![]() Pendita Bitara bukan suatu evolusi yang pasif... PERJUANGAN BAHASA MELAYU Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita. (Pendita Bitara) RENCAH HIDUP Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar. Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan. Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian. Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup. Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?” ( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih) Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani A. Samad Said (sasterawan Negara) Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017
PENTAS KAJI BUKU LANDSKAP SIASAH SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ) JAISYU MUHAMMAD
Utusan Berita Harian Harian Metro Buletin Malaysiakini Marhaen
saifulislam Abdul Hadi Bin Alias (UTP) Lirik Nasyid (Sahabatku Amni) Puisi Nurani Lindungan Bulan Along Effendi Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni) Mujahidah UIA Diari Mujahid UBU Fathi Reformist Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)
PAS Ikhwanul Muslimin KEADILAN JIM KERSANI training Terengganukini Persatuan Ulama' PAKSI
Bahan Tarbiah Biografi Ulama' dan Tabiin Komik dakwah Sirah nabi berserta nota dan peta-peta Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam) Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi) Rujukan Fiqh dan Syariah Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room) nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini.... Mari Kenal Ulama' Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku Ummah Muslimin MyKULIAH(MP3) Rujukan Al Quran Rujukan Hadis-hadis Fatwa Al-Qaradhawi Cintailah buku dan Bahasa kita Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..
PMIUM bersamamu... ISIUKM PMIUTM Gegar Selatan PKPIM Ikatan Persaudaraan Jepun Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian
online hits since 21 April 2006 |
|
Hiburan dan Muzik..dan persimpangan
Tulisan ini pernah disebarkan ke beberapa e groups sebelum ini. Disiarkan kembali untuk tatapan pembaca blog ini. Muhammad Nuruddin
ISU HIBURAN DAN Islam : dimana pertemuannya. “Lagu juga boleh membawa manusia kembali kepada tuhan”, begitulah tajuk artikel akhbar Siasah (Bil 7, 28 Oktober) yang melaporkan kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS saudara Salahuddin Ayub. Dalam kenyataan ini beliau Beliau juga menyatakan bahawa rakannya tertarik dengan cara hidup Islam dengan hanya mendengar lagu daripada kumpulan terkenal D’Lloyd iaitu “Keagungan Tuhan”. Beliau menyatakan bahawa rakannya itu kini amat komited dengan cara hidup Islam dan menjadi aktivis PAS yang istiqamah. Beliau turut menyeru kepada penggiat seni khususnya penulis lirik agar mengenepikan lirik picisan yang memuja wanita sebaliknya membawa nilai positif yang membina. Apabila bercakap mengenai hiburan, beberapa tokoh silam dan kini seperti Imam Al Ghazali dan Prof, Dr Yusuf Al Qaradhawi, dan Sheikh Mahmud Shaltut telah memberi guideline, benchmark dan peraturan yang pada asalnya dzhon dan samara-samar. Kebanyakkan ulama’ sufi silam berdasarkan langkah berhati-hati, mereka sering kelihatan memberi hujah ambiguous (samar) dalam larangan terhadap muzik. Tulisan ini bukan berniat untuk mencerca mana-mana ulama’, sebaliknya Atas dasar itu terdapat ulama’ yang menghalalkan muzik dan permainan alatan al Muazif (alatan bertali) dengan beberapa syarat. Dalam tulisan ini penulis tidak ingin mendetailkan perbahasan hokum dan kedudukan muzik dan hiburan dari segi Islam dan syara’ sebaliknya memfokuskan kepada perihal maslahah dalam dakwah. Perlu diketahui oleh kita, pembawaan konsep Negara Islam yang sebenarnya memerlukan elemen tadrij (Graduality) dalam memahamkan masyarakat berkenaan Islam. Syarat bagi tadrij atau Islamisasi ini seperti yang dikatakan oleh Ustaz Fadhil Noor ialah 1) Bermatlamat jelas 2) Memberi amaran bahawa pembawaan Islamisasi ada mempunyai prinsip dan bukan taasuf. 3) Memberi kefahaman yang jelas kepada rakyat dan berpegang teguh dengan prinsip asas syariat. Disini jelas hiburan adalah alat kepada tadarruj untuk pembawaan Islam, lantaran penduduk Malaysia boleh dikatakan 99.9% adalah meminati muzik dan hiburan samada nasyid, tilawah atau hiburan semasa. Muzik dan hiburan adalah perkara tahsiniat yang paling rendah dalam maqasid dakwah kini. Ianya bukanlah prinsip kepada kita untuk dipuja dan diperjuangkan membabi-buta. Lantaran itu saya menyokong penuh usaha YAB Dato’ Nik Abd Aziz Nik Mat dalam memartabat artis yang dikenali sebagai artis bermoral. Disini beliau menggunakan konsep maslahah dan priority (awlawiyyat) dalam memilih keputusan. Terdapat 3 keputusan dalam pemerintahan akhir ini. Samada mengharamkan semua hiburan, memilih artis yang tidak bermoral atau membenarkan hiburan tetapi melalui artis yang bermoral dan berlirikkan positif. Manakah pilihan kita? Disengagement (ketidak terlibatan) boleh berlaku antara organisasi Islam dengan masyarakat jika pilihan pertama yang diambil. Sampai bilakah dakwah Islam boleh dipertahankan? Rakyat Masyarakat yang bijak akan berbahas berdasarkan mesej dan tujuan lagu tersebut. Sebagai contoh lagu darpada Ramli Syarif dan beberapa lagu M. Nasir sendiri jelas menonjolkan perihal ketuhanan. Disebabkan mereka bukan daripada kerangka dakwah, serta sering tidak menggunakan kalimah Allah mereka tidak dianggap membawa mesej positif. Adakah itu haram dan tidak syari’y? Saya adalah peminat kumpulan Wings. Antara lagu Wings yang saya minati adalah lagu ‘Sekeping kertas yang Bermaruah’. Lagu ini menjelaskan mesej anti rasuah dan nilai kapitalisme melampau dalam masyarakat kini. Bukankah ini suatu laungan yang berani? Adakah diantara artis nasyid yang menyanyikan lagu anti rasuah. Mereka juga memaparkan lagu ‘Tuhan’ yang juga dipopularkan kembali oleh Raihan serta lagu ‘Anugerah’ yang membawa elemen kesyukuran kepada pancaindera. Lagu bersemangat perjuangan dan jatidiri insan yang tidak terpengaruh dengan dogmatic murahan dipaparkan oleh Kumpulan Lefhanded dalam lagu 'seruan' dan 'Semangat Lamina'. Selepas kumpulan Brothers, pada saya tiada lagi kumpulan yang membawa mesej jihad dan perjuangan dalam lagu mereka, sebaliknya ,mesej cinta dan memuja isteri kononnya secara picisan. Lantaran mereka memakai pakaian ala Islam, belajar di Universiti Islam, mereka digelar pendakwah dan dipuja-puja. Bukankah ini pemesongan hujah yang berat? Rakyat Pada saya saya berpendapat, jika Kerajaan Negeri Kelantan sanggup membuat ‘konsert Rock yang syari’y, dimana dipisahkan kedudukan lelaki dan perempuan, dibuat selepas solat Isyak, tidak dibenarkan pemuzik tersebut membawa lagu cinta yang tidak berguna, diminta penganjur memasang layar untuk memaparkan lirik positif supaya penonton membaca dan memahami mesej positif dan bukannya sekadar berhibur,serta diselitkan dengan kempen anti dadah dan arak. Selepas konsert selesai, polis membuat pemeriksaan agar tiada perkara sumbang berlaku. Bukankah ini akan menarik minat remaja kepada Islam yang dibawa oleh Bandaraya Islam tersebut? Bukankah ini suatu langkah yang semestinya mematahkan hujah musuh Islam berkenaan sikap fundementalis yang mereka labelkan kepada ulama’ kita?.........Saya menyokong penuh kenyataan Saudara Salahuddin Ayub…diharapkan tulisan ini diberi komentar yang membina dan tidak dinafikan tanpa asas. ‘Denial Syndrome’ dalam masyarakat kita perlu dielakkan…… Muhammad Nuruddin Bashah PKNS
|