaran itulah Islam juga menyarankan peperangan untuk membuka wilayah dan menyebar sisitem pentadbiran Islam yang syumul kepada masyarakat sekitarnya.

 

    Pada setiap kali peperangan, ramai kaum lelaki akan mati. Wanita dan kanak-kanak tidak dibenarkan bunuh oleh Islam berlainan dengan agama lain. Islam membenarkan ghanimah dalam bentuk manusia iaitu menawan dan menyimpan hamba2 untuk dijaga dengan baik dan bukannya diabdikan seperti haiwan. Prof Hamka berpendapat, adalah suatu maslahah besar melindungi para wanita janda ini yang pada waktu itu kelihatan hina dan tidak bermaurah daripada tercebur ke lembah pelacuran. Maka Islam menjaga hak kewanitaan ini. Namun Islam turut meraikan pahlawan Islam yang berjuang membela agama, maka dibenarkan taraf tawanan ini menjadi hamba.

 

    Namun begitu, Islam menggalakkan umatnya membebaskan hamba melalui tebusan, wang atau melalui salah laku dalam agama seperti kiffarat dan dam (ibadat Haji). Islam menggalakkan penghulu berkahwin secara baik dengan wanita tersebut dan diberi mahar walaupun tidak diwajibkan.

 

    Mengikut Mazhab Hanafi dan Hanbali, suami isteri yang tertawan tidak akan tercerai secara automatik apabila sahaja ditawan menjadi hamba. Status hamba tidak memusnahkan hubungan perkahwinan. Tetapi jika si suami mati atau lari atau terlepas dari peperangan, maka mereka tercerai secara langsung dan dibenarkan pemilik hamba berkahwin pula dengan si hamba.

 

Apakah status Isteri Sahaya?

 

    Apabila menjadi isteri, status mereka rendah daripada isteri yang merdeka. Sebenarnya penghulu hanya diusyaratkan kahwin tidak lebih daripada 4 untuk isteri merdeka tetapi tiada had untuk isteri dikalangan hamba. Lantaran itulah kita melihat betapa ramainya Raja Abbasiyyah termasuk raja-raja melayu yang berkahwin dengan ramai gundik dan dayang-dayang yang dikenali sebagai 'Hareem'. Kesemua isteri ini sah dan melebihi 4. Tetapi anak mereka adalah bebas dan merdeka tidak seperti ibu mereka (Ummu Walad).

 

    Mari kita lihat satu contoh. Mengapakah Khalifah Makmun cenderung kepada fahaman Muktazilah? Bukankah bapanya Harun Ar Rasyid pemegang aqidah Ahli sunnah yang tegar?. Mari kita lihat asal usulnya. Khalifah Makmun bukannya anak Gahara atau anak daripada isteri merdeka. Kemungkinan ibunya adalah hamba daripada tawanan Parsi (yang giat dalam falsafah, syiah dan muktazilah). Lantaran itu dia agak membenci ulama' baghdad seperti Imam Ahmad Ibnu Hanbal. Berlainan dengan Mu'tasim dan Mutawakkil yang berjuang kearah ahli sunnah. Inilah faktanya!!

 

    Kita lihat Safiah Binti Huhai seorang hamba Rasulullah daripada tawanan Khaibar, akhirnya menjadi ummaha Mukminin. Mengapa? Kerana baginda memerdekakan Safiah sebagai maskahwin mereka dan beliau layak menjadi ibu-ibu mukminin.

 

    Berlainan dengan Mariah Qibtiyyah yang berasal daripada hamba Raja Muqauqis daripada Mesir. Mariah dihadiahkan oleh Muqauqis dan akhirnya Rasul berkahwin dengan Mariah. Atas budi bicara Mariah tidak mahukan maskahwin dan Rasulullah berkahwin tanpa maskahwin. Inilah hujah orientalis yang mengatakan Rasulullah tidak berkahwin dan berzina dengan Mariah. Mengapa Mariah tidak tersenarai dalam senarai ummahah Mukminin? Hal ini kerana beliau tidak merdeka dan hanya isteri dikalngan hamba. Inilah fakta yang sebenarnya.

 

    Pada zaman Saidina Umar Al Khattab, beliau mengharamkan penjualan semula ummu walad kerana menaikkan sedikit status hamba yang telah menjadi isteri penghulunya. Namun mereka tetap rendah daripada status isteri merdeka.

 

    Rasyid Redho berkata, dalam peperangan kebangsaan dan peperangan menurut perintah raja, tawanan bukan berstatus hamba seperti di zaman nabi. Uruf hari ini telah menafikan hamba seperti dahulu. Tetapi sejarah menyaksikan tawanan perang dunia kedua terlalu dahsyat kejadiannya khususnya kekejaman Jepun, Itali dan Jermen yang membinatangkan tawanan walaupun sistem hamba telah dimansukhkan. Ramai wanita dan isteri tentera Amerika yang melarat di Jepun sehabis peperangan dunia kedua. Inilah yang Islam larang.

 

    Rasulullah membenarkan perhambaan tawanan perang kerana semasa itu, sekiranya tawanan Islam ditangkap oleh orang Quraisy, mereka akan memperhambakan tentera Muslimin juga. Jadi ini adalah keadilan dalam Islam. Cuma Nabi bertindak mengurangkan secara perlahan-lahan sistem perhambaan ini. Jadi tidak timbul persoalan Rasulullah atau Islam adalah pengganas dan memperhambakan manusia.

 

    Islam amat meraikan ramai pihak. Pihak tawanan, pihak kafir, pihak tentera dan perasaan tentera Islam. Dan inilah yang ana selalu gelarkan sebgai dakwah antagonistik dalam Islam yang cukup cantik. Apabila kita mempelajari fekah dan sistem-sistem dalam Islam secara terperinci, kita akan melihat betapa Indahnya ISlam.

 

Dalam Islam,  telah lama mengharamkan perhambaan sesama makhluk. Aktiviti penjualan hamba adalah salah suatu keperluan dan kekuatan ekonomi arab jahiliyyah. Rasulullah sendiri mempunyai beberapa hamba. Hal ini berlaku kerana adat berperang sebelum Islam yang banyak menghasilkan hamba-hamba yang kehilangan hak terhadap diri mereka sendir. Di sini Islam tidak agresif menaikkan taraf mereka kerana akan mengundang perpecahan kefahaman dan  menghalang daripada penerimaan kaum-kaum arab terhadap dakwah Aqidah yang lebih utama untuk diperbaiki.Walaubagaimana pun,  Islam menghadkan hamba dengan :

1)      Dibenarkan kahwin dengan hamba untuk menaikkan taraf hamba menjadi Isteri dikalangan hamba.

2)    Dibenarkan bersetubuh dengan hamba untuk menghasilkan anak. Ummu walad (hamba tadi) dilarang dijual lagi kerana telah mempunyai anak daripada perhubungan dengan tuannya.

3)      Dibenarkan hamba memiliki harta zakat demi membebaskan diri melalui amalan katibah.

4)      Dilarang menjualkan atau mewarikan pada tuan baru, akan hamba yang mudabbar (dijanjikan merdeka oleh tuannya sebelum matinya).

5)      Dikekang syarat menawan musuh dengan syarat peperangan yang wajib menepati syarak.

6)      Menghalang pemilikan hamba dengan adanya hokum membayar dam dan kiffarat untuk ruang pembebasan hamba.

 

Rasulullah adalah saintis sosial yang terulung!! Belaiu tidak memecahkan tradisi ekonomi sesebuah komuniti secara mendadak. Dan lihatlah juga betapa seni dan teraturnya Islam membawa masyarakat Islam menghayati maksud kebebasan sebenar iaitu hurriyyah dan Istiqlal, walaupun dalil kemerdekaan ini tiada dalam Al Quran secara lafziyyah. Inilah seninya hukum Islam

 

Kepada para pendakwah, jadikan nukilan ini sebagai bahan dakwah kalian. Baca dan kaji semula. Kerana saya tidak terlepas daripada kesalahan fakta. Sila betulkan secara ilmiah dan elakkan 'denial symptom' yang merugikan kalian

 

Muhammad Nuruddin Bashah

Balik Pulau

Pulau Pinang

 


Posted at 04:03 am by Pendita Bitara
Comments (3)  

Perbahasan Isu Penghinaan Nabi (II)

PERBAHASAN ISU PENGHINAAN NABI (BAHAGIAN KEDUA).

            Dalam penulisan yang lalu saya telah memberi beberapa kes-kes penghinaan nabi pada zaman baginda sendiri. Kemudian juga dijelaskan akan beberapa kes penghinaan nabi yang berbentuk lukisan dimana hal ini masih panas dibahaskan. Pada kali ini, saya berminat pula untuk memberi beberapa contoh lagi penghinaan nabi yang dilakukan pada era kini, baik yang dinyatakan oleh pihak musuh Islam mahupun oleh para penganut Islam sendiri yang terhakis imannya. Hal ini berlaku di dalam dan luar negara ini. Kita merasa amat terkilan dengan sikap beberapa individu di Malaysia baik yang bergerak secara individu atau pun bertopengkan beberapa institusi tertentu, dimana skeptical mereka yang melulu terhadap perjalanan sirah Rasulullah amat mendukacitakan. Pandangan mereka terhadap Islam kadangkala kelihatan  melucutkan profesionalisme mereka terutama yang berlatar belakangkan kepeguaman, kewartawanan professional serta beberapa bidang pengajian yang menekankan disiplin bukti dan fakta dalam berhujah. Nafsu dan amarah mereka terhadap nabi ini adalah natijah positif yang digarapkan oleh perikatan-perikatan pemikir sekularisme sedunia sejak abad ke 19. Mereka lupa mereka diperalatkan oleh aliran pemikiran lencong tersebut.

Penghinaan di zaman moden.

            Sejurus selepas kejatuhan khilafah Usmaniyyah, kita melihat dahan bergantung umat Islam teleh lumpuh. Sektor perbahasan Ulama' dan Fatwa telah kelihatan chauvinistic kenegerian, kelihatan pessimis dengan kebangkitan Islam, taasub dan melulu dalam berijtihad sehinggakan umat Islam berpecah dan dimanupulasikan oleh westenisasi dengan mudah. Diantara kes yang begitu menggemparkan dunia era moden ini adalah kes Salman Rusydie.

1) Kes Salman Rushdie.

Beliau adalah anak keturunan Kashmir (1947) yang dilahirkan dan dibesarkan di Bombay. Beliau yang dikelilingi dengan masyarakat Hindu merasa amat tertekan dan tidak memahami budaya dan amalan umat Islam yang sebenar. Beliau kemudiannya dihantar ke England dan belajar disana beberapa tahun di Rugby. Kemudiannya mengikuti kursus Ijazah di Universiti Cambridge. Beliau sejak mula di England telah merasa tertekan, inferior dan rendah hati dengan latar belakangnya daripada India. Sikapnya yang inginkan pengaruh dan inginkan taraf yang mulia menyebabkan beliau berkahwin dengan gadis Inggeris sehingga mendapat kerakyatan Britain. Kemudiannya berkahwin pula dengan gadis Amerika yang berpengaruh dalam dunia penerbitan untuk mendapatkan kemudahan beliau menerbitkan buku. Beliau menulis dalam bentuk novel. Mesej dan kritikan masyarakat diselitkan dalam novel beliau. Beliau memulakan penghinaannya terhadap Islam dalam novelnya Al Arr yang mensendakan Presiden Pakistan iaitu Zia Ul Haq. Kemudian beliau mengarang pula Satanic Verses (1989) yang mensendakan agama Islam dan Nabi Muhammad SAW. Rasulullah dikatakan menuntut ilmu daripada syaitan iaitu ayat-ayat syaitan dirujukkan kepada Al Quran. Kalimah Mahound digunakan iaitu kalimah Muhammad yang digunakan oleh penghina-penghina Nabi SAW sejak beberapa kurun yang lalu.  Beliau bertindak jauh lagi dengan mengatakan isteri-isteri baginda sebagai pelacur. Sikapnya jelas seperti Kaab Bin asyraf iaitu yahudi Nadhir yang menghina isteri-isteri nabi.

Lantaran itulah Sheikh Abdul Aziz Bin Baz daripada Arab Saudi telah berfatwa bahawa belajar atau menetap di negara kafir adalah haram kecuali kerana dharurat. Kelengkapan iman dan pendidikan Islam yang mencukupi adalah perlu sebelum menjejakkan diri di Negara kuffar.

Daripada Jarir Bin Abdullah, Nabi SAW bersabda " Aku terlepas dari tanggungjawab terhadap muslim yang tinggal menetap di tengah-tengah negara musyrik". Respon daripada penghinaan ini ialah, Imam Khomeni telah menfatwakan hukum bunuh kepadanya yang tiadak akan terlupus selamanya walaupun beliau bertaubat. Berjuta dollar Amerika ditawarkan. Namun begitu beliau telah mendapat suaka politik Britain dan beberapa negara eropah yang lain. Bukunya diulang cetak di New York.

  Gambar 1 : Salman Rushdie

2) Penghinaan-penghinaan lain.

1)       Pada 1990, Taslima Nasreen warganegara Bangladesh yang menulis buku tentang penghinaan terhadap Nabi.Beliu seperti juga Salman Rusydie, akhirnya turut mendapat suaka politik Barat dan menikmati kemewahan akibat buku-buku mereka yang diulang cetak.

2)       Penulis Syiria iaitu Haidar Bin Haidar telah mengarang novel fiksyen yang memasukkan watak Nabi SAW, Saidatina Khadijah RA dan Saidatina Siti Aishah RA. Ribuan mahasiswa Mesir bangkit berdemostrasi, namun ramai yang ditangkap sehingga mengorbankan juga nyawa.

3)       Nigeria yang merupakan warisan kesultanan Islam Sokoto telah dipilih untuk menganjurkan pertandingan ratu cantik sedunia. 2 negeri di Nigeria Utara yang berteraskan syariah telah menentang habis-habisan pertandingan tersebut. Editor  Nigeria this Day (berbahasa Inggeris) telah mengeluarkan kenyataan " jika nabi Muhammad masih hidup, nabi Muhammad akan membenarkan pertandingan itu diadakan dan memilih isteri dikalangan peserta pertandingan itu. Natijahnya, pejabat akhbar tersebut dibakar oleh rakyat Nigeria.

3) Disini disertakan juga penghinaan terhadap Islam dan Nabi oleh beberapa penulis dan individu di Malaysia.

1)       Farish Noor (penulis bebas) berkata dalam  The Edge, 3 Disember 2001 " Islam adalah suatu wacana dan semua wacana adalah terbuka dan boleh dicabar serta plastic (anjal)'. Penulis ini lupa prinsip mutagayyirat dalam Islam yang boleh dibahaskan, manakala prinsip sawwabit adalan unsur teras di dalam agama yang haram dipersoalkan.

2)       Akhbar Ali berkata di dalam The Sun 21 Februari 2001, "..mungkin serban mufti-mufti terlalu ketat dan sebab itulah tidak cukup oksigen masuk ke dalam otak mereka. Mereka tidak berfikiran waras." Akhbar amat marah dengan kenyataan mufti yang menyelar filem-filem bollywood.

3)      Akhbar Ali berkata di dalam The Sun 14 Julai 1999 "…Al Quran membenarkan seseorang menjadi murtad dua kali dan kekal sebagai kafir…..tiada hukuman yang dinyatakan ke atas seseorang yang murtad selain janji Tuhan yang tidak akan mengampuninya mahupun memberi petunjuknya yang lurus."

4)       Zainah Anwar menulis di dalam Utusan Malaysia, 26 September 2000, " Islam bukanlah milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa mereka adalah Ulama'. Oleh itu sebarang pentafsiran terhadap sumber-sumber  Islam seperti  Al Quran bukanlah milik para ulama' sahaja. Sikapnya memang  amat skeptikal terhadap ulama' serta cuba meluaskan fahaman beliau yang tidak percayakan itegriti para ulama' untuk menistinbat hukum.   

                                    Gambar 2 :Zainah Anwar

4) Kebebasan dalam bercakap dan berpendapat.

Islam memang menjamin hak untuk berpendapat, kerana hak asasi di dalam Islam adalah terjamin. Namun hukum kulli (umum) ini berubah dengan beberapa syarat yang perlu dipenuhi dengan adanya beberapa prinsip yang lain seperti ;

v      Prinsip kejiranan.

v      Prinsip tanggungjawab terhadap Ibu bapa, serta anak dan isteri.

v      Menjamin hak dan keselesaan orang lain juga.

v      Hukum mengeluarkan kata-kata kesat kepada Nabi, isteri-isterinya serta sahabat-sahabat nya di dalam ilmu Aqidah. Dalam hal penghinaan kepada nabi, isteri baginda dan sahabat, ulama' aqidah khalaf dan salaf mempunyai consensus yang sama.

Ulama' berpendapat bahawa kebebasan perlu tidak terikat dan tidak menurut hawa nafsu. Lantaran itulah baginda SAW pernah mengatakan dunia ini adalah bagaikan penjara bagi orang mukmin. Maksud baginda adalah bahawa kebebasan kepada orang mukmin ini dipandang terlalu terkongkong pada perspektif golongan kafir. Manusia memang dijadikan untuk mengikuti syariat dan manhajnya. Disebalik menuruti peraturan itu ada kelancaran dalam kehidupan. Sebagaimana mesin-mesin yang dioperasikan mengikut manual penggunaannya, maka mesin itu tidaka akan rosak dan kekal lama. Sebaliknya jika ingin mengoperasi mesin melalui jalan-jalan mudah, maka kerosakan dan kebinasaan akan berlaku pada mesin tersebut kerana peraturannya tidak diikuti.

Hukum Mencaci nabi menurut Mazhab Maliki.

             Imam Malik berkata bahawa barangsiapa yang mencaci nabi, atau malaikat, memalukan, melaknat, mencerca, mengubah sifatnya, mengurangkan kezuhudan, dan fizikalnya maka mereka ini patut dibunuh dengan had  tanpa dituntut bertaubat. Namun sekiranya seseorang murtad daripada Islam, mereka diberikan 3 hari bertaubat dengan diberi hanya makanan yang sedikit. Kesimpulannya di dalam qaul masyur Mazhab Maliki, seseorang yang menghina nabi tidak dituntut bertaubat dan sekiranya bertaubat sekalipun, hukuman had tetap dijalankan. Beliau berhujah dengan Hadis nabi " barang siapa yang menukar agamanya maka ia hendaklah dibunuh".

Hukum Mencaci Nabi menurut Mazhab Syafi'e.

            Imam Syafi'ei tidak membezakan golongan yang murtad dengan golongan yang murtad kerana menghina Nabi. Bagi beliau mereka adalah serupa. Namun di dalam mazhab ini, terdapat qaul yang mengatakan sunat diberikan tempoh bertaubat kepada penghina Nabi dan qaul yang lain mengatakan wajib diberikan tempoh.

Hukum Mencaci Nabi menurut Ibnu Taimiyyah (mazhab Hanbali).

            Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah berpendapat bahawa orang yang mencaci Rasulullah hendaklah dibunuh dengan tidak perlu diminta taubat terlebih dahulu. Adapun yang menggalakkan meminta taubat kepada yang murtad dan mencaci nabi ini adalah bersumberkan kepada kata-kata Saidina Umar RA " Apakah kamu telah memenjarakan mereka selama 3 hari dan telah kamu berikan mereka makanan pada setiap hari sekeping roti?, mudah mudahan mereka bertaubat atau pun ia kembali kepada sebenar, wahai tuhan kami, aku tidak hadir dan aku tidak menyuruh dan aku tidak redha" (kata-kata ini adalah refleksi kepada pengaduan seorang lelaki yang mengaku membunuh seorang lelaki murtad yang lain tanpa diminta taubat.. Inilah dalil yang digunakan oleh kebanyakkan ulama' mewajibkan penerimaan taubat dan pemberian tempoh bertaubat. Namun pada pendapat Imam Malik, pandapat ini bukannya ijma' sahabat.

Hukum mencaci isteri-isteri nabi SAW.

            Mencaci isteri-isteri nabi adalah taktik lama yang memang menjadi senjata terakhir untuk menghina nabi. Sebagaimana yang kita tahu mnegahwini para isteri nabi selepas kewafatan baginda adalah suatu penghinaan terhadap nabi. Bagitu juga mereka-reka cerita dusta kepada mereka seperti peristiwa hadis ifki (fitnah kepada Saidatina Aisyah RA). Lantaran terlalu cintakan para isterinya, maka nabi pernah menghantar utusan sulit untuk membunuh Kaab bin Asyraf yang membuat cerita dan syair lucah yang menggunakan nama-nama isteri baginda sebagai  watak di dalam penglipurlaranya.

            Allah berfirman

" sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik, yang jujur lagi beriman (dari zina) mereka dilaknat di dunia dan di akhirat, dan bagi mereka azab yang besar". (Surah An Nur : ayat 23).

Kata Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah, "ramai ulama' berpendapat bahawa ayat di atas diturunkan khas berkaitan isteri-isteri nabi SAW.

Ibnu Abbas RA mentafsirkan ayat ini bahawa ianya khusus kepada Siti Aisyah dan seluruh isteri Nabi yang lain. Walaupun di dalam ayat ini tidak dinyatakan tentang perlunya diberi peluang bertaubat, Ibnu Abbas RA menyatakan bahawa dalam ayat yang lain Allah meminta 4 saksi bagi setiap tuduhan salah bagi wanita mukminah, jika tidak dinyatakan, mereka perlu bertaubat. Ibnu Taimiyyah juga pernah berkata bahawa Al Qadi Abu Ya'laa berkata " orang yang mencaci Siti Aisyah dengan tuduhan yang mana Allah telahpun membersihkannya daripada tuduhan itu, kufurlah ia, tidak dipertikaikan lagi hukumnya dan telah pun ijma' tentang perkara ini".

            Diriwayatkan daripada Imam Malik " orang yang mencaci Abu Bakar RA disebat dan orang yang mencaci Siti Aisyah dibunuh". Ditanya apa bezanya? Jawab Imam Malik, "Sesiapa yang menuduhnya, dia telah menyalahi Al Quran".Kata Ibnu Taimiyyah lagi "adapun yang mencaci isteri-isteri nabi SAW selain Aisyah RA ada 2 pendapat :

1)       Mencaci isteri-isteri nabi SAW sama seperti mencaci para sahabat. Jadi hanya dikenakan sebatan.

2)       Pendapat yang jelas ialah, menuduh salah seorang isteri Nabi samalah seperti menuduh Siti Aisyah juga, sepertimana kata Saidina Abdullah Ibnu Abbas RA dahulu iaitu tuduhan sedemikian mendatangkan keaiban dan penghinaan kepada Rasulullah SAW.

Kesimpulannya hukum bunuh diperbolehkan jika penghinaan kepada mana-mana isteri nabi kerana ianya sepertilah menyakiti hati baginda SAW juga. Betapa beratnya hukuman kepada mana-mana manusia yang ingin menunjukkan belangnya kepada nabi SAW dan isterinya-isterinya kerana isteri baginda adalah 'ummahatul Mukminin' iaitu umpama ibu-ibu umat Islam yang menjadi contoh pergaulan rumahtangga dan rujukan hukum hakam selepas baginda wafat.

Hukum bagi penghinaan terhadap para sahabat Rasulullah SAW.

            Kata Ibnu taimiyyah, mana-mana individu yang menghina sahabat baginda sama ada ahli bait ataupun tidak, maka Imam Ahmad sendiri telah menghukum secara mutlak yang ianya hendaklah disebat sebagai balasan dan Ahmad tidak menyebut yang ianya dihukum bunuh atau dihukum kafir.

            Kata Ishak Bin Ruhuwaihin bahawa orang-orang yang mencaci sahabat-sahabat Nabi SAW dihukum dan berpendapat bahawa tidak dikenakan hokum bunuh.

            Al Qadi Abu Ya'laa mengatakan bahawa orang yang mencaci para sahabat jika ianya mneghalalkan caciannya maka dia menjadi kufur, jika tidak dihalalnya (tidak diredhanya sendiri) maka jadilah ianya fasiq.

            Kesimpulannya menurut Imam Ahmad, bahawa sesiapa yang menghina sahabat dianggap keluar daripada Islam (kerana dianggap kufur secara tidak nyata sahaja) tetapi tidak dibunuh, sebaliknya disebat.

 Rujukan tambahan :

1)       Penghinaan Terhadap Rasulullah SAW; Riduan Mohamad Nor, Mohd Asri Mat Daud, 2006, MHI Publication.

2)       Hukum Islam Terhadap Jenayah Salman Rusdie; Prof. Dr. Alaeddin Kharofa, 1993, A.S Nordeen, Kuala Lumpur.

            Disini saya hanya menyediakan beberapa fakta ringkas berkaitan penghinaan terhadap Nabi yang berlaku pada zaman kita ini dan hukuman yang layak bagi mereka. Namun hanya para ulama' yang layak sahaja yang boleh mengkonklusikan hukuman terhadap para pencaci Nabi, isteri-isterinya dan para sahabatnya. Didalam zaman Rasulullah SAW masih hidup, telah  terdapat manusia yang berani menzahirkan kenabian palsunya, menghina isteri nabi, berbanding dengan zaman kini dimana pengaruh mendalam orientalis jahat ke dalam lubuk epistemologi umat Islam serta gejala kerasukan budaya popular dan pemuasan hedonisme yang memusnahkan kasih dan sayang manusia kepada Rasulullah SAW. Penulisan saya adalah sebahagian orak mula saya untuk terus menulis beberapa lagi artikel berkenaan syubhat tuduhan musuh Islam terhadap sirah baginda dan beberapa sunnah baginda. Moga Baginda memberikan syafaatnya kepada saya kelak. Amin.

Muhammad Nuruddin Bashah

Flat PKNS

Kuala Lumpur

2.36 pagi

10/5/2006

           


Posted at 03:06 am by Pendita Bitara
Comments (14)  

Tuesday, May 09, 2006
Hukum Akal serta hikmahnya untuk umat Islam kini...

SEKITAR PERBAHASAN HUKUM AKAL DALAM MENGENAL TAUHID.
         Pada kali ini ana berminat untuk mengupas kembali perbahasan kewajipan kita mempelajari hukum akal dalam memandu akal kita mengenal tuhan. Keilmuan ini adalah keilmuan yang telah lama berakar umbi didalam sistem pengajian Islam tradisional nusantara dan tidak ketinggalan juga Malaysia ini. Keilmuan ini tersirna di dalam kitab-kitab utama melayu seperti Faridatul Faraid, Duruss Samin, Aqidatun Najin dan Matan Jauwhar Tauhid. Keilmuan ini adalah berintipatikan aliran khalaf yang mengikuti aliran Imam As Sanusi (dengan kitabnya Ummul Barahin). Kepada pembaca yang beragama Islam dan berbangsa melayu, menjadi kewajipan kita menjaga warisan keilmuan melayu tua ini yang telah lama menjadi benteng Aqidah melayu daripada serangan penjajahan British dahulu. Inilah kekuatan keilmuan tradisional.

 Apakah hukum akal?
Hukum akal terbahagi kepada 3 iaitu wajib pada akal, mustahil pada akal dan harus (jaiz) pada akal.
Wajib pada akal : Contohnya wajib bapa tua dari anak. Atau wajibnya benda hidup mempunyai jasad, jisim dan dimensi walaupun sebesar zarah (jauhar), atau wajib manusia itu mati. Atau wajib emak itu melahirkan anak bukan anak melahirkan ibu.
Mustahil pada akal : Mustahil sebuah kereta dikatakan sedang bergerak dan diam serentak. Mustahil warna sebuah pen itu tak hitam atau putih (mesti salah satu). Mustahil anak lebih tua dari bapa. Ini penting kerana jika kita isbatkan Allah dengan sifat wajibnya, maka mustahil Allah bersifat dengan perkara yang berlawanan dengannya. Jika Allah wujud mustahil dia tak wujud serentak. Mustahil pada akal ada dua pemandu dalam kereta, samalah seperti mustahil ada dua tuhan satu alam.
Harus akal : Harus kereta bergerak atau tidak bergerak. Harus Allah mencipta manusia atau makhluk lain (tak wajib baginya).
Sebelum Allah mencipta makhluk, alam adalah dalam keadaan adam wujdan dimana tiada lain selain Allah yang wujud hakiki. Selepas ada makhluk seperti arash dan kursiyy, maka dinamakan mumkin. Para mumkinat ialah makhluk seperti kita yang boleh ada atau tidak kerana Allah tidak diwajibkan oleh sesiapa untuk cipta kita.
Hukum mempelajari hukum akal
Ulama' salaf  seperti Imam Ahmad Hanbal dan beberapa ulama' mazhab melarang penggunaan hukum akal melampau dengan menhaj penggunaan akal. Aliran salafi Wahabiyah juga  mempopularkan aliran ini serta cuba melarang keras dan memerangi penggunaan ilmu kalam serta ilmu akal yang berteraskan falsafah.
Imam Al Ghazali ialah ulama' kontemporari zamannya, telah menggunakan ilmu kalam yang mirip kepada salafiyyah untuk membela agaman. Kerana itulah beliau digelar hujjatul Islam. Imam Ghazali telah membenarkan penggunaan hukum dan ilmu ini dengan syarat ianya digunakan untuk mengenal tuhan bukan untuk mempertuhankan akal semata-mata, sepeti golongan dahriyyun (atheis). Imam Al Ghazali turut mempelajari falsafah untuk mencari kelemahan falsafah Yunani walaupun beliau turut bersetuju dengan hikmah ilmu ini dalam mengenal tuhan.
Imam Ibnu Rushd seorang ulama' dan qadhi di Andalusia. Beliau adalah ulama' mazhab maliki dan merupakan ahli falsafah terkemuka. Belaiu mengatakan hukum mempelajari ilmu akal, mantik dan falsafah adsalah wajib untuk memperdalamkan keyakinan terhadap syariah dan tauhid.
Ibnu Khaldun pula berpendapat golongan yang menyepi diri daripada ilmu akal adalah golongan bodoh yang memusnahkan agama sendiri.Hal ini adalah kerana pentadbiran sesebuah negara yang bertamadun memerlukan akal yang berteraskan wahyu untuk memerintah dan memakmurkannya.
Pada saya, kita sewajarnya kita mengetahui sejarah ilmu ini dahulu, cuba mengasah akal agar mengaitkan persekitaran untuk mencari kebenaran dakwah, tauhid dan kehebatan Allah. Walaubagaimanapun WAJIB kita tahu batas dan sempadan akal kita serta berhati-hati agar tidak sampai keluar daripada orbit had pengetahuan manusia. Firman Allah
" Inna Utitum minal ilmi illa Qalila"
Sesungguhnya aku berikan kamu daripada ilmu (ilmu Allah, sebab itu Allah guna kalimah minal) melainkan sedikit Cuma.
Perbahasan tambahan.
Wajib bagi sesuatu benda makhluk mengisi ruang. Sebagai contoh seekor ikan dalam akuarium, ruang ikan tersebut tiada air. Jadi isipadu air di akuarium meningkat bila ada banyak ikan. Konsep perbahasan ini seolah olah ilmu Archimedes. Memanglah keilmuan Islam Abbasiyyah banyak menyalin kitab-kitab falsafah logik Yunani untuk mencari kekuatan akal agar wajib hukum ini dapat memberi hujah kepada ahli tauhid. Lihat, bagaimana mungkin Allah itu mengisi ruang. Jika begitu dia akan menolak zarah2 udara sebasb dia mengisi ruang bila dia berada di alam ini. Jadi Jika Allah turun kebumi (contohnya) Allah akan mengambil ruang udara kita dan ini semestinya memusnahkan ekosistem udara dan angkasa lepas kerana Allah tentunya besar dan hebat. Jadi perkara ini mustahil pada akal dan pada syara'. Ini hanya sebahagian kecil kupasan kepentingan ilmu akal yang berteraskan Islam. Mencari konsensus dalam penggunaan Ilmu ini mungkin menjadi masalah tetapi mencari konsensus (kesepakatan) dalam mentauhid serta mempertahankan Aqidah Islam adalah WAJIB.

MUHAMMAD NURUDDIN BASHAH
Balik Pulau Penang.

Posted at 01:24 am by Pendita Bitara
Comments (9)  

esan penjajahan terhadap tradisi keilmuan Islam

KESAN PENJAJAHAN BARAT KEPADA EPISTEMOLOGI ISLAM

AHMAD ASYRAF BIN SHARI

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA 2005/06


PROSES PEMBARATAN SISTEM PENDIDIKAN

Tokoh westernisasi (tokoh pembaratan Islam), missionary barat dan orientalis berusaha sedaya upaya untuk menghancurkan nur Islam. Mereka mewujudkan pelbagai organisasi antaranya Paderi Lamnes al-yasuei telah mengatur strategi pepecahan keatas umat Islam selepas kejatuhan khilafah Islamiah Turki 1924. beberapa kejayaan telah dicapai,terutamanya di medan pendidikan, pengubahsuaian dalam hukum Al-Quran dan muncul gerakan pembebasan wanita.

   Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) Dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan Yang demikian). (Assof :8)

Sistem pembelajaran Al-Quran diketepikan ,dimana sedikit demi sedikit pelajaran berteraskan Al-Quran dan assunnah dihapuskan dari peringkat rendah ke peringkat universiti. Al-Azhar sebagai institusi yang masih mengekalkan sistem Al-Quran dan sunnah telah cuba diganggu oleh golongan westernisasi ini. Mereka menekankan bahawa Al-Azhar memerlukan perubahan, sehingga kesannya tenaga pengajar al-azhar turut termakan dengan hasutan pemikiran Barat ini.

DEFENISI EPISTEMOLOGI

·         Epistemologi adalah istilah yang dikaitkan dengn perbahasan falsafah, dimana 'epsteme' bermaksud pengetahuan dan logos bermksud ilmu,sains,kajian atau teori dan perbincangan.

·         Secara mudahnya ia ditakrifkan sebagai 'kajian tentang ilmu pengetahuan'. Secara teknikalnya ia merujuk kepada disiplin ilmu yang menyelidiki tentang ilmu.

·         Kemunculan ahli falsafah Yunani yang dikenali sebagai sufsa'iyyun (sophist) menghasilkan kemunculan perbincangan epistemologi secara terbuka.

EPISTEMOLOGI ISLAM DAN BARAT

·         Epistimologi mengikut Islam adalah satu perbahasan mengenai penentuan dan penilaian terhadap sesuatu perkara sama ada benar(diterima) atau palsu(ditolak). Perkara yang benar hendaklah berasaskan ilmu al-yakin.

·         Epistimologi Barat menurut Prof Al-attas " kebudayaan barat berasaskan dasar falsafah bukan agama, mereka hanya menegaskan dasar teori iaitu ilmu pengetahuan atau hasil akal nazari yang berlandaskan sangkaan,dugaan dan penerokaan akal jasmani yang mungkin benar atau tidak".

PENJAJAHAN KEATAS ISLAM

Serangan monggol

·         Berlaku sejak abad ke 12 sekitar 1220-1230 di Azerbaijan dan timur laut Iran

·         Puncak malapetakala ialah penghancuran kota Baghdad dimana khazanah ilmu dan saintifik telah dibinasakan

·         Hulagu menawan baghdad, air sungai dajlah bertukar sebanyak 2 kali:

- Hari pertama : merah dengan darah umat Islam yang disembelih

- Hari kedua : hitam dengan dakwah buku-buku yang dibuang.

·         Baghdad mempunyai Bait al-Hikmah sebagai perpustakaan terunggul didunia

·         Baghdad juga merupakan pusat industri penerbitan buku terbesar didunia

- separuh dari 2.5 juta penduduk terlibat dengan proses penerbitan buku.

- Membaca buku menjadi kegilaan dan hobi penduduk Baghdad

·        Baghdad menjadi syurga buku-buku diabad 13 sedangkan Eropah masih jahil dan buta huruf dalam kegelapan.

Perang Salib

·         Penjajahan disusuli dnegan Perang Salib yang dilancarkan oleh pemerintah Kristian pada Zaman Pertengahan di Eropah

·         Berlaku selama 200 tahun menyebabkan kejatuhan Kota Grenada kepada Crusaders

·         Peperangan dicetuskan disebabkan faktor perbezaan dari sudut ekonomi,agama dan politik

·         Hasil ketamadunan Islam telah dicuri dan dirampaskan oleh masyarakat eropah.

SEKULARISME

Takrifan

·         Dalam bahasa arab disebut 'almaniyah ( ÚáãÇäíå  )

·         Dr Yusuf Qaradawi ,bukunya 'Pertentangan Islam dan sekular' terjemahan yang betul dalam bahasa Arab ialah al-Ladiniyyah ( ÇáÇ Ïíäíå ) iaitu tanpa agama atau al-Dunyawiyyah (ÇáÏäíÇæíå ) iaitu keduniaan.

·         Perkataan ÇáÏäíÇæíå bukan berlawanan dengan perkataan ukhrawiyyah sahaja tetapi mempunyai makna khusus iaitu " Perkara yang tiada kaitan dengan agama"

·        SM Naquib Al-attas , bukunya Islam dan sekularisme menyebut " pembebasan manusia dari unsur agama yang kemudian mencangkupi kawalan bidang metafizik keatas pemikiran dan bahasanya"

Prinsip sekularisme ( SM Naquib Al-Attas)

·         Aliran sekular ingin membaiki hidup insan melalui material sahaja

·         Menyatakan kebenaran keduniaan adaah terpisah dari ajaran wahyu dan kenabian

·         Ilmu sekular bebas dari prinsip dan disiplin ilmu, boleh diuji dengan fikiran dan pengalaman

·         Percaya rasionalisme merupakan sumber kepada pencapaian ilmu

Kesan sekularisme

·         Masyarakat Islam gagal untuk menampilkan satu sistem hidup yang ideal

·         Lahir pemimpin yang tidak cekap memimpin umat Islam yang tiada standard moral,intelektual dan spiritual yang tinggi.

·         Lahirnya sarjana muslim yang sekular menerima ajaran Barat termasuk ilmu kemanusiaan (humaniora).Cuba membicarakan persoalan sosialisme Islam atau sekularisme Islam.

·         Sarjana Muslim meniru gaya berfikir Barat dan menyanjung tinggi tokoh pemikir Barat

·         Berlaku romanisasi iaitu penterjemahan Bahasa Arab ke bahasa setempat , memisahkan formal, konseptual muslim dan sumber asli Islam

·         Umat Islam didoktrin menjadi komuniti yang tidak menghiraukan suasana sekeliling sehingga melahirkan umat bersifat individualistik dan materialistik

·         Soal hireaki ilmu sudah diketepikan dan tidak difahami oleh ilmuan Islam.Dalam Islam terdapat ilmu prinsipal(primer) iaitu wajib dirujuk dan ilmu sekunder. Ilmu berkaitan al-Quran dan hadis ialah sumber primer

KESIMPULAN

Ilmu merupakan suatu perkara yang amat dititikberatkan oleh Islam, malahan ayat pertama juga menekankan gesaan dan penekanan tentang asas kepada ilmu iaitu membaca. Lihatlah surah al-alaq yang berbunyi :

   Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, (Al-Alaq : 1-3 )

Dan bagi orang-orang yang beriman dan berilmu akan ditingkatkan darjatnya disisi Allah, dengan syarat ilmunya itu berasaskan Al-Quran dan assunnah .


Posted at 01:17 am by Pendita Bitara
Comments (4)  

Realiti Kehidupan Barat


Ini adalah tulisan salah seorang penulis muda yang mula berjinak-jinak dalam penulisan yang agak formal. Kajian demi kajian yang dibuat oleh para penulis muda akan menyemarakkan lagi bilangan pemikir dikalangan umat Islam. Kurangnya berfikir telah menyebabkan kebangkitan  Islam  menjadi malar akibat tiadanya pencairan kerja. Kerja yang progresif bermula dengan minda yang aktif berfikir...

-Pendita Bitara


REALITI KEHIDUPAN MASYARAKAT BARAT

 


AHMAD ASYRAF BIN SHARI

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA 2005/06


PENDAHULUAN

 

Islam merupakan agama yang bersifat kamil wa kamalat ( sempurna dan menyempurnakan) . Islam merupakan way of life yang terbaik bagi manusia kerana ia meliputi semua segmen dalam kehidupan manusia. Ianya menepati dan bersesuaian dengan fitrah kemanusiaan. Firman Allah :

 

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا

Pada hari ini,Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.         (Al-Maidah : 3)

Kertas kerja ini membincangkan kesan apabila Islam tidak dijadikan jalan kehidupan dan apabila nafsu dijadikan sebagai penghulu dalam kehidupan.

 

TAMADUN BARAT

·         Ahli fikir barat sangat menitik beratkan teori dari tamadun Yunani dan Romawi

·         Pemikiran Yunani dan Rom yang menekankan keagungan manusia dari faktor ketuhanan

·         Tamadun Barat tidak diasaskan pada basis agama, tetapi atas asas sains dan teknologi

·         Sangat mengagumi tamadun rom dan Yunani kerana takjub dengan kehebatan dua kuasa besar dunia ini

·         Tamadun Yunani dikatakan tamadun yang dijadikan panduan dalam permulaan detik sejarah dunia Barat

·         Athens merupakan pusat ilmu falsafah yang terkenal, berasaskan konsep kemanusiaan mendapat tempat sebagai peneraju dunia, menolak konsep sumber wahyu

·         Tamadun Rom juga berasaskan dari tamadun Yunani.

·         Pemerintahan byzantium (Rom timur) merupakan zaman bersejarah bagi tamadun Rom – memberi penumpuan kepada agama Kristian

·         Benua Eropah mengalami kejatuhan selepas keruntuhan Rom dan dikenali sebagai dark ages ( zaman gelap)

·         Kemudian, mengalami renaissance (pembaharuan) dari kemelut keagamaan kepada pegangan Rom dan Yunani- mula menitikberatkan pegangan 'logic and age of  reason'

·         Idea-idea Barat seperti demokrasi, women's liberation dan freedom

 

PENDEWAAN NILAI BARAT

·         Said Hawwa dalam Jundullah thaqafatan wa akhlakan menyatakan realiti semasa masyarakat Islam telah melaksanakan hukum selain Islam

·         Peringkat penolakan nilai Islam:

- terang-terangan mengajak mengambil sistem selain dari Islam

- bertindak secara sembunyi

- berpendapat hukum Islam tidak sesuai untuk zaman moden

- berpuashati dengan sistem kufur yang memerintah

·         Ingatilah firman Allah dalam surah annisa' ayat 50 :

   

Tidakkah Engkau (hairan) melihat (Wahai Muhammad) orang-orang (munafik) Yang mendakwa Bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran Yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) Yang telah diturunkan dahulu daripadamu? mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka Dengan kesesatan Yang amat jauh.

 

PERTEMBUNGAN PERADABAN

·         Samuel P.Hungtinton melalui tesis The Clash Of the civilization and the remaking of the new world Order – menaja pemikiran pertembungan peradaban.

·         Hungtinton menggunakan istilah east(Tamadun timur) dan west ( tamadun barat)

 

REALITI MASYARAKAT

 

Kerapuhan agama Kristian dan kebobrokan sistem gereja

·         Pegangan atau akidah mereka berpandukan agama Kristian, Berkitab injil dan mengimani Nabi Isa sebagai 'anak tuhan'

·         Konsep pegangan adalah konsep trinity ; Tuhan Bapa iaitu Allah, tuhan anak Nabi Isa dan Maryam

·         Penyelewengan kitab injil kepada empat buah ; Matta, marqus, Luqa dan Yuhana

·         Agama kristian adalah slogan dimana lambang salib menjadi tempat berhimpun, gereja sebagai tempat bersiar-siar dimusim cuti.

·         Pelantikan paderi yang mengamalkan homoseksual sebagai ketua gereja

 

Keruntuhan sistem kekeluargaan

·         Di amerika syarikat , gejala homoseksual menjadi kebiasaan dan banyak dibahaskan oleh Parti Republikan(konservatif) dan Parti Demokratik ( liberalisme)

·         Di Britain fenomena ibu bapa menjual anak kecil untuk membeli barangan elektrik

·         Fenomena penceraian, anak-anak tanpa keluarga ( children without parents), rumahtangga yang roboh ( broken house)

·         Di Perancis, fenomena " Love dogs than baby"

 

Kebejatan Akhlak

·         Budaya kerosakan akhlak dan pengaruh hedonisme

·         Mengalami masalah sosial yang teruk seperti penagihan dadah, free sex, homoseks, lesbian, gay, punk ,pemujaan mayat mati atau vombie, pelacuran dan perjudian.

·         Industri pornografi (gambar lucah) menjadi sumber ekonomi Barat, eksploitasi wanita sebagai aset industri pelacuran

·         Jenayah juvana yang membimbangkan masyarakat Barat

 

Material lawan kemanusiaan

·         Sistem kapitalis mengejar kemewahan material, perasaan hubbun duniya mengikis sifat kemanusiaan.

·         Membangunkan industri senjata nukleur dan menghancurkan negara lain

·         Kehilangan nilai karamah insaniyyah antara masyarakat Barat

 

ISLAM DAN TEKNOLOGI

 

·         Teknologi adalah perkataan yang berasal dari Barat dan membawa maksud aplikasi sains secara praktikal atau mekanikal terhadap industri dan kehidupan

·         Orang Barat akan menjadi maju apabila mereka meninggalkan agama mereka (Kristian) tetapi umat Islam akan maju apabila mengikut agamanya (Islam)

·         Teknologi adalah ciptaan barang material dan fizikal yang tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana tamadun,ia bersifat madaniyyah (bahan material civilization) yang bersifat universal seperti microwave, gas cooker dan lain-lain

·         Teknologi boleh dicipta oleh mana-mana tamadun seperti komputer ( tengok kegunaannya)

·         Rasulullah saw pernah mengambil teknologi perang dari Persia dalam perang khandak

·         Ciptaan meriam pertama dizaman Khalifah Muhammad al-fatih semasa menakluki kota Constantinaple

·         Firman Allah dalam surah Luqman ayat ke 20 :

 
  

Tidakkah kamu memperhatikan Bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada Kami nikmat-nimatNya Yang zahir dan Yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang Yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah Yang menerangi kebenaran.

 

 


Posted at 01:10 am by Pendita Bitara
Comments (10)  

Monday, May 08, 2006
Riba dan beberapa perbahasan klasik

Tajuk “Riba dan Hukumnya”

Tengku Abdul Ghaffar

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tg. Malim Perak.

 

Takrifan Riba:

Bahasa: bertambah

Syara’: ber’akad menukarkan satu barang dengan barang lain yang tak sama banyak dalam pandangan syarak atau ditangguhkan terimaan kedua-dua atau salah satu daripada kedua-dua barang itu.

 

-Barang yang dimaksudkan dalam riba: Emas, perak, dan makanan.

Yg lain selain yang disebutkan  seperti kain, getah, timah dan sebagainya tidak dikira sebagai    

Riba. (hal ini adalah berpandukan sabda Nabi dibawah).

 

Maksud hadis: Jangan kamu jual emas dengan emas, perak dengan perak atau gandum dengan gandum atau sa’ir dengan sa’ir(sejenis gandum) atau kurma dengan kurma atau garam dengan garam melainkan mahu sama banyak keadaan tunai dan ada khabadh. Maka jika berlainan jenis juallah ikut suka hati kamu asalkan ada khabadh.

 

-         Tidak sah jual emas dengan emas, perak dengan perak, atau gandum dengan gandum dengan melainkan hendaklah ada padanya 3 syarat iaitu:

 

  1. Sama banyak atau sama berat. Jual beli yang tidak sama timbangannya atau banyaknya adalah dikira riba. Dan ini dinamakan riba Al-fadhli(berlebihan). Termasuk riba jenis ini, memberi pinjam dengan ada faedah piutang.
  2. Ada khabadh(terimaan atau ambil kepadanya) antara keduanya iaitu penjual menyerah barang dan pembeli menyerah harga dan kedua2nya berlaku pada masa itu juga. Jika salah seorang daripada mereka lewat maka jual beli itu tidak sah dan dikira riba. Riba jenis ini dinamakan riba al-yaddi(riba tangan).
  3. Tunai yakni tidak boleh ditangguhkan salah satu daripada barang itu. Jika berlaku penangguhan maka jual beli tersebut tidak sah dan dikira riba. Riba jenis ini dinamakan riba an-nasa-i.

 

-Mengamalkan riba adalah haram dan termasuk dalam kategori dosa besar.(utk riba jenis al-fadhli) dan bagi riba al-yaddi dan riba an-nasa-i adalah dalam golongan dosa kecil.

 

-Terdapat 3 keadaan barang yang menyebabkan syarat-syarat ini berubah.

1. Sama jenis, sama ilat(sebab) = emas dengan emas, gandum dengan gandum

2. Sama jenis, lain ilat = emas dengan perak, gandum dengan beras.

3. Lain jenis, lain ilat = duit dengan beras

- bagi keadaan (1), ketiga-tiga syarat diperlukan bagi memastikan jual beli tadi tidak dikategorikan sebagai riba iaitu sama banyak, tunai dan ada khabadh.

- bagi keadaan (2), hanya 2 syarat yang perlu dipatuhi iaitu tunai dan ada khabadh. Tidak dikira riba jika tidak sama banyak. Contohnya: jual 1gram dengan 500gram perak. Satu kilogram gandum dengan satu kilogram setengah beras.

- bagi keadaan (3), tiada disyaratkan apa2. Boleh berlebih, boleh bertangguh dan sebagainya. Sebagai contoh hari ini kita beli ikan dengan duit RM 5. Jadi tidak perlulah duit itu ditimbang beratnya serta dipastikan senilai kerana duit hari ini adalah kertas yang tiada senilai dengan barang yang kita beli sehari-hari. Namun duit boleh menyabitkan riba al- Fadhli jika kita menetapkan bunga untuk pembayaran balik. Secara umumnya riba ini bukan sekadar difaham akan wang bunga dan faedah bank, tetapi juga sekiranya kita membeli secara 'butter' barang tertentu dengan barang yang sama jenis dan sama nilai. Butter tidak menjadi masalah jika membeli ikan dengan menukarkan dengan telur kerana lain illat dan lain jenisnya. Jual beli ini juag boleh bertangguh kerana itulah kita diadakan hukum berhutang  hukum pinjam meminjam di dalam muamalah Islam.

 

Pelbagai Situasi dan Hukum2nya:

 

-         Seseorang yang mengambil riba kerana berada dalam keadaan darurat adalah turut berdosa. Namun terdapat cara untuk seseorang itu terlepas dari dosa apabila keadaan terlalu memaksanya berbuat demikian(darurat) iaitu dengan meniatkan nazar kepada lebihan tersebut atau lebihan tersebut dianggap sebagai hibah atau hadiah. Contohnya, seseorang yang berada dalam keadaan darurat, tiada pilihan lain terpaksa meminjam dari seseorang yang telah menetapkan bahawa jika dia meminjam wang daripadanya maka hendaklah dia membayar lebih daripada jumlah yang dipinjamnya. Maka pada itu, hendaklah dia berniat nazar kepada lebihan tersebut atau menganggapnya sebagai hibah atau hadiah kepada si pemiutang itu ketika membayarnya. Ketika membayarnya, tidak wajib dengan lafaz, cukup dengan niat sahaja.

-         Setengah jual beli yang haram dalam Islam ialah jual beli dengan dikenakan cengkeram terlebih dahulu kemudian jika pembeli itu bersetuju, maka jadilah jualan itu tetapi jika pembeli itu tidak bersetuju, maka wang cengkeramnya lesap(riba). Haramnya kerana memakan harta orang lain dengan tanpa balasannya.

-         Tidak sah jual dengan syarat jual barang hak pembeli kepada penjual atau kepada orang lain seperti katanya “ saya jual kepada anda kereta ini dengan syarat anda jual tanah anda kepada saya atau kepada sipolan”. Jawab pembeli “ saya beli”. Dengan demikian jual beli tersebut tidak sah.

-         Tidak sah jual binatang dan anaknya didalam perut demikian jua tidak sah menjual ibunya sahaja atau anaknya sahaja. Tetapi sah jual binatang yang bunting termasuk anaknya sekali dalam jualan.

-         Haram menjual barang asasi dengan kaedah ini, membeli barangan asasi ketika barang itu musim murah, disimpan dengan tujuan hendak menjual dengan harga yang mahal apabila harganya melambung tinggi. (Macam kes penyorokan gula yang berlaku dinegara kita baru-baru ini & beberapa tahun dahulu).

-         Haram jual barang yang dibawa oleh orang kampung kebandar dengan tujuan dijual dengan harga borong tiba-tiba peniaga dibandar berkata kepada mereka itu “tinggalkan kepada saya, nanti saya jual sedikit-sedikit dengan harga yang mahal”. Yang haram itu adalah atas orang bandar tidak kepada orang kampung tersebut tetapi jualan itu sah.

-         Haram menjual kurma atau anggur kepada orang membuat arak jika diketahui atau disyak ia membuat arak daripada barang jualan itu nanti tetapi jika syak-syak atau agak-agak sahaja ia membuat arak daripadanya maka hukumnya makhruh.

-         Haram membeli atas belian yaitu membeli barang yang masih dalam khiar(boleh pilih jadi atau tidak jadi beli). Contohnya, seseorang yang ingin menyewa sebuah rumah meletakkan harga rm400 sebulan dan telah dipersejui, tiba-tiba datang individu lain datang dengan ingin menyewa rumah yang sama dengan meletakkan harga rm450. maka tuan rumah tersebut mengubah keputusannya kepada ingin menyewakan kepada individu kedua dengan tujuan inginkan harga yang lebih tinggi tanpa mendapat persetujuan individu pertama, maka haram jualan tersebut.

 

 

 

KHIAR DAN HUKUM

 

Khiar membawa maksud boleh pilih sama ada mahu beli atau tidak jadi beli. Khiar terbahagi kepada 3 iaitu:

1)   khiar majlis(akad tempat)

 2)  khiar syarat

 3)   khiar ‘aib(cacat)

 

1. Khiar majlis

- penjual dan pembeli dikatakan berada dalam khiar majlis jika keduanya berada pada tempat akad yang sama, dan masih dalam perhintungan sama ada mahu membeli atau tidak.

- khiar dikatakan gugur apabila keduanya lazim(jadi beli) atau salah seorang lazim tapi seorang lagi tidak.

- juga dikatakan gugur hak khiarnya jika keduanya atau salah seorang berpisah badan( beralih tempat akad). Cth:

                                          I.      ika dilakukan di dalam rumah besar, khiar gugur jika salah seorang ke bilik lain

                                           II.      jika dilakukan di dalam rumah kecik atau di dalam perahu, maka gugur jika keluar daripadanya.

                                    III.      Jika di kawasan lapang atau kedai, gugur jika berpaling salah seorang atau berjalan kira-kira 3hasta.

-khiar masih berjalan jika mereka berjalan bersama walaupun melebihi 3hari.

 

2. Khiar syarat

- harus bagi pembeli atau penjual mensyaratkan khiar kepada suatu tempoh masa. Dalam tempoh masa itu, pembeli boleh membuat keputusan sama ada mahu membeli atau tidak.

- syarat kepada khiar ini ialah barang yang dijual itu tidak rosak dalam tempoh masa khiar tersebut.

-syarat tersebut tidak ditentukan pada barang jenis riba dan tidak harus disyaratkan.:

·       jualan membawa kepada merdeka: anak membeli ayahnya yang sahaya.

·       Jualan salam: jualan secara pesanan

 

-barang atau manfaat daripada barang tersebut dimiliki oleh salah seorang daripada penjual atau pembeli bergantung kepada siapa yang membuat syarat tersebut. Jika kedua-duanya meletakkan syarat, maka barang tersebut tergantung sehingga kata putus berlaku. Jika dibeli, maka barang tersebut menjadi milik pembeli dan jika tidak dibeli, ia menjadi milik penjual.

 

3. Khiar ‘aib

- harus bagi penjual menyatakan kecacatan yang ada pada barang jualan kepada pembeli.

- kecacatan adalah setiap perkara yang boleh mengurangkan harga barang tersebut. cth2 kecacatan:

§                                 Jika pada hamba sahaya: terpotong kemaluan, mencuri, pelari, kencing malam, mulut busuk, ketiak busuk

§                                 Jika pada rumah: disebelah rumah dihuni oleh jiran yang bekerja bising(ada kilang berdekatan), rumah yang dihuni oleh jin.

- boleh dipulangkan balik jika pembeli mengetahui akan kecacatan barang yang dibeli dengan kadar yang segera.

- wajib bagi pembeli mencari orang yang menyaksikan proses pemulangan barang tersebut.

- disyaratkan pembeli tidak menggunakan lagi barang jualan yang cacat tersebut. Jika telah menggunakannya, maka tidak boleh dipulangkan lagi.

- jika kecacatan yang ada diketahui setelah lama dibeli, maka masih boleh memulangkannya.

- sesetengah perbuatan yang bolehkan pembeli khiar cacat adalah perbuatan tasriah. Cth:

            -membuat tetek lembu bengkak supaya disangka ada susu

            -dlm kawasan tanah yang ada parit, disekat aliran parit tersebut supaya disangkakan mempunyai air yang banyak.

 

 


Posted at 04:58 pm by Pendita Bitara
Comments (4)  

Wednesday, May 03, 2006
Teori etika antara Islam dan Barat.

Disiar dalam Majalah DIAN (Ihya As Sunnah) Edisi Bilangan 9


PERBANDINGAN TEORI ETIKA DAN MORAL DIANTARA PANDANGAN ALIRAN BARAT DAN ISLAM.

Muhammad Nuruddin Bashah

Jabatan Mekanikal

Universiti Malaya

2006

 

1.0 Pendahuluan.

 

            Sebelum kita menyelami dan nmemperincikan tajuk ini, marilah kita mengenali tujuan dan justifikasi tajuk ini diutarakan oleh penulis. Etika dan moral adalah suatu perilaku yang dianggap perlu dan dianggap sebagai 'common knowledge' bagi manusia sejak pra sejarah sehingga kini. Mana-mana negara bangsa yang bertamadun serta yang tiada peradaban sekalipun seperti Amerika Syarikat, tetap menerima teori ini sebagai pendasaran aplikasi kerja, pengurusan, pentadbiran dan penerapan di dalam kualiti kekeluargaan. Namun sebagai mengocak pemikiran kini, penulis cuba ingin mengenengahkan tajuk yang sebenarnya telah lama diperincikan serta telah lama cuba diterapkan oleh beribu-ribu institusi iaitu penerapan kualiti moral Islam. Dikotomi barat adalah Islam. Ironinya kita tidak boleh lari daripada takrifan ini walaupun mengatakan perlawanan atau perbandingan teori atau peradaban barat adalah tamadun timur keseluruhannya. Hal inilah yang digambarkan oleh para orientalis apabila mengatakan bahawa tamadun Islam barat sebagai tamadun Asia tengah dan bukannya tamadun 'Islam' yang hakiki. Justerus, penulis cuba membawa pembaca meneliti kembali teori-teori ini serta mengetahui khazanah Al Quran bukan sekadar secara zahir di dalam ayatnya, tetapi memerlukan insan-insan ulul albab (cerdik pandai) yang mengeluarkan prinsip-prinsip etika ini daripadanya.

 

2.0 Apakah pengertian etika dan moral menurut Barat?

 

            Sebelum kita melihat maksud pengertian etika secara umumnya, marilah kita melihat takrifan menurut falsafah Greek. Teori asal etika adalah berasal daripada teori keperibadian mulia. Aristotle mengatakan bahawa adalah suatu keperluan insan untuk mempraktikkan teori keperibadian mulia dalam segala urusan demi melancarkan urusan sehariannya. Teori ini juga menekankan konsep 'the golden mean' iaitu  mencari kebaikan dalam keadaan keseimbangan diantara keinginan ini agar tidak melampau dalam setiap perilaku. Sebagai contoh, sikap ingin membantu orang adalah baik, tetapi tidak lah perlu sehingga digadai kesemua harta kita sama sekali. Moral pula secara umumnya kita mengandauikan sebagai nilai jati dalam diri setiap manusia yang sememangnya ada. namun begitu, intepretasi yang pelbagai bagi setiap manusia sering berlaku dan terjadilah percanggahan nilai moral mengikut setiap peradaban, agama dan bangsa.

 

3.0 Dari manakah datangnya disiplin ilmu ini mengikut perspektif barat?

 

            Falsafah adalah suatu tunjang ilmu. Perlu diakui bahawa falsafah adalah kajian yang menyeluruh tentang hakikat ilmu. Teori falsafah Yunani kelihatan terawang-awangan dan mungkin ada percanggahan dengan kajian penemuan sains hari ini adalah disebabkan tiadanya panduan wahyu Allah SWT. Al Quran yang diturunkan sebenarnya memudahkan manusia daripada membuang masa  manusia mencari kebenaran tentang sesuatu hal. Walaubagaimanapun, falsafah tetap perlu dipelajari agar dalil secara nazarah (pemerhatian/pencerapan dan penilaian) dapat menguatkan pegangan dan teori yang ada di dalam Al Quran. Inilah keistimewaan Islam yang mengiktirafkan penggunan akal.

            Prof. Stephen Korner membahagikan falsafah kepada tujuh bahagian iaitu;

 

  • Ilmu logika; falsafah inilah yang menemukan manusia dengan ilmu dielektik (hujah), teori pemikiran kritikal serta menemukan kita dengan pelaksaaan teori asas (iaitu teknologi seperti ilmu jurutera dan arkitek)
  • Ilmu Etika : Ilmu ini mengkaji nilai  dan tingkah laku manusi dari segi lahiriah dan batiniah. Keilmuan ini juga menjadi teras kepada keilmuan lain agar segala pelaksanaan kerja, kajian dan sebagainya tidak terlalu melampau atau langsung tidak progresif.
  • Ilmu Metafizik : Sebenarnya ilmu inilah yang paling dasar dan asas. Ilmu ini cuba mencari hakikat dan kebenaran tentang kahidupan (roh), ketuhanan, penciptaan alam, teori kosmo, masa dan segala yang disebalik segala kejadian. Inilah falsafah yang tertinggi sehingga menimbulkan ilmu tabii'yyah (sains).
  • Ilmu Estetika :Falsafah tentang kresi yang indah dan kresi yang tidak indah.
  • Konsep Epistemologi : kajian tentang hakikat Ilmu. Kajian tentang asal usul ilmu, sumber ilmu, halatuju ilmu dan sebagainya. Dalam Islam, konsep Al Iqra' (pembacaan) adalah konsep pertama yang diajar oleh Jibrail AS kepada Nabi Muhammad SAW. Konsep keilmuan, adab dan mencarian sumber yang sahih ditekankan oleh Islam dalam metodologi ilmu tasawuf, etika (akhlak) serta disiplin ilmu Al Jarhu Wa Ta'dil atau juga  ilmu riwayah di dalam sains Hadis dan Sunnah.
  • Ilmu politik : Ilmu ini adalah suatu disiplin yang menekankan soal kepimpinan kerana setiap komuniti dan kelompok hidupan (manusia atau haiwan), cenderung untuk menyusun pentadbiran dan organisasi masyarakatnya.
  • Falsafah agama : Ilmu ini cuba mencari hakikat keagamaan serta menjurus terus tentang perbahasan ketuhanan dan makhluknya.

 

            Secara umumnya diketahui bahawa disiplin kajian etika berasal daripada pemikiran metafizika alam ini. Di dalam kehidupan ada 2 kuasa yang mendominasi makhluk iaitu kuasa Qudrah tuhan (kekuatan dan pengawalan Tuhan)   dan kuasa Ikhtiyari (usaha dan kegigihan)pada manusia. Daripada unsur Ikhtiyari inilah adanya nilai etika dan moral manusia. Dengan adanya panduan Al Quran, manusia menjadi mudah memahami teori moral dan etika tanpa perlu bersusah payah mencari hakikat kebenaran disiplin ilmu ini.

 

4.0 Nilai Etika kerja menurut falsafah kerja barat.

 

            Selepas munculnya begitu ramai ahli falsafah barat yang menekankan soal teori dan konseptual, kini datang pula aliran baru yang lebih praktikal. Mereka inilah yang mendasari pemikiran ahli teknologi dalam melaksanakan segala teori sains.

 

�         Teori Utilitarian.

Teori ini ialah salah satu aliran dalam teleologis (iaitu teori akibat). Mereka memandang akibat dan natijah baik sebagai matlamat kerja mereka. Ianya diasaskan oleh pemikir Jerman iaitu Jeremy Benthan (1784-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873). Mereka bermaksud kebaikan yang diamksudkan ialah yang terbaik dan untuk dinikmati oleh seramai mungkin faedah tindakan itu. Bagi mereka ungkapan seperti 'jangan menipu' dan 'tepatilah janji' adalah sesuatu yang umum. Hal ini boleh dilanggar sekiranya ada kebaikan yang lebih besar. Teori ini mengakibatkan manusia mula menjadi alat atau komoditi sains. Mereka ingin berfikir semaksima yang mungkin untuk memudahkan manusia dengan mengabaikan beberapa nilai moral yang dikatakan sebagai teori umum. Teori ini telah diserapi dengan nilai 'machavellian' iaitu matlamat menghalalkan cara. Walaubagaimana pun, sikap menepati janji dan berkata benar yang melampau sehingga memusnahkan masyarakat dan sistem pemerintahan Islam juga adalah dilarang dalam Islam. Berjanji dengan golongan 'musuh', bercakap benar dengan 'musuh' secara jelas dilarang di dalam banyak ayat Al Quran. Hal ini sebenarnya memerlukan pertimbangan semasa. Hal inilah yang menjadikan Islam sebagai agama yang waqii'yyah (mengikut zaman dan tempat).

 

�         Teori Duty (tanggungjawab)

Teori ini juga dikenali dengan ungkapan teori 'deontologis' iaitu golongan yang tidak percaya dengan akibat. Immanuel Kant (1724-1804) menyatakan bahawa sikap jujur, mengikut arahan, menepati janji serta adil adalah tujuan utama dan bukannya akibat kerja berkenaan. Pada penulis teori ini telah dipraktikkan oleh Laksamana Hang Tuah sekitar pemerintahan Mmpayar Melaka dahulu. Taat yang melulu tanpa melihat akibat peminangan Tun Teja, membunuh rakan sendiri, mengambil mahkota raja di dalam kolam najis dan banyak lagi perilaku yang diungkapkan sebagai taat dan setia adalah suatu yang perlu dinilai semula.  Teori ini menghasilkan 'robot-robot' yang taat mengikut arahan programmernya tanpa menilai baik dan buruknya sesuatu arahan. Hal ini dijelaskan dalam Islam apabila konsep taat dan patuh kepada Ibu bapa boleh ternafi apabila si ibu atau si bapa mengarahkan anaknya meninggalkan suruhan Tuhan (seperi solat dan sebagainya).

 

  Jika kita meneliti setiap konsep ini, kita mendapati di dalam Al Quran dan sunnah-sunnah Nabi SAW, ada dinyatakan kesemua elemen ini tanpa memberat-beratkan elemen yang lain. Pemberatan dan penumpuan pemikir Barat tentang teori nilai moral ini adalah disebabkan mereka hanya bergantung kepada akal dan keintelektualan mereka semata-mata, tanpa dipandu oleh Pencipta mereka sendiri iaitu Allah SWT. Inilah kelebihan penganut Islam.

 

�         Teori hak asasi.

Teori ini adalah teori umum bagi setiap insan. setipa manusia inginkan kebebasan dan kemakmuran sendiri. Hal ini mengajar manusia agar mempertimbangkan hak orang lain dalam tugasan kerja kita. Dilemma boleh terjadi apabila bertembung dengan kepentingan hak individu tertentu dengan matlamat utilitarian kita yang inginkan kebaikan secara umumnya kepada masyarakat. Di dalam Islam hak dan nilai keperluan peribadi adalah dijamin oleh Islam. Hal ini dunyatakan dalam Maqasid syariah (tujuan syariah) iaitu Islam datang untuk menjaga agama, nyawa manusia, akal manusia, harta manusia dan maruahnya agar tidak dicemari. Hari ini kita melihat manusia sendiri yang memusnahkan nyawanya dengan peperangan, akalnya dengan minum arak serta mencabul maruahnya sendiri apabila mendedahkan auratnya untuk menjadi tontonan orang lain. Di dalam Islam hak asasi kita tidak akan diiktiraf sehingga kita boleh menganggu hak orang lain. Hak kita adalah hak yang dibataskan kepada hak kita semata-mata tanpa memudaratkan orang lain. Teori kesederhanaan Islam meneutralkan nilai kapitalis yang melebarkan perniagaan, pemasaran sehingga boleh menindas orang lain, menekan manusia secara 'halal' tanpa boleh dinafikan (konsep pasaran bebas). Bagi Islam kesemuanya perlu sederhana dan berhemah.

 

 

5.0 Nilai Etika menurut Al Quran.

 

            Menurut Dwight M. Donaldson di dalam bukunya Studies in Muslim Ethics,  terdapat beberapa konsep umum tentang etika dan moral yang digariskan oleh Allah melalui Al Quran iaitu :

 

�         Duty to Allah : iaitu tanggungjawab dan rasa kehambaan kita kepada Allah. hal ini dijelaskan dalam  surah Az Zariat ayat 56.

�         Moderation : iaitu konsep wasatiyyah atau kesederhanaan. sikap melampau (ghullu) dalam takalluf  (memberat-beratkan) serta taa'suf (bermudah-mudahkan) kerja kita adalah dilarang. Kita perlu sederhana dan istiqamah (berterusan) dalam beretika dan menjalankan kerja dengan baik. Islam bukannya agama yang memaksa dan menekan. Sifat 'sawwabit' ( pillar atau teras) adalah disertakan juga sifat 'mutaghaiyyirat' (akomondatif atau anjal) dalam pelaksanaan syariat. Jadi contohilah syariat dalam budaya kerja kita.

�         Forgiveness : Segala kesalahan di dalam Islam ada pengampunannya. Seperti juga kesalahan dalam berorganisasi, juga perlu mengikuti procedur syarikat untuk mendapat kemaafan. Allah Maha pengampun dan Maha mendengar rintihan hambanya. Begitu juga sikap yang perlu ada pada setiap pengurus manusia yang juga terlibat dalam hal permasalahan sikap dan etika pekerjanya. Walaubagaimanapun bukan semua kesalahan mudah untuk dimaafkan dan diberi keampunan seperti dosa syirik. Dalam syarikat kesalahan membocor rahsia organisasi adalah kesalahan terbesar dan boleh dibuang pekerja berkenaan.

�         Retaliation : Iaitu konsep pembalasan. Bezanya Islam dan sekular adalah kepercayaan kepada hari kebangkitan. Sikap futuristik Rasulullah dalam menilai akibat dan natijah segala perilaku kita menyebabkan kita akan selalu berjaga-jaga dalam segala urusan. Sekular mengajar manusia melihat dunia dan kemewahan sebagai matlamat. Sekiranya hilang matlamat pembalasan, manusia mula menjadi rakus dan tidak peka dengan nilai moral.

�         Limited Liability : Ini adalah konsep had pertanggungjawaban. Setiap manusia adalah dipertanggungjawabkan kesalahannya sahaja. Manusia tidak mewarisi kesalahan nenek moyang. Mereka tidak akan ditanya tentang kesilapan orang lain. hal ini menfikan sikap sesetengah manusia yangs ering mengaitkan kepincangan individu terhadap latar belakang sosialnya yang mungkin buruk.

�         Rewards : Iaitu pembalasan baik dan buruk manusia walaupun sekecil atom yang halus. Hal ini diceritakan dalam surah Al Zilzal (kegoncangan). Nilai anugerah dan pengiktirafan terhadap jasa dan kebaikan individu perlu ada pada setiap pengurus sumber manusia. Inilah yang mengharmoniskan hubungan majikan dan pekerja.

 

            Selepas meneliti nilai moral di dalam Al Quran mari kita 'refresh' kembali pemahaman kita tentang etika menurut Islam. Moral dan etika dalam Islam dibawa pemahaman daripada perkataan akhlak. Akhlak adalah kata jamak (plural) kepada khuluq yang bermaksud tabiat, adab, maruah dan tingkah laku yang baik. Sifat baik di dalam Islam ada yang dinyatakan secara 'direct' dan ada yang diserta dalam ayat-ayat tertentu dan sunnah Nabi SAW. Di antara ayat yang secara langsung menjelaskan terminologi moral adalah:

 

1)   "Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan segala Kitab dan sekalian Nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. (Orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan) dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa". (Al Baqarah ; 177)

 

2)  "Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya" .( Baqarah 83)

 

3)  "Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati". (Al Isra' : 28)

 

4)  "Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan". (Al Isra' : 29)

 

5) "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat". (An Nisa' : 58)

 

6) " Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu". ( Al Hashr : 10)

 

7) Nabi bersabda " ;;;;;seseorang yang diberikan gaji kerana sesuatu tugas, kemudian diambil lagi sesuatu daripada sumber (diatas nama jawatannya) maka dikira sesuatu penipuan (rasuah): Hadis Riwayat Abu Daud.

 

8) "Janganlah kamu memakan harta kamu diantara kamu dengan cara yang batil.."( An NIsa' : 29)

 

            Daripada ayat-ayat dan hadis diatas, beberapa intipati akhlak dan moral dapat dita ekstrakkan. Sikap sederhana dinyatakan dalam dalil ke 4, sikap rasuah dalam dalil ke 7 sikap taat dan setia dengan organisasi yang menjadi tempat kerja kita dinyatakan dalam dalil ke 2. Nilai menghargai hak asasi manusia lain pula dinyatakan dalam dalil pertama sekali.

 

6.0 Profesionalisme dalam Islam.

 

            Dalam pekerjaan profesional seperti Doktor, jurutera serta peguam, mereka mempunyai kod profesional mereka sendiri. Keadaan pengajian mereka yang sukar, memerlukan masa yang panjang untuk dipelajari serta bidang mereka yang menjadi pautan dan dahan pergantungan masyarakat menyebabkan mereka diiktiraf sebagai profesional. Namun begitu, Islam turut menggariskan nilai profesional (ulul Albab) melalui syariatnya secara tidak langsung iaitu :

 

1) Memiliki keyakinan diri dengan kemampuna yang ada dan bersikap terbuka menyemak dan menghargai pendapat orang lain dan memilihnya yang terbaik.

2) Memiliki ilmu pengetahuan dan pengalaman serta kecerdasan dalam menganalisa masalah, peka melihat situasi, cepat, tepat dan menghalusi dalam mengambil sesuatu keputusan.

3) Borerientasikan masa hadapan sehingga  mampu menguasai perkembangan sekitarnya.

4) Mempunyai ketrampilan di dalam sesuatu bidang dan kemahiran yang diperlukan dalam melaksanakan tugasnya.

 

7.0 Kesimpulan.

 

           Sebagai penganut Islam yang menceburkan diri dalam bidang profesional atau bekerja dalam apa-apa lapangan sekalipun, jangan lah kita melupakan nilai vertikal yang menjadi sumber motivasi primer iaitu wahyu dan ketuhanan. Inilah nilai yang membezakan generasi rabbani yang progressif dengan generasi yang sekular progressif. Islam tidak mengenepikan elemen hadhariyy (pembangunan) serta progressif (berpenghasilan) dalam tindakan. Tetapi Islam mengikat golongan ilmuan dengan nilai kekuatanNya hanya kerana kedangkalan akal dan pemikiran kita yang terbatas. hal ini dijelaskan dalam Surah Al Fatir ( ayat 27-28).

"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam;" (27)

 "Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun".(28). Sekian.

 

Rujukan :

1) Pengurusan Islam :Etika Komunikasi dan Motivasi,1997,Jabatan Agama Islam Melaka.

2) Studies In Muslim Ethics ; Dwight M. Donaldson, 1953, London.

3) Falsafah Etika Perbadingan Pendekatan Islam dan Barat ; Mohd. Nasir Omar, 1986, Universiti Kebangsaan Malaysia

4) Nota kursus KXEX 2165, Kejuruteraan Bahan, Universiti Malaya.

5) http://quran.al-islam.com/mal/

 

Komentar : Penulisan ini dibuat sempena pembelajaran penulis tentang Etika Kejuruteraan semester ini. Sebagai respon keilmuan ini untuk penerapan di dalam masyarakat Islam, maka penulis cuba membuat kajian yang serba ringkas ini dalam masa yang amat terhad. Segala kesalahan amatlah dikesalkan. 3 Mei 2006, 1.55 petang Main Library UM

 

 

           

 

 

 


Posted at 02:58 pm by Pendita Bitara
Comments (35)  

Monday, May 01, 2006
Tawanan fallujah : Rakyat Malaysia..

           

   Kali ini mari kita teliti satu cerita. Cerita ini kisah benar dan sahih. Cumanya bergantung kepada anda semua untuk menilai tujuan saya publishkan cerita ini.

            Ada seorang pemuda yang berkulit agak gelap, belajar hadis dan sunnah di salah sebuah  universiti di Baghdad. Beliau belajar sehingga ke peringkat PHD dalam bidang yang sama. Beliau telah diberi kepercayaan oleh kerajaan Malaysia (Bulan Sabit Merah) untuk mengedar dan mengagihkan bantuan-bantuan kemanusiaan kepada mangsa perang Iraq.

            Ketika Amerika menceroboh Baghdad, kawasan-kawasan kampong berhampiran diserang hendap dengan tujuan memberkas Saddam Hussain. Para penduduk disyaki memberi kerjasama kepada Saddam dan tentera rahsia Saddam. Hal ini berlaku juga kepadanya. Beliau terus meninggalkan kota Baghdad pada malam hari dan secara tiba-tiba, sebuah Helikopter Apache muncul di atas kepalanya tanpa sebarang bunyi (silent mode Helicopter). Beberapa askar Amerika yang menyangka beliau adalah pengganas (wajah Ustaz ini yang gelap, berjambang panjang menyebabkan kelihatan seperti rakyat Iraq) terus memukul, menghentak kepalanya sehingga pecah, mematahkan tangannya, menitik (guna alat khas) serta memalu sehingga pengsan. Apabila beliau sedar beliau ada di padang pasir yang panas. Sekali lagi helicopter datang dan menyentap (dengan alatan canggih) beliau naik keatas sambil tangan dan kaki terikat dengan kepalanya. Beberapa sheikh di Iraq juga telah berada di dalam helicopter itu.

            Beliau dibawa terbang rendah di Fallujah dengan tujuan menghentikan tembakan daripada rakyat Iraq. Rakyat Iraq tidak akan menembak sheikh mereka sendiri menyebabkan helikopter berkenaan memusnahkan kampong berkenaan begitu sahaja.

            Penjara di Fallujah tiada bumbung dan dinding. Hanya padang pasir dikelilingi dengan kawat duri. Cara mereka merantai tangan, kepala dan kaki sebegitu amatlah menyeksakan. Pada waktu siang mereka terdedah dengan panas matahari sehingga membakar gari dan rantai mereka sehingga melecur. Pada malam hari mereka perlu pula  berjaga-jaga dengan kala jengking pasir yang dilepaskan kepada mereka ditambah pula dengan suasana yang sejuk mencengkam.

            Mereka tidak diberi air yang banyak. Bayangkan sebotol air untuk berpuluh-puluh tawanan dalam cuaca yang terik. Mereka digalakkan bergaduh untuk merebut air. Akibat kekurangan air, beliau susah untuk buang air besar, menyebabkan pihak doctor menggunting duburnya!!. Tahinya berbentuk ketulan kecil seperti tahi kambing. Bayangkan bagaimana boleh mereka meminum air yang diberi? Air yang dibekalkan penuh bercampur dengan kahak dan air kencing yang dikencing dihadapan mereka sendiri. Kelakuan askar Amerika ini sama sepertri akhlak Komunis Soviet Union dahulu walaupun Amerika mengaku bahawa merekalah yang lebih berlembut dan melayani musuh dengan baik. Hakikatnya sikap tirani, muzlimun adalah sama sahaja. Mereka tiada pedoman dalam hidup inikan pula dalam peperangan.

            Mereka dibekalkan dengan mushaf Al Quran. Sebaliknya jika dibaca, kitab itu akan dipijak, dikoyak dan dimaki hamun oleh mereka. Ada beberapa pegawai Amerika yang fasih berbahasa Arab. Mereka ini dilatih khas untuk memaki hamun pejuang Islam dalam bahasa Arab. Mereka menghina Muhammad dan kitabnya. Terdapat juga beberapa pegawai lain yang berbangsa Arab. Mereka inilah pengampu-perngampu Amerika yang diimport daripada Mesir, Palestin dan Kuwait sekutu kuat Amerika. Hati mereka kering melihat manusia seaqidah diperbinatangkan dihadapan mereka. Mereka terbahak-bahak melihat AL Quran dipijak dan dilumur dnegan najis di depan mereka.

            Semasa mereka bersolat tarawih, beberapa anjing yang setinggi bahu manusia dilepaskan untuk membaham beberapa tawanan sehingga mati. Bayangkan!! Apakah yang boleh kita katakan lagi bila perkara ini berlaku pada diri kita. Sebelum terlupa mari kita lihat menu makanan hariannya. Makanannya adalah bubur nasi yang dihiasi dengan kuku, hingus, kahak dan air kencing. Juga dilemparkan dnegan gumpalan-gumpalan najis benyek pada badan mereka semasa mereka makan dan minum. Masih berselerakah kalian selepas mengetahui perkara ini? Mereka diperlakukan begini selama beberapa bulan.

            Siapakah beliau? Beliau adalah Ustaz Abdullah Osman daripada Pulau Pinang (jika saya tidak silap). Beliau juga digelar Ustaz Abdullah Al Iraqi. Beliau adalah guru saya!! Saya pernah beberapa kali belajar Bulughul Maram (bab Jenazah) daripadanya. Beliau amatlah tegas. Tegas dengan disiplin anak-anak muridnya. Jika tak ada kitab, yang tua atau yang muda ditegurnya langsung. Beliau menitik beratkan hafalan segala ilmu yang beliau ajar. Beliau juga diugut apabila sampai di Malaysia dengan labelan penjenayah dan pengganas. Perbuatan Persatuan Bulan Sabit Merah mengedarkan ubatan dan makanan kepada rakyat Iraq dianggap salah oleh Amerika kerana tempoh berkenaan adalah tempoh masa sekatan ekonomi.

Bukankah Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud,

 

 " Hampir saja tidak boleh dibawa secupak(Qafier) makanan atau sedirham ke negeri Iraq. Kami (sahabat) bertanya  "siapakah yang melakukannya Ya Rasulullah?" jawab Baginda " Orang-orang ajam (bukan arab) yang melarang hal tersebut.' Kemudian Baginda SAW berkata, "Hampir sahaja tidak boleh dibawa secupak makanan dan sedirham di Syam". Kami bertanya "siapakah yang melakukannya Ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Orang-rang Rom". (Riwayat Muslim kitab Al Fitan)

 

Tahukah kita akan ramalan Rasulullah ini? Tahukah kita Iraq kini dikepung oleh orang ajam? (tentera bersekutu Amerika, Britain, Jepun, Sepanyol, Australia dan beberapa Negara lain). Juga disebut dalam Hadis ini akan sekatan ekonomi yang berlaku. Setakat ini telah 2 kali Amerika menyekat ekonomi Iraq. Begitu juga dengan Sham. Bumi syam adalah termasuk Palestin, Syiria, Jordan dan Lubnan. Bumi-bumi ini pernah dikepung terutama Palestin oleh Britain, Yahudi Israel dan beberapa siri peperangan dengan tentera bersekutu. Takrifan orang Rom adalah orang berkulit putih dan bukannya focus kepada golongan Itali atau Greek. Kini tamadun dan tinggalan falsafah serta teknologi Rom dikembangkan oleh Amerika Syarikat. Lihat sahaja seni bina White House. Amerika adalah Negara yang tiada peradaban. Mereka hanya menciplak teknologi tinggalan Rom, menculik saintis-saintis Jerman semasa peperangan dunia kedua serta ramai saintis lain daripada Russia. Kini mereka menjadi hegemoni dunia, mengasak politik, ekonomi dan akhirnya kepada pengasakkan fizikal iaitu penjajahan baru (reberanding method) yang bertemakan PENYEMAIAN DEMOKRASI dan MENENTANG KEGANASAN.

 

Muhammad Nuruddin Bashah

2 ptg

1 Mei 2006

p/s esok exam Tribologi....arrrrr

 

 Artikel tambahan : Ada gambar Ustaz Al Iraqi sekali.....tengok la.

 

 

Malaysian detained by US troops at border

BY K. KASTURI DEWI

PENANG: One of the three Malaysian students who refused to leave Baghdad during the Iraq War has been detained by US troops as he was crossing the Syria border to return to Malaysia.
Saddam University student Mohd Abdullah Osman, 35, is believed to have been arrested by US troops together with 42 other people nearly four weeks ago.
His mother Faridah Abdullah, 56, said her son's Iraqi friend Qaisar-H-Younis, who arrived here on Sunday, informed the family of Mohd Abdullah's arrest.
Mohd Abdullah Osman of Saddam University

She said Qaisar, a businessman, told her that he was with Mohd Abdullah and another Malaysian student, Mohd Manan Bajuri, when Mohd Abdullah was arrested.
"However, we were puzzled to find out that my son's baggage and the things he had bought to bring back for the family were sent back to his house in Baghdad," she said.
Faridah said Qaisar had approached the Malaysian Embassy in Damascus, Syria, to seek help free Mohd Abdullah. The embassy, in a letter handed to Qaisar to be brought back to Mohd Abdullah's family, said it had contacted US troops based in Qatar to secure Mohd Abdullah's release.
"The embassy also stated in the letter that the US troops had promised to look into the matter and help Mohd Abdullah," Faridah added.
Faridah, whose family contacted Umno Tanjong information bureau chief Datuk Dr Zainuddin Wazir for help, said she was thankful that many people, such as Qaisar and Dr Zainuddin, had come forward to help her family.
"At the moment, I'm just worried for my son's safety as I've seen on television all those horrible things the prisoners undergo.
"I'm praying very hard for him to be released," she added.
Faridah and Qaisar boarded a bus yesterday to Kuala Lumpur where they will be meeting Wisma Putra officials to seek further assistance.
Mohd Abdullah, who had been pursuing his Masters in Hadith at the university in Baghdad, had been adamant about staying on in Iraq despite the outbreak of war.
Besides Mohd Abdullah, the two others who had stayed on were Rozainy Ghazali of Terengganu and Mohamad Manan of Selangor.
In an interview with The Star in March, Mohd Abdullah said he declined to leave Iraq not because he was stubborn but because he wanted to complete his course by January.
"We were not given a guarantee by the Malaysian authorities that we could continue our courses at local universities there," he said.

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Posted at 03:35 pm by Pendita Bitara
Comments (15)  

Sunday, April 30, 2006
DASAR ISTIHSAN SEBAGAI SUATU SUMBER HUKUM

Muhammad Nuruddin

Radiah Idris

Universiti Malaya

1.0 PENDAHULUAN

Sebagaimana maklum, Al Quran adalah sumber perundangan pertama, diikuti oleh As Sunnah (Al hadis). Sehubung dengan itu, Ijma' ulama' dan Al Qias juga diterima sebagai sumber perundangan yang tidak disepakati. Disamping itu, terdapat beberapa sumber lain yang bersifat dalil zanni. Diantaranya adalah kaedah istihsan. Ulama' berselisih pendapat dengan ta'rifan istihsan ini iaitu,

  1. Al Hilwani dan Al Hanafi mengatakan istihsan ialah menukar perkara yang berasal dari Qias kepada Qias yang lebih kuat. Hal ini disebut Qias khafi yang tersembunyi illat nya.
  2. Menurut Imam Abu Hasan Al Karkhi Al Hanafi pula, ia merupakan penetapan hokum oleh mujtahid terhadap sesuatu masalah yang menyimpang daripada ketetapan hukum yang diterapkan pada masalah-masalah yng sama disebabkan alas an yang lebih kukuh.
  3. Jumhur ulama' Usul menyatakan istihsan adalah menukarkan sesuatu hukum kulli kepada huklum juziyy (pengecualian)

2.0 TAKRIF ISTIHSAN

Dari segi bahasa bermakna memandang baik sesuatu atau mencari yang lebih baik untuk diikuti. (Az-Zumar : 17)

Istihsan dari segi istilah menurut ahli hukum dibahagikan kepada dua makna iaitu:

  1. menggunakan ijtihad dan segala buah fikiran dalam menentukan sesuatu hukum berdasarkan syara’. Contohnya hukum mut’ah yang terdapat dalam firman Allah taala (Al-Baqarah:236). Mut’ah dalam ayat ini diukur mengikut keadaan suami, kaya atau miskin menurut makruf.
  2. Dalil yang menyaingi qias atau meninggalkan qias dan menetapkan apa yang lebih manfaat bagi manusia

Para ulama hukum sependapat pada makna istihsan yang pertama. Imam Syafie menolak sumber istihsan telah berkata:

“ saya memandang sebaiknya mut’ah itu tiga puluh dirham”.

Mengenai istihsan pada pengertian yang kedua, ulama hukum berselisih pendapat tentang boleh atau tidak menggunakannya kerana wujud pelbagai pendapat dalam mendefinisikannya. Perselisihan pendapat dalam mendefinisi istihsan wujud kerana pentakrifan ini muncul sesudah terjadi perdebatan yang hangat antara yang menggunakan istihsan dan yang menolaknya. Mereka yang menolak istihsan mengatakan bahawa istihsan itu ialah menetapkan suatu hukum berdasarkan hawa nafsu (syari’u bil hawa). Pihak yang menggunakan istihsan tidak langsung mengemukakan dalil-dalil yang membuktikan bahawasanya istihsan itu adalah suatu hujjah, tetapi mereka berusaha menerangkan hakikat istihsan yang sebenar, menyebabkan golongan yang menolaknya mengakui bahawa tidak ada istihsan yang diperselisihkan kecuali dalam beberapa masalah.

3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SUMBER ISTIHSAN

Sebelum Abu Hanifah menggunakan istilah istihsan, ulama-ulama sebelumnya telah menggunakan istilah ini. Iyas ibn Mu’awiyah seorang hakim dalam pemerintahan Umaiyah pernah berkata:

“tidaklah saya menemukan qadhi, melainkan apa yang dipandang baik manusia”.

Sesudah Abu Hanifah menjadi seorang mujtahid dan ahli falsafah dalam bidang hukum, istilah istihsan sering digunakan sehingga menyaingi qias. Umpamanya Abu Hanifah berkata:

“qias memutuskan bgini, sedang istihsan memutuskan begitu. Kami mengambil istihsan. Qias memutuskan begini, akan tetapi kami beristisan, andaikata tidak ada riwayat tentulah saya menggunakan qias. Kami menetapkan demikian dengan jalan istihsan, tidak bersesuaian dengan qias”.

Imam Abu Hanifah terkenal sebagai seorang ahli hukum yang amat pandai menggunakan sumber istihsan dan banyak merujuk masalah-masalah berdasarkan sumber istihsan. Imam Abu Hanifah hampir-hampir digelar ‘imam Istihsan’ sebagaimana beliau digelar imam ahlul ra’yi.

Muhammad Ibnul Hasan, salah seorang murid Imam Ab Hanifah telah berkata:

“adalah Abu Hnifah telah berdiskusi dengan sahabat-sahabatnya tentang qias. Mereka dapat membantahnya. Tetapi apabila Abu Hanifah mengatakan: saya beristihsan, tidak ada lagi orang yang menandinginya kerana banyak dalil-dalil yang dikemukakan tentang istihsan dalam pelbagai masalah”.

Kemudian murid-muridnya yang mencapai darjat ijtihad mengikut jejak Abu Hanifah. Maka telah timbul banyak masalah berdasarkan istihsan sehingga mereka memberi pengertian bahawa istihsan itu merupakan satu dalil hukum dan para mujtahid harus mengetahuinya. Muhammad Ibnul Hasan berpendapat bahawa mengetahui masalah-masalah istihsan adalah syarat untuk berijtihad.

#Muhammad Ibnul Hasan berkata:

“mengetahui masalah-masalah istihsan menurut para fuqaha adalah salah satu syarat ijtihad, sama dengan mengetahui dalil-dalil yang lain”.

#Imam Abu Hanifah sendiri berkata:

“barang siapa mengetahui Al-kitab dan As-sunnah, pendapat para sahabat Rasulullah dan apa yang diistihsankan oleh para para fuqaha, dapatlah dia berijtihad terhadap hal-hal yang dihadapinya dan dia menjalankan yang demikian itu terhadap solatnya, puasanya, hajinya dan segala yang disuruh dan yang dilarang. Maka apabila dia berijtihad dan berqias kepada yang menyerupainya dapatlah dia beramal dengan yang demikian walaupun dia salah dalam ijtihadnya”.

Abu Hanifah sendiri tidak menegaskan definisi istihsan itu, dari pendapatnya, istihsan digunakan sebagai dalil-dalil hukum yang digunakan untuk menentang qias dan menguatkan istihsan itu bila ia bertentangan dengan qias. Maksud istihsan adalah tidak terang, terkecuali pada beberapa masalah yang merupakan hadits atau atsar.

Dia sering berkata:

“Andaikata tidak ada atsar, tentulah saya berpegang pada qias. Andaikata tidak ada riwayat, tentulah saya berpegang pada qias.”

Apa yang ditulis oleh Abu Hanifah adalah sama sepeti yang dtulis oleh Imam Malik dan murid-muridnya. Malik pernah berkata:

“Istihsan ialah sembilan persepuluh ilmu.”

Asbagh, seorang murid Malik pula berkata:

“Istihsan dalam bidang ilmu terkadang-kadang lebih menang dari qias”

Kita tidak boleh mengatakan bahawa Abu Hanifah, Malik, dan sahabat-sahabat beristihsan tanpa menggunakan dalil-dalil yang syara’, tetapi sebenarnya mereka tidak menerangkan dalil-dalil yang telah mereka maksudkan, dan apa yang sebenarnya mereka kehendaki dengan pendapat itu. Hal ini tidaklah begitu menghairankan, kerana masa itu belum lagi terjadi masa pentakrifan istilah-istilah baru. Masa itu adalah masa ijtihad dan mereka itu diakui oleh masyarakat sebagai ahli-ahli ijtihad. Imam Syafie menyerang dengan amat tajam bila beliau mendengar pengikut-pengikut Imam Abu Hanifah menggunakan istihsan ketika berdiskusi dengan beliau tanpa menerangkan apa yang dimaksudkan dengan istilah itu. Mungkin pendebat-pendebat Imam Abu Hanifah menggunakan istilah istihsan tanpa mengetahui sesuatu dalil kerana mereka bertaklid kepada imam-imam mereka. Apabila Imam Syafie bertanya kepada mereka apa hakikat istihsan, mereka tidak dapat menjawabnya. Imam Syafie membantah orang-orang yang sering menggunakan kata-kata ijma untuk dijadikan dalil mereka tanpa mereka menyebut dasar pegangan mereka itu. Pendapat-pendapat Imam Syafie, baik dalam Ar Risalah mahupun Al Umm tegas mengatakan bahawa istihsan tanpa dalil tidak dapat diterima bahkan haram dilakukan.

Dalam Ar Risalah Imam Syafie berkata:

“sesungguhnya haram atas seseorang menetapkan sesuatu dengan jalan istihsan, apabila istihsan itu menyalahi hadis. Dan tidak boleh lagi seseorang mengatakan: ‘saya beristihsan tidak menggunakan qias’. Andaikata kita boleh mengenepikan qias, bolehlah bagi ahli-ahli akal dari orang yang tidak mempunyai ilmu mengatakan sesuatu yang tidak ada hadis terhadapnya dengan menggunakan dasar istihsan. Istihsan itu sebenarnya hanya mencari enak sahaja”.

Dalam kitab Ibthalul Istihsan, Imam Syafie menerangkan dalil-dalil yang menegaskan bahawa para mufti tidak boleh berfatwa dengan istihsan, kerana kalu berfatwa dengan istihsan bererti dia telah menyimpang dari Al-Quran dan Sunnah, al-ijma dan qias. Dan bererti dia mengikuti pendapatnya sendiri.

Dalam masalah ini Daud Ibn Ali menyetujui pendapat Imam Syafie, sebagaimana ulama-ulama Hanbaliyah menyetujui fahaman Imam Abu Hanifah dan Imam Malik.

Dalam kitab Risalah Al Ushul, Daud berkata:

“Sesungguhnya menetapkan sesuatu dengan qias tidak wajib, dan menggunakan istihsan tidak boleh”.

Shafiyuddin Al Baghdadi dalam kitabnya Qawa’idul Ushul dan Ibnu Qadamah Al Maqdisi dalam kitabnya Raudhatun Nazhir menyatakan bahawa Imam Ahmad ibn Hanbal bersetuju dengan pandangan Imam Abu Hanifah dalam masalah ini.

Demikianlah perkembangan dalam fasa pertama tentang kedudukan istihsan. Satu pihak menggunakan istihsan untuk sesuatu hukum yang mereka kehendaki walaupun mereka belum dapat menernagkan hakikat sebenar istihsan dan satu pihak yang lain menolak dari menggunakan istihsan dengan alasan bahawa istihsan adalah menurut fikiran semata-mata.

Sesudah masa membuat dalil bagi dasar-dasar yang digunakan selepas zaman Imam Syafie, barulah tokoh-tokoh fiqh mazhab Hanafi membuat pentakrifan istihsan dan menerangkan hakikat yang sebenarnya yang mereka ungkapkan dari cabang-cabang hukum yang dinukilkan daripada imam. Namun demikian, pentakrifan yang telah dibuat masih tidak dapat melepaskan istihsan dari arena perselisihan. Setelah lama masa berjalan, barulah sebahagian ulama Hanafiyah berupaya menggambarkan istihsan bersesuaian dengan pandangan para imam dalam menanggapi hukum-hukum furu’ (cabang) yang dinukilkan dari mereka.

Mereka berkata: istihsan itu diithlaqkan kepada dua pengertian – ithlaq khas dan ithlaq am.

Ithlaq khas ialah:

“Qias khafi yang mengimbangi qias jali”.

Qias jali ialah:

“Qias yang mudah difahami”.

Sedang qias khafi ialah:

“ Qias yang susah difahami, perlu difikirkan secara mendalam”.

Istihsan yang am ialah:

“ Segala dalil yang mengimbangi qias dan mengharuskan kita berpindah dari qias pada yang mengimbanginya lantaran ada sesuatu nas atau atsar atau ijma atau darurat”.

Apabila kita teliti benar-benar ternyata bahawa qias yang mengimbangi istihsan bukanlah qias menurut ulama usul, tetapi dimaksudkan dengan qias di sini adalah kaedah umum atau dalil umum. Maka menggunakan istihsan di sini bererti mengecualikan sesuatu dari umum dalil. Oleh itu seseorang tidak boleh menolak istihsan selagi dalil yang digunakan untuk mengecualikan itu adalah dalil yang benar. Mengenai istihsan yang bermakna khas itu, ia bererti suatu bentuk pertentangan dan ketika terjadi pertentangan antara dua dalil, maka dalil yang terkuat dipilih.

4.0 ISTIHSAN SEBAGAI SUMBER TASYRI YANG DISEPAKATI

Dengan pengertian yang terakhir ini istihsan menjadi suatu sumber yang disepakati kerana istihsan adalah suatu pengecualian dari suatu dalil dan pertentangan dua qias lalu, diambil yang terkuat daripadanya walaupun dia khafi. Hal ini dibenarkan al-quran, assunnah dan amal fuqaha sahabat.

Para ulama malikiah dengan tegas mentakrifkan istihsan dengan maksud pengecualian

Ibnu Arabi berpendapat

“Istihsan ialah meninggalkan sesuatu yang dikehendaki dalil dengan jaan pengecualian, kerana ada sesuatu yang mengetahui di sebahagian juziyyahnya”

Ibnu Rusyd berpendapat:

“Dan menggunakan qias mengakibatkan berlebih-lebihan dalam hukum, maka dia berpaling pada sebahagian tempat tertentu kerana ada sesuatu pengertian yang memberi bebas kepada hukum yang tertentu dari tempat itu sahaja.”

As Syatibi berpendapat:

“ Kaedah istihsan menurut Imam Malik ialah menggunakan maslahat juziyyah dalammenghadapi dalil yang kulli.”

Para sahabat banyak menggunakan prinsip ini dan merekalah menjadi ikutan kita sesudah Rasulullah s.a.w, iaitu mengecualikan sesuatu dari nas yang umum kerana ada kemaslahatannya.

Golongan syariah sendiri mengakui adanya pengecualian dari kaedah-kaedah syariyyah dan mereka menggunakan pengecualian itu walaupun Imam Syafie menentang istihsan.

Di antara masalah itu, ialah membolehkan kita mengambil tumbuhan di tanah haram untuk mengumpan binatang untuk menhindarkan kesukaran bagi para haji. Ini merupakan suatu pengecualian dari umum nas padahal Rasulullah hanya membenarkan idzar sahaja, sebagaimana mereka membenarkan ayah ataupun abang menggadaikan harta mereka kepada mauli mereka apabila wali itu memberi hutang kepada mereka. Demikian pula sebaliknya. Dan mereka membenarkan abang mereka mengahwinkan cucu perempuannya dengan cucu lelakinya apabila dipandang ada maslahat. Inipun merupakan suatu pengecualian dari dasar yang mereka gunakan iaitu akad itu dilakukan oleh dua orang.

“Tak dapat tidak sesuatu akad dari dua ibarat dari dua orang ( penjual dan pembeli.”

Izuddin Ibnu Abdis Salam berkata:

“ Apabila seseorang menjual buah kurma yang telah nyata baiknya maka wajiblah dibiarkan buah itu tinggal di batang sehingga datang waktu memetiknya dan memungkinkan si pembeli menyirami batang kurma itu dengan airnya, kerana kedua syarat itu telah menjadi syarat pada uruf masyarakat. Maka menjadilah dia sebagai yang telah disyaratkan oleh kedua belah pihak. Dan hanyanya berlaku syarat ini di sini adalah kerana adanya keperluan masyarakat dan keadaan itu mendorong masyarakat kepada syarat ini, maka menjadilah dia hal-hal dikecualikan dari kaedah untuk memperbolehkan kemaslahatan akad.”

Sesungguhnya perbezaan pendaat antara Imam As Syafie dengan pihak yang menerima istihsan bukanlah dari segi penggunaan istilah istihsan. Kerana As Syafie sendiri menggunakan istilah-istilah itu seperti yang diterangkan oleh Al- Amidi dalam kitabnya Al-Ihkam.

Kalau demikian, perbezaan itu adalah kerana menurut pendapat As-Syafie bahawa istihsan yang dikehendaki golongan Hanafiah ialah menetapkan sesuatu berdasarkan akal biasa tanpa dalil, sebagai yang sering beliau dengar di masanya dari pengikut-pengikut Abu hanifah seperti Basyar Al- Miribi. Jika As-Syafie menolak istihsan dalam erti memendang baik sesuatu tanpa dalil, maka Imam Ahmad pun menolak suatu pernyataan ijmak tanpa ada dalil.

5.0 JENIS ISTIHSAN UMUM

      Istihsan umum ada beberapa jenis menurut dalil yang menetapkannya:

    1. ISTIHSAN DENGAN NAS: iaitu pada tiap-tipa masalah yang ada nas sendiri yang menimbulkan suatu hukum yang berlainan dengan hukum umum yang diterapkan oleh suatu nas yang umum atau kaedah yang umum. Dan ia melengkapi segala bentuk masalah yang dikecualikan oleh syarak sendiri dari hukum-hukum yang sebandingnya iaitu seperti khiar syarak. Imam Abu Hanifah mengatakan terhadap orang yang berkuasa makan atau minum kerana lupa: “Andaikata tiada nas yang tidak membatalkan puasa lantaran makan dan minum kerana lupa, tentulah saya memandang bata puasa itu kerana sudah rosak satu rukun iaitu menahan diri dari segala yang merosakkan puasa”.
    1. ISTIHSAN BERDASARKAN IJMAK: iaitu apabila para mujtahid berfatwa terhadap suatu masalah yang berlawanan dengan Qiyas atau dengan kehendak dari sesuatu dalil yang umum, atau mereka berdiam diri tidak membantah sesutau uruf masyarakat yang berlawanan dengan hukum qiyas.
    1. ISTIHSAN DALAM HAL DARURAT DAN UNTUK MENGHINDARI KESULITAN: apabila kita mnggunakan dalil yang umum menimbulkan kesulitan, maka dari dalil yang umum itu dikcualikan. Seperti apabila saksi-saksi yang telah meninggal atau yang jauh dari tempat atau kerana tidak sanggup menghadiri sidang majlis, padahal menurut asal hukum kesaksian itu harus yang melihat dengan mata kepala sendiri, dibolehkan menggunakan kesaksian orang lain.
    1. ISTIHSAN BERDASARKAN KEMASLAHATAN YANG BELUM SAMPAI KE BATAS DARURAT: sesuatu hukum yang dicakup oleh sesuatu nas yang umum tetapi jika dilaksanakan hukum itu, timbul kerosakan atau terhapus kemaslahatan, maka ditetapkan hukum berdasarkan kemaslahatan, seperti memberikan pusaka kepada suami yang isterinya murtad dalam keadaan sakit yang membawa kepada kematian. Ini juga merupakan suatu pengecualian dari kaedah umum, iaitu tidak ada lagi hak pusaka kerana hubungan mereka suami isteri putus di waktu isteri murtad. Jalan istihsan di sini ialah melayani si wanita yang murtad itu dengan yang bertentangan dengan maksudnya. Dia memurtadkan dirinya dalam keadaan sakit yang membawa maut supaya suaminya tidak dapat menerima pusaka daripadanya.
    1. ISTIHSAN DENGAN DASAR URUF: Muhammad ibn Al Hasan membolehkan kita mewakafkan barang bergerak. Menurut kaedah, wakaf itu harus benda yang tidak bergerak kerana benda yang bergerak mudah hilang dan rosak. Seperti boleh kita menjual buah-buahan dengan syarat tetap di batangnya sampai matang padahal syarat itu tidak dikehendaki oleh akad, bahkan berlawanan dengan sabda Rasulullah yang melarang penjualan dengan memakai syarat. Tetapi kerana uruf telah berlaku demikian, maka dibolehkan untuk menghindari prtengkaran. Sebab itulah Hanafiyah membenarkan segala syarat yang diterima uruf asal saja tidak membatalkan sesuatu nas syara.

6.0 KEPENTINGAN SUMBER ISTIHSAN

Walaupun istihsan bukan suatu dalil yang berdiri sendiri, namun ia menyingkapkan jalan yang ditempuh sebahagian ulama mujtahidin dalam menetapkan dalil-dalil syara dan kaedah-kaedahnya ketika dalil-dalil itu bertentangan dengan kenyataan yang berkembang dalam masyarakat. Hal ini untuk mengelakkan kesulitan dan kemudaratan serta menghasilkan kemanfaatan dengan cara menetapkan dasar-dasar syariat dan sunber-sumbernya.

Istihsan adalah suatu dalil yang terkuat menunjukkan bahawa hukum-hukum Islam adalah suatu hukum yang berkembang dalam masyarakat yang diistilahkan sebagai fiqh waq’i bukan suatu fiqh khayali yang merupakan fiqh bayangan sebagai yang digambarkan oleh sebahagian oarang yang tidak mengetahui hakikat fiqh Islam atau ingin menjauhkan manusia daripadanya.

Dengan menggunakan dasar istihsan, kita dapat menghadapi masalah perbankan yang telah menjadi masalah yang sangat penting dalam masalah ekonomi.

Oleh kerana dalam kebanyakan bentuknya merupakan pengecualian dari umum, maka bolehlah kita qiaskan kepadanya sesuatu yang lain apabila cukup syarat-syarat qias.

Para ulama ada yang tidak membenarkan sama sekali kita melakukan qias, kerana tempat-tempat yang mengecualikan atas dasar darurat, atau maslahat tertentu dan harus kita ukur mudarat itu sekadar yang darurat sahaja. Oleh kerananya, timbullah suatu istilah dalam kalangan mereka:

#

“ Sesuatu yang tetap berlawanan dengan qias maka tidak boleh diqiaskan yang lain kepadanya”.

Ada yang membezakan antara yang diistihsankan dengan nas atau ijmak dengan yang diistihsankan dengn qias khafi. Mereka tidak membolehkan pada yang pertama, membolehkan pada yang kedua. Asy Syarakhasi dalam kitab usulnya berkata:

Sesungguhnya yang mustahsan dan qias dapat melampaui hukumnya pada yang lain, dalam arti dapat diqiaskan yang lain padanya. Kerana qias baik lahir maupun batin ialah mengenakan sesuatu hukum kepada yang lain. Adapun yang diistihsankan dengan nash atau ijma' maka hukumnya tidak melampaui pada yang lain, kerana dia dipalingkan dari qias dan tidak dapat dikenakan kepada yang lain."

Seperti pendapat sebelum ini, iaitu tidak boleh mengqiaskan sesuatu kepada yang dikecualikan itu. Kedua-dua pendapat ini tidak dapat kita pendapat ini tidak dapat kita terima. Pendapat yang dapat kita terima, ialah boleh kita qiaskan sesuatu kepada yang dikecualikan apabila cukup syarat-syaratnya, kerana qias itu berkisar sekitar adanya sesuatu makna yang mngumpulkan antara yang dikecualikan itu dengan yang lainnya.

Jika ada makna tersebut, berlakulah qias. Jika tidak ada makna tersebut, nescaya qias tidak dapat dikecualikan, baik pengecualian itu dengan nash ataupun dengan qias. Inilah pendapat sebagian ahli tahqiq yang dipelopori oleh Al-Ghazali. Di dalam Al=Mustashfa beliau berkata:

" Bahagian yang kedua ialah suatu yang dikecualikan dari kaedah yang telah lalu dan datang dari pengecualian itu dari suatu makna. Ini dapat diqiaskan kepada setiap masalah yang berlaku antara yang dikecualikan dengan yang dikecualikan dan bersekutu yang dikecualikan dan bersekutu yang dikecualikan pada illat. Pengecualian umpamanya, pengecualian 'ariyah maka dia tidak merupakan nasakh bagi kaedah riba dan tidak megubah kaedah itu. Akan tetapi ia dikecualikan kerananya kita dapat mengqiyaskan buah anggur pada kurma putih kerana kita berpendapat bahwa anggur itu membawa makna kurma putih".

" demikian pula mewajibkan segantang kurma terhadap susu binatang yang diikat tempat susunya tidak datang untuk menghapuskan pembayaran yang ada imbangannya dengan mitsilnya ( sejenisnya) akan tetap tatkala bercampur susu yang baru dengan susu yang sedia ada di dalam buah dada jika terjadi jual beli dan tidak ada jalan untuk membezakan satu sama lain, tidak ada jalan mengetahui ukurannya sedang dia berpautan dengan makanan, syara' melepaskan orang yang berjual beli kesulitan mengetahui jumlah susu dengan jalan memberi ukuran sebatang kurma. Kerana tidak salah kita mengatakan: andaikata dikembalikan binatang yang diikat pentil susu dengan cacat yang lain, bukan cacat mengikat pentil susu, nescaya dibayar susu pula dengan segantang kurma itu. Dan ini seperti penemuan pada makna pokok. Andaikata kita tidak memahami makna tersebut, tentulah kita tidak berani menghubungkan itu ( mengadakan qias)".

Pendapat inilah yang kiranya harus kita tampung, kerana mewujudkan maksud syara' dari pengecualian.

Allah swt. Dengan tegas mengatakan:

" Dan tidaklah Allah menjadikan kamu kesukaran dalam agama". ( Q.S. Al- Hajj/22:78)

Pendapat Al- Ghazali sesuai dengan pendapat Ibnu Taimiyah dalam kitab Ushul Fiqhnya iaitu:

" Boleh qias kepada pokok yang tertentu dari antara jumlah qias, dan itulah yang dinamakan oleh golongan Hanafiah tempat istihsan, berbeza terhadap perkataan mereka tidak boleh qias kecuali qias itu ada illatnya atau ijma' qias itu, atau ada suatu pokok yang lain yang sesuai maka bolehlah qias kepadanya. Pendapat golongan Syafi'iyah dan segolongan Hanafiah sama dengan pendapat kami. Dan pendapat golongan Malikiyah sama dengan jumlah qias dapat diqiaskan kepadanya dan dapat diqiaskan pada yang lainnya".

Ibnu Qudamah Aln Maqdisi dal;am kitab Raudhatun Nadzir berkata:

" Yang dikecualikan dari kaedah qias terbahagi kepada yang dapat difahamkan maknanya dan yang tidak dapat difahamkan maknanya. Makna yang pertama sah diqiaskan selama diperoleh illat. Di antara yang demikian ialah pengecualian 'aliyah kerana ada keperluan. Tidaklah jauh kita mengqiaskan buah anggur pada kurma putih yang telah nyata bahawa buah anggur mengandungi kurma putih. Demikianlah pula mewajibkan segantang kurma pada susu binatang yang diikat pentilnya sikecualikan dari kaedah sama semestinya kita qiaskan kepadanya apa bayng dikembalikan kerana cacat yang lain. Dan itu seperti perhubungan, adapun yang tidak dapat difahamkan maknanya maka adalah seperti ditentukan Abu Burdah dengan boleh menyembelih kambing yang berbulu yang setahun umurnya untuk korban dan seperti Nabi menetapkan Khuzaimah dengan menerima kesaksiannya seorang diri. Dan hal serupa itu tidak boleh diqiaskan kepadanya".

Mengikut apa yang diterangkan, maka istihsan dalam kebanyakann bentuknya, adalah pengecualian dari hal-hal yang diharamkan dengan menghalalkan sesuatu dan pengecualian dari hal-hal yang mewajiban dengan menghilangkan kewajibannya, kerana pengecualian itu tidaklah terbatas dalam daerahnya sahaja, tetapi melampaui daerah lain.

7.0 RUJUKAN

Tengku Muhammad Hasbi Falsafah Hukum Islam 1987 PT. Pustaka Rizki Putra

Ustaz Abd. Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali, Perbahasan Usul Fiqh; 2001, Ilham Abati Enterprise

 


Posted at 11:15 pm by Pendita Bitara
Comments (5)  

Next Page


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< May 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed