Your Ad Here

Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Tuesday, May 09, 2006
Hukum Akal serta hikmahnya untuk umat Islam kini...

SEKITAR PERBAHASAN HUKUM AKAL DALAM MENGENAL TAUHID.
         Pada kali ini ana berminat untuk mengupas kembali perbahasan kewajipan kita mempelajari hukum akal dalam memandu akal kita mengenal tuhan. Keilmuan ini adalah keilmuan yang telah lama berakar umbi didalam sistem pengajian Islam tradisional nusantara dan tidak ketinggalan juga Malaysia ini. Keilmuan ini tersirna di dalam kitab-kitab utama melayu seperti Faridatul Faraid, Duruss Samin, Aqidatun Najin dan Matan Jauwhar Tauhid. Keilmuan ini adalah berintipatikan aliran khalaf yang mengikuti aliran Imam As Sanusi (dengan kitabnya Ummul Barahin). Kepada pembaca yang beragama Islam dan berbangsa melayu, menjadi kewajipan kita menjaga warisan keilmuan melayu tua ini yang telah lama menjadi benteng Aqidah melayu daripada serangan penjajahan British dahulu. Inilah kekuatan keilmuan tradisional.

 Apakah hukum akal?
Hukum akal terbahagi kepada 3 iaitu wajib pada akal, mustahil pada akal dan harus (jaiz) pada akal.
Wajib pada akal : Contohnya wajib bapa tua dari anak. Atau wajibnya benda hidup mempunyai jasad, jisim dan dimensi walaupun sebesar zarah (jauhar), atau wajib manusia itu mati. Atau wajib emak itu melahirkan anak bukan anak melahirkan ibu.
Mustahil pada akal : Mustahil sebuah kereta dikatakan sedang bergerak dan diam serentak. Mustahil warna sebuah pen itu tak hitam atau putih (mesti salah satu). Mustahil anak lebih tua dari bapa. Ini penting kerana jika kita isbatkan Allah dengan sifat wajibnya, maka mustahil Allah bersifat dengan perkara yang berlawanan dengannya. Jika Allah wujud mustahil dia tak wujud serentak. Mustahil pada akal ada dua pemandu dalam kereta, samalah seperti mustahil ada dua tuhan satu alam.
Harus akal : Harus kereta bergerak atau tidak bergerak. Harus Allah mencipta manusia atau makhluk lain (tak wajib baginya).
Sebelum Allah mencipta makhluk, alam adalah dalam keadaan adam wujdan dimana tiada lain selain Allah yang wujud hakiki. Selepas ada makhluk seperti arash dan kursiyy, maka dinamakan mumkin. Para mumkinat ialah makhluk seperti kita yang boleh ada atau tidak kerana Allah tidak diwajibkan oleh sesiapa untuk cipta kita.
Hukum mempelajari hukum akal
Ulama' salaf  seperti Imam Ahmad Hanbal dan beberapa ulama' mazhab melarang penggunaan hukum akal melampau dengan menhaj penggunaan akal. Aliran salafi Wahabiyah juga  mempopularkan aliran ini serta cuba melarang keras dan memerangi penggunaan ilmu kalam serta ilmu akal yang berteraskan falsafah.
Imam Al Ghazali ialah ulama' kontemporari zamannya, telah menggunakan ilmu kalam yang mirip kepada salafiyyah untuk membela agaman. Kerana itulah beliau digelar hujjatul Islam. Imam Ghazali telah membenarkan penggunaan hukum dan ilmu ini dengan syarat ianya digunakan untuk mengenal tuhan bukan untuk mempertuhankan akal semata-mata, sepeti golongan dahriyyun (atheis). Imam Al Ghazali turut mempelajari falsafah untuk mencari kelemahan falsafah Yunani walaupun beliau turut bersetuju dengan hikmah ilmu ini dalam mengenal tuhan.
Imam Ibnu Rushd seorang ulama' dan qadhi di Andalusia. Beliau adalah ulama' mazhab maliki dan merupakan ahli falsafah terkemuka. Belaiu mengatakan hukum mempelajari ilmu akal, mantik dan falsafah adsalah wajib untuk memperdalamkan keyakinan terhadap syariah dan tauhid.
Ibnu Khaldun pula berpendapat golongan yang menyepi diri daripada ilmu akal adalah golongan bodoh yang memusnahkan agama sendiri.Hal ini adalah kerana pentadbiran sesebuah negara yang bertamadun memerlukan akal yang berteraskan wahyu untuk memerintah dan memakmurkannya.
Pada saya, kita sewajarnya kita mengetahui sejarah ilmu ini dahulu, cuba mengasah akal agar mengaitkan persekitaran untuk mencari kebenaran dakwah, tauhid dan kehebatan Allah. Walaubagaimanapun WAJIB kita tahu batas dan sempadan akal kita serta berhati-hati agar tidak sampai keluar daripada orbit had pengetahuan manusia. Firman Allah
" Inna Utitum minal ilmi illa Qalila"
Sesungguhnya aku berikan kamu daripada ilmu (ilmu Allah, sebab itu Allah guna kalimah minal) melainkan sedikit Cuma.
Perbahasan tambahan.
Wajib bagi sesuatu benda makhluk mengisi ruang. Sebagai contoh seekor ikan dalam akuarium, ruang ikan tersebut tiada air. Jadi isipadu air di akuarium meningkat bila ada banyak ikan. Konsep perbahasan ini seolah olah ilmu Archimedes. Memanglah keilmuan Islam Abbasiyyah banyak menyalin kitab-kitab falsafah logik Yunani untuk mencari kekuatan akal agar wajib hukum ini dapat memberi hujah kepada ahli tauhid. Lihat, bagaimana mungkin Allah itu mengisi ruang. Jika begitu dia akan menolak zarah2 udara sebasb dia mengisi ruang bila dia berada di alam ini. Jadi Jika Allah turun kebumi (contohnya) Allah akan mengambil ruang udara kita dan ini semestinya memusnahkan ekosistem udara dan angkasa lepas kerana Allah tentunya besar dan hebat. Jadi perkara ini mustahil pada akal dan pada syara'. Ini hanya sebahagian kecil kupasan kepentingan ilmu akal yang berteraskan Islam. Mencari konsensus dalam penggunaan Ilmu ini mungkin menjadi masalah tetapi mencari konsensus (kesepakatan) dalam mentauhid serta mempertahankan Aqidah Islam adalah WAJIB.

MUHAMMAD NURUDDIN BASHAH
Balik Pulau Penang.

Posted at 01:24 am by Pendita Bitara

ugg boots
November 15, 2012   04:38 AM PST
 
Love those! I enjoy following your posts on facebook and rss!,847559,http://munawwarah.blogdrive.com/archive/43.html
khairy
July 27, 2010   05:39 PM PDT
 
SIFAT 20

QIDAM

Ertinya SEDIA. Sedia Allah Taala itu lawannya BAHARU. Mustahil Allah Taala itu baharu. WAJIB Allah Taala itu sedia selama-lamanya. Tanda Allah Taala itu sedia, jika ia tidak sedia, tentu ia baharu. Jika ia baharu, tentu Ia DAUR atau TASASUL. DAUR ertinya berlingkar-lingkar, TASASUL ertinya berhubung-hubung, iaitu mustahil. Wajib Allah Taala itu bersifat QIDAM selama-lamanya.

Seperti DALIL NAQLI : HUWAL AWWALU WAL AKHIRU

Ertinya : Allah Taala jua awal, Allah Taala jua yang akhir. AwalNYA tiada permulaan dan akhirNYA tiada kesudahan.
khairy
July 27, 2010   05:30 PM PDT
 
MAKLUMAT HUKUM AKAL DAN SIFAT 20 YANG DINYATAKAN DIPEROLEHI DARIPADA KELAS TASAWUF PADA SETIAP HARI KHAMIS MALAM JUMAAT. IA WAJIB DIHAFAL DAN DIFAHAMI DALAM ERTIKATA YANG SEBENAR.

WAJIB BERGURU DENGAN GURU YANG ARIF BILLAH.

0142662991 (PELAJAR)

khairy
July 27, 2010   05:20 PM PDT
 
SIFAT 20.

UJUD

Ertinya ADA. Lawannya TIADA. Mustahil Allah Taala itu tiada. Wajib Allah Taala itu ada selama-lamanya. adapun tanda Allah Taala itu ada, baharu sekalian alam. Tiap-tiap yang baharu tentu ada yang membaharuinya. Jika tiada yang membaharuinya, tentu ia baharu dengan sendirinya. Jika ia baharu dengan sendirinya, tentu berat salah satu di antara dua pekerjaan atas yang lain di antara keduanya jika tiada sebab, iaitu mustahil. ada pun tanda alam ini baharu, ia memakai 2 sifat seperti gerak dengan diam, dipandang berubah-rubah, daripada tiadak ada kepada ada, daripada ada kepada tidak. Sememangnya sifat alam iaitu tidak mahu terdahulu dan tidak mahu terkemudian, Baharu alam baharu sifatnya.

Seperti DALIL NAQLI : Allah Taala jua yang menjadikan 7 lapis langit dan 7 lapis bumi di antara keduanya dan sebagai isi-isinya.
khairy
July 27, 2010   05:13 PM PDT
 
Adapun setengah SIFAT 20 tertakluk ia atas 6 SIFAT iaitu QUDRAT dan IRADAT, SAMEK dan BASER, ILMU dan QALAM

QUDRAT dan IRADAT tertakluk kepada MUMKINAT, MUMKINAT ertinya tiada dahulu kemudian ada. SAMEK dan BASER tertakluk kepada MAUJUD. Erti Maujud bersamaan QADIM dan BAHARU. ILMU dan QALAM tertakluk kepada sekelian yang WAJIB, sekalian yang MUSTAHIL dan sekalian yang HARUS.

BAGAIMANA GAYANYA QUDRAT dan IRADAT?

Dikehendaki oleh IRADAT dikerjakan oleh QUDRAT

BAGAIMANA GAYANYA SAMEK DAN BASER?

SAMEK didengarNYA QALAM yang QADIM berkata-kata dan QALAM yang baharu berkata-kata. BASER dilihatNYA Dzat yang QADIM dan dilihatNYA Dzat yang baharu.

BAGAIMANA GAYANYA ILMU DAN QALAM?

ILMU mengetahui sekalian yang WAJIB, sekalian yang MUSTAHIL dan sekalian yang HARUS. QALAM, QALAM ALLAH TAALA itu ialah Al-Quran menghebahkan sekalian makhluk.

Adapun SIFAT 20 terbahgai kepada 3 MARTABAT :

1. MARTABAT Dzat (Sifat Nafsiyyah dan Salbiyyah)

2. MARTABAT SIFAT (Sifat MA'ani)

3. MARTABAT ASMA' (Sifat Ma'nawiyyah)
khairy
July 27, 2010   05:02 PM PDT
 
SIFAT 20 terbahgai kepada 4 SIFAT iaitu :

1. Nafsiyyah
2. Salbiyyah
3. Ma'ani
4. Ma'nawiyyah

NAFSIAYYAH (kelakuan yang wajib bagi Dzat, selama ada Dzat tidak dihilat dengan satu hilat dan tidak dikerana dengan satu kerana iaitu SIFAT UJUD namanya)

SALBIYYAH (sifat yang menanggali, menolak yang tak patut, tidak layak bagi ketuhanan, iaitu 5 sifat : QIDAM, BAQA, MUKHALAFATUHU TAALA LIL HAWADITH, QIYAMUHU TAALA BINAFSIH dan WAHDANIYYAT)

MA'ANI (sifat yang berdiri bagi Dzat iaitu : QUDRAT, IRADAT, ILMU, HAYYAT, SAMEK, BASER dan QALAM)

MA'NAWIYYAH (kelakuan yang wajib bagi Dzat selama ada Dzat dihilat dengan satu hilat, kerana ia lazim-melazimi dengan SIFAT MA'ANI iaitu: QADIRUN, MURIDUN, ALIMUN, HAYYUN, SAMIUN, BASIRUN dan MUTAKALIMUN)

APA SEBAB SIFAT 20 TERBAHAGI 4 SIFAT? SEBAB ADA 4 BANGSA.

1. BANGSA UJUD
2. BANGSA ADUM
3. BANGSA HAL
4. BANGSA AKHTHIBARI

BANGSA UJUD SIFAT MA'ANI (ia maujud pada zihin dan maujud pada harith)

BANGSA ADUM SIFAT SALBIYYAH (ia tidak maujud pada zihin dan tidak maujud pada harith)

BANGSA HAL SIFAT NAFSIYAH (kelakuan yang wajib bagi Dzat)

BANGSA AKTHIBARI SIFAT MA'NAWIYYAH (menghebahkan nama bagi Dzat)
khairy
July 27, 2010   04:47 PM PDT
 
Hukum yang dikurniakan oleh Allah ke dalam dunia ini sama ada jin dan manusia adalah 3 hukum sahaja iaitu HUKUM AKAL, HUKM SYARAK dan HUKUM ADAT.

HUKUM AKAL terbahagi 3 iaitu WAJIB BAGI AKAL, MUSTAHIL BAGI AKAL dan HARUS BAGI AKAL.

HUKUM SYARAK terbahagi kepada 3 iaitu FEQAH, USUL dan TASAWUF.

HUKUM ADAT terbahagi kepada 2 iaitu LAZIM MELAZIMI BAGI ADAT dan TIDAK MELAZIMI BAGI ADAT.

Yang dinamakan SYARAK ialah Feqah, Usul dan Tasawuf. Feqah ialah fe'il bagi anggota, Usul sebagai pedoman dan tasawuf secara mensucikan fe'il hati.

Perjalanan HUKUM FEQAH bagi syarak terbahagi kepada 5 iaitu WAJIB, SUNAT, MAKRUH dan HARUS. setiap perjalanan Hukum Feqah bagi Syarak itu mengesahkannya ada 5 juga iaitu SEBAB, SYARAT, SAH, MANIK (Penghalang) dan BATAL.

USUL ertinya TIANG; DIN ertinya AGAMA. USULUDIN ertinya TIANG AGAMA.

TASAWUF secara mensucikan fe'il hati terbahagi kepada 5 iaitu UJUB (Merasa sempurna diri), AJIB (hairan), SOMAAH (atas nama), TAKABUR (tidak menerima kata yang hak) dan RIYAK (membesarkan diri).

"AWALLUDIN MA'RIFATULLAH" ertinya AWAL-AWAL AGAMA MENGENAL ALLAH.

Adapun secara mengenal Allah Taala itu dengan 20 Sifat, iaitu sifat yang wajib mutlak bagi ketuhanan dan wajib syariah bagi kita mengetahuinya (SIFAT 20)
khairy
July 27, 2010   04:34 PM PDT
 
salam
Awaluddin Makrifatullah
May 7, 2007   11:17 AM PDT
 
1 .untuk mempelajari ilmu tauhid ini ataupun dikenali sebagai usuluddin.pengangan siapakah yg harus kita ikuti?
2. Ada berapakah sifat ALLAH taala.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< May 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed