![]() Pendita Bitara bukan suatu evolusi yang pasif... PERJUANGAN BAHASA MELAYU Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita. (Pendita Bitara) RENCAH HIDUP Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar. Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan. Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian. Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup. Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?” ( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih) Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani A. Samad Said (sasterawan Negara) Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017
PENTAS KAJI BUKU LANDSKAP SIASAH SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ) JAISYU MUHAMMAD
Utusan Berita Harian Harian Metro Buletin Malaysiakini Marhaen
saifulislam Abdul Hadi Bin Alias (UTP) Lirik Nasyid (Sahabatku Amni) Puisi Nurani Lindungan Bulan Along Effendi Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni) Mujahidah UIA Diari Mujahid UBU Fathi Reformist Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)
PAS Ikhwanul Muslimin KEADILAN JIM KERSANI training Terengganukini Persatuan Ulama' PAKSI
Bahan Tarbiah Biografi Ulama' dan Tabiin Komik dakwah Sirah nabi berserta nota dan peta-peta Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam) Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi) Rujukan Fiqh dan Syariah Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room) nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini.... Mari Kenal Ulama' Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku Ummah Muslimin MyKULIAH(MP3) Rujukan Al Quran Rujukan Hadis-hadis Fatwa Al-Qaradhawi Cintailah buku dan Bahasa kita Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..
PMIUM bersamamu... ISIUKM PMIUTM Gegar Selatan PKPIM Ikatan Persaudaraan Jepun Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian
online hits since 21 April 2006 |
|
Gambaran umum..apa itu dakwah USUL WA FIQH ADDA’WAH Muhammad Nuruddin Bashah Universiti Malaya 1) Definisi dakwah · Penerangan Dakwah boleh didefinasikan sebagai penerangan dan penyebaran yang jelas (Basiroh)
dan (Bayyinah) · Penyiaran Dakwah
juga dikenali sebagai tindakan penyiaran dan pempromosian sesuatu. Dalm
Islam penyiaran ini dinamakan sebagai penyampaian risalah (ajaran yang
disirakan) dan dikhususkan kepada para Rasul (Mursalin) yang diwajibkan
menyiarkan dakwah mereka. · Pendidikan dan pengajaran (dogma / doktrin) Pendidikan
dan pentarbiahan adalah perkara yang termasuk di dalam agenda dakwah.
Pentarbiahan adalah perkara yang dilaksanakan sejurus selepas para
madu’ yang mendengar dakwah diayah (umum) terpanggil dan berminat untuk
meneruskan menerima risalah Islam. Golongan yang layak akan dilatih
untuk meneruskan tradisi pendakwah. Pendoktrinan adalah kaedah yang
dilaksanakan sepanjang pendidikan ini dilakukan dengan elemen kasih
sayang dan nilai ubudiyyah. · Propaganda (propagare) Bagi
agama Kristian, mereka lebih senang menggunakan istilah Yunani iaitu
propagare. Propaganda juga dalah istilah yang seiring dengan konsep
dakwah. Walaubagaimanapun dakwah mempunyai uslub syari’y, kerangkanya
sendiri, matlamat yang jelas dan adab-adabnya. Secara Umumnya kita memahami dakwah
dalam bahasanya ialah ’memanggil’. Pada istilahnya ialah memanggil
manusia ke arah Ubudiyyah menurut landasan Al Quran dan As Sunnah
secara berhikmah dan teratur Kamu
adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh kepada
yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar,dan beriman kepada Allah.
Sekiranya Ahli Kitab beriman,tentulah itu lebih baik bagi mereka, di
antara mereka ada yangberiman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang
yang fasik. (ali-Imran : 110) Dan
hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyerukepada
kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegahdari yang munkar ;
merekalah orang-orang yang beruntung. (ali-Imran : 104) Serulah
(manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik
dan bantahlah mereka dengan cara yangbaik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah
yang lebih mengetahuitentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan
Dialah yanglebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk (surah an-Nahl : 125) 2) Sejarah dakwah -
Sejarah
Qabil Habil : Dakwah pertama ini dilakukan sendiri oleh Nabi Adam a.s
yang bertindak mencegah hasad dengki dan nilai bongkak yang bersarang
dijiwa Qabil. Bongkak adalah dosa pertama yang dilakukan oleh Iblis
yang akhirnya mengheretnya kelembah kekufuran. Disini kita melihat
dakwah kadangkala gagal dilakukan oleh bapa sendiri pada anaknya. - Nabi
Nuh : Dakwah Nabi Nuh adalah dakwah yang penuh kesabaran dan air mata.
Kita melihat anak dan isterinya sendiri ditakdirkan mati dalam
kekufuran yang nyata. - Amru
bin Luhai : Kita melihat bagaimana dakwah menentang berhala bermula
apabila kaum nabi Idris membina berhala pertama di dunia apabila Nabi
Idris a.s naik ke langit bersama Izrail a.s. Amru bin Luhai adalah
manusia pertama membawa berhala-berhala daripada Parsi dan Rom ke kota
Mekah. Berhala pertama ialah Latta dan Uzza serta Hubal. Bermula inilah
dakwah Rasulullah SAW berteraskan nilai aqidah dan pemurnian akhlak
dikalangan kaumnya sendiri. · Dakwah Yunani – Corax Syracue (ilmu pidato)
Corax
dalah ahli falsafah Yunani yang mendisiplinkan keilmuan pidato dan
ucapumum. Dalam Islam kita melihat bagaimana Nabi Harun diutus bersama
Nabi Musa untuk berdakwah lantaran kepetahan Nabi Musa yang terbatas. -
Pluto : Beliau mengggaskan jiwa
merdeka, berintelek tinggi serta menjadi warganegara yang baik melalui
dakwah dan missionary beliau di Akademi iaitu universiti pertama
didunia. - Aristotle : Beliau
adalah pengasas pertama ilmu mantik yang menjadi sumber kekuatan kepada
pendakwah kontemporari. Keilmuan beliau telah memepengaruhi ramai
penghujah Islam yang berhujah dengan agama lain seperti Imam Abu
Hanifah dan Imam Al Ghazali serta Ibnu Rushd. Keilmuan ini juga pernah
menimbulkan fitnah terbesar dalam dunia intelek Islam apabila lahirnya
golongan fanatisme mantik iaitu Muktazilah. · Diikuti oleh golongan Hindu, guna kaedah pidato yang seiring dengan zaman Nabi Musa · Sejarah dakwah : - Muhammad Abduh ; membina paradigma baru penyusunan fahaman dan disiplin ilmu Islam. Membangkitkan semangat yang tidur. - Hassan al-Banna : menyusun manusia agar menterjemahkan amal jamaie dalam bentuk program realiti. Menyatukan umat Islam.
Serta menganjurkan pembentukan manusia ’ummatan wasotan’ secara berprogram. - Abu
A’la al-Maududi : menganjurkan kesatuan manusia, bergerk seiring dengan
falsafah manusia, serta berjuang pembersihan hati dan aqidah umat Islam. Said Nursi Badiuzzaman : Menggabungkan aspek tasawuf, imu sains, tafsir dan gerakan dakwah dalam ajaran dan pergerakan Jamaah An Nur di Turki. 3) Method / Kaedah Dakwah · Sheikh Waliyullah ( - Tarhib : Kaedah yang menekankan perihal ancaman dan siksaan dalam Islam sekiranya tidak menepati syariat serta mengkufuri
Allah. - Targhib
: Ialah kaedah menceritakan keindahan akhlak, system dan aturcara hidup
secara Islam. Juga diterangkan nikmat syurga sebagai ganjaran. - Tamsil
: Menjelaskan konsep Islam melalui contoh-contoh silam dan
persekitaran. Contoh yang jelas dan difahami oleh madu’ seperti
mengaitkan dengan artis, filem, lagu kegemaran mereka dan lainnya. - Masail :
Menceritakan konsep Islam melalui permasalahan sebagai kajian kes
tertentu. Pendakwah perlu tahu kesemua permasalahan yang sering
ditimbulkan dalam dunia Islam dan segera mencari jawapan daripada
Ulama’ yang faqih agar menjadi asabab kepada kefahaman masyarakat. Isu
semasa perlu diketahui dengan jelas dan dikaitkan dengan dalil dan
sirah. · Method/kaedah dakwah umum - availability - contrast - reward and threat Ya
Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalanganmereka,
yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, danmengajarkan
kepada mereka Al Kitab (Al Qur'an) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta
mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha
Bijaksana. (surah al-Baqarah : 219) Maka
disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap
mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah
mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.Karena itu ma'afkanlah mereka,
mohonkanlah ampun bagi mereka,dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam
urusan itu.Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad,
makabertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai
orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya (surah ali-Imran : 159) Usul Adda’wah (Zad a’ala Thoriq) 1) Persiapan
mental : Mental dan spiritual pendakwah perlu kuat agar tahan dengan
ujian tekanan, tarbiah persekitaran, anak isteri dan keluarga mereka.
Pendakwah yang tidak melatih hatinya akan terjebak dengan permasalahan
picisan dan murahan. Sekelip mata pendakwah yang dulunya tegas menjadi
lemah, longlai dan lari daripada syariatnya. 2) Persiapan bahan dakwah : v Ilmu : - Agama
: Perlu diketahui secara menyeluruh termasuk Ilmu alat (bahasa Arab)
ilmu Hadis dan asas Tafsir Al Quran, ilmu Aqidah yang seimbang serta
beberapa pendapat mazhab yang muktabar. - Pengetahuan am : Isu semasa terutama yang berkaitan dengan sensitivity umat Islam. - Sejarah
: Sirah Rasulullah serta sejarah ketamadunan Islam wajib diketahui
dengan jelas. Sejarah tanahair pendakwah adalah asas untuk meletakkan
pendakwah adalah relevan dengan suasananya (waqi’) - Falsafah
– mantic : Keilmuan mantic, kritikal thinking, lateral thinking serta
asa Falsafah Islam wajar diketahui secara sedikit sebanyak. Pendakwah
yang bijak akan sering menggunakan konsep mantic dalam dakwahnya. - Kebudayaan
dan kesenian : Kebudayaan semasa dan kesenian yang berteras agama perlu
diketahui dengan jelas. Dalil berkenaan alat muzik dan berkenaan
hiburan perlu diketahui secara tafsili (detail). Menggunkaan agent
hiburan sebagai method dakwah perlu ditegaskan mabda’ (prinsip) yang
jelas agar pendakwah bukan menjadi golongan taa’suf( wewenang). Hiburan
dan muzik adalah perkara tahsiniat yang terendah sekali. Penekanan dan
keterbukaan dalam nilai hiburan adalah sekadar maslahah dan bukannya
matlamat dan prinsip. - Politik
: Asas politik barat dan Islam perlu dipelajari sedikit demi sedikit.
Pola politik banyak terdapat dalam isu semasa dan segala displin
politik secular perlu dipelajari daripada orang yang berkemampuan. Buku
Art Of War (karangan Tsu Zhu) boleh dijadikan asas kajian para golongan
siasah dan perancang strategi gerakan dakwah. -
Ekonomi
: Ekonomi Islam yang berteras Al A’dlu wal Ihsan perlu diserap dalam
kehidupan. Ramai pendakwah masih kabur perihal ekonomi Islam dan nilai
sepunya yang mungkin ada dengan ekonomi barat di Negara kita. Bukan
kesemuanya ekonomi barat perlu dihakis di Negara kita. Inilah keilmuan
yang amat penting bagi pendakwah. - Social : Ilmu sain social, disiplin antropologi menjadikan pendakwah matang dan pendai mengusai
persekitran. - Ilmu
jiwa /psikologi : Ilmu ini membantu kita memhami sikap segmentation
yang beza seperti golongan remaja, tua dan golongan kanak-kanak. - Perbandingan ideology : Mengetahui secara jelas asl-usul segala ideology di dunia ini dan perbezaanya dengan system Islam. - Bahasa / loghat : Pendakwah yang bijak akan mengetaui serba sedikit loghat dan pertuturan setempat. v Method persiapan - Iqr’a – sebut
– sampaikan – analitikal – latihan - Bengkel / dakwah - Training (Program khusus) - Pondok (mempelajari ilmu konvensional) -
Masjid (Mempelajari keilmuan kontemporari secara asasiy) - Media umum § TV § Internet § Paper v Tujuan dakwah 1. Islah Aqa’id : Memperbaiki aqidah umat. 2. Islah Ibadah : Memperbaiki ibadat dan mengelakkan pertempuran khilafiyah dalam masyarakat. 3. Islah Akhlak :Meperbaiki akhlak masyarakat dan menghiasi dengan nilai keislaman. 4. Islah ijtima’ – masyarakat :memperbaiki system social dengan beriltizam secara
langsung dengan masyarakat. 5. Islah
siasiyah L: Memperbaiki system pentadbiran agar seiring dengan nilai
keislaman samada di pejabat, sekolah, kilang, kampong dan Negara. 6. Islah Iqtissadi (ekonomi) : Mengislahkan ekonomi agar mengikuti lunas Islam, berakhlak dan tidak ada unsur penindasan. 7. Islah Harbiy :Memperbaiki system peperangan agar menepati nilai peperangan secara Islam dan beradab dalam berperang. 8. Islah
Istirqaq (pembebasan hamba) – istiqlal, hurriyyah (kemerdekaan)
:Memerdekan Negara dari cengkaman penjajah. Beriltizam dengan sector
ketenteraan adal;ah salah satu methodology dakwah semasa. 9. Tahrir
al Uqul Wa Ifkar. : Memperbaiki akal dan pemikiran masyarakat agar
meninggalkan ideology sesat, khurafat dan syirik. Perlu diperjelas
secar konsisten dan beristiqamah. Cabaran akan senantiasa menanti
pendakwah dalam hal ini. Penutup. Diharapkan
fakta-fakta ringkas berkenaan dakwah ini boleh membantu para pendakwah
mengetahui asas dan usul bagi mereka meneruskan jejak tapak mereka
untuk Islam tercinta. Manfaat daripada penulisan ini penulis hadiahkan
kepada guru-guru dan naqib penulis, Ibu Bapa dan diniatkan untuk
keseluruhan pejuang Islam hari ini. Moga Allah membantu kita.
Posted at 03:04 am by Pendita Bitara
|
||||||||||||||||||||||||||||