Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Tuesday, July 25, 2006
Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM

Kepentingan Plan Tindakan bagi merealisasikan amal bagi setiap manusia.

 

Selalu kita mendengar kalimah 'sembang kemas', cakap kosong atau retorik bagi sesiapa yang hanya tahu bercakap tanpa ada apa-apa langsung tindakan. Selalu juga mendengar syair arab yang menyatakan bahawa ilmu tanpa amal adalah seumpama pokok tanpa berbuah. Buah itulah manfaat atau kebaikan yang ingin dinikmati oleh kita semua. Pada saya kesemua ini adalah suatu petanda baik bahawa manusia secara hakikinya suka akan praktikal bagi setiap teori atau konsep yang diketahui. Perbezaan Islam dengan ahli filosof Yunani ialah keilmuan yang dicatur oleh Islam adalah keilmuan yang praktis dan beragenda muslih serta mengenepikan kebejatan atau pertembungan sosial.

 

          Marilah kita melihat sedikit sorotan bagaimana manusia kini kelihatannya sukakan teori lebih daripada praktikal. Di mana-mana sahaja kita melihat kelesuan sesuatu pergerakan adalah apabila pergerakan itu sebenarnya tidak 'bergerak'. Penggeraknya sendiri tidak 'bergerak', jadi bagaimana pula 'gerakan' ingin 'bergerak'? Bagaimana cara untuk menggerakkan gerakan?. Kesemua persoalan ini selesai sekiranya tanggungjawab sosial dan amal Islami itu jelas dilihat dari segi yang mencapah dan luas dalam ertikata mengalirkan teori idealistik kepada keadaan yang praktis dan normal dengan keadaan sebenar. Di sinilah pentingnya penggerak yang 'bergerak'.

 

          Seringkali penggerak yang berada dalam gerakan tidak mampu bergerak lantaran ada karat-karat yang terjadi pada engkol utama engine gerakan. Engkol ini adalah 'penguasa' gerakan. 'Penguasa' yang tidak bijak ini seringkali mematikan semangat dan idealisme penggerak agar memacu gerakan secara akomondatif tetapi berprinsip. Mematikan mereka melalui pengawalan bahan bacaan penggerak secara melulu, tidak dibenarkan untuk berwacana atau berdiskusi kerana dikatakan tidak taat kepada 'penguasa', tidak dibenarkan untuk ke seminar tertentu, tidak dibuka ruang untuk terjadinya interaksi diantara komponen gerakan sehingga mematikan akal dan minda si penggerak. Saya tidak pula bermaksud wacana dibuka seluasnya sehingga menggadai perinsip, tetapi wacana adalah perlu memandangkan penggerak terdiri daripada kilang-kilang komponen daripada negara yang berlainan. Berlainan pemikiran dan latar belakangnya. Berlainan sosio budaya dan mentalitinya. Pastinya kelainan ini adalah 'hadiah' daripada Allah sendiri untuk dimanfaatkan dan bukannya untuk di homogenkan tanpa mengira latar belakang mereka.

 

          Krisis amal juga berlaku apabila individu tidak tahu ruang untuk mereka bertindak. Sebagai contoh apabila mendepani isu tuduhan terhadap Rasulullah, apakah tindakan individu muslim yang mengaku berada dalam gerakan Islam? Adakah sekadar menganjurkan program Islamik rasmi yang kurang signifikan dengan masyarakat kini yang teracun dengan reality mania di kaca-kaca TV. Adakah sekadar menanti 'penguasa' gerakan berijtihad baru adanya tindakan membela Rasulullah? Soalan saya pada penggerak-penggerak yang membaca tulisan ini;

 

  • Berapa banyak bahan bacaan yang dicari semata-0mata untuk mencari hujah mempertahankan Rasulullah.
  • Dimanakah platform anda berhujah untuk pertahankan Rasulullah.
  • Berapa banyak wang anda habis sepanjang proses mempertahankan isu penghinaan Rasulullah?
  • Berapa banyak rintangan daripada tangan-tangan cabul yang ingin menggagalkan misi anda?
  • Berapa orangkah yang anda cari untuk kabelkan mereka demi membantu anda menyebarkan isu pembelaan Rasulullah?

 

Soalan ini akan jelas bagi sesiapa yang ada tindakan fardi (individu) membela Nabi. Isu diatas hanya sebagai contoh.

 

Mari kita teliti satu kajian kes. Dalam suasana Islam dihina oleh pelbagai pihak sehingga mampu memobilasi sebilangan besar NGO dan profesional Islam untuk turut serta mencabar Islam, kita sebagai individu perlu ada kesedaran khas. Di sini saya sertakan sedikit tips untuk kita ketahui bagaimana bergerak apabila adanya isu. (Gerakan Defensif)

 

1)     Cari bahan bacaan khas untuk mengetahui tentang isu Islam terkini. Sebagai contoh akhbar, majalah atau makalah yang ringan.

2)     Mencari forum, ceramah atau talk berkenaan isu itu di sekitar kita. (korbankan wang anda).

3)     Cuba untuk menghasilkan pamplet atau bokklet ringkas berkenaan isu itu. Jika tidak mampu, cuba lawati beberapa laman web Islam yang menyediakan bahan berkaitan, print, photostat.

4)     Sebarkan sebanyak mungkin bahan-bahan tadi di stesyen bas, kedai makan, kantin, tempat kerja, suarau dan masjid dan boleh juga diupah budak sekolah untuk menyebar di riumah-rumah pangsa. Ini usaha murni.

5)     Latih beberapa individu lain, naikkan semangat juang mereka, fahamkan isu Islam kepada mereka, dan mintalah mereka turut bekorban bersama anda.

6)     Sertai demostrasi, petisyen atau tunjuk perasaan untuk menyatakan keimanan anda. (bagi isu kritikal)

7)     Cari tempat platform rasmi untuk bersyarah. Sebagai contoh di surau tempat kerja, guru boleh praktikkan di kelasnya, mahasiswa cuba cari ruang berceramah di surau-surau.

8)     Cari beberapa individu sehari untuk bercakap isu Islam itu seminggu. Adakan check list.

9)     Sebarkan maklumat melalui miling list, email peribadi.

10) Hasilkan blog segera (ad hoc blog) untuk paparkan bahan berkaitan. Usaha anda, Allah pandang.

11) Sebarkan maklumat juga melalui SMS atau surat. Korbankan 1/3 kredit phone anda untuk tujuan dakwah ringkas ini.

12) Hasilkan pelekat, t shirt atau lencana butang untuk tujuan syiar. Ramai yang tidak lakukan usaha ini dan hanya mengharapkan pertubuhan rasmi sahaja. Usaha ini semua orang boleh laksanakan.

 

Saya amat meminati bidang penulisan. Semasa di matrikulasi, saya meneliti buku Jundullah Saqafatan Wa Aqlaqan Jilid ke-4. Dalam buku ini, Said Hawwa' menjelaskan bahawa jihad dengan lisan merupakan suatu jihad yang juga boleh dilaksanakan melalui penulisan, poster atau makalah di dalam email. Sejak itu saya mula mempelajari bidang komputer daripada permulaan sehingga mampu mengurus blog. Terus menulis melalui e-groups, email, blog atau membuat kertas-kertas kerja ringkas. Bagi saya penulisan adalah suatu faktor atau menjadi ko-faktor kepada pembangunan minda penggerak Islam. Gesaan yang serius saya lakukan kepada sesiapa sahaja agar banyak dan gemar membaca. Membaca dan menulis adalah suatu sinergi kekuatan jihad 'bil lisan'. Adakah anda tidak ingin sertai langkah ini? Tidak perlu ilmu sastera yang menggunung. Tidak perlu kemantapan bahasa Arab atau Inggeris yang melangit. Sekadar semangat dan keikhlasan. Anda mampu berbuat sesuatu dengan izin Allah.

 

Marilah kita membuat plan tindakan peribadi apabila sahaja kita menemui sesuatu isu umat Islam. Dalam tulisan yang akan datang saya akan berikan pula beberapa petunjuk berkenaan pengurusan isu melalui kaedah proaktif. Walau apapun, silalah gerakkan sahabat kita yang berhampiran agar 'berfikrah' seperti kita. Fikrah yang segar untuk bertindak segera dalam kelesuan umat Islam yang lain. Dalam keadaan roda Islam berada di bawah, kita adalah antara penonjol yang bermanfaat. Bukankah itu ciri-ciri khaira ummah? Selamat mengurus plan tindakan anda.

 

Muhammad Nuruddin Bashah

Universiti Malaya

2006


Posted at 01:18 am by Pendita Bitara

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< July 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed