Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Thursday, June 01, 2006
Ramalan Rasulullah Tentang Pasaran Bebas

Ramalan Rasulullah tentang pasaran bebas.

 

            Dalam membincangkan sifat dan ciri istimewa rasulullah SAW, tidak dapat kita melarikan daripada isu-isu futuristik yang diramalkan oleh baginda. Disamping pelbagai kisah peramalan kejayaan umat Islam yang telah dijadikan sebagai sumber motivasi  para sahabat seperti peristiwa penawanan kota Constantinople, umat Islam juga disajikan dengan pelbagai kisah peramalan azab, malapetaka, korupsi dan penyelewengan yang akan berlaku sebagai tanda akhirnya zaman. Pada kali ini saya cuba membongkar satu daripada beratus-ratus ramalan Rasulullah yang jika dilihat secara kontekstual semasa akan terzahir logiknya dan kebenarannya. Perkara yang ingin dikupas ini berkisar sekitar topik ekonomi kentomporari yang agak signifikan kepada dunia umat Islam juga.

 

Rasulullah bersabda daripada Abu Hurairah RA,

"Tidaklah akan berlaku Kiamat sehingga lahirnya fitnah-fitnah, banyaknya pembohongan dan dekatnya pasar-pasar". (Riwayat Imam Ahmad)

 

Ustaz Abdullah Al Qari bin Hj Salleh mentafsirkan dekatnya pasar-pasar ( taqarabal Aswaq) sebagai dekatnya pasar-pasar antarabangsa atau pasaran bebas antarabangsa yang dihubungkan melalui hubungan diplomatik, internet dan media elektronik lain.

 

            Kemuncak kepada kehadiran corak politik ala-negara bangsa kini akan diakhiri dengan corak politik negara antarabangsa iaitu ciri ambiguity (kesamaran) teras bangsa sesebuah negara kelihatan. Sempadan had perekonomian dibuka dan kebudayaan serta ketamadunan luar akan menerjah masuk ke dalam ruang lingkup landskap budaya tempatan. Aspek pro dan kontra yang akan berlaku daripada natijah gelagat ini perlu dilihat agar umat Islam mempunyai perisai semasa perlawanan ini bermula. Pada saya pasaran bebas adalah suatu perlawanan ala darwinisme yang berasaskan pertarungan dan persaingan antara golongan yang terkehadapan dengan golongan yang lambat dan mundur. Ruang persekitaran akan memilih golongan yang berjaya kompetatif untuk mencorakkan sejarah dan peraturan dunia pula. Hal ini akan terus berlaku dengan bebasnya. Kemuncak kapitalisme yang berlaku di dunia kini menghendaki pasaran bebas ini berlaku.

 

Old World Order

            Sebelum Perang Dunia II konsep empirelis dan kolonialis adalah sinonim dengan perniagaan berasaskan keuntungan negara bangsa (nation state). Tindakan dan aktiviti perekonomian ini jelas memerlukan sasaran sesama negara bangsa juga yang beramalkan sistem kapitalis. Hal ini lah menyebabkan empirelis mula membina masyarakat setempat yang dijajah dalam acuan negara bangsa dan api nasionalis kebangsaan yang sempit mula dimarakkan. Pada saya nasionalis bukan sekadar kecenderungan terhadap bangsa tetapi juga kecenderungan kasih dan sayangkan tanah air. Kerana itu saya meletakkan api yang dinyalakan disini sebagai maksud nasionalisme kebangsaan yang sempit (komunalisme). Pada era lama ini juga, nilai mata wang ditetapkan (fixed). Perubahan ketara mungkin boleh dilihat apabila Presiden Amerika Syarikat Nixon pada 1971 membubarkan sistem dollar US daripada berteraskan emas kepada kertas yang tiada nilaitara emas. Ini di antara ruang baru yang menguntungkan para spakulator. Era ini juga boleh dicerminkan dengan zaman bersistemkan analog.

 

New World Order.

            Era new order adalah suatu 'peraturan' perekonomian yang berpaksikan pasaran bebas dimana globalisasi adalah merupakan tenaga dan 'semangat' bagi peraturan baru ini. Apparatus dan alat yang menjadi pemandu kepada arah peraturan baru ini adalah syarikat-syarikat gergasi seperti MNC (multinational corporation) dan TNC (transnational corporation). Dunia pasaran bebas memerlukan suasana dan prasarana serta landskap yang sesuai untuk membuka ruang dan pintu setiap negara bangsa yang ingin dilibatkan  dan di sinilah peranan globalisasi sebagai pencetusnya. Manakala budaya hidup, keperluan harian dan simbol gaya moden dibawa secara bersepadu oleh syarikat-syarikat gergasi seperti KFC, McD, Coca Cola (sekadar menyebut beberapa nama sahaja) sehingga penstrukturan norma asal masyarakat setempat berubah dan akhirnya menurut kehendak global. Pada era ini nilaian matawang tidak tetap dan boleh dengan mudahnya dispekulasikan. Era ini terkenal dengan sistem teknologi maklumat yang berteraskan digital.

 

Apakah pasaran bebas?

            Pasaran bebas adalah pergerakan barangan, perkhidmatan, modal diantara bangsa-bangsa, negara dan kerajaan-kerajaan tanpa sempadan dan apa jenis penghalang sekalipun. Dalam keadaan ini, tidak dibenarkan sebarang subsidi diberikan kepada pasaran tempatan menyebabkan syarikat tempatan yang belum matang dan berdaya saing akan didominasi oleh syarikat gergasi luar negara. Selalunya syarikat gergasi ini tidak memerlukan subsidi daripada kerajaan asal mereka (cthnya; USA) kerana kekuatan ekonomi mereka. Taarif juga tidak boleh dikenakan dan menyebabkan harga barang import meningkat.

 

Fungsi GATT sebagai titik tolak bermulanya pasaran bebas.

            GATT atau General Aggrement Trade And Taarif bermula di Geneva pada 1947 selepas Perang Dunia II. Diantara tujuan GATT adalah menyeimbangkan semula pertumbuhan negara yang berperang seperti Britain dan Amerika, serta memulihkan ekonomi negara yang kalah sebagai penghalang kebangkitan akibat kesengsaraan perang. Hal ini boleh dilihat dalam operasi Marshall dimana Amerika Syarikat membantu memulihkan ekonomi Jepun serta melaburkan sejumlah wang yang besar untuk pertumbuhan semula ekonomi Jepun. Persetiaan negara-negara yang mencorak politik dunia serta kuasa-kuasa hegemoni pada 1947 adalah menyeragamkan pergerakan ekonomi dunia dan semestinya aplikasi kapitalis perlu ditonjolkan. Persaingan inilah yang menimbulkan perang dingin diantara blok kapitalis dengan blog komunis. IMF juga ditubuhkan pada sekitar era ini.

 

            Diantara matlamat GATT adalah mengatur suatu bentuk peraturan ekonomi sedunia di mana setiap manusia perlu mematuhinya jika tidak ingin dipinggirkan dalam semua aspek. Proses intergovermental dan integrasi antara kuasa-kuasa di lakukan melalui platform-platfirm rasmi dunia kerana retorika GATT perlu diwar-warkan dahulu sebelum mekanisme berjalan. Walaubagaimanapun perundangan tempatan setiap negara juga akan disentuh dan pugar seterusnya direncanakan agar diselaraskan ataupun dijadikan seakan-akan seragam agar aliran ekonomi ini lancar. Lantaran itu kini kita melihat mana-mana kuasa yang cuba memboikot gagasan ini akan dimusnahkan dan disenaraihitamkan oleh hegemoni Amerika Syarikat selaku watak utama pasaran bebas.

 

            Dunia juga ditandai dengan suatu titik permulaan pergerakan ekonomi bebas secara bersepadu apabila WTO (world trade order) ditubuhkan pada 1995 di Geneva. Matlamat WTO pula adalah untuk membantu pergerakan perniagaan sebebas yang mungkin. Juga berhasrat untuk mencapai liberalisasi yang lebih jauh melalui perundingan (negotiation) berterusan. WTO juga akan bertindak sebagai 'supra kerajaan' dimana tiada langsung kuasa yang setaraf dengan WTO dalam pencorakan dunia. Liberalisasi politik, diplomasi dan komunikasi adalah membawa kepada kejayaan pasaran bebas.

 

Mari kita melihat ramalan Rasulullah SAW berkenaan pertumbuhan syarikat-syarikat pada akhir zaman pula.

 

Daripada  Abdullah Bin Masu'd RA, Rasulullah bersabda,

" Sebelum berlaku kiamat, orang-orang Islam memberi salam kepada orang tertentu sahaja dan berkembangnya perniagaan sehingga seorang isteri bersyarikat dengan suaminya dalam perniagaan (Tusyarika Al Maratu zaujaha fi At Tijarah). (riwayat Imam Ahmad dan Al Hakim)

 

            Dalam hadis ini jelas kita boleh melihat di sekolah, di pasar-pasar, di kampus IPT dan di tempat perindustrian, manusia hari ini telah lama meninggalkan budaya salam. Sehinggakan amalan ini dilihat asing dan sesiapa yang memberi salam dikabelkan sebagai orang alim, atau orang wara'. Lebih malang lagi apabila pemberi salam disinonimkan dengan peminta sedekah dan golongan yang miskin. Sebenarnya gelagat ananiyyah atau individualistic ini adalah salah satu natijah kepada falsafah kapitalisme yang berjaya membawa nora baru. Sikap individualistic akan mengurangkan sikap tanggungjawab social dan akhirnya bersikap profit minded atau profit basis dan segala aspek kehidupan. Masyarakat kapitalis akan membongkar dan merungkai talian persaudaraan dan ukhuwwah yang ditaja oleh Islam secara fitrah. Hal ini turut diceritakan oleh Baginda Rasul SAW lebih awal lagi.

 

            Apabila melihat hadis ini, pada saya tidak perlu kita membawa konotasi bahawa setiap hadis nabi yang menceritakan gambaran akhir zaman akan menggambarkan suasana haru-biru atau malapetaka semata-mata. Terdapat juga tanda yang bukan merupakan bala tetapi perubahan norma dan uruf semasa masyarakat akan datang. Sebagai contoh muamalah syarikat di antara suami dan isterinya sendiri. Keadaan sekarang kelihatannya masyarakat kelas sudah tidak jelas kelihatan dan masyarakat rencam serta kompleks mengambil tempat. Pertumbuhan ekonomi akhir zaman yang pesat memerlukan gemblengan tenaga setiap manusia untuk mengurus harta benda dan berikhtisad. Tetapi nilaian dan fitrah kemanusiaan juga sering terikut-ikut dengan pembawaan norma baru (gaya hidup baru) ini sehinggakan menghakis sifat taat isteri kepada suaminya serta sikap amanah para suami kepada isterinya. Hal inilah yang ditumpukan oleh para fuqaha' sehingga dilihat oleh orang awam sebagai menyempit hak kewanitaan dalam berpentas di atas pentas ikhtisad.

 

            Budaya kapitalis telah memenangi peperangan dingin semenjak 1991 lagi. Budaya inilah yang membawa dunia kepada dasar penswastaan agensi kerajaan dalam usaha meliberalkan pengurusan syarikat, mengaut keuntungan, bersaing serta menambahbaikkan produktiviti. Natijahnya, terhakisnya nilai positif, nilai kemanusiaan dan sikap 'sukarela' di dalam agensi tertentu yang menjadi tempat pergantungan msyarakat setempat. Liberalisasi atau dasar kapitalisme adalah berlawanan dengan konsep awal iaitu regulatory policy dimana pengawalan kepada perniagaan agar kebajikan rakyat terjamin.

 

            Ramalan Rasulullah berkenaan kehadiran syarikat yang banyak boleh dilihat melalui jendela positif dan negatif. Pada saya setiap ramalan Rasulullah adalah sebagai agen motivasi, sumber aspirasi, amaran serta langkah berjaga-jaga (protective) yang perlu dicatur mulai sekarang. Keadaan pasaran bebas yang penuh tipu helah, penindasan dan diskriminasi perlu juga diharungi dengan persediaan minda terlebih dahulu. Kelihatannya terlalu ramai masyarakat terutama mahasiswa juga yang buta akan dasar globalisasi sehingga diada-adakan dikotomi globalisasi lawannya Islam. Sebenarnya secara total tidaklah begitu. Teruskan berbincang dan menyebar idea ini.

 

Muhammad Nuruddin Bashah

PKNS Kuala Lumpur

31/5/2006

 

           


Posted at 12:01 pm by Pendita Bitara

aya
April 24, 2007   02:58 PM PDT
 
nice article...
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< June 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed