Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Thursday, August 03, 2006
Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam

Memahami Unsur Dan Ciri-Ciri Negara Islam.

Muhammad Nuruddin Bashah

Universiti Malaya

 

1.0     Pendahuluan

 

Seringkali masyarakat Islam tertentu keliru dengan gagasan untuk membina sebuah negara Islam berdaulat memandangkan tiada dalil yang tepat dan jitu berkenaan persoalan ini. Kita sememangnya tidak akan menjumpai kalimah 'daulah', 'bilad Islamiyyah', atau kemerdekaan sesebuah negara. Tetapi Al Quran mengandungi terlalu banyak dalil yang sebenarnya kait-mengait, serta membawa 'al isyarah' bagi permasalahan ini. Terlalu banyak perkara yang perlu dinilai apabila seseorang ingin menolak konsep daulah dan pemerintahan Islam.

 Penolakan Ali Abdul Raziq terhadap sistem politik Islam telah membawa suatu polemik yang hebat memandangkan idea beliau berada dalam masa kemuncak kebangkitan pemikiran siasah syariyyah di timur tengah. Penulis tidak menolak mentah penulisan beliau dalam bukunya Al Islam Wa Usul Hukm memandangkan penulisan beliau sebenarnya adalah bertujuan sebagai timbang tara bagi idea agresif pembinaan negara Islam dalam keadaan yang tidak terkawal atau tersusun walaupun banyak ideanya yang penulis sendiri tidak bersetuju. Sebenarnya kebangkitan untuk membina negara adalah memerlukan usaha yang meliputi keseluruhan ruang apabila dalil-dalil 'isyarat' Al Quran kita renungi. Alangkah ruginya apabila kita yang telah lama meneliti dalil-dalil ini tetapi tidak tahu kaitan dan kesinambungan amalnya yang semestinya menjuruskan kepada pembinaan sebuah negara Islam berdaulat.

 

2.0     Dalil utama Negara Islam

 "Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan."

(Surah Al Hajj : 41)

 

Ayat diatas merupakn dalil utama berkenaan tugasan melaksanakan politik Islam melalui pembinaan negara. Mengapa perlunya negara? Selepas beberapa evolusi sosiologi masyarakat, manusia berubah cara sosialnya daripada cara masyarakat desa ( al-Qaryah) yang sememangnya bermula pula daripada masyarakat nukleus iaitu keluarga ( al-Manzil). Evolusi berterusan sehingga hadirnya negara  kota seperti Athens, Sparta, kerajaan Indus kuno, Mekah dan Madinah sebagai contoh. Negara kota ini pula akhirnya berkembang kepada suatu entiti yang mejangkaui sempadan asal sesuatu masyarakat iaitu negara bangsa (nation-states). Emperialis dan kolonialis telah merombak peraturan asal sesuatu bangsa yang dijajah sehingga kini terhasilnya pelbagai negara yang berasaskan nilai kebangsaan samada satu bangsa (uni-race) atau pelbagai bangsa (multi-races)

 Istilah penguatan atau peneguhan yang Allah janjikan kepada golongan tertentu untuk melaksanakan peranan khalifah itu telah dijelaskan di dalam ayat ini secara umum. Namun tulisan ini cuba memperincikan nilai politik kenegaraan yang terselindung di sebalik ayat ini.

                Kita melihat dimana ayat ini merujuk kepada manusia atau golongan tertentu. Hal ini membuktikan bahawa siasah atau politik adalah diletakkan perbahasannya kepada manusia. Manusia yang bersiasah serta manusia juga yang mengalami siasah tersebut. Manakala haiwan, tumbuhan dan alam sekitar pula adalah peralatan siasah manusia. Kemakmuran adalah matlamat siasah manusia.

                Al-Farabi berkata "Setiap seorang dari manusia itu menurut fitrahnya berkehendakkan kepada masyarakat untuk mencapai kesempurnaan yang terbaik. Ia tidak mungkin dapat menyelesaikan semua perkara dengan dirinya sendiri. Ia berhajat kepada kaumnya, yang mana tiap-tiap seorang dari mereka itu boleh menyelesaikan apa-apa yang dihajati".

                Pluto berkata "at a start, a city or state in my opinion, comes into being because no one of us is enough in himself. Every men is dependent on other man".

 

                Menurut al-Farabi, segala kebaikan dan kesempurnaan hanya dapat dicapai dengan perantaraan negara yang dijalin oleh kombinasi masyarakat atau rakyat yang hidup serta bekerja hanyalah untuk negara itu sahaja. Dan kebaikan serta kesempurnaan itu pula pada hakikatnya akan tercapai dengan adanya ikhtiyar dan iradah manusia. Negara yang mempunyai sikap tolong menolong sahaja yang akan mencapai tahap 'Madinah Fadhilah' (negara yang baik). Manakala prasyaratnya pula adalah sikap ta'awun (tolong menolong). Sikap taa'wun (Surah Al-Maidah ayat 2) inilah yang membantah teori persaingan sesama manusia dengan mementingkan diri sendiri seperti yang dianjurkan oleh cara hidup kapitalis. Juga menolak teori class-struggle yang digagaskan oleh Karl Marx. Setiap kelas masyarakat (jika masyarakat itu berkelas) perlu bekerjasama atas nilai yang serupa iaitulah mencapai kebahagiaan. Kebahagiaan pula perlulah diterjemahkan atau ditafsir melalui aspirasi Islam yang tepat.

 

                Politik atau siasah Islam meletakkan beberapa asas yang berbeza dengan asas politik lain. Sebenarnya politik itu adalah fitrah dan rutin manusia walaupun tidak didisiplinkan ilmunya. Akan tetapi di celah pengamalan politik manusia sejagat itu, disiplin nilai politik Islam mula mengisi ruang apabila munculnya pelbagai ulama' 'celik' seperti Al-Mawardi, Imam Hanafi, Ibnu Taimiyyah, Al-Ghazali serta tokoh falsafah seperti Ibnu Khaldun dan Al-Farabi. Secara umumnya politik Islam adalah berteraskan;

·          Al Uluhiyyah iaitu menjadikan tuhan sebagai matlamat politik. Sayyid Qutb berkata " politik adalah tasawwur rabbani datang daripada Allah. Ia mempunyai pelbagai keistimewaan yang tersendiri".

·          Al-Risalah iaitu politik kita adalah berkesinambungan kepda praktikal para nabi-nabi sebelum ini. Setiap para nabi adalah juga bertindak selaku pemerintah dan pengiat sosial dalam usaha membawa risalah mereka. Namun kerencaman politik kini mengkehendaki kita mengeluarkan teori politik yang lebih tersusun dan semestinya tidak melupakan Al-Quran dan Al-Hadis sebagai rujukan.

·          Al-Khilafah iaitu pundak tanggungjawab politik terletak pada manusia yang bergelar khalifah. Bermula daripada Nabi Adam AS sehinggalah zaman ini, manusia tidak boleh terlepas daripada tanggungjawab memakmurkan alam dengan nilai Islam. Politik adalah jalan untuk mencapai nilai tersebut.

 

Daripada ayat dalil utama di atas, kita dapat mengambil beberapa ciri yang perlu dilaksanakan apabila kuasa berada pada tangan kita selaku khalifah.

·          Mendirikan solat

·          Memberi zakat

·          Menyuruh perkara kebaikan

·          Melarang perkara buruk

·          Berserah segala urusan kepada Allah

Perlu ditegaskan bahawa, elemen ini adalah bersifat umum dan abstrak selagi tidak dibahaskan secara terperinci. Setiap elemen ini mempunyai maksud dan tujuan yang mendalam lebih daripada yang terzahir di dalam kalamullah ini.

 

               

3.0     Unsur ubudiyyah terhadap Allah SWT (mendirikan sembahyang).

Sewajarnya kita memahami tujuan bernegara, tujuan berpolitik serta mengurus alam adalah semata-mata untuk membawa manusia ke arah perhambaan kepada pencipta alam maya ini. Hal ini jelas di dalam ayat di bawah.

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

 Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu"

(Surah Az Zariyat : 56-57)

Tujuan beribadah bukannya untuk meningkatkan kekuasaan Allah kerana kekuasan Allah tidak akan berkurang atau bertambah. Tetapi perhambaan itu adalah sesuatu yang wajar dan adil memandangkan kekuasaanNya yang berlipat kali ganda.           

 

4.0     Mengembalikan uluhiyyah kepada Allah SWT (mendirikan sembahyang).

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir!

 Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

 Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

 Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

 Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

 Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku".

(Surah Al kafirun : 1-6)

 

Ayat di atas menerangkan berkenaan tujuan hati adalah mengesakan Allah selepas kita mengetahui tujuan perhambaan. Negara yang syirik serta negara yang membawa kerosakan adalah terdapat empat jenis seperti yang dinyatakan oleh al-Farabi.

·          Al-Madinah al-Jahiliyyah (negara yang jahil percaturan politiknya)

·          Al-Madinah al-Fasiq (negara yang kejam dan jahat di muka bumi)

·          Al-Madinah al-Mubaddilah (negara menyeleweng kerana tiada asas dan ideologi yang tetap)

·          Al-Madinah ad-Dhallah (negara yang sesat lantaran keilmuannya menjadi racun kepada rakyatnya pula)

Dalam konsep kenegaraan kini, negara-negara yang menafikan uluhiyyah adalah seperti;

·          Al-Madinah Al-Baddalah (negara kapitalis yang mementingkan harta dan wang)

·          Al-Madinah al-Taghallub (negara imperialis yang kejam serta rakus untuk meluaskan jajahan mereka)

·          Al Madinah Al Jamai'yyah (negara anarki iaitu negara yang bebas serta mahukan sama taraf di kalangan rakyatnya)

 

5.0     Unsur hakimiyyah ketuhanan ( amar ma'ruf nahi mungkar dan kembalinya urusan kepada tuhan)

Daripada dalil induk tulisan ini, maka tuntutan amar ma'ruf dan tegah kemungkaran akan menghendaki manusia agar melibatkan diri dengan politik Islam. Legislatif, eksekutif dan kehakiman Islam perlu dijulang kembali. Persoalan cara untuk menjulang syariah ini adalah berdasarkan kehendak setempat dan masa. Terdapat negara tertentu yang tidak perlu dipugar sistem rasminya, tetapi cukup dengan hanya membawa aspirasi Islam dalam penekanan kehakiman, pentakrifan akta-akta serta badan pelaksana yang tidak bercanggah dengan Islam. Hal ini mungkin kontradiksi dengan madrasah pemikiran Sayyid Qutb serta madrasah Al Maududi yang menekankan pemugaran total sistem yang berasaskan ideologi barat kerana dikaitkan dengan karat jahiliyyah moden. Tetapi pada penulis, jika dikaji dnegan mendalam pemikiran Sayyid Qutb melalui bukunya Maalim fi al-toriq, menyatakan bahawa kemajuan dan pacuan arus moden yang asal pada sesebuah negara tidak perlu dihentikan apabila Islam memerintah. Sebaliknya ruh dan semangat Islam yang diserapkan dalam setiap elemen sesebuah negara. Jelas menunjukkan pemikir Islam itu sendiri adalah relevan dengan setempat dan semasa dunia Islam hari ini.

 

" Ikutlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu"

(Surah Al A'raaf : 3)

                Dalam mengurus bumi, Allah selaku pencipta kita juga menyelitkan manhaj atau sistem yang teratur untuk kita (rujuk Al Maidah ayat 48). Sistem yang digubal Allah bukan sekadar meliputi kehakiman seperti yang didogmakan di serata dunia. Sistem yang Allah sediakan meliputi seluruh alam, sistem biologi, ekosistem, sistem kestabilan planet dan sebagainya. Namun begitu, terdapat sistem yang sebenarnya diizinkan Allah mampu dikawal oleh kudrat manusia iaitulah moral, hak-hak kemanusiaan, kehakiman, pemerintahan dan sebagainya. Di sinilah tugas khalifah berakal untuk memainkan peranan mereka.

 

"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan".

(Surah An Nisa' :135)

                Ayat An-Nisa' di atas mencirikan aspek keadilan bagi manusia yang diberati dengan tanggungjawab sosial. Setiap manusia sebenarnya mempunyai bebanan sosial yang semulajadi kerana manusia hakikatnya tidak akan bersendirian. Al-Farabi menegaskan bahawa, manusia akan mati jika tiada hubungan seranta yang menyediakan prasarana sosial yang sempurna. Maka sistem kehakiman Islam adalah manifestasi kepada tuntutan amar ma'ruf dan tegah kemungkaran dalam usaha meneruskan misi kemanusiaan sejagat bagi sesebuah negara.

               

6.0     Kestabilan sosial melalui keadilan ekonomi (memberi zakat).

Zakat adalah saranan umum Al-Quran apabila Allah ingin memerintahkan kita menstabilkan ekonomi dunia. Zakat adalah lambang keadilan sosial di samping setiap faqir miskin perlu diberikan peluang untuk berdikari. Ekonomi Islam perlu diserapkan perlahan-lahan dalam setiap bank konvensional secara teratur. Kebanyakan ideologi barat yang ekstrim adalah berpunca daripada ketidakstabilan ekonomi. Banyak juga pemikiran barat yang lantang menggunakan natijah ekonomi sebagai sebab atau justifikasi pemikiran mereka. Lantaran itu Islam dengan saranan 'hublum min an-nas' menggagaskan teori pemerintahan Islam yang semestinya membawa pengurusan ekonomi di dalam pakejnya. Contoh-contoh banyak menunjukkan kegagalan sosiologi ala barat seperti pengalaman penyelidikan serius di Chicago dan New York serta kes-kes jenayah di Soviet Union (Connor, 1972). Sosiologi moden telah menerangkan agama berdasarkan kepada pengalaman di dalam sistem gereja dan dilemma perbezaan pendapat di dalam agama Kristian. Selalunya teori perubahan sosial adalah berasaskan industrialisasi dan modenisasi di Eropah dan Amerika Syarikat.

 

7.0     Kestabilan sosial melalui pengurusan masyarakat yang efektif (Amar ma'ruf).

Kestabilan sosial adalah tercapai jika formulasi Islam digunakan. Secara umumnya Islam menetapkan dalam rangka kerja menstabilkan sosial iaitu melalui penguatan sistem kemasyarakatan di dalam sesebuah negara.  Pertamanya badan-badan berwajib perlu dibangun melalui semangat untuk membantu rakyat dan bukannya untuk dijadikan sebagai sumber pendapat negara semata-mata melalui denda, cukai dan sebagainya. Hal inilah yang banyak menimbulkan kerosakan sosial apabila wang dan material dijadikan materi dalam pentadbiran. Negara perlu melatih setiap warganya agar berdikari dan tidak menyusahkan rakyat yang lain. Tetapi bukan pula penekanan aspek individualisme yang berlaku dalam hal ini, sebaliknya berdikari dalam usaha meningkatkan kemakmuran negara. Negara yang berkocak dalamannya semestinya akan menggagalkan misi perhubungan seranta multilateral, samada melibatkan hubungan diplomatik, perjanjian keselamatan ataupun ekonomi serantau. Maka disinilah aktor-aktor negara perlu diacu agar menjadi manusia yang menyumbang kepada kemakmuran negara melalui usaha berdikari yang sahih dan tidak menindas manusia lain.

 

Keduanya negara perlu menyediakan kemudahan rakyat untuk menerima zakat, nafkah dan saraan daripada pihak waris atau daripada baitul mal sendiri. Inilah praktikal Nabi SAW apabila isteri Abu Sufyan mengambil harta (nafkah) secara sembunyi-sembunyi daripada jubah suaminya apabila si suami terlalu kedekut. Dengan kuasa baginda sebagai pemerintah, Baginda mengatakan bahawa perbuatan mengambil harta tersebut adalah sesuatu yang hak. Negara juga perlu menyediakan peluang pekerjaan yang baik serta adil dengan taraf pendidikan rakyat.

 

8.0     Membina institusi dakwah secara bersepadu (Amar ma'ruf Nahi Mungkar)

Walaupun tanggungjawab dakwah dan pemberian kefahaman Islam adalah diberati kepada semua penganut Islam, tetapi sebagai sebuah negara Islam, pentadbir negara perlu membina institusi dakwah dan kefahaman Islam yang tulen, sederhana serta praktikal. Institusi dakwah ini juga menjadi badan yang mengawal fahaman jalur-jalur pemikiran yang pelbagai dalam dunia Islam hari ini. Segala perselisihan fahaman dan berlainan tafsiran terhadap sesuatu isu perlu diselaraskan oleh badan-badan ini secara berkarisma dan sederhana. Perlu diketahui bahawa penegasan amar ma'ruf dan pencegahan mungkar perlu ditangani dengan kesedaran dan suasana yang sesuai. Tugas pemerintah adalah menyediakan prasarana dan kondisi berkenaan. Ikon negara yang keras dan hanya menggunakan kehakiman dalam menangani jenayah adalah suatu imej yang berlawanan dengan semangat islah Nabi SAW. Dibawah penulis membawa dua aspek yang perlu diberikan penekanan oleh sesebuah negara jika inginkan suasana dakwah yang seimbang.

 

8.1     Pengurusan madrasah ilmiah (mendirikan solat)

"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah".

(Surah At Taubah : 122)

                Ayat di atas menegaskan peri pentingnya sistem keilmuan dikawal dan diurus secara efektif. Dalam mana-mana negara yang musnah akibat peperangan sekalipun, adalah tidak wajar mengenepikan aspek pendidikan sama sekali terutamanya dalam bidang keagamaan. Tunas-tunas muda negara perlu dididik demi kesinambungan risalah Islam. Politik Islam tidak sama sekali mengenepikan aspek ini. Di dalam dalil induk, kita melihat tuntutan menunaikan solat adalah suatu tuntutan yang memerlukan generasi yang berilmu dan bertaqwa. Jelas sekali justifikasi mengutamakan pendidikan sebagai suatu agenda tetap negara Islam.

 

8.2     Hiburan Islamik, filem dan ikon yang baik (Amar Ma'ruf). 

Hari ini dilema kepada kebangkitan Islam adalah, adakah Islam boleh meraikan golongan artis serta masyarakat seni di sesebuah negara Islam? Adakah Islam masih membenarkan rakyatnya meneruskan nilai fitrah semulajadi mereka iaitu gemarkan hiburan? Adakah memerangi hedonisme akan berjaya dengan mengharamkan terus segala industri muzik, seni pentas dan perfileman di sesebuah negara?

                Sebenarnya fitrah manusia ini boleh dimanipulasikan ke arah kebaikan dan hiburan boleh dijadikan bahan motivasi dalam pembelajaran, penerapan nilai mulia, mesej nasihat serta memaparkan realiti nilai kemanusiaan melalui filem-filem bermanfaat. Maka konsep penyuruhan ke arah maaruf (kebaikan) perlulah divariasikan melalui kaedah yang menarik. Ijtihad yang realiti dan meraikan sikap majoriti ini perlu dikaji semula. Penulis tidak berupaya mengeluarkan fatwa, namun sekadar mampu untuk menyuarakan pendapat agar kita kembali meneliti semula perbahasan ini. Pada pandangan penulis, kebangkitan ke arah menegarakan Islam memerlukan tinjauan terhadap perkara sebegini kerana setiap keluarga tidak boleh menafikan bahawa mereka tidak sukakan hiburan.

 

9.0     Membina sistem keselamatan, polis dan ketenteraan yang mendokong aspirasi agama (diberikan kuasa memerintah bumi).

Untuk membina negara Islam, sistem keselamatan dan ketenteraan perlu dipegang dengan kuat oleh pemerintah. Hal ini adalah bertujuan mengelakkan kejadiaan 'bughah' (penderhakaan) kepada kerajaan apabila sistem kehakiman Islam di jalankan. Kita melihat dalam sejarah Islam, Saidina Abu Bakar terpaksa menggunakan ketenteraan Islam untuk menghancurkan golongan murtad. Atas desakan ini menyebabkan Saidina Umar kemudiannya membina sistem pekerjaan tetap bagi anggota keselamatan dan ketenteraan.

       Sistem keselamatan bandar yang dipegang oleh polis perlu diterapkan nilai Islam agar bebas daripada rasuah, penyelewengan, kronisme kerana badan inilah yang menentukan kemakmuran dan keamanan. Adab sopan dan sikap mulia perlu dijadikan materi utama pembinaan keselamatan bandar kerana mereka saban hari berurusan dengan masyarakat. Daripada dalil induk dapatlah kita memahami bahawa peneguhan kuasa yang Allah berikan kepada golongan yang 'terpilih' ini memerlukan unit sokongan yang juga mendokong aspirasi politik Islam.

 Keamanan adalah asas dan dasar kepada kehidupan di dalam Islam sementara peperangan hanyalah satu perkara keperluan, iaitu apabila  di sana tidak ada jalan lain atau jalan alternatif. Islam diturunkan oleh Allah untuk memberikan kedamaian fikiran dan kesejahteraan kepada individu dan manusia secara keseluruhannya, agar manusia dapat hidup dengan aman dan tenang di atas muka bumi.

 

10.0 Penutup

    Sebelum memahami kepentingan pembinaan sesebuah negara, adalah perlu pembaca sekalian meneliti dahulu keseluruhan aspek syariah Islam bagi melihat kesempurnaannya. Syariah Islam tidak boleh dilakukan dengan aman dan secara menyeluruh jika tiada badan, institusi atau negara yang menjaga syariah, membantu menyebar syariah serta mengawal kerosakan sosial bagi tujuan perhambaan yang sempurna. Konsep memperjuangkan furu'-furu' Islam sahaja dengan mengenepikan keseluruhan ajarannya menyebabkan ramai yang menolak konsep bernegara secara Islam. Mereka menyelar bahawa politik itu kotor. Sikap bacul sebegini perlu diperangi kerana mereka tidak mahu menyingkap Islam secara jujur dan telus. Walaupun begitu, golongan yang hanya melihat Islam secara makro akan hanya memperjuangkan negara Islam tanpa meneliti intipati sesebuah negara, masyarakat dan sistemnya secara terperinci. Hal ini juga boleh mengundang kepada perbalahan politik yang berpanjangan dan perjuangan yang tidak efektif.

 

Rujukan;&


Posted at 02:54 am by Pendita Bitara

Aman
May 1, 2013   10:24 PM PDT
 
Alhamdulilah, walaupun panjang ia menepati topicnya. sememangnya, jika kita ingin melaung2 menjadi negara islam, semestinya kita faham unsur2 and ciri2 yg melayakan sesuatu wilayah sebagai negara islam. Ramai tertumpu pada hudud saja, tanpa menilai elemen2 dasar. terima kasih.
=D
March 8, 2007   10:37 PM PST
 
Panjang Sangat x larat baca
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< August 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed