![]() Pendita Bitara bukan suatu evolusi yang pasif... PERJUANGAN BAHASA MELAYU Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita. (Pendita Bitara) RENCAH HIDUP Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar. Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan. Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian. Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup. Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?” ( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih) Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani A. Samad Said (sasterawan Negara) Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017
PENTAS KAJI BUKU LANDSKAP SIASAH SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ) JAISYU MUHAMMAD
Utusan Berita Harian Harian Metro Buletin Malaysiakini Marhaen
saifulislam Abdul Hadi Bin Alias (UTP) Lirik Nasyid (Sahabatku Amni) Puisi Nurani Lindungan Bulan Along Effendi Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni) Mujahidah UIA Diari Mujahid UBU Fathi Reformist Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)
PAS Ikhwanul Muslimin KEADILAN JIM KERSANI training Terengganukini Persatuan Ulama' PAKSI
Bahan Tarbiah Biografi Ulama' dan Tabiin Komik dakwah Sirah nabi berserta nota dan peta-peta Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam) Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi) Rujukan Fiqh dan Syariah Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room) nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini.... Mari Kenal Ulama' Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku Ummah Muslimin MyKULIAH(MP3) Rujukan Al Quran Rujukan Hadis-hadis Fatwa Al-Qaradhawi Cintailah buku dan Bahasa kita Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..
PMIUM bersamamu... ISIUKM PMIUTM Gegar Selatan PKPIM Ikatan Persaudaraan Jepun Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian
online hits since 21 April 2006 |
|
tafsir al-fatihah(ayat 2-3) ÇáÍóãúÏõ ááøåö ÑóÈøö ÇáÚóÇáóãöíäó(٢)ÇáÑøóÍúãÜäö ÇáÑøóÍöíãö(٣ ‘Segala puji bagi allah tuhan sekalian alam (2) Yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang (3)’ (Al Fatihah : 2-3) Ulasan kali ini akan mengupas sekitar persoalan pujian dan sikap pendakwah yang berkasih sayang dan berlemah lembut sebagai salah satu cara untuk mencari sasaran dakwah. Al Fatihah digelar sebagai ‘Sabu’n Masani’ iaitu tujuh pujian. Segala ayat di dalam Al Fatihah sebenarnya bertujuan memuji diriNya sebanyak 17 kali sehari semalam sebagai kewajipan. Tidak hairanlah Allah memulakan surah ini dengan memuji dirinya sendiri disamping memulakan dengan namaNYa pada ayat pertama. Persoalan pujian. Ulama’ Khalaf aliran kalam dalam sebuah kitab (pengarangnya merahsiakan nama) ‘Miftahul Jannah’ menyebut berkenaan pujian kepada Qadim. Puji Qadim bermakna kita memuji Allah yang sediakala dan teragung. Manakala pujian kepada penciptaan manusia dan insan dikenali sebagai pujian makhluk atau pujian Hadis/aradh. Pujian kepada Allah adalah wajar. Manakala pujian kepada makhluk dibenarkan dengan penyertaan pujian kepada penciptanya. Sebagai contoh sekiranya kita menziarahi rumah rakan kita. Kita sejurus akan meuji perabot dan bunga perhiasan dalam rumahnya. Apakah perasaan tuan rumah itu? Tentulah beliau turut merasa gembira dan suka dengan pujian kita walaupun kita hanya memuji peralatannya. Inikan pula Allah yang Maha Pencipta. Apakah hukum bagi kita memuji manusia? Bolehkah kita selaku pendakwah meminta pujian daripada manusia. Dalam Surah Ali Imran :188 bermaksud áÇó ÊóÍúÓóÈóäøó ÇáøóÐöíäó íóÝúÑóÍõæäó ÈöãóÇ ÃóÊóæÇú æøóíõÍöÈøõæäó Ãóä íõÍúãóÏõæÇú ÈöãóÇ áóãú íóÝúÚóáõæÇú ÝóáÇó ÊóÍúÓóÈóäøóåõãú ÈöãóÝóÇÒóÉò ãøöäó ÇáÚóÐóÇÈö æóáóåõãú ÚóÐóÇÈñ Ãóáöíãñ ‘ Janganlah sekali-kali kamu menyangka bahawa orang-orang yang gembira dengan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka suka supaya dipuji terhadap perbuatan yang belum mereka kerjakan, janganlah kamu menyangka bahawa mereka terlepas dari siksa dan bagi mereka siksa yang pedih’ (ali-Imran : 188) Ayat ini sebenarnya diturunkan kepada golongan munafiq dan ahli kitab yang selalu menginginkan perhatian Rasulullah. Kononnya merekalah asal manusia yang berpegang dengan agama tauhid. Mereka mengatakan merekalah yang layak mendampingi Rasulullah dan bukannya golongan penyembah berhala jahiliyyah Quraisy. Inilah antara sebab Abdullah bin Saba’ mengasaskan fahaman Syiah apabila beliau tidak berjaya mendapat perhatian Khalifah Saiyidina Uthman Al Affan. Walaubagaimanapun kita dibolehkan meraih perhatian masyarakat terhadap organisasi kita. Kerana organisasi Islam adalah lambing dan syiar kemegahan Islam itu sendiri. Memang akan terdapat manusia di dalam jamaah itu yang akan berbangga dan riya’ dengan usahanya, akan tetapi keperatusannya amatlah sedikit berbanding dengan pujian individu. Bagaimanakah sekiranya kita menunjukkan amal kita agar dilihat orang ramai. Perhatikan surah Al Baqarah ayat 271 ini, Åöä ÊõÈúÏõæÇú ÇáÕøóÏóÞóÇÊö ÝóäöÚöãøóÇ åöíó æóÅöä ÊõÎúÝõæåóÇ æóÊõÄúÊõæåóÇ ÇáÝõÞóÑóÇÁ Ýóåõæó ÎóíúÑñ áøõßõãú æóíõßóÝøöÑõ Úóäßõã ãøöä ÓóíøöÆóÇÊößõãú æóÇááøåõ ÈöãóÇ ÊóÚúãóáõæäó ÎóÈöíÑñ ‘ Jika kamu menampakkan sedekahmu, maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang faqir, maka menyembunyikannya itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan –kesalahanmu, dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan’ (al-Baqarah : 271) Disini kita melihat A;llah tidak mecela amal yang ditunjuk orang. Tiada seorang manusiapun yang boleh membaca tahap riya’ atau keikhlasan manusia lain. Maka lantaran itulah amal yang dipertontonkan tidak boleh diklasifikasikan sebagai riya’ atau syirik kecil. Bagi penulis, amal yang mewakili organisasi Islam wajar dipertontonkan agar menjadi contoh, syiar dan method dakwah yang efficient. Walaubagaimanapun amalan individu yang selalu dipertontonkan boleh dinasihati dan bukan dihukumi secara wewenang. Akhlak Pendakwah. Allah sebagai pencipta manusia amat berkasihan dengan kita. Di sini perlu kita selaku pendakwah memerhatikan seni dalam kita bergaul dengan pelbagai segmen masyarakat. Sikap hilmun (sopan santun) dalam pertuturan orang yang lebih tua, sikap memanja dan mengusap-usap kepala golongan yang muda adalah sikap yang boleh menukar fahaman, hati dan perasaan mad’u. Kita cukup sedih melihat hari ini pendakwah seolah-olah manager atau pengurus untuk program semata-mata dengan diharapkan manusia akan datang kepadanya menyerah diri untuk Islam. Andaian kolot ini menyebabkan ramai dikalangan pendakwah hanya bergoyang kaki dan tidak proaktif mencari anak usrah, mad’u dan sasaran untuk diceritakan Islam padanya. Allah menggagaskan sikap ‘azillatin a’la Al Mukminin’ iaitu berlembut dengan mukmin. Alangkah bahayanya sikap sesetengah pekerja Islam yang amat memusuhi rakan seanggotanya lebih daripada membenci musuh agama. Alasan mereka adalah mereka membenci dan memulau dngan tujuan berkasih sayang. Allah menggagaskan juga sikap a’i’zzatin a’la Al Kafirin iaitu membenci kepada kafirun. Tetapi adakah perlu kita membenci golongan non-muslim. Persoalan juziyyahnya adalah kita perlu membenci sibghah atau acuan kekufuran seperti sikap sekularisme dan sikap yang menyokong system kemanusiaan yang batil.
|