![]() Pendita Bitara bukan suatu evolusi yang pasif... PERJUANGAN BAHASA MELAYU Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita. (Pendita Bitara) RENCAH HIDUP Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar. Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan. Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian. Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup. Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?” ( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih) Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani A. Samad Said (sasterawan Negara) Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017
PENTAS KAJI BUKU LANDSKAP SIASAH SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ) JAISYU MUHAMMAD
Utusan Berita Harian Harian Metro Buletin Malaysiakini Marhaen
saifulislam Abdul Hadi Bin Alias (UTP) Lirik Nasyid (Sahabatku Amni) Puisi Nurani Lindungan Bulan Along Effendi Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni) Mujahidah UIA Diari Mujahid UBU Fathi Reformist Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)
PAS Ikhwanul Muslimin KEADILAN JIM KERSANI training Terengganukini Persatuan Ulama' PAKSI
Bahan Tarbiah Biografi Ulama' dan Tabiin Komik dakwah Sirah nabi berserta nota dan peta-peta Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam) Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi) Rujukan Fiqh dan Syariah Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room) nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini.... Mari Kenal Ulama' Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku Ummah Muslimin MyKULIAH(MP3) Rujukan Al Quran Rujukan Hadis-hadis Fatwa Al-Qaradhawi Cintailah buku dan Bahasa kita Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..
PMIUM bersamamu... ISIUKM PMIUTM Gegar Selatan PKPIM Ikatan Persaudaraan Jepun Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian
online hits since 21 April 2006 |
|
tafsir al-fatihah(ayat 5) ÅöíøóÇßó äóÚúÈõÏõ æÅöíøóÇßó äóÓúÊóÚöíäõ " Kepadamulah semata kami beribadah dan kepadamulah sahaja tempat kami memohon pertolongan" (Al Fatihah : 5) Penegasan Tauhid Ayat ini merupakan petanda bahawa Al Fatihah menegaskan perihal ubudiyyah dan tauhidnya. Perlu ditegaskan bahawa Surah Al Fatihah adalah konklusi kepada keseluruhan intipati kitab samawi termasuk Al Quran. Antara intipati penegasannya ialah perihal tauhid. Disini kita melihat perkataan na'budu iaitu istilah kami sembah. Terma ini menjelaskan tauhid Rububiyyah. Tauhid ini adalah membuktikan bahawa alam maya ini mempunyai suatu pencipta dan raja segala raja lantaran adanya 'perhambaan' dan golongan 'hamba' tersebut. Manakala penegasan Uluhiyyah terdapat dengan memerhatikan istilah Iyyaka iaitu membawa maksud 'hanya kepada mu semata-mata'. Klausa ini mematikan hujah bahawa diperbolehkan kita beribadah kepada sesiapa sahaja tanpa mengira siapa tuhan kita. Tauhid ini adalah penyucian fikrah kita daripada pergantungan kepada sesiapa sahaja termasuk;
Walaupun tempat pergantungan kita itu adalah golongan yang baik. Namun perlu dibezakan unsur Ikhtiyariy dengan pergantungan ini. Al Fatihah sebagai Doa' dan konsep tawakal. Disini jelas bahawa Al Fatihah adalah suatu Surah yang berbentuk doa'. Terdapat ramai ulama' yang membenarkan kita mengangkat tangan doa' semasa membaca Surah ini. Allah menegaskan bahawa setiap permintaan dan pertolongan yang ingin kita pinta memerlukan usaha dan bayarannya terlebih dahulu iaitu perhambaan dan penundukan kepadanya. Firman Allah æóãóÇ ÎóáóÞúÊõ ÇáÌöäøó æóÇáÅöäÓó ÅöáÇøó áöíóÚúÈõÏõæäö " Dan tidak aku ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaku" (Surah Az Zariat : 56) Kita diminta untuk bertawakal selepas usaha yang kita laksanakan. Tawakal ialah menyerah diri kepada Allah SWT, redho terhadap ketentuannya mengikhlaskan niat kita dan memperbaiki sangkaan kita terhadapNya. Adapun marhalah Tawakal adalah antara tingkatan tertinggi golongan sufi yang merasakan bahawa dunia ini tidak berguna padaNya. Pokok tawakal ialah teguh hati kita dengan meyakini kesemua perkara adalah ditangan Allah. Kemudian perlu hati kita merasa aman dan bertenang dan tidak bimbang dengan ketentuanNya. Firman Allah ÝóÅöÐóÇ ÚóÒóãúÊó ÝóÊóæóßøóá Úóáóì Çááøåö Åöäøó Çááøåó íõÍöÈøõ ÇáãõÊóæóßøöáöíäó "Apabila kamu telah berazam (bertekad dan berusaha) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah sukakan golongan yang bertawakal" ( Surah Ali Imran :159) Namun dalam bertawakal tidak dapat tidak akan termasuk unsur duniawi atau ikhtiyar mahkluk untuknya. Ulama' menetapkan bahawa terdapat 2 jenis sebab duniawi yang boleh disertai dengan tawakal. 1) Sebab keagamaan : iaitu apabila kita berdoa, bermunajat, beribadah dengan tekun kemudian kita meminta sesuatu, maka Allah boleh memberi sesuatu yang kita pinta samada secara tunai atau ditangguhkan di akhirat mahupun diberi dalm bentuk kaffarah dosa. Namun perlu diingatkan bahawa ibadah kita bukan penentu untuk kita mendapat pertolongan dan pahala dariNya. 2) Sebab Keduniaan : Iaitu lantran usaha kita sebagai contoh kita berubat secara moden atau tradisional untuk kesemua penyakit kita. Usaha ini juga membawa kepada pertolongan dan boleh disertai dengan tawakal. Ayat Ali Imran 159 menegaskan kepada kita agar berusaha bekerja dan menyara hidup daripada meminta-minta dalam kehidupan. Manusia digesa berazam dan berusaha gigih disamping doa. Namun ada pengecualian kepada golongan yang terkhusus untuk kerja sesuatu. Mereka boleh meminta saraan daripada muslimin lain. Sebagai contoh pada zaman Rasulullah, golongan Suffah diberi tugasan untuk mengimarah masjid, menjaga masjid serta menjadi pendengar hadis yang setia seperti Abu Hurairah. Lantaran itulah mereka diberi makan oleh para sahabat yang lain. Pada zaman tersebut perkerjaan utama adalah berniaga. Tiada gaji tetap untuk penjaga masjid, tentera atau sebagainya. Mereka berperang bilamana diperlukan dan seluruh rakyat adalah tentera. Tugas pengkhusussan mula menjadi suatu kerjaya apabila zaman Saidina Umar RA yang membuat Diwan, Pegawai POS, Tentera dan Polis bandar dengan gaji tetap dan bermulalah era pekerjaan selain perniagaan dan pengkhususan tidak lagi dianggap sebagai orang yang tiada kerja. Konsep Ibadah Sahihah. Dalam ayat ini juga mengajar kita erti ibadah. Ibadah bermaksud penundukan dan ketaatan kita kepada Allah semata-mata. Sheikh Rashid Redho dalam Tafsir Al Manarnya menyatakan nilai penundukan dan ketaatan makhluk kepada rajanya tidak boleh dikatakan sebagai Ibadah walaupun ada unsur perhambaan dan ketaatan di situ. Ibadah ialah suatu pekerjaan yang disertai dengan keikhlasan mendalam, niat yang tulus, bebas daripada tujuan lain dan dikhususkan untuk Allah SWT. Ibadah terdapat 2 bahagian iaitu: 1) Ibadah Khusus : suatu Ibadah yang dimaktubkan secara jelas dalam Al Quran dan disarankan dalam Hadis dan Athar Rasulullah. Seperti Ibadah Solat, Nikah, Zakat dan berhaji.iBadah ini dilarang sama sekali penambahan dan ubahsuai yang boleh membawa kepada Bida'ah Dzalalah. Adapun beberapa tindakan berdoa dan berlafaz niat solat dilakukan selepas dan sebelum Ibadah khusus dilakukan tidak dikatakan Bida'ah sebaliknya sebagai galakan untuk beribadah. Ibadah khusus mempunyai syarat dan rukunya yang semestinya berpandukan kepada kaedah Rasulullah dan para Sahabat Ajmai'n. 2) Ibadah Umum : Ibadah ini dilakukan secara tidak langsung. Segala perbuatan yang diniatkan untuk mendapat pahala asalkan mengikut syara' tiada nas yang mengharamkan, tidak melampaui batas dan berniat ikhlas maka sesuatu itu dinamakan Ibadah umum. Contohnya membaca buku agama dan akademik, makan, memebrsih rumah dan mengarang untuk dakwah. Walaubagaimanapun terdapat sebahagian ulama' yang mangkhususkan pahala sekadar perkara yang dinaskan daripada sunnah Rasulullah yang sahih. Walaupun saranan ini kelihatan untuk memebrsihkan ibadah daripada bida'ah, namun usaha ini kadangkala menyempitkan pengertian Ibadah yang disebut dalam Surah Az Zariat ayat 56 tersebut. Perihal Tawasul. Ramai yang terjebak dengan perbahasan tawasul serta tidak dapat membezakan tawasul denga syirik kepada Allah. Meminta pertolongan daripada makhluk selain Allah adalah sesat dan syirik. Namun terdapat ulama' sufi yang menghgunakan usaha tawasul (berdoa dengan disertai dengan penyertaan nama sheikh, Rasul dan Nabi sebagai penguat doa') untuk memudahkan penyampaian doa' mereka. Mereka menggunakan ayat Al Maidah :35. íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇú ÇÊøóÞõæÇú Çááøåó æóÇÈúÊóÛõæÇú Åöáóíåö ÇáæóÓöíáóÉó æóÌóÇåöÏõæÇú Ýöí ÓóÈöíáöåö áóÚóáøóßõãú ÊõÝúáöÍõæäó " Wahai orang-orang beriman, takutlah kalian kepada Allah, dan carilah jalan (Al wasilah) kepadaNya, dan bersungguh-sungguhlah (Al Jihad) ke jalanNya Moga kamu mendapat kejayaan". (al-Maidah : 35) Tafsiran ulama' sufi ialah kita disaran mencari jalan (kaedah tawassul) untuk mendapat rahmat dan memudahkan doa' kita. Ianya seolah-olah recomandation daripada golongan mulia kepada kita. Namun berdasarkan hadis Rasulullah, Al wasilah bermaksud tempat khusus untuk Baginda nanti di syurga. Walaubagaimanapun Ulama' salafiyyah pula menyatakan syirik bagi kita untuk bertawasul. Perkara ini ditentang hebat oleh Sheikh Muhammad Abduh dan Sheikh rasyid Redho yang tidak ingin melihat kejatuhan Islam semata-mata kelemahan dan keterpesonaan umat Islam dalam kancah sufi dan tawasul. Namun dalam hal ini. Imam Hassan Al Banna menegaskan perbuatan tawasul tidak boleh dikatakan syirik selagi mana perwasilahan itu bukan berbentuk penyembahan dan pemujaan kubur. Tetapi ada baiknya bertawasul hanya melalui Baginda Rasulullah SAW yang jelas maksum dan terpeliharan daripada penyerupaan Iblis dan Jin. Perbahasan Istia'nah. Apabila kita berbahas mengenai pertolongan iaitu istia'nah Allah kepada kita, kita tidak akan terlepas daripada memandang pertolongan itu sebagai Nasrullah atau bantuan Allah yang maha kaya. Nasrullah lebih manfaatnya kepada golongan muslimin kerana bantuannya akan melemahkan musuh Islam dengan perantaraan tentera malaikat. Inilah bantuan yang dicita-citakan oleh para mujahidin. Pelbagai perkara pelik berlaku di medan jihad kerana bantuan khusus ini. Dalam bab istia'nah kita dibolehkan mendapatkan pertolongan daripada golongan kafir dan munafiq serta fasiq. Ini terbukti apabila Rasulullah telah membenarkan Abdullah Bin Ubai turut serta dalam beberapa siri peperangan baginda. Juga peristiwa Abu Mahjan yang mabuk menyertai peperangan menentang Parsi. Dalam meminta pertolongan kaum kafir ulama' berkhilaf:
Rasulullah pernah menghantar tamar ajwat dan memberi 5 ratus dinar kepada Quraisy Mekah semasa dilanda kemarau. Jadi sini kita boleh meinta pertolongan dalam persefahaman yang membawa kearah kebaikan (tahalluf) dan boleh memberi pertolongan juga kepada mereka, atas sifat Rahman dalam jiwa pendakwah. Posted at 03:10 am by Pendita Bitara
|
||||||||||||||||||||||||||||