Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Tuesday, April 25, 2006
Mahasiswa, buku dan Universiti....hubungan yang terlalu erat.

BUKU DAN MAHASISWA ISLAM ; bersama memertabat industri buku

 

            Buku, kitab, jilid helaian kertas atau apa sahaja gelarannya adalah sama sahaja. Buku telah menjadi alat perhubungan ilmu dengan manusia. Penggunaan deria mata dan akal melalui bantuan tulisan yang pelbagai bahasa telah menjadi hubungan yang arat berabad lamanya sama umur dengan usia  peradaban kemanusiaan seluruh dunia.

 

            Setelah teknologi klasik berkenaan dunia percetakan dan penjilidan ditemui di China, teknologi ini kemudiannya sampai ke Tanah Arab dan Eropah melalui ‘jalan sutera’. Keaktifan masyarakat Abbasiyyah dalam penterjemahan banyak karya China, Syiria, Eropah (Yunani dan Rom) dan sebagainya menjadikan masyarakat Arab sama tinggi dengan mana-mana peradaban lain yang mungkin tidak berteraskan keilmuan melalui kitab. Teknologi ini yang masih mahal, menyebabkan kesemua kitab dan buku masih beredar di sekitar ras bangsawan dan borjois (ras intelek) yang berkemampuan. Perpustakaan masih dikuasai oleh Khalifah sahaja. Percetakan yang mahal menyebabkan budaya pengajian melalui talaqqi kitab (pembelajaran secara langsung daripada ulama’ penulis kitab tersebut) lebih terkenal serta menjadi budaya umat Islam serta masih diabadikan di pesanteren dan pondok-pondok konvensional seluruh dunia.

 

            Bagaimanapun pembukaan sistem ‘terbuka’ pengajian Islam seluruh dunia bermula di Al Azhar (era zaman Ahmad Abduh) menyebabkan methodologi dan teras kelilmuan melalui pengkajian lebih diutamakan daripada mewarisi ilmu daripada pengarang kitab. Maka bermulalah era pembacaan buku secara meluas dan aktif.

 

            Telah menjadi budaya masyarakat negara maju, mereka mengutamakan buku yang diterbitkan daripada bahasa mereka sendiri serta berkualiti. Ini terbukti apabila rakyat Perancis diakui sebagai masyarakat yang paling banyak membaca. Diikuti pula oleh masyarakat Jepun selepas pemulihan sistem pendidikan yang keras serta berdisiplin. Masyarakat maju mengutamakan buku tempatan dan bahasa tempatan secara meluas. Walaupun Amerika Syarikat adalah salah sebuah negara paling aktif menerbit buku, namun kebanyakaan syarikat penerbitannya dimiliki oleg warga Jerman dan Itali yang merupakan masyarakat ‘celik’ dan maju.

 

            Mengapakan Malaysia sehingga kini masih mengimport buku-buku daripada luar? Tidak cukupkah karyawan samaada sastera, ilmiah atau akademik di Malaysia. Sebenarnya kita perlu mengakui kelambatan proses penerbitan aktif ini berlaku lantaran minda rakyat yang masih terjajah dengan aura kolonalisme. Bayang-bayang asing masih menghantui. Namun ini bukan suatu yang terlewat. Majlis Buku Kebangsaan yang ditubuhkan pada 1968 serta Dasar Buku Negara yang diasaskan telah merencakan serta menggesa rakyat membaca. Barah pecah dan perintah British serta pelaksanaan system pengajian “free’ tetapi mahal kepada penduduk bumiputera menyebabkan masyarakat kita masih janggal mengelek buku ke hulu ke hilir seperti orang Jepun. Gelaran mat study, ulat buku dan ‘skema’ kepada pengelek buku adalah memburukkan situasi kepada si rajin. Budaya picisan membunuh gelombang yang cuba dibawa oleh kerajaan kita.

 

            Bagaimana masyarakat maju mendidik kanak-kanak dengan buku. Masyarakat barat terkenal dengan falsafah ‘dodoikan anak-anak dengan bacaan cerita daripada buku”. Bedtime tales serta banyak cerita teladan menjadi santapan seolah-lah makanan kepada kanak-kanak ini. Hadiah buku daripada ibu-bapa dianggap hadiah terbesar kepada mereka. Mini perpustakaan peribadi yang dihadiahkan daripada bapa mereka dianggap suatu yang perlu dicemburui. Adakah budaya ini ada pada kita? Semestinya tidak lantaran penjajahan bangsa asing.. Bangsa Jepun mungkin mengembalikan semangat anak Melayu untuk menghargai buku tulisan Jepun terutama yang bercop bulan merah sepanjang perang dulu.

 

            Perkaitan bacaan ilmiah atau picisan dihuraikan oleh Tan Sri Mohd. Rafie iaitu Pengarah Majlis Buku Kebangsaan di dalam Dewan Masyarakat, sebagai bacaan yang sama penting. Beliau mengutamakan mesej dan isikandungan. Selera pembaca yang pelbagai perlu diambil kira. Sebagai contoh bacaan komik dan novel juga akan menyampaikan mesej tertentu yang mana disebalik hiburan ada nilai emosi, ada tenaga menggerak sosial serta ada nilai ilmiah. Mthodologi penulisan adalah perkara kedua.

 

            Budaya membaca yang merudum kepada mahasiswa akhir-akhir ini (ini diambil kira dengan penerbitan yang semakin meningkat pesat), juga berfaktorkan system pendidikan Universiti. Universiti kini dalam system semesternya yang pendek serta bersifat exam oriented menyebabkan banyak bahan bacaan yang ditumpu, semestinya yang hanya berkaitan dengan peperiksaan. Tidak lebih daripada itu mungkin. Membaca bahan lain dilihat kurang penting atau menyuntukkan masa. Budaya belajar  untuk menjurus kepada pekerjaan juga menyebabkan warga universiti lebih terhakis budaya mentelaah bahan bacaan yang diluar lingkaran kursusnya, mengurangkan budaya penghasilan warga intelek berintegriti yang dipandang sebagai penaung masyarakat, sepertimana wawasan penubuhan Akademia oleh Aristotle dahulu. KKini perkataan Perpustakaan di tukar kepada istilah Pusat Sumber, perkataan mahasiswa ditukar kepada pelajar, yang akhirnya menghakis konotasi bernilai daripada istilah-istilah lama ini. Ruang medan Universiti kini lebih dianggap pusat pengkilangan individu yang cerdik tetapi tidak bijak. Medan Universiti dibina secara ekspress tanpa menilai kapasiti buku-bukunya, tenaga penyelidik dan penghasil jurnal-jurnal ilmiah dan lebih malang kini Universiti adalah gula-gula mainan politik yang kini dibina bukan dengan kesedaran sebaliknya atas janji-janji politik!!!

 

            Mahasiswa penggerak Islam seharusnya mempunyai kesedaran lebih untuk mendalami pelbagai disiplin ilmu. Budaya hanya membaca akhbar juga perlu dikikis. Bacaan akhbar sahaja tetapi jahil tentang isu serta intipati isu juga tidak berguna. Apalah gunanya membaca akhbar sekadar untuk tahu hal sekitar untuk sehari dua sahaja. Bacaan isu adalah untuk menggerakkan sosial kearah kebaikan. Kesedaran sosial sering dianggap bukan budaya ilmiah. Budaya ini dianggap sosialis oleh golongan mahasiswa Islam jahil terminologi ini. Mahasiswa Islam yang ingin berdakwah tetapi tidak dekat dengan tradisi ulama’ silam. Tidak dengan dengan bahan tulisan kearah memperjelaskan permasalahan sekitar. Sebaliknya hanya membaca maudhu’ teras keagamaan sahaja denga menidakkan aspek  lain. Tahukah kita dengan bacaan komik, novel, buku memoir (cerita hidup), bibliografi serta majalah juga boleh membawa kita kepada kefahaman sekitar? Bagaimana mungkin ini disedar dalam suasana majalah info mingguan (massa) telah gulung tikar lantaran hanya mampu menjual 6000 naskhah sahaja termasuk di IPT yang dikurangkan harganya sehingga separuh harga. Ini pentanda bahawa warga universiti juga termasuk kepada golongan tidak sayangkan buku.

 

            Semasa kecil lagi, penulis diajar oleh bapa untuk tidak melangkah buku. Buku dilarang oleh ayah penulis jika diletakkan diatas lantai. Barangan lain dilarang sama sekali diletakkan di atas buku-buku terutama diatas kitab dan buku-buku yang ilmiah. Hadiah diberi dalam bentuk majalah kanak-kanak atau buku cerita sehingga penulis mampu membuat perpustakaan mini sendiri. Ini mungkin membina paradigma penulis sehingga kini. Adakah ini sukar dipupuk sekiranya terlewat? Tentunya tidak. Sekiranya kurang mampu, mahasiswa Islam boleh hanya membeli majalah Dewan Masyarakat, Aliran,Pelita Bahasa, Kosmik atau Jurnal Pemikir (keluaran Utusan) yang ilmiah isinya. Selalulah berkunjung ke perpustakaan menerokai dari rak ke rak. Pelbagai buku ilmiah menanti kita untuk diteliti. Hasil pembacaan bersepadu dikalangan mahasiswa yang bergelar pendakwah ini akan mengurangkan jurang ketidakselarasan maklumat serta menyelaraskan pembawaan mesej Islam. Ianya juga meningkatkan karisma mahasiswa dalam hujah dan tindakannya. Susah untuk digambarkan jika kita banyak membaca. Kalau tidak takkanlah Napolean  panglima tentera terkenal mengatakan ‘ Jika kamu banyak membaca buku, kamu boleh menguasai dunia ini”.

 

            Sepanjang pengalaman penulis, membaca buku akan membawa kita ke seluruh dunia dan zaman. Ianya pengalaman yang sukar dicerita. Tambahan pula penulis gemar memikir kembali hasil bacaan, mencari bahan sokongan untuk lebih menghayati seperti menonton filem, membaca jurnal dan majalah tambahan serta selalu meneliti sekitar untuk merealisasikan isikandungan buku. Susahkah untuk dilakukan? Amat Mudah! Kalau tidak dimulakan akan terasa malas dan sukar. Inilah fitrah manusia. Bila rasa kenikmatan pelbagai disiplin ilmu dan pengalaman daripada buku-buku, barulah tahu ketagihannya. Biar duit habis untuk buku dan majalah, daripada habis dalam perut. Inilah prinsip penulis sejak di matrikulasi. Berbangga dengan buku yang banyak. Kerana ia hobi yang tidak ternafi kehebatannya. Cubalah rasa…..!!

 

Coretan : Muhammad Nuruddin

 

 

Ini Gambar Naqib saya.....dia yang banyak memberi galakan membaca kepada saya...saya selalu ingat pesan-pesannya walaupun hanya setahun setengah bersamanya.....Pendita BitaraSmile

 

 


Posted at 01:17 pm by Pendita Bitara

daus88
April 20, 2009   11:04 PM PDT
 
terima kasih... laman banyak membantu dan membuka minda saya.... amin....
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< April 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed