![]() Pendita Bitara bukan suatu evolusi yang pasif... PERJUANGAN BAHASA MELAYU Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita. (Pendita Bitara) RENCAH HIDUP Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar. Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan. Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian. Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup. Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?” ( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih) Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani A. Samad Said (sasterawan Negara) Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017
PENTAS KAJI BUKU LANDSKAP SIASAH SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ) JAISYU MUHAMMAD
Utusan Berita Harian Harian Metro Buletin Malaysiakini Marhaen
saifulislam Abdul Hadi Bin Alias (UTP) Lirik Nasyid (Sahabatku Amni) Puisi Nurani Lindungan Bulan Along Effendi Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni) Mujahidah UIA Diari Mujahid UBU Fathi Reformist Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)
PAS Ikhwanul Muslimin KEADILAN JIM KERSANI training Terengganukini Persatuan Ulama' PAKSI
Bahan Tarbiah Biografi Ulama' dan Tabiin Komik dakwah Sirah nabi berserta nota dan peta-peta Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam) Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi) Rujukan Fiqh dan Syariah Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room) nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini.... Mari Kenal Ulama' Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku Ummah Muslimin MyKULIAH(MP3) Rujukan Al Quran Rujukan Hadis-hadis Fatwa Al-Qaradhawi Cintailah buku dan Bahasa kita Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..
PMIUM bersamamu... ISIUKM PMIUTM Gegar Selatan PKPIM Ikatan Persaudaraan Jepun Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian
online hits since 21 April 2006 |
|
MUKTAMAR KHAS PERGERAKAN PEMERKASAAN TULISAN JAWI (PERAWI) MUKTAMAR KHAS PERGERAKAN PEMERKASAAN TULISAN JAWI (PERAWI) Anjuran Bersama : Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah & Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) MUKADDIMAH Segala puji dipanjatkan kepada Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad –sallalLahu ‘alaihi wa sallam-, ahli keluarga baginda, para sahabat tercinta, dan mereka yang tegar menurut jejak langkah sunnah baginda dengan penuh kebaikan sehingga hari penentuan. Tulisan Jawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonisia. Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu. Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan, contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi Tulisan jawi adalah nadi kepada identiti masyarakat melayu dulu kala di Nusantara,yang sinonim dengan agama islam. Kenyataan ini tidak dapat dinafikan lagi, namun penggunaan jawi sebagai tulisan perhubungan kian berkurangan sehingga sampai ketahap yang yang amat kritikal dalam erti kata lain ia hampir pupus ditelan zaman . Menyedari kepentingan tulisan ini TERAS Pengupayaan Melayu akan menganjurkan “Muktamar Khas Pergerakan Pemerkasaan Jawi (PERAWI)” bertujuan untuk memertabatkan Tulisan Jawi yang telah terhakis oleh dasar yang meminggirkan khazanah tulisan ini semenjak 40 tahun lalu dinegara ini. Mudah-mudahan dengan usaha yang sedikit ini dapat menyedarkan masyarakat melayu tentang kepentingan tulisan jawi sehingga diguna pakai semula sebagai tulisan perantaraan, sekali gus dapat memartabatkan islam semula di bumi melayu kerana tulisan jawi mempunyai hubung kait rapat dengan pembelajaran islam. RASIONAL PERGEERAKAN INI: 1- Terhapus tulisan jawi menghakis identiti jati diri bangsa. 2- Tulisan jawi adalah medium tamadun MelayuIslam. 3- Menghidup dan memperkasakan tulisan jawi adalah tanggungjawab wajib. 4- Tulisan jawi adalah simbol kehadiran Islam. MATLAMAT YANG HENDAK DICAPAI: Menjadikan tulisan jawi kembali sebagai tulisan dominsi dan berada dalam arus perdana pendidikan dan kebudayaan bangsa dan pembangunan Negara. OBJEKTIF SECARA KHUSUS. 1-Meneliti dan mengkaji kelemahan pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi dalam sistem pendidikan masakini . 2-Mengusahakan gerakerja yang meluas untuk menggalakan tulisan jawi dalam pelbagai institusi publik dan swasta dalam Naegara. 3-Membangun modul pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi di semua peringkat pendidikan . 4-Melaksanakan gerakerja mempopularkan semula tulisan jawi dikalangan masyarakat melalui pelbagai kegiatan sosial dan kegiatan ilmiah 5-Membina jaringan institusi dan individu yang boleh mengangkat semula martabat tulisan jawi . 6-Melaksanakan gerakerja advokasi kepada pihak kerajaan untuk menerima cadangan pemerkasaan tulisan jawi sebagai tulisan yang diarus perdanakan dalam semua sektor swasta dan awam. 7-Mengusahakan penerbitan pelbagai buku,majalah,risalah dan lain-lain dalam tulisan jawi. 8-Menambah bilangan pendokong dan penyokong pemerkasaan tulisan jawi di kalangan golongan muda. 9-Melancarkan kempen kebangsaan “Celik Jawi”sebagai wahana mempopularkan tulisan jawidikalangan masysrakat. PERLEMBAGAAN DAN INSTITUSIONALISASI PERAWI adalah sebuah upaya yang digerakan oleh TERAS . Ia bergerak secara bertahab iatu ditahab pemasyarakatan tulisan jawi sebagai gerakan massa dan ditahap kelembagaan yang bersifat institusi yang mempunyai anggota yang bertanggungjawab membina PERAWI dan pengembangannya. STRATIGI: 1- Strategi media 2- Strategi politik 3- Strategi penerbitan 4- Strategi institusi awam dan NGO 5- Strategi pengemblengan/referendum rakyat. 6- Strategi pendidikan formal dan non formal. 7- Strategi advokasi pentadbiran Negara. 8- Strategi undang-undang 9- Strategi sosialisasi/ kemasyarakatan 10-Strategi latihan dan pengajaran. UKURAN PENCAPAIAN: 1- Penerbitan surat akhbar harian jawi hidup semula dan berdaya maju. 2-Tulisan jawi diperundangkan semula dalam semua papan iklan di jabatan kerajaan dan swasta. 3-Majalah tulisan jawi hidup dan diterbitkan semula. 4-pengajaran tilisan jawi diperingkat sekolah berkesan. TARIKH DAN TEMPAT Dijadualkan pada 5hb.Julai 2009 (AHAD) bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah Darulaman. PENYERTAAN: Terbuka kepada 200 orang peserta yang berumur 18tahun dan keatas. ATURCARA 8:00pagi - 8:30pagi Pendaftaran peserta / Sarapan Pagi. 8:30pagi – 9:00pagi Ucapan Pengerusi Malis/Ucapan alualuan oleh Presiden TERAS Pengupayaan Melayu/ Perasmian oleh Exco Kesenian Dan Kebudayaan Negeri Kedah. (YB. Dr Hamdam Mohd Khalib) 9:00pagi -11:00pagi Pembentangan Kertas Kerja 1- “Memperkasa Tulisan Jawi Sebagai Khazanah Tamadun Islam dan Jati Diri Ummah.” Oleh : Ustaz Yusof bin Mahmud YDP.Persatuan Ulama’ Kedah. 2- ”Perjuangan Kemerdekaan Ke II Melalui Penataran Tulisan Jawi.” Oleh : Muhammad Nuruddin Bin Bashah. 3- “Seni Khat – Suatu Jihat di Arena Seni Islami” Oleh: A.Wahab Al-Haj (AJK PERAWI) 4- “Peranan Institusi Agama Dalam Memarkasakan Tulisan Jawi” Oleh : Ustaz Abu Khair bin Ayub. Guru dari Maahad Tarbiah Islamiah Derang Pokok Sena Kedah. 5- “Memperjuangkan pemerkasaan tulisan jawi,menggerakkan stratigi bersama” Oleh: Cikgu Mohd Azmi bin Abd Hamid Presiden TERAS Pengupayaan Melayu(TERAS), Presiden Pergerakan Pemerkasaan Tulisan Jawi (PERAWI), Pengerusi Permuwafakatan Pertubuhan Islam Kedah(WEHDAH). 11:00pagi-12:00tghr. Sesi soal jawab kepada pembentang dan pendapat para peserta 12:00tghr – 1:00ptg. Resolusi, Makan tengahhari. .Bersurai.
|