Image hosting by Photobucket
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: Juzuk Intelek jangan sesekali dilupakan walau kaki jauh meninggalkan gerbang kampus:.:.:.:.:.:.:.:.Biarkan cahaya kebangkitan menyinar, memenuhi citra yang Uzma.:.:.:.:.:.:.:.Mahasiswa dan Tradisi Kependitaan..ada Peranan yang tersendiri



Pendita Bitara

Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma.....
bukan suatu evolusi yang pasif...

PERJUANGAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita.
(Pendita Bitara)




RENCAH HIDUP

Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar.
Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan.
Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian.
Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup.
Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?”
( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih)

Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani

A. Samad Said (sasterawan Negara)


Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017


.:Blog-Blog saya yang lain:.



PENTAS KAJI BUKU


LANDSKAP SIASAH

SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ)

JAISYU MUHAMMAD



.:Link Info:.:.


Harakah

Utusan

Berita Harian

Harian Metro

Buletin

Malaysiakini

Marhaen

.:Sederap Senada Sekata:.



saifulislam

Abdul Hadi Bin Alias (UTP)

Lirik Nasyid (Sahabatku Amni)

Puisi Nurani

Lindungan Bulan

Along Effendi

Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni)

Mujahidah UIA

Diari Mujahid

UBU

Fathi Reformist

Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)

.:NGO n Islamic Movement:.



PAS

Ikhwanul Muslimin


KEADILAN

JIM

KERSANI training

Terengganukini


Persatuan Ulama'


PAKSI

.:Jaringan Ilmiah:.



Bahan Tarbiah

Biografi Ulama' dan Tabiin

Komik dakwah

Sirah nabi berserta nota dan peta-peta

Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam)

Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi)

Rujukan Fiqh dan Syariah

Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room)

nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini....

Mari Kenal Ulama'

Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku

Ummah Muslimin

MyKULIAH(MP3)

Rujukan Al Quran

Rujukan Hadis-hadis

Fatwa Al-Qaradhawi

Cintailah buku dan Bahasa kita

Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..

.:Gegar Kampus:.



PMIUM bersamamu...


ISIUKM

PMIUTM Gegar Selatan

PKPIM

Ikatan Persaudaraan Jepun


Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian

.:Counter:.



online
hits since 21 April 2006







|+| TAJUK UTAMA |+|


1) Keutamaan Agen Muslih dalam Era Islam Kini Dalam Menempuh Aspek Khilafiyyah
2) Ancaman Islam LIberal....Sejarah Kembali Berulang
3) Falsafah Jundiyyah
4) Kelayuan Keintelektualan Dalam Gerakan Mahasiswa Islam
5) Asal Kekuatan Ummah Bermula Daripada Membaca...Suatu Saranan
6) Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
7) Mana Lagi Dhalalah??
8) Mahasiswa Perlukan Perenungan Sejenak
9) Analisa Mahasiswa Pasca 1998
10) Kronologi Gerakan Mahasiswa
11) Siapakah Sheikh Muhammad Arsyad Al Banjari?...
12) Demokrasi Dan Pemerintahan Islam
13) Tafsir Al-Fatihah(ayat 7)
14) Tafsir Al-Fatihah (ayat 6)
15) Tafsir Al-Fatihah (ayat 5)
16) Berfikir??
17) Tafsir Al-Fatihah (ayat 4)
18) Tafsir Al-Fatihah (ayat 2-3)
19) Tafsir Al-Fatihah (ayat 1)
20) Memurnikan Amal Jamaie
21) Hiburan Dan Muzik..Dan persimpangan
22) Keruntuhan Usmaniyyah..Pengenalan Sultan Terakhir Turki
23)Rasulullah..Saintis Sosial Dan Politik Terulung
24) Gambaran Umum Apa Itu Dakwah
25) Mahasiswa,Buku Dan Universiti
26) Pengajaran Surah Al-Hujurat
27) Nak Kopi??KOPISATU!!
28) Amerika VS Iran
29) Kilat..Takut Ada Tanda...
30) Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta
31) Falsafah Aliran Mistik
32) Nilai Sepunya Falsafah Yunani
33) Pengaruh Imperialis Terhadap Sejarah Kita
34) Puisi : Bukan Sengaja Ku Disini
35) Dasar Istihasan Sebagai Satu Sumber Hukum
36) Tawanan Fallujah : Rakyat Malaysia..
37)Teori etika antara Islam dan Barat
38) Riba Dan Beberapa Perbahasan Klasik
39) Realiti Kehidupan Barat
40) Kesan Penjajahan Terhadap Tradisi Keilmuan Islam
41) Hukum Akal Serta Hikmahnya Untuk Umat Islam kini...
42) Perbahasan Isu Penghinaan Nabi(2)
43) Tuduhan Pertama : Isu Perhambaan
44) Tuduhan Kedua : Rasulullah Pengganas
45) Tuduhan Ketiga : Rasulullah dengan Dasar Tertutupnya
46) Judas
47) Kitab Haji (Pertama)
48) Bab Haji (Kedua)
49)Tuduhan Keempat : Rasulullah Mendiskriminasi Wanita
50) Bab Haji (ketiga)
52) Media alternatif...media tradisi?
53) 'Tak Nak Kacau'...'Tak Nak Tegur'
54) Suka Duka Gerakan Islam Dunia
55) Kegopohan Jepun...
56) Bab Haji (4)
57)Politik Melayu Sebelum, Semasa Dan Selepas Perang
58) Kenapa Mahasiswa Kini Jahil Sirah?
59) Kebenaran Al Quran Dengan Sains Alam Sejagat
60)Alam dan Al Quran....
61) Kejadian Menusia Dalam Al-Quran
62) Bangsa Lain Menguasai Warisan Melayu Islam....Nasib Tulisan Jawi
63) Ramalan Rasulullah terhadap pasaran bebas
64) Bab Haji(5)
65) Tangisan Mereka Kering Sendiri Akhirnya...
66) Maju Dengan Buku...Buku Ada Auranya Sendiri...
67) Saya Sayaaaang...Kucing
68) Pengetahuan Kebudayaan;Satu Keperluan Mahasiswa
69) Sikap Kita Terhadap Isu Palestin dan Zionis
70) Dilema Mempertahankan Hak Istimewa Melayu
71) Cerita ni biasa je..saja nak cerita gak...
72) Semutal Lama...
73) Interaksi Gerakan Dakwah Malaysia
74)Umat Islam buta huruf..Islam bukan anti-intelek..
75) Respon terhadap tulisan Interaksi antara Jamaah
76) Islam dan Sosialisme
77)Peranan Tafsir Maudu'i dalam aplikasi Dakwah berkesan.
78)Usul Dan Furu', dikotomi yang mungkin dikelirukan...
79)Jihad terbuka..jaminan sosial...
80)Isu Aqidah..isu kita bersama
81)Plant Tindakan Terhadap ISU ISLAM
82)Memahami Unsur Dan Ciri Negara Islam
83)Islam : dikotomi kepercayaan dan pemikiran.
84)HAPUSKAN WTO !!
85)Monolog aku pada DIA
86)Mari membokot..bagaimana memboikot?
87)Campur tangan Amerika dalam operasi kristianisasi
88)Berdebat dalam kelas...
89)Berdebat dalam kelas...
90)FESKUM..medan latihan mahasiswa?
91)Edaran Khutbah Jumaat
92)Agama sebagai faktor penyatuan bukan perbalahan
93)Merdeka perlukan semangat patriotik...
94)Erti merdeka dalam erti minda yang realiti
95)Bab Haji 6
96)Sektor Pekerjaan Dan Ibadah
97)Perbahasan Isu Kalam Allah Menurut Tohawi....
98)Bab Haji 7
99)Keilmuan Politik dan Aplikasi; saranan Ulama' Tradisi
100) Bab Haji (8)
101) Bab Haji (9)
102) Pembongkaran Pemikiran Said Nursi Badiuzzaman
103) Qasad Yang sahih dan Ikhlas...
104) Sentimen anti jepun...menggagalkan normalisasi
105) Muniatul musolli (bahagian 1)
106) Muniatul Mosolli (bahagian kedua)
107) Menyediakan makanan untu keluarga si mati
108) Tafsir Al Bayan. (bahagian 1)
109) Benarkah agama lain diiktiraf?
110) Hukum-Hukum Dalam Islam (ilmu usuluddin)
111) Benarkah wujud Makhluk lain di Planet selain BUMI?
112) Hari Raya dalam Kosmo Melayu
113) Kedukaan Farah....Dalam kalangan yang durja
114)Gelaran Al Abtar
115) Ajaran Sesat
116) 3 suku dan hero tamil
117) Adakah malaikat tertakluk dalam syariat rasulullah
118) Tafsir Al Bayan (Bahagian 2)
119) Tafsir Al Bayan (bahagian 3)
120) Kitab bab Korban,aqiqah (part 1)
121) MUZIK?kenapa tiada ruang untuknya?
122) KEBANGKITAN MELAYU, RETORIKA ATAU SUATU WAHANA
123) REJIMEN KE-10 PKM MENGANUT KOMUNISME ATAU MENUNGGANG KOMUNISME?
124) Melayu Dan Raja bersendikan adat
125) Agenda Perpaduan Kaum; Agenda bersama
126) jalur Pemikiran Syed Qutb
127) Sayyid Sabiq Dan Fiqh As Sunnah
128) Reformis akan menjadi orthodoks akhirnya...
129) Sejarah Retro Merdeka yang kian dilupakan.
130)KEFARDHUAN MEMPELAJARI ASAL FALSAFAH DAN AQIDAH ILHAD DALAM MEMAHAMI KESESATAN IDEOLOGI MODEN1





<< April 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30


MEDAN BITARA:.


  • MEDAN PENDITA

    Dahulu guru di Akademi tahfiz Al Hidayah dan Sekolah Menengah Al Itqan Pulau Pinang (Rangkaian MUSLEH). Kini bertugas sebagai Metallurgist Engineer di Prima Metal Ipoh. Masih Menulis dan bersama rakan seperjuangan menubuhkan Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ).

  • Ahli PAS Gopeng ( Cawangan Pengkalan Gate)
  • Penolong SU Lajnah Perpaduan Nasional Perak
  • Pegawai Penyelidikan dan (AJK) Lajnah Politik Dewan Pemuda PAS Pusat (2009)
  • Ahli JIM Perak
  • Aktivis Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) cawangan P. Pinang
  • Penulis media (melayu) SUARAM P.Pinang
  • AJK Media Jamaiy Perak (Himpunan NGO Islam Perak)
  • AJK Media Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
  • Setiausaha TERAS cawangan Perak
  • Pengerusi Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)
  • Penulis Bebas

  • HADIS !!!




    BERILMU


    Daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda :
    ¡°Menuntut ilmu adalah fardhu ke atas setiap orang Islam, dan penuntut ilmu akan didoa keampunan oleh semua termasuk ikan-ikan di lautan.¡±

    Takhrij hadis

    Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn ¡®Abd al-Bar dalam Jami¡¯ Bayan al-Ilm wa Fadhluh 1/7. Hadis ini hukumnya hasan dengan jumlah jalan dan syawahidnya.

    Dalil lain

    AL-QURAN
    1. ¡°Dan kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang kami beri wahyu kepada mereka; Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan[828] jika kamu tidak mengetahui,¡±

    [828] Yakni: orang-orang yang mempunyai pengetahuan tentang nabi dan kitab-kitab.
    [al-Nahl:43]

    2. ¡°Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", Maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", Maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.¡±
    [al-Mujadilah:11]



  • TOKOH : MESTI TAU.....

    SHEIKH SAI'D HAWWA' (ulama' mujahidin yang sufi)
    Syaikh Said Hawa bin Muhammad Dib Hawwa lahir di kota Hamah, Suriah, tahun 1935. Ia berusia 2 tahun ketika ibunya meninggal dunia. Ia pindah ke rumah neneknya di bawah asuhan sang ayah, seorang pejuang berani yang berjihad melawan perancis. Pada masa mudanya berkembang pemikiran sosialis,Nasional, Ba’ats, dan Ikhwanul Muslimin. Allah memberikan kebaikan untuknya dengan bergabung ke dalam Jama’ah Ikhwanul Muslimin, tahun 1952, saat ia masih pelajar SMU.

    Said Hawwa berguru pada beberapa syaikh di Syiria. Diantaranya Syaikh dan Ulama Hamah, Syaikh Muhammad Al Hamid, Syaikh Muhammad Al Hasyimi, Syaikh Abdul Wahab Dabas, Syaikh Abdul Karim Arrifa’i, Syaikh Ahmad Al Murad dan Syaikh Muhammad Ali Murad. Said Hawwa juga belajar pada ustadz seperti Musthafa As-shiba’i, Mushthafa Az-Zarga, Fauzi Faidhullah, dan lain2.

    Tahun 1961 ia lulus dari Universiti Syiria, megikuti kursus ketenteraan sebagai perwira tahun 1963, menikah tahun 1964, dan dikurniakan empat orang anak.

    Said Hawwa memiliki karya tulis seputar dakwah dan gerakan, yg diminati para pemuda muslim dinegeri2 arab dan islam. Sebagian besar karya tulisnya diterjemahkan ke bahasa lain. Diantara karangan yg telah diterbitkan : Allah Jalla Jalaluhu
    Ar rasul Shallallahu alaihi wassalam
    Al islam
    Al asa fit tafsir
    Tarbiyatuna Arruhiyah
    Jundullah Tsaqafatan wa Akhlaqan dan lain-lain

    Merupakan guru dan naqib kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS hari ini

    .


  • IKLANEKA
    INGIN MENGHANTAR ARTIKEL? INGIN BERKONGSI IDEA SERTA MEMBERI SARANAN? Email : jihadin82@yahoo.com





    Logo lama Universiti Malaya
    Universiti Terulung


  • KESINAMBUNGAN PENTING BLOG MUNAWWARAH
    Ingin berdiskusi secara ilmiah? Artikel ilmiah dan berada dalam komuniti ilmiah? Sila memasuki alam pendita_bitara@yahoogroups.com.....
    Masukkan alamat email:


    Powered by
    groups.yahoo.com




    Locations of visitors to this page




    Get your own playlist at snapdrive.net!
    DOWNLOAD LAGU SAYA

    REC017.WAV
    REC013.WAV
    REC014.WAV
    REC015.WAV
    selawat kompang.WAV
    REC016.WAV


  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed










     
    Thursday, April 20, 2006
    Analisa Mahasiswa Pasca 1998

    Mahasiswa Kini Pasca Reformasi 1998: Suatu Analisa Kasar

     

    Oleh : Koy UBU

     

    Tulisan saya ini adalah bertujuan untuk menyediakan garis panduan kasar terhadap perbincangan tentang analisa mahasiswa kini. Memandangkan ianya hanya analisa kasar, makanya suatu perbincangan yang lebih mendalam adalah perlu supaya analisa yang dibuat adalah lebih halus dan tuntas. Bersesuaian dengan sifatnya yang kasar dan umum, makanya tulisan ini bukanlah merupakan suatu tulisan yang didasari oleh fakta-fakta ilmiah santifik dengan kajian dan data-data yang impirikal. Ia hanya merupakan suatu pemerhatian kasar terhadap lanskap aktivisme politik anak-anak muda khususnya aktivisme politik kampus. Sebelum kita melakukan analisa, eloklah kiranya kita menoleh sebentar ke belakang untuk meninjau secara ringkas perkara-perkara yang melatari analisa terhadap mahasiswa paska-reformasi ini.

    Reformasi merupakan suatu kebangkitan rakyat yang meletus secara spontan dan tidak tersusun, samada secara organisasinya, strateginya ataupun inti intelektualnya. Ianya meletus hasil daripada ketidakpuasan hati rakyat terhadap pemecatan Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Walaupun terdapat sisi-sisi yang serba kekurangan di dalam gerakan reformasi ini, namun yang jelas ianya telah meradikalisasikan sebahagian besar anak-anak muda dan mahasiswa yang ada pada waktu itu. Kesannya dapat kita rasakan hingga sekarang apabila gerakan reformasi sering dijadikan batu tanda atau sumber rujukan kepada gerakan-gerakan mahasiswa dan anak muda sekarang ini.

    Namun begitu bukan sahaja mahasiswa dan anak muda yang terasa kesannya tetapi juga pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) turut merasa terpanggang oleh bahang panasnya api reformasi ini. Sokongan dan dukungan mahasiswa serta anak-anak muda terhadap BN semakin merosot dan berkurangan. Justeru itu, sokongan dari mahasiswa serta anak-anak muda ini harus diraih dan direbut kembali. Dan untuk menawan kembali sokongan dan dukungan anak-anak muda ini pelbagai tindakan yang strategik harus dilaksanakan dengan menjurus kepada penyusunan semula kelompok-kelompok anak muda dan mahasiswa di seluruh Malaysia ini. Dengan kuasa, modal dan jentera yang ada kerajaan Barisan Nasional telah melancarkan gerakan yang sistemetik untuk menawan kembali kelompok mahasiswa dan anak muda ini.

    Antara tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional ialah menafikan hak mengundi 680,000 orang-orang muda di dalam pilihanraya 1999, menubuhkan puteri dan putera UMNO, membangunkan skim-skim keusahawanan muda (untuk putera dan puteri UMNO khususnya), membentuk organisasi-organisasi kelas professional muda dan kelas menengah melayu muda, melaksanakan program latihan khidmat negara, menstrukturkan semula program-program Biro Tatanegara (BTN), melantik TNC-TNC yang akan bermati-matian mengukuhkan kekuatan BN di setiap universiti, melaksanakan akujanji, mewajibkan pengundian untuk setiap mahasiswa kampus, melakukan ugutan, menjalankan pilihanraya kampus yang berat sebelah dan tidak demokratik dan pelbagai-bagai lagi tindakan-tindakan lainnya untuk memastikan dominasi total terhadap kelompok-kelompok anak muda terutamanya kelompok mahasiswa di kampus-kampus universiti.

    Hasilnya pada pilihanraya umum 2004 yang lepas undi orang-orang muda untuk Barisan Nasional telah meningkat dan BN telah mencapai kejayaan cemerlang di hampir setiap kerusi yang dipertandingkan di seluruh negara dengan Terengganu berjaya dirampas kembali dari PAS dan Kelantan hampir-hampir tumbang. Begitu juga pada pilihanraya kampus 2005 tahun lepas, kelompok-kelompok mahasiswa pro-kerajaan Barisan Nasional telah menguasai semua kampus-kampus universiti di seluruh Malaysia.

    Setelah puluhan tahun kelompok-kelompok mahasiswa yang dilabel "anti-establishment" (selepas ini disebut gerakan mahasiswa Islam) yang ditunjangi oleh Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam (PMI) ini menguasai kepimpinan kampus di seluruh Malaysia, akhirnya pada tahun lepas mereka tumbang dan tersungkur, bukan di satu dua universiti, malahan di seluruh universiti yang ada di Malaysia ini! Di sini kita dapat melihat betapa mudahnya kelompok gerakan mahasiswa Islam ini ditundukkan iaitu dalam tempoh masa yang kurang dari 5 tahun selepas reformasi 1998. Fenomena perubahan politik di kalangan mahasiswa yang berlaku secara mendadak dengan jangkawaktu yang sangat singkat ini wajib dikaji dan dianalisa.

    Untuk memahami perubahan politik yang berlaku itu, eloklah kiranya kita membuat analisa ringkas terhadap mahasiswa itu sendiri dan keadaan mereka sekarang ini. Untuk diskusi kali ini tidak perlulah untuk kita membuat analisa tentang undang-undang menindas, AUKU, pilihanraya yang tidak adil, telus dan demokratik, TNC, HEP, jentera-jentera pentadbiran universiti, politik wang, rasuah, ugutan universiti dan sebagainya kerana perkara-perkara ini sudah pun kita ketahui. Oleh itu untuk diskusi pada hari ini, elok kita tumpukan hanya kepada diskusi tentang analisa warga mahasiswa itu sendiri.

    Pada pandangan saya masyarakat mahasiswa secara kasarnya dapat kita bahagikan kepada 3 kelompok utama. Kelompok yang pertama ialah kelompok yang pro-kerajaan BN dan pada anggaran saya mereka ini hanya dalam sekitar 10% sahaja dari keseluruhan populasi kampus. Kelompok yang kedua ialah kelompok gerakan mahasiswa Islam yang majoritinya terdiri daripada mahasiswa-mahasiswa yang berorientasikan Islam yang juga merupakan sayap mahasiswa untuk organisasi Islam luar universiti seperti PAS, ABIM dan JIM dengan anggaran jumlah 15% daripada jumlah keseluruhan populasi kampus. Dan kelompok yang ketiga ialah kelompok mahasiswa yang "tak kisah", "tak peduli", "kaki enjoy", "kaki studi" dan mereka ini saya anggarkan merangkumi 75% dari jumlah populasi kampus.

    Sebelum kita menganalisa satu persatu ketiga-tiga kelompok mahasiswa yang wujud di universiti-universiti ini, eloklah juga jika sekiranya kita menganalisa secara umum situasi mahasiswa kini.

    Agak sukar untuk menganalisa mahasiswa hari ini tanpa melihat secara keseluruhan proses pendidikan yang dilaluinya sejak dari kecil terutamanya sistem persekolahan rendah dan menengah yang ditempuhi sebelum mereka memasuki universiti. Lahirnya karektor, ciri-ciri, perwatakan, kecenderungan dan pemikiran mahasiswa kini sangat dipengaruhi oleh proses sosialisasi persekolahan rendah dan menengah serta lingkungan sosial mereka. Untuk membuat penilaian dan analisa terhadap sistem persekolahan mereka tentulah akan mengambil masa yang panjang dan mungkin tidak cukup lengkap untuk dihuraikan di dalam tulisan ini. Cukuplah jika sekiranya kita merumuskan bahawa sistem pendidikan awal pra-universiti (rendah dan menengah) yang ditempuhi oleh mahasiswa-mahasiswa kini adalah suatu sistem pendidikan yang tidak menggalakkan pelajar menjadi manusia yang berfikiran kritikal.

    Sistem pendidikan yang berbentuk sehala, mengikut tanpa soal, hanya menyalin nota tanpa proses perbincangan kritikal, tiada proses dialog dan engagement guru-murid, tiada proses untuk melahirkan kreativiti dan inovasi dalam berfikir, menyuap maklumat dan menghafal serta memuntahkan semula ke dalam peperiksaan, penumpuan akademik semata-mata tanpa menghubungkannya dengan realiti kehidupan sebenar di luar, pertanyaan-pertanyaan yang sukar tidak digalakkan, perbezaan pandangan tidak dibenarkan; pendek kata sistem pendidikan yang mereka tempuhi selama 10 tahun itu hanyalah menghasilkan pelajar-pelajar yang tumpul otak. Mereka mungkin cemerlang di dalam peperiksaan akademik mendapat 20 A dan sebagainya tetapi hakikat yang wujud di universiti-universiti sekarang ini ialah mereka tidak punya keupayaan berfikir secara kritikal.

    Kerana itu mahasiswa yang wujud di universiti sekarang ini adalah juga hasil daripada kesinambungan suatu sistem pendidikan awal yang banyak kelemahannya. Dan ini ditambah pula dengan perubahan masyarakat yang berlaku dengan pantas hasil dari perkembangan ekonomi kapitalisme yang pesat yang melahirkan pula nilai-nilai baru yang tak terjawab oleh sistem pendidikan yang sedia ada kini. Nilai-nilai baru yang sudah pun menjadi budaya masa kini seperti konsumerisme, materialisme, hiburanisme, self-centred dan individualisme (akibat perkembangan ekonomi super-kapitalisme yang wujud sekarang ini) turut memberi pengaruh yang besar dalam mencorakkan karektor, ciri-ciri, perwatakan, kecenderungan dan pemikiran mahasiswa-mahasiswa masa kini.

    Perkembangan ekonomi tahap super-kapitalisme sekarang ini jugalah yang mendorong kepada pengkomoditian pendidikan di mana universiti dikoporat dan diswastakan. Atau dengan kata lain pendidikan sepertimana kereta, ikan kembung, jeans levis, handfone nokia adalah bahan komoditi yang diperdagangkan untuk meraih keuntungan semaksima mungkin. Apa yang wujud sekarang ini ialah tiada lagi pendidikan di peringkat kolej atau universiti yang percuma, tidak seperti di tahun-tahun 70an dahulu atau ditahun 80an dan 90an dimana wujud pinjaman boleh ubah. Semuanya harus dibayar dengan biaya yang mahal. Untuk menamatkan pengajian dan mendapatkan segulung ijazah seseorang mahasiswa itu harus membayar antara RM25,000 – RM50,000 yang didahulukan (atau diikat) oleh kerajaan melalui skim pinjaman pendidikan. Beban hutang pendidikan ini telah melahirkan rasa takut di kalangan ramai mahasiswa-mahasiswa untuk bergiat aktif di dalam kegiatan-kegiatan yang bersifat politikal.

    Dengan beban hutang yang sebegitu besar ianya juga memberi tekanan kepada ramai mahasiswa untuk tidak menghampakan harapan ibu-bapa dan keluraga mereka kerana jika sekiranya mereka dibuang universiti kerena terlibat di dalam aktiviti-aktiviti politikal, selain dari menanggung malu, keluarga dan ibu-bapa merekalah nanti yang perlu menanggung beban hutang tersebut. Tekanan keluarga dan tekanan hutang pendidikan yang terhasil dari pengkomoditian pendidikan di peringkat universiti turut mempengaruhi perwatakan dan pemikiran mahasiswa kini. Dan pastinya pula bayaran untuk universiti swasta adalah lebih mahal dan beban hutangnya pula lebih parah (kerana itu hampir tidak ada kita dengar tentang aktivisme politik dilingkungan mahasiswa-mahasiswa universiti atau kolej swasta).

    Pengkomoditian pendidikan universiti sebagai suatu perniagaan yang berorientasikan keuntungan telah juga menyebabkan kemasukan pelajar-pelajar baru ditambah, course-course baru diperkenalkan, tempoh pengajian dipendekkan, yuran-yuran baru diwajibkan dan pelbagai inisiatif lain untuk menambah keuntungan universiti. Lebih pendek tempoh pengajian, semakin kurang perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh universiti. Lebih pendek tempoh pengajian, lebih ramai dan lebih segera pelajar baru dapat dimasukkan. Lebih ramai pelajar masuk, lebih banyaklah juga wang masuk ke kantung perniagaan universiti. Walaubagaimana pun penambahan pelajar-pelajar universiti ini tidak pula seiring dengan penambahan kemudahan-kemudahan dan fasiliti-fasiliti di dalam universiti. Ini tidaklah menghairankan kerana apabila pendidikan telah menjadi komoditi perdagangan untuk meraih keuntungan, pastilah pembinaan lebih banyak fasiliti dan kemudahan hanya akan menambah perbelanjaan universiti (baca: mengurangkan keuntungan universiti).

    Pelajar bertambah tetapi kemudahan dan fasiliti universiti (seperti kelas, asrama, lab, komputer dan sebagainya) tak bertambah serta tempoh pengajian yang dipendekkan menjadikan jadual kuliah seseorang mahasiswa itu sentiasa sibuk dan padat dimana kelas pada waktu malam dan pada hari minggu sekarang ini adalah suatu perkara yang biasa dan diterima oleh setiap mahasiswa walaupun pada 5-6 tahun lepas kelas-kelas di waktu-waktu yang tak munbasabah seperti sekarang ini tidak pernah pun wujud. Dan ada universiti di Malaysia ini yang menjalankan kuliahnya di padang rumput dan di stadium! Ini belum ditambah dengan pelbagai assignment, thesis, homework, kajian, praktikal dan sebagainya yang memenuhi jadual harian seorang mahasiswa pada hari ini. Jadual harian yang sentiasa sibuk dan padat juga menyebabkan lebih banyak tekanan yang harus mereka hadapi untuk menyelesaikan kuliah mereka supaya harapan ibu-bapa dan keluarga dapat mereka tunaikan serta hutang pendidikan yang berjumlah puluhan ribu itu dapat mereka bayar kembali setelah mereka "berjaya" memperolehi ijazah dan mendapat kerja yang baik.

    Dengan jadual kehidupan mahasiswa kini yang padat dan ketat ditambah pula dengan tekanan-tekanan kewangan dan sosial, maka tidak hairanlah semakin lama semakin kurang mahasiswa yang aktif di dalam kegiatan-kegiatan aktivisme mahasiswa yang bersifat politikal. Dan pastilah dengan tekanan-tekanan yang sebegitu rupa, lebih ramai mahasiswa yang bergiat aktif di dalam aktiviti-aktiviti yang dapat meringankan tekanan seperti aktiviti seni, budaya, teater, rekreasi, sukan, hiburan dan aktiviti ringan yang lain.serta menjauhkan diri mereka dari terlibat di dalam apa sahaja aktiviti yang berisiko yang membolehkan mereka dibuang atau digantung asrama, kolej dan universiti.

    Begitulah secara umumnya gambaran kasar tentang mahasiswa kini. Walaubagaimana pun gambaran di atas hanyalah hasil dari pemerhatian secara kasar semata-mata tanpa kajian yang saitifik dengan sokongan data-data impirikal. Dari analisa umum ini, marilah pula kita bergerak sedikit ke hadapan untuk menganalisa satu persatu kelompok-kelompok mahasiswa yang telah saya bahagikan kepada 3 kelompok utama di bahagian awal tulisan saya tadi. Ketiga-tiga kelompok ini pastilah mempunyai karektor-karektor dan kecenderungan serta pemikiran yang berbeza pula.

    Bagi kelompok mahasiswa yang pro-kerajaan, walaupun jumlah mereka kecil tetapi mereka mendapat sokongan dan dukungan daripada TNC, HEP dan pihak pentadbiran universiti. Memandangkan pada pilihanraya universiti baru-baru ini mereka telah berjaya menguasai struktur kepimpinan kampus, ini bermakna akses terhadap fasiliti kampus dan juga akses kepada mahasiswa adalah lebih mudah. Ruang untuk mereka bergerak dan mendekati mahsiswa di peringkat akarumbi juga lebih luas. Penguasaan penuh terhadap struktur kepimpinan di universiti membolehkan mereka untuk meletakkan orang-orang mereka sendiri di tingkat kepimpinan di pelbagai persatuan, kolej dan fakulti yang ada di universiti. Tambahan pula dengan sokongan daripada pihak pentadbir universiti, TNC dan HEP, mereka terkecuali daripada menerima tekanan, ugutan dan penindasan. Kemungkinan besar juga usaha-usaha mereka untuk mengadakan program dan aktiviti untuk mahasiswa lebih mudah untuk diluluskan.

    Begitu juga dengan hal-hal kebajikan mahasiswa lebih mudah untuk ditimbang oleh pihak pentadbiran universiti jika mereka yang membawanya. Dengan ruang, akses, fasiliti, kemudahan dan sokongan dari pihak pentadbir, secara kasarnya kelihatan kelompok mereka ini mempunyai potensi yang besar untuk mempengaruhi sebahagian besar dari masyarakat mahasiswa untuk menyokong mereka. Secara perwatakan pula mereka ini lebih cenderung aktif di dalam persatuan-persatuan kampus atau aktiviti-aktiviti yang berorientasikan rekreasi, seni, budaya, sukan, hiburan dan sedikit sebanyak program-program ilmiah yang dikawal isinya oleh pihak universiti. Sebahagian besar dari mereka adalah mahasiswa Melayu tetapi mereka juga mempunyai hubungan kerjasama dengan persatuan-persatuan mahasiswa bukan Melayu (Cina dan India) yang juga cenderung pro-BN.

    Kemungkinan keberpihakan mereka kepada kerajaan adalah kerana mereka melihat cara yang terbaik dan efektif untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa ialah melalui jalan rundingan dan kerjasama dengan pihak pentadbir universiti yang tentunya mendukung aspirasi Kerajaan BN. Kemungkinan juga mereka (terutamanya pimpinan-pimpinan) bersikap pro-kerajaan kerana melihat peluang-peluang politik (di dalam UMNO khususnya) atau ekonomi (pekerjaan dan karear) yang mungkin lebih mudah untuk mereka perolehi selepas tamat pengajian jika sekiranya mereka menyebelahi pihak kerajaan.

    Tidak kurang juga yang menyertai kelompok mahasiswa pro-kerajaan ini kerana habuan-habuan yang berupa material seperti jawatan, trip ke dalam dan luar negeri, projek-projek kecil, makan-makan besar di restoren atau hotel, penginapan di asrama yang lebih mewah, peluang untuk berjumpa tokoh-tokoh UMNO dan kerajaan, handfone, wang poket untuk kerja-kerja pilihanraya dan pelbagai habuan-habuan material yang lainnya. Pendek kata, perjuangan mereka tidak bersandarkan kepada suatu ideologi atau kepercayaan yang kukuh, yang menjadi sandaran mereka ialah habuan material semata-mata baik kuasa, jawatan, karear masa hadapan, kemewahan, wang ringgit atau pun sebuah handfone nokia yang berkamera!

    Secara kasarnya kelompok mahasiswa ini berfikiran UMNO dan mewarisi perangai, tabiat dan tingkahlaku UMNO. Keupayaan intelektual mereka sangat terbatas sekali. Hujah-hujah mereka lemah dan tidak meyakinkan. Pemikiran mereka tertutup, tidak kritikal dan cenderung dogmatik serta sukar untuk mereka menerima pandangan-pandangan lain. Jika mereka dikemukakan dengan idea atau hujah yang berlawanan dengan pandangan mereka, biasanya mereka terus menolak hujah tersebut tanpa memikir dan menghalusinya secara rasional.

    Walaupun tahap pemikiran dan keupayaan intelektual mereka rendah tetapi memandangkan majoriti dari masyarakat mahasiswa itu sendiri juga telah mandul fikirannya (akibat dari suatu sistem pendidikan yang juga mandul), maka dengan sebab itulah mudah untuk mereka menguasai kepimpinan kampus tanpa saingan (di tambah pula mereka disokong penuh oleh pihak pentadbir universiti beserta dengan jentera-jenteranya).

    Manakala kelompok yang kedua pula iaitu kelompok mahasiswa gerakan Islam (yang sering dilabelkan sebagai "anti-establishment") tidak kurang juga lemahnya. Sepertimana halnya dengan kelompok mahasiswa pro-kerajaan BN, kelompok mahasiswa gerakan Islam ini juga secara umumnya berfikiran tertutup, cenderung dogmatik dengan keupayaan intelektual yang terbatas serta sukar untuk menerima pandangan-pandangan lain walaupun pandangan-pandangan lain itu mungkin lebih rasional. Kelompok mahasiswa ini yang sebenar-benarnya adalah cawangan-cawangan di dalam universiti kepada PAS, ABIM dan JIM.

    Memandangkan mereka sudah terlalu lama hidup di dalam suatu sistem gerakan Islam yang feudal, dogmatik, tidak demokratik dan tiada toleransi terhadap perbezaan pandangan ditambah pula dengan puluhan tahun bergantung dengan idea-idea, syallabus-syallabus, pandangan dan pemikiran bapak-bapak mereka (PAS, ABIM dan JIM), menyebabkan mereka telah kehilangan kemandirian untuk berfikir secara kritikal dan bergerak secara kreatif dan inovatif. Fikiran mereka tumpul baik dari segi idea pemikiran mahu pun strategi gerakan. Kelemahan mereka dengan jelas terbongkar apabila pihak universiti mewajibkan setiap mahasiswa turun mengundi.

    Sebelum ini apabila mahasiswa tidak diwajibkan mengundi, mereka dengan mudah memenangi setiap pilihanraya kampus yang diadakan. Mudah untuk mereka menang kerana kelompok-kelompok mereka sahajalah yang turun mengundi manakala sebahagian besar lagi tidak peduli langsung terhadap pilihanraya kampus ini. Tetapi apabila mengundi diwajibkan ke atas setiap mahasiswa, barulah mereka sedar tinggi rendahnya langit ini. Bukan sahaja terbongkar kelemahan mereka, tetapi juga terburai kenyataan bahawa yang sebenarnya mereka tidak begitu disukai oleh sebahagian besar masyarakat mahasiswa yang lain. Dengan hanya 15% daripada jumlah masyarakat mahasiswa, logiknya tidak akan mungkin mereka akan dapat merebut kembali struktur kepimpinan kampus selagi setiap mahasiswa diwajibkan turun mengundi!

    Dengan posisi mereka yang sekarang ini hampir tiada kedudukan di dalam struktur kepimpinan kampus, masa depan mereka semakin malap dan gelap. Bukan sahaja kelompok mereka tidak disukai oleh mahasiswa-mahasiswa lain tetapi juga ruang dan akses terhadap fasiliti dan kemudahan kampus serta akses terhadap mahasiswa akarumbi juga telah hampir-hampir tertutup kecuali mungkin di UIA atau di fakulti-fakulti pengajian Islam semata-mata. Di tambah pula dengan penutupan segala macam ruang, penindasan, ugutan dan tekanan yang harus mereka hadapi dari pihak pentadbir universiti dan jentera-jenteranya, peluang untuk mereka merebut kembali kekuasaan di kampus amatlah kabur sekali. Walaupun begitu, pada pandangan saya mereka tidak seharusnya menyalahkan pihak pentadbiran Universiti, HEP dan TNC semata-mata. Sebaliknya, lebih elok mereka mencermin diri sendiri, merenung dan menganalisa kembali diri mereka dengan melakukan kritik-diri.

    Secara peribadi saya melihat kelompok mahasiswa gerakan Islam ini sebagai suatu kelompok mahasiswa yang bersifat sektarian dan eksklusif. Sektarian di sini membawa maksud mereka hanya bergaul, beraktiviti dan bergerak bersama-sama mereka sahaja. Mereka mungkin ada membuat jaringan dengan kelompok-kelompok bukan Melayu/Islam yang lain yang juga dilabel "anti-establisment" tetapi hubungan mereka hanyalah bersifat superfisial. Hubungan mereka hanyalah setakat mengadakan aktiviti demontrasi bersama, menyertai forum bersama atau membuat petisyen bersama tetapi tidak ada hubungan yang bersifat pemikiran yang lebih dalam dijalin dengan kelompok-kelompok bukan Melayu/Islam ini.

    Manakala eksklusif pula membawa maksud tidak ada kepelbagaian fikiran dan kepelbagaian orang di dalam kelompok mereka. Mereka eksklusif orang-orang yang berfikiran dan berperwatakan Islamik ala-PAS, ABIM atau JIM semata-mata. Tahap toleransi dan penerimaan mereka terhadap kelompok-kelompok mahasiswa yang lain terutamanya yang "tak peduli" "tak kisah" "kaki enjoy" dan "kaki party" adalah sangat rendah. Mereka memandang kelompok-kelompok mahasiswa seperti ini sebagai rosak akhlak dan tidak bermoral.

    Lantaran itu mereka mengambil sikap untuk tidak cuba merapati dan memahami. Kalau mereka rapati pun tujuan mereka adalah untuk mendakwah kelompok-kelompok ini menjadi seperti mereka. Kepelbagaian cara hidup dan gaya hidup manusia tidak ada di dalam kamus fikiran mereka. Kalau boleh mereka mahu semua manusia Melayu-Islam semuanya seragam seperti mereka semata-mata atau dari hujung rambut sampai hujung kaki –sepesen dengan mereka. Inilah sifat sektarian dan eksklusif yang saya perhatikan wujud dengan berleluasa di kalangan kelompok-kelompok mahasiswa gerakan Islam ini. Kesan dari sikap mereka yang tidak mahu menerima kepelbagaian gaya hidup ini dan tindak tanduk mereka yang memusuhi kelompok yang mempunyai pandangan hidup yang berbeza menyebabkan mereka tidak begitu disukai oleh kelompok-kelompok mahasiswa lain.

    Tindakan memprotes konsert-konsert, menjadi polis moral di kampus, penjaga aurat manusia, obses untuk menutup tubuh wanita dan sebagainya telah menjauhkan mereka daripada masyarakat mahasiswa yang lain. Sikap mereka ini sebenarnya terhasil dari ketidakupayaan mereka untuk memahami perubahan-perubahan yang berlaku dengan pesatnya di dalam masyarakat sekarang ini. Mereka beranggapan bahawa masyarakat masih lagi di tahun 80an (tahap tertinggi pencapaian gerakan Islam dan tak akan mungkin akan tercapai lagi selepas ini) sedangkan lebih 20 tahun sudah berlalu dan asas-asas serta nilai-nilai masyarakat telah pun berubah dengan kepesatan ekonomi yang berlangsung.

    Ketakutan terhadap perubahan-perubahan yang sedang berlaku pesat ini tidak ditanggapi dengan analisa yang kritis dan mendalam sebaliknya direspon dengan penolakan terus tanpa perbahasan yang rasional dan teliti. Ini tidaklah menghairankan kerana kelompok ini juga malas membaca. Bahan-bahan bacaan yang mereka ulang baca masih lagi bahan-bahan bacaan lama tahun 60an terbitan Pustaka Salam dan Pustaka Fajar dengan Hassan al-Bana, Fathi Yakan, Said Hawwa, Said Qutb masih menjadi sumber rujukan tersohor yang tak boleh dikritik langsung sedangkan sekarang ini sudah tahun 2006, lebih 40 tahun sudah berlalu yang mana permasalahan-permasalahan yang wujud pada hari ini tentulah juga berbeza. Dengan perubahan-perubahan baru yang terjadi, analisanya juga tentulah berbeza tetapi bagi kelompok-kelompok mahasiswa gerakan Islam ini mereka masih tetap berpegang kepada buku-buku lama dan dogmatik pula terhadap idea-ideanya yang tak boleh dicabar langsung.

    Kerana itu idea-idea dan pandangan-pandangan di tahun 60an itu sampai sekarang masih mereka usung dan jaja walaupun konteks keadaan masyarakat sudah jauh berbeza. Ketidaupayaan mereka untuk menyesuaikan diri dan pemikiran dengan perubahan yang berlaku menyebabkan kelompok mahasiswa gerakan Islam ini semakin ketinggalan dan dipinggirkan, semakin lama kelompok mereka menjadi semakin kecil. Ini terbukti dengan pilihanraya kampus baru-baru ini di mana mereka tersungkur jatuh di seluruh universiti di Malaysia ini. Begitu juga dengan proses penambahan anggota baru (rekrutment) yang semakin lama semakin kecil jumlahnya dan semakin sukar pula.

    Sepertimana dengan kelompok mahasiswa pro-kerajaan, kelompok mahasiswa "anti-establisment" ini juga tidak mempunyai pemikiran yang terbuka, tidak kritikal, tahap keupayaan intelektual yang rendah, sangat dogmatik dan cenderung untuk menolak idea-idea lain yang dilihat bertentangan dengan pandangannya atau pandangan bapak-bapak mereka (PAS, ABIM dan JIM). Proses untuk menganalisa dan menghalusi secara rasional pandangan-pandangan yang berbeza hampir tidak ada sama sekali. Ini mungkin hasil dari sifat dogmatiknya yanglahir dari suatu sistem yang feudal dan tidak demokratik dan tidak membenarkan perbezaan pandangan atau mungkin juga hasil dari malas membaca dan malas mencari jawapan-jawapan baru (mungkin sudah berpuas hati dengan jawapan yang telah dihadamnya melaui usrah-usrah dan tamrin-tamrin). Kerana kemalasannya untuk membaca dan menelaah bahan-bahan bacaan baru masakini, menyebabkan pengartikulasian hujahnya juga lemah dan tidak meyakinkan serta mudah pula dibidas. Kelemahan dan kedangkalan hujah ini juga menyebabkan mereka menghamburkan, balik-balik hujah yang sama dan dihamburkan dengan penuh emosi pula tanpa penjelasan yang rasional dan meyakinkan.

    Pengartikulasian mereka terhadap isu-isu yang diangkat juga lemah dan lembik. Ini menyebabkan isu-isu yang cuba dibawa tidak berupaya untuk mempengaruhi mahasiswa-mahasiswa yang lain. Kelemahan di dalam pengartikulasian isu adalah kesan dari kurang membaca dan kurang diskusi dan justeru itu analisa yang dihasilkan tentulah cetek dan tidak mendalam. Kelompok mahasiswa gerakan Islam ini juga cenderung mengangkat isu-isu moral dan isu-isu kulit seperti isu konsert, isu percampuran lelaki perempuan, isu aurat, isu tubuh perempuan, isu tudung, isu muzik, isu gaya hidup dan yang lainnya sebagai isu utama. Sedangkan isu-isu isi yang lebih mustahak seperti isu keadilan, isu kebajikan mahasiswa, isu rakyat, isu demokrasi, isu pendidikan, isu hak asasi dan isu-isu yang melibatkan semua mahasiswa dari pelbagai kaum, agama dan budaya sering gagal diartikulasikan dengan baik. Terdapat suatu obsesi di kalangan mahasiswa gerakan Islam ini untuk membawa mahasiswa-mahasiswa lain ke arah ketaatan penuh terhadap ritual-ritual dan simbol-simbol Islam sedangkan permasalahan dunia pada hari ini tidak mungkin boleh selesai hanya dengan menarik lebih ramai orang untuk taat pada ritual dan simbol Islam semata-mata.

    Gerakan mahasiswa Islam gagal untuk membarengi simbol-simbol dan ritual-ritual Islam yang bersifat kulit ini dengan falsafah atau isi Islam itu sendiri di dalam kerangka perjuangannya. Kerana itu perjuangan gerakan mahasiswa Islam cenderung sektarian dan eksklusif dan hanya merangkumi mahasiswa Melayu-Islam sahaja sedangkan realiti di dalam kampus universiti (dan juga negara Malaysia) terdapat pelbagai kelompok lain seperti Cina, India, Iban, Kadazan, Serani, Orang Asli dan sebagainya yang juga merupakan kelompok yang harus dirangkumkan di dalam gagasan perjuangan yang lebih bersifat inklusif (Harus diingat orang Islam di negara ini hanya 54% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia!). Kegagalan untuk mengemukakan pemikiran dan gagagasan-gagasan perjuangan yang sesuai dengan konteks masyarakat Malaysia yang plural ini, kelemahan mengartikulasi isu-isu isi dengan baik dan kecenderungan untuk membawa isu-isu moral dan kulit serta obsesi berlebih-lebihan terhadap ritual dan simbol agama adalah antara faktor-faktor kenapa kelompok mahasiswa gerakan Islam ini semakin terpinggir dan menjauh dari masyarakat mahasiswa yang lain.

    Secara jujur saya berpandangan bahawa kelompok mahasiswa gerakan Islam ini sudah pun sampai ke kemuncak kehebatannya di tahun 80an dahulu dan sekarang adalah zaman kejatuhannya. Kejatuhan kelompok mahasiswa Islam ini tidak akan berhenti, malah semakin lama ia akan semakin jatuh dan tidak akan naik-naik lagi kecuali beberapa perubahan radikal berlaku di tahap pemikiran dan gagasannya. Atau dengan kata lain kejatuhan kelompok mahasiswa ini hanya akan dapat dihentikan jika berlakunya perubahan paradigma pemikiran di kalangan pimpinan dan anggota-anggotanya di mana pemikiran-pemikiran lama dinilai kembali, dikritik dan digantikan dengan pemikiran-pemikiran baru yang lebih bersesuaian dengan perubahan zaman serta gagasan-gagasan baru yang berupaya menjawab permasalahan-permasalahan masyarakat kampus yang melintasi batas-batas kaum, agama dan budaya dengan teras keadilan (justice) untuk semua tidak kira Melayu, Cina atau India.

    Manakala kelompok yang terakhir di dalam masyarakat mahasiswa ialah kelompok ketiga atau kelompok mahasiswa yang "tak kisah", "tak peduli", "kaki enjoy", "kaki party" dan "kaki studi". Kelompok ini pada perkiraan saya adalah kelompok majoriti dengan anggaran 75% dari jumlah keseluruhan mahasiswa. Kelompok ini dikatakan "tidak peduli" atau "tidak kisah" kerana kita sendiri tidak pernah berusaha untuk pergi dan mendekati mereka. Secara kasarnya kelompok ini adalah kelompok mahasiswa yang multi-rasial dengan majoritinya adalah mahasiswa Melayu. Mereka memang tidak peduli dengan politik kampus. Bagi mereka politik kampus adalah membuang masa dan tidak ada hasil. Ini kerana dari pandangan mereka MPP bertukar-ganti tetapi tiada perubahan yang mereka perolehi. Oleh sebab itu baik tidak peduli. Lebih baik enjoy, studi, dating, lepak kat mid valley, tengok vcd, main game, bersukan, kerja part-time, join persatuan-persatuan seni, budaya dan rekreasi adalah lebih berfaedah dan membawa keuntungan. Dengan kata lain mereka melihat aktiviti-aktiviti yang bersifat politikal ini berisiko tinggi, boleh dibuang universiti, tak "kool", skema, hanya untuk mat dan minah surau dan tidak akan membawa apa-apa perubahan di dalam hidup mereka.

    Tetapi walaupun mereka tidak suka kepada politik kampus tetapi memandangkan mengundi adalah wajib, maka terpaksa jugalah mereka turun mengundi. Dan dalam memilih calon adalah lebih baik memilih calon yang telah dipersetujui oleh universiti kerana mereka tidak mahu kehilangan kemudahan-kemudahan yang telah diberi contohnya kemudahan untuk tinggal di asrama kolej. Tetapi kemungkinan juga mereka memilih calon bukan dari kelompok gerakan mahasiswa Islam kerana mereka tidak mahu ada polis moral yang mengganggu kehidupan mereka di kampus. Namun begitu, kelompok ini bukanlah kelompok yang bodoh dan mengikut telunjuk sahaja. Saya percaya mereka adalah kelompok yang mampu berfikir jika usaha-usaha mendekati dan mengartikulasi idea dengan strategi yang kreatif dilakukan terhadap kelompok mereka. Untuk saya ketidakpedulian mereka itu adalah sebahagian dari protes mereka terhadap politik kampus itu sendiri yang mereka lihat tidak membawa apa-apa perubahan. Ketidakpedulian mereka itu bersebab. Dan kita perlu mencari sebab untuk menjadikan mereka kembali peduli.

    Selama ini kelompok ini jarang didekati, dirapati dan diajak sembang-sembang serta diskusi. Memandangkan mereka adalah kelompok majoriti (75%) maka wajarlah mereka ini yang dijadikan sasaran untuk disedarkan dan diorganisasi. Namun tidak mungkin mereka dapat kita sedarkan jika kita masih menggunakan kaedah-kaedah lama dengan pemikiran-pemikiran yang lama juga. Suatu kaedah, gagasan dan pemikiran baru perlu dicari dan didiskusi dengan rinci. Justeru itu, langkah yang paling mendesak dan menjadi prioriti utama masa kini ialah pembentukan satu wadah baru untuk menyusun kelompok mahasiswa yang "tidak peduli" ini.

    Menyedarkan dan membawa mereka ke dalam kelompok gerakan mahasiswa Islam bukanlah suatu langkah yang baik terutamanya pada ketika masayarakat mahasiswa yang lainnya tidak menyukai kelompok gerakan mahasiswa Islam ini ditambah pula dengan label-label yang banyak melekat ditubuh gerakan mahasiswa Islam yang sukar untuk dikikis sama sekali. Lagi pun fikiran, gaya hidup dan tingkahlaku yang berbeza pastinya menyukarkan proses penyesuaian diri mereka. Tambahan pula kelompok gerakan mahasiswa Islam ini pada pandangan mereka hanyalah penyambung tangan parti politik luar semata-mata dan hanya peduli dan berjuang tentang masalah moral sahaja. Kerana itulah langkah yang paling wajar dilakukan ialah menyediakan satu wadah baru untuk mereka kerana sehingga kini masih belum ada wadah yang dibangunkan untuk menempatkan kelompok mahasiswa ketiga ini.

    Wadah baru haruslah diisi pula dengan pemikiran-pemikiran baru dan gagasan-gagasan baru. Dan untuk mengisi wadah baru dengan pemikiran dan gagasan baru, tidak ada jalan lain kecuali dengan banyak membaca, banyak menganalisa, banyak berdiskusi dengan diskusi-diskusi yang mendalam dan teliti dan banyak berfikir tentunya. Apakah bentuk wadahnya, apakah isi-isi pemikirannya, apakah gagasan-gagasannya, apakah strategi-strateginya dan bagaimana untuk membangunkan wadah baru ini – inilah yang sepatutnya menjadi tugas dan tanggungjawab kita yang paling mendesak sekarang ini untuk kita fikirkan dalam-dalam, bersama-sama.

    Selamat Berfikir!

    ___________________________________________________________________
    Nota: Analisa mahasiswa yang dilakukan di atas adalah suatu analisa berdasarkan kepada pemerhatian dan pandangan peribadi saya terhadap kelompok-kelompok mahasiswa yang wujud di kampus-kampus pada hari ini dan realiti kehidupan yang harus mereka tempuhi pada setiap hari. Analisa di atas hanyalah suatu pandangan secara kasar dan kerana itu ianya harus didebatkan, dibahaskan dan diperbetulkan jika salah serta dianalisa dengan lebih mendalam lagi supaya kita beroleh rumusan dan pemahaman yang lebih tajam untuk kebaikan dan manafaat bersama. Sebarang komen atau kritik sila email:
    sebilahparangtumpul@yahoo.com

     

    Posted at 03:16 pm by Pendita Bitara

    m ihsan dacholfany
    June 1, 2009   11:39 AM PDT
     
    SEMOGA NOTA INI BERMANFAAT
    m ihsan dacholfany
    June 1, 2009   11:38 AM PDT
     
    T
    NOTA
    KEUSAHAWANAN

    MENURUT PERSPEKTIF ISLAM






    PROGRAM
    SARJANA PENDIDIKAN


    PENSYARAH

    DR.NORASMAH HJ.OTHMAN

    DR.AB HALIM TAMURI


    DISEDIAKAN

    M.IHSAN DACHOLFANY

    FAKULTI PENDIDIKAN
    UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
    BANGI – DARUL EHSAN- MALAYSIA
    2003




    TUGAS I
    I. KONSEP PERNIAGAAN
    1. Pendahuluan.
    Keperluan wujudnya institusi pasar bagi urusniaga perniagaan adalah tidak dipertikaikan dalam pemikiran ekonomi Islam. Ekonomi Islam yang bersumberteraskan al-Qur’an dan hadith menyedari bahawa manusia tidak mampu bagi menghasilkan sendiri segala keperluan hidupnya, maka mereka memerlukan pertukaran barangan keluaran dikalangan Islam.
    2. Definisi Konsep Perniagaan.
    Ramai Ulama Islam yang mendefinisikan erti konsep perniagaan Islam diantaranya iaitu :
    • Imam al Razi, dalam kitabnya mafatihah al gahib ; perniagaan atau jual beli sebagai jenis transaksi barang-barang wujud belum atau tidak wujud.
    • Ibnu Khaldun di dalam kitabnya : al Muqoddimah ; perniagaan atau jual beli sebagai satu cara perluasan modal.
    • Richard N. Cooper dalam Enclipedia Americana, mendefinisikan perniagaan dengan perdagangan , perniagaan adalah pertukaran barang dengan barang atau pertukaran barang dengan perkhidmatan.
    kesimpulan bahawa perniagaan penekanan kepada barang, wang,, kontrak, harta dll.

    konsep jual beli menurut Islam, sehubungan dengan ini Allah telah berfirman dalam ayat yang terjemahan iaitu
    “ Wahai orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka “
    Konsep Perniagaan dalam Islam Meliputi hablul minallah dan hablun minan nas. Islam satu cara hidup yang mengiktiraf keusahawanan sebagai salah satu cabang ibadat sehingga bersedia mengakui bahawa 90% daripada sumber rezeki datangnya dari hasil perniagaan.

    Perniagaan ialah sebahagian dari komponen perdagangan yang mana aktiviti
    Yang terlibat hanyalah membeli dan menjual untuk mendapatkan keuntungan yang melibatkan pemborong ,peruncit, pengimport dan pengeksport.

    Konsep perniagaan dalam Islam adalah luas sehingga meliput konsep
    Ketuhanan yang mana dalam proses jual beli akan berlaku perhubungan Antara manusia dengan Allah. Allah S.W.T membeli keimanan ,ketakwaan, dan amal salih dengan kebahgian hidup di dunia dan ganjaran syurga di akhirat kosep ini dikenali sebagai hablumminalah. Manakala konsep hablumminannas adalah pematuhan segala perintah Allah S.W.T dan penjauhan segala perbuatan yang di-laranganya jika berhubung dengan manusia dan alam sekitar termasuk didalamnyadiri , tenaga, masa dan harta. Yang dianugerah oleh Allah .

    3.Sejarah Perniagaan..Sejarah keusahawanan Islam telah bermula sejak awal kejadian manusia dimana dua orang anak bapa segala manusia iaitu Nabi Adam AS mempelapori dua bidang utama keusahaanan iaitu Habil mempelopori bidang pertanian dan Qabil mempelopori bidang ternakan .Sejarah Islam juga telah membuktian kebanyakkan nabi yang diutuskan oleh Allah telah menceburkan diri dalam bidang keusahawanan sama ada bidang pertanian ternakan,pertukangan dan perniagaan yang bukan dalam negeri malahan diperingkat antarabangsa.
    Kegiatan perdagangan telah pun wujud dalam masyarakat primitif,di
    mana penggunaan seperti batu , kulit kerang dan sebagainya sebagai wang.
    Manakala emas, perak dan tembaga telah digunakan untuk segi mata wang oleh
    masyarakat Mesir , Babiliona ,greek,China dan India.
    i Barat penggunaan wang kertas dalam proses perdagangan telah dianggap
    berubah ke era tamaddun moden.Faktor fizikal di Semenanjung Arab yang kering kontang yang tidak lagi untuk menggalakkan aktiviti ekonomi selain dar ipada perdagangan menjadi suatu alasan mengapa masyarakat Arab memelihara akan kepentingan perdagangan-perdaganan dan bergerak aktif dalam aktiviti ini. Sebelum kelahiran Islam di Mekah terdapat 13 ( Tiga belas )buah pasar telah beroprasi mengikut musim dan tempat yang berbeza disemenanjung Arab .Bangsa Arab muncul sebagai pedagang-pedagang yang hebat setelah kelahiran Islam danx Bandar Mekah telah lahir sebagai suatu pusat peribatan yang terpenting di Semenanjung Arab. Perdagangan di Mekah berkembang pesat disebabkan adanya keamana , keselamatan dan kebabasan cukai yang wujud dibandar tersebut. Pedagang-pedagang Arab ini menguasai jalan perdagangan darat dan laut yang mana mereka berdagang sehingga ke China di Timur manakala di utaranya sehingga ke Eropah dan Selatanya sehingga ke Afrika.Kesannya tamadun dan kebudayaan bangsa Arab diperkayakan.

    Perkembangan perdaganga di Semenanjung Arab dipelopori sendiri olehRasulullah s.a.w . secara peribadi di dalam melaksanakan perintah - perintah Allah S.W.T. di dalam al-Quran agar umatnya rajin bekerja dan kerja itu akanditerima sebagai sebahagian daripada ibadat dengan tidak mengenepikan kerelaan Allah. Di zaman pemerintahan para sahabat perdagangan di bumi Arab berkembang pesat dengan perkembangan Islam kemerata dunia dan mereka memperkukuhkan jalan perdagangan yang telah sedia wujud sebelum Islam.

    2. JENIS MILIKAN PERNIAGAAN

    Ekonomi Islam mempunyai sikap tersendiri terhadap hak milik, berbeza dengan kapitalis yang mengganggap hak khusus sebagai dasar kaedah dan hak milik umum sebagaipengecualian.

    Hak milik dalam ekonomi Islam sama khusus atau umu tidak mutlak tetapi terikat dengan ikatan-ikatan yang sebabnya ialah demi merealisasikan kepentingan orang ramai dan mencegah bahaya, yamng akhirnya menyebabkan hak milik itu menjadi tugas masyarakat.
    Bagi orang Islam yang sentiasa mengikut al-Qur’an akan mengetahuai akan erti harta dan segala bentuknya milik Allah. Seperti Firman Allah iaitu :
    “ Kepunyaan Allahlah kerajaan semesta langit dan bumi dan apa yang antara keduanya “ (al Maidah : 17 )
    Berdasarkan bentuk pemilikan ,corak kawalan dan pengurusan , badan perniagaan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis milikan seperti:

    • Pemilikan TunggalPerkongsian
    • Syarikat berhad dan syarikat umum berhad
    • Syarikat koperasi berhad
    • Hak milik umum dalam Islam

    Hak milik dalam Islam ertinya harta, apabila dikhususkan untuk kepentingan umum, hali ini kebalikan dari hak milik khusus pemanfaatannya untuk individu seperti : jalan, aliran sungai dan sebagainya.

    Hak milik barang atau hasil galian bumi
    Setiap hasil bumi jika datangnya dari dalam tanah yang bukan milik sesiapa, maka ia menjadi hak milik negara atau kerajaan untuk dimanfaatkan oleh ramai orang sebab ia sengaja tidak dimilika orang atau tidan ditanam dengan sengaja..

    Penutup.Demikianlah Agama Islam telah mengatur bentuk perniagaan dan konsepnya, sehingga kehidupan bermuamalah terhadap Allah sendiri dan manusia menjadi baik serta dapat melahirkan suatu keberkahan dan kebahagiaan.

    Tugas II. PRINSIP DAN PERATURAN DAN PERNIAGAAN TERLARANG

    1.Pendahuluan..Islam mengakui kebebasan berekonomi, terikay dengan syariat Islam..sikapnya berbeza dengan system kapitalis iaitu yang menjamin individu untuk bebas secara mutlak, dengan cara yang sesuai dengan menurut pendapatnya atas kepentingan peribadinya sahaja dan sesuai dengan keyakinannya akan memperolehi keuntungan maksima dan tinggi. Dia boleh menggunakan apa sahaja alat, menyimpan keuntungannya dan membuahkan hartanya dengan cara yang dikehendakinya tanpa campur tangan negara dalam perancangan tersebut. Negara tidak berhak mengarahsesuatu yang bertentangan dengan kehendak individu tersebut

    Dan Islam juga tidak mengikut sikap Sosialis Marxis iaitu kebebasan berekonomi ialah secara ekstrem kebalikan dari ekonomi kapitalis, individu disana tidak mempunyai kebebasan membuat atau membuahkan modalnya kerana hanya negara yang boleh memiliki semua ini, malah yang lebih kejam, individu disana tidak bebas memilih atau membatasi pekerjaan yang dilakukannya tetapi di harus bekerja dengan panduan yang telah digariskan Pemerintah sesuai dengan rancangan yang mereka tentukan.

    Islam telah menentukan ikatannya dengan tujuan merealisasikan dua perkara iaitu :
    1. Agar kegiatan ekonomi berdasarkan hukm menurut pandangan Islam.
    2. Terjaminya hak negara sama ada untuk mengawasei kegiatan ekonomi terhadap individu, mengatur dan melaksanakan beberapa kegiatan ekonomi yang tidak mampu ditangani mereka atau tidak mampu menggunakannya de ngan baik sehingga dilaksanakan berdasarkan Syariat Islam.

    Firman Allah : “ Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.”
    Kegiatan jual beli yang diharamkan terdiri daripada : sogokan, penyalah gunaan kekuasaan, penipuan sesama sendiri, merampas harta dengan zalim dan sebagainya, sesiapa yang melakukannya akan mendapatkan balasan Allah kelak dan menyimpang dari ekonomi yang dihalalkan.

    untukitulah dalam jual beli ada rukun, syaratnya:
    1.Rukun Di dalam Islam ada rukun jual beli yang mesti diketahuioleh penjual dan pembeli sehingga terjadi kerelaan diantar keduanya , adapun rukunnya iaitu :
    1.Penjual.2.Pembeli.3.Barang yang dijual beli.4.Harga. 5.Shigah atau ijab Kabul.

    2.1.Syarat bagi Penjual dan Pembeli.Dalam jual beli tentu mempunyai syarat yang harus dilaksanakan oleh sehingga pekerjaan itu menjadi sah menurut Syariat. Adapun syaratnya adalah :
    1.Cukup umur ( baligh) dan sempurna akal
    pikiranya ( rasyid ).2.Tidak dihalang dari menguruskan muamalat.
    3.Tidak wujud sebarang paksaan atau secara suka rela.

    2.1.Syarat bagi barang.
    Setiap barang yang dijual beli dikenakan syarat oleh Islam, syarat-syarat itu adalah :
    1.Barang itu mestilah ada ketika akad jual beli.2.. Barang itu mestilah bernilai bermanfaat.3.Jelas sifatnya dan dilihat oleh pembelisama ada ketika akad /sebelum akad.4.Penjual berkuasa untuk menyerahkan barang itu kepada pembeli.

    2.3. Syarat bagi Harga.
    Harga sesuatu barang yang hendak dijul beli juga dikenakan syarat oleh Islam , syarat-syaratnya adalah :
    1.Harga barang yang dijual mestilah disebut ketika akad.
    2.Mata wang mestilah dijelaskan kecuali jikadilihat ketika akad.
    3. Barang dapat dijual dengan menangguhkan bayarannya.
    4.Selesai sahaja berlaku akad, penjual mula berkuasa terhap harga sekalipun
    belum diserahkan kepadanya

    2.4. Syarat bagi Syigah atau Ijab Kabul.adalah sangat penting didalan sesuatu jual beli iaitu bentuk berlakunya Ijab dan Kabul sama ada tunai, hutang, tangguh dan sebagainya, adapun syarat-syaratnya :
    1. Mestilah menandakan kerelaan dan keredaan antar kedua belah pihak iaitu penjual dengan pembeli kerana kedua belah pihak menerima implikasi dari jual beli itu.
    2. setiap perkataan atau tulisan dan syarat berkaitan dengan jual beli itu mestilah difahami oleh kedua-dua belah pihak iaitu penjual dan pembeli.

    3.Proses.3.1. Majlis Akad. Bermula Majlis Akad itu apabila berlaku pertemuan anatara penjual dan pembeli untuk tujuan menjual dan membeli barang, ia boleh berlaku sama ada kedua belah pihak hadir sendiri, wakil, melalui surat-menyurat, teks atau telepon dan sebagainya.

    3.2. Kenapa ada Had Majlis Akad ? Kerana:
    1. Membeli peluang kepada kedua-dua belah pihak berfikir sama ada menerima atau menolak jual beli yang telah diijab oleh pihak penjual, jika ia suka, ia boleh menerima ijab itu selagi berada di dalam majlis akad itu. Langka masa antara ijab dan dan Kabul itu itu tidak ada hadnya.
    2. Memberi peluang kepada pihak penjual menarik semula sebelum dikabul oleh pihak kedua.
    3. Kedua-dua pihak boleh membatalkan jual-beli selama dalam majlis akad.

    3.3.Kuat Kuasa Jual Beli.
    Akad jual beli itu berkuat serta merta apabila kedua-dua belah pihak boleh memilih untuk berjual beli atau berpisah dari majlis akad, selepas ijab dan Kabul.

    Sesuatu jual beli itu tidak sempurna jika tidak dijelaskan sama ada
    dalam bentuk perkataan, tulisan atau isyarat, Tetapi sesuatu jual beli itu sah dan
    berlaku tampa sebutan asalkan berlakunya penyerahan wang dan penerimaan barang, asalkan menepati harga sebenar yang dikenal dengan bai’al terutama bahan-bahan murah atau keperluan harian.

    3.4.Syarat semasa Ijab dan Kabul.
    Semua syarat yang berkaitan jual beli diterima asalkan ia mendatangkan manfaat dan tidak pula bercanggah dengan dasar jual beli, tentu ada syarat - syaratnya iaitu
    1. Syarat yang berkaitan dengan akad itu sendiri seperti barang hanya diserahkan oleh penjual setelah pembeli menyerahkan barang tetrsebut.
    2. Syarat memperkuatkan lagi akad ijab Kabul seperti hak penjual iaitu mengadakan penjamin-penjamin tertentu.
    3. Syarat yang dikenakan berdasarkan kepada keperluan semasa seperti melalui surat kredit dan sebagainya.

    4.Pilihan atau Khiyar :hak memilih, tawar menawar jual beli dan sama ada melansungkan jual beli atau membatalkannya antara penjual dan pembeli, tujuannya antara kedua-dua belah pihak menerima resiko atau tidak timbul penyesalan kemudian hari sama ada dari segi barang tersebut atau harganya.

    Khiyar terbagi kepada beberapa bahagian ;
    4.1. Khiyar Majlis.
    Pemilihan antara penjual dengan pembeli dalam majlis akad dinamakan Khiyar majlis. Selagi belum berpisah di dalam majlis akad itu kedua-dua belah pihak berhak untuk meneruskan atau membatalkan jual beli itu.

    4.2. Khiyar Syarat :Pemilihan anatara penjual dan pembeli untuk sama ada meneruskan jual beli atau membatalkanya dalam jangka masa tiga hari
    Penerusan atau pembatalan jual beli itu berlaku melalui dua cara ;
    1. Perkataan : satu pihak mengeluarkan perkataan yang membawa maksud menerus dan membatalkan jual beli tersebut seperti perjual atau pembeli berkata : “ Saya teruskan jual beli ini atau sebaliknya”.
    2. Perbuatan : Salah satu pihak melakuakan sesuatu atau tindakan yang menunjukkan ia mahu meneruskan atau membatalkan jual beli itu, misalnya penjual menggunakan barang yang hendak di jual beli itu dalam masa khiyar sayarat untuk kegunaan dfirinya. Ini bererti penjual membatalkan jual beli tersebut.

    4.3. Khiyar rukyah.
    Pemilihan terhadap sesuatu barang dengan terlebih dahulu melihat dan mengambil ataukedudukan sesuatu barang terutama tujuan asal barang tersebut dinamakan khiyar rukyah, contohnya melihat barang yang dipamerkan sebagai contoh barang yang hendak dibeli.
    4.4. Khiyar Aib.Jika pembeli mendapat kecacatan pada barang yang dibeli dalam masa Khiyar, maka ia berhak untuk membatalkan jual beli itu.
    5.Tempat Penyerahan Barang
    1. Biasanya berlaku penyerahan di tempat yang diadakan akad.
    2. Penyerahan barang juga dapat dilkukan di sebarang tempat yang dipersetujui bersama iaitu antara penjual dan pembeli.
    6.Perbelanjaan Pembayaran Harga dan Penyerahan Barang
    1. Pembeli menanggung segala kos pembayaran harga barang yang dibelinya.
    2. Penjual pula menanggung segala kos penyerahan barang kepada pembeli
    3. Pembeli boleh menanggung penyerahan dan penjual juga boleh menanggung kos pembayaran jika terdapat persetujuan dan penjanjian antara mereka.
    7. Barang Rosak.
    1. Jika berlaku kerosakan terhadap barang itu sebelum itu ia dapat diserahkan kepada pembeli, ia ditanggung oleh penjual.
    2. Jika berlaku kerosakan terhadapa barang itu setelah ia diterima oleh pembeli, ia ditanggung oleh pembeli.
    8. Serah- Menyerah Barang.
    Serah menyerah tidaik menjadi syarat jaual beli, ia sekadar menyempurnanakan proses jual beli. Penyerahan berlaku melai pelbagai cara :
    1. Tanah, berlaku penyerahan dengan keizinan penjual kepada pembeli untuk mengendalikannya.
    2. Rumah, berlaku penyerahan dengan penyerahan kuncinya.
    3. Binatang ternak, berlaku penyerahan dengan pembeli yang memegang talinya.
    4. Barang-barang yang bersukat dan bertimbang, berlaku penyerahan setelah disukat dan ditimbang dajn di masukkan kedalam berkas dan dibungkus.
    5. Barang-barang lain berlaku penyerahan dengan pemberian barang itu kepada pembeli dan mengambilnya tampa halangan.
    9. Tahan Barang.
    Dalam kes jual beli tunai, penjual berhakmuntuk menahan barang itu sehinggalah pembeli menyerahkan bayaran sepenuhnya, tetapi penjual tidak berhak berbuat demikaian jika jual tangguh iatu bai’hi thaman al ajil.
    10. Kerugian atau al Ghaban
    Di dalam jual beli tentu ada yang mengalami kerugian dan ada yang untung , Kerugian yang dimaksudkan adalah kerugian besar yang dialami sama ada penjual dan pembeli seperti 5 %, 10, atau 20 %, Jika berlaku kerugian terhadap pembeli, bukan kerana penipuan, ia ditanggung oleh oihak tersebut dan jual beli tersebut boleh dibatalkan kecuali jika melibatkan harta anak yatim, wakaf dan baitulmal, jual beli itu dianggap tidak sah.
    11. Penipuan atau al Gharar.:Apabila salah satu pihak pembeli atau pembeli diberikan gambaran atau sifat sifat lain daripada sebenar ,bila hal ini terjadi, pihak yang rugi besar boleh membatalkan jual beli. Hak membatal jual beli kesan daripada penipuan terhenti apabila ia mati, Disini hak itu tidak boleh diwarisi oleh warisnya. Hak membatalkan jual beli juga tamat apabila pihak yang rugi itu mengubah suai atau memusnahkan barang tersebut.
    12. Jual Beli dengan orang sakit Tenat
    Orang sakit yang boleh membawa mati dianggap sebagai orang yang sakit tenat, ketika itu ia mengalami gangguan fikiran, sedang dipengaruhi dan mudah pula ditipu, justeru jual beli itu dengan orang yang sakit tenat ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
    Jika ia menjual harta kepada warisnya, makam jual beli itu terhenti ( tidak sah ) kecuali setelah mendapat persetujuan semua waris yang lain untuk megelakkan perbalahan dalam keluarga kerana mungkin berlaku penipuan dan paksaan.
    Jual beli itu sah jika harta itu dijual kepada orang lain dengan harga berpatutan seperti di pasar terbuka, tetapi jika dijual dengan harga yang amat rendah iaitu satu pertiga dariapada harga yang sebenar, pihak pembeli wajib menambah harga yang setimpal kepada waris jika tidak jual beli itu tidak sah

    1. Jika si pesakit itu mempunyai hutang, tetapi menjualkan hartanya kepada orang lain dengan harga yang lebih rendah, orang memberi hutang berhak untuk menuntut haraga yang dsetimpal untuk membayar hutang. Selepas ia mati, jika pembeli tidak mahu membayarnya, mak jual beli tidak sah.

    PENUTUP.Kita sebagai Ummat Islam mesti mengikuti ajaran dan syariat Islam di dalam melaksanakan muamalat khasnya di dalam jual beli, dengan harapan adanya kerelaan dan keberkahan dari apa kita kerjakan.

    TUGAS III1.PRINSIP EKONOMI ISLAM

    1.PendahuluanSebelum mengkaji tentang prinsip ekonomi Islam, Kita mengetahui bahawa ekonomi dan agama mempunyai pertalian yang rapat, malahan di Barat, ekonomi tidak pernah terpisah dari agama sehingga lewat abad ke 17. Pada zaman pertengahan di Eropa, wacana ekonomi dikupas dan diperkembangkan oleh ahli gereja seperti Thomas Aquinas dan St. Augistine . Cuma dengan kelahiran revolusi Industri dan pengeluaran barangan secara besar-besaran barulah terserlah pemisahan pemahaman antara agama dan ekonomi, tetapi gerakan pemberontakan menentang agama telah mula reda, dan ramai ahli ekonomi mula menyedari bahawa dalam ekonomi akan sentiasa wujud kerangka tindakan berbentuk agama, moral dan perikemanusian, Justeru itu mereka mula memadukan perkara-perkra ini dalam kajian kebendaan dan objektif yang mereka jalankan.
    Rentetan daripada itu, cirri pertama ekonomi Islam ialah kenyataan bahawa ekonomi merupakan sebahagian daripada siistem Islam yang menyeluruh, Ekonomi Islam mempunyai hubungan yang erat dengan agama, aqidah dan syariat Isllam, mungkin itulah sebabnya sejak dari peringkat awal al-Quran diturunkan telah menguruk corak ekonomi yang sedia ada pada masa itu.

    2. Natijah aktiviti Ekonomi Islam .Natijah dari aktiviti ekonomi Islam jika :
    Satu ibadah, kalu ia bertujuan untuk mencapai keridoan Allah dan diniatkan untuk- Nya.Walaupun ekonomi Islam ingin memperoleh manfaat material, itu hanya sebagai landasan kepada tujuan yang lebih besar dan lebih mulia, iaitu memakmurkan bumi ini dan menyediakan sebagi tempat untuk manusia berbakti selaku hamba dan khalifah ( wakil) Allah di bumi ini.
    Pengawasan ekonomi Islam adalah menerusi pengawasan yang dilakukan sendiri di samping pengawasan undang-undang yang digubal oleh pemerintah. Pengawasan yang dilakukan sendiri yang ditunjangkan Imana kepada Allah, Rasul dan hisab pada hari akhirat lebih kerasa dan lebih berkesan daripada pengawasan cara lain.

    3. Prinsip Ekonomi Islam.Sbilangan besar penulis Islam berpendapat bahawa terdapat tiga prinsip asas ekonomi Islam :Kebebasan yang terhad dan tertakluk kepada nilai-nilai akhlak.
    hak milik.campur tangan pihak yang berkuasa.
    Islam memberi kebebasan dalam batas-batas tertentu dan dalam lingkungan nilai-nilai akhlak, manusia dijadikan dengan berbagai-bagai kemampuan dan Allah menggalakkan manusia bekerja dan memiliki hasil daripada titik peluhnya ertnya di dalam al-Quran bermaksud iaitu :
    “ Dan bahwasannya seseorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya “ (An-Najm : 39 ),
    Segala amalan ekonomi yang bertentangan dengan syariat Islam dianggap sebagai menyalahgunakan kebebasan yang diberi, tujuan pengharaman kegiatan ekonomi dalam bentuk penipuan, rasuah dan sebagainya ialah untuk :
    • Memupuk rasa tanggung jawab terhadap sesama anggota masyarakat.
    • Menutup arah ke jalan monopoli dan kejayaan pada segelintir manusia.
    • menggalakkan seseorang bekerja keras mengikut kemampuannya dan dengan cara yang di bolehkan oleh syariat Islam.
    • Menggalakkan pelabuaran pada modal yang dibekukan.
    Kalau dalam sistem kapitalis, hak milik berada pada individu secara mutlak, dan dalam sosialis pada pihak yang berkuasa, maka dalam Islam hak milikm pada persendirian dan awam.
    Pembahagian hak milik ini mengandungi beberapa hikmat iaitu : Untuk peribangan kuasa politik, cara ini mengelakkan berlakunya sebarang penekan dan penindasan. dalam pembangunan masyarakat secara umumnya dan ekonomi khususnya.
    Islam mengakui fitrah manusia manusia yang ingin memiliki sesuatu dengan menikmati apa yang dimiliki, demi kesejahteraan hidup masyarakat, Islam menggariskan beberapa garis panduan untuk memili harta :Harta benda hendaklah diperoleh dengan jalan yang halal.Zakat, cukai dan sumbangan ke jalan Allah hendaknya di keluarkan daripada harta tersebut.
    Dalam hal pengagihan milik persendirian, hendaklah dielakkan perkara yang lebih mengakibatkan perluasan jurang pendapatan dan agihan kekayaan dan dilarang menggunakan kekayaan untuk perkara-perkara yang boleh membahayakan orang lain atau alam sekitar.
    Syariat Islam menghruskan konsep campur tangan pihak yang berkuasa dalam kegiatan-kegiatan ekonomi, sama ada dalam bentuk pengurusan maupun penyusunan, penagihan, adapun bidang-bidang yang dibolehkan pihak berkuasa campur tangan adalah seperti berikut Jaminan Sosial atau masyarakat,Pengagihan pndapatan.Jaminan persamaan peluang.
    Pengawasan Pemasaran,Memerangi Riba.,Dasar kerja dan upah.
    4.Asas Falsafah Ekonomi Islam.
    Jika Asas Falsafah Ekonomi Sosilialis adalah pertarungan kelas, dan asas falsafah ekonomi kapitalis tergambar dalam konsep Laissez faire, maka asas ekonomiIslam tergambar dalm konsep Tauhid. Pertama, alam ini adalah milik Allah iatu segala harta dann kekayaan serta segaa sumber adalah kepunyaan Allah dan yang mengagih dan menganugerahkan menurut kehendaknya, keduua, hanya Tuhan yang Esa dan lain makhluk tunduk kepada-Nya, oleh sebab manusia muncul daripada asal-usul yang serupa, jadi tarafnya adalah sama dan tidak ada kelas dikalangan manusia, ketiga kepercayaan kepada hari pembalasan meninggalkan kesan yang penting ke atas tindakan ekonomi seseorang sebab ia menjangkau ruang masa, jadi sebelum membuat tindakan, seseorang individu Islam akan berfikir untung ruginya dalam kehidupan pada akhir akhirat, dalam istilah ekonomi, indvidiu tersebut menimbanga manfaat dan kos bagi sebarang tindakannya.
    5.Kesimpulan .Ringkasnya, pada pandangan Islam, Islam tidak terpisah daripada Agama dan terdapat beberapa ciri yang membezakan kegiatan ekomnomi Islam dengan kegiatan ekonomi lain. Ekonomi Islam sebagai suatu ibadah bertujuan memakmurkan bumi dan menyediakan tempat untuk umat Islam untuk berbakti, diawasi oleh sendiri oleh individu berkenaan dan menciptakan keseimbangan antara masyarakat dengan Individu.

    2. PERBANKAN ISLAM
    Bank iaitu institusi kewangan yang memainkan peranan sebagai orang tengah antara modal yang berusaha mencari pelabur dan pelaburan yang mencari modal . institusi ini berfungsi mengikut tujuan ia ditubuhkan seperi Bank Pusat, Bank khas, Bank Perdagangan dan lainnya.
    Adapun jenis-jenis bank perdagangan sekarang ada yang menghadkan kegiatan mereka kepada satu bidang sahaja seperti bank-bank industri, perdangan atau pertanian, tetapi
    2.Bank Islam
    Bank Islam ialah bank yang bercorak ekonomi dan kemasyarakatan yang diadun de ngan pemikiran Islam dalam hal pelaburan harta. Ia memberi peluang kepada pemodal mencari keuntungan menerusi saluran yang halal menurut dasar-dasar ekonomi Islam.
    Bank Islam merupakan institusi kewangan Islam yajng bekerja menjalankan tugas darisegi kewangan, perdagangan dan pelaburan. Membina projek-projek industri pembuatan dan pembangunan ekonomi di dalam dan luar negeri.
    Penubuhan bank-bank Islam adalah salah satu keperluan bai kegiatan ekonomi di negara-negara seluruh dunia dan negara-negara Islam khususnya Bank adalah penggerak utama bagi kemajuan ekonomi dunia, oleh itu ia mestilah diawasi supaya berjalan mengikut cara Islam iaitu menseimbangkan antara kepentingan umum de ngan kepentingan individu, bank Islam sejak ditubuhkan di negara-negara Islam dianggap sebagai sebuah bank perdagangan yang halal mengikut garis panduan hukum syarak. Oleh itu kita berharap ia tetap dengan dasar dan fungsinya dalam memajukan ekonomi.

    2. Dasar- dasar Perdagangan Bank Islam.
    Ada beberapa dasar atau prinsip yang membezakan bank Islam dengan bank lain, antara lain :Aqidah, bank Islam berpegang kepada pemikiran aqidah Islam, oleh itu ia tidak mencari keuntungan semata-mata, tetapi ia mesti menjaga kepentingan masyarakat Islam.Pembangunan Negara, Bank Islam mengambil berat tehadap pembangunan rohani, mental dan akhlak selain pembangunan ekonomi, ukuran kejayaan Islam bank Islam bukan terletak pada keuntungan wang, tetapi terletak pada besarnya pulangan terhadap masyarakat dan negara.
    Keadilan Sosial, Bank Islam mempunyai tujuan yang lebih luas daripada bank perdagangan, kerana ia bekerja untyuk kebajikan masyarakat dengan cara mengumpulkan zakat dan membelanjakannya mengikut saluran yang disuruh oleh hukum syarak, bank Islam juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan keadilan social dengan cara mengagihkan harta yang dilaburkan dengan cara insurans harta tanah, insurans kerjasama qard al hasan dan lain-lain.

    Kawalan syariah, bank Islam tunduk kepada kawalan majlis fuqoha’ yang mengawasi perjalan bank, inilah yang membezakan bank Islam dengan bank yang lain. Kawalan ini dibuat oleh para fuqoha’ yang mahir dengan undang-undang dan syariat. Badan pengawas ini disebut kawalan syariah, tujuannya ialah menentukan perjalanan bank selari dengan hukum Islam. Tugaspara fuqoha’ ini sama dengan pengarah-pengarah bank biasa dan diberi elaun tahunan dan elaun musyuarat, wang ini diambil daripada keuntungan yang boleh digunakan setelah dipersetujui ramai dalam mesyuarat agung.

    3. Kesan Positif terhadap Masyarakat.Bank Perdagangan biasanya bersikap negatif terhadap pelanggannya, ia tidak berminat kecuali memberikan oinjaman dngan kadar bunga yang tinggi dan mempastikan pelanggannya membayar balik hutang, tetapi bank Islam yang mengajak anggota masyarakat untuk bersama-sama berniaga setelah mengkaji peluang-peluang pelaburan yang baik, dengan itu bank Islam boleh membantu pelangganya mendapat pulangan yang lebih baik.
    4. Kawalan SyariahBank Islam tunduk kepada kawalan majlis fuqoha’ yang mengawasi perjalanan bank, inilah yang membezakan bank Islam dengan bank yang lain. Kawalan ini dibuat oleh para fuqoha’ yang mahir dalam undang-undang dan syariat, badan pengawas ini disebut kawalan syariah.
    Tujuan kawalan Syariah ialah untuk menentukan perjalan bank selari dengan hokum Islam, tugas para fuqaha’ ini sama dengah pengarah-pengarah bank biasa dan diber elaun tahunan dan elau mesyuarat, wang ini diambil daripada keuntungan yang dapat digunakan setelah dipersetujui mesyuarat agung dan dan orang ramai.

    5.Keistimewaan Bank Islam .
    Bank Islam berbeza dengan bank-bank perdagangan lain daripada aspek-aspek berikut
    • Ia tidak mengambil atau memberi faedah, kerana riba diharamkan oleh syariat Islam dan lain-lain syariat.
    • Bank Islam menghidupkan ibadat zakat, mengurus dan menyusunnya untuk kebajian masyarakat.
    • Bank Islam berpegang pada konsep musyarakah ( perkongsian ) bukan berdasar amalan riba.
    • Pelabuaran yang berbagai jenis merupakan sumber pendapatan bagi bank Islam.
    • Bank Islam berusaha mengumpulkan wadiah ( deposit ) terutamanya daripada simpanan beku untuk digerakkan sebanyak mungkin bagi kepentingan masyarakat setempat.

    Kerjasama antar modal dan usaha dan kepakaran dalam berbagai bidang boleh membawa kepada penggunaan yang maksima bagi factor-faktor pengeluaran dan dapat pula merancang pembangunan ekonomi dengan sempurna.
    Dengan tiadanya system riba dan digantinya system musyarakah ( perkongsian ) bererti bebasnya individu daripada kesan-kesan negatif seperti hanya duduk me nanti faedah yang diberikan oleh bank.Pelaburan mendapat keuntungan yang adil, setimpal dengan peranan wang yang dilaburkan.

    6. Penutup.Dengan adanya penubuhan Bank Islam akan membawa kepada perkembangan ekonomi yang pesat di negara-negara Islam, sehingga dapat membantu pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran rakyat dengan sistem dan syariat Islam yang baik.

    Tugas IV
    SISTEM KEWANGAN ISLAM

    1.PENDAHULUANSistem perbankan Islam telah ditubuhkan untuk menggantikan kepada sistem konvensional yang sedia ada. Secara amnya, sistem perbankan Islam telah berkembang sejak tahun 1983 di bawah Akta Bank Islam 1983. Sistem ini diwujudkan ekoran daripada keperluan kepada sistem perbankan Islam
    Perbankan Islam adalah aktiviti perbankan yang dijalankan berlandaskan prinsip syariah. Perbankan Islam tidak membenarkan pembayaran atau penerimaan faedah dan menggalakkan perkongsian untung dalam amalan perbankan dari sudut pandangan Islam.dan permasalahan system kewangan Islam ini ramai dibincangkan.

    Sistem perbankan Islam perlu lebih bersedia kerana sistem ini berada pada satu komposisi yang agak terkebelakang berbanding sistem perbankan Konvensional.
    .
    2.SISTEM KEWANGAN ISLAM DAN PERANANNYA.
    Sistem Kewangan Islam ( Nizam al mal al Islam ) iatu sebahagian daripada keseluruhan system ekonomi Islam, yang meliputi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kewangan.
    Ada beberapa syarat mesti ada dalam system :
    • Pelabagai Instrumen
    • Jumlah Institusi yang banyak
    • Mekanisme untuk menghubungkan institusi dan Instrumen.
    Ada 2 unsur yang harus dipunyai dalam system kewangan Islam :
    1. Berintipati Islam sepenuhnya, tidak terhad dengan lebel.
    2. Mempunyai ciri suatu system yang canggih dan berdaya maju.

    Pandangan umum menyatakan bahawa pasaran bagi ekonomi Islam adalah niche market atau pasaran yang kecil iaitu kurang daripada 2% dari jumlah asset yang boleh dikendalikan secara Islam. Hakikatnya, pasaran ekonomi Islam adalah lebih besar berbanding pasaran konvensional dari segi potensinya. Ini kerana orang Islam tidak boleh melabur atau mengambil manfaat daripada sistem yang berasaskan riba, manakala bagi orang-orang bukan Islam, mereka boleh melibatkan diri di dalam pasaran ekonomi Islam. Tetapi sekarang pasaran Islam kecil kerana ianya tidak digunakan atau masih belum dapat diperkembangkandengansempurna.
    Tugas mengembangkan peranan fiqh muamalat dan pengurusan Islam seharusnya dipikul oleh para profesional muda di dalam bidang ini.
    Usaha yang sedang dijalankan di Malaysia bagi mempertingkatkan pasaran ekonomi Islam terbahagi kepada dua,iaitu;
    a) Islamisasi Konvesional Bank.
    Aktiviti ini telah bermula sejauh awal 1990-an. Banyak cabaran yang terpaksa dilalui kerana bank-bank konvensional merupakan perantara melalui perantaraan bank. Apabila wang dimasukkan ke dalam bank, maka bank akan meminjamkan kepada orang yang ingin meminjam dengan ada cagaran (colleteral)dan sebagainya.
    Pasaran tersebut telah diislamisasikan dan telah ada kemajuan contohnya pelaksanaan Bai- Bithaman Ajil dan Al- Wadiah. Kemajuan ini adalah sangat menarik dan dapat memberi perkhidmatan kepada para pelanggan.
    Malangnya, ada yang berfikir bahawa sistem kewangan Islam hanya menawarkan perkhidmatan tersebut sahaja. Tetapi sebenarnya sistem kewangan Islam mempunyai potensi yang lebih besar dari sudut lain pasaran iaitu Perbankan Pelaburan (investmentbanking).
    Proses ini adalah lebih mudah untuk diislamisasikan. Contohnya, di Malaysia telah ada cara untuk menapis ekuiti-ekuiti secara Islam dan bukan Islam yang agak jelas. Tetapi, dari segi isu bon, bank Islam tidak perlu mengeluarkan bon yang merupakan sijil hutang (debt certificate). Bon sebenarnya boleh diubah menjadi satu sekuriti lain yang bukan merupakan hutang berasaskan pelaburan dan ia boleh dibuat secara Musyarakah, Ijarah dan Mudharabah.
    Aspek ini merupakan satu peluang keemasan yang masih belum berkembang. Di Malaysia sekarang hanya terdapat satu Ijarah bon sahaja. Manakala Mudharabah dan Musyarakah masih belum diamalkan. Dari segi potensi, pasaran modal Islam merupakan satu lapangan yang sangat luas yang boleh diperkembangkan. Jika pasaran ekuiti dan hutang Islam digabungkan, maka semua konsep syariah Islam boleh digunakan bukan sahaja Bai- Bithaman Ajil dan Mudharabah. Dengan ini, pasaran baru akan terbentuk dan ia adalah di antara pasaran ekuiti dan pasaran bon. Contohnya Bon Musyarakah atau Bon Mudharabah,ia ada elemen bon dan ekuiti.
    Jadi, risiko profil akan lebih lengkap. Ini merupakan satu perkara yang perlu diterajuiMalaysia.
    b) Peranan Pasaran Islam di dalam pengurusan makro ekonomi.
    Pada peringkat awal, usaha telah dijalankan untuk mengislamisasikan bank. Hasilnya, Malaysia tidak dapat lari daripada pengerakan kadar faedah kepada ekonomi walaupun kadar pulang di dalam kontrak Islam boleh ditetapkan (flat rate). Tetapi dari segi ketahanan kepada pusingan pasaran masih dalam keadaan sama.
    Contohnya, kegawatan ekonomi pada tahun 1997, apabila permintaan dan nilai matawang jatuh, para pengurus makro ekonomi (Bank Negara) terpaksa menaikkan kadar bunga untuk melindungi nilai matawang. Apabila perkara ini berlaku, didapati permintaan menurun, manakala kadar bunga meningkatkan pinjaman baru sukar didapati. Dengan kata lain hasil merosot, kos meningkat dan untuk memperoleh pinjaman baru susah.
    Sekiranya diamalkan sistem kewangan Islam iaitu melalui pembahagian untung, di dalam suasana kegawatan, permintaan keuntungan dan kos dana sama-sama merosot kerana di dalam tempoh kegawatan, keuntungan menurun menyebabkan pembahagian untung sama ada tiada langsung atau kurang daripada biasa. Sistem kewangan Islam dapat mengelakkan daripada kejutan dala kitaran modal.
    Ini merupakan satu sumbangan besar dan menjelaskan bagaimana kewangan Islam boleh memainkan satu peranan besar di dalam ekonomi monopoli.
    Malaysia perlu menerajui pembangunan ini. Didapati bahawa bank Islam, Islamic Investment Bank, Syarikat Pengurusan Aset, Syarikat Broker Saham dan sebagainya telah memainkan peranan penting dalam memperlihatkan pasaran ekuiti Islam dan pasaran bon Islam yang bukan berasaskan pinjaman tetapi berasaskan kontrak-kontrak syarikat Islam.
    3. BEBERAPA PERANAN SYARIKAT PENGURUSAN ASET (AMC)
    Syarikat Pengurusan Aset (AMC) merupakan satu langkah untuk meningkatkan kecekapan. Di bank, pinjaman diberikan kepada orang yang menawarkan cagaran terbaik tetapi tidak semestinya mempunyai projek yang baik.
    Melalui Syarikat Pengurusan Aset, undian yang lama akan dibuat bagi menentukan siapakah yang layak diberi pinjaman. Melalui pensekuritian, pengurus dana akan membeli dan menjual sekuriti tersebut, maka satu proses pengundian yang berterusan akan terjadi. Di mana sekiranya sesebuah syarikat lemah, ekonomi gawat dan pengeluaran bon tidak diuruskan dengan baik, harga sekuriti akan jatuh. Kesannya, adalah sukar bagi syarikat tersebut untuk mengeluarkan bon baru semula.
    Melalui proses ini, wang akan masuk ke dalam syarikat yang baik dan keluar dari syarikat atau ekonomi yang tidak baik dan melalui proses inilah sumber diperolehi.Keadaan tersebut amat mencabar. Negara Malaysia cuba mengelakkan keadaan ini dengan melaksanakan kawalan modal kerana bimbang kepada proses pengundian.
    Proses pengundian secara berterusan oleh pengurus dana merupakan satu proses baru yang menjadikan ekonomi berlaku dengan lebih cekap jika dibiarkan tanpa gangguan. Tetapi kecekapannya menimbulkan masalah kepada syarikat-syarikat lama yang sudah mantap yang mungkin tidak efisien. Mereka cuba mengelak perubahan cara lama kepada cara baru. Ini bertujuan mengelakkan isu kerajaan korporat, aliran modal bebas, aliran pelaburan bebas dan sebagainya merupakan satu isu sensitif bagi syarikat besar dan ternama tapi mungkin tidak efisien, pengurusan yang lemah penggunaan tidaksempurna.
    Masalah ini telah melanda Asia Timur pada tahun 1997, iaitu dengan meletakkan sumber dana ke dalam syarikat besar melalui keputusan kerajaan atau bank danbukanperuntukanpasaran.
    Kesannya, pinjaman murah telah diberikan kepada syarikat besar tetapi mungkin tiada projek yang baik. Maka timbul ungkapan Kredit Murah Kepada Syarikat Yang Berkenaan (Cheap Credit to Related Company). Terdapat syarikat besar yang hanya memperolehi kadar jualan sebanyak 1.5%. Ini menjelaskan bahawa banyak berlaku pembaziranmodaldidalampenggunaancaralama.
    Peranan AMC bukan sahaja meningkatkan kecekapan tetapi juga halal. Bagi memastikan pengundian hanya kepada syarikat yang baik pengurusannya, proses undian oleh pengurus dana dilaksanakan setiap hari dengan melihat kepada pasaran yang baik dan seterusnya diberi sokongan. Manakala syarikat yang tidak diuruskan dengan baik tidak akan disokong.
    Keadaan ini menuntut kepada kepakaran, pengurusan aset, mahir mikro ekonomi, makro ekonomi, hal ehwal politik, ciri-ciri perniagaan dan ekonomi. Para pelabur perlu lebih bijak. Kebebasan memilih ini adalah makna baru demokrasi serta cabaran baru di manayangakanmenanghanyayang berhak.

    4. PERBANKAN ISLAM DIMALAYSIA DARIPADA PERSPEKTIFPENGGUNA
    Prinsip pengusaha yang utama terbahagi kepada dua. Pertama keutamaan diberi kepada pelanggan. Kedua dikiaskan sebagai kembali kepada yang pertama. Ini bermakna diharapkan kedua-dua prinsip ini menitikberatkan pelanggan.
    Peredaran masa telah membawa perbankan bergerak daripada perbankan tradisional seterusnya E-perbankan dan yang terkini Perbankan Bergerak (mobilebanking).
    Globalisasi pula menuntut pengetahuan integrasi dalam aktiviti-aktiviti utama yang terdiri kepada empat aktiviti iaitu pembelian, pembuatan, jualan dan perkongsian teknologi maklumat modal (fund information technology). Di dalam era ini sempadan teknologi adalah tidak terhad. Para pengusaha percaya bahawa teknologi boleh membawa kesan kepada ekonomi dan politik.
    Sebagai pengusaha, keperluan terhadap bahan mentah adalah tinggi. Kebanyakan Bank Islam hanya bertemu dengan para pengusaha, namun mereka sepatutnya berusaha untuk lebih mengenali para pembekal.
    Persaingan di dalam pasaran perbankan adalah sangat tinggi. Para pengguna akan mencari inisiatif yang terbaik bagi menguruskan perniagaan kerana keperluan ke atas kerjasama bank adalah tinggi. Ia bermula dari awal pusingan proses perniagaan iaitu proses pembuatan, kemudian penghantaran sebagai eksport ke luar negara,bank diperlukan untuk urusan logistik.
    Sebahagian besar para pengusaha memulakan perniagaan dari bawah tanpa mengetahui keperluan ke atas harta dan sebagainya. Kebanyakan bank di Malaysia memberi tumpuan yang lebih kepada para usahawan tetapi tidak kepada aktiviti perniagaan atau projek yang dilaksanakan.
    Kesannya, pengusaha perintis sukar memperolehi peluang pinjaman atas alasan tiada kepakaran dalam perniagaan. Maka pengusaha baru ini terpaksa mencari bank lain yang berminat ke atas projek yang dilaksanakan. Bank-bank seperti ini akan melihat potensi perniagaan tersebut dan akan terus memberi pinjaman sehinggalah syarikat tersebut mampu berdikari. Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM) mestilah dilaksanakan dengan efisien. Bank Islam haruslah memikirkan cara terbaik untuk memberikan perkhidmatan kepadaPelanggan .

    5. PENYELARASAN PERLAKSANAAN DI TIMURTENGAH DAN
    MALAYSIA
    Mazhab yang muktabar di dalam Islam terdiri dripada empat mazhab iaitu Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali mengikut urutan bilangan pengikut mazhab tersebut. Di Malaysia, pengamalan muamalat adalah mengikut akad-akad yang diharuskan di dalam Mazhab Syafie kerana umat Islam Malaysia merupakan pengikut Mazhab Syafei.
    Islam pada asalnya tidak menghadkan sempadan perniagaan. Di mana perniagaan di Malaysia dan tempat lain adalah sama. Modal yang besar daripada negara Islam adalah di Timur Tengah. Masyarakat Islam di Timur Tengah mengikut Mazhab Hanafi. Di sini berlaku pertentangan pendapat kerana wujud akad yang dihalalkan di dalam Mazhab Syafie dikira tidak halal di dalam Mazhab Hanafi. Contohnya: didalam pembiayaan hutang.
    Bank Islam Malaysia Berhad pernah melalui kerugian besar di dalam pengamalan pembiayaan hutang melalui konsep Musyarakah dan Mudharabah.
    Percanggahan pendapat lain seperti di dalam penentuan hutang dan harta. di Malaysia, hutang dan aset adalah sama iaitu boleh disekuritikan, tetapi masyarakat Arab tidak bersetuju dengan pendapat ini disebabkan mereka tidak nampak hutang sebagai aset kerana hutang tidak dalam bentuk fizikal. Contohnya penjualan rumah menggunakan Bai Bithamanil Ajil, di mana hak pada penjual ialah hutang dan keadaan ini tidak diterima oleh orang Arab. Tetapi al-Ijarah diterima kerana aset masih ada dan sewa merupakan hak penjual. Contoh lain ialah Bai al-Inah. Imam Syafie berpendapat ianya harus tetapi dengan rukun yang lengkap dan syarat yang ketat. Manakal Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali pula bersepakatianyatidakharus.
    Fenomena yang terjadi di Malaysia ialah orang ramai berkehendak kepada wang dan aset. Tetapi Islam dasarnya menetapkan dengan penjualan harta barulah memperolehi wang. Maka fenomena di Malaysia berjaya diselesaikan dengan pengamalan akad Bai Baitman ajil
    Wujud perbezaan pendapat disebabkan perbezaan mazhab menyebabkan akad-akad yang dilaksanakan di Malaysia sukar diselaraskan dengan negara Timur Tengah. Walaubagaimanapun untuk memasuki pasaran Timur Tengah, Malaysia perlu mengggunakan akad yang dipersetujui bersama sahaja seperti bon berdasarkan Mudharabah, Musyarakah dan Ijarah sahaja.
    Percanggahan pendapat di dalam Islam dikalangan individu atau golongan ke atas perkara-perkara cabang dibenarkan didalam Islam.

    6.CARA MENGATASI SALAH FAHAM TERHADAP SISTEM PERBANKAN
    ISLAM
    Di Malaysia wujud beberapa salah faham terhadap sistem perbankan Islam contohnya isu pembiayaan mahal, tetapi pada tahun 1997 dan1998 isu mahal ini hilang kerana bank konvensional mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi.
    Setelah diteliti, masalah salah faham ini terjadi kerana kurangnya publisiti terhadap sektor perbankan Islam dan tiada Islamisasi ilmu. Di mana Bank Islam hanya menyenaraikan produk yang ditawarkan tetapi tidak dihebahkan kepadamasyarakat.
    Contohnya tentang kewujudan insuran Takaful, masih ramai para pengusaha yang tidak menyedari tentang insuran Islam ini dan kepentingan yang dibawanya. Ini kerana pada awalnya, syarikat ini mengharapkan masyarakat tampil sendiri untuk mendapatkan perkhidmatan. Banyak seminar dilakukan dengan mengundang para penceramah yang berwibawa, tetapi tidak ramaiyanghadir.
    Para professional sistem ini juga tidak begitu menonjol di Malaysia, contohnya Sheik Mizaan Yaquti seorang penasihat syariah di dalam Dow Jones. Selain itu Dr. Daud Bakar yang terkenal di United Kingdom di London dan USA serta terlibat di dalam majlis syariah Bank Negara. Hajah Rohani, seorang yang dikenali dan pernah dijemput oleh BBC. NamundiMalaysiamerekatidakdiketengahkan.
    Bagi mengetengahkan sistem perbankan Islam dan memulihkan salah faham di dalam sistem ini, kemahiran bahasa Inggeris yang baik amat diperlukan agar pengetahuan yang berkaitan mudah disebarkan kepada masyarakat. Langkah lain untuk meluaskan sistem perbankanIslamialahmelaluiIslamisasiilmu.
    Banyak program boleh dilaksanakan untuk menyebarkan maklumat berkaitan sistem perbankan Islam contohnya melalui publisiti, pelaksanaan, seminar,bengkel dan sebagainya.

    7. ISU BERBANGKIT DALAM PERLAKSANAAN SISTEM PERBANKAN DI
    MALAYSIA
    1. Ustaz Mohd. Bakir menyatakan bahawa Bank Islam Malaysia Berhad menghadapi kerugian besar dalam pelaksanaan Mudharabah dan Musyarakah kerana pelanggan melarikan diri. Sepatutnya perkara ini tidak terjadi kerana pelaksanaan Mudharabah dan Musyarakah adalah berdasarkan kepercayaan di antara pelabur dan peniaga. Pada zaman awal Islam, konsep ini banyak diamalkan contohnya oleh para saudagar Arab, Gujerat, Syam dan Yaman. Tetapi kini, masalah terjadi kerana tiada kejujuran di dalam perniagaan dikalangan umat Islam.
    2. Komen daripada Dr. Ghazali Atan bahawa orang Islam hari ini telah lupa aspek besar untuk hidup sebagai umat Islam. Daripada aspek ibadah adalah baik, tidak dipertikaikan. Tetapi di dalam bermuamalah tiada kejujuran. Ini terjadi berkemungkinan daripada kelemahan dalam pendidikan dan dakwah kerana sifat amanah merupakan satu perkara pokok yang membawa kepentingan kepada kewibawaan ummah. Untuk menjadi amanah, seseorang perlu kuat di dalam tauhid. Malangnya bukan sahaja di Malaysia bahkan umat Islam seluruhnya, kuat beribadah tetapi lemah pada muamalah dan tauhid atau dengan katalainmuslim sebahagian.
    3. En. Ir. Hashim Hussain berpendapat sebagai seorang peniaga, beliau memerhatikan kos kadar pulangan BIMB kadangkala rendah dan kadangkala tinggi. Situasi ini perlu diambil kira semula. BIMB harus mengambil tindakan yang bijaksana di dalam menjalankan perniagaan kerana para pengguna semakin bijak
    4. En. Zakariya Othman Al-Haj memberi pandangan bahawa untuk meningkatkan atau memperluaskan sistem perbankan Islam, sistem ini memerlukan publisiti yang menyeluruh melalui persidangan atau seminar. Selain itu kepada masyarakat bukan Islam, penerangan yang berhikmah adalah penting supaya maklumat tentang sistem perbankan Islam dapat disampaikan dengan cara mudah dan jelas.

    8. PERKEMBANGAN GLOBAL INDUSTRI KEWANGAN ISLAM
    Untuk mencapai perkembangan yang lebih kukuh dan komprehensif di dalam industri perbankan Islam, peningkatan kerjasama yang erat dan komitmen antara negara-negara Islam adalah diperlukan. Disamping itu juga, sumbangan dan penyertaan oleh negara-negara Islam diperlukan untuk menghubungkan jurang antara negara-negara Islam di dalam perkembangan industri perbankan Islam dalam negara mereka. Keseragaman pasaran dan kehematan perbankan dan kewangan Islam boleh diperbaiki lagi untuk menjadikan perbankan dan kewangan Islam satu pasaran yang telus.
    Malaysia pada hari ini, menjadi penyumbang utama kepada perkembangan perbankan dan kewangan Islam di peringkat antarabangsa. Ini kerana, Malaysia mempunyai struktur sistem Perbankan dan kewangan Islam yang tersusun. Malaysia juga telah merumuskan strategi jangka pendek dan jangka panjang yang sesuai dalam menghasilkan struktur kewangan Islam yang telah ditetapkan agar ianya lebih kukuh dan lebih konfrehensif.

    9. BEBERAPA ISU BERKAITAN SISTEM PERBANKAN ISLAM
    1. Sistem Perbankan Islam yang dijalankan oleh Bank Konvensional tidak memperuntukkan SRR (Statutory Reserve Requirements) di Bank Negara Malaysia (BNM). Keadaan ini memberi keburukan kepada Bank Islam kerana jumlah dana yang digunakan adalah terhad. Apabila bank konvensional menawarkan produk perbankan Islam, SRR ditampung oleh bank konvensional itu sendiri.
    Dalam masalah ini, BNM belum membuat perbezaan SRR antara Sistem Perbankan Islam dan Bank Konvensional. Kewajaran kepada perbezaan SRR untuk kedua-dua sistem ini belum dapat dipastikan kerana jika SRR dilaksanakan untuk sistem perbankan Islam sahaja, ianya masih diperingkat kajian kerana ia perlu mengkaji fakfor-faktor kepada sistem perbankan Islam dan mengambil kira keburukan kepada BNM. Contohnya, setiap RM 1 di dalam Bank Islam, memberi nilai 4 sen di BNM.
    2. Sistem Perbankan Islam telah menawarkan pelbagai produk-produk perbankan Islam di pasaran. Tetapi, sesetengah produk yang ditawarkan tidak diterangkan secara teliti dan terperinci oleh pihak bank. Ini menimbulkan kekeliruan kepada mereka yang tidak memahami secara keseluruhan.
    Sebagaimana yang telah difahami, setiap produk perbankan Islam mendapat kelulusan BNM. Setakat ini, BNM telah menubuhkan dua jawatankuasa perunding yang khusus kepada peserta-peserta industri. Dua jawatankuasa tersebut adalah, Jawatankuasa Pembangunan Pasaran (Committee of Market Development) dan Jawatankuasa Penyelidikan Pasaran (Committee of Market Research). Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk menyelaraskan segala perkara-perkara yang berkaitan dengan isu dan produk sistem perbankan Islam. Pihak BNM memang menyedari terdapat kekeliruan tentang istilah perbankan Islam. Istilah perbankan Islam telah diseragamkan untuk mengatasi masalah tersebut. Ianya juga dapat diatasi di mana bank-bank sistem perbankan Islam itu sendiri mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah. Manakala, BNM bertindak sebagai pemantau dari masa ke semasa.
    3. Berhubung dengan syariah, terdapat perselisihan pendapat dalam konsep perbankan Islam. Isu yang dipertikaikan di sini ialah tindakan yang diambil oleh oleh BNM untuk menghilangkan khilaf. .
    Merujuk isu khilaf di atas, memang terdapat Jawatankuasa Syariah di BNM. Tugas Jawatankuasa Syariah ini adalah untuk menggariskan isu-isu yang berlawanan, isu-isu yang berkaitan dengan syariah dan juga isu-isu bukan syariah berhubung dengan istilah sistem perbankan Islam. BNM sendiri tidak pasti sama ada isu-isu yang dibangkitkan itu adalah isu syariah atau isu operasi, tetapi ianya dikaitkan dengan syariah.

    10. May Bank
    Kini dengan May Bank, segala urusan kewangan Kita lebih mudah, dengan adanya tawaran senarai produk perbankan yang luas bagi memenuhi kepertluan Kita sepenuhnya, Kita boleh juga menikmati kemudahan dengan selesa dan efesien setiap kali berurusan dengan May Bank.

    May Bank telah menawarkan produknya untuk kemudahan Kita antara lain
    iaitu :
    1.Terminal Layan diri.
    Untuk Kemudagan Kita, Terminala layan diri ( Self Service Terminal-SST ) menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti pengeluaran seperti pengeluaran dan deposit tunai, deposit cek serta pelbagai urusan, menerusi terminal maybank2u.com.
    Terminal Layan Diri terdiri atas :
    a. ATM
    Pengeluaran Wang Tunai, Pindahan Wang< Pertanyaan Maklumat
    Baki Akaun, Permohonan Saham Secara Elektronik (ESA),
    Pembelian Kod caj semula telepon mudah alih prabayar, Pembayaran Tiket Penerbangan Malaysia Airlines secara Elektronik ( MASET), Permohonan Perkhidmatan May Bank2u. com., Pembayaran Bil Kad Kredit, Pinjaman, Utiliti dan premium insurans, Penambahan nombor Pengenalan Pereibadi (PIN), Penukaran Had Pengeluaran, Penukaran Had Pindahan.

    b. Mesin Deposit Cek.
    Deposit Cek untuk : Akaun Peribadi ? Syarikat, bagi pihak ketiga, bayaran kad kredit, akun pinjaman perumahan / pinjaman berjangka.

    c. Mesin Deoisit Tunai.
    Deposit Tunai untuk akaun individu / Syarikat, bagi pihak ketiga, maklumat baki akaun, pembayaran bil bayarankad kredit dan pinjaman, pembayaran pinjaman sewa beli.

    d. Mesin Kemas Kini Buku Akaun.
    Kemas Kini Buku Akaun Simpanan.
    e.May Bank2u . Com.
    Perbankan dalam talian,Pembayaran Bil dalam talian, Saham
    dalam Talian, Insuran dalam Talia,Beli belah dalam talian,
    Pinjaman dalam talia,Pendidikan Dalam talia, Pelaburan.

    2. Perkhidmatan Pelanggan.
    Kaki Tangan Penyelesaian Pelanggan Kami sentiasa bersedia, untuk membantu, baik dalam urusan perbankan mahupun menjawab segala pertanyaan.

    3. Jualan dan Nase.May bank juga dapat menyelesaikan kewangan khas pelanggan dan alami pengalaman membeli belah serba baru< penasehan Jualan May Bank sangat dinamik sentiasa bersedia berkhidmat di dalam persekitan yang peribadi dan kondusif.
    • Pembukaan Akaun ( Simpanan / Semasa / Deposit Tetap )
    • Pinjaman Perumahan ( Konvension dan Islam )
    • Pinjaman ASN / ASB. Pembiayaan Syer Marginal, Pinjaman Pendidikan.
    • Saham Amanah, Deposit Tetap, Akaun Semasa< Akau Simpanan.
    • Insurans ( Dana Pendidikan Kanak-kanan< Pelan Insuran Wanita, Pelan Endowmen< Pelan Seumur Hidup, Pelan Berjangka)
    • Kad Kredit
    4.Urusan Kaunter.. Dalam May Bank mengenal pasti bahawa sesetengah urusanmengambil masa yang lama berbanding yang lain dan urusan ini .diberikan perhatian khas, bagi memudahkan Kita.Deposit, Pengiriman Wang, ASN / ASB, Deposit Tetap, Bilik ..Penghantan Pukal ( Tunai / Cek ).
    Masa Perkhidmatan SST .6.00 Pagi – 12 malam setiap hari
    Masa Pejabat 9.00 pagi _ 5.30 petang ( Hari Bekerja )
    9.00 pagi – 1.00 petang ( Sabtu / khamis*)
    ( Kecuali pada hari Bank bercuti )
    Masa Perbankan 9.30 pagi – 4.00 petang ( Hari bekerja )
    9.30 Pagi _ 11.30 Pagi ( sabtu / Khamis )
    ( Kecuali pada hari Bank bercuti.

    10. PENUTUP.
    Dengan adanya system kewangan Islam yang baik dan sedikit maklumat produk dan perkhidmatandan produk dari May Bank, diharapkan dapat meningkatkan perekonomian masyarakat Islam sehingga dapat dinikmati dan dirasakan aturan, cara dan faedah daripada system tersebut.


    TUGAS V. PENGURUSAN ISLAM
    1. PendahuluanIslam diturunkan Allah untuk menyusun kehidupan manusia di peringkat individu dan masyarakat. Ini untuk mencapai kemakmuran dan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.
    Penumpuan kepada usaha mendidik individu dan menyusun masyarakat di peringkat awal bagi melahirkan insan berguna dan mengatur sistem hidup masyarakat supaya berfungsi dengan baik. Pendekatan Islam bukan hanya dengan mencari penyelesaian kepada akibat daripada suatu permasalahan. Malah, Allah dari awal lagi mengarahkan manusia supaya dididik dan disusun untuk kecemerlangan dengan berasaskan prinsip yang menepati fitrah kemanusiaan.
    Proses penyusunan baik mengikut Islam memerlukan kepada suatu sistem pengurusan diri, keluarga, organisasi dan negara yang mantap demi membawa kepada wujudnya sebuah tamadun mulia serta progresif.
    Di peringkat pengurusan organisasi, Islam menganjurkan kepada metodologi pendekatan sesuai dan praktikal.
    Islam tidak mengesyorkan semoga bentuk, mekanisme dan kegiatan pengurusan organisasi yang sedang beroperasi secara cemerlang oleh masyarakat bukan Islam dihapuskan, melainkan kegiatan itu jelas bertentangan dengan falsafah Islam. Islam hanya mengutarakan garis panduan dan mengambil kira suasana serta budaya persekitaran. Justeru, proses perubahan ke arah mencapai kejayaan hendaklah melalui penerapan nilai tauhid kepada falsafah dan roh sistem sedia ada yang terbukti berfungsi. Dalam proses pengurusan, pekerja yang menganggotai sesebuah organisasi hendaklah diberi keutamaan. Manusia pada fitrahnya memiliki sifat makhluk individu dan sosial. Untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam ke semua usaha, memahami hakikat ini sangat perlu.
    Sifat makhluk individu menonjolkan bahawa setiap orang ingin menjaga kepentingan dan kecapaian diri. Di samping itu, sebagai makhluk sosial manusia saling memerlukan dalam mengatur tugas dalam organisasi. Islam mengemukakan pendekatan usaha dan tindakan yang mengharmonikan kepentingan individu serta bermuafakat melaksana tugas dalam organisasi. Ini penting demi mencapai matlamat organisasi.

    2. Pembentukan Pandangan Hidup dan Menghayati Pendidikan Akhlak.
    Untuk menjayakan keharmonian ini di peringkat individu, Islam mengutamakan kepada pembentukan pandangan hidup dan menghayati pendidikan akhlak. Ini semoga sahsiah seseorang dapat dibentuk dengan memiliki sikap positif serta progresif dan mengamal perilaku mulia. Usaha ini perlu kepada pendidikan yang dapat meningkat kefahaman dan berusaha menjalani latihan kerohanian semoga tindak tanduk yang negatif dapat dikurangkan. Akhlak dan peri laku seseorang sepatutnya mengarah kepada tanggungjawab dan prestasi kerja.
    Memahami suasana semasa juga keperluan penting. Justeru, menguasai ilmu sosiologi, ekonomi, politik, kebudayaan dan sebagainya adalah sesuatu yang penting.
    Islam turut memberi tumpuan kepada peningkatan daya kemahiran dan kepakaran individu pekerja dalam sesebuah organisasi. Organisasi dengan itu mesti menganggap pekerja sebagai sumber terpenting dan sanggup melabur kepada peningkatan kepakaran mereka. Individu yang hendak dibangun mesti memiliki ciri tertentu. Ini seperti sikap positif dan progresif, akhlak murni, memahami realiti dan budaya masyarakat serta daya kepakaran tinggi di peringkat tahap pekerjaan masing-masing.
    Tanpa ciri ini, kejayaan sesebuah organisasi akan berada pada tahap rendah. Bahkan, hanya memiliki di antara ciri ini tidak mungkin membawa kepada kejayaan membanggakan.
    Sifat mementing diri adalah daya penggerak yang dapat memberi sumbangan positif kepada kemajuan sesebuah organisasi. Ini jika sifat itu dapat dididik dan diletak pada tempatnya. Tanpa sifat ini tidak mungkin manusia akan berusaha dengan gigih demi mencapai kejayaan diri. Bahkan sifat itu pada fitrah wujud dalam diri manusia. Justeru, bagi Islam daya usaha dan kreativiti seseorang akan dapat dijayakan jika sistem organisasi memberi ruang secukupnya kepada kebebasan usaha individu.
    Islam hanya memberi panduan melalui tanggungjawab keagamaan yang perlu dilaksanakan demi pencapaian matlamat organisasi. Di samping itu, Islam memberi penekanan kepada pendidikan dan latihan spiritual semoga sifat mementing diri dapat diletak pada tempat sebenar. Dengan pendekatan ini Islam berkeyakinan bahawa, sikap serta peri laku individu akan berbentuk positif dan optimis.
    Hasil keyakinan kepada peranan individu dalam sistem penyusunan organisasi Islam, dapat memberi keutamaan kepada pembangunan sumber manusia secara menyeluruh. Ini dapat meningkatkan daya kemahiran dan kepakaran dengan disertai nilai akhlak mulia. Dalam sistem penyusunan organisasi, ruang untuk individu berusaha serta membuat keputusan perlu diperluaskan. Struktur membuat keputusan organisasi dengan itu akan diagihkan ke bahagian dan unit tertentu mengikut keperluan dan bidang tugas relevan.
    Semangat tolong menolong dan budaya bekerja berpasukan perlu diwujudkan. Ini dapat melaksanakan semangat syura atau perbincangan dalam menangani sesuatu tugas. Ia juga dapat mengurang kerenah pekerja dalam menjalani tugas organisasi.
    Kecemerlangan dalam menghasilkan produktiviti dan kualiti tugas adalah natijah daripada memiliki pandangan hidup itu, yang dapat diterjemahkan dalam prinsip pengurusan dan penyusunan organisasi.
    Hasil menerajui pengurusan mengikut perspektif di atas semangat keadilan akan dapat diterapkan dalam pengurusan organisasi. Pelaksanaan roh keadilan dalam pengurusan akan mengukuhkan suasana dan budaya muafakat dalam segala bentuk urusan tugas dan tanggungjawab. Bahkan kemuncak wujudnya prinsip keadilan akan menghasil kejayaan cemerlang dalam bentuk produktiviti dan kualiti kerja pekerja.

    3. Falsafah dan Pendekatan Dalam Sistem Pengurusan Islam
    Pada dasarnya, falsafah dan pendekatan dalam sistem pengurusan Islam, baik secara langsung atau tidak langsung, bergantung kepada konsep Tauhid (Rububiyah dan Uluhiyyah) - konsep keadilan yang luas dan konsep ukhuwah. Berasaskan kepada konsep Tauhid inilah konsep dan pendekatan pengurusan Islam dibangunkan. Konsep pengurusan Islam berasaskan prinsip Tauhid, antara lainnya, bermaksud: Menunaikan amanah Allah kepada manusia, sebagai hamba dan khalifahNya di bumi ini, untuk melakukan amal salih di atas prinsip kerja sama dan perbincangan (syura). Tujuan pengurusan ini ialah pembinaan sebuah tamadun yang berasaskan nilai etika tauhid. Untuk tujuan ini, pengurusan mestilah membasmi gejala rasuah, salah laku, keburukan, kezaliman dan seterusnya mewujudkan keadilan di dalam dan kepada sesebuah organisasi dan juga di dalam dan kepada masyarakat seluruhnya. Matlamat terunggul dari pengurusan ini adalah untuk mencapai al-falah, kejayaan yang hakiki.
    Konsep pengurusan Islam ini juga antara lainnya mengaitkan tiga perkara asas – sebagai manifestasi kedudukan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah SWT di atas muka bumi ini: Perhubungan manusia dengan Allah SWT (HablumminAllah); perhubungan manusia dengan manusia (Hablumminannas); dan, perhubungan manusia dengan kesemua kejadian alam, makhluk dan persekitaran milik Allah SWT.

    4. Unsur Utama Dalam Mencapai Matlamat
    Bagi mencapai matlamat yang digariskan dalam konsep pengurusan Islam itu, pada umumnya, sistem pengurusan Islam itu mestilah mempunyai unsur-unsur utama yang berikut: Pertama, sidik dan amanah; kedua ; tabligh dan fatanah; ketiga, daya intelek; dan keempat, kecekapan.
    1.Sifat Sidik dan Amanah .. Allah SWT telah menganugerah, dan manusia telah menerima, satu amanah berat yang tidak sanggup dipikul oleh langit bumi dan bukit bukau seluruhnya (Al-Ahzab; 33:72). Setelah
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry