Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Friday, May 19, 2006
Kegopohan Jepun...

 Mungkin agak pelik tulisan saya kali ini. Saya amat meminati mengikuti kesemua isu yang

 berkaitan dengan peperangan Dunia II. Sejak kecil hingga kini. Apa yang seronok tahu tentang perang? Perang adalah tempat menjelmakan nasionalisme kenegaraan, kepatuhan kepada pemimpin dan raja negara masing-masing. Tempat mencuba dan mempraktiskan senjata terkini masing-masing. Perang juga tempat untuk mengaut keuntungan selepas perang. Pemerang adalah 'bazzigaar' iaitu penjudi. Mereka berjudi untuk mendapatkan keuntungan. Si kalah akan menderita dengan teruknya, si pemenang akan menang dengan menindas 'bazzigaar' yang lain. Tapi permainan ini tetap ada peminatnya….saban tahun…saban era dan zaman empayar dari dulu sehingga kini.

            Saya amat meminati mengikuti isu ini terutamanya yang melibatkan kebangkitan bangsa Jepun dalam membina hegemoni cita-citanya. Hegemoni politik, kuasa dan ketenteraannya. Tapi sebelum berjaya…mereka tersungkur…kerana gopoh dengan kemenangan…bala menimpa lagi bila tradisi mereka dirobek oleh si pemenang..ya, kini Jepun adalah kembar lain ibu, lain bapa kepada Amerika Syarikat. Tradisi normatif mereka telah banyak terbubar dengan kerasukan kebanjiran budaya Amerika. Kenapa? Kerana mereka adalah si kalah dalam pertarungan bazzigaar-bazzigaar pada era 1940an dahulu.

            Semasa saya kecil dahulu, Jepun dimomokkan oleh orang tua-tua kita sebagai penzalim, pembunuh, kejam, bengis dan bangsa yang agresif. Tempat-tempat tertentu dikatakan tempat hantu jepun berkunjung, kerana banyakknya tempat pemotongan kepala oleh tentera Jepun. Gambarannya ialah, tentera tanpa kepala…pakai seluar yang dimasukkan dalam stokin but tentera. Ada pedang samurai… Di Pulau Pinang (Batu Maung) ada Muzium Perang Dunia II. Ada lagi kesan darah, kubur-kubur Cina yang dibunuh beribu-ribu pada hari pertama Jepun datang ke Pulau Pinang dulu. Dendam peperangan Nanking, peperangan China-Jepun (1937), serta dendam pengaruh Sun Yat Sen memaksa mereka bertindak diluar perikemanusiaan kepada bangsa Cina.

            Saya membaca berpuluh-puluh buku berkaitan peperangan Dunia II. Baik dalam bentuk cerpen, novel, biografi pejuang, buku ilmiah, kajian tesis, diari seperti cacatan TPM Lewis bekas pengetua MCKK yang ditawan di penjara Cangi Singapura. Serta banyak lagi. Saya akan membayangkan bagaimana strategi peperangan mereka. Kini strategi sebegitu masih ada….di negara ini, strategi itu dipraktikakan dalam sistem pilihanraya….contohnya? Kenalah baca dahulu, fahami dan lihat sendiri PR di negara kita. Saya juga menonton begitu banyak filem-filem yang menceritakan tentang peperangan Dunia II terutama yang melibatkan Jepun. Untuk menghangatkan lagi imaginasi, saya beli juga soundtrack filem Pearl Harbour untuk merasai sendiri keperitan peperangan akibat paksaan kebangkitan nasionalis yang menggigit manusia….Nasionalis yang tidak dikawal…nasionalis yang memperjudikan nyawa manusia…demi sekeping tanah dan selombong bijih.

            Benarkah Jepun kejam?..Jepun adalah bangsa yang baik, bersopan, kuat semangat, sukakan cabaran serta sayangkan tanahair mereka. Mereka bangkit dalam suasana yang telah lama lena. Semenanjung pulau Jepun terasing sehingga begitu lewat kehadiran pelawat-pelawat asing ke sana. Dasar tertutup semasa pemerintahan kesyogunan Jepun menyebabkan banyak bangsa asing yang gagal memonopoli sistem pemerintahan Jepun. Tetapi pemerintah Jepun bijak. Dicarinya sebegitu ramai penasihat Eropah terutama Itali dan Jermen. Itali dan Jermen adalah bangsa Fasis yang inginkan suatu kebangkitan bagi entiti yang jelas dikalangan bangsa Eropah. Pemikiran dan tanggapan mereka yang berunsur empirelis sedikit sebanyak mempengaruhi maharaja Jepun. Selepas kemenangan Jepun dalam peperangan dengan Rusia (sebelum kebangkitan Komunis), Jepun merasakan bahawa menjadi haknya untuk turut bergelar empirelis. Mereka inginkan tanah di China, inginkan Korea dan kesemua kepulauan Melayu termasuk kepulauan Australia. Mereka merasakan bahawa bangsa mereka juga boleh membina hegemoni selepas peperangan Dunia Pertama. Selepas terlibat dalam peperangan ini, Jepun telah mula menyimpan hasrat untuk menawan Tanah Melayu. Maka dilancarkan beberapa strategi umum. Pada kali ini saya tidak akan kupas secara detail perihal startegi Jepun kerana strateginya yang kompleks dan teratur itu memerlukan ruang yang khusus pula.

            Saya merasakan Jepun agak gopoh walaupun mereka sabar sebegitu lama untuk berjaya menawan Asia. Mereka gopoh dalam melebarkan hegemoni. Mengapa labelan kejam terhadap bangsa Jepun masih terpahat dihati melayu, berbanding British yang kini mulai dilupai kekejaman mereka terhadap mayat Tok Janggut dan kekejaman mereka menghukum Rosli Dhobi. British memulakan empayar dengan menggunakan syarikat-syarikat perniagaan tajaan Britain. Mereka berniaga sambil menjajah. Perniaga semestinya berlidah lembut, putar belit dan mahir mengambil hati 'pelanggan'nya. Disini terlalu berbaza cara Jepun dan British memulakan muqaddimah empayar mereka. British menjajah secara tidak langsung dan menguasai ekonomi tempatan. British mengajar rakyat tempatan mengurus ekonomi sendiri disamping berkiblatkan matawang Britain. Tetapi Jepun ingin menjajah kerana desakan perindustriannya dan inginkan penguasaan tempatan dengan menjepunkan tempatan dalam masa setahun sahaja. Dalam masa setahun sahaja kesemua sekolah tanah melayu berbahasa Jepun, menyanyi dan menulis dalam huruf Jepun. Sehingga dalam hari ulangtahun Maharaja Jepun , dimintanya ramai pelajar-pelajar sekolah rendah menyanyikan lagu Kimigayo di Singapura, pelajar-pelajar itu mampu belajar dan menghafal lagu itu dalam masa sehari sahaja di9 hadapan Jenerap Yamashita. Sehingga begitu terharu dengan suasana itu, Yamashita mengeluarkan menyatakan bahawa pelajar-pelajar itu umpama rakyat Jepun sendiri. Kes ini dianggap berat oleh pemerintah terteinggi tentera Jepun kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan yang diluar tugasan beliau. Yamashita akhirnya dihantar bertugas pula di Manchuria untuk berperang disana. Kesemua papan tanda juga ditulis dalam bahasa Jepun. Menjepunkan dari segi formaliti tetapi bukan dari segi unsur tradisi yang dikuasainya. Inilah kegagalan utama mereka.

            Hal ini tidak hairan, kerana yang memerintah adalah tentera. Tentera bukan ahli politik, bukan peniaga dan bukan orang awam. Tentera diarahkan untuk berperang dan menguasai. Walaupun tentera Jepun telah dibekalkan dengan segala ilmu komunikasi, maklumat lengkap tanah melayu dan banyak lagi keilmuan lain, tetapi tentera tetap tentera. Hal ini diakui oleh para diplomat Jepun dan para guru Jepun yang dibawa ke sini oleh tentera Jepun. Diplomat jepun  sendiri berada di bawah penguasaan tentera. Kenapa tentera Jepun kejam? Kerana mereka bukan orang Jepun kesemuannya. Mereka orang Taiwan, bangsa yang dijajah oleh Jepun, tertindas dengan tentera Jepun sejak 1930an dan membalas pula kekejaman kepada bangsa melayu. Tak ketinggalan juga tentera-tentera Korea yang diupah membantu tentera Taiwan ini. Mereka juga bermata sepet dan fasih berbahasa jepun. Tekanan nasionalis Maharaja serta hasrat ingin bersaing dengan empayar barat menyebabkan mereka juga terlibat dnegan perjudian ini dan memaksa tentera mereka berlaku kejam untuk meminimumkan masa kemenangan…pada saya mereka bukan bangsa yang zalim. Di Jepun sendiri, rakyat tertindas dan dipaksa menanam sendiri makanan untuk kegunaan tentera. Rakyat diminta menyerahkan kesemua peralatan logam untuk dilebur dibuat senjata dan kapal terbang.

            Ekonomi tanah jajahan adalah tanggungjawab si penjajah. British datang dengan berniaga. Mereka tidak terus menguasai dan mengubah mata wang sebaliknya negeri-negeri tidak bersekutu masih menggunakan wang negeri masing-masing sehinggalah Malayan Union dilancarkan. Ekonomi British beransur-ansur mengusai dengan pengautan keuntungan ladang-ladang dan lombong-lombong yang memakan masa sehingga 100 tahun lamanya. Tetapi Jepun terus menggunakan matawangnya dalam masa beberapa hari memerintah tanah Melayu. Walaupun sebelum perang, percaturan ekonomi Jepun adalah mengikut tradisi tempatan tanah jajahannya, tetapi polisi ini berubah kerana hasad dan dengkinya mereka dengan peninggalan British iaitu bangsa yang dianggap irihati dengan pencapaian Jepun di Hongkong, Nanking dan Taiwan. Jepun bencikan British yang menghalang Jepun terus mengganas di China untuk menguasai akesemua daerah China. Jepun akhirnya menanggung ekonomi kesemua jajahan-jajahan 'segeranya' itu. Akibatnya?, inflasi dan kenaikan harga barang yang terlalu buruk dalam sejarah tanah melayu. Duit matawang jepun langsung tiada nilai. Tiada urusan jual beli yang berjalan melainkan pasaran gelab. Bagi saya kegopohan pembudayaan Jepun dan penguasaan ekonomi secara melulu ini punca Jepun gagal meninggalkan kesan baik penjajahannya kecuali luka, dan kebencian dikalangan rakyat. Tetapi sedikit-sebanyak ia mencurahkan api kepada nasionalis melayu bangkit hasil semaian KMM era Jepun. Inilah mengapa walaupun Jepun bangsa Asia, tetapi langsung tidak dapat meninggalkan kesan budaya dan ekonomi dalam hidup warga tempatan. Budaya adalah ladang semaian. Tidak boleh bertanam hari ini, menuai esoknya. Mungkin hal ini berpunca kerana mereka mengurus kesemua tinggalan British ini di dalam suasana petang. Mereka memerintah dengan megahnya, sedangkan British hanya mengangkat bendera Putih di Singapura dan bukannya di India, Colombo dan di Great Britain sendiri. Mereka akhirnya hanya mampu memrintah dalam suasana berjaga-jaga, ketakutan akibat serangan balik tentera Berikat serta perasaan bahawa Tanah Melayu bukan milik kekal mereka (akan dirampas semula). Empirelis tetap empirelis. Janjikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, tetapi agenda utama mereka ialah menyedut hasil tempatan kita kerana ingin menampung keperluan ekonomi mereka. Tetapi berjuta-juta dolar yang mereka laburkan untuk perjudian itu, akhirnya sengsara yang mereka dapat iaitu 2 butir bom atom yang digugurkan.

            Sebelum saya tamat menulis dalam runag ini, pesan saya- Ayuh pembaca sekalian…cintailah ilmu sejarah..saya akan terus menulis dalam skop ini..kerana ada semangat tersembunyi dalam setiap isu perang ini…..sengsaranya pekerja di projek jalan keretapi maut Thailand, kesengsaraan pekerja buruh di Pulau New Britain, kesengsaraan tentera 'Heiho' tempatan yang dipaksa Jepun menawan Australia serta kesengsaraan manusia di bumi tanah melayu sendiri…..setiap sengsara perlu dibayar kembali….tapi bagaimana?...sejarah meminta kita berfikir, cara membayar kesemua hutang-hutang sengsara ini….terima kasih Puan Natirah Beevi, Puan Zainon dan Puan Sabariah. Teruskan mengajar sejarah….

 

Muhammad Nuruddin Bashah

5 sains SMKA Al Mashhor (L) 1999


Posted at 02:53 am by Pendita Bitara

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< May 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed