![]() Pendita Bitara bukan suatu evolusi yang pasif... PERJUANGAN BAHASA MELAYU Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita. (Pendita Bitara) RENCAH HIDUP Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar. Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan. Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian. Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup. Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?” ( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih) Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani A. Samad Said (sasterawan Negara) Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017
PENTAS KAJI BUKU LANDSKAP SIASAH SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ) JAISYU MUHAMMAD
Utusan Berita Harian Harian Metro Buletin Malaysiakini Marhaen
saifulislam Abdul Hadi Bin Alias (UTP) Lirik Nasyid (Sahabatku Amni) Puisi Nurani Lindungan Bulan Along Effendi Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni) Mujahidah UIA Diari Mujahid UBU Fathi Reformist Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)
PAS Ikhwanul Muslimin KEADILAN JIM KERSANI training Terengganukini Persatuan Ulama' PAKSI
Bahan Tarbiah Biografi Ulama' dan Tabiin Komik dakwah Sirah nabi berserta nota dan peta-peta Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam) Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi) Rujukan Fiqh dan Syariah Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room) nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini.... Mari Kenal Ulama' Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku Ummah Muslimin MyKULIAH(MP3) Rujukan Al Quran Rujukan Hadis-hadis Fatwa Al-Qaradhawi Cintailah buku dan Bahasa kita Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..
PMIUM bersamamu... ISIUKM PMIUTM Gegar Selatan PKPIM Ikatan Persaudaraan Jepun Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian
online hits since 21 April 2006 |
|
Mahasiswa perlukan perenungan sejenak Mahasiswa..perlu perenungan seketika. Mahasiswa kini dikatakan mula menunjukkan kukunya semula. Mahasiswa mula menggugat kembali seperti era 60an nya. Mahasiswa mula diperhatikan suaranya di celahan penindasan terhadapnya. Benarkah ungkapan-ungkapan ini? Sejauh mana kebenarannya? Apa nilai empirical atau hitam putih bagi ungkapan ini? Penulis Apabila tekanan mula diperkenalkan oleh pihak universiti dalam usaha mengekang sokongan tidak langsung mahasiswa kepada kejatuhan pengaruh mendadak kerajaan sekitar 1999, mereka mula menyusun strategi lebih berbisa dalam mengukuhkan lagi akta AUKU yang telah dipinda beberapa kali demi melihat kawalan secara langsung bermula. Bagi penulis sendiri, Universiti Malaya mula dikawal secara langsung, suara, pergerakan, aliran wacana keilmuannya sejak 2003. Dan impaknya bukan sekelumit tetapi turut merasuk kepada beberapa kampus lainnya. Manusia adalah rencam dan abstrak. Manusia susah dikenali sikapnya. Apabila asakan reflektif mahasiswa kepada tekanan berlaku kini, kita melihat refleksi tersebut adakalanya berlaku secara tidak tersusun dan terancang. Adakalanya pada pengamatan penulis terlalu disusun dan diawasi sehingga seolah-olah menafikan perubahan persekitaran dan isu adalah melalui disiplin sains social yang bukan ala robot kelakunya. Gerakan mahasiswa di sesetengah tempat kelihatan menganggap isu besar yang berlaku di kampusnya sebagai rahmat besar sehingga dimanipulasi semaksima (bukannya secara optima) dan natijahnya, mahasiswa letih, hilang idea, tertekan, dan pihak atasan mula mengesan modal dan pola gerak kerja gerakan tersebut untuk akan datangnya. Alangkah ruginya. Manipulasi semberono sebegini sebagai contoh perlu dilihat kes Pilihanraya kecil Sanggang dimana manipulasi berlebihan isyarat lucah MB Pahang waktu itu. Apakah keputusannya? Disinilah perlunya perenungan semula. Perenungan lebih besar daripada kosep muhasabah atau post mortem ala gerakan Islam konvensional; marah-marah, salah menyalah dan memesong pemikiran selangkah-demi langkah ke belakang! Perenungan ini adalah salah satu konsep berundur 2 langkah demi 3 langkah akan datang. Melihat kembali kerencaman manusia atau mahasiswa semasa sebagai matlamat perjuangan serta sejauhmana sokongan golongan mahasiswa lain kepada kelompok gerakan mahasiswa. Perlukah disebut gerakan mahasiswa atau gerakan segelintir mahasiswa? Anda lebih maklum. Perenungan adalah sebagai ulang tayang pola gerakan mahasiswa dalam 3 hingga 5 tahun kebelakangan ini untuk menklasifikasi elemen dan bentuk gerakan yang berlaku saban tahun. Adakah ianya reaktif, proaktif atau sekadar mempergunakan isu persekitaran sebagai taruhan utama mahupun sampingan. Perenungan mengelakkan kita melanggar tembok berulang kali, badan sakit, tembok tak runtuh. Keruntuhan tirani yang telah lama berakar umbi ini amat perlu direncanakan secara teratur dengan disusuli dengan gerak kerja berterusan. Sedangkan Nelson Mandela mengambil masa sehingga 30 tahun untuk emmebbaskan negaranya, inikan pula kita dimana pemimpin silih berganti saban tahun. Gerakan mahasiswa yangkininya didominasi oleh kelompok Islam (sejak 80an) perlu melihat semul pola masyarakat sekeliling. Masyarakat kini bukan sepeti era 60an serta 70an. 60an tandanya adalah jambul di kepala, seluar ketat dan skuter sebagai symbol. 70an pula dikenalpasti dengan baju berkolar besar serta berseluar lebar. Era 80an dipelopori oleh fesyen rambut lebat di hadapan, Apabila pihak Universiti mewajibkan mengundi, ianya sebenarnya merupakan ancaman terbesar kepada gerakan mahasiswa Islam. Kenapa? Kerana gerakan ini sebenarnya adalah kelompok bersilat di gelanggang sendiri, di tonton oleh orangnya sendiri dan disokongi oleh penyokognya sendiri. Pentas ala eksklusif ini terhasil secara tidak disedari. Lebih 60% warga kampus yang sebenarnya tiada pemimpin kerana sebenarnya mereka tidak pernah mengambil tahu perihal MPP dan mereka juga disisihkan oleh pemimpin mahasiswa. Kewajipan mengundi kepada mahasiswa menyebabkan mereka tanpa ikhlas mula mengundi dan mereka hanya akan mengundi sesiapa yag kelihatannya dominan dan memperlihatkan kecenderungan dogmatic. Semestinya pihak lawan gerakan mahasiswa Islam. Jadi dimanakah letaknya kelopok ini sejak 20 tahun yang lalau? Jawapannya mereka tiada tempat dalam percaturan kampus. Mereka tidak berpeluang menunjuk aspirasi dan keinginan mereka. Mereka mudah diperkotak katik. Kini? Sekarang mulalah kita membahaskan kelompok ketiga ini sebagai sasaran. Gerakan yang bijak pula kelihatan mula membuka pintu untuk memperjuang nilai sepunya dengan kelompok ini. Tahukah kita di dalam New Strait Times baru-baru ini ada dilaporkan luahan beberapa warga kampus yang rasa dirinya dibinatangi oleh pihak Universiti. Mereka tiada gerakan tetapi tetap mempunyai perasaan dan mahukan perhatian. Isu homofili inilah yang perlu diutamakan dalam priority focus gerakan mahasiswa. Sebagi contoh, apabila sesuatu konsert di kampus dibantah secara menggila di kampus. Apakah sebenarnya tujuan tindakan itu? Jawapan mungkin amar ma'ruf Nahi mungkar. Tetapi sedarkah kita pandangan secara mikro ini menyebabkan kita bersorak untuk jangkamasa pendek. Sebaliknya jika pandangan makro dicerap dari perspektif luas sekarang dan hadapan, kita akan melihat lebih banyak tembok besar terhasil antara kita dengan kelompok ketiga ini. Tulisan ini bukan menafikan persoalan prinsip, tetapi Bagaimanakah perenungan ini boleh dijayakan? Semestinya dengan kerjasama kesemua kelompok gerakan mahasiswa tanpa mengira idealisme dan genre gerakan. Pada penulis gerakan mahasiswa Islam (harakah) sememangnya amat tersusun organisasinya. Tetapi demokrasi dalam pemikiran mahasiswa Islam selalu disempitkan dengan karenah birokrasi dalaman gerakan serta sikap kepimpinan yang dogmatic. Antara intipati perenungan ialah menangani krisis demokrasi dalam gerakan. Demokrasi terhakis dalam gerakan mahasiswa Islam terserlah dengan penutupan pintu diskusi, berbahas topic-topik tertentu dan ada perkara yang dianggap isolated issue untuk dibahaskan oleh mahasiswa pendokong gerakan itu. Berbahas tidak semestinya kepada pemegang autoriti sahaja dengan alasan mereka lebih berhak kerana mempunyai kuasa. Yang berhak adalah pemimpin. Hujah sering dilihat secara fallacy iaitu perlu dilihat siapa yang bercakap. Samaada individu yang berautoriti atau tidak. Hasilnya percambahan pendapat tidak terhasil. Keputusan ini tidak semestinya akan tepat lantaran kerecaman pemikiran bukan sahaja melanda warga umum kampus sebaliknya juga melanda pengikut gerakan yang semestinya seorang manusia juga. Pemimpin seolah-olah takut dengan idea ahlinya. Menutup mulut ahlinya sendiri. Kebebasan berhujah bukan bermakna membebaskan individu untuk biadab mengutarakan pendapat. Sebaliknya resolusi dan pendapat bernas yang perlu diburu. Mahasiswa yang memahami konsep asas demokrasi akan tidak kaku (stiffness mind) mindanya dalam mempertahan hujah sendiri. Sebaliknya perlu melihat kepada pandangan paling bernas utuk diikuti dengan keyakinan. Pada penulis, kebebasan berpendapat dalam gerakan Islam adalah kebebasan berprinsip dan tidak terlalu bersikap cosmopolitanisme dalam menerima idea luar. Budaya mengkritik kini dihapuskan dalam gerakan. Sedangkan Saidina Umar amat-amat mengalu-alukan kritikan membina daripada masyarakatnya. Wacana intelek perlu diperhebat dalam proses perenungan langkah mahasiswa. Perdebatan buku-buku ilmiah dan separa ilmiah perlu diaktifkan diperingkat akar umbi mahasiswa dan perlu dibuka kepada semua segmen mahasiswa tanpa mengira ideology. Terlalu sukar kini untuk melihat pemimpin gerakan mahasiswa khususnya aliran Islam, untuk berhujah sesuatu isu secara spontan. Bagaimnakah mereka mengaku mewakili kesemua segmen sedagkan isu ruang makro tidak dapat dikuasai dan ditangani. Tradisi keilmuan mahasiswa perlu dipugar. Pada penulis perenungan akan menghasilkan jiwa dan strategi yang proaktif. Sememangya tidak dapat dinafikan isu persekitaran negara dan dunia turut mencaturkan pola politik kampus. Sebagai contoh isu DSAI. Tetapi bagaimana ianya dilakukan juga secara peramalan (prediction) bukannya responsive semata-mata. Isu keganasan terhadap mahasiswa adalah isu responsive. Muhammad Nuruddin Bashah jihadin82@yahoo.com
|