Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Saturday, December 22, 2007
Kefardhuan mempelajari asal aqidah ilhad, ideologi moden

 KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1

1.0Pendahuluan

Kefardhuan bagi seseorang muslim bukan sekadar mengetahui sendi utama agama Islam yang berasas rukun Islam, Iman dan asas peribadatan semata-mata. Fardhu yang bertitik tolak dari kaedah usul “ Mala yatim Al wajib Illa Bihi fahua wajib” (Tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan melalui perkara itu maka hukum pekara itu juga adalah wajib) telah menyebabkan ramai ulama’ Islam menggariskan pula beberapa perkara yang wajib dipelajari oleh ‘segelintir’ umat Islam yang berakal dan berkemampuan. Contohnya;

  • Ilmu Fiqh dan pemahaman dalil qatie untuk memudahkan masyarakat merujuk kepadanya hal ehwal fiqh.

  • Ilmu usul Tafsir, bahasa Arab yang fasih dan Ilmu Hadis keseluruhannya. Golongan ini akan memudahkan golongan fiqh mengeluarkan hukum dan pendapat.

  • Ilmu Aqidah yang meliputi keseluruhan aspek ikhtilaf yang tiada dalam dalil yang Qatie. Ini memudahkan masyarakat menyelesaikan permasalahan pecah belah akibat kedangkalan aqidah.

  • Ilmu falsafah kuno dan falsafah Islam yang terseleweng dalam usaha memahamkan masyarakat erti ideologi moden dan kesesatannya.

Dalam penulisan kali ini penulis cuba membuka mata segelintir masyarakat yang mampu dan berintelek tinggi untuk berusaha memahami dan memerangi kesesatan ideologi moden melalui pemahaman asal usul ideologi tersebut serta cuba mengetahui sejarahnya secara terperinci. Kekangan bagi usaha ini adalah sikap sesetengah pendakwah dan ahli ilmu:

  • Malas berfikir atau terus menutup buku dan kitab selepas keluar dari alam kampus.

  • Menganggap cukup sekadar mengetahui asas ideologi dan kesesatan aqidah setakat paras pemikiran awam kerana dianggap tiada berguna untuk diteliti asal usul dan ikhtilaf yang berlaku sepanjang persejarahan ideologi, aqidah dan jalur-jalir pemikiran yang wujud.

  • Menganggap pengetahuan ini terlalu elitisme dan tidak jejak di bumi yang nyata. Menganggap pemikir ilmu begini sebagai tidak memasyarakatkan diri dan sebagainya.


Sikap simplistik, pesimis dan jemu dengan keilmuan sebegini telah lama merugikan ummah lantaran yang beranggapan begini pula adalah golongan intelektual yang berkemahiran dan berkemampuan untul berfikir demi ummahnya.


Diatas penulis menggunakan tajuk KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN untuk membawa suatu galakan kepada golongan cerdik pandai untuk mengaitkan kesesatan falsafah silam dnegan kemunculan ideologi koden yag menggugat aqidah umat hari ini.


Perkataan aqidah ilhad di atas adalah merangkumi kesemua kesesatan aqidah yang terpecah dari aliran Ahli sunnah wal jamaah. Ideologi moden kini telah menjadi salah satu cabang rangkaian aqidah ilhad zaman silam dan mengancam kemurnian pegangan umat Islam hari ini.


  1. Bagaimana aliran Aqidah terpecah pada zaman silam.


Mengapa perlu kaitkan aqidah dengan falsafah yang kita bincangkan? Hal ini kerana aliran falsafah Yunani kuno juga telah menjelajah masuk ke dalam ruang epistemologi-ontologi Islam.

Apabila berlaku perpecahan umat Islam pada era pemerintahan Saidina Ali, melalui perpecahan politik ditambahi dnegan jarum halus para yahudi munafiq, maka bermulalah aliran Syiah dan Khawarij. Perpecahan politik telah memecahbelahkan ukhuwah dan persaudaraan mereka dan menimbulkan semangat taasub yang lama. Akibatnya penelitian dalil tidak lagi holistik sebaliknya hanya diterima dalil dari puak mereka sahaja. Inilah asas pembentukkan firqah aqidah yang terawal sekali.


Pada era kebangkitan Abbasiyyah umat Islam mula menerima pula influensi dan transaksi ilmu Yunani besar-besaran ke dalam dunia Arab. Dengan adanya empayar Umayyah di Andalus juga telah menyemarakkan lagi Empayar Abbasiyyah untuk menghasilkan teknologi dan kemajuan melalui manipulasi ilmu falsafah dan sains Yunani, India, rom dan Mesir kuno.


Influensi dan kebanjiran idea falsafah begini juga telah menyemarakkan sikap dielektik dan I’tiradh (pertikaian) dalam aspek aqidah dan bermulalah aqidah ala falsafah yang didokongi oleh beberapa pemikir dan sainstis Islam. Lihat kenyataan Prof. Yusuf Al qaradhawi;

para ahli falsafah al Mashaai’yyin ( seperti Al Kindi, Ibnu Sina, Al Razi dll) antaranya adalah tumpuan perhatian mereka yang terbesar ialah menyelaraskan ajaran falsafah yang mereka kagumi dengan agama yang mereka WARISI. Akan tetapi mereka menjadikan falsafah sebagai yang usul dan agama pula sebagai furu’. Dan mereka menganggap pendapat atristotle itu yang mereka membuat keputusan dengannya dan membuat sandaran dengannya dan firman Allah dan sabda rasulullah yang mulia adalah pengikut kepada pendapat Aristotle itu, sekiranya keduanya selari dengan pebdapat Aristotle, maka ianya amat baik, jika tidak maka haruslah ditakwil keduanya samada dekat dengan maknanya atau jauh” 2.


Secara umumnya apakah objek kajian ahli falsafah sama ada dari Greek atau ulama’ Islam?:

  • Falsafah teori iaitu seperti falsafah objektif seperti matematik, falsafah tabiiah seperti sains duniawi, dan ma ba’da tabi’ah iaitu metafizik ( teori ketuhanan dan ontologi)

  • Falsafah amaliah yang bersifat praktis seperti ilmu akhlak dan etika.

  • Falsafah pentadbiran seperti ilmu politik (siasah) dan pentadbiran organisasi.


Dalam meneliti ketiga juzuk ini mereka juga akan tersesat di sana sini jika tidak berhati-hati. Hal inilah yang mencederakan pegangan agama. Pendapat berani al Razi dan Ibnu Sina dalam hal teologi amat membimbnagkan ulama’ silam jika ianya mempengaruhi orang awam. Pendapat berani Ibnu Rushd tentang alam yang bersifat qadim juga amat merosakkan pegangan awam.


  1. Mempelajari falsafah untuk menyanggah ideologi moden adalah usaha lama Imam Abu Hassan Al A’syaari, Imam Al Ghazali dan lain-lain.

Imam Al Ghazali pernah menyerang falsafah melampau yang ditaja oleh Al Kindi, Ibnu Rushd dan sebagainya melalui Kitabnya At Tahafut Al Filasifah selepas beberapa tahun menyendiri beruzlah mengkaji dan membaca beratus kitab Falsafah yang dialih bahasa ke bahasa Arab. Walaupun tanpa guru falsafah Imam Al Ghazali berjaya menguasai ilmu kalam dan ilmu falsafah barat, hasilnya ialah beliau berjaya menyerang idea palsu dan melampau melalui kajian beliau. Akan tetapi perlu diketahui, beliau bukan anti ilmu kalam (dielektik) atau anti penggunaan akal sebagai hujah dalam keilmuan. Beliau cuma tidak bersetuju jika perkara ghaibiyyat dan samiyyat yang perlu diterima secara mutlak itu dipersoal secara wewenang oleh para ilmuan. Beliau juga mengutamakan wahyu dan menggunakan akal untuk menguatkan hujah wahyu untuk kerelevanan syariat tertentu.


Imam Abu Hassan Al Asyaari yang pada awalnya mendokong fahaman Muktazilah yang mengutamakan akal kemudiannya mengubah haluan hidup kepada pejuang ahli Sunnah Wal Jamaah yang kuat. Beliau membina madrasah pemikiran yang wasatiyyah antara idea rasionalis dengan idea ahli Hadis. Beliau tidak bermudah-mudah mentafsir atau mentakwil. Beliau mentakwil untuk mengelak kesesatan fahaman masyarakat umum yang pada umumnya inginkan kejelasan makna pada dalil mutasyabihah. Sesuailah beliau yang memberi penjenamaan semula kepada pegangan ahli sunnah agar seiring dengan perbahasan era itu yang mula mahukan akal sebagai sandaran untuk digelar sebagai pejuang ahli sunnah.


Begitu juga hari ini apabila, fahaman liberal dan fahaman sekular yang membuak-buak tumbuh dan muncul. Para ulama’ aqidah yang faham tentang variasi ilmu Imam A’syaari yang seiring dengan pertumbuhan isu semasa zamannya perlu juga bertindak sedemikian. Segala kronologi, rantaian pertikaian sepanjang zaman yang dipelajari bukan untuk ditongsampahkan, bukan untuk dinilai secara rambang dengan mengatakan pengetahuan itu sebagai ketinggalan zaman, sebaliknya ianya menjadi titik tolak kepada kemahiran berdakwah hari ini apabila pendakwah itu tahu meyelesaikan permasalahan kontemporari mengikut tradisi ulama’ terdahulu. Inilah kepentingan ilmu-ilmu Islam.


Seperti yang disepakati oleh beerapa ulama’ aqidah dunia. Dr Said Ramadhan al Buti3 berkata;

hanya Imu Kalam itulah ilmu yang memeprtahankan aqidah Islam dengan hujah aqliyah di dalam menentang pembawa-pembawa syubhat dan kesesatan walau siapa pun mereka itu”.


Jelasnya ilmu kalam bukan tujuan aqidah tetapi adalah alat mempertahankan aqidah. Tiada salahnya mempelajarinya. Jika bidaah, mengapa dibenarkan ilmu critical thinking (warisan aristotle) diguna pakai dalam kampus-kampus pengajian? Bidaahnya hanya apabila ilmu ini mendominasi dan menghapuskan teras aqidah. Pendakwah seperti Ahmad Deedat ( Almarhum) dan Harun Yahya juga menggunakan elemen aqliyah dan dielektik hujah cara ilmu kalam tradisi untuk berdakwah. Menggunakan sains dalam penulisan aqidah itulah dianggap menggunakan falsafah dan ilmu kalam dalam membela aqidah Islam. Bukankah itu tindakan yang kreatif dan sesuai?


  1. Perbezaan falsafah klasik dengan aliran falsafah moden yang menjelma dalam bentuk ideologi.

Untuk memahami institusi ideologi moden yang berbeza dengan tradisi falsafah silam, penulis sertakan maksud ideologi atau falsafah moden daripada Encyclopaedia Britanicca;

  1. It contents an explanatory theory of amore or less comprehensive kind about human experience and the external world.

  2. It it sets out a program, in generalized and and abstract terms, of social and political organization.

  3. it conceives the realization of this program as entailing a struggle.

  4. It seeks not merely to persuade but to recruit loyal adherents, demanding what it sometimes called commitment.


Jelas ideologi moden bukan lagi berbincang perkara metafizik. Sekular moden tidak lagi berminat dengan metafizik untuk mencari hakikat ketuhanan. Mereka ingin lari dari tuhan. Ideologi moden adalah kesinambungan kesesatan aqidah lama cuma diperluaskan genggamannya melalui penginstitusian secara terhormat. Contohnya kebangkitan ideologi komunis melalui Revolusi Bolshevik 1917 dan Mao Tze Thung 1949. Kebangkitan kapitalis melalui syarikat KHTI dan sebagainya pada era pengkolonian British. Kebangkitan nasionalis melalui dasar ‘nation state’ dan ‘devide and rules’ penjajah barat. Lihatlah juga bagaimana patuhnya pengikut ideologi barat hari ini? Betapa inginnya mereka membina generasi yang lebih taksub kepada ideologi sesat ini melalui pelbagai program sekular dan pemusahan agama dengan kehidupan masyarakat atas nama program agama!!


Jadi marilah kita berfikir, perlu atau tidak kita mempelajari asal usul ideologi ini dari akar umbi demi memusnahkan pancangannya yang kini menjerut tenggorok umat Islam sedunia? Mengapa masih ada yang memandang remeh aspek ini? Adakah dengan menghukum ideologi sebagai sesat tanpa diketahui aspek kesesatannya secara mendalam sudah dianggap mencukupi?


Jika dahulu falsafah hanya mencederakan aqidah segelintir umat Islam yang terjebak sahaja dalam perbahasan tersebut, hari ini ideologi (neo-ilhad) telah mencederakan hampir keseluruhan aqidah umat Islam. Umat Islam menjadi malas dan pesemis dalam dakwah, tidak melihat juzuk kebangkitan dan dakwah secara holistik dan luas. Mereka tidak optimis dengan kemenangan Islam. Inilah bala bencana ideologi ilhad.


  1. Asas kelemahan falsafah dan pemikiran barat yang dikatakan bernilai saintifik

Perlu kita fahami, falsafah adalah suatu tradisi berfikir. Semua yang berakal akan memiliki sikap cintakan kebenaran sama ada yang ditaakul melalui emperik (panca indera) atau melalui rasional (pemahaman melalui akal). Akibat terputus dengan panduan wahyu, kelihatannya falsafah daripada era Greek hinggalah ke era abad ke-16 hingga ke-17 lebih bersifat deduktif (istiqraa’ an naqis) yang amat subjektif. Lantaran itulah kita melihat metafizik mereka tiada asal-usul, tergantung dan tidak jejak di bumi yang nyata.


Lihat sahaja bagaimana Charles Darwin membina tesisnya berkenaan asas usul kejadian makhluk yang mengaitkan sifat persaingan tumbuhan dan haiwan sebagai suatu hukum alam yang juga perlu dipatuhi oleh peradaban kemanusiaan. Tesis itu hari ini dinafikan melalui banyak kajian sains yang amat komprehensif dan objektif untuk diambil kira. Secara umum untuk difahami pemikiran falsafah barat dalam bidang aksiologi (nilai dan etika), epistemologi (pendidikan dan sumber ilmu) dan metafizik bersumberkan metod dan sumber ilmu yang zanni. Jauh sekali berbeza dengan wahyu yang jelas pandangan falsafahnya4.

  1. Penutup


Semoga kita bersama sederap dan sekata dalam usaha menangkis dakyah ideologi moden walau bagaimana cara yang kita mampu. Cangkupan praktikal dakwah perlu diperluaskan dengan segala cara yang ada.


Muhammad Nuruddin Bin Bashah

SRI Al Islah Pulau Pinang

22 Disember 2007

1 Aqidah adalah pegangan hidup. Falsafah adalah alat untuk menguatkan keimanan dan aqidah tersebut. Falsafah hidup yang sesat sahaja yang merosakkan aqidah. Sebaliknya jika pencarian ilmu (budaya falsafah) kena pada sumber yang tepat, maka ianya memangkin aqidah kita. Ideologi bermaksud fikrah atau suatu ‘school of thought’ yang merupakan suatu neo-aqidah. Ideologi moden kini adalah kesinambungan kepada falsafah sesat tajaan sekularis barat. Pemurnian aqidah umat Islam perlu bermula daripada pemahaman ideologi, sejarah salnya, sejarah aqidah Islam, pertikaian dan perpecahan aqidah Islam dan ilmu sejarah ketamadunan Islam. Jika langkah ini tidak dilengkapi maka pemahaman strategi ideologi moden menyesatkan umat kurang dikenali dengan baik.-penulis.

2 Lihat kitab Dr. Yusuf Al Qaradhawi, Al Quran dan as Sunnah, sumber rujukan tertinggi dalam Islam.

3 Kitabnya, Salafiyyah adalah Zaman yang berkat bukannya mazhab dalam Islam.

4 Penulis nyatakan Al Quran sebagai sumber falsafah manusia yang konsensus bukanlah bermakna Al Quran adalah kitab falsafah yang setaraf dengan buku-buku barat. Al Quran adalah sumber ilmu dan fakta kebenaran yang mutlak. Asas dan pengantar kehidupannya adalah jelas dan tuntas. Jika pencinta ilmu (pylos sofia) inginkan kebenaran melalui Al Quran mereka akan mengakui bahawa tradisi dan jawapan untuk para pencinta Ilmu ada di dalam Al Quran.


Posted at 12:49 am by Pendita Bitara

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< December 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed