Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Thursday, April 20, 2006
Demokrasi dan pemerintahan Islam

 Demokrasi dan pemerintahan Islam ; satu pertembungan atau keselarasan.

Muhmmad Nuruddin Bashah

 

 

Pendahuluan.

Pada penulisan kali ini, penulis cuba memberi penerangan ringkas mengenai aspek siasah yang diperaktik di Negara kita. Selaku mahasiswa Islam, kita sewajarnya mengetahui secara jelas mengenai konsep serta elemen sebenar domokrasi yang di amalkan di Malaysia. Tulisan ini tidak bersifat kritikan sebaliknya mencari nilai sepunya atau titik pertemuan diantara teori dan praktisnya demokrasi dengan nilai dan konsep pentadbiran secara Islam. Di akhir penulisan , penulisan akan memberi beberapa hujah komparatif yang boleh dinilai sekiranya pemerintahan syariah ingin diterapkan di Malaysia. Penulis juga akan terus memaparkan beberapa aspek penting di dalam siasah syariyyah di dalam persoalan pentadbiran (Al Qudhat) seperti hakikat syura, kepemimpinan secara Islam, konsep ahli zimmah, serta beberapa kajian lain berkenaan keserasian comman law dengan legalatif(perundangan) Islam dalam tulisan yang akan datang.

 

Takrif Demokrasi.

 

            Melalui perkataan Greek, demos adalah rakyat manakala kratos adalah kekuasaan. Secara umumnya di dalam sejarah Greek, sistem ini adalah peralihan daripada system monarki (beraja mutlak), oligarki( pemerintahan golongan kelompok elite) plutokrasi (pemerintahan golongan kaya) serta aristokrasi (pemerintahan golongan berpengaruh di Yunani).  Hasilnya adalah revolusi pentadbiran Greek kepada pemerintahan secara merakyat. Menurut Robert A Dahl (1983) Demokrasi adalah system yang memberi peluang kepada rakyat jelata untuk melibatkan diri dalam pembuatan keputusan dan pembetukan dasar.

            Secara teorinya demokrasi pada zaman Greek lebig bersifat directly democracy kerana semua rakyat  dikerah berhimpun serta membuat keputusan bersama. Manakala pada zaman ini demokrasi lebih bersifat indirectly kerana melibatkan perwakilan( wakil rakyat). Muammar Al Ghadafi menyatakan bahawa tiada lagi pemerintahan demokrasi tulen lantaran pilihanraya menjadi penentu wakil dan rakyat hanya diberi kuasa undi sahaja. Sebenarnya penentuan perwakilan adalah suatu maslahan akibat bilangan rakyat di dalam negara sekarang lebih ramai serta bersifat pelbagai ragam berbanding komposisi rakyat Yunani.

            Daripada sejarah juga kita melihat bahawa negara yang tertindas serta diperintah secara kuku besi akan mula menguja kaum untuk menerima demokrasi. Maka pemesatan penyebaran sistem ini daripada Greek adalah akibat tekanan dalam sesuatu masyarakat. Sebagai contoh, pada 1688 Revolusi Inggeris mencetuskan domokrasi. Manakala pada 1776  pula Revolusi kemerdekaan pula berlaku di Amerika  serta tercetusnya konsep baru demokrasi berpresiden. Manakala pada 1789 Revolusi Prancis pula memulakan langkah menerima demokrasi. Negara lain terutama daripada jajahan Great Britain menerima demokrasi setelah menerima penjajahan selama berabad lamanya. Hari ini kita melihat pula bagaimana Amerika Syarikat cuba menyebar demokrasi berpresiden kepada Afghanistan, Iraq dan Iran. Persoalannya kenapakah demokrasi kelihatan unggul serta seolah-olah mempunyai "healing sense" dalam permasalahan pentadbiran? Kenapakah setelah menerima demokrasi, masalah sosial pula menjadi natijahnya? Adakah demokrasi bercanggah dengan Islam? Tulisan ini cuba memberi gambaran.

 

Bentuk Demokrasi.

 

1) Demokrasi Berpalimen :  Dalam pentadbiran ini, terdapat hubungan erat antara badan perundangan (legislatif) serta pelaksana (eksekutif) Antara negara yang menjalankan kaedah ini adalah Britain dan Malaysia. Di Negara ini wakil parlimen(perundangan) boleh menjadi pelaksana seperti menteri kabinet. Malahan, kedudukan Raja atau Yang diPertuan Agong amat istimewa kerana mempunyai kuasa dan pengaruh legislatif mahupun eksekutif. Ketua Negara pula berlainan dengan ketua kerajaan.

 

2) Demokrasi Berpresiden : Contoh Negara yang menjalankan kaedah ini adalah Amerika Syarikat. Kaedah ini mengasingkan kuasa perundangan, kehakiman dan pelaksana. Secara umumnya kaedah ini kelihatan lebih adil dan telus. Presiden bertindak selaku ketua Negara dan ketua kerajaan.

 

Ciri-ciri Demokrasi.

   1)      Kekuasaan rakyat : menurut Lipson (1969) kuasa tertinggi adalah kuasa kedaulatan rakyat. Individu merelakan diri mereka diwakilkan oleh wakil mereka di parlimen.

    2)    Perwakilan : Pada hakikatnya dalam teori demokrasi, seluruh rakyat adalah perwakilan negara, namun melihat kepada kepadatan penduduk yang terlampau ramai, mereka wajar untuk menentukan wakil mereka.

   3)     Pilihanraya : Pilihanraya adalah medan untuk menentukan perwakilan.Selalunya demokrasi terjejas teruk disini lantaran permainan politik kotor yang semestinya menjadi ralat dalam pemilihan wakil yang sebenar-benarnya dihajati awam. Sikap masyarakat yang hanya terkesan dengan kelompok dan isu menyebabkan parti politik diperlukan untuk mewakilkan calon sepanjang kempen. Pembentukan parti adalah suatu keperluan masakini lantaran kelompok manusia yang pelbagai, serta hasrat manusia yang ingin diwakilkan oleh parti tertentu dan bukannya atas dasar daya tarikan krediabiliti individu. Tambahan pula, parti politik membantu negara meningkatkan kesedaran rakyat tentang hak mereka serta tanggungjawab mereka dalam pentadbiran negara berdemokrasi.

 

Fahaman Demokrasi dunia.

 

1)      Demokrasi Leberal : Fahaman ini lebih bersifat individualistik. Individu boleh mengeluarkan pendapat dan kerajaan sewajarnya mengambil tindakan atas sebarang cadangan rakyat. Sistem desentralisasi dipraktikkan iaitu membahagi tugasan kepada beberapa peringkat negeri atau wilayah (kuasa autonomi) seperti di Malaysia atau di Amerika Syarikat. Sejauh mana kebebasan memberi pendapat dipraktikkan bergantung kepada budi bicara pentadbir.

2)      Demokrasi bukan Liberal (Proletar) : Konsepnya lebih kepada satu parti seperti pelaksanaan di negara-negara Komunis. Wujid selepas perang dunia kedua.

3)      Demokrasi bukan Liberal (Terpimpin) : Pemimpin dianggap segala-galanya dan dianggap tahu memperjuangkan nasib rakyat dimana tindakan pemimpin tidak dipersoalkan. Contohnya di Indonesia dimana Sukarno kelihatan berkarisma tinggi. Segala ucapannya adalah suatu dasar kerajaaan. Mesir dibawah pentadbiran Gamal Abdul Naseer juga pernah menggunakan fahaman ini.

 

Bagaimana demokrasi sampai ke Malaysia?

           

Demokrasi mula muncul di Malaysia selepas kedatangan syarikat-syarikat perdagangan barat ke seranta melayu. Perlu diingatkan bahawa kedatangan kapal-kapal tersebut bukan sekadar membawa barang dagangan, sebaliknya turut membawa tentera, saintis, ahli sosiologi serta paderi. Hegemoni Great Britain berkemuncak pada era tersebut. Ia berlainan dengan kedatangan kapal-kapal Portugal dan Belanda. Selepas terjadi Revolusi di England, Perancis dan Amerika Syarikat, mereka berlumba-lumba untuk menjaja sistem pentadbiran hasilan pemikiran saintis sosiologi mereka. Dunia menyaksikan hegemoni dan empayar Great Britain lebih maju dan bersedia untuk mengubah perpektif, tanggapan dan mentaliti masyarakat Melayu melalui, dasar berlembut dengan Raja Melayu, pendidikan berterusan serta indoktrinisasi secara berperingkat disamping mengurangkan autonomi pentadbir tempatan serta Raja Melayu.

            Demokrasi di Malaysia cuba mengharmonikan kuasa melayu dengan mengekalkan kedudukan tertinggi melayu dengan adanya kuasa legislatif dan eksekutif Yang Dipertuan Agong. Sistem kabinet dan perundangan negara lebih mirip dengan pentadbiran Great Britain yang mengekalkan kuasa Raja dan Ratu Britain.

 

 

 

 

Pertemuan konsep demokrasi dengan konsep pentadbiran Islam.

 

            Persoalan dan tomahan timbul, tentang status demokrasi, samaada ianya menurut syara' ataupun tidak. Adakah ianya releven dan mempunyai jalan dalam ijtihad muasoroh ulama' kini? Adakah ianya perlu dikekalkan sekiranya sistem syariah dipraktikkan secara total? (bermaksud kuasa mahkamah syariah menyamai kuasa mahkamah sivil sebagai contohnya). Hal ini perlu diteliti dan diperhalusi tanpa menjadikan nafsu dan persepsi sempit sebagai hujah.

            Sebagai mahasiswa Islam, kita mungkin telah arif mengenai hakikat penyebaran sistem demokrasi seluruh dunia. Demokrasi kelihatan ampuh dalam menyelesaikan permasalahan pertikaian perwakilan kaum dan masyarakat dunia yang sering berpecah. Demokrasi kelihatan relevan dalam memudahkan perbincangan secara bersistem dan pengesahan secara kolektif. Namun permasalan kecurangan dalam pelaksanaan demokrasi adalah atas tindakan manusia yang mementingkan nafsu dan akal dalam mencari kuasa peribadi dan kehendak sendiri. Inilah hakikat kecerobohan dalam sistem ini.

            Di dalam kitab Fiqh Ad Daulah, Prof. Dr Yusuf Al Qaradhawi telah menjelaskan bahawa pelaksanaan demokrasi adalah dibenarkan kerana ianya mirip dengan gagasan syura Rasulullah. Terdapat segelintir masyarakat yang memeperjuangkan konsep syura Rasulullah tanpa mereka melihat bagaimanakah sebenarnya pelaksanaan syura dan perbincangan pada zaman Rasulullah. Profesor Yusof melihatkan maslahah yang boleh diperolehi dengan menggunakan sistem yang diasaskan oleh kaum bukan Islam dengan memasukkan unsur Islamis dalam pelaksanaannya.

 

a) Demokrasi dan akal.

           

Perbezaaan utama syura Islam dengan pelaksanan demokrasi adalah, demokrasi membenarkan majoriti menetapkan keputusan walaupun bercanggah dengan hukum Al Quran dan as Sunnah. Sekiranya pelaksanaan syariah diaplikasi, golongan non muslim hanya akan membahaskan perkara yang bersifat maslahah umum dan bukannya perkara yang jelas hukumnya di dalam rujukan Islam. Hakikatnya demokrasi membuat keputusan dan membentuk perundangan melalui akal fikiran manusia (comman law sebagai contoh).

 

b) Konsep Al Qudhat.

 

Di dalam Islam bidang perundangan, fatwa, pelaksanaan dan kehakiman terangkum didalam perbahasan skop al Qudhat. Di dalam skop ini tiada pemisahan di dalam pembentukan hukum terkini, pelaksanaan serta kehakiman berdasarkan perundangan tersebut. Namun di sebabkan untuk memudahkan pelaksanaan kini, bidang kuasa ini boleh dipisahkan sebaliknya kesemua fatwa terkini perlu diluluskan oleh pihak perundangan sebelum di laksanakan oleh pihak kehakiman. Hari ini kita menyaksikan institusi fatwa tiada hak untuk membawa perkara fatwa di dalam perbahasan perundangan Parlimen. Ini menyebabkan tiada perbahasan berkenaan syariah di Parlimen. Pada zaman Rasulullah SAW, Rasul sendiri bertindak sebagai pemimpin negara, hakim serta melaksanakan semua undang-undang. Namun dalam kepesatan masyarakat Islam, majlis Qadhi ditubuhkan untuk memudahkan pelaksanaan hukum Islam pada zaman  kesultanan Abbasiyah serta Umayyah. Sultan menggubal undang-undang dengan dibantu oleh para ilmuan dan ulama' negara (untuk perkara yang tidak jelas hukumnya di dalam Al Quran dan Al Hadis).

 

c) Ahli halli Wal Aqdi.

 

Konsep ini adalah konsep dimana perwakilan masyarakat adalah ahli halli wal aqdi yang berilmu, adil serta pandai membuat keputusan bersama-sama dengan khalifah. Konsep ini boleh diterapkan di dalam demokrasi sekiranya calon dewan rakyat dan dewan negara mahupun kabinet menurut kriteria seorang ahli halli wal aqdi Islam. Pada zaman pentadbiran Saidina Umar RA, majlis ini ditubuhkan untuk memudahkan pentadbiran beliau. Majlis-majlis pentadbiran awam ditubuhkan untuk maslahah pentadbiran awam (walaupun belum pernah ditubuhkan pada zaman pentadbiran Rasulullah SAW ). Persoalan juga timbul tentang hak wanita dalam menjalankan bidang perundangan dan eksekutif. Namun dalam ijtihad Imam Abu Hanifah wanita dibenarkan memegang jawatan tertentu kerajaan termasuk menjadi hakim dengan syarat tertentu selagi tidak memegang jawatan tertinggi kerajaan. Manakala Imam Abu Ya'la Al Farra' yang banyak menulis dalam  bidang siasah Islam tidak menggariskan  lelaki sebagai syarat pentadbir tertinggi. Pada zaman saidina Umar RA juga  kita menyaksikan Ummul Syifa' binti Abdullah dilantik sebagai penyelia pasar (suatu jawatan yang mencabar pada zaman tersebut).

 

d) Pilihanraya.

 

            Persoalan juga timbul lantaran pilihanraya kelihatan bukan daripada pelaksanaan Islam. Perlu diketahui semasa Imam Al Mawardi menjadi Qadhi di Kufah, beliau pernah menggagaskan pelaksanaan pilihanraya pemilihan khalifah Iraq oleh rakyat Kufah dan Baghdad (Ianya berpusat disini kerana masyarakat berilmu ramai tertumpu di sini). Pilihanraya juga menepati konsep siasah syariyyah dimana masoleh mursalah digunapakai. Dalam kepesatan penduduk sesebuah negara serta kesedaran kepimpinan yang meningkat, pilihanraya adalah solusi terbaik untuk itu serta mengelakkan huru-hara dalam sesebuah negara.

 

Kesimpulan.

 

Sebagai kesimpulan,kita sewajarnya mengetahui konsep demokrasi sebenar tidak dapat dilaksanakan pada hari ini melihatkan kepada perwakilan rakyat sendiri yang tidak membawa agenda rakyat tetapi agenda kepartian. Walaupun di dalam demokrasi ianya menekankan kedaulatan rakyat serta menganggap rakyatlah sebenarnya pemerintah, namun di dalam Islam kedaulatan hanyalah terletak pada Allah SWT serta kuasa pelaksana undang-undang Allah ditaklifkan kepada khalifah Islam dengan dibantu oleh para ilmuan dan ulama'. Cumanya titik pertemuan demokrasi dengan Islam ialah, rakyat terbanyak boleh memilih anggota ahli halli wal aqdi yang sesuai serta berhak memilih khalifah (Amir) yang adil serta menepati konsep Islam. Inilah titik homofili yang perlu difahami dalam kita menggunakan demokrasi sebagai menepati kaedah masoleh mursalah dalam mewujudkan kepemimpinan yang benar-benar menepati syariah serta disukai rakyat.

 


Posted at 07:21 pm by Pendita Bitara
Comments (8)  

Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...

Semasa di matrikulasi, saya berpeluang meneliti sebahagian isi kandungan Kitab Sabilul Muhtadin...disebabkan terlalu kagum dengan pengarangnya, maka gambarnya dan gambar Sheikh Nuruddin Ar Raniri saya tampal di hadapan pintu bilik sehingga kelihatan pelik....apa yang pelik?...gambar ulama' sahaja......

Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al-Banjari ??

(17/3/1710 – 13/10/1812)

 

 

Syeikh Muhammad Arsyad al‑Banjari dilahirkan pada 15 Safar 1122 Hijrah bersarnaan 17 Mac 1710 Masihi di Kampung Lok Gabang, Martapura, Banjarmasin. Bapanya Abdullah merupakan seorang pemuda yang dikasihi sultan (Sultan Hamidullah atau Tahmidullah bin Sultan Tahlilullah 1700‑1734M). Bapanya bukan asal orang Banjar, tetapi datang dari India, mengembara untuk menyebarkan dakwah. Beliau seorang ahli seni ukiran kayu.

 

Semasa ibunya hamil, kedua ibu bapanya sering berdoa agar dapat melahirkan anak yang alim dan zuhud. Setelah lahir, ibu bapanya mendidik dengan penuh kasih sayang setelah mendapat anak sulung yang dinanti‑nantikan ini. Beliau dididik dengan dendangan Asmaul‑­husna, di samping berdoa kepada Allah. Setelah itu diberi pendidikan Al‑Quran kepadanya. Kemudian barulah menyusul kelahiran adik-adiknya iaitu 'Abidin, Zainal Abidin, Nurmein, dan Nurul Amien.

 

Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari Semasa Kecil

Sejak kecil, Syeikh Muhammad Arsyad al‑Banjari kelihatan cergas dan cerdas serta mempunyai akhlak yang baik dan terpuji. Kehebatan beliau sejak kecil ialah dalam bidang seni lukis dan seni tulis, sehingga sesiapa sahaja yang melihat karyanya akan berasa kagum dan terpukau.

 

Pada suatu hari, sultan mengadakan kunjungan ke kampung‑kampung. Apabila baginda sultan sampai ke kampung Lok Gabang, baginda berkesempatan melihat hasil karya lukisan Muhammad Arsyad yang indah lagi memukau hati itu. Justeru, sultan berhajat untuk memelihara dan mendidik Muhammad Arsyad yang tatkala itu baru berusia 7 tahun.

 

Syeikh Muhammad Arsyad al‑Banjari mendapat pendidikan penuh di istana sehingga usianya mencapai 30 tahun. Kemudian, beliau dikahwinkan dengan seorang perempuan yang solehah bernama Tuan Bajut. Hasil perkahwinan, beliau memperoleh seorang puteri yang diberi nama Syarifah.

 

Syeikh Muhammad Arsyad telah meneruskan pengembaraan ilmunya di Makkah dan Madinah. Segala perbelanjaannya ditanggung oleh Sultan Tamjidillah (1745‑1778M) dan pengganti baginda Sultan Tahmidillah (1778‑1808M). Selama belajar di Makkah, Syeikh Muhammad Arsyad tinggal di sebuah rumah yang dibeli oleh Sultan Banjar yang terletak di kampung Samiyyah iaitu dikenali sebagai Barhat Banjar.

 

Syeikh Muhammad Arsyad AI‑Banjari Semasa Di Makkah Dan Madinah

Semasa di Makkah, Syeikh Muhammad Arsyad belajar dengan tekun di Masjidil Haram dalam pelbagai bidang ilmu. Beliau berguru dengan ulama'‑ulama' terkenal pada masa itu seperti Syeikh Ataillah Bin Ahmad al‑Misriy, Syeikh Muhammad Bin Sulaiman al‑Kurdiy, Syeikh Muhammad Bin Abd Karim al‑Qadiri, Syeikh Ahmad Bin Abd Mun'im al‑Damanhuri, Syeikh Hasan Bin Ahmad 'Akisy al‑Yamani, Sheikh Salim Bin Abdullah al­Basri, dan banyak lagi.

 

Sahabat‑sahabat Syeikh Muhammad Arsyad merupakan golongan pencinta kepada ilmu pengetahuan sehingga setiap perternuan yang merupakan majlis ilmu, mereka saling ber­muzakarah bersama‑sama. Antara sahabat beliau ialah: Syeikh Abdul Samad al‑Falimbani, Syeikh Abdul Rahman Mesri, Syeikh Daud bin Abdullah al‑Fatani, Syeikh Abdul Wahab Sadengreng (Bugis), dan Syeikh Muhammad Salih bin Umar al‑Samarani atau 'Semarang'.

 

Untuk menambah ilmu, Syeikh Muhammad Arsyad bersama sahabatnya ingin merantau pula ke Mesir. Namun, setelah bersiap untuk berangkat, mereka mendapat khabar bahawa ulama' besar Mesir iaitu Syeikh Muhammad Bin Sulaiman al­-Kurdie datang ke Madinah. Lantas beliau bersama sahabat pergi ke Madinah untuk berguru dengan syeikh tersebut.

 

Pulang Ke Tanah Air

Setelah berada selama 30 tahun di Makkah dan lima tahun di Madinah, Syeikh Muhammad Arsyad al‑Banjari pulang ke tanah air untuk menyebarkan Islam. Setibanya beliau ke kampung halaman, beliau membuka pusat‑pusat pengajian untuk memudahkan masyarakat Islam menimba ilmu pengetahuan. Selain itu, Syeikh Muhammad Arsyad

turut membiasakan diri bersama orang kampong berkebun, bersawah, dan bertani.

 

Di samping aktif mengajar dan mendidik masyarakat Islam yang datang dari pelbagai pelosok daerah, beliau turut turun berdakwah ke segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada rakyat biasa hinggalah kepada golongan pembesar dan bangsawan.

 

Dalam menyampaikan dakwah, Syeikh Muhammad Arsyad menggunakan pelbagai kaedah pendekatan iaitu Dakwah bil Hal (dakwah yang menggunakan pendekatan contoh dan akhlak yang dipamerkan oleh beliau), Dakwah bil Lisan (dakwah dengan menggunakan pendekatan lidah iaitu mengajak dan menyeru) dan Dakwah bil Kitabah (dakwah dengan menggunakan pendekatan penulisan buku dan risalah).

 

Karya‑karya Syeikh Muhammad Arsyad AI‑Banjari

 

  1. Kitab Usuluddin ‑ Ditulis pada 1188H (1774 M), ditulis dalam bahasa Melayu, yang memuatkan masalah tauhid dan keimanan. Risalah ini belum pernah dicetak.

 

  1. Luqthatul 'AjIan fi Bayan Haid wa istihadhati wa nifas al‑Niswan ‑ Iaitu kitab yang mengupas mengenai masalah haid, istihadhah, dan nifas. Isi kitab ini terdiri daripada muqaddimah, 15 fasal, dan penutup. Dicetak pada tahun 1992 di Indonesia. Dalam kitab ini dinyatakan bahawa wajib hukumnya bagi perempuan belajar masalah haid, istihadhah, dan nifas. Jika suami orang berilmu, dia wajib mengajar isterinya; jika sebaliknya, dia wajib memberi keizinan kepada isterinya untuk belajar mengenainya.

 

  1. Kitab Tuhfat al‑Raghibin ‑ Ditulis pada 1188H (1774M). Pernah diterbitkan di Mesir pada 1353H. Kitab ini membincangkan masalah tauhid iaitu penjelasan tentang hakikat iman, perkara­-perkara yang boleh merosakkan iman, tanda seseorang menjadi murtad, dan sebagainya. Kitab ini terdiri daripada muqaddimah, tiga fasal, dan penutup.

 

  1. Kitab al‑Qawl al‑Mukhtasar fi 'Alamat al­Mahdi al‑Muntazar ‑ Kitab ini mula dikarang pada tahun 1196H. Mengandungi perbahasan tentang tanda‑tanda kiamat seperti Imam Mahdi, Dajjal, turunnya Nabi Isa, terbit matahari sebelah barat. Ditulis dalarn tulisan jawi dan pernah dicetak di Singapura tahun 1356H (1937M).

 

  1. Kitab Ilmu Falak ‑ Kitab ini ditulis dalam bahasa Arab. Penulisannya mernuatkan kaedah bila terjadinya gerhana matahari dan bulan. Walau bagaimanapun kitab ini belum sempat dicetak.

 

  1. Kitab al‑Nikah ‑ Kitab ini menerangkan tentang pengertian wali dan kaedah melaksanakan akad nikah berdasarkan apa yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w. Kitab ini pernah diterbitkan di Istanbul pada 1304H.

 

  1. Kitab Kanzul Ma'rifah ‑ Kitab ini berkaitan dengan ilmu tasawuf serta penjelasan mengenai hakikat mengenal diri untuk mencapai makrifat kepada Allah. Isi kandungannya ditulis dalam bahasa Melayu dan belum dicetak.

 

  1. Kitab Sabil al‑Muhtadin ‑ Inilah kitab beliau yang paling masyhur. Kemasyhuran kitab ini akhirnya menjadi khazanah di beberapa perpustakaan besar iaitu di Makkah, Mesir, Turki, dan Beirut. Kitab ini amat popular di Nusantara yang merangkumi Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Kemboja, dan Brunei.

 

Karya Syeikh Muhammad Arsyad al‑Banjari yang paling terkenal ini merupakan kitab fiqh Melayu yang tersebar luas di seluruh alam Melayu. Terdapat di dalam dua jilid, jilid pertama mempunyai 252 halaman dan jilid kedua 272 halaman. Perbincangan dalam kitab ini meliputi persoalan ibadah yang menyentuh thaharah, solat, puasa, zakat, haji, akikah, korban, makanan yang halal dan haram serta sembelihan.

 

Kitab ini ditulis atas permintaan Sultan Tahmidillah Bin Sultan Tamjidillah. Penulisannya mengambil masa selama dua tahun iaitu dimulai pada 1193H/1779M dan selesai pada 27 Rabiul Akhir 1195H. Kitab ini pertama kali dicetak di Istanbul pada tahun 1300H/1882M kemudian diulang cetak di Kaherah dan Makkah.

 

Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari Meninggal Dunia

Beliau meninggal dunia pada malam Selasa iaitu di antara waktu Maghrib dan Isyak, pada 6 Syawal 1227 Hijrah bersamaan 13 Oktober 1812 Masihi. Beliau meninggal dunia pada usia 105 tahun dengan meninggalkan sumbangan yang besar terhadap masyarakat Islam di Nusantara.

 

Bagi mengenang jasa dan sumbangan beliau, beberapa tempat di Indonesia telah mengabadikan nama dan karya beliau. Antaranya ialah Universitas Islam Kalimantan Muhammad Arsyad al‑Banjari dan Masjid Raya Sabilal Muhtadin.

 

(Sumber: Dewan Agama, Mei 2005, ms46-47)

 


Posted at 03:34 pm by Pendita Bitara
Comments (4)  

Kronologi Gerakan Mahasiswa

GERAKAN MAHASISWA ISLAM

 

Tulisan ini disusun bagi memudahkan penggerak muda Gerakan Islam memahami kronologi dan fakta berkenaan aliran kebangkitan Islam serta influensinya  terhadap kebangkitan mahasiswa Islam Malaysia.

 

Gelombang kebangkitan Islam

 

1)     Pengaruh awal ihkhwan ,PAS ,MATA , Hizbul , Al-Hadi , Muhd Abduh

2)     Gerakan Mahasiswa Islam 1970-an- PKPIM , ABIM 1970.

3)     Kebangkitan pengaruh Ikhwan secara jelas  (anak didik Ikhwan di England)

 

Takrifan Gerakan Mahasiawa.

 

Suatu gerakan yang diterajui oleh kelompok mahasiswa yang berunsur kademik, independan dan dinamik melalui proksi kampus atau proksi lainnya.

 

-UM-1969-1975

 Pasca rusuhan 13/Mei – akibat PAP (Parti Tindakan Rakyat)

-Ketidakseimbangan polarisasi kaum , Melayu mundur , umat  

 Islam sekular

 

-Pidato minta Tengku letak jawatan (di fakulti Sains Sosial UM 1969) - sudut pidato di belakang library UM, dan  - asrama

 1969-Anwar Tahun 2 Pengajian Melayu -PBUM

                                                                 -Presiden PKPIM

-Tema PKPIM- merasionalkan tema perjuangan kami untuk keadilan sosioekonomi dengan nilai Islam

-PKPIM- menterjemah risalah Sayid Qutub, Hasan Al Banna , Abdul A’la Almaududi dan edar dalam bentuk ”siklostik” keseluruh kampus.

-Mendapat bantuan  nasihat dari Syed Naquib Al Attas.

-PMUM – Kelas sosilis

               - Perjuang nilai rakyat rasuah dan kemiskinan.

-PKPIM – cuba tawan PMUM dengan kempen sosioekonomi Melayu + nilai Islam.

- Syed Husin Ali (HEP) ,1961 anjur Pilihanraya.

-Kelab sosialis dalam hal ini , mengalami keadaan yang terdesak – dipulau

                                                                                                         - dianggap komunis

-PKPIM – lebarkan kempen

·        Hapuskan ragging (budaya penjajah)

·        Hellowean / Valentine.

·        Arak / pesta malam minggu / disko

 

-1974- Anwar dah grad, tubuhkan ABIM (1971)

            -PMUM diskusi PKPIM

            -Ubah cara orientasi- unsur qiamullail

                                            - ceramah

                                            - tazkirah

            PKPIM – digelar orang dakwah.

-PKPIM tidak tumpu kaji isu Melayu tetapi Islam yang syumul – Pemikiran Al Hadi

                                                                                                      -  Muhd Abduh

                                                                                                      -  Almaududi

-ABIM lancar Yayasan Anda – Pendidikan lanjutan kepada pelajar tercicir.

- Yayasan Anda – Pakai tudung mini telekung-batch pertama 1974 yang pakai tudung

   di UM

 

 

- Selepas 1969 , kemajuan DEB hantar ramai orang Melayu

 

               

                 - England                 Pencetus kebangkitan                                            

                 -IPT tempatan           Mahasiswa Islam.

 

-Halangan HEP (AUKU)  1971 –dilarang memberi simpati kepada politik luar

                              HEP (1975)  - larang persatuan simpan dana sendiri

                                                    -larang penceramah luar bebas

                                                    -risalah haram

                                                    -pidato haram dilarang

 

 

 

Di London     - FOSIS – Kesatuan Pertubuhan Pelajar Islam

-         Konsep abstrak Islam

 

                        -Tak puas hati-tubuhkan IRC -1975 (Perwakilan Pelajar Islam ) dan  tubuhkan juga   Voice Of Islam (radikel) –pengaruh daripada    A’laMaududi                                                                                                    

-IRC - tidak percaya konfrontasi (seperti Voice Of Islam)

         - pengaruh ikhwan -tarbiah

                                        - usrah

Gerakan Dakwah di kampus

(Perubahan behaviour pelajar , couple ,pesta ,havoc dan arak)

 

-RI , Darul Arqam , ABIM .PKPIM

-RI – radikal –Pro revolusi Iran

                     -gulingkan ABIM dalam

                     -PMIUM 1983 – dikuasai PAS / RI

-RI- bantah sekular, negara sekular

     -bawa penceremah PAS dalam kampus.

 

 

Selepas Anwar masuk UMNO  ( sebab terpengaruh dengan islamisasi Dr. Mahathir sahabat seperjuangan menentang PM).

·        ABIM Moderate cth : tak halang konsert Sudirman di UM.

·        Jatuhnya ABIM dalam PMIUM (1983)

 

-PAS radikal di kampus kerana , kaum tua ditumpas oleh kaum muda-dari Madinah , Mesir 1982 (Kepimpana Ulama’).

·        Tertubuhnya majlis syura ulama’

 

-Mahasiswa  mula hilang sokongan pada PKPIM dan dibina kerana PAS membuat

 Majlis syura muslimin dan terdiri daripada pemimpin yang belajar agama secara

 formal.

 

 

Tarbiah PAS dan Mahasiswa.

 

KERPAS à PKPIM 1961 ( second)

Ustaz Amaludin Darus –Gerakan Mahasiswa Muslim.

PKPIM –sumber tarbiah dalam kampus dan hasilkan pemimpin PAS .

-         translate bulan timur tengah untuk Dewan Pemuda.

 

Hassan Syukri – Gerakan SPEM – 5 prinsip ikhwan

-Pengarruh Arqam mula bertapak  bila Ustaz Assyaa’ri  keluar dari PAS 1969-1973 (pelancaran)

(Ustaz Asyaa’ri adalah bekas calon PAS 1964,YDP Bangsar 1968 à ditawar jadi Bendahari Pusat)

 

-Gerakan Ar Rahamaniyah ( Usman El Muhammadi ) didalangi oleh

 Pemuda PAS     -Daeng Sanusi Meriok

                           -Sebar risalah

(Syed Qutub , Maryam Jameela , Al Maududi )

 

PKPIM -  tubuh ABIM ( Satelit tarbiyah PM)

 

 

 

Di luar negara MISG (Malaysia Islamic Student Group)

                                                                                                -Jama’ah Tabligh (1974)

                                                                                                -UKIM (Cawangan

                                                                                                  Jama’ah Islam Pakistan )

Javed Ansari –Voice of Islam –Maududi

-Di Brighton  -IRC tak puashati dengan Voice Of Islam (1975)

 

 

 Dalam  Dewan Pemuda semasa Pentadbiran Ustaz Halim Arsat ( Bekas Presiden PMUKM ,FPI UKM , Timbalan Presiden PKPIM)

 

-Ada 5 kumpulan dominan dalam PAS

·        Voice Of Islam –En.Abd Khalid Samad

·        Pro Revolusi Iran –Muhd Sabu

·        Fauzi Shafie

·        Republic Islam (Kumpulan UM)-Muhd Husin

·        Sosialis –Suhaimi Said

 


Posted at 03:19 pm by Pendita Bitara
Comments (7)  

Analisa Mahasiswa Pasca 1998

Mahasiswa Kini Pasca Reformasi 1998: Suatu Analisa Kasar

 

Oleh : Koy UBU

 

Tulisan saya ini adalah bertujuan untuk menyediakan garis panduan kasar terhadap perbincangan tentang analisa mahasiswa kini. Memandangkan ianya hanya analisa kasar, makanya suatu perbincangan yang lebih mendalam adalah perlu supaya analisa yang dibuat adalah lebih halus dan tuntas. Bersesuaian dengan sifatnya yang kasar dan umum, makanya tulisan ini bukanlah merupakan suatu tulisan yang didasari oleh fakta-fakta ilmiah santifik dengan kajian dan data-data yang impirikal. Ia hanya merupakan suatu pemerhatian kasar terhadap lanskap aktivisme politik anak-anak muda khususnya aktivisme politik kampus. Sebelum kita melakukan analisa, eloklah kiranya kita menoleh sebentar ke belakang untuk meninjau secara ringkas perkara-perkara yang melatari analisa terhadap mahasiswa paska-reformasi ini.

Reformasi merupakan suatu kebangkitan rakyat yang meletus secara spontan dan tidak tersusun, samada secara organisasinya, strateginya ataupun inti intelektualnya. Ianya meletus hasil daripada ketidakpuasan hati rakyat terhadap pemecatan Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Walaupun terdapat sisi-sisi yang serba kekurangan di dalam gerakan reformasi ini, namun yang jelas ianya telah meradikalisasikan sebahagian besar anak-anak muda dan mahasiswa yang ada pada waktu itu. Kesannya dapat kita rasakan hingga sekarang apabila gerakan reformasi sering dijadikan batu tanda atau sumber rujukan kepada gerakan-gerakan mahasiswa dan anak muda sekarang ini.

Namun begitu bukan sahaja mahasiswa dan anak muda yang terasa kesannya tetapi juga pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) turut merasa terpanggang oleh bahang panasnya api reformasi ini. Sokongan dan dukungan mahasiswa serta anak-anak muda terhadap BN semakin merosot dan berkurangan. Justeru itu, sokongan dari mahasiswa serta anak-anak muda ini harus diraih dan direbut kembali. Dan untuk menawan kembali sokongan dan dukungan anak-anak muda ini pelbagai tindakan yang strategik harus dilaksanakan dengan menjurus kepada penyusunan semula kelompok-kelompok anak muda dan mahasiswa di seluruh Malaysia ini. Dengan kuasa, modal dan jentera yang ada kerajaan Barisan Nasional telah melancarkan gerakan yang sistemetik untuk menawan kembali kelompok mahasiswa dan anak muda ini.

Antara tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional ialah menafikan hak mengundi 680,000 orang-orang muda di dalam pilihanraya 1999, menubuhkan puteri dan putera UMNO, membangunkan skim-skim keusahawanan muda (untuk putera dan puteri UMNO khususnya), membentuk organisasi-organisasi kelas professional muda dan kelas menengah melayu muda, melaksanakan program latihan khidmat negara, menstrukturkan semula program-program Biro Tatanegara (BTN), melantik TNC-TNC yang akan bermati-matian mengukuhkan kekuatan BN di setiap universiti, melaksanakan akujanji, mewajibkan pengundian untuk setiap mahasiswa kampus, melakukan ugutan, menjalankan pilihanraya kampus yang berat sebelah dan tidak demokratik dan pelbagai-bagai lagi tindakan-tindakan lainnya untuk memastikan dominasi total terhadap kelompok-kelompok anak muda terutamanya kelompok mahasiswa di kampus-kampus universiti.

Hasilnya pada pilihanraya umum 2004 yang lepas undi orang-orang muda untuk Barisan Nasional telah meningkat dan BN telah mencapai kejayaan cemerlang di hampir setiap kerusi yang dipertandingkan di seluruh negara dengan Terengganu berjaya dirampas kembali dari PAS dan Kelantan hampir-hampir tumbang. Begitu juga pada pilihanraya kampus 2005 tahun lepas, kelompok-kelompok mahasiswa pro-kerajaan Barisan Nasional telah menguasai semua kampus-kampus universiti di seluruh Malaysia.

Setelah puluhan tahun kelompok-kelompok mahasiswa yang dilabel "anti-establishment" (selepas ini disebut gerakan mahasiswa Islam) yang ditunjangi oleh Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam (PMI) ini menguasai kepimpinan kampus di seluruh Malaysia, akhirnya pada tahun lepas mereka tumbang dan tersungkur, bukan di satu dua universiti, malahan di seluruh universiti yang ada di Malaysia ini! Di sini kita dapat melihat betapa mudahnya kelompok gerakan mahasiswa Islam ini ditundukkan iaitu dalam tempoh masa yang kurang dari 5 tahun selepas reformasi 1998. Fenomena perubahan politik di kalangan mahasiswa yang berlaku secara mendadak dengan jangkawaktu yang sangat singkat ini wajib dikaji dan dianalisa.

Untuk memahami perubahan politik yang berlaku itu, eloklah kiranya kita membuat analisa ringkas terhadap mahasiswa itu sendiri dan keadaan mereka sekarang ini. Untuk diskusi kali ini tidak perlulah untuk kita membuat analisa tentang undang-undang menindas, AUKU, pilihanraya yang tidak adil, telus dan demokratik, TNC, HEP, jentera-jentera pentadbiran universiti, politik wang, rasuah, ugutan universiti dan sebagainya kerana perkara-perkara ini sudah pun kita ketahui. Oleh itu untuk diskusi pada hari ini, elok kita tumpukan hanya kepada diskusi tentang analisa warga mahasiswa itu sendiri.

Pada pandangan saya masyarakat mahasiswa secara kasarnya dapat kita bahagikan kepada 3 kelompok utama. Kelompok yang pertama ialah kelompok yang pro-kerajaan BN dan pada anggaran saya mereka ini hanya dalam sekitar 10% sahaja dari keseluruhan populasi kampus. Kelompok yang kedua ialah kelompok gerakan mahasiswa Islam yang majoritinya terdiri daripada mahasiswa-mahasiswa yang berorientasikan Islam yang juga merupakan sayap mahasiswa untuk organisasi Islam luar universiti seperti PAS, ABIM dan JIM dengan anggaran jumlah 15% daripada jumlah keseluruhan populasi kampus. Dan kelompok yang ketiga ialah kelompok mahasiswa yang "tak kisah", "tak peduli", "kaki enjoy", "kaki studi" dan mereka ini saya anggarkan merangkumi 75% dari jumlah populasi kampus.

Sebelum kita menganalisa satu persatu ketiga-tiga kelompok mahasiswa yang wujud di universiti-universiti ini, eloklah juga jika sekiranya kita menganalisa secara umum situasi mahasiswa kini.

Agak sukar untuk menganalisa mahasiswa hari ini tanpa melihat secara keseluruhan proses pendidikan yang dilaluinya sejak dari kecil terutamanya sistem persekolahan rendah dan menengah yang ditempuhi sebelum mereka memasuki universiti. Lahirnya karektor, ciri-ciri, perwatakan, kecenderungan dan pemikiran mahasiswa kini sangat dipengaruhi oleh proses sosialisasi persekolahan rendah dan menengah serta lingkungan sosial mereka. Untuk membuat penilaian dan analisa terhadap sistem persekolahan mereka tentulah akan mengambil masa yang panjang dan mungkin tidak cukup lengkap untuk dihuraikan di dalam tulisan ini. Cukuplah jika sekiranya kita merumuskan bahawa sistem pendidikan awal pra-universiti (rendah dan menengah) yang ditempuhi oleh mahasiswa-mahasiswa kini adalah suatu sistem pendidikan yang tidak menggalakkan pelajar menjadi manusia yang berfikiran kritikal.

Sistem pendidikan yang berbentuk sehala, mengikut tanpa soal, hanya menyalin nota tanpa proses perbincangan kritikal, tiada proses dialog dan engagement guru-murid, tiada proses untuk melahirkan kreativiti dan inovasi dalam berfikir, menyuap maklumat dan menghafal serta memuntahkan semula ke dalam peperiksaan, penumpuan akademik semata-mata tanpa menghubungkannya dengan realiti kehidupan sebenar di luar, pertanyaan-pertanyaan yang sukar tidak digalakkan, perbezaan pandangan tidak dibenarkan; pendek kata sistem pendidikan yang mereka tempuhi selama 10 tahun itu hanyalah menghasilkan pelajar-pelajar yang tumpul otak. Mereka mungkin cemerlang di dalam peperiksaan akademik mendapat 20 A dan sebagainya tetapi hakikat yang wujud di universiti-universiti sekarang ini ialah mereka tidak punya keupayaan berfikir secara kritikal.

Kerana itu mahasiswa yang wujud di universiti sekarang ini adalah juga hasil daripada kesinambungan suatu sistem pendidikan awal yang banyak kelemahannya. Dan ini ditambah pula dengan perubahan masyarakat yang berlaku dengan pantas hasil dari perkembangan ekonomi kapitalisme yang pesat yang melahirkan pula nilai-nilai baru yang tak terjawab oleh sistem pendidikan yang sedia ada kini. Nilai-nilai baru yang sudah pun menjadi budaya masa kini seperti konsumerisme, materialisme, hiburanisme, self-centred dan individualisme (akibat perkembangan ekonomi super-kapitalisme yang wujud sekarang ini) turut memberi pengaruh yang besar dalam mencorakkan karektor, ciri-ciri, perwatakan, kecenderungan dan pemikiran mahasiswa-mahasiswa masa kini.

Perkembangan ekonomi tahap super-kapitalisme sekarang ini jugalah yang mendorong kepada pengkomoditian pendidikan di mana universiti dikoporat dan diswastakan. Atau dengan kata lain pendidikan sepertimana kereta, ikan kembung, jeans levis, handfone nokia adalah bahan komoditi yang diperdagangkan untuk meraih keuntungan semaksima mungkin. Apa yang wujud sekarang ini ialah tiada lagi pendidikan di peringkat kolej atau universiti yang percuma, tidak seperti di tahun-tahun 70an dahulu atau ditahun 80an dan 90an dimana wujud pinjaman boleh ubah. Semuanya harus dibayar dengan biaya yang mahal. Untuk menamatkan pengajian dan mendapatkan segulung ijazah seseorang mahasiswa itu harus membayar antara RM25,000 – RM50,000 yang didahulukan (atau diikat) oleh kerajaan melalui skim pinjaman pendidikan. Beban hutang pendidikan ini telah melahirkan rasa takut di kalangan ramai mahasiswa-mahasiswa untuk bergiat aktif di dalam kegiatan-kegiatan yang bersifat politikal.

Dengan beban hutang yang sebegitu besar ianya juga memberi tekanan kepada ramai mahasiswa untuk tidak menghampakan harapan ibu-bapa dan keluraga mereka kerana jika sekiranya mereka dibuang universiti kerena terlibat di dalam aktiviti-aktiviti politikal, selain dari menanggung malu, keluarga dan ibu-bapa merekalah nanti yang perlu menanggung beban hutang tersebut. Tekanan keluarga dan tekanan hutang pendidikan yang terhasil dari pengkomoditian pendidikan di peringkat universiti turut mempengaruhi perwatakan dan pemikiran mahasiswa kini. Dan pastinya pula bayaran untuk universiti swasta adalah lebih mahal dan beban hutangnya pula lebih parah (kerana itu hampir tidak ada kita dengar tentang aktivisme politik dilingkungan mahasiswa-mahasiswa universiti atau kolej swasta).

Pengkomoditian pendidikan universiti sebagai suatu perniagaan yang berorientasikan keuntungan telah juga menyebabkan kemasukan pelajar-pelajar baru ditambah, course-course baru diperkenalkan, tempoh pengajian dipendekkan, yuran-yuran baru diwajibkan dan pelbagai inisiatif lain untuk menambah keuntungan universiti. Lebih pendek tempoh pengajian, semakin kurang perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh universiti. Lebih pendek tempoh pengajian, lebih ramai dan lebih segera pelajar baru dapat dimasukkan. Lebih ramai pelajar masuk, lebih banyaklah juga wang masuk ke kantung perniagaan universiti. Walaubagaimana pun penambahan pelajar-pelajar universiti ini tidak pula seiring dengan penambahan kemudahan-kemudahan dan fasiliti-fasiliti di dalam universiti. Ini tidaklah menghairankan kerana apabila pendidikan telah menjadi komoditi perdagangan untuk meraih keuntungan, pastilah pembinaan lebih banyak fasiliti dan kemudahan hanya akan menambah perbelanjaan universiti (baca: mengurangkan keuntungan universiti).

Pelajar bertambah tetapi kemudahan dan fasiliti universiti (seperti kelas, asrama, lab, komputer dan sebagainya) tak bertambah serta tempoh pengajian yang dipendekkan menjadikan jadual kuliah seseorang mahasiswa itu sentiasa sibuk dan padat dimana kelas pada waktu malam dan pada hari minggu sekarang ini adalah suatu perkara yang biasa dan diterima oleh setiap mahasiswa walaupun pada 5-6 tahun lepas kelas-kelas di waktu-waktu yang tak munbasabah seperti sekarang ini tidak pernah pun wujud. Dan ada universiti di Malaysia ini yang menjalankan kuliahnya di padang rumput dan di stadium! Ini belum ditambah dengan pelbagai assignment, thesis, homework, kajian, praktikal dan sebagainya yang memenuhi jadual harian seorang mahasiswa pada hari ini. Jadual harian yang sentiasa sibuk dan padat juga menyebabkan lebih banyak tekanan yang harus mereka hadapi untuk menyelesaikan kuliah mereka supaya harapan ibu-bapa dan keluarga dapat mereka tunaikan serta hutang pendidikan yang berjumlah puluhan ribu itu dapat mereka bayar kembali setelah mereka "berjaya" memperolehi ijazah dan mendapat kerja yang baik.

Dengan jadual kehidupan mahasiswa kini yang padat dan ketat ditambah pula dengan tekanan-tekanan kewangan dan sosial, maka tidak hairanlah semakin lama semakin kurang mahasiswa yang aktif di dalam kegiatan-kegiatan aktivisme mahasiswa yang bersifat politikal. Dan pastilah dengan tekanan-tekanan yang sebegitu rupa, lebih ramai mahasiswa yang bergiat aktif di dalam aktiviti-aktiviti yang dapat meringankan tekanan seperti aktiviti seni, budaya, teater, rekreasi, sukan, hiburan dan aktiviti ringan yang lain.serta menjauhkan diri mereka dari terlibat di dalam apa sahaja aktiviti yang berisiko yang membolehkan mereka dibuang atau digantung asrama, kolej dan universiti.

Begitulah secara umumnya gambaran kasar tentang mahasiswa kini. Walaubagaimana pun gambaran di atas hanyalah hasil dari pemerhatian secara kasar semata-mata tanpa kajian yang saitifik dengan sokongan data-data impirikal. Dari analisa umum ini, marilah pula kita bergerak sedikit ke hadapan untuk menganalisa satu persatu kelompok-kelompok mahasiswa yang telah saya bahagikan kepada 3 kelompok utama di bahagian awal tulisan saya tadi. Ketiga-tiga kelompok ini pastilah mempunyai karektor-karektor dan kecenderungan serta pemikiran yang berbeza pula.

Bagi kelompok mahasiswa yang pro-kerajaan, walaupun jumlah mereka kecil tetapi mereka mendapat sokongan dan dukungan daripada TNC, HEP dan pihak pentadbiran universiti. Memandangkan pada pilihanraya universiti baru-baru ini mereka telah berjaya menguasai struktur kepimpinan kampus, ini bermakna akses terhadap fasiliti kampus dan juga akses kepada mahasiswa adalah lebih mudah. Ruang untuk mereka bergerak dan mendekati mahsiswa di peringkat akarumbi juga lebih luas. Penguasaan penuh terhadap struktur kepimpinan di universiti membolehkan mereka untuk meletakkan orang-orang mereka sendiri di tingkat kepimpinan di pelbagai persatuan, kolej dan fakulti yang ada di universiti. Tambahan pula dengan sokongan daripada pihak pentadbir universiti, TNC dan HEP, mereka terkecuali daripada menerima tekanan, ugutan dan penindasan. Kemungkinan besar juga usaha-usaha mereka untuk mengadakan program dan aktiviti untuk mahasiswa lebih mudah untuk diluluskan.

Begitu juga dengan hal-hal kebajikan mahasiswa lebih mudah untuk ditimbang oleh pihak pentadbiran universiti jika mereka yang membawanya. Dengan ruang, akses, fasiliti, kemudahan dan sokongan dari pihak pentadbir, secara kasarnya kelihatan kelompok mereka ini mempunyai potensi yang besar untuk mempengaruhi sebahagian besar dari masyarakat mahasiswa untuk menyokong mereka. Secara perwatakan pula mereka ini lebih cenderung aktif di dalam persatuan-persatuan kampus atau aktiviti-aktiviti yang berorientasikan rekreasi, seni, budaya, sukan, hiburan dan sedikit sebanyak program-program ilmiah yang dikawal isinya oleh pihak universiti. Sebahagian besar dari mereka adalah mahasiswa Melayu tetapi mereka juga mempunyai hubungan kerjasama dengan persatuan-persatuan mahasiswa bukan Melayu (Cina dan India) yang juga cenderung pro-BN.

Kemungkinan keberpihakan mereka kepada kerajaan adalah kerana mereka melihat cara yang terbaik dan efektif untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa ialah melalui jalan rundingan dan kerjasama dengan pihak pentadbir universiti yang tentunya mendukung aspirasi Kerajaan BN. Kemungkinan juga mereka (terutamanya pimpinan-pimpinan) bersikap pro-kerajaan kerana melihat peluang-peluang politik (di dalam UMNO khususnya) atau ekonomi (pekerjaan dan karear) yang mungkin lebih mudah untuk mereka perolehi selepas tamat pengajian jika sekiranya mereka menyebelahi pihak kerajaan.

Tidak kurang juga yang menyertai kelompok mahasiswa pro-kerajaan ini kerana habuan-habuan yang berupa material seperti jawatan, trip ke dalam dan luar negeri, projek-projek kecil, makan-makan besar di restoren atau hotel, penginapan di asrama yang lebih mewah, peluang untuk berjumpa tokoh-tokoh UMNO dan kerajaan, handfone, wang poket untuk kerja-kerja pilihanraya dan pelbagai habuan-habuan material yang lainnya. Pendek kata, perjuangan mereka tidak bersandarkan kepada suatu ideologi atau kepercayaan yang kukuh, yang menjadi sandaran mereka ialah habuan material semata-mata baik kuasa, jawatan, karear masa hadapan, kemewahan, wang ringgit atau pun sebuah handfone nokia yang berkamera!

Secara kasarnya kelompok mahasiswa ini berfikiran UMNO dan mewarisi perangai, tabiat dan tingkahlaku UMNO. Keupayaan intelektual mereka sangat terbatas sekali. Hujah-hujah mereka lemah dan tidak meyakinkan. Pemikiran mereka tertutup, tidak kritikal dan cenderung dogmatik serta sukar untuk mereka menerima pandangan-pandangan lain. Jika mereka dikemukakan dengan idea atau hujah yang berlawanan dengan pandangan mereka, biasanya mereka terus menolak hujah tersebut tanpa memikir dan menghalusinya secara rasional.

Walaupun tahap pemikiran dan keupayaan intelektual mereka rendah tetapi memandangkan majoriti dari masyarakat mahasiswa itu sendiri juga telah mandul fikirannya (akibat dari suatu sistem pendidikan yang juga mandul), maka dengan sebab itulah mudah untuk mereka menguasai kepimpinan kampus tanpa saingan (di tambah pula mereka disokong penuh oleh pihak pentadbir universiti beserta dengan jentera-jenteranya).

Manakala kelompok yang kedua pula iaitu kelompok mahasiswa gerakan Islam (yang sering dilabelkan sebagai "anti-establishment") tidak kurang juga lemahnya. Sepertimana halnya dengan kelompok mahasiswa pro-kerajaan BN, kelompok mahasiswa gerakan Islam ini juga secara umumnya berfikiran tertutup, cenderung dogmatik dengan keupayaan intelektual yang terbatas serta sukar untuk menerima pandangan-pandangan lain walaupun pandangan-pandangan lain itu mungkin lebih rasional. Kelompok mahasiswa ini yang sebenar-benarnya adalah cawangan-cawangan di dalam universiti kepada PAS, ABIM dan JIM.

Memandangkan mereka sudah terlalu lama hidup di dalam suatu sistem gerakan Islam yang feudal, dogmatik, tidak demokratik dan tiada toleransi terhadap perbezaan pandangan ditambah pula dengan puluhan tahun bergantung dengan idea-idea, syallabus-syallabus, pandangan dan pemikiran bapak-bapak mereka (PAS, ABIM dan JIM), menyebabkan mereka telah kehilangan kemandirian untuk berfikir secara kritikal dan bergerak secara kreatif dan inovatif. Fikiran mereka tumpul baik dari segi idea pemikiran mahu pun strategi gerakan. Kelemahan mereka dengan jelas terbongkar apabila pihak universiti mewajibkan setiap mahasiswa turun mengundi.

Sebelum ini apabila mahasiswa tidak diwajibkan mengundi, mereka dengan mudah memenangi setiap pilihanraya kampus yang diadakan. Mudah untuk mereka menang kerana kelompok-kelompok mereka sahajalah yang turun mengundi manakala sebahagian besar lagi tidak peduli langsung terhadap pilihanraya kampus ini. Tetapi apabila mengundi diwajibkan ke atas setiap mahasiswa, barulah mereka sedar tinggi rendahnya langit ini. Bukan sahaja terbongkar kelemahan mereka, tetapi juga terburai kenyataan bahawa yang sebenarnya mereka tidak begitu disukai oleh sebahagian besar masyarakat mahasiswa yang lain. Dengan hanya 15% daripada jumlah masyarakat mahasiswa, logiknya tidak akan mungkin mereka akan dapat merebut kembali struktur kepimpinan kampus selagi setiap mahasiswa diwajibkan turun mengundi!

Dengan posisi mereka yang sekarang ini hampir tiada kedudukan di dalam struktur kepimpinan kampus, masa depan mereka semakin malap dan gelap. Bukan sahaja kelompok mereka tidak disukai oleh mahasiswa-mahasiswa lain tetapi juga ruang dan akses terhadap fasiliti dan kemudahan kampus serta akses terhadap mahasiswa akarumbi juga telah hampir-hampir tertutup kecuali mungkin di UIA atau di fakulti-fakulti pengajian Islam semata-mata. Di tambah pula dengan penutupan segala macam ruang, penindasan, ugutan dan tekanan yang harus mereka hadapi dari pihak pentadbir universiti dan jentera-jenteranya, peluang untuk mereka merebut kembali kekuasaan di kampus amatlah kabur sekali. Walaupun begitu, pada pandangan saya mereka tidak seharusnya menyalahkan pihak pentadbiran Universiti, HEP dan TNC semata-mata. Sebaliknya, lebih elok mereka mencermin diri sendiri, merenung dan menganalisa kembali diri mereka dengan melakukan kritik-diri.

Secara peribadi saya melihat kelompok mahasiswa gerakan Islam ini sebagai suatu kelompok mahasiswa yang bersifat sektarian dan eksklusif. Sektarian di sini membawa maksud mereka hanya bergaul, beraktiviti dan bergerak bersama-sama mereka sahaja. Mereka mungkin ada membuat jaringan dengan kelompok-kelompok bukan Melayu/Islam yang lain yang juga dilabel "anti-establisment" tetapi hubungan mereka hanyalah bersifat superfisial. Hubungan mereka hanyalah setakat mengadakan aktiviti demontrasi bersama, menyertai forum bersama atau membuat petisyen bersama tetapi tidak ada hubungan yang bersifat pemikiran yang lebih dalam dijalin dengan kelompok-kelompok bukan Melayu/Islam ini.

Manakala eksklusif pula membawa maksud tidak ada kepelbagaian fikiran dan kepelbagaian orang di dalam kelompok mereka. Mereka eksklusif orang-orang yang berfikiran dan berperwatakan Islamik ala-PAS, ABIM atau JIM semata-mata. Tahap toleransi dan penerimaan mereka terhadap kelompok-kelompok mahasiswa yang lain terutamanya yang "tak peduli" "tak kisah" "kaki enjoy" dan "kaki party" adalah sangat rendah. Mereka memandang kelompok-kelompok mahasiswa seperti ini sebagai rosak akhlak dan tidak bermoral.

Lantaran itu mereka mengambil sikap untuk tidak cuba merapati dan memahami. Kalau mereka rapati pun tujuan mereka adalah untuk mendakwah kelompok-kelompok ini menjadi seperti mereka. Kepelbagaian cara hidup dan gaya hidup manusia tidak ada di dalam kamus fikiran mereka. Kalau boleh mereka mahu semua manusia Melayu-Islam semuanya seragam seperti mereka semata-mata atau dari hujung rambut sampai hujung kaki –sepesen dengan mereka. Inilah sifat sektarian dan eksklusif yang saya perhatikan wujud dengan berleluasa di kalangan kelompok-kelompok mahasiswa gerakan Islam ini. Kesan dari sikap mereka yang tidak mahu menerima kepelbagaian gaya hidup ini dan tindak tanduk mereka yang memusuhi kelompok yang mempunyai pandangan hidup yang berbeza menyebabkan mereka tidak begitu disukai oleh kelompok-kelompok mahasiswa lain.

Tindakan memprotes konsert-konsert, menjadi polis moral di kampus, penjaga aurat manusia, obses untuk menutup tubuh wanita dan sebagainya telah menjauhkan mereka daripada masyarakat mahasiswa yang lain. Sikap mereka ini sebenarnya terhasil dari ketidakupayaan mereka untuk memahami perubahan-perubahan yang berlaku dengan pesatnya di dalam masyarakat sekarang ini. Mereka beranggapan bahawa masyarakat masih lagi di tahun 80an (tahap tertinggi pencapaian gerakan Islam dan tak akan mungkin akan tercapai lagi selepas ini) sedangkan lebih 20 tahun sudah berlalu dan asas-asas serta nilai-nilai masyarakat telah pun berubah dengan kepesatan ekonomi yang berlangsung.

Ketakutan terhadap perubahan-perubahan yang sedang berlaku pesat ini tidak ditanggapi dengan analisa yang kritis dan mendalam sebaliknya direspon dengan penolakan terus tanpa perbahasan yang rasional dan teliti. Ini tidaklah menghairankan kerana kelompok ini juga malas membaca. Bahan-bahan bacaan yang mereka ulang baca masih lagi bahan-bahan bacaan lama tahun 60an terbitan Pustaka Salam dan Pustaka Fajar dengan Hassan al-Bana, Fathi Yakan, Said Hawwa, Said Qutb masih menjadi sumber rujukan tersohor yang tak boleh dikritik langsung sedangkan sekarang ini sudah tahun 2006, lebih 40 tahun sudah berlalu yang mana permasalahan-permasalahan yang wujud pada hari ini tentulah juga berbeza. Dengan perubahan-perubahan baru yang terjadi, analisanya juga tentulah berbeza tetapi bagi kelompok-kelompok mahasiswa gerakan Islam ini mereka masih tetap berpegang kepada buku-buku lama dan dogmatik pula terhadap idea-ideanya yang tak boleh dicabar langsung.

Kerana itu idea-idea dan pandangan-pandangan di tahun 60an itu sampai sekarang masih mereka usung dan jaja walaupun konteks keadaan masyarakat sudah jauh berbeza. Ketidaupayaan mereka untuk menyesuaikan diri dan pemikiran dengan perubahan yang berlaku menyebabkan kelompok mahasiswa gerakan Islam ini semakin ketinggalan dan dipinggirkan, semakin lama kelompok mereka menjadi semakin kecil. Ini terbukti dengan pilihanraya kampus baru-baru ini di mana mereka tersungkur jatuh di seluruh universiti di Malaysia ini. Begitu juga dengan proses penambahan anggota baru (rekrutment) yang semakin lama semakin kecil jumlahnya dan semakin sukar pula.

Sepertimana dengan kelompok mahasiswa pro-kerajaan, kelompok mahasiswa "anti-establisment" ini juga tidak mempunyai pemikiran yang terbuka, tidak kritikal, tahap keupayaan intelektual yang rendah, sangat dogmatik dan cenderung untuk menolak idea-idea lain yang dilihat bertentangan dengan pandangannya atau pandangan bapak-bapak mereka (PAS, ABIM dan JIM). Proses untuk menganalisa dan menghalusi secara rasional pandangan-pandangan yang berbeza hampir tidak ada sama sekali. Ini mungkin hasil dari sifat dogmatiknya yanglahir dari suatu sistem yang feudal dan tidak demokratik dan tidak membenarkan perbezaan pandangan atau mungkin juga hasil dari malas membaca dan malas mencari jawapan-jawapan baru (mungkin sudah berpuas hati dengan jawapan yang telah dihadamnya melaui usrah-usrah dan tamrin-tamrin). Kerana kemalasannya untuk membaca dan menelaah bahan-bahan bacaan baru masakini, menyebabkan pengartikulasian hujahnya juga lemah dan tidak meyakinkan serta mudah pula dibidas. Kelemahan dan kedangkalan hujah ini juga menyebabkan mereka menghamburkan, balik-balik hujah yang sama dan dihamburkan dengan penuh emosi pula tanpa penjelasan yang rasional dan meyakinkan.

Pengartikulasian mereka terhadap isu-isu yang diangkat juga lemah dan lembik. Ini menyebabkan isu-isu yang cuba dibawa tidak berupaya untuk mempengaruhi mahasiswa-mahasiswa yang lain. Kelemahan di dalam pengartikulasian isu adalah kesan dari kurang membaca dan kurang diskusi dan justeru itu analisa yang dihasilkan tentulah cetek dan tidak mendalam. Kelompok mahasiswa gerakan Islam ini juga cenderung mengangkat isu-isu moral dan isu-isu kulit seperti isu konsert, isu percampuran lelaki perempuan, isu aurat, isu tubuh perempuan, isu tudung, isu muzik, isu gaya hidup dan yang lainnya sebagai isu utama. Sedangkan isu-isu isi yang lebih mustahak seperti isu keadilan, isu kebajikan mahasiswa, isu rakyat, isu demokrasi, isu pendidikan, isu hak asasi dan isu-isu yang melibatkan semua mahasiswa dari pelbagai kaum, agama dan budaya sering gagal diartikulasikan dengan baik. Terdapat suatu obsesi di kalangan mahasiswa gerakan Islam ini untuk membawa mahasiswa-mahasiswa lain ke arah ketaatan penuh terhadap ritual-ritual dan simbol-simbol Islam sedangkan permasalahan dunia pada hari ini tidak mungkin boleh selesai hanya dengan menarik lebih ramai orang untuk taat pada ritual dan simbol Islam semata-mata.

Gerakan mahasiswa Islam gagal untuk membarengi simbol-simbol dan ritual-ritual Islam yang bersifat kulit ini dengan falsafah atau isi Islam itu sendiri di dalam kerangka perjuangannya. Kerana itu perjuangan gerakan mahasiswa Islam cenderung sektarian dan eksklusif dan hanya merangkumi mahasiswa Melayu-Islam sahaja sedangkan realiti di dalam kampus universiti (dan juga negara Malaysia) terdapat pelbagai kelompok lain seperti Cina, India, Iban, Kadazan, Serani, Orang Asli dan sebagainya yang juga merupakan kelompok yang harus dirangkumkan di dalam gagasan perjuangan yang lebih bersifat inklusif (Harus diingat orang Islam di negara ini hanya 54% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia!). Kegagalan untuk mengemukakan pemikiran dan gagagasan-gagasan perjuangan yang sesuai dengan konteks masyarakat Malaysia yang plural ini, kelemahan mengartikulasi isu-isu isi dengan baik dan kecenderungan untuk membawa isu-isu moral dan kulit serta obsesi berlebih-lebihan terhadap ritual dan simbol agama adalah antara faktor-faktor kenapa kelompok mahasiswa gerakan Islam ini semakin terpinggir dan menjauh dari masyarakat mahasiswa yang lain.

Secara jujur saya berpandangan bahawa kelompok mahasiswa gerakan Islam ini sudah pun sampai ke kemuncak kehebatannya di tahun 80an dahulu dan sekarang adalah zaman kejatuhannya. Kejatuhan kelompok mahasiswa Islam ini tidak akan berhenti, malah semakin lama ia akan semakin jatuh dan tidak akan naik-naik lagi kecuali beberapa perubahan radikal berlaku di tahap pemikiran dan gagasannya. Atau dengan kata lain kejatuhan kelompok mahasiswa ini hanya akan dapat dihentikan jika berlakunya perubahan paradigma pemikiran di kalangan pimpinan dan anggota-anggotanya di mana pemikiran-pemikiran lama dinilai kembali, dikritik dan digantikan dengan pemikiran-pemikiran baru yang lebih bersesuaian dengan perubahan zaman serta gagasan-gagasan baru yang berupaya menjawab permasalahan-permasalahan masyarakat kampus yang melintasi batas-batas kaum, agama dan budaya dengan teras keadilan (justice) untuk semua tidak kira Melayu, Cina atau India.

Manakala kelompok yang terakhir di dalam masyarakat mahasiswa ialah kelompok ketiga atau kelompok mahasiswa yang "tak kisah", "tak peduli", "kaki enjoy", "kaki party" dan "kaki studi". Kelompok ini pada perkiraan saya adalah kelompok majoriti dengan anggaran 75% dari jumlah keseluruhan mahasiswa. Kelompok ini dikatakan "tidak peduli" atau "tidak kisah" kerana kita sendiri tidak pernah berusaha untuk pergi dan mendekati mereka. Secara kasarnya kelompok ini adalah kelompok mahasiswa yang multi-rasial dengan majoritinya adalah mahasiswa Melayu. Mereka memang tidak peduli dengan politik kampus. Bagi mereka politik kampus adalah membuang masa dan tidak ada hasil. Ini kerana dari pandangan mereka MPP bertukar-ganti tetapi tiada perubahan yang mereka perolehi. Oleh sebab itu baik tidak peduli. Lebih baik enjoy, studi, dating, lepak kat mid valley, tengok vcd, main game, bersukan, kerja part-time, join persatuan-persatuan seni, budaya dan rekreasi adalah lebih berfaedah dan membawa keuntungan. Dengan kata lain mereka melihat aktiviti-aktiviti yang bersifat politikal ini berisiko tinggi, boleh dibuang universiti, tak "kool", skema, hanya untuk mat dan minah surau dan tidak akan membawa apa-apa perubahan di dalam hidup mereka.

Tetapi walaupun mereka tidak suka kepada politik kampus tetapi memandangkan mengundi adalah wajib, maka terpaksa jugalah mereka turun mengundi. Dan dalam memilih calon adalah lebih baik memilih calon yang telah dipersetujui oleh universiti kerana mereka tidak mahu kehilangan kemudahan-kemudahan yang telah diberi contohnya kemudahan untuk tinggal di asrama kolej. Tetapi kemungkinan juga mereka memilih calon bukan dari kelompok gerakan mahasiswa Islam kerana mereka tidak mahu ada polis moral yang mengganggu kehidupan mereka di kampus. Namun begitu, kelompok ini bukanlah kelompok yang bodoh dan mengikut telunjuk sahaja. Saya percaya mereka adalah kelompok yang mampu berfikir jika usaha-usaha mendekati dan mengartikulasi idea dengan strategi yang kreatif dilakukan terhadap kelompok mereka. Untuk saya ketidakpedulian mereka itu adalah sebahagian dari protes mereka terhadap politik kampus itu sendiri yang mereka lihat tidak membawa apa-apa perubahan. Ketidakpedulian mereka itu bersebab. Dan kita perlu mencari sebab untuk menjadikan mereka kembali peduli.

Selama ini kelompok ini jarang didekati, dirapati dan diajak sembang-sembang serta diskusi. Memandangkan mereka adalah kelompok majoriti (75%) maka wajarlah mereka ini yang dijadikan sasaran untuk disedarkan dan diorganisasi. Namun tidak mungkin mereka dapat kita sedarkan jika kita masih menggunakan kaedah-kaedah lama dengan pemikiran-pemikiran yang lama juga. Suatu kaedah, gagasan dan pemikiran baru perlu dicari dan didiskusi dengan rinci. Justeru itu, langkah yang paling mendesak dan menjadi prioriti utama masa kini ialah pembentukan satu wadah baru untuk menyusun kelompok mahasiswa yang "tidak peduli" ini.

Menyedarkan dan membawa mereka ke dalam kelompok gerakan mahasiswa Islam bukanlah suatu langkah yang baik terutamanya pada ketika masayarakat mahasiswa yang lainnya tidak menyukai kelompok gerakan mahasiswa Islam ini ditambah pula dengan label-label yang banyak melekat ditubuh gerakan mahasiswa Islam yang sukar untuk dikikis sama sekali. Lagi pun fikiran, gaya hidup dan tingkahlaku yang berbeza pastinya menyukarkan proses penyesuaian diri mereka. Tambahan pula kelompok gerakan mahasiswa Islam ini pada pandangan mereka hanyalah penyambung tangan parti politik luar semata-mata dan hanya peduli dan berjuang tentang masalah moral sahaja. Kerana itulah langkah yang paling wajar dilakukan ialah menyediakan satu wadah baru untuk mereka kerana sehingga kini masih belum ada wadah yang dibangunkan untuk menempatkan kelompok mahasiswa ketiga ini.

Wadah baru haruslah diisi pula dengan pemikiran-pemikiran baru dan gagasan-gagasan baru. Dan untuk mengisi wadah baru dengan pemikiran dan gagasan baru, tidak ada jalan lain kecuali dengan banyak membaca, banyak menganalisa, banyak berdiskusi dengan diskusi-diskusi yang mendalam dan teliti dan banyak berfikir tentunya. Apakah bentuk wadahnya, apakah isi-isi pemikirannya, apakah gagasan-gagasannya, apakah strategi-strateginya dan bagaimana untuk membangunkan wadah baru ini – inilah yang sepatutnya menjadi tugas dan tanggungjawab kita yang paling mendesak sekarang ini untuk kita fikirkan dalam-dalam, bersama-sama.

Selamat Berfikir!

___________________________________________________________________
Nota: Analisa mahasiswa yang dilakukan di atas adalah suatu analisa berdasarkan kepada pemerhatian dan pandangan peribadi saya terhadap kelompok-kelompok mahasiswa yang wujud di kampus-kampus pada hari ini dan realiti kehidupan yang harus mereka tempuhi pada setiap hari. Analisa di atas hanyalah suatu pandangan secara kasar dan kerana itu ianya harus didebatkan, dibahaskan dan diperbetulkan jika salah serta dianalisa dengan lebih mendalam lagi supaya kita beroleh rumusan dan pemahaman yang lebih tajam untuk kebaikan dan manafaat bersama. Sebarang komen atau kritik sila email:
sebilahparangtumpul@yahoo.com

 


Posted at 03:16 pm by Pendita Bitara
Comments (2)  

Mahasiswa perlukan perenungan sejenak

Mahasiswa..perlu perenungan seketika.

            Mahasiswa kini dikatakan mula menunjukkan kukunya semula. Mahasiswa mula menggugat kembali seperti era 60an nya. Mahasiswa mula diperhatikan suaranya di celahan penindasan terhadapnya. Benarkah ungkapan-ungkapan ini? Sejauh mana kebenarannya? Apa nilai empirical atau  hitam putih bagi ungkapan ini? Penulis cuba membawa pembaca merenung sejenak gerakan mahasiswa kontemporari.

 

            Apabila tekanan mula diperkenalkan oleh pihak universiti dalam usaha mengekang sokongan tidak langsung mahasiswa kepada kejatuhan pengaruh mendadak  kerajaan sekitar 1999, mereka mula menyusun strategi lebih berbisa dalam mengukuhkan lagi akta AUKU yang telah dipinda beberapa kali demi melihat kawalan secara langsung bermula. Bagi penulis sendiri, Universiti Malaya mula dikawal secara langsung, suara, pergerakan, aliran wacana keilmuannya sejak 2003. Dan impaknya bukan sekelumit tetapi turut merasuk kepada beberapa kampus lainnya.

 

            Manusia adalah rencam dan abstrak. Manusia susah dikenali sikapnya. Apabila asakan reflektif mahasiswa kepada tekanan berlaku kini, kita melihat refleksi tersebut adakalanya berlaku secara tidak tersusun dan terancang. Adakalanya pada pengamatan penulis terlalu disusun dan diawasi sehingga seolah-olah menafikan perubahan persekitaran dan isu adalah melalui disiplin sains social yang bukan ala robot kelakunya. Gerakan mahasiswa di sesetengah tempat kelihatan menganggap isu besar yang berlaku di kampusnya sebagai rahmat besar sehingga dimanipulasi semaksima (bukannya secara optima) dan natijahnya, mahasiswa letih, hilang idea, tertekan, dan pihak atasan mula mengesan modal dan pola gerak kerja gerakan tersebut untuk akan datangnya. Alangkah ruginya. Manipulasi semberono sebegini sebagai contoh perlu dilihat kes Pilihanraya kecil Sanggang  dimana manipulasi berlebihan isyarat lucah MB Pahang waktu itu. Apakah keputusannya?

 

 Disinilah perlunya perenungan semula. Perenungan lebih besar daripada kosep muhasabah atau post mortem ala gerakan Islam konvensional; marah-marah, salah menyalah dan memesong pemikiran selangkah-demi langkah ke belakang! Perenungan ini adalah salah satu konsep berundur 2 langkah demi 3 langkah akan datang. Melihat kembali kerencaman manusia atau mahasiswa semasa sebagai matlamat perjuangan serta sejauhmana sokongan golongan mahasiswa lain kepada kelompok gerakan mahasiswa. Perlukah disebut gerakan mahasiswa atau gerakan segelintir mahasiswa? Anda lebih maklum.

 

Perenungan adalah sebagai ulang tayang pola gerakan mahasiswa dalam 3 hingga 5 tahun kebelakangan ini untuk menklasifikasi elemen dan bentuk gerakan yang berlaku saban tahun. Adakah ianya reaktif, proaktif atau sekadar mempergunakan isu persekitaran sebagai taruhan utama mahupun sampingan. Perenungan mengelakkan kita melanggar tembok berulang kali, badan sakit, tembok tak runtuh. Keruntuhan tirani yang telah lama berakar umbi ini amat perlu direncanakan secara teratur dengan disusuli dengan gerak kerja berterusan. Sedangkan  Nelson Mandela mengambil masa sehingga 30 tahun untuk emmebbaskan negaranya, inikan pula kita dimana pemimpin silih berganti saban tahun.

 

Gerakan mahasiswa yangkininya didominasi oleh kelompok Islam (sejak 80an) perlu melihat semul pola masyarakat sekeliling. Masyarakat kini bukan sepeti era 60an serta 70an. 60an tandanya adalah jambul di kepala, seluar ketat dan skuter sebagai symbol. 70an pula dikenalpasti dengan baju berkolar besar serta berseluar lebar. Era 80an dipelopori oleh fesyen rambut lebat di hadapan, gaya rock dan jeans ketat. Tetapi  era 90an hingga kini bolehkah kita mengenalpasti trend umum yang seolah-olah disepakati ramai? Jawapannya tiada. Post modern (era pasca kemodenan dunia) menyaksikan kerenacaman manusia bertambah kompleks. Menurut teori sains social, era ini diselaputi kekabutan. Manusia menerima penormaan secara hampir sekata dan serasi di seluruh dunia akibat tenaga globalisasi. Globalisasi dengan agen-agen kapitalis, membawa bukan hanya doktrin ekonomi bebas sebaliknya norma, undang-undang serta corak pemikiran yang lebih sukar dikawal dan dikenalpasti asal usul pemikiran tersebut. Dalam kekabutan ini, mahasiswa Islam masih teguh kelihatannya menggunkan metodologi ala 80an dalam menangani kehendak markert dikampusnya. Seolah-olah, mahasiswa kini tidak pernah melayari interet, tidak membaca serta tidak dihempasi dengan gelombang budaya tanpa arah tersebut. Corak pemikiran yang terfokus da berasaskan isu yang kurang menyebabkan mahasiswa sekitar 70an dan 80an mudah memenangi hati masyarakat kampus. Tetapi kini lain pula ceritanya. Manusia kini dimomokkan dengan pelbagai konsep hiburan, meghakis nilai kebersamaan denga persemaian nilai individualisme (konsep asas kapitalis) serta pelbagai dogma yang memaksa mereka berlainan pendapat. Tetapi kita masih berlingkar dalam perbahasan orbit gerakan Islam sekitar 60an dan 50an yang silam.

 

Apabila pihak Universiti mewajibkan mengundi, ianya sebenarnya merupakan ancaman terbesar kepada gerakan mahasiswa Islam. Kenapa? Kerana gerakan ini sebenarnya adalah kelompok bersilat di gelanggang sendiri, di tonton oleh orangnya sendiri dan disokongi oleh penyokognya sendiri. Pentas ala eksklusif ini terhasil secara tidak disedari. Lebih 60% warga kampus yang sebenarnya tiada pemimpin kerana sebenarnya mereka tidak pernah mengambil tahu perihal MPP dan mereka juga disisihkan oleh pemimpin mahasiswa. Kewajipan mengundi kepada mahasiswa menyebabkan mereka tanpa ikhlas mula mengundi dan mereka hanya akan mengundi sesiapa yag kelihatannya dominan dan memperlihatkan kecenderungan dogmatic. Semestinya pihak lawan gerakan mahasiswa Islam. Jadi dimanakah letaknya kelopok ini sejak 20 tahun yang lalau? Jawapannya mereka tiada tempat dalam percaturan kampus. Mereka tidak berpeluang menunjuk aspirasi dan keinginan mereka. Mereka mudah diperkotak katik. Kini? Sekarang mulalah kita membahaskan kelompok ketiga ini sebagai sasaran. Gerakan yang bijak pula kelihatan mula membuka pintu untuk memperjuang nilai sepunya dengan kelompok ini.

 

Tahukah kita di dalam New Strait Times baru-baru ini ada dilaporkan luahan beberapa warga kampus yang rasa dirinya dibinatangi oleh pihak Universiti. Mereka tiada gerakan tetapi tetap mempunyai perasaan dan mahukan perhatian. Isu homofili inilah yang perlu diutamakan dalam priority focus gerakan mahasiswa. Sebagi contoh, apabila sesuatu konsert di kampus dibantah secara menggila di kampus. Apakah sebenarnya tujuan tindakan itu? Jawapan mungkin amar ma'ruf Nahi mungkar. Tetapi sedarkah kita pandangan secara mikro ini menyebabkan kita bersorak untuk jangkamasa pendek. Sebaliknya jika pandangan makro dicerap dari perspektif luas sekarang dan hadapan, kita akan melihat lebih banyak tembok besar terhasil antara kita dengan kelompok ketiga ini. Tulisan ini bukan menafikan persoalan prinsip, tetapi cuba melontarkan pandangan menurut perspektiof yang agak berbeza mungkin. Keadaan ini seperti dikatakn oleh Dr Zulkifli Ahmad sebagai fiqhul Ahkam atau kefahaman untuk menghasil hukum-hukum dengan menatijahkan disengagement (ketidaklibatan) antara gerak Islam dan masyarakat kampus. Sedangkan 'engagement' adalah tuntutan para pendakwah seiring dengan prinsip uzlah syuuriyyah.  Bagaimana kelompok yang kelihatannya tidak bercampur, sering menongkah arus ini boleh digelar pemimpin mahasiswa mutlak di kampus? Hakikatnya kemenangan mutaakhir sebelum ini adalah akibat sokongan 'orang dalam' sendiri. Pengikut sendir yang mengundi setiap,kali PRK. Apabila kelompok ketiga berpencak, kita mula terasa bahawa kita sebenarnya disepit oleh kelompok pertama dan ketiga ini.

 

Bagaimanakah perenungan ini boleh dijayakan? Semestinya dengan kerjasama kesemua kelompok gerakan mahasiswa tanpa mengira idealisme dan genre gerakan. Pada penulis gerakan mahasiswa Islam (harakah) sememangnya amat tersusun organisasinya. Tetapi demokrasi dalam pemikiran mahasiswa Islam selalu disempitkan dengan karenah birokrasi dalaman gerakan serta sikap kepimpinan yang dogmatic.

 

            Ada gerakan yang seolah-olah menafikan keilmuan asasi pengikutnya. Mereka dinafikan pengalaman silam mereka atas alasan tidak wqii' (tidak sesuai dengan nilai setempat gerakan) Mereka diberi pelbagai syarat untuk berjuang. Screening sebeginilah menapis terlalu banyak mahasiswa intelek dan berwibawa. Hasilnya pengikut gerakan terdiri daripada mahasiswa terbiasa dengan doktrin, mudah dicucuk hidung.kritis serta yang paling malang ialah krisis kepemudaan. Mahasiswa yang berjiwa terlalu tua dan lemah.  Ada penggerak gerakan yang dinafikan hak mencari keilmuan tambah demi mengekang kebijakkan pengikut agar tidak melebihi si pendogma tersebut.

 

            Antara intipati perenungan ialah menangani krisis demokrasi dalam gerakan. Demokrasi terhakis dalam gerakan mahasiswa Islam terserlah dengan penutupan pintu diskusi, berbahas topic-topik tertentu dan ada perkara yang  dianggap isolated issue untuk dibahaskan oleh mahasiswa pendokong gerakan itu. Berbahas tidak semestinya kepada pemegang autoriti sahaja dengan alasan mereka lebih berhak kerana mempunyai kuasa. Yang berhak adalah pemimpin. Hujah sering dilihat secara fallacy iaitu perlu dilihat siapa yang bercakap. Samaada individu yang berautoriti atau tidak. Hasilnya percambahan pendapat tidak terhasil. Keputusan ini tidak semestinya akan tepat lantaran kerecaman pemikiran bukan sahaja melanda warga umum kampus sebaliknya juga melanda pengikut gerakan yang semestinya seorang manusia juga. Pemimpin seolah-olah takut dengan idea ahlinya. Menutup mulut ahlinya sendiri. Kebebasan berhujah bukan bermakna membebaskan individu untuk biadab mengutarakan pendapat. Sebaliknya resolusi dan pendapat bernas yang perlu diburu. Mahasiswa yang memahami konsep asas demokrasi akan tidak kaku (stiffness mind) mindanya dalam mempertahan hujah sendiri. Sebaliknya perlu melihat kepada pandangan paling bernas utuk diikuti dengan keyakinan.  Pada penulis, kebebasan berpendapat dalam gerakan Islam adalah kebebasan berprinsip dan tidak terlalu bersikap cosmopolitanisme dalam menerima idea luar. Budaya mengkritik kini dihapuskan dalam gerakan. Sedangkan Saidina Umar amat-amat mengalu-alukan kritikan membina daripada masyarakatnya.

 

Wacana intelek perlu diperhebat dalam proses perenungan langkah mahasiswa. Perdebatan buku-buku ilmiah dan separa ilmiah perlu diaktifkan diperingkat akar umbi mahasiswa dan perlu dibuka kepada semua segmen mahasiswa tanpa mengira ideology. Terlalu sukar kini untuk melihat pemimpin gerakan mahasiswa khususnya aliran Islam, untuk berhujah sesuatu isu secara spontan. Bagaimnakah mereka mengaku mewakili kesemua segmen sedagkan isu ruang makro tidak dapat dikuasai dan ditangani. Tradisi keilmuan mahasiswa perlu dipugar.

 

Pada penulis perenungan akan menghasilkan jiwa dan strategi yang proaktif. Sememangya tidak dapat dinafikan isu persekitaran negara dan dunia turut mencaturkan pola politik kampus. Sebagai contoh isu DSAI. Tetapi bagaimana ianya dilakukan juga secara peramalan (prediction) bukannya responsive semata-mata. Isu keganasan terhadap mahasiswa adalah isu responsive. 

Muhammad Nuruddin Bashah

jihadin82@yahoo.com

 


Posted at 03:06 pm by Pendita Bitara
Komen membina  

Mana lagi Dhalalah??

Mana lagi Dhalalah??

Ketika khilafah islam dlm usia nazak, 2 kuasa utama
dianggab bughah...

Pertama...Muhammad Ali...Gabenur di Mesir!

Kedua, Raja Soud...manipulator kegigihan Muhammad
Abdul Wahab.

Antara tindakan biadab mrk adalah menghancurkan laluan
keretapi Turki-Hijjaz yg dibina oleh Sultan Abdulhamid
kedua demi menyatukan fikrah dan ummah.

Dlm sejarah...pengikut Wahabiyyah (dikenali sebagai
golongan 'fattis') asyik mengbid'ahkan kesungguhan
khilafah uthmaniyyah. Namun pada masa yg sama MoU dgn
British.

British suka Wahabiyyah kerana mereka asyik
memperjuangan fahaman fikiyyah mrk sehingga terlupa
British (yg dholalah kubra) mengusasi bumi ummah...

Jangan kaitkan Sheikh Muhammad Abdul Wahab dengan pengikut wahabi sekarang.....mungkin agak berbeza
Ulama wahabi.. sangat tinggi ilmu,
namun tidak tajam politik.

 


Posted at 12:39 pm by Pendita Bitara
Komen membina  

Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu

DISKUSI POLITIK : POLITIK CHINA serta persejarahan perhubungan etnik Melayu dan cina di Tanah Melayu

Muhammad Nuruddin Bin Bashah

Fakulti Kejuruteraan UM 2006

 

ABSTRAK

Penulisan ini bukan sekadar mengupas isu politik Negara China dari segi persejarahannya, tetapi cuba membawa pendangan pembaca kepada beberapa plot penting berkenaan seni politik, atucara masyarakat dan nilai emosi masyarakat Cina dan Melayu sekitar era peperangan dunia kedua dan perang dingin. Justeru diharapkan penulisan ini bermanfaat untuk meningkatkan tanggapan, pemikiran dan strategi kita dalam arena politik. Beberapa plot penting boleh dijadikan hujah dan skill. Ahli gerakan yang selalu mengkaji teori politik barat dan klasik akan lebih memahami pola politik sekitarnya kini.

 

Sekitar masyarakat China.

 

            Seperti yang dipercayai oleh semua masyarakat kita, bangsa cina adalah masyarakat yang terkenal dengan sikap rajin, menepati waktu berniaga, pandai, bijak mencari keuntungan, bersifat agak kepuakan (chauvinis) terutama kepada bangsa lain ataupun sesama cina yang berlainan dialek dan puak. Masyarakat cina terkenal dengan semangat nasionalis nya yang tinggi. Ini berlainan dengan masyarakat cina terkini yang cuba menidakkan budaya yang dikatakan konservertif. Namun ianya ada baiknya lantaran penerapan kerajaan Malaysia yang inginkan masyarakat bersatu padu, tidak berpuak dan menidakkan prejudis rasial walaupun Malaysia sendiri masih mengamalkan politik komunalisme dalam kempen  pilihanrayanya.

 

Sejarah awal perjuangan China.

 

            Dalam sejarah, kita mengetahui selain Mesir dan India, Negara China adalah Negara yang kuat berpegang dengan sistem monarki. Hal ini berlaku kerana masyarakat China menganggap Raja mereka mendapat mandat (sistem teokrasi) daripada tuhan langit (tian). Sebarang penyelewengan akan ditentang serta digantikan dengan dinasti daripada keluarga yang lain. Sistem feudal dan monarki adalah suatu sistem yang memang sukar untuk mencapai kemakmuran secara sekata. Selalunya monarki akan membahagikan masyarakatnya dengan layer bangsawan (golongan separa pemerintah), golongan borjois (golongan intelek, seniman, pengkarya, pemikir serta tenokrat), golongan proletar (golongan petani dan buruh) serta golongan hamba (pariah). Sistem monarki adalah sistem yang menyelesaikan masalah Negara tetapi tidak rakyatnya. Selalunya dalam setiap rasial ada ideologinya, ada pendapatnya dan ada perjuangannya. Apabila sistem monarki semakin menekan golongan tertentu hasilnya adalah perjuangan ideologi berteras kepada ras masyarakat akan terhasil. Dalam bicara politik barat nanti, akan diterangkan berkenaan perjuangan kaum borjois. Di China terutamanya perjuangan proletar akan muncul selepas penekanan sosioekonomi barat dan Manchu. Pada awal sejarah Dinasti Ming adalah dinasti yang paling makmur dan meluas perhubungannya terutama rantau tanah  kepulauan melayu.

 

Kemunculan Pejuang Bangsa

 

Sejak kurun berkurun, Tanah Besar China selalunya akan diidami oleh kerajaan sekelilingnya. Sejarah juga menyaksikan bangsa cina terlalu kuat untuk dijajah melihat kepada seni mempertahan dirinya, kemahiran membuat senjata, semangat kebangsaannya (jika ditiup), permukaan bumi China serta strategi lainnya. Bangsa tentera utara selalu mencuba untuk menjajah (dinasti Song) namun masih dapat dipertahan dengan tiupan semangat oleh Puteri Song. Bangsa Monggolia (tentera Tartar) yang zalim, barbarian yang telah berjaya menjajah Baghdad (Abbasiyah), berjaya dikalahkan oleh China.

 

            Namun pada penghujung Dinasti Ming, Kerajaan Manchuria berjaya menjajah China dengan bantuan oleh tentera British ang ingin menjadikan Dinasti Manchu sebagai boneka.Dalam Filem-filem China kita boleh menyaksikan sejarah Wong Fe Hong dan sejarah penentangan kumpulan The Boxer dan Teratai Merah /putih terhadap Manchu. Kuih bulan disebar dengan terselit nota di dalam kuih itu yang menyatakan kepentingan melawan kerajaan Manchu dan British. Akhirnya Manchu musnah kerana doktrin menyeluruh ini.

Permaisuri yang memerintah Manchu terlalu lemah dan diperalat oleh British. Pada saat ini ramai anak China yang berhijrah ke Britain dan Amerika Syarikat untuk belajar serta mengambil pengalaman politik disana. Diantaranya adalah Dr. Sun Yat Sen, seorang rakyat bawahan yang melihat sendiri penderitaan bangsanya akibat dasar pecah dan perintah serta sikap Manchu yang selalunya menyebelahi kaum bangsawan feudal. Sun Yat Sen lantaran ilmunya mula menjadi golongan borjois, di hina kerana memperjuangkan budaya celik politik dan ilmu dikalangan rakyat. Beliau membawa gagasan demokrasi ala British. Tetapi kenapa British tidak menyenanginya? Sedangkan British mengaku membawa sistem yang adil iaitu demokrasi ke negara kolonialnya? Ini juga berlaku kepada Amerika sekarang yang mengaku membawa sistem demokrasi di Iraq dan Afghanistan menggantikan sistem diktator.

            British tidak menyenanginya akibat sikap nasionalisnya yang amat tinggi dan kuat untuk merdeka serta dasar keilmuannya itu. Namun dengan bantuan ketenteraan China, Revolasi berlaku pada 1911 dimana Parti Kuomintang China ( Dr Sun Yat Sen) berjaya memenangi revolusi. Kemenangan ini tidak membawa kemakmuran sejati kerana ekonomi yang lemah selain pengaruh tentera yang amat kuat. Beliau melancarkan Organisasi Rakyat China Seberang Laut untuk mendapatkan dana dan sokongan. Beliau juga melaksanakan sistem sanguinis-soli iaitu sesiapa orang Cina yang lahir di luar China asalkan keturunannya Cina, maka akan menjadi rakyat China secara tidak langsung. Untuk menguatkan negaranya kembali, Yat Sen telah membenarkan  Parti Bolshevik (Komunis) Rusia membuka cawangan Komunisnya di  China. Akibatnya ramailah komunis yang menjadi ahli Parti Koumintang. Namun, apabila munculnya Mao Tze Dong, pengikut ideologi Komunis unggul aliran Stalin (Stalin lebih praktikal dan kejam daripada pendapat Marx dan Lenin ketua revolusi Komunis Russia), Mao inginkan kekuatan partinya sendiri, maka beliau telah melancarkan peperangan kepada puak Koumintang(kebangsaan) sehingga Chiang Kai Shek (pengganti Yat Sen) berundur ke Taiwan (menjadi negara baru).

 

Masyarakat Cina di Tanah Melayu.

 

Masyarakat Cina di tanah Melayu datang ke Tanah Melayu dengan pembawaan kerajaan British yang memerintah China (Boneka). Walaupun ada yang telah lama datang unuk berdagang sejak zaman Portugis dan Belanda. Mereka datang secara kelompok yang besar dan terdiri daripada golongan proletar yang bijak bekerja, rajin dan berkemahiran tinggi. Lantaran itulah keturunan mereka sehingga kini rajin dan pandai. Mereka diminta memakmurkan Tanah Melayu melalui aktiviti ekonomi melalui sistem pecah dan perintah. Jurang besar antara Melayu India dan Cina di sini memanglah membawa persengketaan kecil tetapi tidak terlalu serius. Mereka aman dan damai.

            Persengkataan mula kronik apabila kehadiran Jepun di Tanah Melayu pada sekitar Februari 1942. Adakah tidak adanya Jepun sebelum itu? Masyarakat Jepun telah lama bertapak di Tanah Melayu dengan menjalankan ekonomi sebagai tukang gambar, tukang basikal dan tidak kurang juga menyamar sebagai masyarakat China (tonton Filem Leftenan Adnan untuk mendapat gambaran jelas). Ada yang ikhlas berkerja di Malaysia tetapi ada yang menjadi perisik Jepun di Tanah Melayu. Mereka akhirnya menjadi Pegawai tentera Jepun di Tanah Melayu apabila sistem kerahan tenaga Di Jepun dilaksanakan mengenangkan bakat dan pengalaman mereka di Tanah Melayu.

           

Hubungan China dan Jepun.

 

            Selepas mengadakan pemulihan Meiji, Jepun yang asalnya orthodoks dan menutup dasar luar telah membina empayar kekuatan dengan bantuan British, Amerika dan Itali. Tetapi selalunya orang baru kuat inin akan ingin mencuba kekuatannya. Maka dibatalkan perjanjian ekonomi dengan Britain dan Amerika selain cuba menjajah tanah empayar British di China. Jepun menang apabila berlawan dengan Rusia yang besar daripadanya. Jepun berjaya menjajah Korea, memusnahkan sosial Korea dengan menjepunkan Korean, berjaya melanggar China pada 1937. Jepun apabila menjajah, akan cuba menjepunkan masyarakat lain. Ini terbukti apabila pegawai tentera Jepun selalunya terdiri daripada orang Taiwan (bengis dan anti Islam) dan Korea yang kejam dan suka merogol orang lain (Lihat Filem Paloh untuk mendapat view hidup). Kerana itulah rakyat Malaysia yang belajar di Jepun semasa perang tidak percaya apabila diceritakan kekejaman Jepun, kerana rakyat jepun terkenal denga sikap sopan santunnya. Mereka berani dan kejam kerana ditekan oleh Maharaja. Terlalu takut dan hormatkan Maharaja mereka. Masyarakat Taiwan dan Korea turut menjadi kejam dan jahat akibat penindasan kaum mereka. Mereka terpisah bertahun-tahun dengan sanak saudara dan isteri. Rogol menjadi solusi bagi mereka.

            Jepun berdendam dengan orang Cina kerana mereka menentang Jepun dari luar kerana dasar sanguinis-soli Yat Sen yang telah diterangkan tadi. Mereka menindas bangsa China begitu teruk kerana bangsa cina terkenal dengan sikap chauvinis mereka serta berbangga dengan tamadun mereka yang tinggi serta berjaya mempengaruhi tamadun Jepun dan Korea. Jepun pernah menganggap China sebagai 'Guru" mereka yang mengajar erti beragama, tulisan, ilmu, sains dan kehidupan, selain seni mempertahan diri. Jepun bencikan Cina juga akibat sukarnya untuk mereka menjajah Cina kerana permukaan buminya yang sukar telah mengorbankan beribu-ribu tenteranya.

            Apabila Jepun menjajah Tanah Melayu, perkara pokok yang dilakukan ialah membasmi sokongan rakyat Cina kepada negara asal mereka. Mereka dibunuh beramai-ramai. Terlalu ramai dan kejam. Dalam masa 2 hari Jepun membunuh 12000 Cina di Singapura. Tidak termasuk pembunuhan beribu-ribu Cina di Pulau Pinang dalam masa beberapa jam sahaja mendarat di sana. Tatoo pengenalan anggota Koumintang di Tanah Melayu pada badan Chinese di kenalpasti dan mereka diseksa sebelum dibunuh dengan dikuliti kepala mereka, dipaksa meminum air sabun sebelum dipijak beramai-ramai sehingga pecah telinga dan mata Cina tersebut.

            Sebelum itu, selepas lawatan Dr Sun Yat Sen di Tanah Melayu, Parti Koumintang berjaya membina cawangan di Tanah Melayu selain ideologi Komunis yang baru bertapak. Koumintang dan Komunis dilatih oleh Spencer Chapman (pegawai British Singapura) untuk menjadi gerilla di dalam hutan sepanjang pendudukan Jepun, selain menjadi sumber maklumat kepada British. Mereka di latih selama 2 minggu di 101 Special Training School menggunakan senjata biasa British (sebenarnya dalam perang dunia Kedua British tidak bangunkan senjata barunya kerana terkejut dengan pengistiharaan perang oleh Jepun. Selain itu mereka lebih menumpukan kekuatan di Eropah untuk menentang kemaraan Jerman)

            Cina yang terkenal dengan kepuakannya mula berbunuhan sesama sendiri iaitu Komunis berperang dengan Koumintang selain bersama menentang Jepun sedikit sebanyak. Lihatlah dimana persengketaan lama di Tanah Besar China tidak dilupakan sebaliknya diambil kesempatan senjata Brtish untuk berperang sesama mereka. Tentera MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army) Komunis berbintang 3 sebaliknya MPAJA Koumintang berbintang 1.

 

Melayu dan Cina tersepit

 

            Apabila Jepun mengambil alih kesemua pejabat pemerintah Tanah Melayu, selain bendera Britain dibuang, segala perkataan English diganti dengan perkataan Jepun dan perkataan Melayu Indonesia ala Belanda. Orang melayu yang dulunya bekerja dengan gomen(kerajaan) mula masuk kerja. Polis pada zaman British menjadi Kempetai iaitu polis tentera Jepun. Kempetai diarah untuk membunuh masyarakat Cina selain menangkap gadis cina yang mirip jepun untuk dijadikan sajian pegawai tinggi mereka. Melayu menjadi mangsa kebencian Komunis dan Koumintang. Dalam diam mereka melancarkan sabotaj dan pembunuhan kepada kaum melayu ( Tonton Filem Embun dan Paloh).

Cina di Singapura (orang awam) yang tidak terlibat dengan gerila (masyarakat borjois) tersepit dengan sikap Jepun. Oleh itu Pegawai Jepun terkenal dengan kebaikannya iaitu Sinozaki telah mencadangkan penubuhan kesatuan Cina yang pro Jepun untuk menyelamatkan rakyat cina. Komunis melihat pertubuhan ini sebagai ancaman kepada mereka. Lalu mereka membunuh orang cina yang menjadi pertubuhan baru ini. Lihatlah bagaimana deritanya orang cina awam zaman ini. Dapatkah kita melihat penderitaan nenek moyang chinese yang ada disekitar kita kini? Hanya sejarah yang akan membuka hati kita. Komunis bukan anti melayu. Tetapi sanggup membunuih bangsanya sendiri demi anti Jepunnya. Sebenarnya Komunis adalah anti empirelisme (Jepun dan British) tetapi apabila mereka mendapat kuasa di China pada 1949 mereka lebih zalim terhadap bangsa jajahan mereka. Terserlah kini ideologi manusia memang zalim. Kerana itulah Alah menyatakan dalam surah Al Maidah akan kezaliman kita apabila kita tidak melaksanakan hukum Allah.

Melayu pula bukanlah ikhlas sangat bekerja dengan Jepun, terpaksa bermusuhan dengan etnik lain di negara ni. Inilah bahananya penjajah! (memang menjadi doktrin British sebelum itu, orang melayu hanya layak makan gaji bukannya berdikari)

Jepun meninggalkan Tanah Melayu dengan 1001 persengkataan. Bintang Tiga dan Bintang satu (Koumintang) mula membunuh orang selama 14 hari. Tetapi kekejaman Koumintang tidak disebut oleh persejarahan Malaysia kini kerana Koumintang akhirnya menjadi pengasas kepada MCA ! Sedangkan Tan Cheng Lok (Tokoh Koumintang) pada awalnya pernah menyokong gagasan Malayan Union (amat dibenci oleh orang Melayu termasuk parti haluan kiri) oleh British. Lihatlah keadilan alam ini!

Dari sini kita boleh melihat kehadiran penjajah dengan hasrat mereka telah memecah belahkan rasial di negara ini dan barah ni dicetus semula pada pilihanraya 1969 (13 Mei). Etnik yang asalnya baik dan bersopan santun sesama sendiri, akhirnya menyimpan dendam yang panjang dan terasa perbezaan rasial ini sehingga kini. Adakah kita berbangga dengan keadaan sosio politik ini?

 

Politik China Era Mao Tze Dong.

 

            Pada 1949 Komunis menang besar di China. Mao yang terkenal dengan kediktatoran proletariatnya menjadikan ras buruh dan petani sebagai aspek utama China. Pelaksanaan ideologi komunisnya lebih komunis daripada Rusia. Pakaian dan makanan setiap jantina adalah sama. Semua rakyat adalah tentera revolusi. Dasar internasionalisme proletar nya telah menawarkan bantuan, 'suaka politik' dan bantuan kewangan serta senjata kepada mana-mana tentera revolusi seluruh dunia (bantuan ini telah diberi kepada tentera Parti komunis Malaya seperti Shamsiah Fakeh dan suaminya bertahun-tahun).

            Mao memang kejam. Memaksa sesiapa sahaja yang menjadi jajahan China untuk sujud kepada potretnya selama beberapa jam. Kekejaman komunis adalah kekejaman yang melebihi kekejaman Yahudi dan sesiapa sahaja yang paling kejam di dunia kini. Ini fakta!

            Cara Komrad (tentera revolusi Komunis) memberi tabik hormat adalah dengan mengenggam tangan selain mengangkat keatas (lihat Filem Paloh) sama seperti slogan merdeka yang dilakukan oleh API (angkatan Pemuda Insaf, sayap pemuda PKMM). Tidak hairanlah PKMM dicp sebagai komunis dan di ISA kan. Ini kerana influensi komunis kedalam buruh-buruh Tanah Melayu yang merupakan sasaran pembelaan PKMM yang agak sosialis. Ini titik pertemuan mereka.

            Mao inginkan Komunis menjadi cara penyelesaian masalah manusia (ini kerana ideologi ini muncul lantaran kegagalan kapitalis menyelesaikan masalah golongan bawahan). Tetapi beliau terlupa Marx menggagaskan penyelesaian secara komunis selepas kemuncak revolusi perindustrian disesebuah negara. China yang tidak membangun, menjadi sasaran penjajah Manchu, Jerman, Rusia dan British yang kemudiannya menjadi mangsa peperangan saudara semestinya mundur ekonominya. Bagaimana mungkin kekayaan yang sedikit dapat dikongsi oleh seluruh rakyatnya. Kerana itulah gaji pensyarah universiti di China sama banyaknya dengan gaji tukang sapu sampah. Inikah keadilan.

             Mao menubuhkan tentera Merah untuk merekrutkan generasi baru komunis yang tegas dengan ideologinya. Ini dilaksanakan dengan adanya Revolusi Kebudayaannya sekitar tahun 60an. Hasilnya banyak universiti dan sekolah ditutup kerana ianya menjadi sumber kekuatan ras borjois(intelektual) di China. Biarlah masyarakat bodoh, asalkan kuat ideologinya dan taat kepada Komunis. Hasilnya China makin huru-hara. Lantaran itulah masyarakat Cina di negara lain terutama di Hongkong, Taiwan dan Malaysia perlu menghargai suasana aman mereka berbanding dengan saudara mereka di China. Namun kini runtuh sudah pakatan Komunis (Comintern) dan Warsaw Pact (1991) selain keruntuhan Soviet Union. China semakin membuka ruang ekonomi bebas walaupun unsur kamunis masih bertapak.

 


Posted at 12:10 pm by Pendita Bitara
Comments (2)  

Asal kekuatan ummah bermula daripada membaca...suatu saranan

 

 

Assalamualaikum sahabat dan pembaca sekalian.......

Minat saya amat tinggi dalam membaca apabila saya mulai sedar kepentingan ilmu dan pengetahuan dalam membina kebangkitan Islam.....sejak itu saya mulai membeli buku sebanyak mungkin dan memperuntukkan hampir kesemu wang biasiswa matrikulasi untuk membeli buku-buku ilmiah agama dan kitab-kitab lama untuk ditekuni......barulah sedar betapa luasnya Ilmu Allah, dan betapa kerdilnya diri ini yang hanya mampu m,enghafal formula-formula kimia waktu itu.....

Pada waktu itu mula melazimi diri untuk memberi kekuatan kepada rakan-rakan yang lain dan mula memberi tazkirah-tazkirah pendek.....tapi jauh bezanya dnegan rakan-rakan yang telah dididik di sekolah-sekolah agama ternama tanahair.....

 

Saya menjadikan membaca sebagai hobi dan sedari itu sehingga kini, ketagihan membaca telah berakar umbi dan inginkan ketagihan yang lebih lagi......mungkin agak sukar..tetapi menjadi generasi al Iqra' bukanlah mudah......menentang arus masyarakat konvensional yang masih memandang sepi kepada pembacaan bukanlah mudah......

Hari ini saya akan terus memberi kekuatan kepada yang sudi...agar penganut Islam kembali mewarisi aura Al Iqra tinggalan junjungan besar SAW.

Muhammad Nuruddin Bashah

20/4/2006

11.06 pagi.PKNS KL


Posted at 11:58 am by Pendita Bitara
Komen membina  

KELAYUAN NILAI KEINTELEKTUALAN DALAM GERAKAN MAHASISWA ISLAM.

KELAYUAN NILAI KEINTELEKTUALAN DALAM GERAKAN MAHASISWA ISLAM.

 

Muhammad Nuruddin Bashah

Fakulti Kejuruteraan (Bahan)

Universiti Malaya.

2006

 

1)       Pendahuluan.

 

Penulisan ini bercorak kritikal dalam membuat pertimbangan dan seolah bersikap pengadilan umum terhadap kelesuan tahap keintelektualan mahasiswa amnya dan para penggerak gerkan mahasiswa khususnya. Pertimbangan mungkin agak kurang lengkap dan janggal diistilahkan sebagai kajian makro disebabkan pengamatan secara peribadi kepada beberapa tingkah dan gerak geri  serta pemikiran para pendokong gerakan Mahasiswa. Topik perbahasan ini cuba melihat kelesuan yang menimpa mahasiswa dan pengkhususan perbahasan diletakkan kepada medan persatuan mahasiswa Islam selaku medan penyediaan amilin kebangsaan (reservoir  of workers in jamaah).

 

 

2)       Sorotan pandangan ke belakang.

 

Sekitar kebangkitan gerakan pelajar di Malaysia pada sekitar 1960an adalah berteraskan nilai keintelektualan. Jolokan mahasiswa sebagai jurubicara asyarakat adalah suatu yang signifikan dengan tradisi mahsiswa zaman itu sejak penubukan-penubuhan universiti di Eropah iaitu untuk menggerakkkan masyarakat melalui peningkatan taraf pemikiran masyarakat. Masyarakat dievolusikan melalui peningkatan taraf pemikiran generasi muda iaitu melalui penekanan pendidikan kepada sebahagian segmen masyarakat iaitu generasi mahasiswa. Istilah 'mahasiswa' mungkin lebih bermakna daripada istilah 'student' dalam bahasa Inggeris. Lantaran itu kebangkitan mahasiswa timur adalah suatu yang diharapkan daripada perletakan terminology ini.

 

                Pada sekitar ini, kita melihat taraf mentality masyarakat melayu menjadi kritis dengan kehadiran beberapa ramai generasi mahasiswa yang mendapat tempat di Universiti yang dalam masa yang sama menerima kebanjiran pemikiran luar yang luas, anti dogmatic serta adil dalam membuat apa-apa sintesis keilmuan. Mahasiswa era ini gemar berseminar, berdiskusi serta berbahasan secara adil mana-maa topik terutamanya berkaitan dengan masyarakat. Dengan kurangnya organisasi NGO yang memperjuangkan isu masyarakat menyebbkan mahasiswa dijadikan kayu terakhir untuk dipaut serta menjadi indicator kepada aras kemakmuran masyarakat. Antara sebab mahasiswa hebat dalam kebangkitan intelek pada era ini adalah :

 

·          Universiti yang dibina tidak banyak serta mahasiswa dianggap golongan 'permata' dalam masyarakat.

·          Kurangnya NGO dan badan yang memperjuang isu masyarakat.

·          Keadaan system kerajaan yang masih muda dan memerlukn golongan intelek memberi idea, membina sisitem melalui perbahasan bersama serta saranan  daripada golongan akademik.

·          Sistem pengajian selama sepenggal dan bukan mengikut semester memudahkan pembahagian masa untuk gerakan mahasiwa.

·          Kebebasan daripada pihak universiti untuk mengadakan diskusi-diskusi ilmiah di sekitar universiti.

 

Pada ketika ini buku-buku yang baru terbit akan diperbahaskan dengan terperinci, dikritik walaupun oleh mahasiswa tahun 1. Pensyarah yang mengarang tesis dan buku atau makalah akan membuka ruang untuk kritikan membina daripada mahasiswa. Namun budaya ini mulai lesu selepas beberapa siri pengekangan terhadap kebangkitan pemikiran mahasiswa sekitar pasca 1971 dan keatas. Penurunan  graf ini tidak terlalu mendadak sehinggakan mahasiswa kini tidak menyedari perubahan nilai ini serta menyebabkan mereka kini terlarut dalam dunia kegersangan intelek dan ada dikalangan mereka (walaupun penggerak gerakan mahasiswa) yang sebenarnya memerangi budaya ini. Budaya dogmatic dan budaya makan suap idea yang dipertontonkan dengan penuh kejelekan. Mahasiswa yang berasaskan pemikiran Islam kini lupa akan sarana Al Iqra' yang dipaksakan terhadap junjungan besar kita Rasulullah SAW walaupun Baginda Rasul tidak tahu menulis dan membaca. Penghasilan AUKU, penubuhan Kolej-Kolej Universiti semakin menggersangkan lagi keadaan ini.

 

3)       Mengapa gerakan mahasiswa dikaitkan dengan nilai intelek?

 

Gerakan adalah 'menggerakkan'. Gerakan dalam bahasa Arab adalah Harakah. Harakah adalah proses menggerakkan masyarakat dalam ertikata amalan dan tindakan masyarakat dan semestinya memerlukan usaha memugar pemikiran dan mentliti masyarakat terlebih dahulu. Pemugar masyarakat dalam perbahasan ini adalah mahasiswa. Bagaimana mungkin si pemugar itu sendiri belum memugar pemikirannya? Tahap penakulannya masih di tahap persekolahan, tahap perbahasan masih simplistic seolah-olah peralihan sekolah ke Universiti tidak meninggalkan kesan dalam ruang pemikiran mereka.

 

                Gerakan mahasiswa yang komprehensif, bersepadu dan tersusun adalah pra syarat untuk mengubah pemikiran seterusnya aml dan tindakan masyarakat. Syarat utama gerakan komprehensif dan bersepadu ini ialah titik persamaan diantara segmen mahasiswa yang pelbagai aliran, serta asal usul seperti aliran agama, aliran hedonisme, aliran yang kisah-tak kisah serta aliran yang kritis pemikirannya. Penyatunya adalah kebangkitan nilai bersama iaitu intelektual. Inilah 'hikmah' dan harga diri mahasiuswa yang telah hilang akibat percaturan musuh yang berpaksi machievellian serta kesalahan dan kelalaia mahasiswa yang tidak kenal asal-usul serta tidak engenal maruah sendiri. Momokan belajar untuk kerja, beljar utuk jam kredit serta belajar yang diorientasikan untuk membayar hutang dan budi kepada sipemberi biasiswa menjadikan mahasiswa lupa matlamat intelek dan misi kemasyarkatannya.

 

4)       Halangan keintelektualan ini berputik.

 

·          Sikap tidak optimis mahasiswa Islam dengan kebangkitan berteraskan intelek. Mereka ini kebanyakkan salah ertikan kebangkitan Islam yang  dikatakan hanya mengambilkira nilai sepunya aqidah mata-mata. Metos klasik yag kita sendiri tidak tahu asal-usulnya ini menjerut minda ahli gerakan Islam kebangsaan.

 

·          Sikap pemimpin mahasiswa yang menekankan nilai dogmatic dan pengikisan nilai skeptical ahli bawahan dalam menilai persekitaran. Penerapan nilai wala' semberono tanpa memberi penafsiran sebenar, terus berlangsung serta penerapan nilai thiqah kepada pemimpin sehingga konsep perkongsian pembuatan keputusan dan pemasakan idea tidak berlaku. Salah laku ini tidak disedari oleh penggerak Islam kerana selesa dengan nilai 'wala' dan 'Thiqah' separuh masaknya tersebut. Mereka perlu digerakkan agar kembali  menjunjung tradisi intelek dan keilmuan yang sejati dalam terus memacu gerakan Islam yang tidak mungkin lekang daripada 2 konsep tersebut.

 

 

·          Penerapan Usrah yang didominasi ideanya oleh seorang naqib. Naqib dianggap guru utama, mahaguru atau Murabbi sehingga saranan dan ideanya tidak dapat disanggah secara rasional dan ilmiah. Sistem unggul ini adalah punca kebangkitan Islam tetapi bukan meda untuk menghasilkan robot-robot pencetak pemikiran yang berbudaya dogma serta taqlid. Minda akal manusia yang berdogma atau bertaqlid ini akan memusnahkan karya-karya mindanya daripada terhasil sekaligus menjadikan gerakan mahasiswa Islam sebagai bahan tawaan masyarakat luar.

 

·          Budaya syura dan perbahasan perlakuan gerakan tidak dilakukan secara perkongsian pintar. Perbahasan dieksklusifkan atas dasar wala', sir dan percaya kepada keputusan atasan. Penulis tidak mempersoalkan tindakan ini yang ada kewajarannya, tetapi perlu juga menerima andaian dan pandangan golongan pekerja dan pemangku daripada bawahan ini. Mereka lah yang merealisasikan gerakan Islam. Merekalah punca adanya gerakan.

 

 

·          Kurangnya minat mahasiswa terhadap budaya berdiskusi dan berbahas. Mahasiswa kini telah terlarut dalam budaya ananiyyah atau individualistic kerana kerencaman social kini. Kerencaman ini memanipulasikan mahasiswa sehingga kurangnya kepekaan dan keseriusan mahasiswa dengan isu agama, isu masyarakat, isu rakyat dan isu mahasiswa sendiri. Mereka kebanyakkannya bukan takut akan risiko tetapi kurangnya concern terhadap persekelilingnya sendiri. Diskusi dan perbahasan yang terlalu sukar dan tinggi topiknya tidak menjadi minatnya. Berbahas topic yang diluar skop akademiknya tidak akan dilayan. Mencari jawapan kepada permasalahan masyarakat diswastakan kepada sector, lajnah atau biro-biro tertentu.

 

·          Membaca bukan lagi budaya mahasiswa tetapi hanya budaya pelajar post graduates, budaya pensyarah dan budaya 'mat skema'. Menyentuh buku-buku yang bukan alirannya, bukan kursusnya dianggp pelik dan ganjil. Membeli buku bukan lagi budaya mulia, sehinggakan peruntukan pinjaman dan biasiswanya tidak diperuntukkan untuk membeli bahan-bahan ilmiah ini. Kebanyakkan mhasiswa Islam hanya menyentuh dan mengambil kira buku-buku bbercorak gerakan Islam dan bercorak Islam. Hasilannya adalah golongan berpemikiran eksklusif yang buta social dan buta medan gerakannya sendiri.

 

5)       Mengapa kita perlu membina langkah mulia ini?

 

                Dalam memacu kepimpinan kampus eekitar era 90an, begitubanyak sumbangan Mahasiswa Islam melalui wacana-wacana, kritikan membina,forum-forum terbuka dan adil perbahasannya berjaya menyentuh media, masyarakat,massa hatta kepimpinan negara sendiri.

                Namun penulis berasa agak kesal dengan sikap segelintir generasi kini yang memandang enteng kepada pembinaan keintelektualan. Mereka merasakan saranan menulis, membaca, menyampai dan berdiskusi adalah budaya paksaan yang tidak kena dengan naluri mereka. Mereka terasa terkongkong dan tertekan dengan melupakan asal-usul mereka sendiri. Melupakan hikmah yang cuba diterapkan kepada diri mereka agar mereka layak bergelar mahasiswa Islam. Mereka memperkecilkan usaha  dan sikap Ulama' silam seperti Imam As Syafi'e dan Imam Nawawi yang seharian hidup digunakan untuk membaca, menulis dan menyampai ilmu dan dakwah. Mereka lupakan sikap Syed Qutb yang sehingga ketiadaan dakwat dan lampu didalam penjara, masih kental hasratnya utuk menulis. Mereka lupa sikap Imam mereka sendiri iaitu Imam as-Syahid Hassan Al Banna yang menulis sedari berumur 11 tahun untuk menyebar fikrah dan dakwah. Mereka lupakan peranan A. Samad Said (tokoh Sasterawa Negara) yang bermatian menulis dan menyebar tulisan ilmu politik era 1950an dala usaha membantu Dr Burhanuddin Al Helmi menggerakkan minda masyarakat Melayu dahulu. Mereka lupakan jasa-jasa Ibrahim Yaakub di MPSI yang bertungkus lumus menghasilkan tulisan pendek serta mendiskusikan tulisan tersebut untuk kebangkitan KMM dahjulu. Mereka lupa sejarah mereka. Mereka terlarut dengan ananiyyah dan ketidak optimisan dalam kebangkitan Islam akibat pensekularan pendidikan mereka. Mereka menjadi api dalam sekam dalam gerakan pelajar Islam. Mereka lupa mereka adalah musuh gerakan Islam.

 

Apakah masalah intelektualan dalam persatuan Islam Mahasiswa?

 

·          Tiada penegasan dan showmanship daripada pemimpin  sendiri. Pemimpin gerakan  sendiri buntu ideanya dalam memperkasakan 'intelek' kerana kerangka mereka sendiri bukan berasaskan klausa tersebut. Pemimpin tidak gemar membaca, mentelaah buku, mencari idea baru, berdiskusi tajuk kritikal serta menyediakan medium perbahasan kepada ahli mereka sendiri.

 

·          Penggerak persatuan tidak tahu buku dan bahan yang mana perlu diutamakan untuk dibaca. Mereka yang disarankan membaca buku haraki hanya akan kekal dengan buku tersebut. Yang disarankan membaca ilmu siasah akan hanya kekal dalam perbahasan itu. Terdapat juga ahli yang melangkaui tahap dan level sehingga berusaha menggapai buku dan perbahasan tinggi dengan melupakan basicnya yang lemah dan dangkal.

 

 

·          Ahli tidak konsisten dalam pembacaan dan pengiltizaman ilmu. Mereka akan melupakan buku agama dan kitab agama bila diutarakan tajuk isu semasa. Mereka akan melupakan buku-buku dan tajuk-tajuk harakah apabila disarankan keilmuan pengurusan organisasi. Mereka mudah lupa dan tidak merancang ruang masa dan ruang otak mereka. Mereka agak gopoh dan tidak memahami asas epistimologi.

 

·          Terdapat dikalangan ahli yang menjadi musuh keintelektualan mahasiswa.

 

 

·          Tidak menjadikan ruang masa yang ada serta kemodenan (yahoogroups) sebagai medan peningkatan keilmuan dan peningkatan tanggapan mereka.

 

·          Membeli buku dianggap membazir. Budaya ke perpustakaan hanya untuk mendapat tempat selesa dikala musim peperiksaan.

 

6)       Persediaan pembinaan generasi intelek.

 

·          Sebelum terlibat dengan gerakan diskusi keintelektulan dan pembinaan minda yang agak liberal dan bebaskadangkala ditaja oleh golongn yang tiada basis Islam, maka diperlukan mahasiswa ini mengekalkan basic agama dan keilmuan agama yang kukuh dalam mengelakkan kita terlarut dalam pemikiran-pemikiran ini.

·          Perdisiplinan focus. Mahasiswa perlu menfokuskan kesemua bidang dan cabang ilmu serta tidak melupakan mana-mana bidang yang pernah diceburi, dikaji dan dihayati. Inilah kelemahan utama para mahasiswa. Meninggalkan perbahasan harakah apabila sibuk dalam perbahasan politik kampus dan negara.

·          Mempraktikkan budaya gilakan buku, diskusi dan seminar walau dimana sahaja diadakan. Menyebarkan maklumat serta cuba mengorganisasikan rakan sekitar untuk menyebarkan maklumat dan isu yang difahami.

·          Menyediakan motivasi kendiri untuk menjadi insan yang cintakan ilmu agama dan ilmu duniawi demi kemaslahatan masyarakat seperti bergaul dengan golongan intelek, berhubung dengan organisasi yang kritikal dalam isu semasa dan isu Islam, serta lain-lain kaedah.

·          Menganggap membeli buku, menghabis wang untuk seminar dan untuk pergi ke tempat ilmiah sebagai suatu infaq.

 

7)  Penutup.

 

Prasyarat kejayaan misi ini adalah dengan mempraktikkan isi tulisan ini serta tidak membuang bulat-bulat ideanya. Perenungan ke belakang penting untuk menilai tapak ke hadapan. Muhasabah tanpa tindakan adalah perkara kelakar. Merancang tanpa pelaksanaan adalah perkara bodoh. Keputusan bersama yang tidak diperaktik bersama secara kolektif bukannya budaya harakah.

 

2.30 ptg, sabtu, 28 jan 2006

PKNS KL.

 


Posted at 11:46 am by Pendita Bitara
Comments (7)  

Tuesday, April 18, 2006
Falsafah Jundiyyah

MEMAHAMI FALSAFAH PEMBENTUKAN JUNDIYYAH DALAM HARAKAH ISLAMIYYAH

 

a) Definisi Jundiyyah


Konsep jundiyyah adalah suatu konsep yang amat penting difahami dalam Gerakan Harakah Islamiyyah. Dalam gerakan Islam akan terselit keperkaaan individu-individu tertentu yang menjadi pasak, pillar dan golongan yang murabithun(kukuh dan tetap) dalam Jamaah. Perkataan ketenteraan dalam Islam berasal dari perkataan Al-Jundu (seorang tentera) dan Junud(tentera-tentera).

 

Firman Allah

249. Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu Dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu Yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa Yang tidak merasai airnya maka Sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang Yang menceduk satu cedukan Dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. setelah Talut bersama-sama orang-orang Yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang Yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". berkata pula orang-orang Yang yakin Bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan Yang sedikit berjaya menewaskan golongan Yang banyak Dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang Yang sabar".

(Al-Baqarah:249)

 

 

b) Pembentukan pengkhususan dalam ketenteraan Rasulullah.

 

Ali Abi Talib – berani.

Umar Al-Khattab serta Hamzah Abdul Mutalib – Pandai berperang.

Khalid Al-Walid – seorang yang strategik.

Abdullah Ar Rawahah – Berlawan dengan Quraisy melalui syair dan sajak.

Dan lain-lain sahabat.

 

c) Persiapan para tentera Islam.

 

  • Persiapan fikrah
  • Persiapan keilmuan
  • Persiapan amalan
  • Persiapan ketaatan
  • Persiapan fizikal, ekonomi dan mental yang kuat
  • Persiapan masa depan

 

d) Permasalahan ketenteraan dalam harakah hari ini (Siasah Hizbiyah)

 

  • Krisis kekurangan ahli yang komited.
  • Krisis fikrah, kemalangan kefahaman awlawiyat.
  • Kepincangan pemerhatian dan tanggapan terhadap pola, isu dan suasana.
  • Sikap pesimis yang melampau.
  • Krisis tadhiyah (pengorbanan).
  • Cintakan dunia takutkan cabaran. Sikap cuba elak mehnah secara tidak bijak.
  • Tentera tidak bersedia ditarbiah, dibentuk, digesa dan diacu.
  • Gopoh dalam tindakan, tanggapan dan penyusunan organisasi.

 

e) Mengapa perlunya golongan teras ini?

 

Firman Allah:

200. Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

(Ali Imran:200)

 

Antara bentuk-bentuk skop ketenteraan ialah:

  • Skop strategis dan kepimpinan.
  • Skop intelligent.
  • Skop amilin progresif.
  • Skop da'wah komprehensif.
  • Skop secretariat dan kesetiausahaan. (pengurusan markaz/pusat).
  • Skop penyelidikan dan penilaian.
  • Skop isu, siasah dan penerangan.
  • Skop perundangan dan ekonomi Jamaah.

 

f) Mengapa bukan semua yang terlibat dengan bidang takhasus ini?

 

  • Ada ahli akan tafaquh dalam bidang ilmu agama, ilmu da'wah, ilmu pentadbiran, serta ilmu semasa lain.
  • Ada ahli yang menjadi amilin bawahan yang bekerja secara teknikal.
  • Ada ahli yang menjadi cabang amal Islami dalam sektor pendidikan, pekerjaan, penghubung masyarakat setempat dan sebagainya. (maksud cabang amal Islami ialah mereka menzahirkan, mengizzahkan Islam di tempat awam secara fardhi atau organisasi lain).
  • Bukan semua individu akan melepasi tapisan dan pemilihan ini. Bukan semua bersedia dibentuk atau mengikuti kesemua program tarbiah.
  • Bukan semua ahli mempunyai
    • Akal yang jauh
    • Minda yang seimbang
    • Kesihatan yang baik
    • Ekonomi yang stabil
    • Pendidikan dan akademik yang baik (jika perlu).
  • Akan ada askar yang gugur

cth: - Perang Uhud.

       - Perang Hunain.

       - Golongan Khawarij (krisis fikrah/kegopohan menilai maslahah).

 

 

 

 

 

g) Ciri umum Tentera Harakah Islamiyyah.

54. Wahai orang-orang Yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum Yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang Yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang Dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang Yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya.

(Al-Maidah:54)

 

  • Sayangkan Allah.
  • Allah redhakan mereka.
  • Kasihkan orang Islam baik golongan Islam, musuh Islam atau ahli gerakan.
  • Bencikan kafir yang memusuhi Islam dan sibghah kuffar. (Ideologi).
  • Tidak gentar dengan makian, cacian dan mehnah dari golongan mustakbirin.

 

h) Kegagalan Harakah dalam menyediakan golongan ini kerana:-

 

  • Jamaah tidak faham kepentingan perlunya golongan teras yang faham dalam Jamaah.
  • Memandang enteng pemprograman tarbiah takhasus sebaliknya menumpukan da'wah umum seperti ceramah politik dan kuliah maghrib serta perkaderan asas sahaja.
  • Asas atau golongan awal jamaah tidak terdedah dengan sistem ketenteraan dan disiplin.
  • Tidak menghubungkan konsep risikan ketenteraan, polis, kadet dan konsep disiplin organisasi dalam jamaah Islam.
  • Tiada model disiplin yang baik dikalangan pemimpin.

 

Antara simptom utama ketidakdisiplinan

Ø       Tidak menepati masa dan janji

Ø       Menangguh kerja

Ø       Egoistik

Ø       Tidak bersemangat (cth: datang ke meeting tanpa catatan, tidak bersemangat dalam usrah)

Ø       Suka memberi alasan (cth: apabila diberi tugasan khas, apabila halangan kecil seperti cuaca, halangan kewangan dan keluarga)

 

i) Skop jihad yang perlu difahami.

 

1) Jihad lisan

  • Penulisan
  • Kajian dan penyelesaian isu
  • Ceramah dan tazkirah umum
  • Model lisan yang lain (simbol dan pemprojekan imej)

 

2) Jihad ta'alim

·         Menguasai sektor pendidikan

·         Mengajar ilmu agama

·         Mendalami ilmu agama dan ilmu umum lain

·         Menyediakan peluang pembelajaran lain kepada anak-anak masyarakat

 

3) Jihad tangan dan anggota

  • Peperangan
  • Bersiap kudrat dan kekuatan jasmani
  • Menyediakan amilin yang pantas dan cergas

 

4) Jihad politik

  • Menguasai persekitaran
    • Rasmi
    • Tidak rasmi
  • Berjuang secara pilihanraya
  • Berjuang secara politik halus dan strategik
  • Menjuarai isu politik melalui pengamatan yang tajam
    • Political pre-emption
    • Sympatism
    • Defensive
    • Mendiamkan diri (menjadikan lawan apologatis)
    • Memprojek imej bersih dan telus
    • Mengambil alih isu lawan

 

j) Akhlak tentera Harakah Islamiyyah

 

1) Surah Al-Asr:1-3

1. Demi Masa!

2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -

3. Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.

 

 

  • Menepati masa
  • Menasihati antara satu sama lain
  • Bersabar
  • Beramal salih

 

2) Surah Al-Maidah:35

 

35. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah dan carilah Yang boleh menyampaikan kepadanya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.

 

  • Bertaqwa kepada Allah
  • Mencari jalan kepada Allah (berjuang habis-habisan)
  • Berjihad bersungguh-sungguh

 

3) Surah As-Saff:4

¨   

4. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh.

 

  • Berfikrah dan bergerak secara teamwork

 

4) Surah Al-Mujadilah:22

ž   

22. Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra Dengan orang-orang Yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang Yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman Dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka Dengan semangat pertolongan daripadanya; dan Dia akan memasukkan mereka ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang Yang berjaya.

 

  • Mengenepikan keluarga jika bercanggah dengan hukum Allah
  • Mendapatkan nasrullah dengan keimanan mereka
  • Bersifat Hizbullah

 

5) Surah At-Taubah:71

   

71. Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

 

  • Sikap antagonistic antara gender
  • Tolong menolong untuk kebaikan
  • Mendirikan sistem Islam dalam diri (solat), masyarakat (zakat) dan hablumminallah (ketaatan)

 

6) Surah Al-Maidah:55

$  

55. Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang Yang beriman, Yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).

 

  • Mengambil wali (penolong) hanya Allah, Rasul dan orang beriman
  • Wala' pada Allah, Rasul dan pemimpin yang baik

 

k) Method pembentukan jundiyyah ini

 

1)       Program khusus seperti tamrin jundiyy khas untuk golongan tertentu

2)       Melatih fikrah yang mendalam dan bersifat juziyyah yang mungkin tidak didedahkan kepada orang awam

3)       Menyeru dan membakar semangat melalui tafsir, tasyji', katibah dan usrah

4)       Memperelok akhlak dan sistem fardi muslim melalui pembelajaran ilmu islam (fiqh dan tasawuf) yang agak mendalam

Posted at 05:41 pm by Pendita Bitara
Comments (5)  

Next Page


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< April 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed