Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Sunday, June 11, 2006
tangisan mereka kering sendiri akhirnya...

Tangisan mereka kering sendiri jua….

 

Daripada 6 hingga lah 10 Jun (hari kelmarin), saya baru selesai mengikuti program pembangunan Insan anjuran Pusat Zakat Selangor. Bersama rakan seperjuangan, jurulatih dan fasilitator-fasilitator daripada Harmony Excellence, saya pulang dengan  membawa sesuatu yang membungkam di dalam hati. Sayu, gembira, bersyukur dan tidak kurang juga ketidakpuashatian yang saya sendiri keliru kepada siapa harus saya luahkan.

 

            Kami ditugaskan untuk melaksanakan kesemua modul-modul pembangunan sahsiah dan pembelajaran bagi anak-anak asnaf zakat yang terdiri daripada golongan miskin dan ibnu sabil. Terlalu banyak yang perlu dibongkarkan.

 

            Golongan miskin bukan hanya satu segmen masyarakat yang memerlukan pertolongan, tetapi golongan ini yang kebanyakkannya terpencil daripada kegiatan sosio masyarakat terutama dalam ruang masyarakat elektronik, juga amat bermasalah dari segi akhlak, kebudayaan, peribadi dan ibadah mereka sendiri. Terlalu banyak yang perlu dipugar. Tetapi hakikatnya terlalu sedikit yang mendekati golongan ini.

 

            Saya amat terkesan dengan tangisan peserta-peserta program yang mengikuti slot muhasabah….apabila sahaja lagu wajah (Jac) dimainkan untuk dihayati liriknya….kami bersama-sama menangisi kesusahan para peserta yang kelihatannya nakal, jahat, tidak beradab…tetapi jauh di hati mereka..mereka amat mengesali keadaan keluarga dan tanggapan luar kepada mereka.

 

            Pelajar-pelajar PMR dan SPM ini kebanyakkanya amat jatuh self esteem mereka, langsung tiada jati diri dan kepuasan belajar, bukan kerana kemiskinan yang mencengkam, tetapi juga kerana suasana kularga yang jauh porak perandanya daripada marhain lainnya.

 

            Seorang peserta mengakui kepada saya di  dalam satu slot LDK, beliau menceritakan bahawa ibunya adalah India yang beragama Islam, tetapi tidak memiliki kad pengenalan kerana ibunya adalah anak pungut yang dipelihara oleh orang melayu. Bapanya tidak bekerja sebaliknya bergantung penuh kepada ibunya yang menjual makanan ringan di hadapan rumah. Bapa dan abangnya adalah penagih dadah yang tegar…..telah beberapa kali keluar masuk pusat serenti. Wang zakat tidak berguna kerana dimasukkan ke dalam akaun bapanya dan digunakan sepenuhnya untuk dadah. Abgnya pula memerlukan RM 20 setiap hari untuk ganja. Tetapi cita-citanya mulia….cita-citanya ingin menjadi pensyarah Syariah…Pelajar perempuan yang gigih….Belajar bahasa Arab sendirian di rumah…semata-mata ingin menjejakkan kaki ke UIA.  Saya amat kesal kerana bukan seorang dua yang tidak dapat mengecapi wang zakat tetapi hampir majoriti daripada mereka turut mengalami keadaan yang sama.

 

            Mangsa penceraian akan terkontang kanting terus. Mereka kelihatannya tidak akan sedih bila diungkit kesusahan bapa, tetapi berderai air mata mereka bila disebut tentang keperitan ibu mereka. Kebanyakan daripada mereka adalah mangsa penceraian. Bila bercerai, si bapa tidak pula bekerja, sebaliknya menggunakan kesemua wang zakat yang diberikan. Tidak pula menghulurkan nafkah. Kiranya isu nafkah adalah mainpoint dalam setiap kali perbahasan…soal nafkah suami seolah menjadi suatu yang remeh. Kehidupan seperti kucing jantan. Mengandungkan kucing betina..dibiarkan si kucing betina membesarkan anak-anak yang ramai. Si Ibu kebanyakkannya menanggung anak-anak yang hamper 10 orang. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana mereka boleh hidup sekeluarga dengan pe4ndapatan ibu hanya sekadar RM 450 sebulan. Mereka terpaksa bekerja tambahan selepas waktu persekolahan demi menampung pembelajaran adik-adik yang masih kecil…..potensi minda mereka tersekat dengan kesibukan bekerja tambahan…..

 

Mereka tidak bodoh..tidak malas atau tidak jahat sebenarnya…mereka tidak hendakkan apa-apa…mereka hanya hendakkan ayah yang penyayang, hendakkan kepercayaan guru mereka dan kawan yang sejati….setiap kali tangan-tangan fasilitator membelai rambut dan belakang mereka…setiap kali itulah air mata mereka berderai….saya amat terkesan sekali…

 

            Saya masih teringat dengan salah seorang peserta dimana minatnya pada nasyid amat tinggi. Beliau mahir bermain hampir kesemua alat percussion. Saya berjanji kepadanya akan mengajarnya bernasyid jika ada kesempatan ke sekolahnya….beliau tinggal di rumah anak yatim dan ibunyalah yang menjadi tukang masak di asrama. Apabila orang lain balik ke kampong, beliau pula balik ke pangkuan ibunya iaitu di sebuah bilik pekerja di asrama berkenaan. Kelihatan luarannya  agak kurang adab..tetapi amat menjaga solatnya….

 

Saya melihat majoriti di kalangan peserta bukan mengalami kesusahan dari segi materialnya sahaja tetapi turut mengalami situasi krisis ibadah dan krisis solat yang teruk. Kelauarga yang jahil agama serta ada yang melarang anak-anak bersolat pula….

 

Setiap kali LDK kami akan berlinangan air mata bersama…..terasa amat bersyukur dengan keluarga kami masing-masing berbanding dengan peserta..kemiskinan menjadikan mereka amat jahil agama…walaupun ada yang berminat tetapi dihalangi dengan segala aspek social. Saya amat berhati-hati bercerita agar tidak terlalu menceritakan kejayaan hidup kami, kesenangan kami, gaya masyarakat elektronik atau terlalu berbanding-banding mereks dengan golongan lain yang berjaya..kerana insaf mereka amat kekurangan kemudahan dan suasana bahagia…mereka akan menangis bila dibandingkan dengan yangt lain….tetapi hairan..guru-guru merek menuduh mereka keras kepala..kurang ajar dan biadab..tapi di depan kami..mereka inginkan tangan yang membelai….

 

Kami membuat kesimpulan..kehancuran keluarga selain daripada kemiskinan adalah disebabkan solat tidak dijadikan resepi utama dalam keluarga….dalam 10 adik beradik didapati hamper separuh yang tidak bersolat termasuk ibu dan bapa….moga mereka dilindungi daripada kesombongan disamping kemiskinan mereka..kerana Allah tidak akan memandang golongan ini….pentingnya ibu dan bapa mendidik anak-anak dengan solat..bukannya sekadar menekan tentang kecemerlamngan dalam peperiksaan mereka….saya melihat satu-demi satu masalah mereka yang sebenarnya berpunca daripada penegasan solat yang longgar di kalangan ibu bapa…..

 

Teringat saat memberi kuliah maghrib kepada mereka saban hari….tergelak jugak kerana kena buat sendiri praktikal ibadah sepanjang kuliah tu…rasanya manis memberi ilmu kepada golongan yang tagihkan ilmu agama…daripada memebri kepada yang memandang rendah kepada ilmu Allah….

 

Dakwah secara 'short term' sebenarnya pada saya kerap kali mereka terima. Arahan bersolat dan saranan agar menutup aurat selalu sekali mereka dengar di sekolah…..tetapi mereka sebenarnya memerlukan suatu yang lebih besar cangkupannya iaitu dakwah secara jangka masa panjang…..kerap kali cita-cita dipandang sebagai pekerjaan yang akan dijawat oleh setiap pelajar sekolah..Tetapi mereka ini  hampir tiada cita-cita melainkan keluar daripada kesempitan hidup….Saya tegaskan kepada mereka bahawa cita-cita mereka adalah menjadi manusia berguna..Berguna untuk ibu mereka….kerana jika sebagai doctor menjadi cita-cita mereka…selepas menjadi doctor apa pula cita-cita mereka?....kami tekankan bahawa solat adalah kunci utama bagi mereka mengejar cita-cita…..mereka mengalami krisis pengabaian guru  di dalam kelas sehingga ramai yang tidak tahu mandi hadas sekalipun…..bagi saya ini adalah jihad..ini adalah sabilillah…berstrukturkan konsultan akdemik….saya dan rakan-rakan akan terus memberi kesih sayang kepada pelajar-pelajar melayu Islam..Yang diboikot oleh guru disiplin mereka..Yang tidak pernah dicium oleh ibu-bapa mereka……dan rasanya kasih sayang yang kami beri lebih mahal daripada bayaran yang kami terima……

 

Semuanya untuk Islam…..

 

Muhammad Nuruddin Bashah.

11/6/2006

Kuala Lumpur

Jurulatih Harmony Excellence Consultancy


Posted at 10:59 pm by Pendita Bitara

mawar
February 10, 2008   08:46 PM PST
 
slalu melihat kekurangan di sekeliling..hingga lupa ada kelebihan yg patut disyukuri...
humaira
February 11, 2007   04:54 PM PST
 
salam..jazakallah..ana mintk izin utk gunakan ilmu ini utk ana dn shbt2 jadikan panduan utk modul anak2 org yg kurang kemampuan
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< June 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed