![]() Pendita Bitara bukan suatu evolusi yang pasif... PERJUANGAN BAHASA MELAYU Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita. (Pendita Bitara) RENCAH HIDUP Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar. Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan. Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian. Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup. Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?” ( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih) Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani A. Samad Said (sasterawan Negara) Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017
PENTAS KAJI BUKU LANDSKAP SIASAH SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ) JAISYU MUHAMMAD
Utusan Berita Harian Harian Metro Buletin Malaysiakini Marhaen
saifulislam Abdul Hadi Bin Alias (UTP) Lirik Nasyid (Sahabatku Amni) Puisi Nurani Lindungan Bulan Along Effendi Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni) Mujahidah UIA Diari Mujahid UBU Fathi Reformist Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)
PAS Ikhwanul Muslimin KEADILAN JIM KERSANI training Terengganukini Persatuan Ulama' PAKSI
Bahan Tarbiah Biografi Ulama' dan Tabiin Komik dakwah Sirah nabi berserta nota dan peta-peta Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam) Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi) Rujukan Fiqh dan Syariah Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room) nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini.... Mari Kenal Ulama' Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku Ummah Muslimin MyKULIAH(MP3) Rujukan Al Quran Rujukan Hadis-hadis Fatwa Al-Qaradhawi Cintailah buku dan Bahasa kita Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..
PMIUM bersamamu... ISIUKM PMIUTM Gegar Selatan PKPIM Ikatan Persaudaraan Jepun Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian
online hits since 21 April 2006 |
|
tafsir al-fatihah(ayat 6) ÇåÏöäóÇ ÇáÕøöÑóÇØó ÇáãõÓÊóÞöíãó "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus" (surah Al Fatihah :6) Kali ini kita akan cuba menghalusi kemuncak bagi matlamat Surah Al fatihah yang sebenarnya. Inilah matlamat utamanya iaitu suatu doa untuk memohon jalan yang lurus. Kenapakah disebut jalan yang lurus? Kenapa tidak dikatakan jalan yang satu atau jalan yang terpilih? Sifat lurus pada jalan adalah jalan yang semestinya disukai dan akan dipilih oleh seorang pemandu. Mereka akan memilih jalan yang mudah dibawa tanpa memerlukan tenaga yang lebih untuk mengawal kenderaan. Inilah perumpamaan ayat ini. Jalan yang lurus. Suatu ketika Rasulullah SAW pernah menggariskan pada tanah satu garisan. Kemudian Rasulullah membuat garis-garis yang bercabang daripada garisan induk tersebut. Lalu baginda membacakan ayat Al Ana'am ayat 153 æóÃóäøó åóÜÐóÇ ÕöÑóÇØöí ãõÓúÊóÞöíãÇð ÝóÇÊøóÈöÚõæåõ æóáÇó ÊóÊøóÈöÚõæÇú ÇáÓøõÈõáó ÝóÊóÝóÑøóÞó Èößõãú Úóä ÓóÈöíáöåö " Dan sesungguhnya inilah jalanku yang lurus maka ikutilah ia, dan janganlah kamu ikut akan jalan-jalan yang lain, kelak ia akan memecah belahkan kamu" Jalan yang lurus adalah impian setiap manusia. Jaln ini juga dikenali oleh golongan kafir sebagai jalan hidup yang bahagia. Agama Budhha menganggap Nirvana dan Mokhsha sebagai matlamat hidup. Terdapat agama lain yang ingin bersatu hidupnya dengan tuhan. Islam selaku nahjus Sohih yang menjadi nizam al hayah memberi pelbagi solusi lengkap kepada manusia. Lihatlah satu persatu system nya:
Pengertian Hidayah. Menurut Jamaain Abdul Murad dalam Tafsir Juzu' Amma dan Sheikh Rashid Redho dalam Tafsiran Al Manarnya, manusia sedari kecil sudah diberikan hidayah. Iaitu :
Penggunaan Akal untuk mendapat Hidayah. Dalam Surah As Syams Allah berfirman, ÝóÃóáåóãóåóÇ ÝõÌõæÑóåóÇ æóÊóÞúæóÇåóÇ " Maka diilhamkan kepada manusia jalan yang buruk (fujur) dan jalan yang baik (taqwa)" (Surah As Syams :8) Maka setiap manusia akan diilhamkan jalan baik dan buruk berdasarkan kemahuan dan kehendaknya. Apabila seseorang manusia inginkan jalan kebaikan Allah akan membantu dan meluaskan dadanya untuk Islam. Rasulullah menegaskan bahawa orang yang diinginkan Allah akan kebaikkannya maka akan diberi kefahaman Ilmu agama walau apa latarbelakangnya sekalipun. Kita melihat bagaimana Pluto dan Xeno ahli falsafah Yunani yang diilhamkan pelbagai idea yang bernas dan baik untuk masyarakatnya. Tamadun ini juga menyediakan basis demokrasi yang dekat dengan system keadilan Islam. Lantaran itulah ada yang berpendapat terdapat petunjuk atau Nabi yang diutuskan kepada bangsa Yunani ini. Kita juga melihat bagaimana golongan Yahudi yang anarkis serta degil diberikan pelbagai idea yang saban kurun menyusahkan umat manusia seluruhnya. Idea teori Darwin yang menghasilkan pertembungan rasial seluruh dunia, Teori Komunis yang banyak memakan nyawa serta ternyata songsang dari fitrah kemanusiaan, teori kapitalisme yang menekan sesetengah indidividu dan bersifat rasis, idea pertembungan Islam dengan blok barat yang menghasilkan pertembungan Islam dengan barat secara berterusan serta banyak idea lagi yang menyesakkan manusia. Jaln –jalan kejahatan ini dibantu oleh Iblis dan Syaitan atas keizinan Allah. Disinilah perana manusia berdoa agar diberikan idea dan ilham untuk maslahah umat, idea untuk membangunkan umat dan idea untuk pembinaan yang muslih. Perlunya manusia akan tali yang sejahtera. Firman Allah æóÇÚúÊóÕöãõæÇú ÈöÍóÈúáö Çááøåö ÌóãöíÚÇð æóáÇó ÊóÝóÑøóÞõæÇú "Berpegang teguhlah dengan tali Allah secara beramai-ramai dan janganlah berpecah belah" (Surah Ali Imran : 103) Tali ini juga disebut sebagai U'rwatul U'sqa iaitu tali yang sejahtera. Bantuan (jalan) ini hanya didapati setelah kita mengkufuri perkara-perkara toghut (fujur). Disini jelas bahawa di dunia ini hanya ada 2 sahaja blok. Blok Islam serta blok jahiliyyah yang menyesatkan. Blok Islam diperolehi jika kita menidakkan blok kesesatan tersebut. Inilah syarat untuk mendapat tali yang sejahtera tersebut. Golongan yang tidak mendapat Tali Hidayah Allah. Golongan ini sdisebutkan sebagai golongan ilhad. Golongan yang umumnya dikenali sebagai ideologist ini akan tyerseungkur akhirnya. Mulhidun adalah perlambangan manusia yang tidak dibenarkan memilih jalan taqwa (jalan takutkan Allah). Ciri-ciri mereka adalah:
Telah terbukti ideaologi yang berasaskan secular dan atheis (Darwinisme dan Marxisme) telah menghasilkan porak peranda dis eluruh dunia. Teori ini hanya mengahasilkan golongan hero rimba yang menindas golongan lemah. Lihatlah teori kolektif komunisme (taa'ddudiyyah), kita melihat dimana kesamarataan yang dicanangkan hanya retorik yang indah. Sebaliknya penindasan golongan yang tidak berdaya, golongan beragama, golongan berpenyakit begitu teruk sekali. Mereka sendiri tidak tenang dan tidak tahu arah kemana teori mereka. Mereka sendiri terpaksa mengubah teori asal Marx ke bentuk yang lain serta lebih agresif dan kejam (Bolshevik). Mereka tertekan dan menderita atas kesilapan mereka sendiri.
Golongan yang tersesat akan senantiasa memikirkan nasibnya sahaja kerana tiada bimbingan kuasa lain yang besar. Akal dan jasad mereka adalah cagaran bagi menongkah arus kemanusiaan. Mereka mencaturkan sosiologi manusia mengikut naluri hati tanpa memikirkan hubungan erat timbal balik yang Allah sarankan. Mereka akan terjebak dengan ideology yang mementingkan kepentingan bangsa, negara, ras dan suku mereka. Inilah assobiyyah yang haram untuk diikuti.
Ideologi sesat banyak menghasilkan durjana-durjana yang kononnya sebagai solusi sebaliknya bertindak sebagai pemusnah system kekluargaan dan masyarakat. Manusia mula menerapkan fahaman ananiyyah dan individualisme. Merteka lupakan kepentingan jiran, keluarga, adab sopan dan kehormatan maruah keluarga seperti yang Islam bawakan. Komunis telah lama memisahkan anak-anak daripada ibu bapa kerana anak yang sihat akan menjadi milik negara (seperti fahaman kerajaan Sparta Yunani kuno). Mereka lupakan maluri tradisi mereka terhadap kasih sayang dan hati. Inilah fahaman sesat yang dibauri oleh pandaun syaitan untuk memusnahkan ajaran hilmun bawaan Rasulullah SAW. Terdapat banyak lagi natijah dan implikasi buruk akibat ketiadaan hidayah dan petunjuk ke arah yang lurus dan salimah. Maka sebagai golongan pendakwah, seharusnya kita juga memohon petunjuk agar tidak menjadi seperti Azazil yang lupakan doa kepada dirinya sendiri..
|