Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Monday, June 19, 2006
Maju dengan buku...buku ada auranya sendiri...

Maju dengan Buku….Buku ada aura tersendiri

 

Berita Harian 5 Jun yang lalu memuatkan kenyataan Perdana Menteri kita mengenai budaya membaca dikalangan masyarakat Malaysia. Beliau mengingatkan kepada golongan 'bekas mahasiswa' dan golongan veteran akademis agar masih beriltizam dengan budaya mengkaji, mentelaah serta membaca yang konsisten mengikut status umur dan kerjaya masa sekarang.

 

          Peredaran zaman yang berubah serta kompleks kini memerlukan tanggapan dan paraktis yang lebih dinamik dalam usaha mengurangkan golongan yang ketinggalan daripada orbit edaran globalisasi. Pada saya saranan ini adalah juga kena dengan citra saya sendiri. Saya selalu menggesa sesiapa sahaja termasuk saudara mara berkenaan peri pentingnya budaya membaca menjadi teras masyarakat. Blog munawwarah yang saya bangunkan adalah suatu manifestasi kepada usaha berkenaan. Kebangkitan berasaskan kebangkitan minda dan intelektualisme telah beberapa kali mencorakkan kemenangan di kalangan manusia yang membangun. Walaubagaimanapun kebangkitan intelektualisme yang berbaur pemisahan ras borjois dan marhain sering juga terjadi dan natijah seperti Revolusi Perancis, Komunis di China (akibat laterasi berunsur gagasan sosialisme bercambah di China respon kepada penindasan rasial di zaman Revolusi Dr. Sun Yat Sen), dan lain-lain revolusi yang tidak berasaskan Islam. Inspirasi kebangkitan Iran 1979 mungkin petanda bahawa Islam akan kembali bangkit dengan gagasan intelektualisme yang meningkat secara seragam dalam sesebuah masyarakat. Kebangkitan sunni mungkin menjadi perjuangan utama dalam penulisan-penulisan Dr. Hassan Hanafi pula walaupun beliau mungkin  bukan mewakili keseluruhan aspirasi pengikut sunni seluruh dunia.

 

          Perdana Menteri menegaskan bahawa seseorang tidak akan maju jika masih bergantung kepada tahap pendidikannya jika pernah mendapat pendidikan tinggi sekitar 1960an atau 70an yang berada di bawah aras pos moden. Ilmu hanya akan releven jika konsep asas yang pernah dikuasai sekitar tahun-tahun berikut ditingkatkan lagi dengan pembacaan yang lebih mencapah dan  tidak sekadar bernilai normatif.

 

          Bagaimanakah kebangkitan intelektualisme secara seragam boleh berlaku? Perkara pertama yang perlu dikikis adalah tanggapan ramai terhadap maksud bahan-bahan intelektualisme itu sendiri. Hal ini disarankan oleh Dr. Zaini Ujang (Pensyarah Kejuruteraan Alam Sekitar UTM) melalui buku-bukunya  iaitu dengan pemilihan bahan bacaan yang sesuai dengan karier dan status pemikiran masyarakat selagi mana tidak melalaikan minda. Ini penting untuk mengelakkan kebosanan masyarakat dalam memilih bahan bacaan. Membaca bahan yang diluar skop kehidupannya mungkin sesuatu yang berat bagi seseorang. Namun budaya ini akan berkembang apabila hal ini dilazimi kerana 'kunci' atau 'connector' diantara disiplin ilmu akan dijumpai setelah sekian lama. Akhirnya seseorang itu akan mengetahui rahsia resepi sesuatu medan ilmu.

 

          Menyahut saranan PM ini, ingin saya menyorot pembaca sekalian kepada beberapa kisah silam tamadun Islam berkenaan kebangkitan intelektualisme yang pernah mewarnai kehidupan masyarakat Abbasiyyah dan Uthmaniyyah. Penggerak budaya ini yang kebanyakkan terdiri daripada ulama'-ulama' fiqh, sejarah dan tidak ketinggalan juga golongan sufisme yang komited dalam menulis dan membaca walaupun mungkin berunsur antropomorfisme (tasybih).

 

          Profesor Ahmad Shalaby dalam karyanya  History Of Muslim Education menceritakan tentang sikap Al Jahiz (ulama' dan sasterawan terkenal Arab) yang berkata " buku itu diam bila engkau mengkehendaki dia diam. TIdak akan mengganggu engkau kalau engkau sedang bekerja, tetapi bila engkau kesepian dia akan menjadi teman engkau yang baik. Engkau tidak perlu marah terhadapnya dan juga tidak akan berkecil hati. Dia adalah teman yang tidak menipu atau bermuka dua".

 

          Ada juga diceritakan bahawa para ulama' silam percaya bahawa buku dengan nilai keberkatannya boleh menyembuhkan penyakit sakit kepala dan demam jika diletakkan di atas kepala. Secara moden kaedah ini dinamakan sebagai biblioterapi (kaedah rawatan psikologi).

 

          Ada seorang ulama' bernama Khatib Al Baghdadi yang mempunyai tabiat membaca sambil berjalan. Beliau akan membawa berpuluh-puluh buku jika berjalan ke sesuatu tempat dan perlu disediakan ruang yang besar jika ingin menjemput beliau berceramah kerana beliau akan mentelaah sebelum memberi ucapan.

 

          Ibnu Al Jauzi pula sangat gigih menelaah dan mengumpul buku dan pernah berkata , "saya ceritakan tentang keadaan saya sendiri bahawa saya tidak pernah kenyang dalam menelaah buku. Jika saya melihat buku yang belum  pernah saya lihat sebelumnya, seakan-akan saya menemukan emas. Seandainya saya katakan bahawa saya telah membaca 20 000 jilid buku atau lebih saya tidak akan berhenti mencarinya".

 

          Untuk mencari buku, para ulama' silam rela mengeluarkan sejumlah wang yang besar sehingga sesetengahnya dikecam oleh para isteri mereka yang tidak faham minat dan sikap suami mereka. Ulama' yang bernama Fairuz Abadi pernah bersyair;

 

Seorang wanita pernah berkata,

Bahawa engkau telah membelanjakan banyak harta untuk membeli buku,

Aku katakan biarkan aku,

Semoga aku melihat di dalamnya,

Buku yang menunjukkan (mengajar) ku,

Untuk melihat buku ku aman di sisi kanan ku.

 

Sikap lebih ekstrim boleh dilihat pada sikap Al Farabi yang akan menyalin sendiri buku-buku (milik orang lain) yang dilihatnya tidak ada dalam simpanannya seolah-olah beliau sebuah mesin fotokopi. Kemudian beliau akan menyalin juga satu salinan untuk dihadiahkan kepada sesiapa yang dijumpainya sepanjang permusafirannya atau dihadiahkan kepada sesebuah kampong yang terpencil. Sikap ini jauh berbeza dengan sikap kita kini yang dilingkungi dengan teknologi salinan yang hebat. Teknologi media elektronik seperti email, blog, web dan miling list tidak dikuasai secara bijak oleh tangan yang giat menulis dan menyampai. Budaya menulis kini bertukar  kepada budaya menaip, walaupun aspirasinya tetap sama dan murni. Semestinya penguasaan media ini bermula dengan sikap 'gila membaca' dan bukannya 'gila bercerita atau gila menciplak'. Sikap al Farabi itu adalah suatu petanda pada zaman silam, berkenaan kebangkitan nilai intelektualisme berteraskan budaya membaca. Pada saya keseimbangan kelompok membaca berlaku terlalu tidak sekata serta tidak adil. Kelompok yang menguasai media elektronik hanya berbincang dan berwacana sesama mereka, manakala kelompok yang terpinggir daripada budaya membaca pula terus ketinggalan. Adakah membaca menjadi suatu yang dicita-citakan ataupun ilmu itu sendiri yang merupakan kemuncak kejayaan kebangkitan minda? Semestinya ilmu. Jadi ilmu daripada pembacaan perlu disebarkan kepada masyarakat yang tidak membaca melalui saluran yang sebenarnya amat luas.

 

          Disinilah peranan guru yang banyak membaca memasukkan unsur yang segar dalam pengajarannya, jurutera yang terbuka minda serta islamis memasukkan nilainya dalam jabatan pentadbirannya, pihak yang berceramah pula menyebarkan keilmuan yang homogeneus dan harmonis kepada pendengar agar tiada pemisahan ilmu agama dan keduniaan. Peranan mahasiswa pula terjun ke dalam masyarakat melalui kesemua niche dan platform demi merealisasikan tuntutan yang sebenarnya juga dituntut oleh kesemua pemerintah negara yang maju.

 

Coretan,

Muhammad Nuruddin Bashah

Universiti Malaya

2006

 

p/s : Baru balik motivasi di Sekolah Rendah Bandar Tun Hussein Onn (2). Letih, tapi puas hati…..mereka adalah tunas negara dan agama….

 


Posted at 12:52 am by Pendita Bitara

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< June 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed