![]() Pendita Bitara bukan suatu evolusi yang pasif... PERJUANGAN BAHASA MELAYU Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita. (Pendita Bitara) RENCAH HIDUP Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar. Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan. Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian. Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup. Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?” ( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih) Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani A. Samad Said (sasterawan Negara) Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017
PENTAS KAJI BUKU LANDSKAP SIASAH SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ) JAISYU MUHAMMAD
Utusan Berita Harian Harian Metro Buletin Malaysiakini Marhaen
saifulislam Abdul Hadi Bin Alias (UTP) Lirik Nasyid (Sahabatku Amni) Puisi Nurani Lindungan Bulan Along Effendi Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni) Mujahidah UIA Diari Mujahid UBU Fathi Reformist Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)
PAS Ikhwanul Muslimin KEADILAN JIM KERSANI training Terengganukini Persatuan Ulama' PAKSI
Bahan Tarbiah Biografi Ulama' dan Tabiin Komik dakwah Sirah nabi berserta nota dan peta-peta Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam) Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi) Rujukan Fiqh dan Syariah Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room) nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini.... Mari Kenal Ulama' Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku Ummah Muslimin MyKULIAH(MP3) Rujukan Al Quran Rujukan Hadis-hadis Fatwa Al-Qaradhawi Cintailah buku dan Bahasa kita Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..
PMIUM bersamamu... ISIUKM PMIUTM Gegar Selatan PKPIM Ikatan Persaudaraan Jepun Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian
online hits since 21 April 2006 |
|
tafsir al-fatihah(ayat 4) ãóÇáößö íóæúãö ÇáÏøöíäö " Yang menguasai Hari Agama (pembalasan)" (Surah Al fatihah : 4) Pada tafsiran yang lalu telah kita kupas berkenaan kepujian yang patut kita berikan kepada pencipta mayapada ini. Disebutkan juga sikap hilmun dan kasih sayang yang patut ada dalam jiwa penggerak Islam. Kali ini penulis cuba untuk teruskan ulasan berkenaan kekuasaan Allah yang digambarkan pada ayat ke empat ini. Sebelum itu telah kita ketahui segala pujian Al fatihah ini ditujukan khusus kepada Allah tuhan sekalian Alam. Istilah Rabb digunakan. Istilah ini menunjukkan penguasaan, penciptaan dan pengasuhan allah terhadap makhluknya. Dan sasaran bagi sifat ini adalah A'lam. Perkataan Rabbul Alamin bermaksud sekalian alam dikuasai oleh tuhan yang dinamakan Allah (dalam ayat pertama). Alama-alam yang berkaitan bukan sekadar ekologi dunia, sistem udara dan air tetapi merangkumi alam barzakh, alam lahut, alam malakut (malaikat) dan alam akhirat yang serba hebat. Inilah penguasaanNya. Selepas Allah memuji dirinya dan menyebut pula sikap lemah lembutnya yang berunsur targhib, maka Allah juga menerangkan unsur ancaman dan berjaga-jaga (tarhib) iaitu Dialah penguasa hari pembalasan. Perkataan Hari Agama (AdDin) juga bermaksud
Perbahasa Arab 'Kama tadinu, tudanu' iaitu bermaksud Sebagaimana kamu perbuat begitulah pembalasannya. (rujuk Tafsir Al Manar Muhammad Rasyid Redha) Ulasan Ulama' Qiraat Ada ulama' yang memebaca Maaliki iaitu mimnya dibaca panjang kerana ianya membawa maksud Raja atau penguasa/pemilik. Ada ulama' yang membaca Maliki iaitu mimnya dibaca pendek kerana bererti Maha Penguasa. Bacaan ini lebih dalam ertinya dan membawa maksud jelas iaitu Maha Kerajaan, Maha Penguasaan dan Maha Perencana. Penguasaan Allah walaupun terjurus kepada alam-alam, ia tetap terfakus kepada pengasuhan manusia iaitu khalifah muka bumi. Kerana itulah dalam Surah An Nas perkataan Maliki An Nas dibaca pendek yang memebawa maksud yang Maha Menguasai Bangsa Manusia yang berakal. Tidak pula disebut Maliki Asyaa' (iaitu tuhan Maha Menguasai benda-benda). Sekitar Kerajaan. Dihari pembalasan ini Allah akan menyeru kepada semua penguasa-penguasa atau raja-raja manusia agar dibandingkan dengan kekuasaanNya pada hari tersebut. Lantran itu Surah ini adalah umpama tazkirah secara sindiran kepada golongan penguasa agar mengingati hubungan vertikal yang Maha Agung. Allah amat melaknat golongan pemerintah yang menggunakan kekuasaan mereka untuk menghancurkan manusia yang lemah. Sebagai contoh kemunculan raja-raja Yahudi yang kemudiannya menggunakan kekuasaan untuk menhancur manusia beriman dalam surah Al Buruj ayat 4-7, ÞõÊöáó ÃóÕúÍóÇÈõ ÇáÃõÎúÏõæÏö(٤)ÇáäøóÇÑö ÐóÇÊö ÇáæóÞõæÏö(٥)ÅöÐú åõãú ÚóáóíúåóÇ ÞõÚõæÏñ(٦)æóåõãú Úóáóì ãóÇ íóÝúÚóáõæäó ÈöÇáãõÄúãöäöíäó ÔõåõæÏñ(٧) "Binasa dan laknatlah orang-orang yang membuat parit. Yang berapi kayu bakarnya. Ketiak mereka duduk di sekitarnya. Sedang mereka menyaksikan apa yang mereka buat terhadap orang-orang beriman". Sikap perbuatan zalim ini turut dijelaskan oleh Rasulullah dalam beberapa Hadis yang diriwayatkan oleh ulama' Hadis masyur berkenaan Hadis Ghulam (kisah pemuda yang dihukum bunuh). Dalam kisah ini menggambarkan betapa hasadnya golongan taasub yahudi (Bani Israel) terhadap Nabi dan agama Tauhid yang dibawa Oleh Nabi Isa (juga daripada Bani Israel). Kekejaman ini digambarkan dan akan berulang lakunya sehingga kiamat. Nasihat Kepada Pemerintah. Nasihat adalah perlu diberikan kepada golongan pemerintah secara berhikmah dan mengikut methodologi zaman. Nasihat juga boleh diberi secara sindiran, dakwah umum atau muwajahah silmiyyah. Para pemerintah memerlukan nasihat yang sesuai dengan statusnya. Bukan semua pemerintah akhir zaman boleh berlapang dada seperti Umar Al Khattab R.A. Perkataan Nasihat berasal daripada perkataan 'Nasaha Ar Rajulu Saubahu' iaitu seorang lelaki menjahit kainnya. Perkataan Nasaha disini bermaksud menjahit. Jahitan adalah perilaku yang positif dan membawa keuntungan kepada kain yang awalnya tidak cantik sedikit pun. Atau diambil dari perkataan " Nasahtu Al A'sal" iaiti aku menapis manisan. Istilah menapis (Nasaha) membawa erti refining, mencantikknya, memeprhaluskan dan sebagainya yang memebawa erti pembaikkan. Jadi Nasihat yang memebawa madu' lari dari jalan dakwah, nasihat yang tidak berhikmah bukannya mengikuti erti Nasihat sebenarnya. (rujuk Syarah Hadis 40: Mustafa Abdul Rahman). Ini dilihat bagaimana Sheikh Daud Al Fatani menyelitkan bab Kerajaan dalam kitab terkenalnya berkenaan solat iaiatu Muniatul Musolli. Lihatlah betapa seninya ulama' silam. Mereka memberi ingatan secara hikmah apabila Raja Patani ketika itu meminta beliau menyiapkan risalah berkenaan solat khusus untuk baginda.
|