Your Ad Here

Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Monday, March 03, 2008
impak kerosakan akidah di Malaysia, faktor-faktornya serta langkah mengatasinya.

(Tulisan di bawah juga disediakan oleh peserta Kelas Aqidah API yang bersifat kertas manual. Perbezaan berbanding tulisan peserta yang lalu mungkin ada terutama dari aspek praktikal sosialnya. sila teliti bahan di bawah) -  Nuruddin Naqib API

 

Kerosakan aqidah berlaku dengan teruknya dalam kalangan remaja dan belia. Berikan impak kerosakan akidah di Malaysia, faktor-faktornya serta langkah mengatasinya.

 

 

Oleh

Wardah binti Abdul Rahman

Sarjana Muda Sains Gunaan (Agrobiologi)

USM

 

1.0       Pengenalan

Aqidah merupakan maksud lain bagi iman dengan makna tasdiq(membenarkan)[1]. Tasdiq berlaku melalui i’tiqad dengan hati, berikrar dengan lidah serta mengamalkan dengan perbuatan, segala ajran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.dari sisi Allah s.w.t.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

‘Iman itu ialah kamu beriman kepada Allah, malaikatnya, kitab-kitabnya, rasul-rasulnya, hari akhirat dan kamu beriman kepada ketentuan baik dan buruk.’

                                                                                                                    (riwayat Muslim)

Jelaslah aqidah merupakan aspek terpenting dalam kehidupan seorang manusia yang bergelar Muslim kerana di dalamnya terangkum asas kepercayaan berkaitan ketuhanan serta amalan ibadah yang perlu dilakukan sepanjang hidupnya di dunia ini.

Menurut Abdul’al Salim Makram[2],  perkataan ‘aqdun dalam bahasa Arab mempunyai dua maksud. Maksud pertama ialah ‘janji yang kuat’ manakala maksud yang kedua ialah ‘sesuatu yang menguatkan serta mengukuhkan.’ Ulasnya lagi, aqidah mampu memelihara seseorang daripada kegagalan dan kehancuran kerana aqidah sesungguhnya merupakan benteng kepada iman.

Takrifan remaja menurut Kamus Dewan Edisi Tiga ialah mulai dewasa, sudah akil baligh dan sudah cukup umur untuk berkahwin. Remaja puteri atau remaja putera pula merujuk kepada gadis/pemuda yang sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi). Belia, dari perspektif Kamus Pelajar ialah orang yang sudah akil baligh tetapi belum tua lagi; orang muda; pemuda atau pemudi.

Perlu difahami bahawa setiap fasa/zaman perkembangan manusia mempunyai ciri yang tersendiri dan perkembangan aspek tertentu seperti fizikal, mental, emosi dan rohani akan berlaku secara berterusan atau menjadi lebih serius apabila fasa perkembangan diri meningkat. Jika zaman kanak-kanak bercirikan pergantungan anak kepada ibu bapanya, maka zaman remaja pula bercirikan percarian jati diri. Dalam usia ini kebanyakan remaja tidak dapat membuat keputusan dengan tepat, mudah menerima perubahan dan pengaruh luar yang kebanyakan didorong pengaruh rakan sebaya dan keseronokan. Oleh sebab itulah, tugas memantau penyelewengan aqidah di kalangan remaja dan belia  lebih rumit berbanding melakukannya terhadap orang dewasa.

 

2.0       Bermulanya aqidah dalam diri remaja/belia

            Faktor pendidikan yang diberi oleh ibu bapa sejak anak-anak masih kecil akan menyumbang kepada pemahaman agama yang jelas. Masyarakat Melayu Islam majoritinya amat menekankan aspek pendidikan agama di dalam diri anak-anak mereka. Buktinya, kelas-kelas agama yang diwujudkan secara persendirian oleh individu yang prihatin dengan keperluan mempelajari agama sering mendapat sambutan dan jika diamati, kebanyakan pelajarnya terdiri daripada golongan kanak-kanak seawal umur 5 tahun. Selain mempelajari kaedah membaca Al-Quran, kanak-kanak ini turut diajar dengan ilmu agama yang lain seperti ilmu tauhid, fiqah, sirah dan tajwid. Perkembangan ilmu agama ini diteruskan dalam mata pelajaran Agama Islam yang wajib dipelajari di sekolah rendah dan menengah.

            Aqidah dalam diri remaja dan belia juga dikaitkan dengan faktor warisan dari ibu bapa. ‘Islam warisan’ atau ‘Islam keturunan’ ini sinonim dengan masyarakat Islam Melayu khususnya. Beruntunglah mereka yang lahir dalam keluarga Islam kerana pendidikan agama diajar secara langsung dan tidak langsung dalam kehidupan mereka sedari kecil.

 

3.0       Fenomena kerosakan aqidah yang berlaku dalam kalangan remaja/belia di Malaysia

Tanpa disedari, ilmu agama yang dididik dalam jiwa anak-anak semasa masih kecil mudah hilang secara perlahan-lahan. Lihat saja golongan remaja dan belia sekarang. Golongan ini dari peringkat sekolah menengah hinggalah ke universiti turut terlibat dalam gejala sosial yang serius. Masalah ini seringkali dikupas di dada-dada akhbar mahupun di kaca televisyen tetapi kupasannya tidak mendalam. Jika ditelusuri, pokok permasalahan ini bukan hanya melibatkan institusi-institusi kekeluargaan, pendidikan, kerajaan atau undang-undang tetapi persoalan aqidah dalam diri individu terbabit yang perlu dipersoalkan. Masakan  pegangan aqidah yang mantap mampu diterobos oleh gangguan-gangguan luar yang bersifat duniawi dan semestinya melalaikan.

Riddah (murtad) merupakan ‘bench mark’ kepada keruntuhan aqidah paling serius yang boleh berlaku dalam kalangan umat Islam keseluruhannya. Isu ini kerap dibincangkan dalam masyarakat umum apatah lagi golongan ilmuan beberapa waktu yang lalu. Kes Lina Joy[3]  serta beberapa lagi individu lain seperti Natrah[4] dan Aisyah Bukhari pernah menggemparkan masyarakat Islam. Persoalan murtad adalah persoalan yang penting diketahui oleh semua umat Islam kerana rentetan daripada peristiwa ini, kehidupan dan masa depan umat Islam akan turut sama terlibat.

Budaya hedonisma (pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup) kini semakin menjadi-jadi dalam kalangan remaja dan belia. Pemikiran dan tindakan mereka akan dipengaruhi dan hasilnya, lahirlah golongan yang hidup seakan bertuhankan dunia dan nafsu. Program-program berbentuk ilmiah dan akademik  kurang mendapat sambutan. Sebaliknya, program-program sukan, permainan dan hiburan menjadi pilihan. Lihat sahaja perbezaan bilangan dan golongan penonton yang hadir untuk rancangan Akademi Al-Quran berbanding rancangan hiburan Geng Starz. Situasi ini  pernah dikupas dalam majalah Mastika.

Sekitar tahun 2000-an negara pernah dikejutkan dengan pendedahan oleh media masa tentang segelintir peminat fanatik musik Black Metal ini yang terlalu taksub apabila mereka melakukan perbuatan seperti memijak Al Quran. Jelas sekali perbuatan mereka ini menghina agama dan memesongkan aqidah. Kumpulan kecil Black Metal yang ekstrim ini bukan hanya menghina agama Islam, malah mereka ini menghina semua agama samawi, dimana ada yang memakai salib dengan diterbalikkan, dan mereka memuja syaitan. Pemesongan aqidah turut berlaku dalam kumpulan kecil yang menggelarkan diri mereka kumpulan Jangan Ikut Tuhan (JIT). Kandungan ajaran JIT juga mirip kepada Black Metal - menghina kitab suci al-Quran yang menjadi amalan asas kepada setiap ahli yang menyertai kumpulan itu.

 4.0      Kesan Umum Akibat Kepincangan Aqidah dalam kalangan remaja/belia

4.0.1  Implikasi terbesar yang terkesan akibat kerosakan aqidah ialah   terkeluarnya seseorang itu daripada agama Islam atau terbatal imannya. Menurut Haji Abdul Hadi Awang, perkara ini boleh berlaku melalui cara-cara berikut:

1.      Mengingkari sifat Rububiyyah atau mencelanya.

Al-Quran telah menjelaskan tauhid Rubbiyyah dalam empat perkara iaitu segala bentuk pujian hanya layak ditujukan kepada Allah, pernyembahan termasuk segala bentuk ibadah yang dikerjakan hanya untuk Allah, iman dan keyakinan serta berserah sepenuhnya hanya kepada Allah dan Dialah satu-satunya yang mempunyai sifat-sifat Agung dan Asmaul Husna[5].

2.      Mengingkari atau mencela Asma’Allah dan sifat-sifatNya.

Terdapat dua cara mengkafirkan sifat Allah dan Asma’Nya iaitu kafir nafi dan kafir ithbat. Kufur nafi ialah menafikan sifat-sifat Allah seperti menafikan ilmuNya, qudratNya atau sifat-sifat lain yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan Sunnah. Kafir ithbat ialah menetapkan pelbagai sifat kekurangan atau sifat mustahil bagi Allah sedangkan Allah s.w.t dan RasulNya telah menafikan sifat itu. Contohnya menyatakan Allah s.w.t mempunyai anak, isteri atau sekutu dan sebagainya.

3.      Mengingkari atau mencela sifat Uluhiyyah.

Tauhid Uluhiyyah adalah iktikad secara putus bahawa Allah s.w.t adalah Ilahul Haqq(yang berhak disembah) dan tidak ada Tuhan selainNya. Oleh itu, tauhid Uluhiyyah jelas ditegakkan di atas prinsip ‘ibadat secara ikhlas kepada Allah satu-satunya’ , baik dalam batinnya mahupun dalam lahirnya, dan tidak menjadikan sesuatu ibadat untuk tujuan selain Allah s.w.t.

4.      Mengingkari atau mencela Rasulullah s.a.w. atau kerasulannya.

Maksudnya di sini ialah perkataan atau perbuatan i’tiqad yang menafikan atau mencela kerasulan atau peribadi orang yang menjadi Rasul s.a.w. dan mengingkari apa-apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. seperti syurga, neraka dan perkara-perkara ghaib yang lain. Selain itu, Al-Quran juga tidak boleh diingkari kerana Al-Quran itu disampaikan oleh Rasulullah s.a.w dari sisi Allah s.w.t.

 

 

4.0.2        Tiada batasan atau perbezaaan antara norma-norma kehidupan beragama Islam dengan agama kaum kafir. Tingkah-laku dalam pergaulan dan adab berpakaian adalah perkara yang sering ditonjolkan atau mudah dilihat di mata umum. Budaya berfesyen ala Barat yang kononnya ‘up to date’ mudah mempengaruhi minda remaja yang bersifat ingin mencuba. Malang sekali, maruah agama turut digadaikan bersama-sama maruah diri. Kerosakan aqidah boleh menyebabkan tiada had yang ditetapkan sedangkan Islam adalah panduan hidup yang menyeluruh.

 

4.0.3 Sekularisma (dokrin/pendirian yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusia) mula berleluasa. Pendidikan agama Islam yang dipelajari di sekolah tidak menjamin pengaplikasiannya dalam kehidupan seharian. Hasilnya, wujudlah situasi di mana pelajar Islam memakai seluar pendek ketika bersukan, menyarung jersi sukan dengan lambang salib  dan seribu satu perbuatan lain yang bersifat sekular tetapi tidak tertonjol dan tidak diperhalusi akibat daripada perlakuan tersebut.

 

5.0       Faktor kepincangan aqidah dalam kalangan remaja/belia

5.0.1    Sistem pendidikan yang tidak memberi kesan kepada jiwa.

Sekularisma dalam sistem pendidikan di Malaysia merupakan perkara yang kurang disedari oleh semua. Pada masa sekarang, pendidikan berunsur ilmu logik seperti sains amat ditekankan dan penguasaan pelajar ke atas subjek tersebut boleh dibanggakan tetapi apakah kayu pengukur sebenar yang digunapakai untuk menilai tahap pemahaman pelajar? Tidak ada gunanya jika ilmu dinilai hanya pada sekeping kertas peperiksaan atau sekeping surat tawaran bekerja dalam bidang yang dipelajari dahulu tetapi penghayatan ilmu dalam kehidupan seharian tidak ada. Sepatutnya, ilmu yang dipelajari merupakan mangkin untuk mengenal Pencipta yang mencipta ilmu tersebut tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ilmu dipelajari untuk kepuasan fizikal dan bukannya jiwa. Rujuk juga 2.0 Benarkah Sistem Pendidikan Di Malaysia Telah Disekularkan?[6]

 

5.0.2        Sistem keluarga Islam tidak dipraktikkan.

Sedar ataupun tidak, budaya barat semakin diserap masuk ke dalam sesebuah institusi kekeluargaan. ‘Trend’ menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat kita sedangkan wajarkah kita memperlakukan mereka yang melahirkan dan membesarkan kita sedemikian rupa?. Lebih menyayat hati  terdapat kes ibu membunuh anaknya sendiri dan tidak kurang hebatnya apabila ada anak yang membunuh ibu bapanya sendiri. Ke manakah pergi nilai-nilai kekeluargaan serta pengamalan nilai murni dalam institusi keluarga tersebut?. Sekiranya sistem keluarga Islam dipraktikkan, kepercayaan aqidah dalam diri ahli keluarga dapat disuntik dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Maka lahirlah individu cemerlang dari institusi kekeluargaan Islam yang menekankan sikap saling menghormati, menyayangi, melindungi dan mempercayai antara satu sama lain.

 

5.0.3    Pengaruh media massa .

Kerosakan aqidah kian meruncing dengan pengaruh media masa dan media cetak yang kerap kali menyogok unsur hiburan yang melampau. Penonton pula didapati rata-ratanya terdiri daripada golongan remaja dan belia yang mudah terpengaruh dan mudah terikut dengan budaya kuning. Rancangan hiburan sudah menjadi tarikan utama untuk menarik lebih ramai penonton.

 

5.0.4        Makanan yang membinasakan aqidah.

Makanan yang halal dan baik(halalan thoiyyiba) boleh memberi kesan kepada jasmani dan rohani seseorang. Selain itu, keberkatan dalam pemakanan akan menyebabkan badan mampu melakukan aktiviti fizikal manakala dari sudut ruhaniahnya, pemikiran, jiwa dan akhlak yang sepadan dengan fizikal akan terbina. Produk makanan yang tidak baik boleh melemahkan umat Islam secara umumnya kerana proses penghasilan tidak mengikut piawaian Islam. Hasilnya, wujudlah golongan yang cintakan dunia dan kejahatan lebih dari akhirat serta hati menjadi gelap dan sukar dididik.

 

6.0       Langkah Penyelesaian.

6.0.1    Bincangkan Islam melalui pengajaran moden

Ilmu Islam adalah pembuka kepada ilmu-ilmu lain. Seorang pendidik yang beragama Islam haruslah pandai dan mampu menyampaikan bidang ilmu yang diajar bersama dengan ilmu aqidah Islam, tidak sepertimana yang berlaku dalam sistem pendidikan negara kita sekarang ini. Al-Quran seharusnya dijadikan sumber rujukan utama kerana di dalamnya mengandungi fakta-fakta saintifik yang tidak ada dalam kitab suci yang lain. Melalui penggunaan  kaedah pengajaran moden yang digunapakai pada zaman ini, ilmu aqidah dapat disampaikan secara langsung dan pendekatan saintifik terhadap Al-Quran akan lebih menarik minat pelajar untuk mengkajinya. Selain ilmu sains, Al-Quran juga harus menjadi sumber rujukan utama bagi bidang-bidang sosial lain seperti perundangan, ekonomi dan sistem bermasyarakat. Di sini juga ingin penulis tekankan bahawa setiap ‘cikgu’ atau ‘guru’ Muslim adalah ustaz(guru lelaki) dan ustazah(guru perempuan) secara tidak langsung. Seharusnya peranan ‘cikgu’ atau ‘guru’ tidak dibezakan dengan ‘ustaz’ dan ‘ustazah’ walaupun bahasa asal perkataan-perkataan ini adalah berbeza. Islam itu perlu berada di mana-mana, pada ‘cikgu’, ‘guru’, ‘ustaz’, ‘ustazah’ selagimana mereka ini adalah Muslim.

 

6.0.2        Menanamkan aqidah dalam diri anak-anak

Pengabdian diri kepada Allah s.w.t. adalah tugas utama manusia di muka bumi ini. Bagi memahami peri-pentingnya tugas ini, konsep aqidah harus disemai sejak dari kecil lagi. Mungkin ada yang bertanya pada usia berapakah anak sesuai diajari ilmu aqidah atau ketuhanan. Menurut Drs. Syahrin Nasution [7], sejak anak itu pandai bercakap(lebih kurang umur dua tahun), ibu bapa sudah boleh mengajar mereka mengucapkan kalimah-kalimah seperti berikut:

·               Bismillah - sebelum makan, minum dan membuat kerja-kerja lain.       

·               Alhamdulillah - selesai makan atau minum.

·               Astagfirullah -  ketika terlanjur membuat kesalahan.      

·               Allahu Akhbar - ketika melihat peristiwa mengkagumkan.

·               InsyaAllah - ketika berjanji dengan orang lain.

·               Subhanallah - ketika melihat keindahan alam.

Walaupun anak-anak tidak memahami maksud ucapan-ucapan tersebut, jiwa dan fikiran sudah dilatih untuk mengenal kata-kata tauhid. Selain itu, anak-anak juga boleh juga diajarkan Asmaul-Husna serta pengertiannya disertakan contoh-contoh yang mudah difahami, sesuai dengan peringkat usia mereka. Proses pembelajaran ilmu tauhid ini kemudiannya diteruskan dengan mempelajari Al-Quran, menghafaz surah pendek, menghafal hadis-hadis pendek dan nama para nabi dan malaikat serta membawa mereka menghadiri syarahan agama (sebagai pendedahan awal walaupun mereka tidak memahami). Pastinya, ibu bapa terlebih dahulu wajib mengetahui keyakinan yang betul dan perbuatan-perbuatan syirik, kekufuran dan kemunafikan. Jika mereka sendiri tidak tahu yang mana keyakinan yang betul dan mana yang syirik, sudah tentu anak-anak tidak akan dapat diajari dengan akidah tauhid.

 

6.0.3    Menyemai kefahaman aqidah secara tidak langsung.

Ibu bapa perlu mendidik dan mengasuh anak-anak dengan membuat perkaitan antara aktiviti harian dengan ilmu aqidah. Misalnya:

·         setiap kali makan bersama tanamkan dalam jiwa anak-anak bahawa rezeki yang ada adalah pemberian Allah s.w.t.,

·         apabila melihat bencana yang berlaku di luar negara di kaca televisyen, ceritakan bahawa azab Allah s.w.t. di akhirat nanti lebih berat,

·         semasa memakai kasut, ajarkan supaya memulakan dengan kaki kanan kerana mengikut sunnah Nabi.

Sedikit kesempatan yang ada di rumah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk melakukan pendidikan secara tidak langsung ini. Semoga amalan aqidah yang disuburkan di rumah dan dalam didikan keluarga yang kecil boleh memandu anak-anak ini hingga mereka dewasa.

 

 

7.0 Penutup

Secara keseluruhannya, semua pihak mesti mengambil bahagian dalam mengatasi permasalahan keruntuhan aqidah umat Islam ini dari sekecil-kecil peranan yang boleh dilakukan secara individu sehinggalah usaha yang dilakukan secara berjamaah (berkumpulan) . Ingin juga ditekankan bahawa bukan golongan remaja dan belia sahaja yang terlibat kerana usaha yang besar bermula dari langkah awal dan pastinya bermula dengan jiwa yang besar dalam ruang lingkup kehidupan yang berbeza, sebagai seorang anak, mahasiswa, golongan bekerjaya, ilmuan, ibu, bapa dan sebagainya. Aqidah atau iman di dalam diri sentiasa perlu dibajai, dijaga dan dipagar agar diri tidak terjerumus ke lembah-lembah kehinaan mahupun dikuasai oleh anasir-anasir luar yang sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkan umat Islam.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud  :

‘Terdapat segolongan manusia yang mentaai perintah-perintah Allah dan segolongan manusia yang lain yang melanggari batasan-batasan Allah. Perumpamaan mereka adalah seperti dua golongan yang menaiki sebuah kapal di mana satu golongan menduduki bahagian atas dan satu golongan lagi menduduki bahagian perut kapal tersebut. Apabila golongan yang berda di dalam perut kapal memerlukan air mereka meyuruh golongan yang di atas mengambilkanya untuk mereka sehinggalah mereka berkata : Adakah patut kita menyusahkan golongan di atas apabila kita memerlukan air sedangkan kita boleh mendapati air yang banyak dengan melibangi bahagian bawah kapal ini. Maka sekiranya golongan di atas tidak mencegah mereka dari kebodohan ini mereka akan karam kesemuanya.’

                                                                                 (riwayat Al-Bukhary dan At-Tarmidzi)

 

Wallahu’alam.

 

 



[1] Haji Abdul Hadi Haji Awang, Muqaddimah Aqidah Muslim, Penerbit Gedung Gua 1985, halaman 32.

[2] Abdul’al Salim Makram, Aqidah Membina Peribadi Mukmin Sebenar, Pustaka Ilmi 1995, halaman 3.

[3] Kes murtad Azlina Jelani (Lina Joy) dan kelemahan sistem perundangan :  Implikasi terhadap masa depan Islam & Melayu di Malaysia,Oleh Peguam Pembela, Sumber: harakahdaily 17 Julai 06, http://www.darulkau tsar.com/ umum/LinaJoy. htm

[4] Sekitar tahun 1950-an, Semenanjung Malaysia pernah menyaksikan perjuangan orang Islam di dalam membela kesucian akidah seorang gadis belasan tahun (Maria Huberdina Hertogh-Natrah) yang baru memeluk agama Islam daripada usaha untuk dimurtadkan. Perjuangan yang pasti akan dikenang di dalam lipatan sejarah tersebut telah menyaksikan orang Islam di seluruh Tanah Melayu dan Singapura bangun bersatu tanpa mengira perbezaan bangsa, darjat mahupun pegangan ideologi politik masing-masing demi membela kesucian agama Islam.

[5] Nor ‘Arifah Sabhan, Sifat 20 Panduan Lengkap Menujua Aqidah Yang Benar, Jasmin Enterprise, halaman 26.

[6] Masalah Kepincangan Sistem Pendidikan Di Malaysia : Sekularisme Sebagai Punca Permasalahan, Teh Faridah Binti Nazari, http://munawwarah. blogdrive. com/.

 

[7] Drs. Syahrin Nasution, Peranan Ibu Bapa Terhadap Anak, Darul Nu’man 1995, halaman 79.

 

Posted at 10:54 pm by Pendita Bitara

ina
October 22, 2013   02:34 AM PDT
 
salam mtk izin shre
france north face
December 2, 2012   04:28 PM PST
 
I just sent this post to a bunch of my friends as I agree with most of what you’re saying here and the way you’ve presented it is awesome. ,994646,http://munawwarah.blogdrive.com/comments?id=241
north face women
November 22, 2012   05:55 PM PST
 
I want all the stuff about Season 3 and I want no more loan comments! Now-se!,996846,http://munawwarah.blogdrive.com/comments?id=241
north face canada jackets
October 24, 2012   09:42 AM PDT
 
Beautiful!!! You truly have an eye for colour. ,342365,http://munawwarah.blogdrive.com/archive/241.html
Hermes Handbags
September 21, 2012   09:28 AM PDT
 
Blogs are so informative where we get lots of information on any topic. Nice job keep it up!!,998030,http://munawwarah.blogdrive.com/comments?id=241
2012 karen millen
August 31, 2012   06:09 PM PDT
 
I find life an exciting business,The point is succinctness of expression.,286651,http://munawwarah.blogdrive.com/comments?id=241
shop pandora on sale
June 6, 2012   05:17 PM PDT
 
I want all the stuff about Season 3 and I want no more loan comments! Now-se!,202893,http://munawwarah.blogdrive.com/comments?id=241
cheap timberland outlet
April 30, 2012   06:27 AM PDT
 
People deserve very good life time and mortgage loans or sba loan would make it much better. Just because people's freedom is grounded on money state. ,110321,http://munawwarah.blogdrive.com/archive/241.html
Moncler Billiga
April 11, 2012   06:19 PM PDT
 
Pretty good post. I just stumbled upon your blog and wanted to say that I have really enjoyed reading your blog posts. ,902995,http://munawwarah.blogdrive.com/archive/241.html
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< March 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed