![]() Pendita Bitara bukan suatu evolusi yang pasif... PERJUANGAN BAHASA MELAYU Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita. (Pendita Bitara) RENCAH HIDUP Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar. Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan. Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian. Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup. Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?” ( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih) Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani A. Samad Said (sasterawan Negara) Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017
PENTAS KAJI BUKU LANDSKAP SIASAH SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ) JAISYU MUHAMMAD
Utusan Berita Harian Harian Metro Buletin Malaysiakini Marhaen
saifulislam Abdul Hadi Bin Alias (UTP) Lirik Nasyid (Sahabatku Amni) Puisi Nurani Lindungan Bulan Along Effendi Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni) Mujahidah UIA Diari Mujahid UBU Fathi Reformist Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)
PAS Ikhwanul Muslimin KEADILAN JIM KERSANI training Terengganukini Persatuan Ulama' PAKSI
Bahan Tarbiah Biografi Ulama' dan Tabiin Komik dakwah Sirah nabi berserta nota dan peta-peta Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam) Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi) Rujukan Fiqh dan Syariah Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room) nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini.... Mari Kenal Ulama' Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku Ummah Muslimin MyKULIAH(MP3) Rujukan Al Quran Rujukan Hadis-hadis Fatwa Al-Qaradhawi Cintailah buku dan Bahasa kita Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..
PMIUM bersamamu... ISIUKM PMIUTM Gegar Selatan PKPIM Ikatan Persaudaraan Jepun Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian
online hits since 21 April 2006 |
|
Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta ISU PENGHINAAN TERHADAP NABI. Muhammad Nuruddin Bashah Kejuruteraan Bahan Universiti Isu berkenaan penghinaan Nabi SAW adalah rentetan daripada domino penghinaan terhadap Islam dan umatnya sejak kejatuhan perang salib yang ketiga. Perencanaan yang rapi ini kemudiannya dihiasi dengan penghinaan tonggak utama agama kita iaitu Rasulullah SAW. Pelbagai reaksi yang membawa makna yang pelbagai serta terlalu banyak perbahasan yang jelas menunjukkan semangat dan identiti masing-masing. Dalam membicarakan isu ini, tidak ketinggalan juga penulis ingin menyumbang sesuatu kepada kerancakkan perbahasan ini sebagai suatu sumbangan dielektik yang membina. Disebabkan kekangan tesis dan subjek-subjek tahun akhir menyebabkan penulis menangguhkan penulisan dan penyusunan hujah dalam membicarakan isu ini. Beberapa peristiwa lama dalam dan luar negeri perlu kita dilihat semula bagi memahami asal usul penghinaan Nabi besar kita SAW. Keperluan memuliakan Rasul. Firman Allah, Katakanlah (wahai orang-orag beriman) Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al Quran) dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishaq dan Nabi Yaakub dan anak-anak dan juga kepada apa yng diberikan kepada Nabi Musa dan Nabi Isa dan apa yang diberikan kepada Nabi-Nabi dari tuhan mereka kami tidak membeza-beza antara seseorang dari mereka (sebagaiman sikap Bani Israil) dan kami semua adalah Islam kepada Allah semata-mata. (Al Baqarah : 136) Disini jelas kita melihat bahawa penghormatan dan perhatian yang perlum anusia berikan kepada semua utusannya tanpa pilih kasih dan taksub melampau. Adapun ayat ini bersifat kulliy dimana sikap umum kita terhadap Nabi-Nabi, walaupun sebagai umat Muhammad, kita perlu memuliakan Rasul kita sendiri lebih dareipada Rasul-Rasul yang lain. Hal ini dijelaskan pula dalam ayat Al Baqarah 253 (sila rujuk). Pendapat Ulama' Aqidah. Jumhur ulama' Ahli Sunnah Wal Jamaah serta Syiah Zaidiyyah menyatakan haram serta kufur bagi mana-mana manusia yang menghina Rasulullah baik dalam bentuk percakapan, perbuatan kita serta kita mengintepretasi sunnah, sirah serta latar belakangnya secara wewenang dan bernada penghinaan. Ulama' ahli sunnah aliran kalam seperti Sheikh Ibrahim Al Laqani, Imam Sanusi dan beberapa ulama' lain berittifaq kufur bagi mana-mana individu yang menghina bukan sahaja Rasulullah, sebaliknya juga sahabat-sahabat yang besar (10 sahabat yag dijamin syurga). Kes-kes penghinaan di zaman Nabi. Penghinaan terhadap nabi juga berlaku sejak zamannya lagi dan beberapa balasan yang setimpal telah dikenakan pada mereka: 1) Kes yang terulung ialah penghinaan Abu jahal terhadap Rasulullah dimana antara kemuncaknya ialah, diletakkan perut unta busuk di belakangnya semasa sujud di Kaabah. Rasulullah berasa amat sedih dan terhina sehinggakan Fatimah Az Zahra yang melihat kejadian itu turut berasa pilu dan terhina. Allah memujuk baginda dengan surah Al Insyirah. Dalam ayat-ayatnya Allah menjelaskan bahawa nama Muhammad akan disebut-sebutkan hingga ke akhir zaman, sehingga ditagihkan syafaat Uzmanya oleh para Nabi-Nabi lain dan para malaikat. Allah menghina kembali Abu Jahal apabila Abu Jahal dibunuh dalam peperangan Badar oleh seorang hamba abdi secara sekali tetak sahaja. 2) Kes lain, seorang sahabat Nabi yang buta datang mengadap Nabi semasa Nabi SAW sedang mengajar ilmu di masjid. Beliau mengadu bahawa beliau baru sahaja membunuh isterinya. Alasannya ialah isterinya sering menghina Nabi dirumahnya sehingga dia berasa hilang sabar. Rasulullah berkata, darah tersebut halal baginya. 3) Semasa Rasulullah menghantar perutusan dakwah kepada raja Kisra Parsi, beliau amat marah dan mengatakan bahawa beliau ingin membunuh Rasulullah di Madinah. Beliau telah menghantar 2 utusan untuk membunuh. Apabila Rasulullah berjumpa 2 utusan tersebut, baginda berkata bahawa Kisra kamu sedang dibunh oleh anaknya sendiri. Berita itu benar apoabila anak Kisra tersebut yang membunuh bapanya sendiri kerana tidak tahan dengan kebiadaban dan kerakusannya. 4) Musailamah adalah berketurunan Bani Hanifa. Beliau telah mengaku bahawa beliau juga adalah Nabi sekutu kepada Muhammad di Madinah. Beliau telah menghantar 5) Abu Amir Ar Rahibi adalah Rahib Nasrani di Madinah. Beliau amat terkenal sebelum Rasulullah datang berhijrah. Apabila Rasulullah datang, beliau berasa amat tercabar. Suatu hari tanpa beradab beliau telah berhujah dengan Nabi di depan khayalak ramai serta menafikan kerasulan Nabi SAW. Beliau mencabar untuk menentukan siapa yang benar dengan bertaruh bahawa yang salah akan mati berdagang (terpencil). Abu Amir yang kemudiannya bersekongkol dengan orang-orang Sham untuk menyerang Madinah, menghasut munafiqun untuk membina masjid Dhirar, dan akhirnya beliau sendiri mati di Sham jauh dari tempat asalnya. 6) Kaab bin Asyraf adalah pemuka Yahudi Madinah bani Nadhir. Beliau telah mengejek-ejek kemenangan tentera Islam (negaranya sendiri) terhadap musuh negaranya. Beliau telah menghasut-hasut orang Quraisy, menjadi batu api dan lebih daripada itu beliau membuat banyak pusi-puisi berahi 7) Bani Qainuqa' juga mengejek-ngejek kemenangan Islam dalam peperangan Badar di pasar Qainuqa'. Mereka juga bertindak menarik baju seorang peniaga muslimah sehingga terselek kainnya. Penghinaan kepada muslimah itu bertujuan menghina Nabi selaku penaung para muslimah. Nabi dan para sahabat telah bertindak mengepung mereka walaupun baginda dihalangi oleh para munafiqun Madinah. Munafiq-munafiq ini juga sekali lagi menahan baginda bertindak kepada Yahudi Bani Nadhir. 8) Al A's Bin Al Wail telah mengejek-ngejek nabi mengatakan baginda adalah 'Al Abtar' iaitu terputus zuriatnya. Tuduhan ini diulang-ulang kerana kematian anak lelaki baginda yang bernama Abdullah. Allah menurunkan surah Al Kauthar dan mengatakan bahawa mereka yang memusuhi Nabi lah yang bergelar 'al Abtar' iaitu golongan yang terputus daripada rahmat Allah dan syafaat Rasulnya. Sekitar perbahasan ISU karikatur. Beberapa ketika ini penulis meneliti banyak hujah awam berkenaan isu karikatur. Ada yang tidak mnegenali sirah Rasul turut amarah menentang si penghina, ada yang membela para penghina, ada yang terkulat-kulat ingin berkata-kata tetapi kata-kata tersekat di tenggorok, ada yang seolah-olah ingin menjadi golongan moderate tetapi tertipu dan sebenarnya telah memakai pakaian munafiq berhiaskan nama baru iaitu Islam Liberal dan sebagainya.Dan yang pastinya begitu ramai yang bangun menentang si penghina termasuk di Negara kita ini. Terlalu ramai penulis luar negara yang ingin menulis tentang keganasan Islam, penyelewengan Muhammad, akhirnya menemui kegagalan untuk mencari dan mendapatkan potret baginda. Mana mungkin tokoh No. 1 dunia (Micheal J. Heart) tiada potret untuk dipuja oleh penyokongnya sebagaimana penyembahan potret Mao Tze Dong di China era Komunis dahulu. Mereka cukup hairan !!! Sebenarnya langkah berhati-hati para ulama' silam dalam mengawal salah tafsir berkenaan sunnah dan jasad Nabi menyebabkan tiada langsung gambar-gambar Nabi dan sahabat yang dijamin syurga dilukis orang hatta oleh tokoh Falsafah Islam sendiri melarang perlakuan melukis potret Nabi. Bilakah adanya larangan melukis gambar Rasulullah SAW?. Sebenarnya perbuatan melukis gambar para Anbiya' lain juga adalah salah. Dan secara umumnya hukum melukis dan menggambar objek hidup juga amat panas perbahasannya dikalangan ulama', inikan pula ingin melukis gambar Nabi. Rasul-Rasul diutus bukan untuk dipuja jasadnya. Rasul-rasul meninggalkan athar (bekas) dengan melekatkan perilaku dan sIstem hidup dalam setiap manusia. Imam Al Ghazali berkata setiap penciptaan Allah, ada disertakan dengan 2 penciptaan iaitu pertamanya diciptakan objek tersebut daripada Qudrah Allah, dan keduanya disertakan undang-undang (manhaj) bagi objek itu. Dan kini jelas apabila semua saintis bersetuju bahawa tiada benda didunia ini yang tiada peraturan dan sistemnya. Jadi sistem hidup kita dibentuk oleh Rasulullah dengan menidakkan penghormatan kepada baginda secara zahir, sebaliknya secara amali dan spiritual. Hal ini lah yang difahami oleh para jumhur ulama' dan mereka mengharamkan perbuatan melukis gambar para Nabi. Akibat tiadanya syariat mengharam perbuatan mebuat patung dan lukisan zaman silam, menyebabkan setiap kali zaman fatrah (senggang masa yang lama antara Nabi-Nabi), manusia mula membuat patung dan gambar Nabi atau wali-wali mereka untuk disembah. Inilah asal usul berhala. Justeru tindakan ulama', diatas prinsip Pada penulis penelitian masyarakat perlu tajam bagi bertindak membela Rasulullah. Mungkin saranan Ustaz Pahrol (pendakwah terkenal) agar cinta dahulu baru marah adalah tepat. Perumpamaan orang yang marah terhadap isu ini tetapi tidak mengenal Rasul ialah seperti orang tua-tua kita, yang tidak mahu barang lamanya dibuang walaupun mereka sendiri tidak memakai barang tersebut. Insya Allah beberapa siri tulisan berkenaan penghinaan Nabi akan disediakan. Mohon dipermudahkan untuk terus menulis. Rujukan : 1) Diplomasi Rasulullah SAW, Azaman Muhammad,1992, PUSTAKA SALAM. 2) Penghinaan terhadap Rasulullah SAW, Ustaz Riduan Mohammad Nor, Ustaz Mohammad Asri Mat Daud, 2006, MHI Publication. 3) Fiqh As Sirah, Muhammad Said Ramadhan Al Buti, 2000, DEWAN PUSTAKA FAJAR. 4) Dewan Agama Dan Falsafah, April 2006, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA. 5) Tafsir Al Munir, Prof. Wahbah Az Zuhaili, 2001, Persatuan Ulama' 6) Internet
Posted at 02:45 pm by Pendita Bitara
|
||||||||||||||||||||||||||||