![]() Pendita Bitara bukan suatu evolusi yang pasif... PERJUANGAN BAHASA MELAYU Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita. (Pendita Bitara) RENCAH HIDUP Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar. Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan. Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian. Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup. Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?” ( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih) Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani A. Samad Said (sasterawan Negara) Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017
PENTAS KAJI BUKU LANDSKAP SIASAH SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ) JAISYU MUHAMMAD
Utusan Berita Harian Harian Metro Buletin Malaysiakini Marhaen
saifulislam Abdul Hadi Bin Alias (UTP) Lirik Nasyid (Sahabatku Amni) Puisi Nurani Lindungan Bulan Along Effendi Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni) Mujahidah UIA Diari Mujahid UBU Fathi Reformist Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)
PAS Ikhwanul Muslimin KEADILAN JIM KERSANI training Terengganukini Persatuan Ulama' PAKSI
Bahan Tarbiah Biografi Ulama' dan Tabiin Komik dakwah Sirah nabi berserta nota dan peta-peta Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam) Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi) Rujukan Fiqh dan Syariah Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room) nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini.... Mari Kenal Ulama' Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku Ummah Muslimin MyKULIAH(MP3) Rujukan Al Quran Rujukan Hadis-hadis Fatwa Al-Qaradhawi Cintailah buku dan Bahasa kita Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..
PMIUM bersamamu... ISIUKM PMIUTM Gegar Selatan PKPIM Ikatan Persaudaraan Jepun Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian
online hits since 21 April 2006 |
|
Kilat....takut ada tanda... 2 hari yang lepas, kita dikejutkan dengan berita kematian seorang kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang mati akibat dipanah petir, serta dipercayai ketika menggunakan telefon bimbit sewaktu menunggang motosikal pulang ke rumahnya di Felda LBJ Seremban, dekat sini petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4.10 petang itu, Mohd Faisen Baharin, dikatakan terjatuh dari motosikal sebaik terkena panahan petir sebelum dibawa orang ramai ke Hospital Pakar Seremban (SSH). Telefon bimbit dikatakan terselit di celah topi keledarnya, ketika kejadian. Mohd Faisen terus dipindahkan ke Hospital Seremban (HS), tetapi disahkan meninggal sebaik tiba. Manakala dalam kejadian yang lain, berita semasa melaporkan peristiwa Rezman Bujang, 32, dan dua pekerjanya dipanah petir ketika berteduh di wakaf Padang Timur berhampiran Dataran MPPJ, Petaling Jaya pada jam 3.15 petang dan selang 15 minit selepas itu, banglo Yahya di Damansara Heights di sini dilaporkan terbakar, dipercayai akibat litar pintas selepas disambar petir. Rezman dari Taman Datuk Harun, Jalan Klang Lama, meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua pekerja warga Indonesia, Ading, 32, dan Lukman, 27, dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Ading dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana melecur di badan manakala Lukman mendapat rawatan di wad biasa. Semua mangsa yang dalam perjalanan dari Petaling Jaya ke Sungai Buloh dengan menunggang dua motosikal, dikatakan berhenti berteduh di wakaf itu sejurus hujan lebat. Sementara itu, dalam kejadian di Damansara Heights, isteri Yahya, Datuk Zakiah Laidin, anak lelaki, menantu, empat cucu serta empat pembantu mereka yang berada dalam banglo tiga tingkat itu, sempat menyelamatkan diri. Panahan petir sejurus sebelum hujan lebat itu, dipercayai menyebabkan berlaku litar pintas yang menjadi punca kebakaran di sebuah bilik tidur sebelum merebak dan memusnahkan tingkat tiga banglo itu.
Daripada kejadian-kejadian ini apakah petanda dan apakah perasaan kita kini? Dahulu pernah kita digemparkan dengan kejadian wanita mengandung yang mati di dalam supermarket di Singapura akibat disambar petir. Kini peristiwa ini berlaku pada saudara,sebangsa dan seagama dengan kita sendiri. Semasa peristiwa tersebut berlaku saya bersama adik kesayangan saya Shakir berada di Perpustakaan Utama Universiti Semasa kecil, saya sering dipesan oleh Ibu agar lari dan masuk ke rumah sekiranya ada guruh dan petir kerana dikatakan panahan daripada malaikat terhadap syaitan dan Iblis. Saya amat takut akan petir dan guruh dahulu dan terbawa-bawa sehingga sekarang. Pernah sekali flat tingkat 16 saya dimasuki ribut dan hujan, saya dan rakan-rakan terus melaungkan azan. Kita melihat di dalam sirah sahabat –sahabat dimana mereka akan melarikan diri ke masjid atau melaungkan azan semasa rebut petir. Ketakutan ini bukannya tidak berasas!! Firman Allah : Dialah yang memeprlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat. Dan bertasbihlah PETIR dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNYa, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan. (Surah Ar Ra'ad :12-13) Daripada ayat Al Quran ini (sila rujuk Tafsir Al Azhar, Prof. Hamka Juzu' 13), kita mendapati sikap Petir (guruh) dan Halilintar (kilat) yang bertasbih dan memuji-Nya walaupun hayat bagi kilat adalah tidak lama. Prof. Hamka menyatakan walaupun kilat terhasil akibat persentuhan cas-cas elektrik di dalam awan serta pertembungan dengan ion-ion atmosfera dan bersifat tidak kekal, kilat ini masih ada keinginan untuk bertasbih. Sikap memuji ini ditetapkan sebagai sikap ubudiyyah (kehambaan) petir dan kilat kepada pencipta-Nya. Said Nursi Badiuzzaman telah menyatakan dalam beberapa Risalah An-Nurnya, bahawa setiap atom dan zarah halus, bukannya bersifat gerakan rawak tak menentu. Sebaliknya setiap atom dan zarah yang tak terhitung banyaknya ini juga dibawa dan digerakkan oleh Malaikat atas perintah Allah SWT. Malaikat yang banyak ini dicipta untuk memandu serta menembungkan cas-cas udara sehingga terhasilnya petir yang dahsyat. Tetapi lebih menghairankan, para Malaikat sendiri bertindak memuji Allah atas kejadian petir hasilan Malaikat itu. Ini menerangkan kepada kita bahawa petir bukan suatu fenomena yang tiada keterikatan dengan Aqidah dan ketuhanan, sebaliknya penjelasan terperinci ini memandu kita dalam membuat perbahasan cuaca dan fenomena alam. Alangkah sedihnya terdapat beberapa pengarang tanahair pernah menyatakan bahawa fenomena alam ini tidak ada kaitannya dengan kemurkaan Allah. Daripada ayat ini juga kita melihat bahawa memang tujuan petir dan kilat diciptakan untuk menakutkan manusia, walaupun fokus ayat adalah kepada golongan yang meingkari perintahNya. Jadi adalah wajar untuk kita takut kerana itu sifat seorang hamba yang hina. Tidaklah tujuan saya menulis artikel ini untuk menyatakan korban petir di Negara ini adalah akibat mereka menderhakaiNya. Sebaliknya kita bersedih kerana natijah bala ini dikenakan kepada individu yang baik sifatnya. Kita memahami sifat manusia sememangnya merasakan gembira apabila munculnya petir beserta awan yang hitam, terutama bagi golongan yang berada di tempat yang kurang hujan. Sifat ini adalah normal. Sifat ini seiring dengan rasa takut kita kepada kilat yang mungkin menyambar kita. Perhatikan penegasan saya tadi…..kita mendapati petir dan kilat bertasbih walaupun sifatnya tidak kekal dan hanya sementara (mungkin sekelip mata). Tetapi apakah sikapnya? Sikapnya adalah bersyukur dan mengiyakan keesaan Allah. Bukankah kilat itu hebat dan menggemparkan? Apa bandingannya dengan kita yang kerdil ini? Kilat ini adalah benda yang kelihatannya tiada asal usulnya tetapi dijadikan oleh Allah sekelip mata. Berbanding dengan kita yang berasal usul daripada ibu bapa yang nyata di depan mata. Melihat petir yang hebat, sekejap, tidak kekal tetapi memuji Allah, menginsafkan kita yang hidup lama, lemah tetapi mungkin kurang bersyukur. Hal ini mengingatkan saya kepada falsafah Pluto. Pluto berpendapat bahawa alam ini tidak kekal dan tidak bersifat azali asalnya. Pendapatnya itu adalah seiring dengan pendapat Imam Al A'syari dan Imam Al Ghazali. Tetapi saya berasa sedih apabila Ibnu Rushd seorang ulama' Fiqh di Cordova yang berpendapat bahawa alam ini tidak bersifat Hadis (baru dicipta) sebaliknya Qadim dan Azali seperti Allah SWT. Kenyataan beliau adalah "Seandainya alam ini tidak azali ada permulaannya, maka ia bererti baru. Kalu ianya baru, maka ada yang menjadikannya dan si pencipta alam baru tadi mestilah baru. Si pencipta tadi juga ada yang menciptanya kerana juga baru. Demikianlah hal ini bertalian (bersambung-sambungan). Sesuatu yang tiada keputusan adalah tidak masuk akal. Jadi, kesimpulannya alam ini mesti azali (Qadim atau sediakala) bukannya Hadis (baru tercipta)". (sila rujuk Alam Semesta Dan Kehancurannya Menurut Al Quran Dan Ilmu Pengetahuan, 1979, Beliau menyatakan jika Allah Qadim, alam penciptaannya juga mesti Qadim kerana nyata Dia berhubungan dengan alam ini. Beliau berhujah dengan ayat 7 Surah Hud. "Allah itulah yang menciptakan beberapa langit dan bumi dalam enam masa dan A'rasy-Nya di atas air". Beliau berpendapat bahawa, alam ini termasuk air dan gas adalah sediakala seiring dengan Allah yang Maha Esa. Pendapat ini bercanggah dengan Imam Al Ghazali, Ulama' Kalam yang lain, Al Kindi, Pluto (tokoh pemikir falsafah Yunani). Kemungkinan Ibnu Rushd terpengaruh dengan kenyataan Aristotle (murid Pluto) iaitu alam ini adalah sediakala dan kekal selama-lamanya. Dari perbahasan ini perlulah kita menginsafi alam termasuk petir dan kilat adalah suatu makhluk yang bertasbih, berzikir serta mengingatinya selalu. Bukanlah sifat kilat untuk bertasbih sekiranya ianya adalah Qadim dan azali seperti Tuhan yang dipujinya itu. Pada saya kejadian kilat yang dahsyat di Negara ini sebagai alamat bagi warga Selamat berfikir. Muhammad Nuruddin Bashah UM Main Library
Posted at 05:59 pm by Pendita Bitara
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||