Your Ad Here

Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Saturday, June 24, 2006
Dilema mempertahankan hak Istimewa Melayu

Dilema mempertahankan Hak Istimewa Melayu…

 

          Kelihatannya isu bercakap tentang melayu kelihatan suatu kupasan picisan, assobiyyah dan yang lebih malang apabila isu ini hanya diswastakan kepada pertubuhan yang bertemakan bangsa semata-mata. Ramai melayu yang tidak kenal citra dan jati melayu secara mendalam. Dalam pendekatan blog saya dan groups pendita_bitara, saya cuba menjulang isu ini dalam erti kata melihat asal bangsa secara lebih adil, holistik tetapi agak struktural.

 

          Sebagai pengamat politik (saya menganggap pembaca semua adalah pengamat politik negara), perlu kita diketahui berbahas mengenai melayu juga merupakan suatu langkah memahami padang tempat Islam berpencak di negara ini. Membicarakan tentang sukan perlu juga diselenggarakan perihal padangnya, peralatannya serta pemainnya. Dalam hal membicarakan Islam dan keutuhannya perlu diintai juga siapa yang memainkan  institusi ini di dalam rantau ini. Memisahkan isu ini, seolahnya dikotomi isu Melayu yang dikatakan assobiyyah dengan isu Islam sebagai agama alamiyyah (universal) adalah tindakan dangkal dan tidak tajam dalam  pengamatan politik.

 

          Kebanyakkan tulisan saya perihal isu melayu mungkin bukan bersifat kajian ilmiah dan saintifik sepenuhnya. Sebaliknya saya cuba melibatkan kaedah tekaan cerdas dalam usaha mempelbagaikan penulisan tentang keharmonian kedua-dua isu ini secara kuantitatif tanpa mengabaikan soal kualitatif.

 

          Mengapa melayu kini lemah? Bergantung dengan susuan subsidi dan pelbagai protektif-protektif yang dianggap wajib untuk disediakan oleh para pemerintah. Kita melihat sikap beberapa parti politik yang berpencak di arena politik kebangsaan seperti UMNO, PAS, dan PKR tidak dapat memisahkan isu ini dalam perjuangan dan 'services' mereka. Namun ada yang berani menentang arus dalam menyediakan sajian manifesto yang tidak mengutamakan hak melayu seperti parti demokrasi tulin seperti DAP dan PRM yang berasaskan sosialisme kerakyatan dan perjuangan marhain/proletar.

 

          Saya ingin menyorot pembaca kepada sejarah perjuangan mempertahankan hak melayu. Perjuangan rakyat ala kiri  adalah sambungan rantaian perjuangan KMM yang kemudiannya mengalami proses penjenamaan semula iaitu PKMM. Tradisi KMM kelihatan sememangnya agak anti feudal dan tidak hanya mengutamakan hak Melayu sebagai perjuangan mereka. PKMM yang diterasi dengan golongan borjois dan intelektual melayu mula membawa perjuangan secara lebih progresif, kiri, segar dan menentang sebarang kompromi yang menggadai maruah masyarakat Malaysia. Tradisi ini amat berlainan dengan PEKEMBAR (UMNO ) yang diterasi oleh golongan aristokrat. Semestinya hak melayu menjadi suatu pillar dalam manifesto dan gagasan perjuangan mereka. Pemisahan ideologi PAS dan PKMM dengan UMNO pada waktu tersebut tidak sehingga menerbitkan pertelagahan dalam agenda utama iaitu untuk merdeka. Merdeka dengan menerima hak keistimewaan melayu sebagai 'bayaran' kerakyatan percuma Cina dan India di Malaya pada waktu itu. Kerakyatan perlu diterima kerana kedua bangsa ini tergantung samaada perlu kembali ke tanahair asal mereka atau menjadi rakyat British pula. Dilema diterima dengan bayaran iaitu hak istimewa melayu perlu dijadikan sempadan kepada perkembangan politik 2 kaum tersebut.

 

          Hak-hak seperti kedaulatan Yang dipertuan Agong, Hak Bahasa Melayu, Agama Islam sebagai agama rasmi, tanah rizab melayu dan hak ekonomi melayu adalah amat perlu dijulang bersama-sama oleh parti-parti melayu pasca merdeka dahulu. Tetapi zaman berubah, maka terlalu ramai yang mula menyerang hak-hak ini. Terdapat pemimpin yang terpaksa menjadikan hak-hak ini sebagai 'gula-gula' kepada sekutu politiknya dalam usaha menjamin kolaborasi rapat mereka. Setiap kali terjadi pertelagahan sesama mereka, hak melayu akan dijadikan bahan 'suapan' kepada bangsa lain. Perlu diketahui, tulisan saya bukan berbau perkauman, sekadar menceritakan hakikat sebenar agar tiada yang menganggap isu ini remeh samaada terlalu diutamakan atau terlalu dianggap pesalah bagi yang membicarakannya.

 

          Ada yang berhujah mengatakan bahawa masyarakat Malaysia tidak lagi bersifat taksonomi atau pemecahan ras yang jelas seperti zaman sebelum merdeka dan beberapa tahun selepas merdeka. Sememangnya kini tiada lagi pengkelasan berasaskan proletar, borjois dan aristokrat yang jelas. Ironi kita melihat kini, golongan proletar (buruh atau pekerja) ada yang bergaji RM 5000 dengan hanya berniaga sahaja. Ada pula golongan aritokrat (bangsawan) seperti golongan Megat, Tengku, Yang Mulia dan sebagainya yang hanya menjadi penghantar surat-surat di syarikat swasta sahaja. Ini akibat kerencaman dan peningkatan taraf masyarakat berasaskan keilmuan yang mula dibuka kepada semua ras masyarakat. Akibatnya kini hampir kesemua mula menikmati status borjois. Jadi persoalannya perlu atau tidak dikekalkan hak istimewa melayu? Pendapat peribadi saya adalah hak istimewa melayu adalah sesuatu yang perlu dikembalikan bukannya sesuatu yang diberikan sebagai bayaran. Pencorakan masyarakat Malaysia adalah ditentukan oleh penjajah. Pemimpin melayu cuma ingin mengembalikan sesuatu yang tradisi ada pada masyarakat melayu sebelum kedatangan penjajah.

 

Namun begitu, isu ini dilihat sekiranya kita menganggap kedatangan bangsa luar hanya sebagi pekerja atau pembantu ekonomi kita sahaja. Tetapi bagi saya perlu dinilai juga beberapa kes apabila bangsa Cina dan India kini bukan sekadar menjadi pekerja yang dipisahkan secara sosio pekerjaan mereka, sebaliknya kini juga menjadi penyumbang kepada peningkatan taraf industri dan politik negara. Jadi perlu ada toleransi berkenaan keistimewaan kaum. Hak melayu pada saya perlu dikekalkan kerana pada saya keterlibatan kaum di Malaysia tidak lagi mencapai homogeneus secara hakiki.

 

          Saya selalu mendengar saranan daripada pemikir politik kiri serta pemikiran sosialisme yang menekankan bangsa Malaysia sebagai suatu entiti dan bukannya berasaskan kepada komponen kaum dalam sesebuah negara. Seolahnya tidak perlu diiktiraf hak sebarang kaum. Gagasan mereka kena pada perspektif kita. Perlu dilihat, kehadiran  politik kiri dan golongan sosialisme adalah akibat dielektik sistem kapitalis yang menindas. Kehadiran mereka adalah kerana adanya penindasan kepada rakyat marhain. Kata-kata mereka itu adalah prioriti menurut mereka. Pada saya ada benarnya, walaupun saya tidak berhasrat langsung menghakis entiti melayu sebagai cadangan untuk mencapai kesepaduan ekonomi adil.

 

          Benar pendapat Dr. Mahathir dalam The Malay Dilemma nya, dimana beliau berpendapat bahawa keharmonian antara kaum sebenarnya tidak secara hakiki di kalangan kaum di negara ini. Pendapat itu adalah pendapat 60an atau 70an, walaupun pada saya masih relavan. Kita melihat bangsa yang tidak bergaduh bukan kerana mereka harmonis dan perlu dipugar budaya mereka dalam usaha untuk mencapai kesamarataan hak dan ekonomi adil. Bangsa-bangsa di Malaysia tidak bergaduh hanya kerana mereka tiada integrasi sebenarnya. Mereka sebenarnya tidak berhubung secara harmoni melainkan beberapa perkara yang melibatkan semua kaum seperti sektor pekerjaan. Hakikat ini boleh dilihat kepada pemisahan bangsa-bangsa di kolej-kolej kediaman universiti di Malaysia sebagai contoh. Tiada yang boleh mengangkal hujah ini selepas meneliti tabiat mahasiswa di Malaysia. Cerminan mereka melambangkan tahap integrasi kebangsaan. Perlu juga dinilai tentang beberapa keharmonian 'kosmetik' seperti kongsiraya, dan beberapa gagasan yang dikatakan menggambarkan keharmonian kaum sebenarnya banyak membutakan kita tentang hakikat sebenar. Pendapat saya adalah, hak melayu wajar dipertahan sehinggalah tahap harmonis kaum tercapai.

 

Adapun perjuangan politik kiri yang berunsur sosialis yang ingin memugar hak ini sebenarnya adalah atas dasar penindasan yang berlaku dalam mana-mana pemerintahan ala-kapitalis. Jadi saranan saya, keadilan dan pengagihan kekayaan perlu serata dan tidak dibolot oleh golongan-golongan tertentu. Pemikiran ekonomi berpusat kepada negara kadangkala perlu dipertimbang dalam usaha menimbangtara dasar penswastaan yang kian menggigit golongan marhain. Saranan saya, saya rasakan adil dan kena jika berdasarkan pengamatan saya sekarang.

 

Siapakah melayu?.....

 

Sesuatu kelompok komuniti sebenarnya tiada suatu yang dikenali sebagai tanda pengenalan khusus, simbol atau bangsa kecuali selepas mengalami persaingan, tekanan, dialektik persekitaran dan labelan oleh golongan luar.

 

          Sebagai contoh, bangsa Melayu mula dipopularkan sebagai bangsa Melayu (menurut William R. Roff) selepas menerima kebanjiran etnik lain yang mempunyai tradisi serta budaya hidup yang bercanggah dengan penduduk tempatan. Sebelumnya panggilan orang kelantan, orang utara, orang Johor,  hanya berlaku kerana perbezaan negeri yang mana loghat mula muncul apabila asimilasi penduduk luar (IndoChina-Yunan) terhadap penduduk peribumi seperti Proto Melayu, Senoi dan sebagainya. Asimilasi yang berlaku secara tidak sekata dan dipengaruhi oleh geografi dan tabiat maritim dan agraria yang berbeza menghasilkan 'loghat' tempatan negeri-negeri Melayu.

 

          Namun, perbezaan loghat ini tidak menghasilkan penentangan kerana berunsurkan otoktoni, teras budaya, kebanjiran influensi luar yang sama (Majapahit, Minangkabau, Siam, Sanskrit dan Arab) yang menyebabkan hubungan harmonis dikalangan etnik melayu.

 

          Melayu mula menunjukkan 'belang' memprotes dan menaikkan rasisme  perkauman mereka apabila datangnya bangsa China dan India yang jauh berbeza corak pertumbuhan kebudayaannya. Hal ini dikeruhkan lagi apabila pecah dan perintah berlaku pada sosio pekerjaan mereka. Akibatnya, persatuan serta laungan berunsur komunal  (pemisahan entity) mula muncul.

 

          Kita melihat bagaimana golongan muktazilah hanya dikenali sebagai muktazilah apabila dilabelkan oleh orang luar yang bercanggah fahaman dengan Wasil Bin A'tho'. Siapakah yang ingin membuat suatu kumpulan dengan nama 'golongan yang terpencil' (Muktazilah). Di sini kita memahami kemunculan sesuatu arus etnik, kumpulan atau penonjolan entiti hanya berlaku apabila terjadinya persaingan kelompok yang berbeza ataupun labelan pihak luar yang menyebabkan mereka membuat suatu lapisan 'protection'  iaitu memperkukuhkan entiti mereka dengan penstrukturan organisasi, pewarisan entity serta system tertentu. Tekanan demi tekanan kepada muktazilah menghasilkan perwarisan yang amat disegani. Hal ini berlaku sebaliknya apabila ijtihad Imam Abu Laith dan Imam Sufyan At Thauri tidak dipopularkan sehingga menjadi satu mazhab terkenal kerana tiada persaingan dan tekanan yang jelas daripada saingan kelompok lain. Ini menenggelamkan  perwarisan ijtihad berkenaan dan hanya sedikit yang  masih diwarisi.

 

          Apa yang ingin saya sebutkan disini bahawa nilai komunalisme yang ada dalam pencak politik negara ini adalah berpunca kepada fakta diatas iaitu labelan orang luar, kedatangan pesaing yang berlainan norma serta perwarisan tradisi yang kuat.

 

          Saya ingin menyentuh juga perihal pendidikan integrasi yang semakin rancak diperbahaskan dalam wacana-wacana rasmi mahupun tak rasmi. Pendidikan integrasi ini sebenarnya suatu perbahasan yang sebenarnya juga melibatkan topik utama kita iaitu hak melayu. Pendidikan ini sebenarnya memerlukan pengorbanan semua pihak untuk menggugurkan sistem sekolah aliran bangsa dan tidak ketinggalan sekolah monoras seperti SMKA dan sekolah agama rakyat. Saya agak tersentak dengan wacana ini sebenarnya. Kadangkala saya melihat apabila isu pendidikan integrasi diutarakan, seolahnya objek perbahasannya hanyalah pengorbanan hak melayu. Dimana pengorbanan bangsa lain? Di mana kesediaan agama dan bangsa lain menggadaikan pendidikan aliran mereka?

 

Perbahasan secara sekular mungkin akan berjaya jika usaha ini ingin diteruskan. Perbahasan dengan basis Islam tidak akan berjaya membawa  perubahan yang mereka inginkan. Sekolah agama dilihat sebagai agen monoras yang tidak akan mengembangkan budaya dan integrasi kaum sekiranya mereka berada di alam realiti. Ada benarnya kenyataan mereka itu. Saya selalu berhujah bahawa penghakisan sekolah tradisi sebegini dan digantikan dengan kaedah baru ala integrasi ini sememangnya akan menghakis tradisi bangsa yang merupakan apparatus kepada kstabilan sesuatu kaum. Kaum yang stabil sahaja boleh memperjuangkan agama. Kaum yang tidak stabil hanya menghasilkan manusia-manusia robot yang tidak progressif. Sedangkan kita menyedari Rasulullah SAW juga meraikan suku dan kaum sebagai penguat kepada kestabilan syariat Islam kerana Islam itu agama fitrah dan tabii. Islam tidak diutus kepada golongan robot yang statik dan tiada nilai fitrah.

 

Jika isu kejumudan dan ketidakterlibatan pelajar-pelajar hasil sekolah kebangsaan dan sekolah agama dalam alam realiti, maka saya berhujah agar nilai keterbukaan dan nilai realiti yang diterapkan dan bukannya dipugar sistem itu secara total. Projek seperti forum antara kaum, opkim dan program anak angkat mungkin akan membuka minda pelajar-pelajar bangsa melayu. Realitinya bukan sedikit sumbangan sekolah kebangsaan dan sekolah agama dalam menstabilkan tradisi melayu dan keutuhan agama di negara ini. Perbahasan saya agak sederhana kerana saya menilai hujah kesemua pihak. Sememangnya tanggapan luar terhadap pelajar sekolah agama dan sekolah aliran kebangsaan melayu adalah buruk. Tetapi sedarkan kita produk sekolah Cina, India dan aliran agama lain juga menghasilkan produk sedemikian? Mengapa tidak dikatakan produk itu juga perlu dipulihkan? Kerana melayu adalah ramai dan utama di negara ini. Kerana itulah melayu dijadikan topik perbahasan dan topik untuk dicuit pengorbanannya dalam setiap permasalahan sosial dan politik. Ini penilaian saya.

 

Saya akan menyusun fakta lain berkenaan kelemahan melayu dan punca-puncanya. Kerana saya mengaharapkan idea-idea lain juga tumbuh daripada pembaca sekalian. Teori darwinisme mungkin saya gunakan walaupun bukan secara total. Kita akan berdiskus secara adil dan tidak ketinggalan berhati-hati jika menyentuh soal Islam.

 

Kesimpulannya saya tidak bersetuju pemugaran hak melayu, berdasarkan ketidak harmonian dikalangan bangsa-bangsa di Malaysia dan belum ada tanda tanda bangsa –bangsa ini harmoni kerana tradisi adalah fitrah. Yang perlu dibahaskan adalah keadilan dan peperangan terhadap nepotisme dan kronisme yang merugikan rakyat seluruhnya. Teori memugar sistem pengajian konvensional dan tradisi di negara ini dan penghapusan hak melayu  di negara ini dalam keadaan substensi masyarakat yang belum bersedia dan berkemandirian adalah mengundang kegagalan. Sebagai contoh praktikal ideologi Marxisme cuba diterapkan oleh aliran Menshevik dan Bolshevik di Rusia. Menshevik agak optimis terhadap sistem komunis hanya sekiranya selepas terjadinya revolusi perindustrian dan kestabilan ekeonomi terjadi di Russia sebaliknya Bolshevik agak gopoh inginkan komunisme. Akibatnya idea Marx digagalkan oleh pengikutnya sendiri. Begitu jutga sekarang ini dalam usaha merealisasikan kesamarataan kaum, perlu dinilai bukan sekadar fakta dan dielektik ideologi, sebaliknya realiti kaum, mentaliti masyarakat, dan fitrah kemanusiaan perlu juga dinilai kerana manusia adalah manusia….

 

Selamat Berfikir

 

Muhammad Nuruddin Bashah

Kejuruteran Bahan

Universiti Malaya

2006

24/6/2006

1 tengahari Kerinchi.

 

Posted at 02:14 pm by Pendita Bitara

cheap north face jackets
November 25, 2012   06:27 AM PST
 
I was wondering if anyone knows a good website with nice shoes that you can order online. Thanks Oh i'm 14 so not really old shoes but like thongs, high heels, vans etc,723659,http://munawwarah.blogdrive.com/archive/77.html
discount ugg boots
November 12, 2012   03:13 AM PST
 
This is all very new to me and this article really opened my eyes.Thanks for sharing with us your wisdom.,077290,http://munawwarah.blogdrive.com/archive/77.html
air max chaussure
April 21, 2012   05:59 PM PDT
 
It does not follow that because we do not subsidize smoking, we should not regulate unhealthy activities. Costs and savings are not the only variable. The fact that obesity creates costs is merely an additional reason to regulate it, not the only one. The main reason is its danger to an individual. You are dismissive of subsidizing smoking precisely because of this moral intuition. ,492386,http://munawwarah.blogdrive.com/archive/77.html
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< June 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed