Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Friday, June 23, 2006
Sikap kita terhadap isu Palestin dan Zionis

Sikap kita terhadap isu Zionis.

           

Semalam saya ada mengikuti suatu ceramah tertutup berkenaan Kejayaan HAMAS dan pengaruhnya dalam kebangkitan Islam sedunia. Apabila soalan dibuka, seperti biasa saya amat berminat untuk bertanya, tetapi disebabkan masa yang terhad, saya hanya menyimpan soalan tersebut dan ingin berkongsi pula pendapat saya dan kefahaman saya kepada pembaca semua berkenaan pergerakan politik Zionis dan bagaimana HAMAS menanganinya sejak penubuhannya (Harakah Al Muqawwammah Islamiyyah). Terlalu banyak tulisan yang mengupas sejarah HAMAS sejak Intifadhah 1987 dan sikap HAMAS terhadap Zionis dan Fatah. Maka saya merasakan perlu untuk saya memberi penumpuan kepada isu Zionis dan institusinya secara ringkas sahaja.

 

          Kita menyedari akan tarbiyyah yang syumul telah lama dilakukan oleh pengikut HAMAS yang sebenarnya adalah warisan kuat daripada gerakan Ikhwanul Muslimin. Sheikh Ahmad Yasin sendiri adalah pengikut Ikhwan yang berjuang untuk mengembalikan pemerintahan Gazza kepada Mesir pada sekitar 1956. HAMAS membina hospital, sekolah-sekolah, madrasah, menguasai surau dan masjid, mendidik pejuang sedari kecil serta selalu mentajdidkan baiah dan janji mereka dengan slogan-slogan yang membangkitkan semangat.

 

          Saya rasa saya ingin menyorot pembaca kepada asal usul pengusiran bangsa Yahudi daripada bumi Palestin. Perlu diketahui, bangsa ini telah lama keluar dari Palestin selepas penghijrahan Nabi Yaakub AS ke Mesir. Bangsa ini mula diperintahkan Allah untuk kembali ke Palestin pada pentadbiran Nabi Musa AS.

 

Selepas diselamatkan daripada tentera Firaun Ramses, kita melihat pencemaran aqidah pertama dilakukan oleh Musa As Samiri yang membuat patung lembu emas. Kemurkaan Allah terserlah dengan perintah bunuh diri dikenakan kepada Bani Israel yang ingin bertaubat. Allah kemudiannya menghidupkan hanya 70 orang sahaja bangsa ini. Mereka diberikan makanan syurga yang amat lazat dan berkhasiat. Tetapi kekufuran mula menyinar kembali, kali ini mereka berhasrat melihat wajah Allah SWT. Allah mematikan mereka dengan petir dan menghidupkan lagi 70 orang ini agar mereka bersyukur.

 

          Allah memerintahkan mereka membuka Palestin daripada golongan yang samseng (Jabbarin) tetapi akibat keengganan dan kebaculan mereka, mereka akhirnya disesatkan selama 40 tahun. Yahudi cukup mengingati peristiwa ini kerana keperitan hidup berpecah belah dan tanpa pedoman selama 40 tahun ini diwariskan dalam hikayat-hikayat mereka dalam kitab Thalmud dan Asfar.

 

          Ketika generasi yang baru muncul (selepas ditarbiah selama 40 tahun) mereka dipimpin pula oleh Nabi Yusya' Bin Nun. Sekali lagi Yahudi membuat onar apabila enggan masuk ke dalam Baitul maqdis secara tawadhu'. Mereka mengejek bacaan yang Allah ajarkan serta masuk ke dalam Palestin dalam keadaan mengesot punggung mereka. Mereka dihalau keluar sekali lagi sehingga muncul Nabi Hazqi yang memerintahkan syariat jihad. Mereka yang enggan itu kemudiannya diberikan bala taun oleh Allah  serta dimatikan sekali lagi lantaran kebaculan mereka. Sikap Yahudi yang bermain batu sorok tangan, masih digunakan kini. Ini jelas apabila mereka menggunakan proksi-proksi dunia, bank-bank di seluruh dunia dan syarikat-syarikat gergasi TNC untuk menjajah serta melebur kekuatan muslimin.

 

          Nabi Shamwil diutuskan untuk memimpin serta memilih raja dikalangan mereka iaitulah Talut. Talut berjaya membuka Palestin dan kekal memerintah sehinggalah dijajah oleh tamadun Parsi, Rom dan Babylon.

 

          Persoalan yang selalu timbul ialah adakah penggerak gerakan Zionis itu benar-benar berbangsa Bani Israil (keturunan Nabi Yaakub as) Berdasarkan kajian Prof Madya Dr. Mohsen M. Saleh, didapati bahawa mereka yang menggerakkan gerakan Zionis terdiri daripada bangsa Turki-kuno di Russia yang bergelar Yahudi Khazzar yang kemudiannya disebut pula sebagai Yahudi  Asykinaz. Sebenarnya selatan Russia lah tempat yang sepatutnya direbut dan bukannya Palestin. Bayangkan Islam pernah memerintah Palestin selama 12 kurun ( 636-1917M) berbanding dengan mereka yang hanya memerintah selama hampir 4 kurun sahaja! Siapakah yang layak sebenarnya terhadap Baitul Maqdis?

 

          Demokrasi dibuka di semenanjung Arab oleh Amerika Syarikat sebagai selingan kepada kempen pendemokrasian Iraq dilancarkan (selepas gagal dalam kempen menentang senjata nuklear). Demokrasi dibuka secara ala Amerika (sistem Presiden) dan juga berpunca daripada persaingan Demokrasi Beraja ala-British di semenanjung arab. Natijahnya, Hizbullah di Lubnan mengecapi kejayaan, Ikhwanul Muslimin memperoleh kemenangan yang agak besar, serta yang terkini adalah kemenangan HAMAS.

 

Saya menyokong saranan sesetengah pengamat politik di negara ini agar memulakan perjuangan dengan membuka demokrasi di sesebuah negara sebelum memaparkan ideologi dan menyajikan perkhidmatan sesuatu pergerakan rakyat. Demokrasi yang tidak adil semestinya menyempitkan ruang kompetetif. Kita melihat bagaimana golongan yang dikatakan sebagai jumud, ekstrim, ganas dan sebagainya 'akhirnya disokong' rakyat juga. Ikhwan, Hizbullah dan HAMAS adalah dilihat sebagai parti kiri, agresif, ganas dan tidak harmonis dengan dunia barat. Sebenarnya bukan 'akhirnya disokong', sebaliknya memang selama ini gerakan Islam tulin  didokongi rakyat tanpa kita sedari (silent supportive). Labelan dan tomahan luar terhadap sesebuah gerakan Islam bukan faktor yang yang hakiki untuk sesebuah gerakan 'melayani' kehendak si penuduh, atau menukar prinsip dan metodologinya secara total.

 

          Perlukah kita memusuhi Zionis? Bukankah kesemua Zionis itu Yahudi, tetapi bukan semua Yahudi itu Zionis? Hal ini menjebakkan umat Islam ke dalam problema yang lebih rencam lagi terutama dalam bab memboikot barangan Yahudi. Ada yang berhujah bahawa layanan kita kepada produk Yahudi perlu sama dengan layanan kita kepada produk non-muslim yang lain seperti China, India, Jepun dan sebagainya. Mengapa perlu diboikot. Dalam satu segi, saya menyokong saranan ini. Dalam hal prioriti politik hari ini, mungkin pemboikotan adalah suatu yang perlu untuk menghasilkan penentangan massa yang progressif dan bersepadu. Tetapi pada saya pemboikotan barangan Yahudi tidak akan berjaya selagi pemikiran pesimis umat Islam dengan kudrat ekonomi Islam masih berakar umbi. Perlu ditekankan peningkatan ekonomi dan dunia pembuatan umat Islam perlu kukuh sebelum selalu mengeluarkan kenyataan boikot. Sepertimana Jepun yang memboikot barangan British sebelum peperangan dunia ke-2 bermula, mereka terlebih dahulu menciplak dan mentraksaksikan keilmuan pembuatan Barat ke dalam Jepun serta membina tapak perindustrian yang kuat sebelum pemboikotan. Walau apa pun, pada saya pemboikotan barangan Yahudi adalah perlu digagaskan dari masa ke masa.

 

          Bercakap tentang Zionis, perlu dihurai juga perbezaan Zionis keagamaan dengan Zionis kepolitikan. Perkataan Zionis  dikatakan berpunca daripada bukit Zion di Palestin. Penafsiran lain ialah bermaksud  tanahair mereka yang meliputi Haikal Sulaiman, Jerussalem dan sebagainya. Istilah ini dipopularkan oleh Nathan Birnbaum pada 1893. Gerakan ini pada asalnya adalah suatu manifestasi nilai  kebangsaan yang mula meluap-luap di dalam dunia barat.  Mereka ingin berjuang memulihkan bahasa Hebrew dan kebudayaan Yahudi (hal ini kerana mereka bukan berasal daripada keturunan Bani Israil asli yang berbahasa Hebrew dan berbudaya tinggi sebelum itu).

 

          Roger Garaudy dalam bukunya telah membahagikan Zionis kepada 2 bahagian iaitu Zionis Kerahiban dan Zionisme Politik.

 

          Golongan Kerahiban dan Kesufian ini pernah selesa semasa berada dalam pemerintahan Islam Sepanyol. Tetapi akhirnya keluar daripada Sepanyol akibat kekejaman tentera Salib ketika itu. Mereka ini jauh daripada agenda politik, pembinaan negara apatah lagi untuk menghapuskan etnik lain.

 

          Zionis politik pula menekankan kepentingan tindakan politik dan menganggap pencapaian hak-hak politik di Palestin sangat penting bagi kempen Zionisme. Zionisme ini bertelagah dengan Zionisme Kerahiban sehinggalah Zionisme politik menguasai PBB dan beberapa negara Eropah termasuk mengasaskan Bank Dunia. Pada kurun ke-19, Theodore Hertzel mengumumkan idea penubuhan negara yahudi. Pada 1894, Hertzel  menerbitkan bukunya berjudul Negara Bangsa Yahudi. Buku ini menerbitkan aspirasi baru bagi penganut agama Yahudi dimana penguasaan dan pemilikan sebuah negara adalah perlu untuk mengelakkan mereka menjadi perempat di seluruh dunia. Kesemua Yahudi yang terdiri daripada pelbagai ras ini (bukannya keturunan Israil tulin) mula membuat persidangan pada 1897 yang dinamakan persidangan Basel di Switzerland.

 

          Sebenarnya matlamat Hertzel bukannya Baitul Maqdis sahaja sebaliknya mensasarkan Uganda, Tarablus, Cyprus, Argentina, Mozambique (Congo) sebagai tapak negara baru Yahudi. Tetapi selepas bantahan daripada golongan Zionis Keagamaan, maka mereka menuruti riwayat Taurat iaitu Baitul Maqdis sebagai sasaran. Kolaborasi kedua-dua kutub Zionis ini perlu, memandangkan kekuatan politik perlu didasari dengan aura keagamaan juga, supaya perwarisan semangat Zionis ini kekal dan relevan.

 

          Bagi saya, kesemua rakyat Israel adalah bersalah dan berdosa terhadap serangan Gazza baru-baru ini. Pada saya tiada istilah pemisahan Zionis Keagamaan dan Zionis Kepolitikan kerana hasil kolaborasi merekalah, pada 1948, tanah Palestin dijadikan permaidani mereka, manakala peta Palestin dilukis pula oleh mereka sesuka hati walaupun bergelar pendatang haram.

 

          Mengapa umat Islam kaku dengan kekuatan Yahudi? Adakah umat Islam menunggu peperangan Islam dengan bangsa Kirman dahulu (golongan bermata sepet) sebelum mempersiapkan minda berhadapan dengan Kristian dan dalangnya iaitu Zionis? Sikap HAMAS menyatakan bahawa mereka sanggup bertoleransi jika gencatan senjata dilakukan untuk jangkamasa panjang adalah suatu 'political game'. Walaupun begitu, sebenarnya mereka semestinya sedar akan sikap Yahudi yang selamanya tidak akan redha dengan 'millah' ikutan kita.

 

Banyak peristiwa Yahudi Israil yang diceritakan dalam surah Al Baqarah tidak dibuka, tidak didiskusikan, tidak dijadikan sajian kuliah maghrib berbanding penumpuan hanya kepada ayat-ayat fadhail semata-mata. Krisis keutamaan ini perlu diubah dan semestinya bermula daripada sikap yang mahasiswa yang 'celik'. Dalam banyak hadis, Nabi mengisyaratkan sikap manipulasi Zionis terhadap dunia Kristian dan akan berakhir apabila Islam memenangi Yahudi kerana bangsa ini adalah musuh sebenar Umat Islam, dulu…kini..dan selamanya….

 

Muhammad Nuruddin Bashah

Universiti Malaya

2006

4.56 petang.

 


Posted at 06:24 pm by Pendita Bitara

Nurraihan Sumaiyya
May 7, 2008   05:30 PM PDT
 
Salam Perjuangan. Teruskan perjuangan Jihad meninggikan kalimah Allah dan perjuangan iqomatuddeen Wasiyasatudduniya bih walau d daerah mana sekalipun Allah campakkan antum.Di sini ana menyeru pada semua umat Islam di malaysia supaya mula concern & peka pada isu Palestin. ternyata pengaruh AF, Gangstarz dan lambakan hiburan di M'sia telah membutakan mata hati, memekakkan telinga para syabab muslimin di dunia. Belum ditambah dengan mslah gejala sosial, couple & maksiat yang kian membarah dalam komuniti muslim di malaysia. Perlu diingat selagi umat Islam seluruh dunia tidak pedulikan nasib saudara seIman di Palestin, masih hidup dilingkari maksiat, selagi itu memberi bonus pd zionis utk terus membantai umat Islam Palestin. Perlu diingat, isu Palestin bukan isu perkauman, bukan isu warga Arab semata, bukan isu nasionalisme, tp Palestin merupakan isu aqidah, isu ummah yg perlu dibela di peringkat antarabangsa. Persoalannya kini, di mana Umar Al-Faruq?? Di mana Salahuddin Al-Ayubi datang menyelamat Al-Aqsa dengan takbir Jihad?? Di mana pewaris Khalid Al-Walid?? Tidak Umar tinggalkan Madinah semata-mata mahu selamatkan Umat Islam Palestin dari jajahan Yahudi & Kristian. Tidak lena mimpi di pembaringan Salahuddin Al-Ayubi selagi Baitul Maqdis belum dibebaskan. Isu Palestin merupakan isu aqidah di mana tiap Umat Islam pasti dipertanggungjawabkna di hari pembalasan jika tidak mengambil peduli nasib saudara di Palestin. Pejuang HAMAS di Palestin bukan pengganas, mereka merupakan sekumpulan manusia yg jujur, beriman, suci dan tulus perjuangkan nasib rakyat Palestin melalui Jihad bersenjata melawan musuh Allah, jihad politik, ekonomi dan pendidikan. Sama-samalah kita berdoa untuk kemenangan Islam di Palestin, berdoa moga saudara mujahid kita di Palestin diberi kekuatan iman dan sabar, moga tetap Istiqomah dalam perjuangan. Berdoalah moga suatu hari kelak,di hari kehancuran tembok besi Zionis yahudi itu, kita semua dapat sama-sama meraikan kemenangan Islam dengan melaungkan Takbir dan sama-sama sujud bersolat dalam Masjidil Aqsa yang pasti kembali jadi milik kita di bawah bendera suci kalimah Lailahaillallah Muhammadurrasulullah. InsyaALLAH. Hayakumullah..
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< June 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed