Your Ad Here

Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Friday, August 29, 2008
Siri 1(Penilaian Umum berkaitan isu Gerakan Pemisah Sedunia)

Penilaian Umum berkaitan isu Gerakan Pemisah Sedunia

Muhammad Nuruddin Bashah

BA (hons) Engineering UM

 

Pendahuluan

 

Menjelang sambutan kemerdekaan Malaysia tahun ini (2008), masih banyak kedengaran negara-negara yang terjebak dengan peperangan dalaman, perang saudara atau yang lebih terkenal digelar perang puak pemisah atau gerakan separatism. Secara umumnya ia kelihatan seperti suatu tindakan yang penuh keganaasan, melampau, agresif serta dilihat sebagai puak penderhaka. Dalam aspek yang lain gerakan separatism ini juga merupakan suatu gerakan kemerdekaan. Ada tanah tertentu yang diagih-agih secara tidak adil oleh penjajah lama mereka. Ada yang dijajah secara terhormat seperti Patani dan pelbagai lagi tujuan gerakan kemerdekaan ini.

 

Separatism merujuk kepada tindakan pemisahan akibat tuntutan budaya, etnik[1] asal, agama di mana kelompok tertentu ingin memisahkan diri daripada tanah besar (negara yang induk) dan memiliki autonomi atau kuasa penuh politik bagi membina negara yang baru serta berdaulat. Tindakan ini bergantung kepada situasi tempatan sama ada bertujuan untuk kemerdekaan, ingin memiliki kembali hak asasi yang terancam serta ingin memiliki kuasa penentu, inginkan wilayah lama kembali atau menyahkan pengkolonialan yang sedia ada[2].

 

Tulisan ini cuba mempamerkan beberapa gerakan pemisah secara umum dan adil untuk diteliti dan hipotesis awalnya adalah; semua bangsa yang tertindas tanpa mengira agama akan bertindak sebagai kaum pemisah yang mungkin menggunakan kekerasan dan peperangan awam.

 

Hari ini dunia Islam dicalit dengan tomahan dan panggilan sebagai pengganas. Media tajaan barat yang anti Islam pula telah memanipulasikan banyak gerakan pemisah (baca dengan kemerdekaan) yang ingin menubuhkan wilayah/negara Islam sebagai punca berlakunya keganasan. Media tidak pula memaparkan kekejaman tentera kerajaan yang menentang gerakan pemisah tersebut, malah kematian rakyat awam banyak disebabkan sikap tentera kerajaan yang menggunakan senjata berbahaya dan berjarak jauh ketika menentang gerakan ini.

 

Terlalu kerap kaum muslim dikaitkan dengan gerakan penderhaka, pemisah dan sebagainya melalui pemesongan fakta dan kronologi sebenar. Gerakan separatis Quebec di Kanada, Gerakan separatis Tamil Elam (Macan Tamil) di Srilangka, Gerakan Bouganville Revoy Army di Papua New Guinea, Gerakan Moro Islamic Liberation Front di Filipina, Irish Republican Army (IRA) di Irlandia Utara, The Pattani United Liberation Organisation (PULO), Barisan Revolusi Nasional (BRN), Barisan Nasional Pembebasan Pattani (BNPP) di Thailand dan sebagainya adalah sederetan contoh gerakan pembebasan[3]. Kesemuanya menggunakan senjata dan hakikatnya itu sahajalah jalan yang sesuai dengan tuntutan mereka kerana mereka juga dilayan dengan senjata.

 

Pada asalnya gerakan pemisah (kemerdekaan) di wilayah Islam masih diselubungi idea dan fahaman sekular atau berlandaskan patriotisme bukan Islam tetapi kemudiannya mengubah dasar dan perjuangan. Dengan kegagalan pergerakan sekular, pergerakan berlandaskan Islam telah mendapat perhatian, sokongan dan tempat bersatu golongan minoriti Islam yang tertindas. Dengan tercetusnya Revolusi Iran pada 1979, politik Islam menjadi pilihan dan ini telah melahirkan golongan pejuang yang lebih ber-imejkan Islam pada 1980an. Di Filipina, MNLF telah bertukar menjadi MILF (Moro Islamic Liberation Front), di Palestine PLO telah diselubungi oleh Hamas dan Hizbollah, di Thailand PULO, BRN dan BNPP telah ditenggelamkan oleh Barisan Bersatu Mujahidin Patani (BBMP) (sekitar tahun 1985)[4]

 

Bahagian A: Gerakan Pemisah Islam

 

1.      Gerakan Pemisah Islam Aceh

 

Akhir abad ke 18, ketika Inggeris dan Belanda berebut Selat Malaka, Aceh bergolak. Atjeh Oorlog (Perang Aceh 1873-1913) yang memerangi Kesultanan Aceh menjadi perang terpanjang Belanda, yang rasminya tidak berkesudahan kerana Aceh menggabung ke dalam perjuangan RI[5].

 

Aceh diiktiraf sebagai kuasa merdeka oleh Belanda dan Inggeris semasa Perang Napoleon melalui perjanjian 1824[6]. Oleh sebab itulah mereka hairan mengapa Indonesia terlalu ghairah inginkan wilayah Aceh. Belanda mula mungkir janji apabila dalam Konferen Meja Bulat 1949 menyatakan bahawa Aceh adalah sebahagian daripada negara baru sekular iaitu Indonesia.

 

Ketika  Republik Indonesia masih baru dan lemah, Aceh kembali bergolak di bawah pengaruh Tengku Daud Beureueh iaitu pemimpin Pemberontakan Darul Islam[7].  Sukarno telah berkolaborasi dengan Gerakan Darul Islam semasa penubuhan Indonesia dahulu dan ini menghentikan seketika perjuangan bersenjata Aceh yang menyokong Gerakan Darul Islam[8].

 

Gerakan Aceh Merdeka, atau GAM adalah sebuah organisasi (yang dianggap pemisah) yang bertujuan agar daerah Aceh atau yang sekarang secara rasmi disebut Nanggroe Aceh Darussalam bebas dari Negara Kesatuan Republik Indonesia. Konflik antara kedua pihak telah berlangsung sejak tahun 1976 dan menyebabkan kehilangan hampir 15,000 jiwa.

 

GAM dipimpin oleh Hasan di Tiro[9]. Pada 17 Julai 2005, setelah perundingan selama 25 hari, pasukan perunding Indonesia berhasil mencapai kesepakatan damai dengan GAM di Vantaa, Helsinki, Finland. Penandatanganan nota kesepakatan damai dilangsungkan pada 15 Ogos 2005. Proses perdamaian selanjutnya dipantau oleh sebuah pasukan yang bernama Aceh Monitoring Mission (AMM) yang dianggotai oleh lima negara ASEAN dan beberapa negara yang tergabung dalam EU. Di antara isi pentingnya adalah  pemerintah Indonesia akan turut membantu pembentukan parti politik tempatan di Aceh dan pengampunan bagi anggota GAM.

 

Seluruh senjata GAM yang mencapai 840 pucuk habis diserahkan kepada AMM pada 19 Disember 2005. Pada 27 Disember pula, GAM melalui jurucakap tenteranya, Sofyan Daud, menyatakan bahawa sayap tentera mereka telah dibubarkan secara rasmi. Bagaimana dengan masa depan perjuangan Aceh yang ingin berdaulat serta merdeka? Ada yang berpendapat peristiwa Tsunami adalah kemuncak kepada berhentinya perjuangan pemisahan ini apabila GAM sendiri menjadi mangsa dalam bencana alam ini. Adakah ia benar?

 

Kita tahu bahawa rakyat Aceh telah lama terluka. Luka ini tidak boleh disembuhkan hanya melalui bantuan kemanusiaan yang dihulurkan oleh Jakarta dan masyarakat antarabangsa kerana apa yang diinginkan oleh Aceh ialah kedamaian, kedaulatan dan kebebasan yang berkekalan. Konflik politik yang hangat berlangsung sebenarnya lebih parah dan pedih jika hendak dibandingkan dengan pukulan tsunami.  Semasa Belanda menjajah tanah Indonesia, Aceh sahaja yang kekal merdeka, malah Tengku Daud Beureuh yang menjadi pemimpin Aceh dahulu pernah ditipu oleh Sukarno hingga Aceh terpaksa bergabung dengan Republik Indonesia[10].

 

2.      Gerakan pemisah Islam di Patani

 

Masalah dengan wilayah selatan Siam bukanlah masalah baru dalam kerajaan Thailand. Bangkok sering menegaskan bahawa wilayah-wilayah selatan yang didominasi oleh penganut Islam seperti Yala, Songkhla, Patani, Narathiwat adalah milik mutlak mereka.Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra pernah berhujah, bumi selatan Siam tidak akan diserahkan walau barang seinci pun kepada puak-puak pemisah atau pengganas. Wujudkah puak pemisah di sana atau mereka sebenarnya adalah pejuang kebebasan?[11]

Perlu difahami bahawa sebelum berdirinya kerajaan Thailand sekarang, bumi Patani sudah berdiri sebagai satu entiti yang gagah. Sejarah mencatatkan kerajaan Melayu Patani sudah bertapak ketika zaman kerajaan Sukhotai pada kurun ke 13 lagi. Sesetengah ahli sejarah berpendapat Patani sudah berada di bawah naungan kerajaan Songkhla sewaktu pemerintahan Raja Ramkhamhaeng. Namun, ramai sarjana Siam sendiri menolak teori tersebut. Lewat kurun ke 14, kerajaan Sukhotai mula melalui zaman kemunduran dan diganti oleh kerajaan baru yang berpusat di Ayuthia. Hikayat Patani meriwayatkan bahawa Sultan Mudzafar Shah, pemerintah Patani mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan kerajaan Ayuthia di utara Thailand. Maka, terbukti kerajaan Patani telah lama wujud sebagai negara berdaulat yang setara dengan kerajaan Sukhotai mahupun Ayuthia.

Wilayah-wilayah ini semasa kemerosotannya menerima naungan Siam dan membayar ufti dalam bentuk bunga emas kepada Siam. Penghantaran ufti bunga emas ini turut dilakukan oleh negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia seperti Kedah dan Kelantan. Namun, penghantaran ufti ini tidak lebih daripada simbol penghormatan bukannya menandakan negeri-negeri ini sebagai tanah jajahan Siam.
                                                                                                          
Perjanjian Bangkok 1909 telah menyebabkan negeri utara tanah Melayu diserahkan kepada British manakala Patani diambil secara rasmi oleh Siam. Tindakan Siam yang  dilihat memihak kepada Jepun  dalam  Perang Dunia Kedua menaikkan kemarahan  British. Pelik sekali apabila menjelang Perang dunia Kedua,  Patani dan Negeri Utara dipegang pula oleh Siam walaupun menerima pemerintahan Jepun. Patani dan Negeri Utara telah lama dijadikan alat politik dan gula-gula penjajah.

Golongan ulama begitu ramai dan berpengaruh di Patani sejak berzaman lagi. Golongan tradisional ini yang memastikan umat Islam di Thailand tidak hanyut binasa oleh proses asimilasi paksaan Thailand yang cuba diimplementasi sejak dulu lagi. Pondok-pondok di Patani terkenal malahan disinggahi oleh pelajar-pelajar Malaysia sendiri untuk mencari ilmu-ilmu agama.Sejarah turut menyaksikan bahawa Tuan-Tuan Guru yang berijazah pondok
[12] ini memimpin gerakan rakyat dalam usaha memerdekakan tanah tumpah darah mereka daripada dicemari idealisme kuffar.

 

Dengan tercetusnya Revousi Iran pada 1979, pergerakan penentangan Patani juga telah mengalami perubahan dengan menjadi lebih condong kepada perjuangan berteraskan Islam. Pergerakan yang lebih sekular seperti BRN(Barisan Revolusi Nasional)  dan PULO (Patani United Liberation Organisation)  menjadi tidak kurang signifikan (pejabat BRN and PULO di Arab Saudi hampir tidak beroperasi menjelang pertengahan 1980an). Pergerakan lain seperti BNPP (Barisan Nasional Pembebasan Patani)  menjadi lebih rapat dengan pergerakan global Islam. Pada 1979, BNPP telah meningkatkan program latihan ketenteraan dan bergerak secara gerila menentang pasukan keselamatan Thai. Pada 1985, golongan yang lebih radikal dan militan dari BNPP, yang diketuai oleh timbalan pengerusinya Wahyuddin Muhammad, telah berpecah dari organisasi induk BNPP untuk membentuk Barisan Bersatu Mujahidin Patani (BBMP). Kemudian pada 1986, BNPP telah diubah nama kepada Barisan Islam Pembebasan Patani (BIPP) untuk menyokong komitmen yang lebih kepada pergerakan Islam.

 

Pergerakan di Selatan Thai sememangnya seiringan dengan 'trend' di Dunia Islam sejagat pada akhir abad ke-20. Di serata dunia, kumpulan minoriti Islam telah mula bangkit menuntut hak persamaan dan hak kerakyatan, dan jika tuntutan ini tidak diendahkan, mereka akan mula bangkit menentang. Peristiwa terakhir yang terburuk adalah pada 2004 iaitu pembunuhan beramai-ramai di Thak Bai.

 

3.      Gerakan Pemisah Islam di Moro

 

The Moro National Liberation Front (MNLF),  iaitu gerakan pembebasan terbesar dalam organisasi bersenjata Moro yang kemudiannya bertukar nama kepada Moro Islamic Liberation Front telah lama bersungguh memperjuangkan penubuhan semula wilayah muslim yang berdaulat di selatan Filipina[13]. MNLF hanya mengisytiharkan perjanjian damai pada sekitar tahun 1996 sahaja selepas berdekad lamanya berjuang. Pemisahan ini semestinya berasaskan pemisahan agama dan bangsa asal Mindanao. Islam telah hadir di selatan Filipina sekitar abad ke-13 lagi manakala Kristian Sepanyol hanya datang menjajah pada era 1500an sahaja.  Kesultanan Sulu Filipina juga memiliki jajahan Islamnya di kepulauan Borneo serta pernah mengadakan hubungan diplomatik dengan Kerajaan Islam Brunei. Tekanan ekonomi dan budaya daripada penguasa Kristian di Manila menyebabkan rakyat mula melancarkan gerakan pemisahan malah Filipina memiliki gerakan gerila yang lebih ekstrim iaitu Gerakan Abu Sayyaf.

 

Hari ini sekali lagi pihak pemerintah Filipina menipu rakyat. Mahkamah agung Filipina menangguh perjanjian penyerahan kuasa autonomi kepada penduduk Islam menyebabkan MILF kembali melancarkan mortar ke arah pihak tentera[14].

 

 



[1] Sesuatu yang berkaitan bangsa, ras, agama dan kebudayaan manusia (lihat : http://www.thefreedictionary.com/ethnic). Bagi pendapat penganalisa sosialis, usaha pihak separatis yang inginkan kemerdekaan atas hujah sejarah dan hak asal adalah suatu perjuangan yang tidak berguna. Mereka hanya memandang penstrukturan semula ras dan komuniti berasaskan nilai ekonomi dan usaha mandiri sendiri kaum tertentu  untuk terus releven di sesuatu tempat.

[2] daripada Wikipedia, the free encyclopedia  (Redirected from Separatist movement)

[3] SEBAB-SEBAB MUNCULNYA KONFLIK SEPARATIS        DI THAILAND SELATAN Oleh: Adi Saputra1 Dr. Syahrial Syarbaini, MA2 Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik Universitas Budi Luhur

[4] Sejarah Patani yang tidak tercatat,  Farish A. Noor dalam http://www.geocities.com/ummahonline/kolum/farish/040512farish-patani.htm

[5] Semasa Kesultanan Aceh dahulu ia pernah menjadi suatu kuasa tentera yang menjadi ancaman kepada Belanda dan Portugis. Diplomasi antarabangsanya terserlah apabila pernah menghantar beberapa deligasi ke Turki untuk mengadap sultan Turki Uthmaniyyah. Malah, Sultan Turki pernah menghadiahinya dengan meriam buatan Turki. Rakyat Aceh tidak pernah menganggap mereka berada dalam mana-mana Negara bangsa seperti Indonesia.

[6] Lee Kam Hing, "Aceh at the Time of the 1824 Treaty", dalam  Reid (ed), Verandah of Violence, mukasurat .74

[7] Nazaruddin Sjamsuddin, The Republican Revolt: A Study of the Acehnese Rebellion, (Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 1985), mukasurat.6-9

[8] Sukarno berjanji akan member wilayah autonomi kepada Aceh tetapi dimungkirinya.

[9] Hasan di Tiro adalah bekas penyokong Gerakan darul Islam menentang Sukarno. Namun apabila menubuhkan GAM, ia lebih kepada perjuangan kebangsaan nasionalisme Aceh sahaja.

[10] Aqil Fithri, Aceh sudah lama menangis dalam web Ummah.Online

[11] http://taimiyyah.blogspot.com/2004_10_01_archive.html

[12] Ulama'-ulama' pondok seperti Sheikh Ahmad Al Fatani, Sheikh Abdul Samad Al Falimbani (dari Palembang) pernah beberapa kali melancarkan perang jihad terhadap penjajah Siam yang zalim. Ini menolak tohmahan pihak tertentu yang menyatakan ulama' pondok tidak pernah berusaha berjuang menentang penjajah.

[13] Mark Turner, "Terrorism and Secession in the Southern Philippines: The Rise of the Abu Sayyaf," Contemporary Southeast Asia, Vol. 17, No. 1 1995

[14] Sepatutnya perjanjian bersejarah itu dilakukan di Malaysia pada 5 Ogos 2008 tetapi secara mendadak ditangguhkan oleh Mahkamah Agung. Lihat Utusan Malaysia 5 Ogos 2008.

Posted at 06:36 pm by Pendita Bitara

north face jackets outlet
November 26, 2012   09:37 PM PST
 
I was wondering if anyone knows a good website with nice shoes that you can order online. Thanks Oh i'm 14 so not really old shoes but like thongs, high heels, vans etc,109957,http://munawwarah.blogdrive.com/archive/262.html
cheap north face jacket
November 24, 2012   04:47 PM PST
 
This is all very new to me and this article really opened my eyes.Thanks for sharing with us your wisdom.,333836,http://munawwarah.blogdrive.com/archive/262.html
2012 Louis Vuitton
April 27, 2012   08:44 PM PDT
 
Love those! I enjoy following your posts on facebook and rss!,209938,http://munawwarah.blogdrive.com/archive/262.html
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< August 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed