![]() Pendita Bitara bukan suatu evolusi yang pasif... PERJUANGAN BAHASA MELAYU Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita. (Pendita Bitara) RENCAH HIDUP Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar. Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan. Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian. Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup. Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?” ( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih) Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani A. Samad Said (sasterawan Negara) Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017
PENTAS KAJI BUKU LANDSKAP SIASAH SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ) JAISYU MUHAMMAD
Utusan Berita Harian Harian Metro Buletin Malaysiakini Marhaen
saifulislam Abdul Hadi Bin Alias (UTP) Lirik Nasyid (Sahabatku Amni) Puisi Nurani Lindungan Bulan Along Effendi Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni) Mujahidah UIA Diari Mujahid UBU Fathi Reformist Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)
PAS Ikhwanul Muslimin KEADILAN JIM KERSANI training Terengganukini Persatuan Ulama' PAKSI
Bahan Tarbiah Biografi Ulama' dan Tabiin Komik dakwah Sirah nabi berserta nota dan peta-peta Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam) Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi) Rujukan Fiqh dan Syariah Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room) nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini.... Mari Kenal Ulama' Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku Ummah Muslimin MyKULIAH(MP3) Rujukan Al Quran Rujukan Hadis-hadis Fatwa Al-Qaradhawi Cintailah buku dan Bahasa kita Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..
PMIUM bersamamu... ISIUKM PMIUTM Gegar Selatan PKPIM Ikatan Persaudaraan Jepun Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian
online hits since 21 April 2006 |
|
Nilai sepunya Falsafah Yunani dan Islam PARAMENIDES
Pelopor Falsafah Logik Yunani
Tg Abdul Ghaffar
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Paramenides merupakan anak murid kepada Xenophanes. Sebab itulah pandangan dan pemikiran falsafah beliau banyak dipengaruhi oleh Xenophanes. Antara ajaran Xenophanes ialah tuhan ini satu. Ajaran ini bertentangan dengan kepercayaan masyarakat Yunani pada ketika itu yang mengatakan tuhan ini banyak dan setiap daripadanya mempunyai peranan yang tertentu. Xenophanes mengecam pemikiran masyarakat ketika itu yang menggambarkan tuhan dalam bentuk lukisan dan ukiran sebagai patung. Tuhan yang disembah oleh orang Yunani itu bukanlah tuhan yang sebenar dan mereka merupakan tokoh-tokoh pahlawan zaman silam yang banyak memberi sumbangan serta jasa.
Pada Xenophanes, tuhan bukanlah terdiri daripada kalangan manusia dan tidak berfikir seperti manusia. Tuhan mentadbir alam ini dengan kuasanya yang tersendiri. Tuhan tidak menyerupai dan diserupakan dengan apa-apa pun. Xenophanes mengatakan pemujaan terhadap dewa-dewa adalah satu kepercayaan yang karut dan tahayul.
Walaubagaimana pun, Xenophanes melihat kewujudan Tuhan dalam bentuk yang abstrak, tetapi Paramenides pula berusaha membuktikan kebenaran falsafah gurunya dalam bentuk logic dan kaedah rasional. Kalau Xenophanes menganggap tuahn dan ala mini saling melengkapi, Paramenides pula ingin membuktikan bahawa tuhan ini sebagai sesuatu yang ada sepenuhnya. Dengan kata lain, tuhan sudah sedia ada. Tuhan dan alam adalah satu kesatuan yang penuh dan tidak saling bergantungan antara satu sama lain.
Paramenides juga mengatakan bahawa kebenaran itu adalah sepenuhnya. Pandangan beliau berbeza dengan pemikiran masyarakat Yunani pada ketika itu yang mengatakan kebenaran itu banyak. Apabila banyak maka Tuhan tidak ada kerana jika ada yang akan kekal maka akan ada juga yang akan hilang. Dengan erti kata yang lain, kebenaran itu boleh berubah-ubah.
Paramenides menyatakan bahawa kebenaran itu satu dan kekal buat selama-lamanya. Kebenaran tidak boleh berubah-ubah dan hilang. Jika kebenaran itu berubah-ubah maka ianya bukanlah satu kebenaran melainkan hanya sebuah sangkaan semata-mata. Kebenaran yang dimaksudkan oleh Paramenides adalah satu pengetahuan dan bukan satu andaian atau sangkaan. Pengetahuan pula adalah satu keyakinan dan kefahaman terhadap sesuatu perkara. Menurut Paramenides juga, kebenaran tidak dapat dilihat tetapi dapat dirasa ertikan, begitu juga dengan Tuhan yang tidak dapat dilihat tetapi kewujudanNya dapat diketahui oleh manusia.
Untuk mencapai kebenaran manusia tidak boleh hanya bergantung kepada penglihatan semata-mata kerana kadang-kadang penglihatan itu dapat berubah-ubah dan juga terlalu banyak. Dengan ini mereka akan menjadi keliru sehingga apa yang dilihat dikatakan sebagai satu kebenaran yang hakiki. Hanya akal yang dapat membezakan antara yang benar dan yang palsu. Akal akan mengatakan yang ada tetap ada dan yang tiada mustahil ada. Paramenides menyatakan dalam logiknya bahwa kalau hanya ada yang satu maka tidak boleh tidak ada. Yang ada mesti ada dan tidak boleh dikatakan tidak ada. Kalau yang ada berasal dari tiada maka bagaimana pula dengan yang tiada boleh terjadi dan menjadi sendiri. Jadi yang ada adalah wujud dan kekal.
Jika Xenophanes banyak berbicara soal ketuhanan, Paramenides pula banyak berkata berkaitan kebenaran sebagai pokok utama dalam menyatakan pemikiran falsafahnya. Paramenides tidak
Bagi Paramenides, yang ada itu bulat dan mengisi ruangdan pada tepian bulatan itu bersambung-sambung dan tidak putus-putus. Jarak dari tengah adalah sama ke semua arah. Begitu juga bentuk dan saiznya. Tidak ada yang besar atau kecil, panjang mahupun pendek. Sebab itulah Paramenides melihat bulatan itu sebagai satu kesatuan yang lengkap bagi menggambarkan keadaan yang satu itu. Dunia dari sudut pandangan Paramenides berada dalam keadaan yang static dan tidak tetap. Yang ada dan yang satu itu kekal tidak berubah-ubah. Pemikiran itu barangkali berasaskan keadaan bumi dan planet yang bulat dan hukum tabii yang tetap.
Paramenides nampaknya
Sebagaimana yang selalu diandaikan oleh para cendekiawan Islam kini didapati, bahawa berkemungkinan ahli falsafah di Yunani terdiri daripada kalangan nabi-nabi yang mana kita ketahui bilangan nabi adalah banyak. Tidak mustahil jika Allah ingin mencampakkan nabi ditengah-tengah orang-orang Yunani yang hebat dalam berhujah dengan menggunakan pemikiran falsafah mereka. Kita sebagai seorang dai’e seharusnya lebih meningkatkan ilmu dan makrifat tentang Allah melebihi orang awam kerana telah menjadi peranan kita dalam memperkatakan kebenaran yang hakiki ini.Wassalam.
|