![]() Pendita Bitara bukan suatu evolusi yang pasif... PERJUANGAN BAHASA MELAYU Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita. (Pendita Bitara) RENCAH HIDUP Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar. Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan. Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian. Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup. Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?” ( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih) Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani A. Samad Said (sasterawan Negara) Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017
PENTAS KAJI BUKU LANDSKAP SIASAH SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ) JAISYU MUHAMMAD
Utusan Berita Harian Harian Metro Buletin Malaysiakini Marhaen
saifulislam Abdul Hadi Bin Alias (UTP) Lirik Nasyid (Sahabatku Amni) Puisi Nurani Lindungan Bulan Along Effendi Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni) Mujahidah UIA Diari Mujahid UBU Fathi Reformist Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)
PAS Ikhwanul Muslimin KEADILAN JIM KERSANI training Terengganukini Persatuan Ulama' PAKSI
Bahan Tarbiah Biografi Ulama' dan Tabiin Komik dakwah Sirah nabi berserta nota dan peta-peta Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam) Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi) Rujukan Fiqh dan Syariah Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room) nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini.... Mari Kenal Ulama' Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku Ummah Muslimin MyKULIAH(MP3) Rujukan Al Quran Rujukan Hadis-hadis Fatwa Al-Qaradhawi Cintailah buku dan Bahasa kita Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..
PMIUM bersamamu... ISIUKM PMIUTM Gegar Selatan PKPIM Ikatan Persaudaraan Jepun Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian
online hits since 21 April 2006 |
|
Rasulullah..saintis sosial dan politik terulung Sirah Rasulullah Sumber Strategi Politik Yang Terunggul 1) Pendahuluan. Tulisan ini bertujuan mengupas pelbagai aspek penting berkisar berkenaan siasah (politik), strategi peperangan (ilmu Al maghazi), kepakaran pengurusan Peranan orientalisme pasca kolonialisme terhadap dunia Islam berjaya memberi gambaran salah kepada kita mengenai kepentingan sirah Rasulullah. Sirah hanya dibaca mengikut Gejala penulisan orientalisme barat ini semakin buruk apabila bukan sekadar ‘ selepas baginda mendapati dirinya semakin tidak popular dan dalam 622 Masihi beliau lari ke Madina’ (Sejarah Dunia Jilid 1 m/s 365) Ini jelas kesalahan penggunaan perkataan tertentu boleh megubah persepsi dan nilai emosi pembaca. Pembacaan tulisan sebegini akhirnya mencabut sedikit demi sedikit roh kehebatan nubuwwah Rasulullah. Pemahaman dangkal mengenai kehidupan Rasul yang dikatakan hanya sebagai individu zuhud yang mengenepikan perihal dunia, seorang yang berbaju koyak, tidur tidak bertempat serta miskin menyebabkan terlalu banyak pengertian yang sewajarnya tidak dapat kita perolehi. Kita perlu melihat kebijaksanaan perecanaan “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kamu iaitu bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat”. (surah Al ahzab :21) Perlu diingatkan bahawa persejarahan berorientasikan politik bijak rasulullah adalah bermula sejak baginda dilahirkan. Percaturan yang ditentukan ini empengaruhi pemikira, akhlak dan minda Rasulullah tanpa menafikan peranan wahyu. 