![]() Pendita Bitara bukan suatu evolusi yang pasif... PERJUANGAN BAHASA MELAYU Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita. (Pendita Bitara) RENCAH HIDUP Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar. Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan. Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian. Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup. Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?” ( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih) Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani A. Samad Said (sasterawan Negara) Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017
PENTAS KAJI BUKU LANDSKAP SIASAH SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ) JAISYU MUHAMMAD
Utusan Berita Harian Harian Metro Buletin Malaysiakini Marhaen
saifulislam Abdul Hadi Bin Alias (UTP) Lirik Nasyid (Sahabatku Amni) Puisi Nurani Lindungan Bulan Along Effendi Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni) Mujahidah UIA Diari Mujahid UBU Fathi Reformist Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)
PAS Ikhwanul Muslimin KEADILAN JIM KERSANI training Terengganukini Persatuan Ulama' PAKSI
Bahan Tarbiah Biografi Ulama' dan Tabiin Komik dakwah Sirah nabi berserta nota dan peta-peta Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam) Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi) Rujukan Fiqh dan Syariah Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room) nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini.... Mari Kenal Ulama' Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku Ummah Muslimin MyKULIAH(MP3) Rujukan Al Quran Rujukan Hadis-hadis Fatwa Al-Qaradhawi Cintailah buku dan Bahasa kita Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..
PMIUM bersamamu... ISIUKM PMIUTM Gegar Selatan PKPIM Ikatan Persaudaraan Jepun Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian
online hits since 21 April 2006 |
|
Pengaruh Imperialis terhadap Sejarah kita PENGARUH IMPERIALIS TERHADAP SEJARAH DAN KEBUDAYAAN MELAYU YANG BERTERASKAN ISLAM MUHAMMAD NURUDDIN BASHAH UNIVERSITI 2006 1) Pendahuluan Kertas kerja ini Menurut Syed Muhd Naquib Al-Attas, teori sejarah secara runcit-runcitan atau mikro yang terlalu tafsil(detail) tanpa melihat dampak dan pola akan datang adalah terlalu acap dikupas. Perbahasan adil, makro dan mencapah serta mengambil kira kesemua faktor yang membentuk sejarah perlu dilihat. 2) Tamadun Melayu-lndonesia Sebelum Imperialis.
2.1 Melayu juga imperialis dalam konteks wilayah dan perluasan kuasa. 2.2 Melayu mudah menerima konsep Buddha dan Hindu atas sebab nilai otoktoni. 2.3 Melayu hanya menerima nilai falsafah dan kesenian sastera sahaja dengan meninggalkan ajaran sebenar agama Hindu. Hal ini kerana melihat kehendak raja dan setempat yang masih kekosongan. 2.4 Melayu mudah menerima Islam kerana dibawa oleh pendakwah sebenar yang fasih berbahasa melayu(sejak zaman jahiliyah) dan komited dengan da'wah. llmu kalam dan teori mantiq merasionalkan Melayu(Barat hanya menambah rasionalisme yang lebih cosmopolitanisme dan liberalisme). 3) Kedatanqan imperialis pasca Renaissance(abad ke-16)
3.1) Kedatanqan Portugis 3.1.1 Benarkah Portugis datang ke Asia Tenggara kerana rempah? Bagaimana dengan pangkalan rempah Yaman dan 3.1.2 Datang kerana God, Gold, Gospel (3G). 3.1.3 Ledakan revolusi kesenian dan ketamadunan mendesak Portugis keluar. 3.1.4 Teknologi Asia Tengah(Uthmaniyah) dan barat adalah agak setara pada abad ke-16. 3.1.5 Asbab kepada kedatangan lebih ramai orang barat. 3.2) Kedatangan Belanda 3.2.1 Mengajar erti kawan dan lawan. Berseteru sesama negeri umat Islam.Contoh: 3.2.2 Terpecah bangsa-bangsa Melayu. 3.3) Kedatangan Inqqeris.
3.3.1 Silent Movement dan serampang dua mata. Guna falsafah "Give and take". 3.3.2 Inggeris berpakat dengan Belanda sehingga taxonomy Melayu dan "Suku Barrier" mula meledak. Tiada lagi integrasi antara pulau-pulau Melayu secara bebas. 3.3.3 Permusuhan kesejagatan Melayu. 3.3.4 Pengaruh utama. · Cara Pendidikan(Raffles pecah pengajian Bahasa Melayu, jawi dan Al-Quran)-Munsyi Abdullah. · Cara Pentadbiran(ledakan globalisasi perindustrian mengkehendaki satu norma dan kehendak yang sama). · Keagamaan-pemusnahan penyebaran sistem pondok dan pengajian progresif. · Sistem ekonomi-dari berniaga kepada budaya makan gaji.(membunuh jati Melayu sebagai tonggak negara). · Pecah dan perintah. 3.4) Kedatanqan Jepun
3.4.1 Pengaruh utama.Semangat 3.4.2 Kekejaman yang memecah perintahkan secara lebih teruk. 3.4.3 Dilemma kaum. 3.4.4 Mengajar Melayu agar jangan hanya makan gaji sehingga terpaksa gadai negara 3.4.5 Menumbuh semangat kemerdekaan dari budaya kebergantungan kepada Inggeris dan barat. 3.4.6 Memberi kelebihan kepada golongan intelek melebihi bangsawan yang lebih gemarkan British. 4) Mengapa ajaran Kristian tidak berjaya menqhakis semanqat kelslaman vang menebal? · Penerimaan terhadap Islam yang menekan konsep saintific dan estetik yang tidak eksklusif. Contohnya tulisan dan bahasa Sanskrit yang estetik dan hanya eksklusif untuk golongan Brahmin sahaja. · Ajaran Kristian yang disebar tidak bersungguh-sunguh untuk menggantikan tradisi Islam yang menyeliputi otoktoni Melayu seperti ajaran tasawuf, sistem beraja secara Islam. ajaran tauhid secara ilmu kalam dan budaya akhlak islam yang cocok dengan nilai ketimuran. · Ajaran Kristian dimoderate selepas ledakan Protesian(Martin Luther). · Benteng sistem pengajian konvensional secara tradisional, merupakan tonggak kepada fahaman rakyat sama ada yang belajar secara langsung atau di surau dan masjid.(Prof Syed Naquib Al-Attas). · Ajaran Kristian diselitkan dengan imej sombong, bongkak, pengkelasan masyarakat lantaran bawaan pegawai-pegawai British yang bersikap demikian. 5) Impak Imperialis kepada keaqamaan dan kebudayaan oranq Melayu.
· Penapisan dan tekanan yang kuat Belanda kepada rakyat Indonesia.Contoh: Ibadah Haji. · Penyaingan sekolah agama dengan sekolah Melayu yang diselit dengan asuhan sekular selain elemen sekolah primier yang lebih ketara sekularnya. · Pengurangan penggunaan bahasa Lingua franca (pasca pengaruh Islam) kepada penggunaan bahasa Inggeris yang mendominasi Jabatan Kerajaan Negeri Bersekutu dan sedikit pada negeri tidak bersekutu. · Penghakisan tulisan jawi kepada tulisan rumi yang impaknya ketara kepada pembelajaran Al-Quran dan Ilmu agama. Golongan awam lebih rendah basic agamanya daripada golongan sebelum mereka. · Sistem beraja yang dinasihati oleh mufti yang mana pernah termaktub dalam Kanun Undang-undang Melaka tentang hukuman hudud, kemudiannya diserap kuasa mereka melalui mahkamah sivil dan mahkamah syari'ah. · Penyerapan kesenian barat mengakibatkan budaya Meiayu yang mendokongi elemen Islam telah dilayukan sehingga menghasilkan golongan separa Islamis separa secular ala tahun 1930 1960an. · Kebangkitan ulama' yang taat dan setia kepada Pan Islam · Asas kepada terbitnya sikap meniru budaya popular yang menghakis benteng ketamadunan Meiayu. · Menerbit golongan agama yang progresif dalam arus "menerima dalam menolak" kebanjiran budaya negatif barat. · Persaingan kaum muda dan kaum tua sedikit sebanyak menerbitkan kesedaran betapa Islam mempunyai pelbagai Jalan hidup yang terbuka dan berprinsip. 6) Satu kajian kes: Bagaimanakah institusi pondok dikatakan mewarisi serta membentengi ketamadunan Melayu? · Melayu yang secara "principal exclusivness" bertaut dengan Islam(Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud dalam Seminar Kefahaman Mengenai Rakyat Berjiwa Merdeka 2005, IKIM) mewariskan tanggapan bahawa Melayu itu Islam dan Islam di rantau ini adalah Melayu. · Tulisan arab-melayu yang mula digunakan sejak era persuratan Melayu Islam sekitar abad ke-15 lagi telah menerbitkan ulama' penulisan Islam yang tersohor seperti Nuruddin Ar Raniri(Karyanya Siraat Al Mustaqim adalah tulisan fiqh yang pertama dalam tulisan jawi), Abdul Rauf Fansuri(juga disebut Singkel) serta Hamzah Al-Fansuri yang membawa konsep teologi mistik yang berunsur tasawuf. Budaya 'talaqqi' mewarisi aspek ketamadunan Melayu terbesar iaitu tulisan yang asli(mengikut lafaz dan nahu arab). · Pondok menjadi pusat latihan dan penyebaran ilmu silat. Dengan eleman sufi dan spiritual, ajaran silat menjadikan pondok lebih popular dan penting dikalangan kanak-kanak lelaki. · Sistem pondok menjadi pakar penasihat sultan-sultan Patani, Kelantan dan Terengganu seperti Sheikh Ahmad bin Mohd Zin Al-Fathoni dengan tulisannya At Tadbir Was Siyasah. · 7) Penutup Dalam ruangan masa dan keadaan yang sempit ini, adalah mustahil bagi kita untuk mengupas secara terperinci perihal pengaruh yang telah berlaku kepada struktur kebudayaan dan tradisi beragama Meiayu di Nusantara dan Asia Tenggara ini. Perbahasan kali ini seolah menidakkan pengaruh komunisme yang menular serta mengancam institusi pengajian Islam Penulis mengharapkan agar pembaca dapat menambahkan informasi dan pengetahuan sekitar pengaruh buruk yang melanda rantau ini dimana fokus perlu diberikan juga kepada bangsa Melayu yang merupakan tonggak utama agama Islam di Asia Tenggara. Penidakan aspek kemelayuan ini akan memincangkan asas perbahasan sejarah pengaruh westernization ini yang mana dampaknya kita lihat berlaku dikalangan masyarakat dan muda mudi Melayu Islam. Sekian Terima kasih. Posted at 09:48 pm by Pendita Bitara
|
||||||||||||||||||||||||||||