![]() Pendita Bitara bukan suatu evolusi yang pasif... PERJUANGAN BAHASA MELAYU Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita. (Pendita Bitara) RENCAH HIDUP Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar. Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan. Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian. Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup. Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?” ( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih) Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani A. Samad Said (sasterawan Negara) Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017
PENTAS KAJI BUKU LANDSKAP SIASAH SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ) JAISYU MUHAMMAD
Utusan Berita Harian Harian Metro Buletin Malaysiakini Marhaen
saifulislam Abdul Hadi Bin Alias (UTP) Lirik Nasyid (Sahabatku Amni) Puisi Nurani Lindungan Bulan Along Effendi Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni) Mujahidah UIA Diari Mujahid UBU Fathi Reformist Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)
PAS Ikhwanul Muslimin KEADILAN JIM KERSANI training Terengganukini Persatuan Ulama' PAKSI
Bahan Tarbiah Biografi Ulama' dan Tabiin Komik dakwah Sirah nabi berserta nota dan peta-peta Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam) Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi) Rujukan Fiqh dan Syariah Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room) nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini.... Mari Kenal Ulama' Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku Ummah Muslimin MyKULIAH(MP3) Rujukan Al Quran Rujukan Hadis-hadis Fatwa Al-Qaradhawi Cintailah buku dan Bahasa kita Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..
PMIUM bersamamu... ISIUKM PMIUTM Gegar Selatan PKPIM Ikatan Persaudaraan Jepun Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian
online hits since 21 April 2006 |
|
Demokrasi dan pemerintahan Islam Demokrasi dan pemerintahan Islam ; satu pertembungan atau keselarasan. Muhmmad Nuruddin Bashah Pendahuluan. Pada penulisan kali ini, penulis Takrif Demokrasi. Melalui perkataan Greek, demos adalah rakyat manakala kratos adalah kekuasaan. Secara umumnya di dalam sejarah Greek, sistem ini adalah peralihan daripada system monarki (beraja mutlak), oligarki( pemerintahan golongan kelompok elite) plutokrasi (pemerintahan golongan kaya) serta aristokrasi (pemerintahan golongan berpengaruh di Yunani). Hasilnya adalah revolusi pentadbiran Greek kepada pemerintahan secara merakyat. Menurut Robert A Dahl (1983) Demokrasi adalah system yang memberi peluang kepada rakyat jelata untuk melibatkan diri dalam pembuatan keputusan dan pembetukan dasar. Secara teorinya demokrasi pada zaman Greek lebig bersifat directly democracy kerana semua rakyat dikerah berhimpun serta membuat keputusan bersama. Manakala pada zaman ini demokrasi lebih bersifat indirectly kerana melibatkan perwakilan( wakil rakyat). Muammar Al Ghadafi menyatakan bahawa tiada lagi pemerintahan demokrasi tulen lantaran pilihanraya menjadi penentu wakil dan rakyat hanya diberi kuasa undi sahaja. Sebenarnya penentuan perwakilan adalah suatu maslahan akibat bilangan rakyat di dalam negara sekarang lebih ramai serta bersifat pelbagai ragam berbanding komposisi rakyat Yunani. Daripada sejarah juga kita melihat bahawa negara yang tertindas serta diperintah secara kuku besi akan mula menguja kaum untuk menerima demokrasi. Maka pemesatan penyebaran sistem ini daripada Greek adalah akibat tekanan dalam sesuatu masyarakat. Sebagai contoh, pada 1688 Revolusi Inggeris mencetuskan domokrasi. Manakala pada 1776 pula Revolusi kemerdekaan pula berlaku di Amerika serta tercetusnya konsep baru demokrasi berpresiden. Manakala pada 1789 Revolusi Prancis pula memulakan langkah menerima demokrasi. Negara lain terutama daripada jajahan Bentuk Demokrasi. 1) Demokrasi Berpalimen : Dalam pentadbiran ini, terdapat hubungan erat antara badan perundangan (legislatif) serta pelaksana (eksekutif) Antara negara yang menjalankan kaedah ini adalah 2) Demokrasi Berpresiden : Contoh Negara yang menjalankan kaedah ini adalah Amerika Syarikat. Kaedah ini mengasingkan kuasa perundangan, kehakiman dan pelaksana. Secara umumnya kaedah ini kelihatan lebih adil dan telus. Presiden bertindak selaku ketua Negara dan ketua kerajaan. Ciri-ciri Demokrasi. 1) Kekuasaan rakyat : menurut Lipson (1969) kuasa tertinggi adalah kuasa kedaulatan rakyat. Individu merelakan diri mereka diwakilkan oleh wakil mereka di parlimen. 2) Perwakilan : Pada hakikatnya dalam teori demokrasi, seluruh rakyat adalah perwakilan negara, namun melihat kepada kepadatan penduduk yang terlampau ramai, mereka wajar untuk menentukan wakil mereka. 3) Pilihanraya : Pilihanraya adalah Fahaman Demokrasi dunia. 1) Demokrasi Leberal : Fahaman ini lebih bersifat individualistik. Individu boleh mengeluarkan pendapat dan kerajaan sewajarnya mengambil tindakan atas sebarang cadangan rakyat. Sistem desentralisasi dipraktikkan iaitu membahagi tugasan kepada beberapa peringkat negeri atau wilayah (kuasa autonomi) seperti di 2) Demokrasi bukan Liberal (Proletar) : Konsepnya lebih kepada satu parti seperti pelaksanaan di negara-negara Komunis. Wujid selepas perang dunia kedua. 3) Demokrasi bukan Liberal (Terpimpin) : Pemimpin dianggap segala-galanya dan dianggap tahu memperjuangkan nasib rakyat dimana tindakan pemimpin tidak dipersoalkan. Contohnya di Indonesia dimana Sukarno kelihatan berkarisma tinggi. Segala ucapannya adalah suatu dasar kerajaaan. Mesir dibawah pentadbiran Gamal Abdul Naseer juga pernah menggunakan fahaman ini. Bagaimana demokrasi sampai ke Demokrasi mula muncul di Demokrasi di Pertemuan konsep demokrasi dengan konsep pentadbiran Islam. Persoalan dan tomahan timbul, tentang status demokrasi, samaada ianya menurut syara' ataupun tidak. Adakah ianya releven dan mempunyai jalan dalam ijtihad muasoroh ulama' kini? Adakah ianya perlu dikekalkan sekiranya sistem syariah dipraktikkan secara total? (bermaksud kuasa mahkamah syariah menyamai kuasa mahkamah sivil sebagai contohnya). Hal ini perlu diteliti dan diperhalusi tanpa menjadikan nafsu dan persepsi sempit sebagai hujah. Sebagai mahasiswa Islam, kita mungkin telah arif mengenai hakikat penyebaran sistem demokrasi seluruh dunia. Demokrasi kelihatan ampuh dalam menyelesaikan permasalahan pertikaian perwakilan kaum dan masyarakat dunia yang sering berpecah. Demokrasi kelihatan relevan dalam memudahkan perbincangan secara bersistem dan pengesahan secara kolektif. Namun permasalan kecurangan dalam pelaksanaan demokrasi adalah atas tindakan manusia yang mementingkan nafsu dan akal dalam mencari kuasa peribadi dan kehendak sendiri. Inilah hakikat kecerobohan dalam sistem ini. Di dalam kitab Fiqh Ad Daulah, Prof. Dr Yusuf Al Qaradhawi telah menjelaskan bahawa pelaksanaan demokrasi adalah dibenarkan kerana ianya mirip dengan gagasan syura Rasulullah. Terdapat segelintir masyarakat yang memeperjuangkan konsep syura Rasulullah tanpa mereka melihat bagaimanakah sebenarnya pelaksanaan syura dan perbincangan pada zaman Rasulullah. Profesor Yusof melihatkan maslahah yang boleh diperolehi dengan menggunakan sistem yang diasaskan oleh kaum bukan Islam dengan memasukkan unsur Islamis dalam pelaksanaannya. a) Demokrasi dan akal. Perbezaaan utama syura Islam dengan pelaksanan demokrasi adalah, demokrasi membenarkan majoriti menetapkan keputusan walaupun bercanggah dengan hukum Al Quran dan as Sunnah. Sekiranya pelaksanaan syariah diaplikasi, golongan non muslim hanya akan membahaskan perkara yang bersifat maslahah umum dan bukannya perkara yang jelas hukumnya di dalam rujukan Islam. Hakikatnya demokrasi membuat keputusan dan membentuk perundangan melalui akal fikiran manusia (comman law sebagai contoh). b) Konsep Al Qudhat. Di dalam Islam bidang perundangan, fatwa, pelaksanaan dan kehakiman terangkum didalam perbahasan skop al Qudhat. Di dalam skop ini tiada pemisahan di dalam pembentukan hukum terkini, pelaksanaan serta kehakiman berdasarkan perundangan tersebut. Namun di sebabkan untuk memudahkan pelaksanaan kini, bidang kuasa ini boleh dipisahkan sebaliknya kesemua fatwa terkini perlu diluluskan oleh pihak perundangan sebelum di laksanakan oleh pihak kehakiman. Hari ini kita menyaksikan institusi fatwa tiada hak untuk membawa perkara fatwa di dalam perbahasan perundangan Parlimen. Ini menyebabkan tiada perbahasan berkenaan syariah di Parlimen. Pada zaman Rasulullah SAW, Rasul sendiri bertindak sebagai pemimpin negara, hakim serta melaksanakan semua undang-undang. Namun dalam kepesatan masyarakat Islam, majlis Qadhi ditubuhkan untuk memudahkan pelaksanaan hukum Islam pada zaman kesultanan Abbasiyah serta Umayyah. Sultan menggubal undang-undang dengan dibantu oleh para ilmuan dan ulama' negara (untuk perkara yang tidak jelas hukumnya di dalam Al Quran dan Al Hadis). c) Ahli halli Wal Aqdi. Konsep ini adalah konsep dimana perwakilan masyarakat adalah ahli halli wal aqdi yang berilmu, adil serta pandai membuat keputusan bersama-sama dengan khalifah. Konsep ini boleh diterapkan di dalam demokrasi sekiranya calon dewan rakyat dan dewan negara mahupun kabinet menurut kriteria seorang ahli halli wal aqdi Islam. Pada zaman pentadbiran Saidina Umar RA, majlis ini ditubuhkan untuk memudahkan pentadbiran beliau. Majlis-majlis pentadbiran awam ditubuhkan untuk maslahah pentadbiran awam (walaupun belum pernah ditubuhkan pada zaman pentadbiran Rasulullah SAW ). Persoalan juga timbul tentang hak wanita dalam menjalankan bidang perundangan dan eksekutif. Namun dalam ijtihad Imam Abu Hanifah wanita dibenarkan memegang jawatan tertentu kerajaan termasuk menjadi hakim dengan syarat tertentu selagi tidak memegang jawatan tertinggi kerajaan. Manakala Imam Abu Ya'la Al Farra' yang banyak menulis dalam bidang siasah Islam tidak menggariskan lelaki sebagai syarat pentadbir tertinggi. Pada zaman saidina Umar RA juga kita menyaksikan Ummul Syifa' binti Abdullah dilantik sebagai penyelia pasar (suatu jawatan yang mencabar pada zaman tersebut). d) Pilihanraya. Persoalan juga timbul lantaran pilihanraya kelihatan bukan daripada pelaksanaan Islam. Perlu diketahui semasa Imam Al Mawardi menjadi Qadhi di Kufah, beliau pernah menggagaskan pelaksanaan pilihanraya pemilihan khalifah Kesimpulan. Sebagai kesimpulan,kita sewajarnya mengetahui konsep demokrasi sebenar tidak dapat dilaksanakan pada hari ini melihatkan kepada perwakilan rakyat sendiri yang tidak membawa agenda rakyat tetapi agenda kepartian. Walaupun di dalam demokrasi ianya menekankan kedaulatan rakyat serta menganggap rakyatlah sebenarnya pemerintah, namun di dalam Islam kedaulatan hanyalah terletak pada Allah SWT serta kuasa pelaksana undang-undang Allah ditaklifkan kepada khalifah Islam dengan dibantu oleh para ilmuan dan ulama'. Cumanya titik pertemuan demokrasi dengan Islam ialah, rakyat terbanyak boleh memilih anggota ahli halli wal aqdi yang sesuai serta berhak memilih khalifah (Amir) yang adil serta menepati konsep Islam. Inilah titik homofili yang perlu difahami dalam kita menggunakan demokrasi sebagai menepati kaedah masoleh mursalah dalam mewujudkan kepemimpinan yang benar-benar menepati syariah serta disukai rakyat.
|