![]() Pendita Bitara bukan suatu evolusi yang pasif... PERJUANGAN BAHASA MELAYU Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita. (Pendita Bitara) RENCAH HIDUP Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar. Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan. Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian. Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup. Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?” ( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih) Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani A. Samad Said (sasterawan Negara) Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017
PENTAS KAJI BUKU LANDSKAP SIASAH SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ) JAISYU MUHAMMAD
Utusan Berita Harian Harian Metro Buletin Malaysiakini Marhaen
saifulislam Abdul Hadi Bin Alias (UTP) Lirik Nasyid (Sahabatku Amni) Puisi Nurani Lindungan Bulan Along Effendi Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni) Mujahidah UIA Diari Mujahid UBU Fathi Reformist Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)
PAS Ikhwanul Muslimin KEADILAN JIM KERSANI training Terengganukini Persatuan Ulama' PAKSI
Bahan Tarbiah Biografi Ulama' dan Tabiin Komik dakwah Sirah nabi berserta nota dan peta-peta Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam) Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi) Rujukan Fiqh dan Syariah Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room) nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini.... Mari Kenal Ulama' Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku Ummah Muslimin MyKULIAH(MP3) Rujukan Al Quran Rujukan Hadis-hadis Fatwa Al-Qaradhawi Cintailah buku dan Bahasa kita Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..
PMIUM bersamamu... ISIUKM PMIUTM Gegar Selatan PKPIM Ikatan Persaudaraan Jepun Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian
online hits since 21 April 2006 |
|
Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI? BENARKAH WUJUD MAKHLUK LAIN DI PLANET DAN GALAKSI YANG LAIN? JIKA Saya telah diajukan satu persoalan berkenaan benarkah ada makhluk lain di planet dan galaksi yang lain. Sebenarnya persoalan berkenaan telah lama saya dapati apabila ada sahaja sesiapa yang bermuzakarah dengan saya. Akan tetapi disebabkan kekangan ilmu, kadangkala jawapan saya masih kabur dan kurang kukuh untuk dijadikan hujah. Secara umumnya saya berhujanh bahawa Rasulullah diutuskan untuk manusia di bumi ini dimana Adam A.S adalah punca adanya manusia. Di Dalam Al Quran tiada langsung hujah mengatakan bahawa terdapat anak cucu bagi Nabi Adam A.S di palnet atau galaksi lain. Sekiranya ada, bermakna kita menuduh Allah berdusta kerana tidak sedikit ayat dalam Quran menjelaskan bahawa Al Quran itu adalah bayanun, dalilun, mubinun dan sebagainya yang jelas dan padat serta tepat. Namun begitu, saya ingin menulis sedikit berkenaan perihal ini selepas meneliti beberapa karya Daripada Ustaz Amaluddin Darus (seorang Pegawai Bomba Pasir Mas Kelantan dan antara salah seorang Senator Dewan Negawa mewakili PAS pada suatu ketika). Beliau mengatakan bahawa tedapat makhluk lain di planet-planet lain. Akan tetapi tujuan penulisan ini bukan bertindak mengkritik wewenang idea tokoh negara yang disegani seperti beliau, tetapi sekadar membawa kekisi perbahasan yang lebih luas dalam menjelaskan kekusutan isu makhluk di planet selain bumi. Faktor masa (tahun 70an) penulisan Ustaz Amaluddin mungkin menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada idea beliau itu. As Sama' itu LANGIT atau AWAN? Banyak karya Ustaz Amaluddin dalam buku-buku yang nipis, dan beliau (ustaz Amaluddin) adalah simbol bagi golongan intelektual yang cintakan ilmu agama dan ilmu Al Quran. Beliau mengkaji dan Firman Allah, Dan di antara ayat-ayat Nya adalah menciptakan langit(as-Sama') dan bumi dan makhluk-makhluk melata (Dabbah) yang Dia sebarkan pada keduanya. Dan dialah Maha Kuasa mengumpulkan semuanya apabila dikehendakiNya. Asy Syura ayat 29. Ustaz Amaluddin menjelaskan bahawa perkataan Daabbah (haiwan melata) adalah makhluk yang melata (bukan jin dan malaikat) yang terdapat diantara langit dan bumi. Disini kelihatannya beliau meletakkan perantaraan had ialah bumi dan langit yang amat luas dan tinggi. Sekiranya meletakkan langit dan bumi sebagai julat kawasan (domain) maka kelihatannya akan ada makhluk yang melata dan juga bersifat seperti haiwan di bumi ini dan tidak mustahil haiwan ini juga berakal (haiwanul natiq) seperti manusia juga. Sebelum berbahas lanjut suka untuk saya menjelaskan pula maksud as Sama' itu sendiri. Adakah as Sama' (langit) itu bermaksud LANGIT yang luas serta tidak tergapai itu (yang terdiri daripada 7 lapis walaupun langit dunia juga manusia belum berjaya terokai sepenuhnya) atau pun langit bermaksud awan. Firman Allah, Dialah menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap dan Dialah yang menurunkan air (hujan) dari langit lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki bagi mu, kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahuinya. Surah Al Baqarah ayat 22. Jika pendekatan sains hari ini digunakan sebagai kayu ukur, kita akan mendapati bahawa langit di sini (juga perkataan as Sama' digunakan oleh Allah) adalah AWAN. Hal ini adalah kerana awan mengandungi titisan air yang halus dan akan mengeluarkan air yang kasar melalui proses kondensasi. Jika AWAN digunakan sebagai tafsiran bagi ayat 29 surah Asy Syura, maka kita akan mendapati had dan julat perbahasan adalah diantara bumi dan awan itu sendiri. Secara logiknya memanglah di antara bumi dan langit akan ada haiwan seperti haiwan air, haiwan daratan dan haiwan udara termasuk mikrobiologi yang halus dan tersebar di atmosfera (pada awan dan melepasi sedikit awan). Dalam keadaan vakum, sejuk atau terlalu panas di angkasa serta planet lain, tidak memungkinkan adanya makhluk lain selain manusia dan haiwan yang sedia kita maklumi. Walau bagaimanapun, terdapat ayat Al Quran yang menjelaskan bahawa as Sama' bermaksud LANGIT yang terbentang luas serta meliputi bintang dan planet-planet yang lain. Firman Allah, Maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka bagaimana kami membinanya serta kami menghiasinya (dengan bintang-bintang) dan dengan keadaan tidak ada padanya retak renggang? Surah Al Qaf ayat 6. Perkataan menghiasi semestinyalah bermaksud adanya bintang-bintang seperti yang sudah kita ketahui. Di sini Allah meletakkan perbahasan bahawa langit itu seolah-oleh bumbung berdasarkan mentaliti dan pemikiran manusia silam yang melihat langit sedemikian. Pada saya tiada percanggahan pada ayat ini dan ayat Al Baqarah ayat 22[1]. Rasulullah diutus untuk manusia dan jin sahaja? Rasulullah diutus adalah untuk sekalian alam berdasarkan ayat, Firman Allah, Dan tidaklah Kami utuskan Engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk sekalian alam. Surah Al Anbiya' ayat 107. Perkataan alam menurut Dr Muhammad Said Ramadhan Al Butiy dalam bukunya Kubral Yaqiniyyatil Kauniyah (hakikat Alam Semesta Dan Cakerawala Menuju Iman Yang Teguh) menyatakan bahawa maksud alam semesta adalah termasuk segala penciptaan Allah seperti bumi, langit, planet, malaikat dan sebagainya. Jika tafsiran ini dilihat secara kasar, kita akan mengatakan bahawa Rasulullah diutuskan untuk menyampaikan risalah kepada makhluk di seluruh planet-planet yang lain. Akan tetapi perlu diperhatikan juga perkataan Rahmah lil Alamin. Rahmat tidak sahaja bermaksud menyampai risalah dan dakwah, akan tetapi ianya adalah bermaksud tanda kemakmuran dan kegembiraan dengan kelahirannya Baginda SAW. Jadi rahmat sekalian alam bukan sekadar bermaksud dakwah dan risalah kepada manusia di bumi ini, tetapi juga sebagai kegembiraan dan apresiasi Allah kepada makhluk di langit (malaikat). Mengapa saya mengatakan Rasulullah hanya diutus untuk manusia dan jin? Hal ini jika meneliti ayat ringkas iaitu Firman Allah, Hai orang yang berselimut, bangunlah lalu berilah peringatan Surah Al Muddathir ayat 1-2 Di sini kewajipan diberikan kepada Rasulullah untuk berdakwah dan memberi peringatan. Kepada siapa? Tentulah kepada kaumnya iaitu MANUSIA. Dalam surah Jin[2] barulah dinyatakan bahawa Rasulullah juga diutuskan untuk berdakwah kepada makhluk bernama jin. Rasulullah diutuskan untuk memberi peringatan dan ajarannya serta sunnahnya adalah suatu sunnah yang khusus untuk manusia dan jin ikuti. Lantaran itulah Allah mengiayakan golongan yang mengatakan bahawa Rasulullah sebagai basyarun Misluna (makhluk yang serupa macam kami juga). Sunnah dan perbuatan nabi perlu kena dan cocok dengan perbuatan makhluk yang dijadikan sasaran dakwahnya. Ini hakikat kerasulan baginda. Sahabat nabi diutuskan kepada negara Kesimpulan. Kesimpulannya masih terdapat banyak dalil dan kekisi perbahasan yang boleh dibongkar untuk menafikan bahawa adanya makhluk lain di palanet-planet dan galaksi yang lain. Kekisi dan perspektif yang saya bawakan hanya sekadar kemampuan ilmu saya yang terbatas dan lemah. Akan tetapi kepada pembaca sekalian bolehlah meneliti penulisan ini, berfikir serta membongkar mana-mana lagi dalil yang berkaitan demi mengukuhkan hujah yang saya berikan atau menafikan hujah saya secara ilmiah. Terdapat 2 perkara yang ingin saya kod 1) Makhluk yang melata hanya ada diantara BUMI dan AWAN sahaja. 2) Rasulullah diutuskan untuk manusia dan jin sahaja serta menjadi rahmat dan keharmonian seluruh alam termasuk gunung ganang, udara dan langit. Sebarkan tulisan ini jika bermanfaat. Disediakan oleh, Muhammad Nuruddin Bashah Universiti Malaya 2006 26 Ramadhan 1427 [1] Seperti yang kita ketahui, terdapat banyak ayat Al Quran yang dijadikan sebagai tafsiran ayat yang lain dan inilah metod tafsiran salafiyyah. Disini saya [2] Firman Allah : Telah diwahyukan kepadaku bahawasanya sekumpulan jin telah mendengar (Al Quran) lalu mereka berkata " Sesungguhnya kami telah mendengar Al Quran yang menakjubkan" (Surah Al Jin ayat 1)
|