![]() Pendita Bitara bukan suatu evolusi yang pasif... PERJUANGAN BAHASA MELAYU Bahasa Melayu bukan diperjuang secara ketaksuban etnik dan ras. Bukan bernada chauvinis yang sempit apatah lagi ingin menguja Bahasa ini sebagai adi bahasa yang menggugat bahasa lain. Bahasa ini adalah payung bagi keharmonian, interaksi dan bahasa ilmu bagi sebuah Negara bangsa bernama Malaysia. Dasar ini akan menjadikan perjuangan bahasa melayu diupayakan, sekata dan harmonis sekaligus mengekalkan bahasa peribumi dan kaum lain sebagai hak kekal bagi setiap kaum. Perjuangan bahasa dan sosiolingusitik adalah luas. Perjuangan bahasa bukan sekadar menolak PPSMI…ini kerja berat bagi yang mengaku warga Malaysia. Ini nada juang bagi memartabat eka bahasa kita. (Pendita Bitara) RENCAH HIDUP Teks (penulisan) adalah wahana bagi masyarakat belajar. Yang mana dari sini pengtahuan berganjak terus-menerus menuju kematangan. Tanpa teks, peristiwa dan pengalaman akan ‘menguap’ ditelan waktu, untuk kemudian kita akan bertengkar tentang kebenaran peristiwa itu pada hari kemudian. Tanpa teks kita tidak mampu memetik kearifan hidup. Tanpa teks apakah yang dapat kita wariskan kepada anak cucu?” ( Shaharom TM Sulaiman dalam Buku Kekasih) Bahasa adalah citra atma sesuatu bangsa, Bahasa adalah perlambangan nurani A. Samad Said (sasterawan Negara) Kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggar sehingga 2017
PENTAS KAJI BUKU LANDSKAP SIASAH SKUAD PENYELAMAT AQIDAH (SPAQ) JAISYU MUHAMMAD
Utusan Berita Harian Harian Metro Buletin Malaysiakini Marhaen
saifulislam Abdul Hadi Bin Alias (UTP) Lirik Nasyid (Sahabatku Amni) Puisi Nurani Lindungan Bulan Along Effendi Diskusi Hati : Mujahidah Kustem (Sahabatku Amni) Mujahidah UIA Diari Mujahid UBU Fathi Reformist Akmal Labu (Pendakwah Kontemporari)
PAS Ikhwanul Muslimin KEADILAN JIM KERSANI training Terengganukini Persatuan Ulama' PAKSI
Bahan Tarbiah Biografi Ulama' dan Tabiin Komik dakwah Sirah nabi berserta nota dan peta-peta Ini Sejarah Kita ( Sejarah Khilafah Islam) Download Kuliah Aqidah (Tuan Guru Abdul Hadi) Rujukan Fiqh dan Syariah Berita Umat Islam Antarabangsa (Islam NEWS Room) nak MP3 Nasyid? Mai tekan sini.... Mari Kenal Ulama' Mari Belajar Menulis Artikel dan Buku Ummah Muslimin MyKULIAH(MP3) Rujukan Al Quran Rujukan Hadis-hadis Fatwa Al-Qaradhawi Cintailah buku dan Bahasa kita Marilah baca buku Terkini !! Update your mind..
PMIUM bersamamu... ISIUKM PMIUTM Gegar Selatan PKPIM Ikatan Persaudaraan Jepun Kepada Pengunjung yang ingin meneliti artikel-artikel yang lepas, sila cari melalui Kalender. Artikel mula dimasukkan pada 21 April 2006. Moga bermanfaat kepada kalian
online hits since 21 April 2006 |
|
Riwayat penulis kitab Nurul Ehsan Riwayat penulis kitab Nurul EhsanSaya tertarik dengan kitab 4 jilid ini apabila mengikuti kuliah Ustaz Shamsuri melalui kaset-kaset sahaja kerana tidak semua kuliah dapat diikuti secara langsung. Kini saya akan terus belajar melalui kaeda tersebut dismaping merujuk kepada yang pakar, kerana setiap hari saya akan mengajar isteri saya pula kesemua kitab-kitab jawi yang saya pelajari. Pengenalan Peribadi
Hj Mohd Saaid Bin Omar Khatib dilahirkan pada tahun 1275 Hijrah bersamaan 1854 Masihi di Kampong Kuar, Jerlun, Kedah. Anak jati Kedah ini merupakan anak yang pertama dari dua orang adik beradik. Adiknya bernama Hj Ismail. Ayahnya di gelar Omar Khatib disebabkan ketokohan beliau memberi ucapan dan menyampaikan khutbah di khalayak ramai. Hj Mohd Saaid adalah pengarang Kitab Tafsir Jawi dan Kitab Tafsir Nurul Ehsan. Kitab kitab tafsir ini masih lagi di gunakan dalam pengajian agama di negeri Kedah. Perjalanan Hidup Walaupun berasal dari Kedah, Hj Mohd Saaid beliau telah menjelajah beberapa tempat semasa hayatnya. Beliau berpindah ke Changkat, Krian, Perak dan kemudiannya ke Sungai Acheh sehingga tahun 1312 hijrah. Beliau mendapat pendidikan di Patani dan juga di Mekah dan pernah di gelar Lebai Saaid. Semasa di Changkat beliau telah membuka sekolah pondok dan mengajar di sana. Ketika diChangkat,beliau berkahwin dengan isteri pertama bernama Fatimah dan hasil perkongsian itu menghasilkan tiga orang anak iaitu: Hj Mahmud, Hj Muhammad dan Hj Ahmad. Isterinya meninggal dunia dalam usia yang muda. Kemudian beliau berkahwin dengan isteri keduanya Hjh Rahmah dari Pulau Mertajam dan mendapat lima orang anak: Abd Hamid, Hj Omar, Sofiah dan Fatimah. Beliau berhijrah ke Kampung Kedah sebab serangan Siam keatas negeri Kedah. Ketika di Kampung Kedah beliau mengajar dipondok dan mengerjakan sawah. Disini juga beliau berkahwin dengan isteri yang ketiga Hjh Hamidah dan dianugerahkan mereka sepuluh orang anak: Hj Mustaffa, Hj Kassim,Cik Hassan,Hj Mohd Akib, Hj Hussain,Hjh Asma,Hjh Mariam,Siti Hajar,Hj Mansor dan Hj Nasir. Pada suatu hari ketika beliau mengerjakan sawah, perwakilan dari Tengku Mahmud meminta supaya beliau pulang semula ke Kedah dengan alasan kenapa orang Kedah perlu menetap di Perak. Kemudian beliau pulang ke Kedah dan diberi sebidang tanah di Kanchut. Beliau diberi jawatan Guru di Raja - mengajar anak anak raja. Di antara pelajaran yang diajarnya ialah tafsir. Selepas itu beliau diberi jawatan sebagai Khadi di Jitra dan di gelar Hj Saaid Mufti. Beliau bergiat menyebarkan risalah Islam dan megajar di surau dan masjid masjid. Beliau juga telah mengarang sebuah kitab Tafsir dan kitab Fatwa yang diberi nama 'Fatwa Kedah'. Sultan juga memberi galakan kepada beliau dalam bidang penilisan. Karya Karya Walaupun bilangan kitab yang dikarang tidaklah berapa banyak, namun dari sudut kualitinya tidak boleh dipertikaikan. Seorang pengkaji pernah mengikhtiraf bahawa kitab Tafsir Nurul Ehsan merupakan kitab Jawi yang terbaik di Asia Tenggara.Kitab tersebut pertama kalinya dicetak di Mekah dan dengan izin kerajaan negeri Kedah ianya dicetak di Pulau Pinang. Kitab tafsir Nurul Ehsan sekarang berada pada warisnya Hj Abdul Hamid Hj Ahmad. Karya beliau yang kedua ialah kitab Fatwa Kedah. Kitab ini mengandungi fatwa fatwa berkaitan dengan hukum nikah cerai. Kitab tersebut pada asalnya akan diserahkan kepada imam imam, namun masih berada di tangan kerajaan negeri Kedah dan tidak dibenar dicetak. Sifat Peribadinya Beliau merupakan seorang yang mengambil berat tentang ilmu pengetahuan dan mendidik anak anaknya membaca dan menghafaz. Inilah yang dilakunya setiap malam sebelum tidur. Beliau sangat mengambil berat tentang soal agama dan bahasa Arab. Beliau menghantar anak anaknya,terutama lelaki belajar diMekah. Kebanyakan anaknya dapat menguasai bahasa Arab dan mengajar agama di sekolah Arab dan sekolah menengah kebangsaan. Beliau seorang yang tidak bercakap banyak dan bercakap hanya mengenai perkara yang penting sahaja. Dengan perwatakan sedemikian anak anak dan masyarakat setempat menghormati beliau dan disegani dengan sikapnya itu. Walaupun sibuk dengan tugas harian, beliau selalu meluangkan masa untuk menelaah serta membaca kitab. Ia merupakan seorang mempunyai prinsip yang tersendiri dan setiap apa yang akan dilakukan berdasarkan kepada syariat agama. Begitu juga sifatnya yang lemah lembut dan mudah berbicara disenangi ramai. Kemabali ke Rahmatullah Pada usia 75 tahun beliau masih lagi berkhidmat sebagai khadi. Ketika itu beliau mengidap penyakit lenguh sebelah badan dan untuk merubat beliau dibedah. Selepas itu beliau dibawa pulang kepangkuan isterinya Hjh Rahmah di Jitra. Setelah beberapa hari berada di sana, beliau kembali ke Kanchut, bersama isterinya Hjh Hamidah. Pada hari Rabu, selepas Asar, 22 Zulkaedah 1350 bersamaan 9 Mac 1932 Hj Mohd Saaid kembali ke Rahmatullah dan dikebumikan di Masjid Alor Merah, Alor Star. Literasi dan Pendidikan; antara ruang kelemahan umat Islam mutaakhir Literasi dan Pendidikan; antara ruang kelemahan umat Islam
mutaakhir Muhammad Nuruddin Bin Bashah Bc Hons Eng (Material) UM Membaca
adalah asas beragama. Malah Jibrail meletak piawaian asas tamadun Islam kepada
Rasulullah SAW iaitu asas ‘Iqra’. Walaupun ‘bacalah’ lebih merujuk kepada arahan membaca dalam nahu bahasa arab, namun
konsep tersiratnya amat luas. Jibrail memberi petunjuk bahawa pengetahuan dan
amalan menuntut ilmu adalah asas ketamdunan Islam yang bakal di cetus oleh
Rasulullah SAW. "Bacalah
dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia
dari alaq. Bacalah, dan Tuhanmulah yang
paling Pemurah, Yang mengajar manusia
dengan pena. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang belum diketahuinya" (QS Al-Alaq [96]:
1-5). Mengapa iqra, merupakan perintah
pertama yang ditujukan kepada Nabi, sedangkan Baginda seorang ummi (yang
tidak pandai membaca dan menulis)?
Mengapa demikian? Iqra berasal dari akar kata
yang bererti "menghimpun," sehingga tidak
terhenti setakat makna "membaca teks tertulis dengan aksara
tertentu." Dari
"menghimpun" timbul
pula aneka ragam
makna, seperti menyampaikan, menelaah, mendalami, meneliti mengetahui ciri
sesuatu dan membaca, baik teks bertulis atau tidak. Literasi
adalah gejala celik ilmu yang dikehendaki oleh agama Islam. Literasi dan
keilmuan adalah antara syarat mengenal Allah juga (konsep makrifah) serta
pengesahan iman kita. Kini
dunia bersaing dengan pesat dan memerlukan kita berada dalam orbit persaingan
yang dipacu oleh orang bukan Islam barat. Hal inilah yang menyebabkan pendangan
kita berkaitan isu literasi perlu diperluaskan seiring dengan pandangan dan
pengamalan Barat tanpa kita abaikan semangat asas pendidikan Islam iaitu
ketuhanan dari aspek ontologi. Lihat
maksud literasi menurut taktifan UNESCO. Literacy is the ability
to identify, understand, interpret, create, communicate and compute using
printed and written materials associated with varying contexts. Literacy
involves a continuum of learning in enabling individuals to achieve his or her
goals, develop his or her knowledge and potential, and participate fully in
community and wider society (set in 2003 and
published in UNESCO, 2005). Kemampuan
Intepretasi dan kemahiran menganalisa adalah syarat umum untuk sesuatu bangsa
diletakkan sebagai berpendidikan atau berliterasi. Alangkah malang jika umat
Islam hanya mampu membaca hasil karya barat, tanpa sedar dan aktif mengenal
pasti di mana ‘hub’ ketamadunan Islam dalam karya kajian teknologi barat
tersebut. Dahulu, pihak Kristian sacily dan Granada cukup aktif mengekstrak
pengaruh dan tinggalan Yunani dalam karya teknologi arab Anadalusia. Literasi
mereka yang fasih dan mahir dalam bahasa Aram (suryani) dan Bahasa Arab
menyebabkan mereka berada di tahap pada hari ini. Kini
umat Islam cukup ramai. Adakah jumlah ini bererti Islam telah berjaya mengambil
alih tamadun barat? Menurut
paderi tertinggi Vatican, Monsignor Vittorio Formenti yang membuat pengumpulan
perangkaan dalam buku tahunan 2008 Vatican yang baru diterbitkan, orang Islam
mewakili 19.2 peratus penduduk dunia dan katolik pula sebanyak 17.4 peratus. 13
abad yang lalu, Rasulullah SAW bersabda, “Di
perkirakan bahawa orang-orang kafir menyerbu dan membinasakan kalian, seperti
halnya orang-orang yang menyerbu hidangannya.” Seseorang berkata, “Apakah
kerana jumlah kami sedikit di waktu itu (hingga orang-orang kafir boleh
menyerbu)?” baginda bersabda, “Bahkan jumlah kalian di saat itu ramai sekali,
tetapi kalian seperti buih banjir (tidak berguna). Dan Allah mencabut rasa
takut musuh-musuh kalian terhadap kalian serta memasukkan di dalam hati kalian
(penyakit) al wahn.” Seseorang bertanya, “Apakah (penyakit) al-wahn itu?”
Beliau menjawab, “Cinta dunia dan takut mati”[HR Abu Dawud]. Kini
fakta antarabangsa juga mengiktiraf keluasan penduduk Islam seluruh dunia
seperti smber dari Brittanica, “Islam is
a global phenomenon: Muslims predominate in some 30 to 40 countries, from the
Atlantic eastward to the Pacific and along a belt that stretches across
northern Africa into Central Asia and south to the northern regions of the
Indian subcontinent”. (http://www.britannica.com/EBchecked/topic/295765/Islamic-world) Penduduk
Islam di dunia kini berjumlah 1.57 bilion, nisbah satu kepada empat orang
penduduk dunia. Laporan oleh Forum
Pew Agama, menyediakan satu angka tepat yang sebelum ini jumlahnya
hanya dianggarkan. Sebanyak 80% pengikut Syiah tinggal di empat negara iaitu
Iran, Pakistan, India dan Iraq. Laporan turut mendedahkan bahawa meskipun nadi
Islam terletak di Asia Barat, bilangan terbesar umat Islam adalah di Asia iaitu
meliputi lebih 60%. Asia Barat dan Afrika Utara hanya mewakili kira-kira 20%
umat Islam, 15% di Afrika Sub-Saharan, 2.4% di Eropah dan 0.3% di Amerika
Syarikat. Seramai 317 juta penduduk Islam atau satu per lima (1/5) daripada jumlah keseluruhan penduduk Islam pula tinggal di negara yang penduduknya
bukan majoriti Islam. Sebanyak 10 negara telah disenarai mempunyai penduduk
2/3 beragama Islam iaitu Indonesia,
Pakistan, India, Bangladesh, Iran, Turki, Mesir, Algeria, Maghribi dan Nigeria.
(Sumber AP) Dunia
Arab mencakupi 22 anggota Liga Arab, yg
mewakili 280 juta orang, hampir sama dgn penduduk Amerika Syarikat. Benar,
kini umat Islam cukup ramai sehinggakan Obama sendiri mengakui bilangan muslim
yang ramai di Amerika Syarikat. Namun bagaimana pula tahap pendidikan dan
literasi mereka terutama di benua Arab? Jumlah
Muslim sedunia mencapai 22% jumlah penduduk dunia, tapi menurut United Nations'
Arab Human Development Report (Laporan Perkembangan Arab PBB) Setengah jumlah
wanita Arab buta huruf, satu dari 5 Arab hidup dibawah US$2 per hari, hanya 1%
penduduk Arab memiliki komputer peribadi, dan setengah dari 1% menggunakan
internet, 15% penduduk usia kerja Arab menganggur; 60% Muslim huruf. Di negara
Arab, pada 2000, 25% lelaki dan 50% wanitanya buta huruf. Kadar literasi umat
Islam seluruh dunia pula hanya 38%. Di India, kadar literasi lelaki Muslim
sekadar 18 peratus. Berdasarkan UNESCO (UIS, 2003) keciciran literasi 10.2% in
Jordan 59.8% di Mauritania. 5 buah
negara Islam , Yaman (53.6 %), Morocco (51.2%),
Mesir (44.7%), Sudan (42.3%), dan Algeria (33.3%) mewakili 49 daripada
67 juta orang muslim yang tidak tahu membaca! Kita
boleh juga membuat andaian bahawa mereka tidak buta huruf kerana mungkin mahir
dengan tulisan arab atau membaca dalam tulisan bangsa mereka sahaja. Tidak
seperti kajian UNDR yang meletakkan indikator celik huruf sebagai celik tulisan
Inggeris dan memahami bahasa Inggeris. Hal ini tiak hairan walaupun umat Islam
dan orang arab mampu memperolehi ilmu melalui tulisan arab setempat, namun kini
ia tidak lagi boleh dibanggakan. Bahasa arab telah terpecah belah kerana
nasionalisme taksub umat Islam. Bahawa Melayu ini tersadai akibat hambatan
bahasa Inggeris di negara nusantara. Akibatnya bahasa Inggeris tetap perlu
dikuasai untuk menjadi ‘hub’ ilmu yang kini tersemai dalam Tamadun barat. Tabiat
membaca bahan ilmiah juga pelru dipandang berat. Umat Islam serta tempat cukup
selesa mengepit bahan bacaan picisan dan murahan berbanding sibuk mengelek
bahan wacana dan ilmiah. Bagi
rakyat Amerika Syarikat, 53 peratus daripada mereka membaca buku fiksyen(ilmiah)
dan 43 peratus sahaja membaca buku bukan fiksyen(ringan). Bagi
kumpulan umur 10 tahun dan ke atas, daripada 85 peratus rakyat Malaysia yang
membaca, hanya tiga peratus membaca buku, manakala 77 peratus membaca akhbar
sahaja, tiga peratus membaca majalah dan 1.6 peratus membaca komik. Hal ini
tidak boleh diambil ringan oleh para sarjana ilmu di Malausia. Sebagai negara
umat Islam adalah wajib bagi semua golongan intelegensi berjuang untuk mengubah
tabiat membaca di kalangan penduduk negara ini. Statistik
Jabatan Perangkaan 2008, statistik kadar literasi rakyat Malaysia pada kelompok
umur 15 tahun ke atas adalah 93.2%. Kadar literasi keseluruhan Malaysia ialah
91.9% manakala Indonesia 92% walaupun rakyat Indonesia terlalu ramai. Menurut
wikipedia- List of countries by literacy
rate 2009, Malaysia berada di tangga ke-86 di bawah Indonesia ke 85 dan Malta ke 84. Mungkin umat Islam boleh
berbangga dengan Kazakhstan iaitu pada tangga ke-9. Namun begitu Kazakh masih
mengalami proses pemisahan bahasa ilmu antara bahasa Russia (yang lama menjajah
mereka) dengan bahasa pribumi. Walaupun penguasaan pembacaan tinggi, namun
taburan penguasaan baca dan tulis dalam bahasa ilmu seperti bahasa Inggeris dan
Arab masih jauh ketinggalan. Laporan
Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) 2007/2008 pula
menunjukkan kadar literasi rakyat Malaysia berada di belakang negara maju
seperti Jepun, Britain, Amerika Syarikat, Australia dan Jerman yang mempunyai
kadar literasi tinggi, pada tahap 99 peratus. Jika
diintai dari segi Indek Pendidikan
(Education Index), Malaysia kini berada ditangga ke-93 dari 176 buah negara
iaitu sebanyak 0.848 indeks. Indeks ini meliputi tahap literasi dewasa serta
kombinasi perbelanjaan negara terhadap pendidikan rendah, menengah dan tinggi
negara. Indeks ini terkandung di bawah Indeks Pembangunan Insan (HUMAN
DEVELOPMENT REPORT 2009)[1] yang akan
dibincangkan. Dalam indeks pendidikan ini umat Islam mungkin boleh berbangga
dengan Libya yang berada di tangga ke-59 Indeks Pembangunan Insan (Human Development Indeks)[2] 2007 yang dikeluarkan oleh PBB menunjukkan Malaysia
jatuh dari kedudukan 63 kepada 66. Indeks ini terkandung dalam HUMAN
DEVELOPMENT REPORT 2009. Indeks Pembangunan Manusia (IPM) / Human Development
Index (HDI) adalah pengukuran perbandingan daripada sudut kemandirian hidup , celik huruf , pendidikan dan standard
hidup untuk semua negara seluruh dunia. HDI digunakan untuk mengklasifikasikan
apakah sebuah negara adalah negara maju, negara membangun atau negara mundur
dan juga untuk mengukur pengaruh dari segi impak ekonomi terhadap kualiti hidup.
HDI mengukur pencapaian rata-rata sebuah negara dalam 3 dimensi dasar
pembangunan manusia: * Hidup yang sihat dan panjang umur yang diukur
dengan harapan hidup semasa kelahiran. * Pengetahuan yang diukur dengan
angka(emperikal) tahap membaca dan menulis pada orang dewasa dan kombinasi pendidikan dasar , menengah ,
atas gross enrollment ratio. * Standard kehidupan yang layak diukur
dengan GDP (Gross domestic product) atau KDNK. Indeks Inovasi Global 2008-2009 menunjukkan malaysia berada pada tangga ke 25 dunia pada
indeks 4.06. malaysia gagal bersaing dengan Singapura yang berada pada tangga
ke-5 dengan indeks sebanyak 4.81. Di atas Malaysia adalah Qatar pada tangga
ke-24 dan Israel pada tangga ke-23. Akan tetapi Israel boleh berbangga dengan
inovasi mereka sendiri kerana teknologi Yahudi telah sekian lama menguasai
dunia terutama Amerika Syarikat yang kekal pada tangga pertama[3]. Jika
Malaysia sebagai mewakili negara Islam yang membangun dan maju, perlu untuk
kita sedar tahap keilmuan dan literasi di kalangan kaum Melayu yang majoriti
menganut Isalm. Pengertian Malaysia adalah negara umat Islam adalah bergantung
kepada keislaman kaum Melayu secara amnya. Alangkah sedih juga apabila kaum
Melayu lebih erat berstatistik dengan statistik penagih dadah tegar berbanding
tersenarai di kalangan bangsa yang terkehadapan dalam aspek pendidikan. Bagi
bulan Januari–Disember 2008, perangkaan menunjukkan bahawa etnik Melayu masih
merupakan penagih teramai dikesan iaitu seramai 9,562 orang (77.41%) bersamaan
dengan 0.11% daripada jumlah unjuran penduduk etnik Melayu di negara ini yang
berusia 15-64 tahun (18,601,700 orang). Manakala etnik Cina seramai 1,438 orang
(11.64%) dan kaum India seramai 1,090 orang ( 8.82%) . ( Laporan Agensi
Antidadah Kebangsaan 2008). Umat
isalm juga masih ketinggalan dalam amalan kajian inovasi teknologi. Lantaran
itu umat islam menumpang bangga dengan teknologi Iran yang giat mengkaji rahsia
kekuatan kaum Parsi silam melalui penumpuan mencipta teknologi sendiri.
Isolisasinya Iran dari teknologi amalan Ameriak menyebabkan mereka dicurigai
oleh kuasa nuklear dunia. Menurut
Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi
Dunia (WEF) bagi 2009-2010 , untuk mengekalkan prestasi Malaysia pada
tangga ke-24 dunia ini, Malaysia perlu menyediakan prestasi produktiviti
berasaskan (knowledge-based) serta ekonomi berpandukan inovatif. Malaysia juga
perlu meningkatkan prestasi pendidikan tinggi dalam bentuk kuantiti mahupun
kualiti. Pendidikan tinggi Malaysia kini berada di tangga ke-41. Malaysia juga
perlu mempertingkatkan tahap teknologi yang peka dengan perkembangan dunia di
mana kini Malaysia berada pada tangga ke-37 disamping terus meningkatkan tahap
ICT negara. The
Department of State, USAID, serta lain-lain agensi kerajaan Amerika kini
‘berusaha’ untuk memberi fokus besar kepada pendidikan di negara-negara
majoriti Islam. Amerika Syarikat menggunakan pendekatan mobilasi massa dan
sektor swasta yang bersedia sukarela meningkatkan kualiti pendidikan serta
tahap literasi negara berkenaan. Antara negara yang kini menjadi tadahan
lambakan keilmuan cara Amerika adalah Pakistan, Afghanistan dan India.
Kelemahan ekonomi dan tahap sosial negara tersebut menyebabkan mereka melambai
memohon bantuan Amerika secara tidak langsung. Sumbangan
kebajikan sebegini adalah antara agenda besar untuk kemandirian hegemoni
Amerika dalam usaha mereka mengekalkan penjajahan secara tidak langsung kepada
dunia Islam. Menilai aspek globalisasi Amerika melalui bantuan literasi dan
pendidikan bukan sekadar berasaskan iri hati atau rendah diri kepada tamadun
Amerika, sebaliknya jasa dan budi baik Amerika perlu ditangani secara bijak dan
berhati hati kerana jelas wujudnya pengeksportan budaya dan isi tamadun Amerika
disertakan dalam pakej-pakej pendidikan mereka. Lantaran
itu Maryam Jameela pernah mengingatkan kaum muslim sekitar 1970an dahulu dalam
pelbagai makalah beliau, betapa rakusnya Britain dan Amerika mengeksport
tamadun barat melalui pekej bahasa Inggeris, keilmuan berpusatkan barat serta
model pemikiran yang pro barat. Inilah bentuk penjajahan tidak langsung yang
digambarkan oleh beliau da ramai lagi sarjana Islam da Barat. Apa
reaksi kaum Islam? Kembali sahaja kepada asas amalan tamadun Islam silam.
Kukuhkan bahasa agama Islam iaitu Bahasa Arab sebagai sumber keimanan dan kefahaman
beragama disamping menguasai bahasa perantaraan ilmu kontemporari iaitu bahasa
Arab (suriyani) pada zaman itu. Muhammad Nuruddin Bashah Setiausaha TERAS cawangan negeri Perak [1] Laporan ini dikeluarkan pada 5, October 2009, yang menggabungkan data serta indeks dari tahun 2007. Perlu dibezakan tahun pengeluaran Indeks dengan tahun pengeluaran laporan(report) kerana report selalunya selang setahun daripada indeks dikeluarkan. [2]
Indeks ini diasaskan
pada tahun 1990 dikembangkan oleh pemenang nobel India Amartya Sen dan Mahbub
ul Haq seorang ekonom pakistan dibantu oleh Gustav Ranis dari Yale University
dan Lord Meghnad Desai dari London School of Economics dan sejak itu dipakai
oleh Program pembangunan PBB pada laporan HDI tahunannya [3] Global Innovation Index 08/09 report telah dipimpin oleh Professor Soumitra Dutta dari INSEAD
Program Kursus Motivasi Kecemerlangan Insan TERKINI!! Program Kursus Motivasi Kecemerlangan Insan Anjuran SmartCom Consultancy yang diterajui oleh Ustaz Radzi Zainon B. Eng (Hons), M.Sc (Eng) USM Pada 18,19 dan 20 Disember 2009
Di Institut Latihan GPMS Kg Seri Rahmat, Batu Gajah Perak
Jika anak anda ada masalah-masalah seperti malas belajar, malas solat, tiada kawan, buang masa, suka hiburan melampau, kurang kenyakinan diri…
Hubungi kami melalui talian 019 2826743, 019 5747231 (En. Nazrin) Serahkan anak anda yang berumur 10-15 tahun kepada kami….kita berusaha Allah menentukan.
Kenali Motivator Anda. Radzi Bin Zainon · Pemegang Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Kejuruteraan di USM · Ketua Platun Rejimen 503 Askar Wataniah Ipoh Perak (1996) · Tutor Sambilan USM Tronoh Perak (1997-1998) · Penolong Pensyarah Sambilan, UTP Seri Iskandar Perak (1997-1998) · Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Pensyarah Kejuruteraan, Kolej UNISMA Ioh Perak (1998-2002) · Kaunselor sambilan RTM (Radio Ipoh) segmen Bicaranita (2000-2002) · Pengarah Syarikat, Rapat Dagang Sdn Bhd (1999-2002) · Kaunselor Sambilan dan Motivator RTM (Radio Ipoh), segmen Motivasi Belia (2007) · Perunding motivasi dan Latihan serta Penceramah bagi Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun seperti JAIPk, KWSP, TLDM, AIM, USM, UTP, BMMB, gabungan Pemborong Melayu Perak, Rojam Industries Sdn Bhd, HPA, NGO, sekolah dan beberapa yayasan di serata Negara. · Pendakwah Bebas · Pengamal perkhidmatan Jurutera Profesional.# beliau juga merupakan calon bagi N43 Sungai Rapat dan kini meneruskan kerja amal terhadap rakyat melalui Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat, Gopeng.
Rekod cemerlang pengurusan kewangan Negeri Pakatan Rakyat diiktiraf. Rekod cemerlang pengurusan kewangan Negeri Pakatan Rakyat diiktiraf. Benar, wang bukan segala-galanya. Perjuangan Pakatan Rakyat bukan untuk merebut wang, tambahan pula parti seperti PAS yang lebih berhasrat membina masyarakat yang adil, bermoral dan mengutamakan sahsiah berbanding pandangan materialistik semata-mata. Namun begitu, sejurus sahaja menerima amanat rakyat untuk mentadbir di 5 buah negeri Pakatan Rakyat(PR), parti-parti PR mesti memikul obligasi mengurus kewangan dan ketelusan agensi kerajaan negeri untuk menerbitkan momentum ke arah negeri yang adil, bermoral serta menyenangkan rakyat. Justeru, ekonomi merupakan nadi kuat untuk memastikan rakyat berada dalam keadaan sejahtera. Allah mengajar kita, " Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka..." ( "Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai-bagai jalan) penghidupan." (al-A'raf: 168) Kuasa (sultoh) adalah kegunaan untuk mentadbir dan mengurus (as siyasah). Kuasa ini dinyatakan dalam Islam sebagai punca keharmonian hidup. M. Quraish Shihab , mengatakan "Pada dasarnya, pembahasan aspek hukum Islam yang bukan termasuk kategori aspek ibadah seperti solat, puasa dan haji, boleh disebut sebagai aspek muamalat. Ekonomi dan ikhtisas (muamalat) adalah suatu materi yang diurus (siyasah) oleh para pemimpin untuk kesejahteraan rakyat dan negara. Dalam Islam sejahtera bermaksud menjurus juga penundukan kepada Allah." PAS berpakat dengan komponen lain Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR adalah disebabkan sikap optimis parti-parti berkenaan terhadap ekonomi yang adil untuk kesejahteraan rakyat, sejajar dengan matlamat PAS dan Islam. Lihat, dalam beberapa bulan sahaja (bermula Mac 2008 hingga Disember 2008), terbukti Pulau Pinang berjaya dianjak ke satu tahap selamat ekonominya melalui kesepaduan integriti dan akauntabiliti pemimpin Pakatan Rakyat yang memerintah. YAB Lim Guan Eng Ketua Menteri berkata, terdapat dua perkara yang membolehkan peningkatan kepada jumlah pendapatan negeri iaitu amalan bersih, cekap dan amanah serta usaha penjimatan wang di bawah kepimpinannya sehingga mendapat kepujian bukan sahaja daripada Badan Transparensi Antarabangsa Malaysia malah termaktub juga dalam laporan Ketua Audit Negara 2008. Di samping Pulau Pinang, Laporan Ketua Audit Negara juga meletakkan tahap pengurusan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat juga berada pada tahap yang amat memuaskan. Rentetan laporan ini, YAB Khalid Ibrahim (Menteri Besar) berkata Pakatan Rakyat telah meletakkan prinsip ketelusan, integriti dan ketanggungjawaban sebagai pemandu urustadbir kerajaan. Mari kita teliti sendiri Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2008 (mukasurat 7 bermula bab Analisis Kewangan Kerajaan Negeri) yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara. Pada tahun 2008, perbelanjaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara keseluruhannya berkurangan sejumlah RM35.41 juta atau 11.1% daripada anggaran diluluskan. Pengurangan perbelanjaan ini berpunca daripada dasar penjimatan Kerajaan Negeri dan keutamaan kepada perbelanjaan untuk rakyat atau dasar people centric (perkara ini dinyatakan secara jelas dalam laporan berkenaan). Baki Kumpulanwang Amanah Kerajaan pada akhir tahun 2008 adalah berjumlah RM302.29 juta dengan peningkatan sejumlah RM94.24 juta berbanding pada akhir tahun 2007 yang berjumlah RM208.05 juta. Kumpulanwang Pembangunan pula diwujudkan mengikut Akta Kumpulanwang Pembangunan 1966 (Akta 70). Punca kewangan bagi Kumpulanwang ini terdiri daripada caruman Akaun Hasil, Terimaan Pemberian dan Pinjaman Dari Kerajaan Persekutuan dan juga Terimaan Bayaran Balik Pinjaman dari Agensi Kerajaan Negeri. Wang dalam Kumpulan wang ini hanya boleh dibelanjakan untuk maksud seperti yang ditentukan dalam Akta tersebut. Pada akhir tahun 2008, Kumpulanwang Pembangunan telah mencatat lebihan sejumlah RM87.43 juta berbanding lebihan sejumlah RM22.89 juta pada tahun 2007. Lebihan ini berpunca daripada penerimaan berjumlah RM239.37 juta berbanding perbelanjaan berjumlah RM151.94 juta. Dengan lebihan ini, baki terkumpul Kumpulanwang Pembangunan pada akhir tahun 2008 meningkat menjadi RM189.76 juta berbanding RM102.33 juta pada tahun 2007. Pada keseluruhannya, analisis Audit mendapati kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Lihat satu contoh negeri di bawah tadbiran UMNO-BN. Menurut Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor 2008 (mukasurat 7) pula, Analisis Audit mendapati kedudukan Kumpulan WangDisatukan Kerajaan Negeri Johor telah mengalami penurunan sejumlah RM59.03 juta atau 22.7% iaitu daripada RM260.56 juta pada tahun 2007 menjadi RM201.53 juta pada tahun 2008. Penurunan ini antara lain disebabkan oleh baki defisit Akaun Hasil Disatukan pada 31 Disember 2008 telah bertambah sejumlah RM70.35 juta atau 21% menjadi RM405.37 juta berbanding baki defisit berjumlah RM335.02 juta pada tahun 2007. Pada akhir tahun 2008, baki Akaun Pinjaman Disatukan telah meningkat sejumlah RM1.32 juta atau 25.6% menjadi RM6.47 juta berbanding baki pada akhir tahun 2007 yang berjumlah RM5.15 juta. Peningkatan ini disebabkan pada tahun 2008 Kerajaan Negeri Johor telah menerima pinjaman baru daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM182.11 juta. Selepas membiayai bayaran projek Perumahan Awam Kos Rendah dan enam projek baru berjumlah RM180.79 juta, akaun ini mempunyai baki berjumlah RM6.47 juta. Pada tahun 2008 walaupun Johor berjaya mencatat peningkatan sejumlah RM 32.76 juta, Johor masih menanggung defesit Akaun hasil Disatukan sejumlah RM70.35 juta (21%) menjadikan defesit terkumpul sebanyak RM405.37 juta berbanding RM335.02 juta pada tahun 2007. Jabatan Audit Negara juga menyarankan Johor memperkukuh prestasi kewangannya supaya pendapatannya cukup menampung keperluan pengurusan negeri dan rakyat. Johor juga dinasihatkan berhemat dan berjimat dalam berbelanja tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan. Bagaimana pula Johor menjayakan RMK ke-9 sebelum ini? Analisis Audit menunjukkan prestasi perbelanjaan pembangunan RMKe-9 adalah antara 17.3% hingga 70.4%. Secara keseluruhannya, prestasi perbelanjaan pembangunan RMKe-9 adalah pada tahap 42.3% di mana sejumlah RM581.12 juta daripada RM1,372.69 juta telah dibelanjakan pada akhir tahun 2008. Pulau Pinang pula menunjukkan pencapaian pada tahun 2008 daripada RM162.53 juta yang telah diperuntukkan bagi sembilan Jabatan, sejumlah RM151.94 juta atau 93.5% telah dibelanjakan. Kebanyakan jabatan kerajaan negeri berjaya mencapai target 80% ke atas untuk merealisasikan peruntukan wang Rancangan Sebenarnya pengurusan ekonomi berhemah bukan hanya dicetuskan oleh PR di Pulau Semua negeri yang dikuasai BN mempunyai tunggakan hutang yang lebih banyak daripada Kelantan. Menurut data Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Mengikut Negeri Sehingga 31 Disember 2006, Kelantan mempunyai tunggakan RM11.6 juta berbanding Selangor sebanyak RM587.45 juta, Kedah (RM385.23 juta), Johor (RM365.8 juta) dan Pahang (RM309.13 juta). Terengganu, yang berjaya dirampas BN pada pilihanraya umum ke-11, mempunyai tunggakan RM300.34 juta. Saya pernah menulis artikel berkenaan rancangan ekonomi kerajaan BN yang tidak menyebelahi rakyat. Terdapat beberapa kritikan terhadap tulisan berkenaan terutama dari sudut 'bukti' bagaimana PR sendiri berjaya mengurus kewangan. Sekarang jelas, Jabatan Audit Negara yang bukannya 'orang PR' telah mengadili keadaan dan mengiktiraf usaha PR mengurus perbelanjaan negeri secara berhemat. Saya juga ingin berkongsi rekod kejayaan ekonomi kerajaan PR di Perak walaupun kerajaan adil ini diguling secara biadab oleh BN. Menurut Sumber Konvensyen Pakatan Rakyat Perak 31 Oktober 2009, Perak di bawah 10 bulan pemerintahan pakatan Rakyat berkaya membekalkan subsidi air sebanyak 20 meter padu kepada rakyat di mana tiada subsidi oleh BN sebelumnya. Tabung Khas Kebajikan ditubuhkan untuk OKU, ibu tunggal dan pesakit kronik di Perak. Bantuan kebajikan masyarakat dinaikkan kepada RM 400 daripada kadar asal pemberian BN iaitu RM 200 sahaja. Skim Takaful Kifalah juga diwujudkan untuk menyumbang RM 1000 kepada warga emas berusia 65 tahun. Kutipan cukai Perak selama 10 bulan tersebut meningkat sebanyak 17.8%, manakala kutipan zakat meningkat sebanyak 39.7%. Perlaburan asing juga meningkat sebanyak 53.4%, hasil hutan meningkat 150% !! Pengurusan kewangan berhemat ditonjol oleh YAB Ir Nizar dan pimpinan PR melalui pengurangan hampir 50% bagi bajet Sambutan Majlis Keraian. Jamuan rasmi makan pula hanya memperuntuk RM 15 seorang berbanding amalan BN sebanyak RM 45 seorang. Kerajaan Perak juga mengeluarkan Pekeliling Kewangan Negeri iaitu garis panduan bagi perbelanjaan secara berhemah dan langkah mengurangkan perbelanjaan awam yang perlu dipatuhi oleh setiap jabatan berkenaan. Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata (Bernama 11 November 2008) antara kandungan pekeliling itu ialah kawalan elaun lebih masa bagi kakitangan kerajaan negeri, penjimatan ulitili seperti arahan menutup lampu ketika rehat, waktu pemasangan pendingin hawa dan penggunaan bekalan pejabat seperti kertas dan pembelian Bandingkan dengan Perak semasa berada di bawah BN. Menurut Laporan Penyata Kewangan Perak, Jabatan Audit Negara 2006, Kerajaan Negeri tidak stabil pada tahun 2006. Akaun Hasil telah mengalami defisit sejumlah RM23.58 juta yang mengakibatkan baki terkumpul Akaun Hasil Disatukan berkurangan kepada sejumlah RM535.08 juta atau 4.4% pada akhir tahun 2006. Kerajaan Negeri digesa untuk mengamalkan perbelanjaan berhemat dan berusaha menambahkan sumber pendapatan serta memungut tunggakan hasil berjumlah RM193.62 juta dan menuntut tunggakan pinjaman daripada Yayasan Perak, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan Majlis Daerah Perak Tengah berjumlah RM26.67 juta. Bagi negeri Terengganu yang bernaung di bawah BN pula, walaupun mendapat sumbangan Dana Khas sebanyak RM2.613 bilion dari kerajaan Pusat bagi tahun 2007 dan 2008, kedudukan akaun hasil disatukan kerajaan negeri masih defisit (kurangan). Pada tahun 2007, jumlah perbelanjaan mengurus adalah RM1,546.52 juta berbanding hasil yang diperolehi sebanyak RM1,262.13 (defisit RM284.39 juta). Manakala pada tahun lalu, perbelanjaan mengurus sebanyak RM1,790.10 melampaui hasil sebanyak RM146.54 juta (defisit) dengan penerimaan hasil adalah sebanyak RM1,643.56 juta. Oleh kerana mengalami defisit dua tahun berturut-turut, kerajaan negeri Terengganu telah mendapat teguran dari Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato' Setia Haji Ambrin Buang. Ini bermakna Kerajaan Negeri masih menggunakan sumber daripada Akaun Amanah Disatukan bagi menampung defisit tersebut. Justeru, Jabatan Audit menyarankan , kerajaan Terengganu mesti mengambil tindakan sewajarnya, dengan mengamalkan berhemat supaya keadaan ini tidak berlaku kerana tidak semua wang amanah itu merupakan aset Kerajaan Negeri. Suatu ketika dahulu (sekitar tahun 1980an dan awal 90an), PAS dan Parti Pembangkang diperlekeh serta dianggap retorik apabila bercakap soal pemerintahan dan pengurusan ekonomi. Malah, pembangkang langsung tidak diletakkan sebagai satu 'kasta' dengan BN dalam hal kemahiran mentadbir seolah-olah ditakdirkan pembangkang di Bagi negara demokrasi, sesiapa yang mampu merealisasikan hasrat rakyat, mengurus harta rakyat dengan baik, merekalah yang paling layak memegang Parlimen negara. Muhammad Nuruddin Bashah
Jemputan ke Majlis Walimah kami Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat, Kami dengan sukacitanya menjemput sahabat-sahabat sekalian untuk menghadiri majlis walimatul urus Muhammad Nuruddin Bashah & Wardah Abdul Rahman pihak perempuan Tarikh : 12 Disember 2009 di No 9 Taman Setia Jaya, Bandar Darul Aman, 06000 Jitra, Kedah. (rumah mengadap taman permainan/padang) Hubungi : 012 5296690 untuk peta jalan & pihak lelaki Tarikh : 19 Disember 2009 di Hadapan 360 MKJ Kampung Terang, Balik Pulau, P.Pinang. (bersebelahan Balai Raya Kg Terang) Hubungi : 017 6291368 untuk peta jalan
Dijemput seisi keluarga dan digalakkan membawa sahabat dari kaum bukan Islam bersama anda. #Berjuang hingga ke akhir hayat#
Peranan besar blog sebagai media baru dakwah, dan implikasi negatifnya. Peranan besar blog sebagai media baru dakwah, dan implikasi negatifnya. Dakwah melalui penulisan. 1. Bahasa
samada dalam bentuk lisan atau tulisan, merupakan wadah komunikasi
manusia yang paling unik, yang membezakannya dengan makhluk ciptaan
Allah yang lain. Bahasa bukan sahaja menjadi pengucapan tamadun
manusia, malah turut mempengaruhi aspek dan tahap tamadunnya sendiri.
Yang dimaksudkan dengan tamadun ialah pencapaian manusia dalam semua
bidang kehidupan, kerohanian dan kebendaan yang berpusat di kota.
Perkembangan bahasa selari dengan perkembangan kehidupan manusia.
Keduanya saling mempengaruhi dan bertindakbalas kerana bahasa, diakui
menjadi saluran pemikiran dan juga turut mempengaruhi pemikiran. Dakwah adalah satu aktiviti
yang menggunakan bahasa sesuatu kaum yang difahami secara jelas dan
berkesan. Tulisan adalah wahana untuk penyampaian dakwah melalui bahasa
yang difahami tadi. 2. Daripada Abdullah bin Mas’ud ra. Berkata, Rasullullah s.a.w telah bersabda: “Sesungguhnya
apabila kiamat sudah hampir tiba (1) orang hanya memberi salam kepada
orang yang dikenali sahaja, (2) perniagaan akan bertambah maju,
sehingga orang perempuan membantu suaminya berniaga, (3) banyak orang
memutuskan silaturahim (hubungan kekeluargaan), (4) banyak saksi palsu,
(5) orang suka menyembunyikan penyaksian yang benar, (6) dan akan banyak kemudahan alat tulis” 3. Pengaruh
tulisan dalam kehidupan manusia amat besar sehinggakan ia dianggap nadi
tamadun manusia itu sendiri. Menurut Edward Taylor dalam buku The First
Civilization: The Archaelogy of Their Origin, tamadun sesuatu bangsa
bermula dengan bermulanya penggunaan tulisan. Sementara H. Morgan pula
berpendapat yang sesuatu tamadun itu tidak mungkin lahir tanpa satu sistem tulisan,
dan satu sistem tulisan pula tidak mungkin lahir melainkan di dalam
suatu tamadun. Peranan tulisan ini juga telah ditegaskan lagi oleh
Beatty dan Johnson dalam buku Heritage of Western Civilization dan juga
Colin Renfew dalam buku Before Civilization. 4. Dakwah adalah komunikasi. Apakah isi komunikasi Islam? a. Amar ma’ruf nahi mungkar, b. akhlak, dakwah, tabligh, maklumbalas c. Sebara maklumat pendidikan, hiburan d. Pentadbiran siasah. i. Sumber komunikasi Islam: Teks Qur’an dan Hadits, pendapat ulama dan ahli ilmu, akal yang waras. Baca sambungan artikel ini di: http://pentaskajibuku.blogspot.com/2009/11/peranan-besar-blog-sebagai-media-baru.html Umat Islam dan Interaksi Terhadap Pengaruh Amerikanisasi disiarkan dalam Milenia edisi Februari 2010 M/S 60 dengan ubahan tajuk Umat Islam dan Interaksi Terhadap Pengaruh Amerikanisasi Muhammad Nuruddin Bin Bashah Bc Hons Eng (Material) UM Keutuhan hegemoni Amerika dalam setiap aktiviti global telah dikenali ramai. Namun begitu, bagaimana hegemoni ini diukur bukan sekadar hanya melihat KDNK dan defesit ekonomi Amerika semata-mata, malah perlu dilihat bagaimana pengaruh individu Amerika serta produk-produk mereka menguasai umat Islam. Bukanlah tujuan kita mencemburui Amerika secara sia-sia atau berbahas atas wazan emosi kosong. Meneliti isu pengaruh, hegemoni dan kekuasaan Amerika lebih kepada suatu penelitian mengenal diri kita dan di mana perletakan umat Islam di celahan dunia yang dicorak oleh pihak Amerika. Daripada Majlis Keselamatan hingga ke UNESSCO, sehingga seluruh kajian data global dimonopoli oleh Amerika seperti web CIA, The Forbes, Menurut laman web http://www.forbes.com/lists/, beberapa individu berpengaruh telah dikenal pasti di peringkat antarabangsa. Berpengaruh tidak semestinya terkenal kerana istilah terkenal lebih berasal dari otak dan minda manusia yang menafsir seseorang itu adalah terkenal. Akan tetapi berpengaruh bermaksud ada bukti statistik, emperikal, nyata dan 'hitam putih' berkaitan pengaruhnya dan pengaruhnya dirasai oleh semua walau tanpa kesedaran dan kerelaan kita. Di tangga pertama, Barack Obama, Presiden negara Amerika Syarikat yang merupakan sebuah negara yang paling inovatif serta berekonomi paling dinamik, ketua pasukan ketenteraan dan polis dunia yang paling berkuasa mengatur sikap dan persepsi dunia. Parti Demokrat yang diwakilinya memiliki majoriti di White House dan Senat. Beliau juga baru sahaja menerima anugerah Nobel Keamanan. Di tangga ke-2, Hu Jintao, ketua politik bagi 1.3 billion orang China serta ketua sebuah negara yang memiliki hak kebebasan politik, beragama dan media yang paling sempit. Kini beliau berusaha mengambil alih tempat Amerika Syarikat dari segi penghulu ekonomi dunia. Tangga ke-5 diisi oleh Sergey Brin dan Larry Page. Lawrence Edward (Larry Page) 36 tahun, dilahirkan pada 26 Mac 1973 ialah saintis komputer Amerika yang merupakan salah seorang pengasas Google Inc. Dia juga tersenarai di tangga ke-26 pada 2009 oleh senarai Forbes bagi kategori Billionaire. Sergey Brin pula dilahirkan pada Ogos 1973, seorang berbangsa Amerika yang dilahirkan di Rusia. Seorang saintis komputer dan berkawan rapat dengan Larry Page mengasaskan Google, Inc, iaitu syarikat internet yang terbesar. Majalah The Economist menggelar beliau sebagai Enlightenment Man. Cuma ditangga ke-9, ada nama Islam tersenarai iaitu Abdullah bin Abdul Aziz al Saud, pemerintah mutlak bagi sebuah negara paling kaya dengan minyak dan mengandungi dua tempat suci agama Islam iaitu Arab Saudi. Syarikat minyak Arab Saudi, Saudi Aramco adalah syarikat paling tinggi keuntungan di muka bumi iaitu sebanyak lebih USD200 billion setahun! Arab Saudi memiliki simpanan sebanyak 260 billion tong minyak (barrels) atau 25% daripada simpanan minyak dunia! Sejauh mana peranan Arab Saudi menjadi kuasa pendesak membela dunia Islam, kita masih lagi kabur. Malah pempeloporan Arab Saudi dalam teknologi masih jauh daripada yang diharapkan. Di tangga ke-10 ialah William Gates III, manusia paling kaya di dunia. Lebih daripada 85% pengguna komputer dunia menggunakan perisian Microsoft yang diasaskannya. Kini sedikit demi sedikit bergiat aktif melalui Yayasan Bill & Melinda Gates Foundation, iaitu badan kebajikan terbesar dunia dengan aset USD 34 Billion yang berjuang untuk mengurangkan kebuluran dunia, membantu mangsa wabak seperti malaria AIDS dan lain-lain. Seorang lagi individu Amerika Syarikat tersenarai di tangga ke-13, Jeffrey R. Immelt, CEO Syarikat Gergasi (GE) General Electric di Amerika Syarikat. Sebuah syarikat nadi bagi negara Amerika sejak zaman Thomas Alva Edison. Selagi mana elektrik menguasai kehidupan manusia, selagi itulah GE menguasai seluruh bumi Amerika dan mempengaruhi seluruh ketamadunan dunia melalui pelbagai penemuan peralatan berasaskan elektrik yang mereka pelopori. Dalam Fortune Magazine pada 2005, GE berada ditangga teratas sebagai syarikat paling berpengaruh di Amerika. Kini syarikat-syarikat dan jenama-jenama Amerika Syarikat tetap menguasai masyarakat dunia sehingga ke rumah-rumah kita semua. Jika umat Islam ingin memperjuangkan Islam pada abad ini, kita terpaksa berdakwah, berpropaganda, berkempen melalui Google, blogger.com dan Facebook yang dikuasai oleh pemilik yang sama. Jika kita menyatakan dakwah akhir zaman menggunakan peluru baru iaitu ICT, hakikatnya kita masih berkepit dan terpaksa menjunjung Microsoft dan Intel. Malah hiburan mutlak kanak-kanak sedari kecil (seusia 3 tahun) juga ditentukan oleh Amerika Syarikat melalui Disney. Lihat sahaja statistik kedudukan 10 syarikat terkenal dunia yang dikeluarkan oleh Interbrand. Coca-cola (US) bernilai 68,734 juta USD berada di tangga pertama. Diikuti oleh IBM (US) di tangga ke-2. Microsoft (US) pada tangga ke-3. GE (US) berada di tangga ke-4. Nokia (Finland) berada di tangga ke-5. Mc Donalds (US) berada ditangga ke-6. Google (US) berada di tangga ke-7. Toyota (Jepun) berada di tangga ke-8. Intel (US) berada di tangga ke-9 dan Disney (US) berada di tangga ke-10. Jelas hanya dua syarikat sahaja yang bukan daripada Amerika Syarikat. Akan tetapi 2 syarikat tersebut tetap menerima tempiasan sokongan ekonomi Amerika untuk terus mandiri dan berdayasaing. Kekuatan politik adalah faktor utama kekuatan umat Islam di samping pemerkasaan pendidikan, keilmuan dan kepakaran. Politik menjadi asas utama kepada penyuburan kepakaran dan keilmuan rakyat umat Islam. Jika ada sesetengah pihak memandang enteng kepada kapasiti dan kemampuan politik memartabatkan umat, mereka telah salah. Mereka terbuai dengan teoretikal indah yang kadangkala adalah hasil pujukan Barat terhadap intelegensia Islam agar membuai umat dengan teori indah semata-mata. Mereka ingin mengejar kepakaran dalam hal mereka tidak membina prasarana utama keilmuan dan kepakaran iaitu kestabilan dan keutuhan siasah/pentadbiran yang menyebelahi kemandirian Islam. Menurut Syed Qutb (Ma'alim fi al-Tariq) ciptaan/teknologi, kemajuan dan pembangunan benda sahaja, tanpa menjalankan tugas ubudiyyah kerana Allah tidak pernah diiktiraf oleh Islam sebagai bertamadun, kerana kemajuan dan pembangunan benda seperti itu boleh diresapi oleh pengaruh jahiliah. Persoalannya sekarang sudahkah umat Islam memiliki tenologi sendiri yang menjadi 'secret recipe' tersendiri? Banyak silibus pengajian tamadun hanya menceritakan syarat bagi legitimasi sebuah tamadun Islam. Syarat seperti tamadun yang berprinsip ubudiyyah, keadilan, kemakmuran dan penundukan kepada Allah menjadi piawaian yang selalu dijelaskan. Namun begitu, kita sendiri selaku umat Islam masih sangsi bilakah kita berteknologi dan berdayasaing seperti mana yang diperlihatkan oleh gagasan Barat-Amerika? Jika syarat telah dketahui, kini jasad dan raga tamadun Islam itu sendiri, bilakah ia akan menjelma? Ismail al-Faruqi juga menjelaskan, tauhid adalah intidasar kepada tamadun Islam kerana ianya dapat membentuk cara berfikir dan tingkahlaku umat Islam ke jalan yang diredhai Allah dan penggerak ke arah membentuk identiti dan kebudayan Islam. Kini umat Islam ingin meletakkan tauhid dalam tamadun. Persoalan juga timbul, mana tamadun itu? Pada pandangan saya, umat Islam kini ramai yang faham betapa pentingnya tauhid dijadikan asas tamadun. Yang meresahkan hanya satu, bolehkah umat Islam bertamadun, bersaing dan berdiri sama pengaruh dengan apa yang dipertonton oleh kuncu-kuncu Amerika? Kepuasan Amerika dan Barat mencipta tamadun serta mengetuai tamadun dunia terserlah melalui banyak ucapan-ucapan pemimpin mereka. Antara kriteria sesuatu bangsa dianggap bertamadun ialah ; 1. Wujudnya 2. Kehidupan yang menetap 3. Wujudnya perkembangan ilmu dan kemahiran 4. Mencapai tahap kehidupan yang tinggi (hadarah) 5. Kemajuan yang meliputi rohani dan jasmani Benar dari aspek Mereka kini juga hidup menetap selepas British melancarkan program penjelajahan (bersama hamba abdi kulit hitam) untuk membuka New Zealand, Amerika, Australia dan sebagainya. Yahudi yang menguasai White House melalui pentas Freemasonry dan Zionis telah berjaya menamatkan nomad mereka apabila berjaya merampas sedikit demi sedikit bumi Palestin. Yahudi kini bukan lagi nomad sebaliknya menjadi kaum 'bertamadun' kerana berpenempatan tetap. Ilmu? Mereka memang menguasai segenap ilmu. Segala formula fizik, piawaian kimia dan penemuan demi penemuan biologi adalah daripada mereka. Umat Islam bukan sahaja gagal mencipta, malah gagal menguasai pentas yang Amerika dan sekutu mereka sediakan. Ketinggian hidup dan taraf mereka terserlah sejak abad ke-18 lagi apabila misi pengkolonian mereka diasaskan atas nama 'the west burden'. Sikap inferior diterapkan kepada kaum natif dan pribumi yang mereka temui. Kemajuan jasmani mungkin mereka pelopori melalui sukan, kesihatan dan cara penjagaan diri. Namun mereka amat gagal dari aspek kerohanian sehingga terpaksa mengimport kerohanian kungfu, yoga dan shinto untuk menumpang harapan dari ketamadunan lain. Kesimpulannya hampir 90% aspek ketamadunan boleh mereka kecapi sekarang. Bagaimana pula umat Islam ingin berinteraksi dengan semua gejala ini? Konsep membina masa depan Islam juga menurut Anwar Al-Jundi, dapat dilihat dari kaedah Al-Thawabit Wa Al-Mutaghayirat (Tetap dan Berubah). Justeru itu, pemahaman perubahan dalam Islam tidak berdiri di atas asas "tetap tidak berubah" (Aristotlisme) atau sentiasa berubah-ubah (Hegalisme). Manakala Dr. Yusof Al-Qaradawi pula menggunakan istilah Fiqh Al-Taghyir. Anjalnya dinamika masyarakat Islam sehingga kita bebas membina sistem pentadbiran berasas keperluan dunia seperti demokrasi untuk memudahkan pentadbiran dan pemecutan kebangkitan Islam. Islam boleh bersaing ekonomi melalui indeks dan piawaian dunia yang bukan berasal dari sistem Islam selagi ia tidak membawa kezaliman. Umat Islam bebas mempelajari pendidikan berasaskan teori kaum bukan Islam di serata dunia walaupun tiada sunnah sahabat nabi memasuki universiti kaum kafir. Inilah indahnya Islam. Namun konsep ini tidak disedari sehingga Islam disempitkan hanya menerima kononnya sistem sunnah yang mirip 100% dengan cara Nabi denga meninggalkan elemen kontekstual yang diwariskan oleh Nabi kepada para sahabat. Inilah antara hambatan yang mengekang kebangkitan dayasaing umat Islam. Demikian juga pesanan Saidina Umar Ibn Al-Khattab "didiklah anak-anak kamu, sesungguhnya mereka dilahirkan untuk zaman yang bukan zaman kamu" juga menggambarkan akan perubahan-perubahan masa depan yang mesti diambil kira dengan persiapan sewajarnya. Persiapan pendidikan 'forecasting' untuk menerajui kebangkitan umat akan datang adalah antara resepi penting pendidikan awal anak. Konsep asas agama diajar tanpa merehatkan minda si anak untuk terus mengikuti orbit dunia agar mereka tahu meletak konsep agama tersebut dicelahan pergerakan dunia yang dikuasai oleh Barat. Menurut Mustaffa Kamil Ayub (Menangani Cabaran Membina Kecemerlangan Tamadun Ummah, 1994, muka 278-280) ada tujuh cabaran utama yang sedang dihadapi oleh umat Islam bagi membina semula (re-emmergence) iaitu,
Cabaran penawaran model tamadun adalah cabaran dalaman dan luaran bagi umat Islam. Seperti yang ditekankan sebelum ini, dengan ketiadaan sebarang kebanggaan umat Islam yang boleh digelar sebagai 'tamadun' kita masih terawang-awang dengan teori indah tamadun Islam yang dihidangkan oleh tokoh intelek Islam. Kita hanya sedar tamadun kita tamadun rabbani. Tetapi kelam, bila disoal, di mana tamadun kita?
Pendedahan TI mengapa Indek Persepsi Rasuah Malaysia jatuh Pendedahan TI mengapa Indek Persepsi Rasuah Malaysia jatuh Rakyat
terjelepuk lagi bila mendengar CPI Malaysia jatuh lagi pada tahun 2009. Namun
begitu tidak ramai yang memahami bagaimana CPI menilai, apa kandungan penilaian
dan bila jangkamasa penilaiannya setiap tahun. Sejak
1995 Transparency International telah menerbitkan Corruption Perceptions Index (CPI) secara
tahunan yang mengukur semua negara serata dunia berkenaan tahap atau
darjah korupsi yang wujud dikalngan
pegawai awam serta ahli poltik. CPI mungkin berbeza dengan Indek Bribe Payer Index yang lebih mengukur rasuah yang
wujud daripada sekecil-kecil rasuah di kampung hingga ke parlimen. CPI
lebih kepada mengukur darjah korupsi yang dilakukan melalui salahguna kuasa
politik sehingga menimbulkan kondusi korupsi. Pada
tahun 2003 ia meliputi kajian sebanyak 133 buah negara, manakala pada 2007
sekitar 180 buah negara. Skor tertinggi yang diterima oleh sesebuha negara
menunjukkan tahap korupsi yang semakin rendah. Baru-baru
ini Transparency International menerbitkan Indeks
CPI bagi tahun 2009 (selalunya dikeluarkan pada hujung setiap tahun) yang
menunjukkan Malaysia jatuh ke tangga ke-56. Indeks pada 2009 akan
dimasukkan ke dalam Global Coruption Report 2010 akan datang. Jika
dinilai dari aspek Indeks Rasuah (Bribe Payer Index) BPI, pada tahun 2006, Malaysia telah berada ditangga ke-25, dan
ini bermakna ia jatuh dari tangga ke-15 pada tahun 2002. Ketika
Pulau Pinang diiktiraf kerana usahanya memerangi rasuah oleh Transparency
International (TI), Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Korupsi (CPI)
apabila berada pada kedudukan ke-47 ( dengan confident range 4.5 - 5.7 iaitu
terendah dalam kumpulan tangga ke-47 di bawah Hungary dan Jordan) pada tahun 2008, berbanding tangga ke 43 pada
tahun 2007. Malah,
kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram
pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan
Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan
berada pada kedudukan ke-45. Kini
2009, Malaysia di tangga ke -56! Melalui Global Coruption Report 2009 kita
boleh menilai mengapa Indeks CPI 2008 menurun. Saya
kemudiannya meneliti Laporan Global
Corruption Report 2009 (Transparency International 2009) berkaitan dengan
Malaysia di muka surat 271 hingga 275. Transparency
International berpendapat selagimana kerajaan, perniagaan dan politik tidak
dipisahkan antara satu sama lain, selagi itulah usaha mencegah korupsi dalam
kerajaan hanya sia-sia. Mereka
juga menyatakan usaha peralihan BPR ke
SPRM hanya menatijahkan usaha menangkap ‘small
fish’ sahaja dan bukannya ‘big fish’ yang lebih berbahaya. Laporan
tersebut juga memetik kajian PEMUDAH yang menyatakan BPR hanya berjaya
menyiasat 10.1% sahaja kes ,iaitu hanya 7,223 kes, daripada keseluruhan 71,558 yang dilaporkan antara tahun 2000 hingga
2006. Perlu diingatkan kes-kes tersebut hanya yang dilaporkan, bagi kes yang
disembunyikan pasti lebih banyak lagi. Melihat
angka 10.1% sahaja cukup untuk pihak TI menilai kesungguhan Malaysia
membenteras rasuah. Pulau
Pinang mendapat nama yang baik dalam laporan berkenaan. Gregore
Pio Lopez and TI Malaysia yang menghasilkan laporan Malaysia tersebut juga
berpendapat, Kerajaan Pulau Pinang kini telah diperkenalkan dengan beberapa sistem
pengukuran dan indikator yang bertindak meningkatkan efesiensi pentadbiran
negeri. Perkara
ini dikenali sebagai CAT iaitu Competent ( berbakat/mahir), Accountable (boleh
diaudit) serta Transparent (telus). Dalam konsep siasah Islam, ia dinamakan konsep ‘Hisbah’ yang menjurus kepada
keadilan. Adalah
suatu yang jarang berlaku apabila kerajaan Pulau Pinang berjaya mengamalkan
tender terbuka serta kontrak terbuka. Setiap kontraktor boleh bersaing mendapat
kontrak dan hanya digugrkan apabila khidmat tidak memuaskan. Transparent
International juga merumuskan dalam memerangi rasuah, Malaysia kelihatan tidak
bersungguh-sungguh mencabut akar permasalahan kerana masih mengamalkan penglibatan aktif kerajaan dan politikus
dalam sektor swasta yang boleh memansuhkan konsep check and balance antara
kerajaan dan sektor swasta.Apabila semua projek mega dan berprofil tinggi perlu
dikaitkan dengan ahli politik, birokrasi dan ‘kabel-kabel’, maka kecenderungan
untuk terjadi rasuah adalah amat tinggi. Dalam hal ini kes PKFZ telah dijadikan rujukan
dalam laporan tersebut. AJK Lajnah Politik DPP Pusat
Penghargaan terhadap usaha murni SKMM membela kesucian Islam
Hadapan
360 MKJ Kampung Terang 11000 Balik Pulau Pulau Pinang. skuadpenyelamataqidah@gmail.com
atau jihadin82@yahoo.com Salam Hormat, Y.A.B. DATO’ SERI UTAMA DR.
RAIS YATIM Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Tingkat 8, Angkasapuri, 50610 KUALA LUMPUR. Aras 1, Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Raja, 50694 KUALA LUMPUR. Talian am : 03-2282 5333 Talian Khidmat Pelanggan : 03-2288 8121 . 23 November 2009 Penghargaan terhadap usaha
murni SKMM membela kesucian Islam. Y.A.B, Merujuk
perkara di atas, saya berhasrat untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih di
atas usaha pihak Kementerian Penerangan melalui Suruhanjaya Komunikasi Dan
Maltimedia (SKMM) kerana beberapa tindakan positif kerajaan membela agama dan
menjaga kestabilan keharmonian masyarakat Malaysia. Memetik
berita yang disiarkan melalui Sinar Harian Jumaat 20 November yang lalu, SKMM
dinyatakan telah bertindak terhadap beberapa blogger yang menghina agama Islam
seperti laman adibahahmad.blogspot.com, surind.blogspot.com, www.syurga-islam.blogspot.com
serta faithfreedom.org dan manatuhanallah.wordpress.com dan lain-lain lagi. SKMM
juga berjaya menggunakan secara optima dan berkesan akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 melalui seksyen 263 (2) yang berbunyi, Seorang pemegang lesen hendaklah, apabila diminta secara bertulis oleh
Suruhanjaya atau mana-mana pihak berkuasa lain, membantu Suruhanjaya atau pihak
berkuasa lain itu setakat yang semunasabahnya perlu dalam mencegah pelakuan
atau cubaan pelakuan sesuatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang
bertulis Malaysia atau selainnya dalam menguatkuasakan undangundang Malaysia,
termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, pelindungan hasil awam dan
pemeliharaan pertahanan negara. Kini beberapa blog yang menghina Islam
berjaya dipadamkan, malah blog Rasul Melayu juga telah lupus. Malah
akta berkenaan melalui seksyen 233 (a) (ii) ada menyatakan pencegahan terhadap
sebarang usaha menyebar bahan palsu yang berpotensi menghina Islam agama rasmi
negara ini. Sekian
Terima kasih, Yang
benar, MUHAMMAD
NURUDDIN BASHAH Pengerusi
Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ)
Pub-pub kecil di Kampar; sila tangani segera! Pub-pub kecil di Kampar; sila tangani segera! Rakyat
Kampar mungkin tidak hairan dengan pendedahan oleh beberapa pemilik
premis makanan dan perniagaan sekitar Plaza Keranji Jalan Pasar berkenaan isu pengemis dan pusat arak remaja Kampar di sana. Sinar
Harian edisi Perak 6 November 2009 temubual mereka bersama beberapa
pemilik premis makanan yang mengadu kawasan perniagaan mereka
dikelilingi oleh para pengemis yang membuat kotor serta lorong celahan
tangga seolah-olah ‘ pub kecil’ yang menjadi tumpuan para remaja sekolah meminum arak secara terbuka. Adakah hal senario biasa ini perlu dibiar berterusan? Isu
pengemis perlu ditangani oleh pihak pemaju Plaza Keranji berkenaan
serta dikuatkuasa juga oleh pihak berkuasa tempatan. Kita jelas boleh
mengandaikan perkara ini telah dimkalumi oleh pihak terbabit, tinggal
lagi perlaksanaan dan penguatkuasaan sahaja yang kurang efektif. Bau busuk dan botol arak murah terlonggok di celahan tangga dan kedai-kedai. Isu
arak murah yang dikeluarkan secara haram bukan perkara baru. Di Padang
bandaraya Green Town anda boleh menjumpai secara mudah botol-botol arak
murah berkenaan yang berkandungan 24% alcohol yang semestinya bukan
sekadar mabuk, malah membunuh! Jika anda menghubungi alamat yang
tertera pada botol tersebut, jawapannya anda menjumpai alamat ‘hantu’
yang tidak wujud. Isu
‘arak haram’ perlu ditangani melalaui siasatan dari mana ia dijual dan
dipasar kepada remaja sebelum Berjaya menjumpai kilang-kilang kecil
mereka. Mayarakat juga tahu walaupun buat-buat tak tahu, berkenaan
kewujudan arak murah Thai Song yang menjadi kegilaan mat rempit. Dijual
dalam harga semurah RM3 sahaja, semua remaja mampu memiliki minuman
beralkohol semaksima 30% ! Kerosakan
akhlak remaja dan sosial di sekitar Plaza Keranji merosakan imej
komuniti kita di sana. Kepada parti politik di sana, sila bertindak
untuk kebaikan kebajikan masyarakat anda. Muhammad Nuruddin Bashah
|