Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Thursday, August 03, 2006
Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.

Islam Agama Kepercayaan Atau Agama Pemikiran.

 

            Perbahasan mengenai Islam adalah berbeza mengikut persepsi dan interpretasi individu yang berbeza sesuai dengan tahap mentaliti, suasana kehidupan, aliran jalur pemikiran Islam serta mengikut keperluan semasa. Perbezaan ini mungkin berguna bagi golongan intelegensia Islam yang semestinya meletakkan perbahasan kena pada tempatnya. Tetapi kelainan ini banyak mengakibatkan suasana 'haru-biru' serta suasana ketidakpuashatian di kalangan yang baru cuba mendalami dunia Islam.

 

Islam berbeza pandangannya bagi golongan ulama' konvensional Islam, pemikir falsafah masyarakat, saintis, ulama' aqidah aliran kalam, ulama' gerakan Islam serta intepretasi daripada pemikir-pemikir awam yang lain. Pada saya kelainan ini perlu dilihat asasnya. Kadangkala berlainan persepsi bukan disebabkan persepsi ulama' yang berbeza, tetapi ada anasir 'luar' yang mempengaruhi khalayak awam agar berpesepsi begitu. Buktinya apabila pemikiran kedaulatan negara Islam yang digagaskan oleh Al Maududi dikatakan sebagai suatu yang berbaur 'teo-democracy' atau kedaulatan yang berasas ketuhanan total sehingga mengekang kudrat manusia sebagai pemerintah di muka bumi. Hal ini tidak benar jika diteliti kembali saranan sebenar beliau. Beliau menegaskan kepentingan menegakkan hakimiyyah (kekuasaan) tuhan pada sistem perundangan yang diuruskan oleh manusia yang semestinya kuasa tersebut adalah 'mewakili' kekuasaan sebenar tuhan. Beliau tidak sama sekali menafikan ijtihad dan kecerdasan pemerintah untuk menggubal akta-akta yang menjurus kepada penegakan syariah. Jelas disini, persepsi boleh berubah tatkala adanya anasir luar yang membawa nada berlainan apabila disebarkan ke dalam massa.

 

            Saya melihat kini selepas mengidentifikasikan taksonomi pemikiran yang terlalu luas, bahawa terdapat 2 dikotomi utama yang sebenarnya hadir di celah-celah kepelbagaian aliran takrifan Islam itu sendiri. Dikotomi samada Islam itu suatu kepercayaan atau suatu bentuk pemikiran. Dan sewajarnya kita menantikan natijah jika memilih salah satu aliran takrifan ini. Secara umumnya kita mengetahui bahawa ulama' menekankan agama sebagai suatu kepercayaan. Pemikir barat dan daripada agama yang lain juga menekankan agama adalah suatu 'ritual' dan kepercayaan yang menjuruskan dan menjustifikasikan kehidupan manusia kearah 'sesuatu'. Kamus Random House mentakrifkan agama sebagai " satu set kepercayaan-kepercayaan mengenai sebab, sifat dan tujuan alam terutama sekali yang dikaitkan dengan pembentukan kuasa luar biasa, biasanya melibatkan penyembahan dan upacara atau amalan tertentu dan lazimnya mempunyai kod akhlak bagi menentukan hal-ehwal kemanusiaan".

 

Bagaimana pula takrifan yang digagaskan oleh Islam sendiri? Dalam takrifan sebenar Islam, Islam dipandang sebagai sesuatu yang 'selamat', sejahtera, sebagai agama nasihat, islah dan pemugaran sistem akhlak agar mengikut lunas yang lebih baik. Tetapi kesemua takrifan berkenaan Islam yang berbaur kemanusiaan ini, yang berunsur praktikal ini, yang kelihatan sebagai suatu cara hidup ini, telah dilibatkan hanya sebagai kepercayaan individu dan bukan. Kepercayaan adalah suatu yang abstrak untuk diidentifikasikan pengamalnya walaupun ada yang meminum arak mengatakan bahawa saya percaya akan dosa minum arak tersebut. Hal inilah yang mendesak umat Islam sehingga takrifan dan syariah itu kelihatan sebagai suatu yang bersifat kepercayaan semata-mata. Lantaran itu liberalisme mampu memasuki dan menerobosi pintu hati manusia sehingga menjadi agen memurtadkan masyarakat Islam.

 

            Sebenarnya cara pengajian dan penyebaran Islam di era abad ke-18 dan 19 dahulu adalah berbentuk sempit dan mengalami kemunduran daya untuk memaparkan Islam sebagai suatu pakej yang mudah dan praktikal. Ingin mempelajari Islam memerlukan 10 tahun menadah kitab, belajar pula wajib berguru dan bersanad, dilarang meneliti mazhab lain sekiranya kita bukan bermazhab tersebut, dianjurkan bertaqlid dan lumpuhnya ruh kehidupan di dalam ajaran ulama' lantaran Islam dilihat sebagai agama khusus untuk 'kematian', akhirat dan bukannya untuk kehidupan manusia. Mnausia tidak tertarik untuk mati. Mereka ingin hidup. Unsur chauvinisme gender juga berlaku dalam pengajian sehingga lelaki sahaja kelihatan sebagai objek perbahasan agama. Lantaran itu munculnya Muhammad Abduh sebagai reformis yang mengekstrak nilai dan sistem-sistem yang praktis daripada khazanah fiqh, akhlak dan aqidah umat Islam. Kehadiran pemikir dan mujaddid agung Al-Imam As Syahid Hassan Al-Banna telah mewarnai dunia arab dengan takrifan Islam yang syumul dan sempurna. Kehadiran beliau sebenarnya bukanlah membawa suatu Islam yang baru. Tetapi dakwah beliau adalah dakwah lama, gagasan lama, unsur yang lama tetapi dengan nada yang baru.

 

            Apabila Islam hanya dikaitkan dengan kepercayaan, ia mula dipandang murah. Murah kerana dilihat sekadar memberi kepuasan kerohanian semata-mata tanpa menyelesai langsung permasalahan seharian. Sebaliknya Islam juga akan dipandang sebagai indikator ketat terhadap permasalahan harian dan akhirnya mereka meminggir langsung agama dalam kehidupan.

 

Sekularisasi bukan sekadar menyerang atau memadatkan agama ini sehingga hanya bersifat 'teological view' atau nilai ketuhanan semata-mata, sebaliknya juga cuba menghakis nilai aqidah sebenar. Aqidah yang berteraskan hubungan vertikal (hablum min Allah) sebenarnya akan memanifestasikan gerak laku masyarakat yang terarah dan semestinya membawa kepada anjakan sosial secara Islam. Mari kita merenung semula. Apakah kepercayaan sebenar kita kepada Islam? Islam agama semasa mempelajari Al-Quran? Muqaddam? Pendidikan Islam di sekolah KAFA? Atau pun Islam adalah agama semasa perkahwinan? Agama kematian atau agama perasmi sesuatu majlis rasmi negara ini? Dan adakah Islam sekadar apabila kita berada dalam kerangka formaliti institusi Islam semata-mata? Seperti jika berada dalam pergerakan Islam? Dan apabila berada dalam suasana tidak Islam, istilah uzlah syu'uriyyah, istilah takiyyah dan sebagainya menjadi perisai kita untuk melindungi 'aqidah' dan 'iman' kita?

 

Adakah berada dalam suasana itu kita tidak berada dalam suasana Islam? Suasana Islam hanya apabila ada majlis ilmu, majlis ceramah atau dihadiri semata-mata oleh golongan tudung labuh? Kopiah dan kain pelekat? Adakah itu indikator majlis Islam? Pada saya dimana kita berada di situ ada Islam. Sama ada materi suasana (seperti manusia, objek, haiwan atau pengurusan alam) mengikuti Islam atau tidak. Jika ada semangat inilah baru kita tahu apa itu dakwah dan bukan berniat 'menyamar' apabila berada dalam suasana tidak Islamis (mengikut perspektif sesetengah pihak).

 

Mari menilai pula implikasi jika Islam dikatakan hanya bersifat kepercayaan tanpa mempunyai nilai pemikiran. Apabila seseorang ingin berbahas perihal intelek, mereka tidak dapat lari daripada penguasaan akal mendominasi dogma atau doktrin. Intelek yang realis tidak menerima sesuatu perkara jika tidak kena dengan semangat kebenaran, kebebasan berfikir dan kebebasan menakul. Islam mempunyai batasan dalam berfikir. Tetapi bagaimana pula umat Islam akan maju jika mereka tidak berjaya berfikir secara bebas?

 

            Dalam Al Quran, perkataan ilmu dan hikmah digunapakai dan membawa nilai yang berbeza. Ilmu adalah perkara asasi untuk membezakan tahap seseorang. Ilmu adalah gesaan awal Jibrail AS kepada Nabi Muhammad SAW sebagai tanda bahawa tiada lain, ilmu adalah perkara pokok kepada pemacuan kehidupan insan. Ilmu tabiiy tidak sama dengan ilmu yang diproses melalui akal. Ilmu tabiiy (al-Hawas) atau yang diperolehi melalui reseptor, pancaindera adalah sesuatu yang semulajadi dan juga dimiliki oleh haiwan. Akan tetapi ilmu yang melalui proses akal hanya boleh digunapakai oleh sesetengah makhluk sahaja seperti manusia. Manusia yang menggunakan akal, yang berakal dan berfungsi akalnya sahaja yang layak mendapat taklif syarak (bebanan tanggungjawab seorang mukallaf). Apabila melalui medium akal ini, ilmu akan diproses oleh suatu mekanisme iaitulah pemikiran. Daripada pemikiran yang sihat dan sahih ini (memerlukan latihan dan pendidikan), maka ilmu akan bertukar menjadi hikmah atau sesuatu yang bermanfaat. Maka turutan al-Ilm – al-Aql – al-fikr – al-hikmah merupakan suatu rantaian pemprosesan demi mendapat hidayah 'agama' yang Allah hanya berikan secara selektif. Justeru perlu difahami, intelektual adalah menjadi amalan kita sama ada sedar atau tidak sekiranya kita lahir sebagai seorang manusia. Walaupun begitu, tahap intelek ini masih terlalu rendah berbanding pemikiran-pemikiran uzma yang diperlukan untuk membina ketamadunan Islam. Di sinilah bermulanya problema manusia apabila Islam menjadi agama yang dikatakan berteraskan pemikiran. Berfikir dengan menolak nilai kepercayaan yang teguh (yang wajib dipercayai) akan membawa manusia ke lembah kehancuran dan kesesatan. Lantaran itulah terlalu ramai pemikir Islam terjerumus ke alam sesat apabila akal mendominasi doktrin Al-Quran dan Al-Hadis. Kebebasan akal daripada doktrin dan dogma adalah asas bagi intelektualisme acuan Yunani. Tetapi golongan sebegini tidak akan menikmati pemprosesan mendapat hidayah 'agama' yang akan memandu hasil kerja pemikiran mereka ke arah yang baik. Inilah kekurangan mereka.

Firman Allah,

"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam;" (27)

 "Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun"(28)

(Al-Fatir : 27-28)

 

            Kalimah al-Aziz (perkasa) dan kalimah al-Ghafur digandingkan dalam akhir ayat di atas selepas Allah mengatakan bahawa setiap golongan berilmu pasti takutkan Allah. Mereka berfikir, meneliti alam, membuat kesimpulan, mengeluarkan kenyataan hasil hepotesis dan penakulan mereka, maka mereka seharusnya memohon ampun daripada Allah, agar kenyataan dan penelitian mereka tidak bercanggah dengan ilmu Allah yang 'inkisyaf' (meliputi seluruhnya). Bagi saya, meneliti menggunakan ikhtiyar 'nazarah' (pemerhatian dan pemikiran) untuk mencapai kebenaran akan juga membawa kita kepada kesilapan membuat tafsiran. Kesilapan yang mungkin mengeluarkan kita daripada orbit hidayah Allah. Maka perlu kita kembali kepadanya. Allah adalah yang perkasa, hebat akan tetapi juga pengampun yang terbaik.

 

            Jelas di sini, Islam adalah suatu kepercayaan yang mengikat. Tetapi bukanlah pengikatan yang bertindak sehingga manusia hilang kudrat kehidupan. Manusia perlu berfikir samada demi menambahkan keimanan atau mencari cara hidup di muka bumi. Islam juga adalah agama pemikiran. Islam boleh memandu manusia meneliti hikmah alam sarwajagat ini melalui sistem kepercayaannya. Jelas pada kita, tafsiran sempit atau pertembungan dikotomi kepercayaan-pemikiran berkemungkinan dihasilkan oleh golongan yang sempit atau disempitkan oleh anasir luar yang bencikan kebangkitan Islam. Islam sebagai agama pemikiran bukan bermakna ianya boleh diwacanakan sesuka hati secara anjal. Islam tetap ada kepercayaannya. Inilah kepercayaan saya.

 

Muhammad Nuruddin Bashah

Kejuruteraan Bahan

Universiti Malaya

2006


Posted at 04:49 pm by Pendita Bitara

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< August 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed