Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Sunday, April 23, 2006
Keruntuhan Usmaniyyah..pengenalan Sultan Terakhir Turki

Kenali Khalifah Abdul Hameed Ke-2

Dan Kejatuhan Khilafah Islam

Khalifah Abdul Hameed ke-2 dilahirkan pada hari Rabu, 21/9/1842.  Nama penuh beliau adalah Abdul Hameed Khan ke-2 bin Abdul Majeed Khan.  Beliau adalah putera kepada Sultan Abdul Majeed (dari isteri kedua).  Ibunya meninggal dunia ketika beliau berusia 7 tahun.  Khalifah Abdul Hameed boleh bertutur dalam bahasa Turki, Arab dan Farsi.  Beliau juga mengkaji beberapa buku tentang kesusasteraan dan puisi.  Apabila ayahnya, Abdul Majeed meninggal dunia, bapa saudaranya, Abdul Aziz menjadi Khalifah. Abdul Aziz tidak lama sebagai Khalifah.  Beliau dipaksa turun dari tahta dan kemudiannya dibunih oleh musuh politik kerajaan Uthmaniyyah.  Beliau diganti oleh Sultan Murad, anak lelakinya, tetapi beliau juga diturunkan dari tahta dalam jangkamasa yang pendek kerana didapati tidak berkemampuan memerintah. 

Pada 31 Ogos 1876 (1293H) Khalifah Abdul Hameed dilantik menjadi Khalifah dengan disertai bai'ah oleh umat Islam.  Beliau berusia 34 tahun ketika itu.  Khalifah Abdul Hameed menyedari, sebagaimana yang beliau nukilkan di dalam catatan hariannya, bahawa ketika pembunuhan bapa saudaranya, dan juga perubahan kepimpinan yang cepat adalah merupakan satu konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Islam. 

Peribadi Khalifah Abdul Hameed telah dikaji hebat oleh ahli sejarah. Beliau diberikan kepimpinan sebuah negara yang sangat besar yang ketika itu dalam keadaan tenat dan tegang.  Beliau menghabiskan lebih 30 tahun dengan konspirasi dalaman dan luaran, peperangan, revolusi dan perubahan yang tidak berhenti.  Khalifah Abdul Hameed sendiri meluahkan perasaannya tentang perkara ini di dalam tulisan dan puisinya.  Ini adalah satu contoh puisi beliau yang ditulis tangan (gambar tidak disertakan), yang diambil dari buku ,"Bapaku Abdul Hameed," yang ditulis oleh anak perempuannya Aisha. 

Terjemahan puisi tersebut adalah seperti berikut: 

Tuhanku, aku tahu kaulah al-Aziz...dan tiada yang selainMu yang  
Kaulah Satu-Satunya, dan tiada yang lain  
Ya Allah, pimpinlah tanganku dalam kesusahan ini  
Ya Allah, bantulah aku dalam saat-saat yang kritikal ini

Masalah pertama yang dihadapi beliau adalah Midhat Pasha.  Midhat Pasha terlibat secara sulit dalam pakatan menjatuhkan bapa saudara Khalifah Abdul Hameed.  Apabila Khalifah Abdul Hameed menjadi Khalifah, beliau telah melantik Midhat Pasha sebagai Ketua Majlis Menteri-menteri kerana Midhat sangat popular ketikat itu dan Khalifah Abdul Hameed perlukan 'insuran' untuk terus memegang kepimpinan. Midhat Pasha bijak menjalankan tugasnya tetapi beliau terlalu mengikut pandangannya sendiri sahaja. Midhat Pasha juga disokong oleh satu aliran yang kuat dari Majlis Syura (Parlimen).  Dengan bantuan dari golongan ini, Midhat Pasha berjaya meluluskan resolusi untuk berperang dengan Rusia.  Khalifah Abdul Hameed tidak dapat berbuat apa-apa kerana beliau kemungkinan akan dijatuhkan sekiranya cuba bertindak.  Kekalahan peperangan tersebut bagaimanapun, cuba dipertanggung-jawabkan ke atas Khalifah Abdul Hameed oleh penyokong-penyokong Midhat itu. Bagaimanapun, setelah sesuai masanya, Khalifah Abdul Hameed telah berjaya menggunakan perselisihan antara beliau dengan Midhat Pasha untuk membuang Midhat ke Eropah.  Rakyat dan para pemerhati politik menyokong penuh tindakan berani dan bijak Khalifah Islam ini. 

Kemudian Khalifah Abdul Hameed mengalihkan perhatian beliau kepada musuh-musuh luar Kerajaan Islam.  Beliau telah menjangkakan Revolusi Komunis di Rusia dan menyedari bahawa itu akan menguatkan Rusia dan menjadikannya lebih merbahaya. Pada ketika itu, Balkan merupakan sebahagian dari Kerajaan Islam dan sedang menghadapi tekanan dari Rusia dan Austria. Khalifah Abdul Hameed cuma menyedarkan negara-negara Balkan ini akan bahaya yang akan mereka hadapi.  Beliau hampir berjaya mencapai persetujuan dengan negara-negara ini.  Tetapi ketika saat-saat akhir pemeteraian perjanjian tersebut, 4 negara Balkan telah belot dan membuat perjanjian lain mengenepikan Kerajaan Islam Uthmaniyyah atas pengaruh Rusia dan Austria. 

Khalifah Abdul Hamid sedar bahawa konspirasi untuk menghancurkan Negara Islam adalah lebih hebat daripada yang diketahui umum.  Konspirasi ini terdapat dari dalaman dan luaran.  Ketika beliau merasa lega kerana berjaya membuang Midhat Pasha dan pengikut-pengikutnya, beliau berhadapan pula dengan Awni Pasha, juga Ketua Jemaah Menteri yang juga merupakan seorang pemimpin angkatan tentera.  Kemudiaannya, Khalifah Abdul Hameed mendapat tahu bahawa Awni Pasha menerima wang dan hadiah dari pihak England dan juga tentang peranannya dalam menjatuhkan Abdul Aziz. 

Awni Pasha membawa Kerajaan Uthmaniyyah ke dalam peperangan Bosnia walaupun tidak dipersetujui oleh Khalifah Abdul Hameed.  Abdul Hameed mengetahui sekiranya peperangan tercetus, Rusia, England, Austria-Hungary, Serbia, Montenegro, Italy dan Perancis akan menyerang Kerajaan Islam dan mengambil Bosnia.  Awni memberikan maklumat palsu kepada Khalifah Abdul Hameed tentang kekuatan tentera Islam di Bosnia.  Dia berkata terdapat 200,000 tentera Islam di sana sedangkan apabila Khalifah Abdul Hameed mendapatkan maklumat dari pemimpin-pemimpin tentera yang lain, hanya terdapat 30,000 tentera Islam di Bosnia, berhadapan dengan lebih 300,000 tentera kafir. Bagaimanapun umum menyukai Awni pada ketika itu dan sekiranya Khalifah Abdul Hameed cuba memecatnya, kestabilan dalam negara akan terancam.  Kuasa-kuasa kafir Barat, apabila menyedari mereka berhadapan dengan lawan yang kecil bilangannya telah menyerang Bosnia dengan bantuan empat negara Balkan (Romania, Montenegro, Serbia dan Austria-Hungary).  Akibat dari peperangan ini, Bosnia dan Greece telah dirampas dari Kerajaan Islam.  Setelah kekalahan tersebut, barulah Khalifah Abdul Hameed boleh mendapatkan sokongan umum dalam memecat Awni. Mahkamah mendapati Awni bersalah kerana konspirasi menjatuh kerajaan dan membantu kuasa asing seperti England. 

Kejatuhan 'Orang Sakit Eropah' kelihatan seperti tidak dapat dielakkan lagi.  Semua pihak bersekongkol menjatuhkannya, termasuklah pihak Yahudi.  Pada tahun 1901, seorang pemilik Bank Yahudi, Mizray Qraow dan 2 lagi pemimpin Yahudi yang berpengaruh datang melawat Khalifah Abdul Hameed dengan tawaran: 

1) Membayar SEMUA hutang Kerajaan Islam Uthmaniyyah 
2) Membina Angkatan Tentera Laut Kerajaan Isslam Uthmaniyyah 
3) 35 Juta Lira Emas tanpa interest untuk membantu perkembangan Negara Islam Uthmaniyyah

Sebagai Pertukaran Kepada: 

1)Membenarkan Yahudi melawat Palestin pada bila-bila masa yang mereka suka dan untuk tinggal seberapa lama yang mereka mereka mahu "melawat tempat-tempat suci"

2) Membenarkan Yahudi membina penempatan di tempat mereka tinggal di Palestin dan mereka mahukan tempat yang hampir dengan Baitul-Maqdis

Khalifah Abdul Hameed enggan berjumpa mereka sekalipun, apalagi menerima tawaran merreka.  Beliau mengutuskan jawapan beliau melalui Tahsin Pasha yang berbunyi, 

"Beritahu Yahudi-yahudi yang tidak beradab itu bahawa hutang-hutang Kerajaan Uthmaniyyah bukanlah sesuatu yang nak dimalukan, Perancis juga mempunyai hutang-hutangnya dan itu tidak memberikan apa-apa kesan kepadanya.  Baitul-Maqdis menjadi sebahagian dari Bumi Islam ketika Umar ibn Al-Khattab mengambil kota itu dan aku tidak akan sekali-kali menghina diriku dalam sejarah dengan menjual bumi suci ini kepada Yahudi dan aku tidak akan menodai tanggung-jawab dan amanah yang diberikan oleh ummah ini kepadaku.  Biarlah Yahudi-yahudi itu menyimpan wang mereka, umat Islam Uthmaniyyah tidak akan bersembunyi di dalam kota-kota yang dibina dengan wang musuh-musuh Islam." - (di manakah pemimpin seperti ini hari ini? - ed) 

Khalifah Abdul Hameed juga menyuruh mereka pergi dan jangan sekali-kali datang untuk berjumpa dengan beliau lagi. Dengan terlibatnya Yahudi dan Zionis di dalam konspirasi ini, maka lengkaplah 'peserta-peserta'nya.  Kewangan Yahudilah yang membiayai kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah.  Mereka sanggup memberikan apa sahaja kerana mereka tahu selagi Khilafah Islam wujub di muka bumi ini, walau selemah mana, mereka tidak akan dapat menubuhkan sebuah 'Negara Yahudi' di bumi Palestin. 

Yahudi tidak berputus asa dengan kegagalan mempengaruhi Khalifah Abdul Hameed.  Pada akhir tahun yang sama, 1901, pengasas gerakan Zionis. Theodor Hertzil, melawat Istanbul dan cuba bertemu dengan Khalifah Abdul Hameed.  Khalifah Abdul Hameed enggan bertemu Hertzil dan mengarahkan Ketua Jemaah Menterinya, 

"Nasihatkan Dr. Hertzil supaya tidak mengambil apa-apa langkah seterusnya dalam projeknya. Aku tidak boleh memberikan walau segenggam dari tanah ini kerana ia bukan milikku, ia untuk Ummah Islam seluruhnya.  Ummah Islam yang telah berjihad demi bumi ini dan mereka telah membasahinya dengan darah-darah mereka. Yahudi boleh menyimpan wang dan jutaan mereka. Sekiranya Khilafah Islam ini dimusnahkan pada suatu hari, mereka boleh mengambil Palestin tanpa bayaran!  Tetapi selagi aku masih hidup, aku lebih rela sebilah pedang merobek tubuhku daripada melihat bumi Palestin dipecah dan diberikan keluar dari Negara Islam. Ini ('penjualan Palestin') adalah sesuatu yang tidak akan berlaku, aku tidak akan memotong-motong tubuh kami selagi kami masih hidup." - (ini pendirian Khalifah di saat-saat kehancuran, bagaimanakah tindakannya sekiranya Khilafah Islam masih kuat ketika itu?  Ya Allah, berikan kami peluang menyaksikannya atau berikan kami Shahid dalam usaha mendapatkannya, Amin -ed) 

Dengan kegagalan ini, Yahudi mendapatkan bantuan British untuk mencapai impian mereka.Pihak British dan Perancis telah bersedia untuk menhancurkan Kerajaan Islam Uthmaniyyah.  Tetapi perkataan JIHAD masih tetap ditakuti, masih membuatkan seluruh Eropah bergegar. Eropah masih takutkan 'Orang Sakit Eropah'.  Maka British mengambil keputusan menggunakan polisi luarnya yang paling penting, 'Pecah dan Perintah'.  British mula menyokong kumpulan-kumpulan baru seperti 'Turki Muda' dan 'Arab Muda'. Apabila 'Turki Muda' menjadi berpengaruh di dalam Negara Islam, Britain hanya perlu berpeluk tubuh, membiarkan 'Turki Muda' ini meneruskan usaha mereka.  'Turki Muda' memulakan aliran Kebangsaan dan Perjudis di kalangan penduduk bangsa turki di dalam Negara Islam.  Kesannya, bangsa Arab, Amenia, Kurdish dan lain-lain (Melayu? - jauh selepas itu)  juga mahukan aliran kebangsaan mereka sendiri.  Mereka mula merasakan semangat sebagai sebahagian dari bangsa mereka, tidak lagi sebagai Umat Islam dan inilah titik mulanya kejatuhan Khilafah Islam. 

Kemudiannya, ketika Perang Dunia Pertama, bangsa Arab telah bersekongkol dengan British dan Perancis dan melancarkan revolusi ke atas Khilafah Uthmaniyyah.  Mereka kemudiannya 'bebas' dari Khilafah Islam dan dijajah oleh British dan Perancis yang belot ke atas mereka. 

Khalifah Abdul Hameed tidak melupakan pembangunan Negaranya.  Beliau membina banyak institusi dan perkhidmatan kepada rakyat. Tentera Uthmaniyyah bukanlah selemah yang dipropagandakan oleh musuh ('Orang Sakit Eropah'?).  Artileri Kerajaan Islam Uthmaniyyah merupakan yang paling kuat di dunia.  Tentera Lautnya pula tersusun rapi dan diakui yang ketiga terkuat selepas British dan Perancis. Banyak industri seperti persenjataan, penenunan dan sebagainya dimulakan. Sistem jalanraya diperbaharui dan pelabuhan-pelabuhan dibesarkan. Sebelum Perang Dunia Pertama, Mesir, Iraq dan Syria mempunyai leebih 1300 suratkhabar dan majalah. 

Pada suatu ketika kelihatan seperti 'Orang Sakit Eropah' akan bangkit semula, tetapi kuasa-kuasa Barat tidak mungkin membiarkan kesatuan Ummah ini berterusan.  Penduduk minoriti bukan Islam di dalam Kerajaan Islam digunakan oleh mereka untuk mencetuskan ketidaksatabilan dan kekecohan. Barat sentiasa mahu campur-tangan dalam urusan dalaman Kerajaan Islam atas alasan 'membela minorit Kristian'.  Mereka juga memulakan kempen pendakyahan Kristian di dunia Islam dengan membina sekolah-sekolah Kristian dan gereja-gereja (buktinya ada di depan mata kita). Matlamat utama mereka adalah untuk menjauhkan umat Islam daripada Islam yang sebenar dan melibatkan mereka dengan tabiat sosial dan pemikiran yang tidak Islamik.  Media-media cetak juga ditubuhkan untuk tujuan yang sama (kini dikenali sebagai URTV dan sebagainya), meracuni pemikiran umat Islam dan mengembangkan idea-idea songsang di kalangan mereka. Barat juga menyusahkan Kerajaan Islam dengan menggunakan penduduk minoriti.  Mereka menggalakkan dan membiayai revolusi Armenia menentang Kerajaan Islam.  England membantu puak Druze tang sesat manakala Perancis menolong 'Maronites' di Lebanon dan kedua pihat ini terlibat dalam peperangan yang terpaksa diselesaikan oleh tentera Islam. Pada satu ketika tentera Islam terpaksa menenangkan umat Islam di Damsyik dari membunuh seluruh penduduk Kristian. Era tersebut penuh dengan konspirasi dari pelbagai arah yang dirancang oleh Barat dan terpaksa dihadapi oleh Khalifah Abdul Hameed dan lain-lain umat Islam yang masih jelas pendirian mereka. 

Adalah penting juga untuk kita lihat kedudukan kewangan Kerajaan Islam Uthmaniyyah ketika itu.  Ketika Khalifah Abdul Hameed dilantik sebagai Khalifah, hutang Kerajaan Islam adalah 2.528 Juta Lira Emas Uthmaniyyah.  Ketika beliau dijatuhkan, hutang tersebut hanya tinggal 106 Juta Lira.  Beliau berjaya menurunkan hutang sehingga 1/20 daripada jumlah asalnya.  'Turki Muda' yang berkuasa selepas itu 'berjaya' menaikkan hutang Turki sebanyak 1300%.  Melihatkan kejayaan Khalifah Abdul Hameed membayar hutang-hutang tersebut, jangan disangka beliau tidak membangunkan negara.  Beliau membina talian-talian Fax di antara Yaman, Hijaz, Syria, Iraq dan Turki.  Kemudian beliau menghubungkannya ke talian Fax Iran dan India.  Beliau berjaya mendapatkan balik kos projek tersebut dalam masa 2 tahun kerana kemudahan yang disediakan itu mendapat sambutan hangat terutamanya oleh para jemaah haji. 

Khalifah Abdul Hameed menyedari bahawa satu-satunya harapan bagi umat Islam adalah Kesatuan Ummah yang jitu.  Khalifah Abdul Hameed menyedari bahawa kuasa-kuasa kuffar Barat cuba memecah-belahkan Negara Islam dan kemudiannya menguasai setiap satu secara berasingan.  Kesatuan Ummah diperlukan. Beliau mula menyedarkan ummah tentang konsep Khalifah Uthmaniyyah sebagai pemimpin seluruh dunia Islam (ramai yang telah lupa ketika itu).  Umat Islam di India berjaya difahamkan dan ini menimbulkan masalah kepada British.  Kesan yang sama berjaya diwujudkan dengan umat Islam Rusia dan di selatan USSR. Rusia juga merasa tertekan. Pada ketika itu, Khalifah Abdul Hameed, menurut catatan hariannya, merasa tertekan.  Beliau memulakan kerjasama dengan Jerman tetapi kemudian sedar bahawa Jerman juga mahukan sebahagian dari Negara Islam.  Beliau merasakan 'Perang Besar' semakin hampir dan pihak yang berperang inginkan bahagian-bahagian Negara Islam. 

Khalifah Abdul Hameed memerlukan sesuatu yang besar, yang kuat, sesuatu yang dapat membangkitkan Kesatuan Ummah di hati-hati umat Islam sedunia.  Antara lain, usaha beliau adalah pembinaan Jalan Keretapi Hijaz (1900).  Jalan Keretapi berkenaan adalah dari Damsyik ke Madinah dan dari Aqaba ke Maan.  Ia menjadi simbol Kesatuan Islam.  Setiap umat Islam yang pergi menunaikan haji merasai bagaimana Khalifah berusaha menyatukan mereka.  Ia juga berfungsi sebagai cara yang pantas menghantar unit-unit tentera.  Khalifah Abdul Hameed juga berusaha melancarkan kempen Kesatuan Ummah di selatan Rusia, India, Pakistan dan Afrika.  Beliau mula menjemput ulama'-ulama' Islam dari Indonesia, Afrika dan India ke Negara Islam Uthmaniyyah.  Beliau juga memulakan program pembinaan masjid dan institusi-instutsi Islam di serata dunia Islam. 

 Kuasa-kuasa Barat pula telah bertindak menghimpit dunia Islam. Tunisia melancarkan revolusi ke atas Khilafah Uthmaniyah pada 1877.  Perancis menduduki Tunisia pada 1881 (lihat taktik mereka).  Britain menduduki Mesir pada 1882.  Belanda menduduki Indonesia.  Rusia menduduki Asia tengah.  Britain menguatkan kedudukannya di India dan Sudan (juga Tanah Melayu). 

Akhirnya, pada hari Selasa, 27 April 1909, 240 ahli Senat Kerajaan Uthmaniyyah bersetuju atas tekanan kuat 'Turki Muda Kebangsaan' untuk menyingkirkan Khalifah Abdul Hameed.  Senator Sheikh Hamdi Afandi Mali telah menulis fatwa menyingkiran tersebut. Pihat Senat meluluskannya.  Terjemahan Fatwa tersebut adalah seperti berikut: 
 

"Sekiranya pemimpin umat Islam mengambil isu-isu agama yang penting dari buku-buku perundangan dan mengumpulkan buku-buku tersebut, membazirkan wang Negara dan terlibat dengan perjanjian yang bertentangan dengan Hukum Islam, membunuh, menangkap, membuang negeri, rakyat tanpa apa-apa sebab, maka berjanjilah untuk tidak melakukannya lagi dan masih kelakukannya untuk memeritkan keadaan umat Islam di seluruh dunia Islam maka pemimpin ini hendaklah disingkirkan dari jawatannya.  Sekiranya penyingkirannya akan membawa keadaan yang lebih baik daripada beliau terus kekal, maka beliau mempunyai pilihan samada meletakkan jawatan ataupun disingkirkan dari jawatan" 

Sheikhul Islam Muhammad Dia' Aldin Afandi

Fatwa ini sangat aneh dan sesiapapun boleh melihat bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di dalamnya tidak berkaitan dengan perbuatan dan tindakan Khalifah Abdul Hameed langsung. Selepas itu Ketua Jemaah Menteri, Tawfiq Pasha telah diminta menyampai keputusan itu kepada Khalifah Abdul Hameed.  Beliau enggan.  Maka mereka menghantar sekumpulan 4 orang; Aref Hikmat, Aram Afandi (bangsa Armenia), As'ad Tobatani dan Emanuel Qrasow (Yahudi).  Ketika memasuki pejabat beliau, mereka melihat beliau sedang berdiri dengan tenang.  Aref Hikmat membacakan Fatwa tersebut kepadanya, kemudian As'ad Tobatani mara dan berkata, "Ummah ini telah menyingkirkan kau dari jawatan Khalifah."  Khalifah Abdul Hameed berkata dengan kemarahan, "Ummah ini telah menyingkirkanku dari jawatanku, tidak mengapa...tetapi kenapa kamu membawa Yahudi ke dalam Pejabat Khalifah?" dan beliau menuding ke arah Qrasow.  Jelas sekali Yahudi membalas dendam atas penolakan Khalifah Abdul Hameed untuk menjual Palestin kepada mereka dan mereka mahu menunjukkan bahawa mereka terlibat menjatuhkannya.  Satu cabaran kepada maruah Khalifah Abdul Hameed dan cabaran kepada maruah Ummah ini, saya dan anda. 

Setelah penyingkirannya, ramai penulis-penulis yang menyerang beliau dari sudut rasmi dan peribadi.  Salah seorang dari mereka adalah John Haslib, bukunya "The Red Sultan" menjadi terkenal dan telah diterjemahkan kepada beberapa bahasa termasuk bahasa Arab dan Turki. Sebuah buku bahasa Turki "iki me vrin perde arkasi - yazan : nafiz tansu" oleh Ararat Yayinevi juga merupakan sebahagian dari propaganda yang cuba menunjukkan bahawa 'Turki Muda' telah menyelamatkan Kerajaan Islam Uthmaniyyah daripada kehancuran.  Sebuah lagi oleh penulis Arab-Kristian yang terkenal, Georgy Zaydan, "Stories of the Islamic History - The Ottoman Revolution."  Kesemua buku-buku ini adalah penipuan-penipuan yang ditulis oleh musuh-musuh Islam.  Buku-buku ini menggambarkan Khalifah Abdul Hameed sebagai seorang yang tenggelam dalam kemewahan dunia seperti wanita dan arak, dan juga seorang pemerintah yang zalim ke atas musuh-musuh politiknya dan rakyatnya.  Penipuan-penipuan ini tidak mungkin tertegak kerana kebenaran akan sentiasa terbukti. 
 
Selepas Khalifah Abdul Hameed, muncullah beberapa pemimpin yang lemah.  Mereka tidak mampu memerintah dan hilang kuasa mereka dengan mudah.  Seperti yang dijangkakan oleh Khalifah Abdul Hameed, Peperangan Dunia Pertama meletus dan Bumi Islam Kerajaan Uthmaniyyah dipecahkan.  Orang-orang Arab bangkit menentang Khalifah di Hijaz dengan bantuan Bristish dan Perancis untuk 'bebas' dibawah penjajahan 'penolong-penolong' mereka.  Bumi Islam Palestin diserahkan kepada Yahudi.  Kalaulah mereka mendengar nasihat Khalifah Abdul Hameed. 

'Turki Muda Kebangsaan' mengambil-alih kuasa dan Mustafa Kamal Ataturk membatalkan Khilafah Islam pada 1924.  Buat pertama kalinya dalam sejarah umat Islam, kepimpinan Islam yang bersatu sejak zaman Rasulullah SAW dan para Sahabat, hilang.  Perang Salib berakhir dengan kemenangan bagi Barat. 

Hari ini, Ummah ini kembali dibangkitkan dari kehancuran peperangan Arab-Israel 1967, dari kehancuran Peperangan Bosnia, Peperangan Chechnia, Peperangan Kashmir, Peperangan Moro, Peperangan Afghanistan.  Ummah ini mula sedar bahawa tanpa Islam mereka tiada kekuatan. Tanpa kesatuan mereka menjadi hidangan musuh, tanpa Jihad mereka terus dalam kehinaan.  Setelah puluhan tahun, azan kembali berkumandang di Turki dalam bahasa Arab, walaupun sementara. 

Kami mohon agar pembaca-pembaca Islam membacakan al-Fatihah untuk roh Khalifah Abdul Hameed dan semua umat Islam yang menjual jiwa mereka demi keagungan seluruh Ummah ini. Semoga dengan ini anda kembali jelas dan yakin dengan perjuangan ini dan hilanglah segala salah-faham dan kesangsian tentang kenyataan ini. 

Mentari Mungkin Telah Terbenam, 

Tetapi, Insha-Allah, Ia Akan Terbit Kembali

 


Posted at 09:19 pm by Pendita Bitara

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< April 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed