Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Thursday, August 30, 2007
Agenda Perpaduan Kaum, agenda yang perlu disepadukan

 AgendaPerpaduan Kaum: agenda yang perlu disepadukan

Rakyat Malaysia seolah dilanda garuda isu apabila pendedahan gubahan semula lagu Negaraku oleh Namewee iaitu salah seorang pelajar Malaysia di Taiwan. Lirik beliau yang ditambah seolah-oleh ¡®syarah¡¯ kepada matan (isi) lagu Negaraku dilihat sebagai usaha seorang penderhaka sehingga ada beberapa Menteri dan Ahli Parlimen yang mancadangkan hukuman gugur kerakyatannya.

Kini dalam beberapa hari sahaja, media berjaya mengesan sebuah lagi lagi ¡®kreatif¡¯ Namewee yang bertajuk My Friend. Sempena menyambut Bulan Kemerdekaan dan Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-50, Namewee  seolah-olah memberi cenderahati yang mahal kepada rakyat Malaysia .

Persoalannya benarkah Namewee seorang penderhaka? Atau beliau hanya sebahagian daripada simptom-simptom kekabutan dan kekeliruan identiti dan jatidiri kenegaraan dikalangan muda belia? Ataupun beliau hanya menyampaikan hasrat sebahagian rakyat Malaysia yang terdiri daripada kaum Cina memandangkan wakil-wakil rakyat Cina lebih suka berdiam diri dalam mempertahankan ¡®hak-hak¡¯ Cina di Malaysia?

Sepanjang penulis mengikuti beberapa diskusi dan wacana intelektual berkaitan hak Melayu, Agenda Melayu, Kontrak Sosial mahupun Dasar Kebudayaan atau Dasar Sastera Negara, penulis menadapti kekabutan dan kekeliruan dikalangan bangsa dalam memahami dasar-dasar ini amat ketara. Jalinan antara kaum masih ditahap heterogenus yang tidak harmoni secara hakiki. Antara kaum masih tersimpan dendam dan hipokrasi yang hanya ditenteramkan oleh dasar-dasar utama negara,Kontrak Sosial serta beberapa dasar lain yang suatu hari nanti pasti terburai sekiranya tidak ditangani segera.

Mari kita teliti lirik lagu Namewee yang terkini.

 

Cakaplah lagi

Cina Balik China

Kalau Semua balik ah

Sini bukan Malaysia

Saya takut mana kamu pergi cari kerja

Tapi biasalah orang melayu pun tak suka kerja

Semua masuk hutan

Hidup macam sakai

Mahu main gitar pun tak ada kedai buka

Mahu jadi mat rempit pun takde motosikal

Kurang satu holiday kerana takde Tahun Baru Cina

Jangan gaduh lagilah¡­

Budak buka kepala

Negara ini bukan satu bangsa sahaja

Cina babi¡­

Jangan cakap lagilah..

Tapi cakap betul ah

Bah kut The sangat sedap lah..

Bahasa Melayu saya cakap macam tahi..

Tapi ini ialah saya punya betul feeling

Sudah lima puluh tahun

Taip-tiap tahun tidur

Tengok hadapanlah¡­

2020

Lirik ini bermesej sebenarnya iaitu pandang kehadapan dan membina masyarakat Malaysia yang toleran dengan segala mehnah. Akan tetapi beliau mengungkit kembali beberapa sindrom lama sebelum Merdeka. Hari ini tiada lagi ungakapan Cina balik China . Perjanjian Jus Soli adalah syarat kemerdekaan Negara. Hal ini jelas sehingga UMNO sendiri terpaksa menerima Jus Soli walaupun Dato¡¯ Onn pernah mencadangkan terlebih dahulu melalui IMP (Independent Malaya Party) sebelum merdeka.

Perlu diketahui bahawa di dalam menjalinkan perpaduan kaum yang merupakan agenda utama selepas 1961 apabila Malaysia dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman, agenda perpaduan adalah agenda utama selepas kemelesatan sosial dan jurang ekonomi serta budaya yang terlalu besar akibat kesan ¡®devide and rule¡¯ penjajah. Agenda perpaduan dilaung sekali lagi pada 1971 selepas peristiwa 13 Mei. Pengorbanan Melayu dalam banyak hal adalah perlu dalam usaha membawa agenda ini. Melayu seolah-oleh melupakan perit getir memperjuang kemerdekaan dikalangan bangsa utama negara ini sehingga memaparkan konsep perpaduan kaum dan corak perjuangan kemerdekaan yang diseimbang oleh 3 kaum berbanding kenyataan sebenar; melayulah yang sebenarnya perit memperjuang kemerdekaan di Negara ini.

Dalam banyak diskusi terkeluar suara-suara yang menyatakan mengapa bangsa lain tidak cakna dengan simbol kemerdekaan, dengan jalur gemilang dan sebagainya seolah-olah tiada semangat patriotisme dikalangan bangsa lain. Mengapa seolah-oleh Melayu sahaja yang ghairah menyambut merdeka pada hari ini? Hakikatnya inilah warisan sebenar erti merdeka. Bangsa inilah yang membawa perjuangan merdeka daripada era ulama¡¯, era feudalisme, era intelektual borjois melayu sehinggalah era perjuangan pemimpin berlatar belakang pendidikan barat. Kita tidak dapat menipu sejarah. Budaya menyambut merdeka hari ini mencerminkan hakikat sebenar yang terpaksa disorok semata-mata menjaga hati bangsa lain.

Pada penulis dalam membawa agenda perpaduan, bukan sekadar kerajaan dan melayu yang merapatkan jurang sesama kaum, sebaliknya juga tindakan optimis dan progresif daripada bangsa lain untuk mengertikan hakikat perpaduan kaum. Agenda perpaduan kaum juga menjadi dingin memandangkan Malaysia masih terlapuk dengan politik komunalisme yang sempit dan menyesakkan agenda ini berlangsung. Kaum-kaum yang dahulunya taat dan setia dengan negara asal mereka kini pula hanya taat kepada parti perkauman mereka. Mereka hanya dipujuk dan ditenteramkan melalui agenda negara serta kontrak sosial sahaja.

Sehingga bilakah keharmonian kaum akan berlaku? Sehingga bilakah jasa-jasa pejuang merdeka kiri, progresif dan terpinggir terus dipinggirkan sebaliknya digantikan dengan imej dan wawasan perpaduan demi mengambil hati kaum-kaum lain di Malaysia? Penulis tidak berniat membuka medan chauvinisme, tetapi sekadar menyedarkan segelintir manusia yang tidak menghargai keharmonian yang ada. Terlalu ramai pemula dan pencetus perjuangan kemerdekaan yang diselindungkan dan dipinggirkan demi menjaga agenda perpaduan kaum. Sedarkah kita?

Dasar Kebudayaan Negara telah digariskan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Perlancongan Negara. Dasar ini kelihatanya berat sebelah sehingga mengutamakan dasar budaya melayu sebagai teras dalam kebudayan negara ini.

Terdapat beberapa objektif dasar kebudayaan Kebangsaan Negara;

1)      Mengukuhkan perpaduan bangsa dan Negara melalui kebudayaan Kebangsan.

2)      Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan

3)      Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembanguna sosioekonomi.

Dasar ini dirangkumi oleh 3 elemen. Elemen pertama ialaha dasar budaya diterasi oleh budaya penghuni asal tanah ini iaitu Melayu- Polynesia, Melanesia dan Oceania . Elemen ini penting demi membawa identiti tanahair yang beridentiti jelas. Kedua, dasar ini dimasukkan juga elemen kebudaayan kaum lain yang berhijrah ke Tanah Melayu. Dan yang ketiganya ialah Islam sebagai lambang dan teras utama dalam dasar Kebudayaan Kebangsan Negara. Pernah penulis terdengar suatu lontaran hujah mengusul agar negara ini ¡®mencipta¡¯ dasar Budaya baru iaitu gabungan identiti dan budaya 3 kaum utama Negara ini. Adakah ini logik? Budaya hadir melalui otoktoni dan nilai estetika semulajadi sesuatu kaum dan bukannya boleh direka-reka untuk kepuasan sendiri. Amerika Syarikat yang ingin lari daripada Tamadun dan Budaya Inggeris akhirnya akur bahawa mereka tetap berketurunan Inggeris dan budaya Inggeris mendasari budaya Amerika Syarikat yang terdiri daripada pelbagai etnik. Disebabkan Melayu adalah kaum utama di Malaysia dan Islam adalah agama rasmi, perlulah budaya melayu dan Islam menndasari budaya kebangsaan manakala budaya kaum lain tetap dipancarkan. Akan tetapi adalah salah jika kita menafikan budaya kaum lain dengan hanya memaparkan budaya melayu semata-mata. Bahasa Melayu, Dasar Kebudayaan Kebangsan dan Dasar Satera Negara adalah alat untuk menjadi medan keharmonian kaum jika digunakan secara benar. Ironinya kini, bahasa Melayu diperosok kepada penjuru dunia orang Melayu, bahasa Melayu hilang komersialnya dan hilang sifat integrasi kaumnya. Dasar Kebudayaan dan Sastera pula hanya kosmetik negara dan digula-gulakan kepada rakyat tanpa adanya semangat dan aspirasi sebenar dasar tersebut.

Kesimpulannya kekabutan pemahaman perpaduan kaum adalah disebabkan sosio-politik negara ini. Lirik Namewee adalah manifestasi isihati segelintir rakyat yang jelak dengan kepura-puraan integrasi kaum. Sebarang unsur chauvinistic tidak wajar dipaparkan secara berlebih-lebihan sehingga lirik lagu diatas memancarkan lagi tinggalan sosial ¡®devide and rule¡¯ tinggalan penjajah. Bangsa lain selain Melayu juga perlu ada toleransi dan memupuk sikap patriotisme yang asli demi menjayakan agenda perpaduan kaum. Jika semua kaum berkorban, barulah hadir kejayaan agenda perpaduan ini.

Muhamad Nuruddin Bashah

SRI Al-Islah

26 Ogos 2007



Posted at 12:23 am by Pendita Bitara

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry


Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< August 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31

MEDAN BITARA:.


.

  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page


    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV

    Saya menyediakan perkhidmatan sewa alatan muzik perkusi (ketuk) untuk kegunaan nasyid atau persembahan kesenian Islam-Melayu. Harga semestinya berpatutan serta perkhidmatan hantar alatan sewa ke tempat anda. Saya juga berpengalaman mengadakan latihan nasyid yang melibatkan latihan vokal berharmoni serta permainan alatan muzik perkusi di sekolah-sekolah serta institusi khas.

    Hubungi saya untuk maklumat serta pakej perkhidmatan yang saya sediakan. Bersedia untuk membantu agensi kerajaan atau NGO untuk menubuhkan pasukan nasyid yang berkemahiran. Harga dan khidmat istimewa untuk pelajar sekolah atau IPT. Hubungi 017 6291368 atau email : jihadin82@yahoo.com

    Penulis sambilan untuk Majalah Milenia Muslim, Farduain, Dian, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat dan beberapa media lain. Kini giat membentang kertas kerja isu umat Islam dalam dan luar negara untuk kefahaman masyarakat awam. Berminat untuk diskusi atau forum sila hubungi 017 6291368

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed