PERBAHASAN ISU PENGHINAAN NABI (BAHAGIAN KEDUA).
Dalam penulisan yang lalu saya telah memberi beberapa kes-kes penghinaan nabi pada zaman baginda sendiri. Kemudian juga dijelaskan akan beberapa kes penghinaan nabi yang berbentuk lukisan dimana hal ini masih panas dibahaskan. Pada kali ini, saya berminat pula untuk memberi beberapa contoh lagi penghinaan nabi yang dilakukan pada era kini, baik yang dinyatakan oleh pihak musuh Islam mahupun oleh para penganut Islam sendiri yang terhakis imannya. Hal ini berlaku di dalam dan luar negara ini. Kita merasa amat terkilan dengan sikap beberapa individu di Malaysia baik yang bergerak secara individu atau pun bertopengkan beberapa institusi tertentu, dimana skeptical mereka yang melulu terhadap perjalanan sirah Rasulullah amat mendukacitakan. Pandangan mereka terhadap Islam kadangkala kelihatan melucutkan profesionalisme mereka terutama yang berlatar belakangkan kepeguaman, kewartawanan professional serta beberapa bidang pengajian yang menekankan disiplin bukti dan fakta dalam berhujah. Nafsu dan amarah mereka terhadap nabi ini adalah natijah positif yang digarapkan oleh perikatan-perikatan pemikir sekularisme sedunia sejak abad ke 19. Mereka lupa mereka diperalatkan oleh aliran pemikiran lencong tersebut.
Penghinaan di zaman moden.
Sejurus selepas kejatuhan khilafah Usmaniyyah, kita melihat dahan bergantung umat Islam teleh lumpuh. Sektor perbahasan Ulama' dan Fatwa telah kelihatan chauvinistic kenegerian, kelihatan pessimis dengan kebangkitan Islam, taasub dan melulu dalam berijtihad sehinggakan umat Islam berpecah dan dimanupulasikan oleh westenisasi dengan mudah. Diantara kes yang begitu menggemparkan dunia era moden ini adalah kes Salman Rusydie.
1) Kes Salman Rushdie.
Beliau adalah anak keturunan Kashmir (1947) yang dilahirkan dan dibesarkan di Bombay. Beliau yang dikelilingi dengan masyarakat Hindu merasa amat tertekan dan tidak memahami budaya dan amalan umat Islam yang sebenar. Beliau kemudiannya dihantar ke England dan belajar disana beberapa tahun di Rugby. Kemudiannya mengikuti kursus Ijazah di Universiti Cambridge. Beliau sejak mula di England telah merasa tertekan, inferior dan rendah hati dengan latar belakangnya daripada India. Sikapnya yang inginkan pengaruh dan inginkan taraf yang mulia menyebabkan beliau berkahwin dengan gadis Inggeris sehingga mendapat kerakyatan Britain. Kemudiannya berkahwin pula dengan gadis Amerika yang berpengaruh dalam dunia penerbitan untuk mendapatkan kemudahan beliau menerbitkan buku. Beliau menulis dalam bentuk novel. Mesej dan kritikan masyarakat diselitkan dalam novel beliau. Beliau memulakan penghinaannya terhadap Islam dalam novelnya Al Arr yang mensendakan Presiden Pakistan iaitu Zia Ul Haq. Kemudian beliau mengarang pula Satanic Verses (1989) yang mensendakan agama Islam dan Nabi Muhammad SAW. Rasulullah dikatakan menuntut ilmu daripada syaitan iaitu ayat-ayat syaitan dirujukkan kepada Al Quran. Kalimah Mahound digunakan iaitu kalimah Muhammad yang digunakan oleh penghina-penghina Nabi SAW sejak beberapa kurun yang lalu. Beliau bertindak jauh lagi dengan mengatakan isteri-isteri baginda sebagai pelacur. Sikapnya jelas seperti Kaab Bin asyraf iaitu yahudi Nadhir yang menghina isteri-isteri nabi.
Lantaran itulah Sheikh Abdul Aziz Bin Baz daripada Arab Saudi telah berfatwa bahawa belajar atau menetap di negara kafir adalah haram kecuali kerana dharurat. Kelengkapan iman dan pendidikan Islam yang mencukupi adalah perlu sebelum menjejakkan diri di Negara kuffar.
Daripada Jarir Bin Abdullah, Nabi SAW bersabda " Aku terlepas dari tanggungjawab terhadap muslim yang tinggal menetap di tengah-tengah negara musyrik". Respon daripada penghinaan ini ialah, Imam Khomeni telah menfatwakan hukum bunuh kepadanya yang tiadak akan terlupus selamanya walaupun beliau bertaubat. Berjuta dollar Amerika ditawarkan. Namun begitu beliau telah mendapat suaka politik Britain dan beberapa negara eropah yang lain. Bukunya diulang cetak di New York.
Gambar 1 : Salman Rushdie
2) Penghinaan-penghinaan lain.
1) Pada 1990, Taslima Nasreen warganegara Bangladesh yang menulis buku tentang penghinaan terhadap Nabi.Beliu seperti juga Salman Rusydie, akhirnya turut mendapat suaka politik Barat dan menikmati kemewahan akibat buku-buku mereka yang diulang cetak.
2) Penulis Syiria iaitu Haidar Bin Haidar telah mengarang novel fiksyen yang memasukkan watak Nabi SAW, Saidatina Khadijah RA dan Saidatina Siti Aishah RA. Ribuan mahasiswa Mesir bangkit berdemostrasi, namun ramai yang ditangkap sehingga mengorbankan juga nyawa.
3) Nigeria yang merupakan warisan kesultanan Islam Sokoto telah dipilih untuk menganjurkan pertandingan ratu cantik sedunia. 2 negeri di Nigeria Utara yang berteraskan syariah telah menentang habis-habisan pertandingan tersebut. Editor Nigeria this Day (berbahasa Inggeris) telah mengeluarkan kenyataan " jika nabi Muhammad masih hidup, nabi Muhammad akan membenarkan pertandingan itu diadakan dan memilih isteri dikalangan peserta pertandingan itu. Natijahnya, pejabat akhbar tersebut dibakar oleh rakyat Nigeria.
3) Disini disertakan juga penghinaan terhadap Islam dan Nabi oleh beberapa penulis dan individu di Malaysia.
1) Farish Noor (penulis bebas) berkata dalam The Edge, 3 Disember 2001 " Islam adalah suatu wacana dan semua wacana adalah terbuka dan boleh dicabar serta plastic (anjal)'. Penulis ini lupa prinsip mutagayyirat dalam Islam yang boleh dibahaskan, manakala prinsip sawwabit adalan unsur teras di dalam agama yang haram dipersoalkan.
2) Akhbar Ali berkata di dalam The Sun 21 Februari 2001, "..mungkin serban mufti-mufti terlalu ketat dan sebab itulah tidak cukup oksigen masuk ke dalam otak mereka. Mereka tidak berfikiran waras." Akhbar amat marah dengan kenyataan mufti yang menyelar filem-filem bollywood.
3) Akhbar Ali berkata di dalam The Sun 14 Julai 1999 "…Al Quran membenarkan seseorang menjadi murtad dua kali dan kekal sebagai kafir…..tiada hukuman yang dinyatakan ke atas seseorang yang murtad selain janji Tuhan yang tidak akan mengampuninya mahupun memberi petunjuknya yang lurus."
4) Zainah Anwar menulis di dalam Utusan Malaysia, 26 September 2000, " Islam bukanlah milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa mereka adalah Ulama'. Oleh itu sebarang pentafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti Al Quran bukanlah milik para ulama' sahaja. Sikapnya memang amat skeptikal terhadap ulama' serta cuba meluaskan fahaman beliau yang tidak percayakan itegriti para ulama' untuk menistinbat hukum.
Gambar 2 :Zainah Anwar
4) Kebebasan dalam bercakap dan berpendapat.
Islam memang menjamin hak untuk berpendapat, kerana hak asasi di dalam Islam adalah terjamin. Namun hukum kulli (umum) ini berubah dengan beberapa syarat yang perlu dipenuhi dengan adanya beberapa prinsip yang lain seperti ;
v Prinsip kejiranan.
v Prinsip tanggungjawab terhadap Ibu bapa, serta anak dan isteri.
v Menjamin hak dan keselesaan orang lain juga.
v Hukum mengeluarkan kata-kata kesat kepada Nabi, isteri-isterinya serta sahabat-sahabat nya di dalam ilmu Aqidah. Dalam hal penghinaan kepada nabi, isteri baginda dan sahabat, ulama' aqidah khalaf dan salaf mempunyai consensus yang sama.
Ulama' berpendapat bahawa kebebasan perlu tidak terikat dan tidak menurut hawa nafsu. Lantaran itulah baginda SAW pernah mengatakan dunia ini adalah bagaikan penjara bagi orang mukmin. Maksud baginda adalah bahawa kebebasan kepada orang mukmin ini dipandang terlalu terkongkong pada perspektif golongan kafir. Manusia memang dijadikan untuk mengikuti syariat dan manhajnya. Disebalik menuruti peraturan itu ada kelancaran dalam kehidupan. Sebagaimana mesin-mesin yang dioperasikan mengikut manual penggunaannya, maka mesin itu tidaka akan rosak dan kekal lama. Sebaliknya jika ingin mengoperasi mesin melalui jalan-jalan mudah, maka kerosakan dan kebinasaan akan berlaku pada mesin tersebut kerana peraturannya tidak diikuti.
Hukum Mencaci nabi menurut Mazhab Maliki.
Imam Malik berkata bahawa barangsiapa yang mencaci nabi, atau malaikat, memalukan, melaknat, mencerca, mengubah sifatnya, mengurangkan kezuhudan, dan fizikalnya maka mereka ini patut dibunuh dengan had tanpa dituntut bertaubat. Namun sekiranya seseorang murtad daripada Islam, mereka diberikan 3 hari bertaubat dengan diberi hanya makanan yang sedikit. Kesimpulannya di dalam qaul masyur Mazhab Maliki, seseorang yang menghina nabi tidak dituntut bertaubat dan sekiranya bertaubat sekalipun, hukuman had tetap dijalankan. Beliau berhujah dengan Hadis nabi " barang siapa yang menukar agamanya maka ia hendaklah dibunuh".
Hukum Mencaci Nabi menurut Mazhab Syafi'e.
Imam Syafi'ei tidak membezakan golongan yang murtad dengan golongan yang murtad kerana menghina Nabi. Bagi beliau mereka adalah serupa. Namun di dalam mazhab ini, terdapat qaul yang mengatakan sunat diberikan tempoh bertaubat kepada penghina Nabi dan qaul yang lain mengatakan wajib diberikan tempoh.
Hukum Mencaci Nabi menurut Ibnu Taimiyyah (mazhab Hanbali).
Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah berpendapat bahawa orang yang mencaci Rasulullah hendaklah dibunuh dengan tidak perlu diminta taubat terlebih dahulu. Adapun yang menggalakkan meminta taubat kepada yang murtad dan mencaci nabi ini adalah bersumberkan kepada kata-kata Saidina Umar RA " Apakah kamu telah memenjarakan mereka selama 3 hari dan telah kamu berikan mereka makanan pada setiap hari sekeping roti?, mudah mudahan mereka bertaubat atau pun ia kembali kepada sebenar, wahai tuhan kami, aku tidak hadir dan aku tidak menyuruh dan aku tidak redha" (kata-kata ini adalah refleksi kepada pengaduan seorang lelaki yang mengaku membunuh seorang lelaki murtad yang lain tanpa diminta taubat.. Inilah dalil yang digunakan oleh kebanyakkan ulama' mewajibkan penerimaan taubat dan pemberian tempoh bertaubat. Namun pada pendapat Imam Malik, pandapat ini bukannya ijma' sahabat.
Hukum mencaci isteri-isteri nabi SAW.
Mencaci isteri-isteri nabi adalah taktik lama yang memang menjadi senjata terakhir untuk menghina nabi. Sebagaimana yang kita tahu mnegahwini para isteri nabi selepas kewafatan baginda adalah suatu penghinaan terhadap nabi. Bagitu juga mereka-reka cerita dusta kepada mereka seperti peristiwa hadis ifki (fitnah kepada Saidatina Aisyah RA). Lantaran terlalu cintakan para isterinya, maka nabi pernah menghantar utusan sulit untuk membunuh Kaab bin Asyraf yang membuat cerita dan syair lucah yang menggunakan nama-nama isteri baginda sebagai watak di dalam penglipurlaranya.
Allah berfirman
" sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik, yang jujur lagi beriman (dari zina) mereka dilaknat di dunia dan di akhirat, dan bagi mereka azab yang besar". (Surah An Nur : ayat 23).
Kata Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah, "ramai ulama' berpendapat bahawa ayat di atas diturunkan khas berkaitan isteri-isteri nabi SAW.
Ibnu Abbas RA mentafsirkan ayat ini bahawa ianya khusus kepada Siti Aisyah dan seluruh isteri Nabi yang lain. Walaupun di dalam ayat ini tidak dinyatakan tentang perlunya diberi peluang bertaubat, Ibnu Abbas RA menyatakan bahawa dalam ayat yang lain Allah meminta 4 saksi bagi setiap tuduhan salah bagi wanita mukminah, jika tidak dinyatakan, mereka perlu bertaubat. Ibnu Taimiyyah juga pernah berkata bahawa Al Qadi Abu Ya'laa berkata " orang yang mencaci Siti Aisyah dengan tuduhan yang mana Allah telahpun membersihkannya daripada tuduhan itu, kufurlah ia, tidak dipertikaikan lagi hukumnya dan telah pun ijma' tentang perkara ini".
Diriwayatkan daripada Imam Malik " orang yang mencaci Abu Bakar RA disebat dan orang yang mencaci Siti Aisyah dibunuh". Ditanya apa bezanya? Jawab Imam Malik, "Sesiapa yang menuduhnya, dia telah menyalahi Al Quran".Kata Ibnu Taimiyyah lagi "adapun yang mencaci isteri-isteri nabi SAW selain Aisyah RA ada 2 pendapat :
1) Mencaci isteri-isteri nabi SAW sama seperti mencaci para sahabat. Jadi hanya dikenakan sebatan.
2) Pendapat yang jelas ialah, menuduh salah seorang isteri Nabi samalah seperti menuduh Siti Aisyah juga, sepertimana kata Saidina Abdullah Ibnu Abbas RA dahulu iaitu tuduhan sedemikian mendatangkan keaiban dan penghinaan kepada Rasulullah SAW.
Kesimpulannya hukum bunuh diperbolehkan jika penghinaan kepada mana-mana isteri nabi kerana ianya sepertilah menyakiti hati baginda SAW juga. Betapa beratnya hukuman kepada mana-mana manusia yang ingin menunjukkan belangnya kepada nabi SAW dan isterinya-isterinya kerana isteri baginda adalah 'ummahatul Mukminin' iaitu umpama ibu-ibu umat Islam yang menjadi contoh pergaulan rumahtangga dan rujukan hukum hakam selepas baginda wafat.
Hukum bagi penghinaan terhadap para sahabat Rasulullah SAW.
Kata Ibnu taimiyyah, mana-mana individu yang menghina sahabat baginda sama ada ahli bait ataupun tidak, maka Imam Ahmad sendiri telah menghukum secara mutlak yang ianya hendaklah disebat sebagai balasan dan Ahmad tidak menyebut yang ianya dihukum bunuh atau dihukum kafir.
Kata Ishak Bin Ruhuwaihin bahawa orang-orang yang mencaci sahabat-sahabat Nabi SAW dihukum dan berpendapat bahawa tidak dikenakan hokum bunuh.
Al Qadi Abu Ya'laa mengatakan bahawa orang yang mencaci para sahabat jika ianya mneghalalkan caciannya maka dia menjadi kufur, jika tidak dihalalnya (tidak diredhanya sendiri) maka jadilah ianya fasiq.
Kesimpulannya menurut Imam Ahmad, bahawa sesiapa yang menghina sahabat dianggap keluar daripada Islam (kerana dianggap kufur secara tidak nyata sahaja) tetapi tidak dibunuh, sebaliknya disebat.
Rujukan tambahan :
1) Penghinaan Terhadap Rasulullah SAW; Riduan Mohamad Nor, Mohd Asri Mat Daud, 2006, MHI Publication.
2) Hukum Islam Terhadap Jenayah Salman Rusdie; Prof. Dr. Alaeddin Kharofa, 1993, A.S Nordeen, Kuala Lumpur.
Disini saya hanya menyediakan beberapa fakta ringkas berkaitan penghinaan terhadap Nabi yang berlaku pada zaman kita ini dan hukuman yang layak bagi mereka. Namun hanya para ulama' yang layak sahaja yang boleh mengkonklusikan hukuman terhadap para pencaci Nabi, isteri-isterinya dan para sahabatnya. Didalam zaman Rasulullah SAW masih hidup, telah terdapat manusia yang berani menzahirkan kenabian palsunya, menghina isteri nabi, berbanding dengan zaman kini dimana pengaruh mendalam orientalis jahat ke dalam lubuk epistemologi umat Islam serta gejala kerasukan budaya popular dan pemuasan hedonisme yang memusnahkan kasih dan sayang manusia kepada Rasulullah SAW. Penulisan saya adalah sebahagian orak mula saya untuk terus menulis beberapa lagi artikel berkenaan syubhat tuduhan musuh Islam terhadap sirah baginda dan beberapa sunnah baginda. Moga Baginda memberikan syafaatnya kepada saya kelak. Amin.
Muhammad Nuruddin Bashah
Flat PKNS
Kuala Lumpur
2.36 pagi
10/5/2006