![]() Pendita Bitara bukan suatu evolusi yang pasif... PERJUANGAN BAHASA MELAYU Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita. (Pendita Bitara) RENCAH HIDUP Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar. Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan. Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian. Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup. Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?” ( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih) Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani A. Samad Said (sasterawan Negara) Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017
PENTAS KAJI BUKU LANDSKAP SIASAH SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ) JAISYU MUHAMMAD
Utusan Berita Harian Harian Metro Buletin Malaysiakini Marhaen
saifulislam Abdul Hadi Bin Alias (UTP) Lirik Nasyid (Sahabatku Amni) Puisi Nurani Lindungan Bulan Along Effendi Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni) Mujahidah UIA Diari Mujahid UBU Fathi Reformist Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)
PAS Ikhwanul Muslimin KEADILAN JIM KERSANI training Terengganukini Persatuan Ulama' PAKSI
Bahan Tarbiah Biografi Ulama' dan Tabiin Komik dakwah Sirah nabi berserta nota dan peta-peta Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam) Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi) Rujukan Fiqh dan Syariah Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room) nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini.... Mari Kenal Ulama' Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku Ummah Muslimin MyKULIAH(MP3) Rujukan Al Quran Rujukan Hadis-hadis Fatwa Al-Qaradhawi Cintailah buku dan Bahasa kita Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..
PMIUM bersamamu... ISIUKM PMIUTM Gegar Selatan PKPIM Ikatan Persaudaraan Jepun Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian
online hits since 21 April 2006 |
|
Falsafah Jundiyyah MEMAHAMI FALSAFAH PEMBENTUKAN JUNDIYYAH DALAM HARAKAH ISLAMIYYAH a) Definisi Jundiyyah Konsep jundiyyah adalah suatu konsep yang amat penting difahami dalam Gerakan Harakah Islamiyyah. Dalam gerakan Islam akan terselit keperkaaan individu-individu tertentu yang menjadi pasak, pillar dan golongan yang murabithun(kukuh dan tetap) dalam Jamaah. Perkataan ketenteraan dalam Islam berasal dari perkataan Al-Jundu (seorang tentera) dan Junud(tentera-tentera). Firman Allah 249. Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu Dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu Yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa Yang tidak merasai airnya maka Sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang Yang menceduk satu cedukan Dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. setelah Talut bersama-sama orang-orang Yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang Yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". berkata pula orang-orang Yang yakin Bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan Yang sedikit berjaya menewaskan golongan Yang banyak Dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang Yang sabar". (Al-Baqarah:249) b) Pembentukan pengkhususan dalam ketenteraan Rasulullah. Ali Abi Talib – berani. Umar Al-Khattab serta Hamzah Abdul Mutalib – Pandai berperang. Khalid Al-Walid – seorang yang strategik. Abdullah Ar Rawahah – Berlawan dengan Quraisy melalui syair dan sajak. Dan lain-lain sahabat. c) Persiapan para tentera Islam.
d) Permasalahan ketenteraan dalam harakah hari ini (Siasah Hizbiyah)
e) Mengapa perlunya golongan teras ini? Firman Allah: 200. Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di (Ali Imran:200) Antara bentuk-bentuk skop ketenteraan ialah:
f) Mengapa bukan semua yang terlibat dengan bidang takhasus ini?
cth: - Perang Uhud. - Perang Hunain. - Golongan Khawarij (krisis fikrah/kegopohan menilai maslahah). g) Ciri umum Tentera Harakah Islamiyyah. 54. Wahai orang-orang Yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum Yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang Yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang Dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang Yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya. (Al-Maidah:54)
h) Kegagalan Harakah dalam menyediakan golongan ini kerana:-
Antara simptom utama ketidakdisiplinan Ø Tidak menepati masa dan janji Ø Menangguh kerja Ø Egoistik Ø Tidak bersemangat (cth: datang ke meeting tanpa catatan, tidak bersemangat dalam usrah) Ø Suka memberi alasan (cth: apabila diberi tugasan khas, apabila halangan kecil seperti cuaca, halangan kewangan dan keluarga) i) Skop jihad yang perlu difahami. 1) Jihad lisan
2) Jihad ta'alim · Menguasai sektor pendidikan · Mengajar ilmu agama · Mendalami ilmu agama dan ilmu umum lain · Menyediakan peluang pembelajaran lain kepada anak-anak masyarakat 3) Jihad tangan dan anggota
4) Jihad politik
j) Akhlak tentera Harakah Islamiyyah 1) Surah Al-Asr:1-3 1. Demi Masa! 2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian - 3. Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.
2) Surah Al-Maidah:35 35. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah dan carilah Yang boleh menyampaikan kepadanya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.
3) Surah As-Saff:4 ¨ 4. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh.
4) Surah Al-Mujadilah:22 ž 22. Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra Dengan orang-orang Yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang Yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman Dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka Dengan semangat pertolongan daripadanya; dan Dia akan memasukkan mereka ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang Yang berjaya.
5) Surah At-Taubah:71 71. Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
6) Surah Al-Maidah:55 $ 55. Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang Yang beriman, Yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).
k) Method pembentukan jundiyyah ini 1) Program khusus seperti tamrin jundiyy khas untuk golongan tertentu 2) Melatih fikrah yang mendalam dan bersifat juziyyah yang mungkin tidak didedahkan kepada orang awam 3) Menyeru dan membakar semangat melalui tafsir, tasyji', katibah dan usrah 4) Memperelok akhlak dan sistem fardi muslim melalui pembelajaran ilmu islam (fiqh dan tasawuf) yang agak mendalam
|