TP 1014 FALSAFAH
PENDIDIKAN ISLAM
Bandingkan di antara
Falsafah Pendidikan Islam (FPI), Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dengan
Falsafah Pendidikan ISLAH. Bincangkan dan beri jawapan serta kaitkan
sumbangannya ke arah elemen JERIS serta pendidikan ke arah pembangunan ‘modal Insan’ dan menjadi pelajar serta tenaga
pendidik yang berkualiti dan bertaqwa.
Penulisan ini cuba membuat sedikit perbandingan di antara 33
falsafah pendidikan iaitu falsafah Pendidikan Negara (FPN), Falsafah Pendidikan
Islam ( FPI) dan Falsafah Pendidikan Al Islah (FP ISLAH). Premis perbezaan yang
digunapakai ialah dari segi ontologi, epistemologi dan aksiologinya sahaja.
Perbezaan falsafah-falsafah
pendidikan di Malaysia
secara umum.
Sebelum kita melihat secara kasar perbezaan antara
falsafah-falsafah pendidikan yang ada di Malaysia ini, marilah kita meneliti
dahulu falsafah-falsafah tersebut.
·
Falsafah
Pendidikan Negara
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan akhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.
·
Falsafafah
Pendidikan Islam
“ Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk
menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan
As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup
sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri,
masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan
kesejahteraan abadi di akhirat”.
·
Falsafah
Pendidikan ISLAH
Proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan
melahirkan insan Rabbani, Berilmu, dan Berakhlak Mulia serta berkemampuan
membentuk kehidupan diri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang
dituntut oleh Al Quran dan Sunnah melalui sistem pendidikan yang seimbang,
bersepadu menyeluruh dan berterusan.
Secara umumnya perbezaan persamaan dalam penilaian antara 3
falsafah ini adalah berteraskan kepada;
1.
Ontologi : asas bagi sesuatu falsafah
pendidikan
2.
Epistemologi : sumber bagi falsafah pendidikan itu
sendiri.
3.
Aksiologi : nilai-nilai yang wujud dalam
falsafah.
Secara umum kita dapat melihat bahawa ontologi bagi
ketiga-tiga falsafah adalah jelas dan konkrit iaitu berasaskan kepada
kepercayaan kepada Tuhan. Namun begitu FPN lebih terbuka dan meraikan agama
yang pelbagai di Malaysia.
Lantaran itu, kepercayaan kepada Tuhan atau ontologi bagi FPN adalah
berdasarkan fahaman pelbagai agama. Unsur JERI yang ada dalam FPN dianggap
berasal daripada unsur kepercayaan kepada Tuhan mengikut kepercayaan pelbagai
kaum. Manakala FPI juga berdasarkan ontologi ketuhanan akan tetapi ia lebih
mirip kepada falsafah pendidikan ISLAH yang mana erti tuhan itu diperjelaskan
sebagai Allah. Malah ontologi ISLAH lebih dianggap progresif kerana sifat
rahmaniyyah, rabbaniyyah itu ingin dijelmakan dalam individu produk-produk
daripada sistem pendidikan ISLAH-MUSLEH.
Dalam meneliti epistemologi antara falsafah ini kita boleh
mendapati bahawa tiada teori sumber dalam FPN yang jelas dinyatakan dalam
falsafah berkenaan. Berkemungkinan kita boleh membuat sedikit rumusan awal
bahawa FPN adalah bersumberkan kepada Rukunegara dan dasar-dasar pendidikan
yang digubal untuk kegunaan pendidikan di mana pendidikan adalah bertujuan pada
awalnya untuk:
a.
Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa
perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah
b.
Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai
satu rumpun bangsa di Tanah Melayu
c.
Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara
kaum dapat dikurangkan
d.
Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk
melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.
e.
Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan
berkesan
f.
Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih
, lieral dan progresif
g.
Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan
sistem pendidikan.
Boleh juga dikatakan epistemologinya bersumberkan kepada penggubalan
pemimpin bidang pendidikan negara mengikut keadaan dan masa.
Berbanding dengan FPI dan FP ISLAH yang jelas bersumberkan Al quran dan as
Sunnah sebagai rujukan utama. Ia nya lebih menjurus kepada pembentukan umat
Islam yang benar-benar berteraskan nilai keislaman. Menurut Hassan Langgulung,
falsafah pendidikan Islam perlu menggabungkan antara keaslian (idealisme/
sawwabit) dengan kemajuan (pragmatisme/ mutaghayyirah). Antara keaslian dan
perkara ‘sabat’ tetap dalam pendidikan cara Islam adalah melalui sumber Al
Quran dan Al Hadis. Perkara ijtihadiyyah, aqliyyah, muasirah dan sebagainya
pula adalah perkara yang boleh diasimilasikan, dipraktikkan dan disulam dalam
idealisme falsafah pendidikan Islam sesuai dengan zaman dan masyarakat
setempat.
Perlu ditegaskan di sini, FPI hanyalah falsafah bagi matapelajaran
pendidikan Islam manakala falsafah pendidikan Islam yang disarankan oleh As Syaibani,
Al Qaradhawi, Hassan Langgulung dan Ibnu Sina adalah pendidikan yang
berteraskan sistem Islam holistik. FPI hanya diasaskan pada tahun 1990an oleh
Dato’ Seri Anwar Ibrahim demi memenuhi kehendak masyarakat yang mula ingin
keluar daripada falsafah pendidikan yang berasaskan sekularisasi ilmu.
Aksiologi menurut
pendidikan cara Islam yang sebenar.
Di
Malaysia sistem penerapan nilai dalam pendidikan hanya banyak diberatkan kepada
panitia Pendidikan Islam dan Moral sahaja. Walaupun secara kasarnya FPN mempunyai dasar untuk menerapkan nilai
murni dalam kesemua kurikulumnya. Falsafah Pendidikan ini cuba menjurus
ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik dengan mengemukakan ciri-ciri:
a.
Percaya
dan patuh kepada tuhan
b.
Berilmu
pengetahuan
c.
Berakhlak
mulia
d.
Bertanggungjawab
kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
e.
Berbakti
dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama. Bangsa dan negara.
f.
Memiliki
sahsiah yang seimbang dan sepadu.
Dalam
pendidikan matapelajaran pendidikan Islam pula, Jawatankuasa Pendidikan Akhlak
yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah meneliti nilai-nilai yang terkandung
dalam pelbagai agama yang diamalkan di negara kita, tidak hanya memfokuskan
kepada agama Islam sahaja. Berasaskan kepada pandangan dan maklumbalas yang
diperolehi , jawatankuasa ini yang dianggotai oleh wakil pelbagai agama telah
menerima 16 nilai yang boleh diajar dan diserapkan kepada semua pelajar di
negara ini untuk membentuk pelajar yang seimbang dan menyeluruh dari segi
kognitif, afektif, psikomotor dan akhlak.
Di
sekolah penerapan nilai murni boleh disepadukan melalui:
a.
Secara
pertuturan
b.
Secara
perlakuan
c.
Secara
teladan
d.
Secara
isyarat
e.
Secara
kefahaman
f.
Secara
interpretasi
g.
Secara
konteksual
Tujuan
pendidikan nilai murni ialah untuk membentuk murid-murid supaya berperibadi
mulia dan mampu dalam membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga,
komuniti dan masyarakat.
Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK) telah memperakui 16 nilai-nilai murni:-
·
Baik
Hati
Sikap
sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara
tulus ikhlas. Sikap baik hati boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk orang
lain. Ini meliputi:
o
Aspek
belas kasihan
o
Bertimbang
rasa
o
Murah
hati
o
Saling
faham memahami
o
Sedia
memaafkan
Berdikari
Kebolehan
dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Berdikari
dalam konteks ini membawa pengertian:
o
Bertanggungjawab
o
Berupaya
bertindak sendiri
o
Jaya
diri dan yakin pada diri sendiri.
·
Hemah
Tinggi
Berbudi
pekerti dengan tingkah laku mulia dan lemah lembut yang patut diamalkan oleh
seseorang individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain.
Ciri-ciri berhemah tinggi adalah:
o
Kesopanan
o
Mengakui
kesalahan
o
Ramah
mesra
·
Hormat
Menghormati
Menghargai
dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang
bersopan. Ini merangkumi:
o
Hormat
dan taat kepada ibubapa
o
Hormat
kepada orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin
o
Hormat
kepada raja dan negara
o
Patuh
kepada undang-undang
o
Hormat
kepada hak asasi
o
Hormat
kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan
o
Hormat
kepada keperibadian individu.
·
Kasih
sayang
Perasaan
cinta, kasih sayang yang mendalam dan berkekalan. Rasa ini lahir dari hati yang
rela terhadap sesuatu, tanpa sebarang unsur kepentingan diri:
o
Sayang
kepada nyawa
o
Sayang
kepada alam sekeliling
o
Cinta
kepada negara
o
Cinta
kepada keamanan dan keharmonian
·
Keadilan
Perlakuan,
pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.
·
Kebebasan
Kebebasan
yang dimaksudkan ini, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang
ditentukan oleh agama, masyarakat dan negara. Contohnya ialah:
o
Kebebasan
di sisi undang-undang
o
Kebebasan
dalam sistem demokrasi.
·
Keberanian
Kesanggunpan
seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati. Keberanian itu
perlu ada pada setiap orang. Tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya kerana
keberanian yang melulu mengakibatkan bencana. Nilai ini merangkumi:
o
Berani
dengan tidak membuta-tuli
o
Berani
kerana benar
o
Berani
mempertahankan pendirian
o
Berani
bertanggungjawab.
·
Kebersihan
fizikal dan mental
Kebersihan
fizikal ialah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Kebersihan mental
pula merangkumi pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian. Antaranya
ialah:
o
Kebersihan
diri
o
Kebersihan
persekitaran
o
Pertuturan
dan kelakuan yang bersopan
o
Pemikiran
yang sihat dan membina
·
Kejujuran
Sikap
dan perlakuan yang menunjukan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan
sebarang balasan.
·
Kerajinan
Usaha
berteruan yang penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi
dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara.
·
Kerjasama
Usaha
baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu,
komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat seperti
persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong-royang, ketoleranan dan perpaduan.
·
Kesedaran
Sikap
tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam
pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai
masyarakat. Ini termasuklah:
o
Sederhana
dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain.
o
Tidak
keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku.
·
Kesyukuran
Perasaan
dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan kesenangan yang
diperolehi seperti berterima kasih,, mengenang budi dan penghargaan.
·
Rasional
Boleh
berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan
yang sewajarnya, tanpa dipengaruhi oleh perasaan. Umpamanya seperti boleh
membuat pertimbangan, boleh membuat penakulan dan berfikiran logik dan terbuka.
·
Semangat
Bermasyarakat
Kesediaan
melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian hidup
dalam masyarakat seperti bermuafakat, kerajinan dan peka kepada isu-isu sosial
dalam masyarakat.
Pendidikan
cara Islam yang cuba
dijelmakan oleh ISLAH pula adalah suatu yang komprehensif dan holistik dalam
penerapan nilai murninya dan bukan sekadar menjelmakan warganegara yang baik
malah berakhlak mulia dan berketrampilan juga jika berada di luar kawasan
pengaruh kenegaraanya. Dalam erti kata lain sifat alamiyyah pendidikan cara
Islam ISLAH adalah untuk menghasilkan individu yang taabud (beribadah
semata-mata) kepada Allah.
Menurut
Dr. Tunku Sarah
pula, nilai tersurat dan nilai tersirat adalah antara elemen penting yang perlu
diterapkan dalam perlaksanaan falsafah pendidikan cara Islam. Dalam usaha
mentransformasikan sistem pendidikan ke arah yang mementingkan aksiologi,
elemen ini amatlah penting agar penilaian dan usaha pengajaran kita terhadap
pelajar bukan hanya menilai modifikasi luaran pelajar sahaja malah nilai
tersirat dalam jiwa mereka juga perlu diambil kira.
Unsur falsafah
pendidikan cara Islam menurut Hassan Langgulung.
Menurut hassan langgulung terdapat beberapa syarat atau usnur
yang perlu ada dalam membina falsafah pendidikan cara Islam. Antaranya;
1.
Semua
prinsip dan ideologi hendaklah selaras dengan Islam.
2.
Berkaitan
dan relevan dengan keperluan masyarakat setempat. Pendidikan yang terlalu
idealistik tanpa mengira keperluan masyarakat adalah tidak berguna. Perlu ada
keterlibatan pendidikan dengan ruang sosial, ekonomi dan politik setempat.
3.
Meraikan
dan mengaplikasi pengalaman yang baik. Kajian dan penemuan terkini perlu
diterima dalam proses pendidikan walaupun terlalu baru. Tindakan hanya meminjam
pengetahuan luar hanya akan mengundang kemusnahan dan kerosakan tamadun
tempatan.
4.
Ianya
perlu menyeluruh dan mengambil kira kesemua unsur yang perlu.
5.
Harus
bebas dari segi perbezaan atau pertentangan dalam bahagian-bahagian tertentu.
6.
Ia
juga perlu memiliki idea dan prinsip tersendiri yang sesuai dengan material
pendidikan yang dimiliki.
7.