2 Konsep kerahsiaan dalam pelaksanaan siasah awal (1). Rahsia tanzim, rahsia dakwah- 3 tahun- (sosialisasi pengasas) Dalam fasa awal penerimaan wahyu Rasulullah menerima wahyu pertama pada 17 Ramadhan. Baginda agak terkejut namun masih ingin megetahui mengenai Jibrail, maka Baginda berulang-ulang ke Gua Hira’. Tetapi selepas 40 hari (2) (ini mengikut kata Ibnu Abbas, walaupun ada yang mengatakan 15 hari dan ada yang 2 atau 3 tahun), barulah Jibrail menampakkan dirinya menyebabkan Baginda terkejut dan demam berselimut. Maka turunlah ayat Al Mudhatthir:1-3. Kemudian turun pula ayat As Syura’ : 214 yang menggesa dakwah kepada kaum kerabat terhampir. Dalam tempoh 3 tahun ini, Baginda mengalami proses sosialisasi terhadap wahyu yang berat, ayat yang berat (qaulan saqila) serta tanggungjawab penggerak social dan dakwah yang besar. Rahsia tanzim, jahar dakwah- 7 tahun- (pengkolonian dan sosialisasi kader) Menurut Ibnu Ishak, selepas penurunan ayat kersulan dan ayat peringatan, maka Baginda diberi wahyu berkenan dakwah secara jelas (jahar) iaitu ayat Surah Al Hijr : 94. Selepas tempoh inilah Baginda mula memunculkan diri di sebuah bukit serta memeperkenalkan kerasulan Baginda. Selepas iitu Baginda memulakan dakwah secara pemilihan (selected recruitment) yang bersifat kaderisasi. Individu yang ikhlas, berhati lembut, berpengaruh serta mewakili segment (bahagian) kaum tertentu dijadikan sasaran seperti
Dalam fasa ini Baginda menyusun individu ‘Qaidah Sulbah’ berdasarkan ‘marhalah Infitah’ (pembentukan individu terpilih). Jahar tanzim, jahar dakwah – 3 tahun Disini, Rasulullah mula mencari ruang baru (niche) serta peluang lain untuk melebrkan dakwah. Fasa ini bermula selepas kematian Abi Talib dan Saidatina Khadijah serta tahun dimana dakwah Baginda ditentang bulat-bulat di Taif (tahun kesedihan). Rasulullah mula menjaja manifesto mulia yang ingin membebaskan perhambaan minda manusia. Sepanjang 3 tahun ini, Baginda mencari ketua-ketua kabilah luar Mekah setiap bulan Haji. Walaubagaimanapun perlu diingat, kejayaan pecarian ini juga dibantu oleh keterangan mengenai nubuwwah Baginda dalam kitab-kitab terdahulu. Fasa penerokaan Tempoh ini merupakan pintu permulaan gerbang kemunculan tanah dan rakyat yang menerima Islam dan kerasulan Baginda. Tanah, rakyat dan agama adalah suatu yang terikat secara signifikan dan erat. Lihatlah, bagaimana Baginda langsung tidak gopoh membina daulah Islam sebalikny mencari peluang serta menerapkan kefahaman secara berdikit. 3 Penggunaan elemen Tahalluf Siasiy (3) Tahalluf adalah bermaksud persefahaman. Ianya bukan sekadar kepada non-muslim, tetapi terhadap sesiapa sahaja yang boleh memberi maslahah kepada kerajaan IIslam. Rasulullah menggunakan sentiment ‘Himayah’(5) atau ‘Haqq Al Jiwar’ iaitu perlindungan kekeluargaan untuk mendapat pertolongan daripada masyarakat Quraisy. Sebagai contoh sewaktu baginda dipulau, Baginda dan umat Islam dilindungi oleh Bani Hashim dan Bani Mutalib atas sebab musabab keluarga. Rasulullah pernah meminta perlindungan bangsawan Quraisy sewaktu balik dari taif. Rasulullah pernah meminta Abdullah Bin Uraiqat (non-muslim) untuk membawa ke jalan yang jauh sewaktu berhijrah dengan Saidina Abu Bakar. Baginda pernah mengiktiraf perjanjian halful Fudul iaitu perjanjian Quraisy yang membela lelaki kabilah Zubaid yang dizalimi oleh Aas Bin Wa’il. Dan beberapa kali baginda mengadakan gencatan senjata (hadanah) sewaktu cuaca dan musim yang kurang sesuai. Istia’nah (pertolongan) pula pernah diberi kepada golongan harbi Mekah sewaktu kemarau panjang dimana Rsulullah menghantar kurma yang banyak ke 4) Siasah Nafas Panjang. Siasah nafas panjang bermaksud proses percaturan politik bijak untuk kegunaan masa hadapan. Kelihatannya Rasulullah menggunakan kaedah ‘envision’ dan ‘positioning prediction’ dalam menentukan beberapa langkah untuk maslahah masa hadapan. Contohnya dalam perjanjian Hudhaibiyyah, Suhail Ibn ‘Amr membantah apabila perkataan Muhammad ‘Rasulullah” ditulis. Sememangnya mereka sebenarnya tidak mengakui kerasulannya. Apabila Saidina Ali KW Contoh lagi boleh dilihat bagaimana Rasulullah merahsiakan pengislaman Najasyi raja Habshah demi mengekalkan kuasa beliau serta memudahkan beliau memberi suaka politik kepada pelarian Islam Mekah. Hal yang sama dilihat semasa peperangan Ahzab, dimana budak Yahudi yang memeluk Islam dirahsiakan imannya demi tugasan pengintipan yang lain. Rasulullah juga meminta tawanan perang Mekah untuk mengajar menulis dan membaca kanak-kanak Islam Madinah. Baginda juga tidak menuntut tawanan perang Islam yang ditawan di Mekah demi menggalakkan dakwah dan ajaran Islam disebarkan di 5) Penggunaan konsep Qaumiyyah dengan bijak. Kebijakan politik Baginda semakin ketara apabila Baginda sering memanipulasikan sentiment dan sifat kebangsaan atau qaumiyyah atau pun wataniyyah (perlu rujuk pelbagai kitab sirah untuk penilaian) serta kesukuan sebagai punca kesatuan arab di sekeliling Baginda. Namun ini tidak bermakna Baginda menyeru kepada semangat kebangsaan secara melulu. Perkara ‘thabat’ (pillar) dalam dakwah Nabi adalah kesatuan aqidah dan sikap kehambaan yang tidak mengira ras masyarakat. Sebagai contoh, baginda mengislamkan ketua atau individu berpengaruh daripada beberapa suku di Mekah. Begitu juga Baginda 6) Penjanaan idea dalam konsep Syura’. Pada zaman Rasulullah, kita melihat bagaimana terlalu kuat sikap assobiyyah dan qaumiyyah sehingga menafikan idea luar masuk ke dalam sistem kehidupan arab. Namun hal ini mungkin berlainan pula apabila Amru Bin Luhai sewaktu membawa patung Hubal daripada Parsi untuk disembah disekitar kaabah sebelum kelahiran Rasulullah. Mereka rigid dan jumud dalam perubahan. Mereka hanya berpegang kepada apa yang ad di hadapan mereka. Tetapi Rasulullah telah mengubah persepsi ini apabila banyak menerima idea luar serta banyak membuat hubungan politik dengan pemimpin laur demi mendapat cetusan baru (strategic alliance ). Konsep syura Rasulullah juga kelihatan amat terbuka (asas pelaksanaan demokrasi) dimana Abdullah Bin Ubai juga menjadi salah seorang yang pernah terlibat dengan syura Nabi. (Surah Ali Imran ;159). Hari ini syura kelihatan seperti mu’limah iaitu sekadar mendapat pengetahuan da penjelasan daripada ahli fakir (penasihat pemerintah) dan bukannya mulzimah iaitu suatu yang lazim seperti sunnah Rasulullah. Sangat 7) Manifesto Politik(2). Bermula fasa 3 tahun terakhir Baginda di Mekah, Rasulullah mengorak langkah menyediakan janji setia, akujanji, manifesto atau kelebihan yang akan diperolehi dengan kepatuhan yang diberikan. Manifesto pertama adalah baiah Aqabah pertama. Akan tetapi janji manis manifesto ini hanyalah janji ketenangan, peningkatan daripada bangsa jumud kepada bangsa bertamadun serta maju. Manifesto kedua mempunyai elemen ‘give and take’ yang lebih jelas. Isinya berbunyi begini;
Sebagai balasan, Rasulullah mengatakan bahawa ‘Darah kalian darahku, negeri kalian, negeriku,aku dari kalian dan kalian dari aku(pengiktirafan umat Muhammad SAW), musuh kalian musuhku,orang berdamai dengan kalian, aku turut berdamai’ (Sirah Nabawiyyah Ibnu Hisham) 8) Keselamatan dan langkah berjaga-jaga.(4) Keselamatan melibatkan sikap sahabat Rasulullah menjadi lebih hazar (berhati-hati) Konsep ini turut disertakan dengan penerapan nilai sirr iaitu kerahsiaan. Keselematan melibatkan, pertamanya selamat daripada serangan musuh, dan keduanya keselamatan sekiranya kita yang memulakan serangan (ofensif). Penerapan Rasulullah ialah;
Rasulullah menjaga keselamatan Madinah dengan mengadakan beberapa siri rondaan sebagai prevention, preparation, cegah lintang, pengumpulan maklumat kekuatan dan kedudukan musuh melalui rondaan berkala secara kerap. Rondaan tanpa diketuai baginda disebut ‘sariyyah’ manakala sekiranya diketuai oleh baginda disebut ‘Ghuzwah’. Contohnya;
Rasulullah mencegah subversive melalui pemantauan pasukan pengintip. Antaranya Rasulullah pernah menghantar seorang budak yahudi dalam tentera ahzab untuk memecah belahkan mereka daripada dalam. Kita melihat bagaimana Pasukan rondaan Rasulullah kecil bilangannya dan bertujuan hanya untuk mendapat maklumat. Mereka dilarag keras terlibat dengan peperangan. Terjadi kes dimana sahabat menumpahkan darah semasa pengintipan di bulan haram, dan Rasulullah menolak penerimaan ghanimah. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, pihak Berikat (terutamanya British) telah menyusun gerakan Force 136 yang berpusat dan berlatihan di
Rasulullah juga pernah menggunakan nama panggilan lain seperti ‘Ya Mansur amit’ semasa peperangan Khaibar. Baginda pernh merahsiakan destinasi peperangan Tabuk serta tarikh sebenar penyerangan. Semasa Fathul Makkah, Rasulullah sengaja memperagakan kehebatan ketumbukan berkuda dan soldadu berperisai di perbatasan agar dilihat oleh Abu sufyan. Ketakutan merupakan kaedah peperangan mental (ghuzwah Al fikri). Hal ini pernah berlaku apabila Tentera pesawat tempur Amerika Syarikat selesai operasi di Untuk menjamin lagi keselamatan, baginda menjalinkan hubungan baik dengan Gabenor A’ila, ketua-ketua di Jarha, Adhruh, Sham serta Yaman untuk mengelakkan serangan negeri jiran. Sikap berbaik-baik amatlah penting sebelum penjanaan kekuatan tentera Madinah. Kita boleh melihat bagaimana Amerika Syarikat ingin memperguna tenaga Mujahidin untuk meruntuhkan kuasa hegemoni saingannya iaitu Soviet Union. Amerika (Presiden Arnold Reagen) juga pernah memujuk Gulbuddin Hekmatyar dan Mujaddadi Jailani (tokoh boneka Mujahidin tajaan Anwar Sadat) untuk menerima bantuan persenjataan mereka. Hal ini kerana Amerika sendiri belum mampu menangani Soviet. Jalinan Rasulullah disamping membawa agenda dakwah, turut membawa agenda siasah nafas panjang. 9) Kepimpinan yang membawa kejayaan politik Rasulullah.(4) Asas kerja kolaboratif (amal jamai’e) adalah berasal daripada kesatuan arahan. Kesatuan arahan ini berasal pula daripada kepimpinan pemimpin yang gemilang. Tidak dapat tidak komunikasi gemilang pemimpin, sikap erat dengan pengikut adalah amat penting. Rasulullah semestinya bersifat demikian. Sebagai perkaitan arahan dan kepimpinan, kita melihat pula perinsip British Field Service Regulation iaitu ‘ Adalah hanya dengan kerjasama yang bwerkesan yang memungkinkn bahagian-bahagian dari satu pasukan atau Negara membina dan menggunakan kekuatan yang mereka miliki sepenuhnya. Untuk membolehkan kerjasama (wahdatul amal) berkesan, setiap bahagian perlu mengetahui kelemahan bahagian yang lain serta memperbaiki dengan memberi pengetahuan tau cadangan mereka. Kerjasama ini bermula daripada perancangan politik dan strategic yang tertinggi sehinggalah kepada unit-unit dan sub-sub angkatan tentera yang kecil’. Disini kita melihat kepimpinan yang paling atas memerlukan minda yang kritis, strategic, futuristic serta tabah. Kecekalan Baginda Rasulullah sebagai tonggak tertinggi gerakan Islam mempunyai hati yang paling cekal. Runtuh jiwa baginda akan meruntuhkan semangat dan jiwa sahabat. Sebagai contoh di dalam peperangan Uhud, dimana Baginda di war-warkan telah dibunuh menyebabkan ramai sahabat hilang daya juang. Walaupun ramai sahabat Baginda yang hebat dan kuat, mereka akhirnya berjiwa kecil dan hilang daya juang apabila diporak perandakan dalm peperangan Hunain sehingga menyebabkan Rasulullah bersendirian di tengah Penguasaan diri Baginda dapat menguasai diri daripada membalas dendam. Sebagai contoh, baginda yang menundukkan kuasa dengan membuat polisi adil dengan ahlul kitab yahudi , tidak melulu membalas dendam terhadap pengkhianatan Bani Qainuqa’ (peperangan Badar), Bani Quraizhah *(peperangan Ahzab), Bani Khaibar dan Nadhir. Sebaliknya hukuman berdasarkan kitab taurat mereka sendiri. Sikap Baginda yang tenang terserlah apabila Kisra Parsi yang diberi Keadilan Rasulullah. Pada suatu ketika Rasulullah menghantar Abdullah Bin Sehi ke Khaibar untuk memungut hasil cukai. Tetapi yahudi Khaibar telah membunuhnya. Sepupu si mati Muheesah telah melaporkan salahlaku berkenaan. Akan tetapi akibat tiada persaksian di pihak Muheesah, dan walaupun Muheesah mengatakan Yahudi Khaibar pastinya akan bersumpah palsu kepada Baginda, Baginda tetap membuang kes berkenaan. Akan tetapi Rasulullah membayar wang darah menggunakan perbendaharaan Negara. Kita melihat polisi adil Baginda walaupun terhadap yahudi. Yahudi semasa awal kedatangan Baginda ke Madinah, mereka menyambutnya dengan begitu hangat. Tambahan baginda menjadikan Juresalem sebagai Kiblat pertama. Yahudi pula bersetuju melindungi Madinah sewajarnya. Keadaan berubah apabila pengaruh dan kepimpinan baginda terserlah dan semakin meningkat. Dalam manifestasi kepimpinan, Rasulullah menerapkan beberapa peralatan kepimpinan iaitu konsep Taat, Wala’, kesatuan amal serta disiplin di jalan Allah. 10) Tadarruj dalam Marhalah. Tadarruj (6) atau proses graduality merupakan salah satu sunnah Rasul yang Sebagai contohnya, apabila sistem perhambaan merupakan system ekonomi arab pada zaman tersebut menyebabkan syariat Islam yang memperjuangkan konsep ‘hurriyyah’ dan ‘istiqlal’ (kemerdekaan) menyempitkan ruang sedikit demi sedikit untuk ekonomi perhambaan. Justeru Rasulullah berjaya mengelakkan ‘economic shock’ yang mungkin merosakkan sistem masyarakat dan keharmonian. Perlu diingat, hari ini manusia kembali kepada keadaan jahiliyyah yang buta Al Quran dan Hadis. Masakan boleh berjaya sekiranya hujah naqal diberi kepada Dr Al Qaradhawi berkata ‘Apabila kita bercita-cita membangunkan semula masyarakat Islam sejati maka jangan sekali-kali kita berangan untuk melakukannya dengan semata-mata goresan pena (aggrement,pengundian) atau suatu keputusan raja, presiden, pemimpin politik ataupun parlimen. Cita-cita tersebut hanya akan berhasil apabila usaha-usaha kearah Sebagai contoh apabila ada gerakan yang menolak kaedah demokrasi dengan menggagaskan konsep tulen Khalifah untuk dilaksanakan secara ‘spontaneous’ dan ‘rapid manufacturing’. Dr Al Qaradhawi bertanya adakah intipati demokrasi yang membenarkan rakyat berusaha menentukan pemimpin, hak bersuara,berbilang parti politik, kebebasan kehakiman dan akhbar salah di segi dalil naqli? Apakah dalil yng kukuh menidakkannya? Rasul pernah bersabda; ‘Sebutkanlah (ambil lah keterangan) daripada Bani Al Qaradhawi menjelaskan lagi bahawa dalam syara’ tiada halangan untuk mengambil teori ilmiah dan penyelesaian amali yang berasal daripada golongan bukan Islam. Sekiranya jalan demokrasi (wasilah) merupakan pembawa kepada maqasid syariah, maka wasilah tersebut merupakan hokum maqasid tersebut. 11) Penutup Ramai ulama’ yang menggunakan hujah sirah sebagai sunnah. Akan tetapi Dr Al Qaradhawi (8) menafikan bahawa keseluruhan sirah sebagai sunnah (lihat Fiqh Daulah Dr Yusuf Al Qaradhawi). Sunnah adalah sumber perundangan. Tidak semua sirah yang juziyy (detail) termasuk dalam perundangan Islam. Kerana itu apabila sirah Rasul bermula dengan sir selama 3 tahun, tidak bermakna dakwah hari ini perlu sirr tepat 3 tahun hanya semata-mata mengikuti sirah Rasul. Rasulullah adalah insan kamil yang meninggalkan sunnah konseptual yang amat sesuai ditafsir mengikut waqi’, zaman dan adat semasa. Inilah keunggulan Rasulullah. Walaubagaimana pun kita tidak menafikan peranan sunnah berbentuk ibadat yang biasa diikuti seperti cara makan dan beribadat. Kesimpulannya, segala sirah rasul boleh diterjemah mengikut situasi piolitik dalam usaha kita menyerap idea dan amalan politik bijak tersebut dalam kehidupan. Sirah adalah seni yang abstrak. Percayakah anda? Nota kaki 1. Lihat Fiqh As Sirah (al Buti) 2. Lihat Manhaj Haraki (Muhd Munir Al Ghatban) 3 .Daurah Tadribiyyah (Dewan Ulama’) 4. Lihat buku Muhammad Panglima Perang; Al Fazlur Rahman 5.Himayah adalah sikap tolong menolong atas sikap qaumiyyah dan kadngkala assobiyyah. Walaupun berlainan agama, himayah amat populr di Mekah suatu ketika dahulu. 6. Lihat buku Fiqh Al Awlawiyyat (Al Qaradhawi) 7.Riwayat Bukhari (Perang Amargeddon; Amin Muhd Jamaluddin) 8.Dr Yusuf Al Qaradhawi pernah dikafirkan oleh golongan salaf Madkhaliah serta pengikut Sheikh Nasaruddin Al Bani (Sheikh Al Bani tidak terlibat) di Britain. Ini melihat kepada teori beliau yang dikatakan terlalu mengutamakan uruf dan meringankan penghasilan Posted at 02:31 am by Pendita Bitara
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||